.

Rabu, 14 Mac 2018

ROYAT CHE POR







ROYAT CHE POR


Wahai Pembacha2 Tukar Tiub yang budiman...sekiranya orang Kelantan  didatangi suatu cherita yang amat tak masok akal,amat bodoh,amat Ahmad Maslan dari segi logiknya...PREPOSTEROUS kata Mat Salleh......maka  orang 2 Kelantan itu akan memberi  jawaban balas ;

    " ROYAT CHE POR BULEH "

Royat....itu dari perkataan  Riwayat atau cherita...Tapi siapa gerangannya CHE POR itu.

Besar kemungkinan Che Por itu dari seseorang yang bernama  Stopa atau Mustapha. Sudah tentulah Mustapha itu bukan   Dato' Mustapha Mohamed...bakal MB Kelantan kerana Mustapha ini bijak orangnya.First Class Honours dan chakap  pun tak keterlaluan bodohnya.

Barang mesti Che Por ini bukanlah orang yang bijak, Pasti bodor atau dungu sehingga  dia sahajalah yang boleh perchaya cherita2 bodoh itu.

Kebelakangan ini ada banyak cherita2  ROYAT CHE POR BULEH....dari peringkat terbawah hingga teratas. Cherita OKT chekek tengkok sendiri. atau chederakan diri sendiri...cherita duit jual rumah...cherita duit derma...duit derma dipulangkan.....

Mengapakan pencherita2 ada gamak mencheritakan cerita2 ROYAT CHE POR BULEH..???.kerana ada ramai insan2 yang kononnya berakal tapi sanggop telan bulat2 cherita tersebut dan munchul di TV  mengiyakan cherita bodor .Hook Line and Sinker!

Terserahlah kepada  Pembacha2 Tukar Tiub memikirkan sendiri. Akhir kalam oleh kerana Kelantan  yang mashor dengan Ku Mat Pet itu pernah disebut Paris of Malaya...sila didendangkan lagu Ya Mustapha dalam bahasa Peranchis.


KAH KAH KAH



TANDA SOTONG SUCI





TANDA SOTONG
kalo babi masuk masjid tu tuhan belum turunkan wahyu lagi..tapi kalo sotong masuk masjid tu dah pernah terjadi..sotong berserban, berjubah bole terima wang rasuah wang rompakan 1mdb dan sotong bole memberi sijil syahid serta sijil syurga..sotong taknak jadi perdana menteri tp sotong bercita2 nak lima negeri..

AMAT SUCI

emm saudagar cina berlayar di laut demi mdptkan nasihat al syeikh sotong la..kalo kail panjang sejengkal, jangan diduga warna2 sotong bertukar temberang..barangkali ruhul kudus ibrahim libya bole dtg menemui sang sotong suci.. on
 INI TANDA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/13/18






--------------------

CHINA MERAH REMBAT LAGI







WAHAI

BANI MELAYU

MARI KITA

BERTARUH

SIAPA DAPAT

TANAH INI?



DAP: Bila nak namakan pemaju induk Bandar Malaysia?


DAP hari ini mendesak Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah menamakan syarikat pemaju yang bakal membangunkan Bandar Malaysia.
Anggota Parlimen Petaling Jaya Tony Pua berkata,  Irwan perlu meletakkan jawatan sekiranya gagal berbuat demikian.

TUKAR TIUB

KATA 

TANAH INI

JADI MILIK

CHINA CHINA

BUKAN 

CHINA DAP

TAPI



CHINA MERAH


-------------------

AL-FATIHAH






AL-FATIHAH

Stephen Hawking meninggal pada usia 76 tahun

LONDON - BRITAIN. Saintis terkemuka Britain, Prof Stephen Hawking meninggal dunia pada usia 76 tahun.

