Selasa, 17 Mac 2009

AP AP BIRD DAY TO YOU - AP AP BIRD DAY TO ME



maka bersedih lah rakyat melaka se melaka melaka nya
maka barkampong lah seluruh rakyat melaka dari lubuk cina ke tanjung keling
dari batu berendam ke ujung pasir
menangis dan meraung

inilah berita yang dinanti nanti
inilah berita yang di tunggu tungu
menganga dan melopong segala kontrektor
mengaga dan melopong segala tukar kipas

oh projek di mana kau
oh kontrek dimana kau

maka berpusu pusu rakyat turun ke muar
ada yang naik lembu
ada yang naik kuda
ada yang berbasikal
ada yang berkereta
semua datang meminta projek
semua datang meminta kontrek

maka mereka pun ingin menyembah
mencari projek
mencari kontrek

maka mereka pun menyanyilah beramai-ramai
ap ap bird day to you
ap ap bird day to me





SEDIH ! SEDIH ! SEDIH !


ALI RUSTAM DILARANG TANDING TIMBLAN PRESIDEN
- mkini

Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno dalam pemilihan parti itu hujung bulan ini.

Manakala calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin pula diberi amaran.

Seorang lagi calon Ketua Pemuda, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula didapati tidak bersalah.

Perkara itu diumumkan oleh Lembaga Disiplin Umno dalam sidang akhbar khas yang sedang berlangsung di ibupejabat Umno di ibunegara petang ini.


kah kah kah…. KAH KAH KAH…. kah kah kah…

woit… SEDIH…. SEDIH…. SEDIH….kah kah kah…

kah kah kah…. BAKAL PERDANA MENTERI KITA GUGUR DI TENGAH JALAN…. kah kah kah….

woit….. NI KES APA ?.... RASUAH KE ?..... SPRM BILA NAK MASUK?...kah kah kah….

kah kah kah…. MELAKA MEMERLUKAN KETUA MENTERU BARU…kah kah kah…

woit … YANG LAYAK IALAH PAK SAMAD JANGGUT…. SALLEH BEN JONED …. DAN MANSOR PUTEH….. SEMUA DARI MELAKA…. kah kah kah..

kah kah kah… BIAR PUTEH TULANG.... KITA LANTIK MASOR PUTEH… kah kah kah…



LAGI 120 MINIT SUSPEN !!!



LEMBAGA DISPLIN TENTUKAN NASIB CALON UMNO PETANG INI
- mStar


Nasib lebih 20 calon yang bertanding jawatan utama dijangka diketahui nasib mereka - berhubung kes politik wang petang ini.

Lembaga Disiplin Umno dijadual mengadakan sidang media khas 4 petang.

Menurut sumber, badan itu dipercayai mengumumkan hasil siasatannya melibatkan pemimpin-pemimpin terbabit.

"Kemungkinan sidang media esok (hari ini) bertujuan untuk umumkan mengenai politik wang," kata sumber bekenaan.


kah kah kah.... SIAPAKAH DIA 20 PENYAMUN TARBUS ITU?.... kah kah kah...




MENUNGGU JAM EMPAT PETANG


Jeng jeng jeng…. suspen … suspen… suspen..,

Jepun jumpa jali jastam jepun jolok jolok jali jastam.

Jali jastam jata jangan jepun jangan jeng jeng jeng.

Jali jastam jata jamai jorang jena jeng jeng jeng.

Cissss…. Bedebah kamu Hang Tuah… Derhaka punai kamu…. jeng jeng jeng…

Cissss……bukan aku seorang sahaja yang berdebah…. kah kah kah



HARI HARI AKHIR SEORANG PANGLIMA


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyerahkan kepada Lembaga Disiplin untuk membuat keputusan sama ada beliau bakal dikenakan tindakan atas kesalahan politik wang.

"Tu kena tanya Lembaga Disiplin UMNO," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di kediaman rasminya di Seri Bendahara di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan hadir ke mesyuarat Lembaga Disiplin UMNO petang ini, Mohd. Ali berkata: ''Saya akan ke Ipoh, Perak petang ini untuk majlis memperkenalkan calon Majlis Tertinggi (MT) UMNO."

Mengulas jika beliau dikenakan tindakan digantung keahlian setahun atau tiga tahun, beliau berkata: "Perkara ini perlu ditanya ke Lembaga Disiplin UMNO.

"Saya hormati Lembaga Disiplin UMNO, tidak boleh cakap sebarangan, nanti jadi tak elok."

Sementara itu, hampir 100 ahli parti komponen Barisan Nasional (BN), Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO terus datang memberi sokongan kepada beliau di kediaman rasminya- melayau.