Menurut anak beliau Lucy, Robert dan Tim dalam satu kenyataan bersama, bapa mereka menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarga di Cambridge, awal pagi tad


--------------------

TANGKAP TEMPELENG






TANGKAP 

TEMPELENG
Aku mau semua yang terlibat menipu dalam spr mesti dihukum apabila PH memerintah nanti. Baru kami rasai kemerdekaan sebenar. on 
LANCHAU TAK TIPU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/14/18



-----------------------

CUKONG CABUT LARI








APA

SUDAH

JADI

2 hari berturut-turut Zahid serang MCA


Timbalan Perdana Menteri Tuan Haji  Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegur MCA secara terbuka berhubung persiapan pilihan raya parti itu.

Bercakap di Rembau hari ini, beliau yang juga timbalan pengerusi BN mengkritik MCA Negeri Sembilan kerana gagal menghantar wakil ke program BN.

"Mana wakil MCA, tengok tiada seorang pun yang datang. MIC ada, GERAKAN ada, MyPPP ada tapi MCA tak ada.

“Tolong tunjuk muka di parlimen Rembau walaupun kita beri kerusi bertanding di tempat lain. Bantu calon kita, kerusi hendak, tetapi program tidak hadir," katanya seperti dipetik portal BNBBC.



CUKONG KE MANA

HILANG?

SUDAH BUAT DUIT

SEMUA CUKONG



HILANG LARI

SEKARANG

BUAT PROGRAM

SABOTAJ NAJIB

BELI INSURAN

DARI PAKATAN

KAH KAH KAH

------------------

MELAYU BUKAN ARAB






PARTI ISLAM

EDDY WANG

MULA SEDAR

MULA TAKUT

RAKYAT TAK

SOKONG NAK 

JADIKAN MALAYSIA

MACAM ARAB

'Islamic State' tidak diguna pakai dalam manifesto


KUALA LUMPUR - Pas menegaskan terma ‘Islamic State’ atau Negara Islam tidak diguna pakai di dalam pembentukan Manifesto Gagasan Sejahtera, namun usaha ke arah mewujudkan sebuah negara berlandaskan konsep Islam adalah selaras dengan peruntukan perlembagaan parti Islam itu.

Setiausaha Agung Pas, Tuan Haji Takiyuddin Hassan berkata, Manifesto Gagasan Sejahtera menjurus ke arah sebuah negara sejahtera berteraskan konsep pentadbiran Islam yang mewujudkan sebuah masyarakat pelbagai budaya, mampu hidup secara aman dan harmoni.


TUAN HAJI TAKI

SEDARLAH 

TUAN HAJI  

KUAT BERJUBO 

BINI SAMPAI 3

KAMI  SEMUA

MELAYU 

BUKAN ARAB

GADIS MELAYU

NAIK MOTOR

BAWA KERETA

ENTOT BEBAS

PEKARA BIASA

KAMI TAK NAK

JADI ARAB

TENGOK RAMBUT

DAH PANCUT

KAH KAH KAH


----------------

PERANGKAP MENUNGGU NAJIB




RAGA BULUH

SUDAH DIPASANG

Satu ketika dahulu keluarga kami duduk dikampong. Kami ada sawah, berternak ayam itik dan sempat memilihara saekor kerbau betina bernama Kembang. Sering kali saya diberi tugas oleh arwah Emak untuk menangkap ayam bila diperlukan sebagai santapan keluarga atau tanda hormat menyambut tamu. 

Arwah Emak akan mengenal pasti Sang Ayam mana yang akan dikorbankan. Tugas saya ialah  memasang raga  buluh untuk memerangkap. Saya menggunakan umpan padi dan nasi sejuk. Kami tidak ada dedak.

Ramai itik  dan ayam datang berkerumun makan umpan. Tapi saya hanya ada satu sasaran. Saya menunggu untuk menjatuhkan raga apabila sasaran saya telah masuk ke ruang  raga yang terbuka luas.

Jika  sasaran ini agak degil untuk masuk perangkap maka saya akan mengejarnya   sekeliling kampong  sahingga ayam ini letih. Arwah Ayah saya yang agak lebai  - lulusan sekolah Pondok Lebai Maadah Batu Kikir - tidak membenarkan saya mencederakan Sang Ayam sebelum disembelih.

Hari ini dunia sedang melihat raga kepongan telah dipasang untuk memerangkap Najib. Saperti ayam saya dahulu Si Najib ini agak liar dan agak susah untuk masuk perangkap. Pada hemat saya besar kemungkinan Si Najib ini akan diburu sahingga dia jatuh letih sebelum dihantar ke hadapan Tuan Hakim atas tuduhan mencuri duit 1MDB.

Pada ketika ini ada dua raga yang sedang dipasang untuk menangkap  Si Najib ini. Satu raga tempatan buatan Malaysia. Satu lagi raga yang dipasang oleh kaum pemodal antara bangsa a.k.a global capitalist. Raga buatan luar negara ini kelihatan ketat kukuh dan diyakini akan menjerut.

Ketika saya memburu Sang Ayam untuk disembelih, saya juga tertanya-tanya apakah Sang Ayam ini tahu bahawa dia akan berakhir dalam belanga tanah liat?

Ketika perangkap terpasang untuk menangkap Najib apakah Si Najib ini ada terlintas dalam fikrahnya bahawa hari hari akhirnya semakin dekat. Bila-bila masa sahaja perangkap ini akan melejang. 

Ini bukan bermakna  Si Najib ini akan digulai dalam belanga saperti ayam yang saya tangkap. Saya yakin tidak ada sesiapa yang ingin memakan gulai Najib. Biawak Sungai Kelang pun  saya rasa akan menolak daging Si Najib ini.

Projek memerangkap Najib ini telah lama dipasang.Raga tempatan dan raga luar negara ini sedang bekerja saling bantu membantu. Dua-dua raga ini memiliki cita-cita untuk menangkap Najib. Malah tujuan untuk menangkap Najib ini memperlihatkan saolah-olah ada kerjasama. 

Dua-dua raga ini menggunakan 1MDB sebagai umpan. Cuma - raga tempatan dan raga luar negara ini tidak duduk sameja untuk membicangkan cara terbaik, tercepat dan terheboh untuk memerangkap  Najib.

Pada ketika ini - dua perangkap ini - bekerja tanpa korodinasi. Tapi hasil kerja dua tukang perangkap ini saling bantu membantu.

Amat jelas jaringan perangkap tempatan semakin melebar.  Buktinya terbonjol. Pada 28 Febuari 2018 Equanimity - kapal  mewah yang berharga 1 bilion ringgit milik Jho Low telah ditahan  di  Bali.

Pada 2 March 2018 Sang Menteri Kerouk telah berkata bahawa kapal ini bukan milik Jho Low. Apandi - Peguam Negara  juga secara ngok telah bersuara  menyatakan bahawa kapal ini bukan milik Malaysia. 

Suara-suara ini adalah suara ayam dan itik yang memakan dedak taburan Najib. Bila raga perangkap jatuh - Najib didalamnya -  saya amat yakin ayam jenis  Apandi  atau ayam jenis  Kerouk akan bertempiaran lari. 

Justeru pada ketika ini saya tidak ambil pot dengan ucapan ayam-ayam ini. Kokok mereka tidak saya dengari secara serious. Tak masuk ke telinga kiri dan tak masuk ke telinga kanan.

Kenyataan dari dua ekor ayam piliharaan Najib ini telah menjemput Rais Yatim dan Rafidah Aziz untuk bersuara. Mereka ini adalah bekas menteri kabinet Dr Mahathir. Apakah mereka kini bersimpati dengan perangkap   Mahathir untuk menangkap Najib? Soalan ini saya tidak dapat memberi jawapan secara tuntas. 

Tetapi apa yang jelas Rais Yatim dan Rafidah Aziz telah menunjukkan rasa mual dan bosan terhadap Najib dan ayam-ayam piliharaan Najib. Ayam jenis Fendi dan ayam jenis Kerouk ini dilihat telah cuba membodohkan Rais dan Rafidah. Dua-dua ini bekas menteri yang bukan kecik anak.

Rafidah dengan bangga telah memaparkan kesah bagaimana dia sendiri telah bertembung dengan kapal Jho Low di Selatan Siam ketika si Rafidah ini bercuti. Rafidah memaparkan gambar yang diambilnya sebagai bahan bukti.