PEMKEMBAR PUNK ROCKER – COOL DUDE !!



UBAH UMNO JADI PEKEMBAR -
melayau

"PERKEMBANGAN dalam UMNO pada masa sekarang 'mencemaskan' dengan pelbagai masalah dalaman." - Khalid Abdullah

Kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah dan kejayaan Pas mengekalkan kepimpinan di Kelantan telah menimbulkan persoalan. Apakah negara kini menuju kepada perubahan kepimpinan menerusi 'protes' yang ditunjukkan oleh rakyat?

Penyakit dalaman UMNO kini dilihat oleh pemerhati politik semakin serius sehingga memerlukan perubahan secara besar-besaran untuk memastikan ia benar-benar bersih daripada sebarang bentuk kepentingan individu yang boleh menghancurkan parti berkenaan.

Ia turut diakui oleh veteran UMNO yang pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi (MT) suatu ketika dahulu, Tan Sri Khalid Abdulllah, 87. Beliau mempunyai pengalaman luas dan sememangnya masak dengan 'sepak terajang' politik dalam parti berkenaan.

"Dalam UMNO, kadang-kadang tidak boleh lihat orang lain bagus, walaupun diri kita sendiri tidak sehebat mana, kerana mahu jawatan disebabkan mahu kaya, ada yang sanggup berbuat apa sahaja," kata Khalid yang juga bekas Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd. ketika ditemui baru-baru ini.

Antaranya, nama UMNO itu sendiri perlu diubah agar ia selari dengan kewujudannya sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Menurut Khalid, kenapa kita perlu memanggil pertubuhan yang menjaga kepentingan Melayu dengan nama Inggeris iaitu UMNO (United Malay National Organisation).

"Kenapa tidak kita balik kepada nama asal UMNO pada era penubuhannya iaitu Pekembar? Ia ibarat orang Melayu bernama Johan, tetapi kita kini memanggilnya sebagai John? Di mana semangat Melayu?

"Jadi, bagaimana kalau terasnya sudah tidak menampakkan Melayu, kemudian kita mahu perjuangkan tentang hak dan keistimewaan orang Melayu?

"Cuma UMNO itu perlu dimelayukan semula namanya dan kembali kepada Pekembar," jelas beliau.

"Itu perlu dilakukan biar ahli-ahli di peringkat berkenaan tidak menyertai UMNO hanya kerana sebab lain atau menumpukan perhatian untuk mendapatkan projek sahaja," tambahnya.


kah kah kah…. BAGUS… BAGUS… BAGUS…. BARU SEDAR …kah kah kah

woit … UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION?…. kah kah kah…

woit… PEKEMBAR MESTI HEBAT …LAGI SEHAT… LAGI BULAT… UNTUNG UNTUNG ADA DAULAT…. kah kah kah….

kah kah kah….KEMBALI KEPADA ASAL USUL… BARU ADA JATI DIRI…kah kah kah…

woit… KALAU PEKEMBAR NAMA NI ROCK…. MESTI PUNK SIKIT… kah kah kah..

kah kah kah… PEKEMBAR PUNK ROCKER NEW WAVE.... COOL DUDE… kah kah kah



APA KHABAR ORANG MELAKA ? SEHAT KE ?



ALI RUSTAM DIGANTUNG - melayau



Calon Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam disebut-sebut antara pemimpin kanan UMNO yang bakal dikenakan tindakan atas kesalahan politik wang pada mesyuarat Lembaga Disiplin UMNO, esok.

Difahamkan Lembaga Disiplin mungkin akan mencadangkan agar Mohd. Ali, yang juga Ketua Menteri Melaka dan Naib Presiden UMNO digantung keahlian setahun atau tiga tahun.

Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dijadual mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar pukul 4 petang esok di ibu pejabat UMNO di sini selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.


kah kah kah…. APA KHABAR ORANG MELAKA ?.... kah kah kah…

kah kah kah…. APA KHABAR ROTI JOHN?..... kah kah kah…

woit …. KECEWA…. KESIAN…..HABIS GHURKHA LARI…. kah kah kah

kah kah kah.... KESIAN...BALACHI MISS SORU... kah kah kah



WOIT ! APA TUDUHAN JAHAT GOBIND ?


HUKUM SETIMPAL TUDUHAN JAHAT GOBIND
– berita hairan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata keputusan Dewan Rakyat hari ini menggantung keanggotaan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) selama setahun adalah setimpal dengan kesalahannya membuat tuduhan "jahat" terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, hukuman yang berkuatkuasa hari ini diputuskan selepas mengambil kira kesalahan Gobind yang menyalah guna kuasa sebagai Anggota Parlimen dengan membuat tuduhan serius serta berniat jahat terhadap Timbalan Perdana Menteri pada 12 Mac lalu.