Si Rafidah  menyoal - kalau saya  boleh jumpa kapal ini kenapa kerajaan Malaysia tak dapat cari?

Pertanyaan atau soalan dari Rafidah ini masuk akal. Telinga tebal Najib yang mendengar suara Rafidah ini pasti berdesing. Apakah Rafidah sudah belot? Walah hu alam.

Si Rais Yatim pula menerangkan melalui lojik akal bahawa kapal ini adalah milik Jho Low. Mengikut  lojik akal  - kalau kapal ini bukan milik Jho Low kenapa peguam Jho Low mengeluarkan kenyataan media menyatakan rasa kesal apabila Equanimity ditahan of DOJ - Jabatan Keadilan Amerika. 

Rais Yatim hairan kenapa peguam Jho Loh ‘terkentut’ kalau tahik kering  itu bukan dimiliki oleh anak guamnya? 

Dua ekor ayam - Kerouk dan Fendi - tidak berketak.

Tetiba saekor lagi ayam dari PDRM berkokok. Kali ini ayam serama jenis Fuzi Harun berkata bahawa Jho Low tidak  ada kaitan dengan 1MDB. Apa? Tidak ada kaitan dengan 1MDB? 

Apakah jenis dedak yang telah dimakan oleh ayam serama ini tidaklah dapat saya  ketahui. Apakah ayam ini telah makan dedak bercampur  syabu atau  dedak bercampur pil kuda? Walah hu alam bisawwab.

Rais Yatim merasa tidak puas hati kerana dibodohkan  oleh ayam-ayam Najib. Bekas Menteri Undang-undang ini ada  ijazah PHD ilmu hukum dari Universiti London bukan dari Universiti Sintok.  Si Rais ini pasti menyampah mendengar dan membaca kenyataan bangang dari ayam-ayam piliharaan Najib.

Lalu Rais - yang juga ahli United Malays National Organisation - melalui tweetnya pada 6 March telah memberitahu dunia terutama Bani Melayu bahawa kes 1MDB ini sedang berjalan dalam 8 buah negara.

Saya sebagai batu api dan tukang hasut mengambil kesempatan untuk menuliskan   nama negara-negara ini - Amerika, Switzerland, Luxembourg, Singapura , Hong  Kong, United Arab Emirates, United Kingdom, Thailand dan Australia dan Itali. 

Dalam setiap nama  negara yang saya  tulis ini ada  fail kes 1MDB dalam pelbagai bentuk. Ada negara yang mahu Najib disoal kerana Najib ialah kelapa taiko 1MDB.

Najib  TIDAK DICEKOP oleh Interpol, FBI atau CIA bukan kerana dia Pahlawan Bugis yang kebal. Atau kerana Najib ada jampi pendinding dari Pak Bomoh Kerala. Semua tidak betul. Najib belum kena gari kerana Najib masih lagi Perdana Menteri Malaysia. Khalas.

Wahai Bani Melayu. Wahai pengikut  Ayam Serama. Biar saya beritahu disini. Pada ketika ini empat sosok telah dimasukkan ke dalam penjara kerana terlibat dengan kerja jahat bersubahat mencuri duit 1MDB. 

Pada ketika  ini dua buah bank telah ditutup kerana terlibat dalam mengatur rompakan teratur  1MDB. Beberapa pegawai bank - gedebe bank antarabangsa - telah diberhentikan kerja.  Ada sosok yang diharamkan  hingga ke liang lahad untuk bekerja dalam hal ehwal bank kerana bersubahat merompak 1MDB. 

Hanya di Tanah Melayu Peguam Negara kita yang dilantik oleh Najib untuk  mengganti Ghani Patail telah berkata bahawa - di Malaysia TIDAK ada kes 1MDB. Kalau ini bukan menipu - ini bermakna Rosmah Mansor akan menggantikan Erra Fzira sebagai Duta Global Slim.