"Saya rasa itu hukuman yang adil kepadanya dan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dengan bukan sahaja menuduh Pekan (Najib adalah Ahli Parlimen Pekan), tetapi berdasarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga ketua Whip Barisan Nasion


PENDUDUK PUCHONG KESAL DENGAN GOBIND
- melayau

Penduduk kawasan Puchong kesal dengan tindak-tanduk Ahli Parlimen mereka, Gobind Singh Deo sehingga digantung daripada menghadiri sidang Parlimen selama 12 bulan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati mereka kecewa kerana penggantungan tersebut bermakna mereka tiada wakil di Parlimen untuk bersuara.

Seorang pesara yang ingin dikenali sebagai Leong, 56, berkata, dia kesal dengan Gobind yang asyik berpolitik dan tidak bersungguh-sungguh membantu rakyat.

Menurutnya, dia tidak begitu mengenali Gobind kerana jarang turun padang.


PENGAJARAN KEPADA WAKIL RAKYAT
-melayau

Semua wakil rakyat perlu menjadikan iktibar hukuman gantung selama 12 bulan yang dikenakan ke atas Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat agar sentiasa menjaga budi pekerti dan peradaban.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebagai wakil rakyat, segala pertuturan dan pandangan bukan sahaja boleh membantu rakyat di kawasan yang diwakili, malah turut menjadi ikutan kepada anak-anak muda.

Menurutnya, sebagai seorang yang berhormat dan terhormat, wakil rakyat perlu membentuk pemikiran rakyat dengan penuh beradab dan budi bahasa yang tinggi.

"Kita tidak mahu wakil rakyat membentuk pemikiran rakyat seolah-olah tidak ada batasan ketika hendak melontarkan sesuatu pandangan tanpa mengikut peraturan persidangan di Dewan Rakyat," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kongres Kebudayaan Melayu II di sini hari ini.

Selain dihukum gantung, Gobind juga tidak akan menerima sebarang elaun dan kemudahan sebagai ahli Parlimen dalam tempoh itu.


kah kah kah…. BAGILAH TAHU PEMBACA MELAYU APA YANG BERLAKU…kah kah kah…

woit…. APA YANG DI CAKAPKAN OLEH GOBIND? …. kah kah kah…

kah kah kah…. APA DIA TUDUHAN JAHAT ITU?…. kah kah kah…

woit…. JAHAT MACAM MANA ?.... kah kah kah..

woit… NAK BENTUK FIKIRAN RAKYAT ATAU NAK MENIPU ORANG MELAYU…. kah kah kah…

woit…. HENTIKAN LAH PROJEK PEMBODOHAN MELAYU…. CUKUPLAH…. DAH RAMAI MELAYU BODOH…. kah kah kah



PENEROKA FELDA SOKONG P.RAMLEE DIBERI ANUGERAH TUN - melayau


Para peminat filem Melayu di sini menyambut baik cadangan supaya kerajaan mengurniakan gelaran Tun kepada Tan Sri P. Ramlee sebagai penghormatan terhadap jasa Seniman Agung itu.

Mereka menyifatkan cadangan itu menepati aspirasi rakyat yang 'terhutang budi' kepada P. Ramlee yang berjaya mewujudkan satu fenomena dalam karya seninya sepanjang hayatnya.

Seorang peminat, Omar Hussien, 50, dari Felda Sebertak, Bera berkata, gelaran Tun kepada P. Ramlee bertepatan dengan penghargaan kepada jasanya dalam pelbagai cabang seni hiburan tanah air.


kah kah kah…. TUN FELDA…. kah kah kah…

kah kah kah…. KESIAN P. RAMLEE JADI TUN FELDA…. kah kah kah…

kah kah kah…. TUN BERUDU PUNYA CADANGAN….. kah kah kah



HENTIKAN POLITIK KETERLALUN - melayau



Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menggesa semua pihak menghentikan tindakan politik keterlaluan termasuk mengadakan perhimpunan haram kerana ia boleh mengheret negara ke kancah darurat ekonomi.

Menurut baginda, ketika ekonomi dunia diramalkan semakin teruk, rakyat wajar membuktikan kesetiaan dengan tidak melakukan sebarang tindak-tanduk yang boleh mencetuskan kacau-bilau kepada negara.


kah kah kah....MAT LEBONG…. OOOOOH MAT LEBONG…. kah kah kah

woit... KAMI SUKUN MAT LEBONG.... kah kah kah...