Umum tahu melalui membaca Sarawak Report bahawa Ghani Patail telah menyediakan kertas tuduhan terhadap Si  Najib apabila Ghani telah  dipaksa berhenti kerja atas sebab kesehatan. Umum juga tahu bahawa  Abu Kassim Ahmad Ketua Pesuruhjaya SPRM telah dipaksa bercuti ke Amerika untuk dibetulkan buah pinggangnya. Amin

Jelas kelihatan perangkap tempatan telah menyedia suasana dan memberi pencerahan bahawa hari hari akhir Najib akan sampai.

Perangkap raga tempatan ini berkait rapat dengan sampainya PRU14. Pada ketika saya menulis ini laporan demi laporan telah menunjukkan bahawa Pakatan Harapan akan menang dalam PRU14 kecuali ditipu.

Pada 9 March 2018 - portal MalaysiaInsight telah melaporkan bahawa gedebe baru Felda - Shahril Samad - muka manis Felda yang menggantikan muka ketat Isa Samad akan menerima kekalahan  di Johor Bahru. Amin.
Laporan ini selari dengan berita Ombak Felda yang dikocak oleh Mahathir di Taib Andak, di Jengka dan paling akhir di Chini - kawasan mengundi Najib sendiri. Warga Felda mula sedar bahawa Lanun Bugis yang rajin menyamun ini sedang terkepong. 

Jika warga Felda dapat disedarkan, dapat diberi pencerahan  bahawa pada ketika ini Najib bukan hanya dikepong oleh raga tempatan. Warga Felda wajib diberi pencerahan bahawa Si Najib anak beranak ini sedang di kepong oleh FBI, CIA dan Interpol. James Bond Amerika sedang mencari Najib anak beranak dan Jho Low.

Ahli parti United Malays National Organisation wajib diberi kesedaran bagaimana Mahathir telah membuat 2 menara Petronas KLCC dengan belanja 2 bilion ringgit. Perlu diingatkan projek KLCC ini juga pernah ditentang dan dihebohkan sebagai membazir. 

Penganut mazhab Ketuanan Melayu wajib disedarkan bahawa Menara Petronas   berharga 2 bilion manakala sebuah kapal Equanimity milik Jho low harganya 1 bilion ringgit. Duit ini dicuri dari 1MDB oleh Jho Low  dengan kerjasama lanun Bugis.

Dengan satu bilion ringgit ini semua hutang Pak Cik dan Mak Cik Felda akan selesai. Dengan 1 bilion ringgit  semua hutang PTPTN akan langsai. Dengan satu bilion ringgit  semua ubatan dihospital boleh diberi percuma.

Kapal 1 bilion ringgit  ini ditahan dimana? Siapa menahan?

Kapal Jho Low ini sedang ditahan di pulau Bali Indonesia atas permintaan Amerika. Kapal ini ditahan dengan kerjasama polis Indonesia dengan CIA, FBI dan Interpol.

Bukankah Indonesia ini dibawah pimpinan Pak Jokowi? Bukankah Pak Jokowi seorang Muslim?  Kenapa Pak Jokowi bersubahat dengan FBI dan CIA? Kenapa Pak Jokowi tidak membantu Najib yang juga seorang pemimpin  Islam? Tunggu minggu hadapan. (tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45







---------------------

CUKONG TAK SOKONG ZAHID









KENAPA CUKONG

BOIKOT 

TUAN HAJI ZAHID?

SATU LAGI

BUKTI PRU 14

PAKATAN MENANG

Zahid kecewa dengan MCA

SEREMBAN - Timbalan Perdana Menteri, Tuan Haji  Zahid Hamidi, menyindir Parti MCA yang tidak menghantar wakil di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Dun Paroi, yang berlangsung di Taman Satria Paroi, petang tadi.

Kata Timbalan Pengerusi BN itu, beliau berang kerana MCA negeri ini tidak memberi kerjasama dengan program anjuran sendiri,
“Mana wakil MCA....tengok tiada seorang pun yang datang, MIC ada, Gerakan ada, PPP ada tapi MCA tak ada.

“Kerusi (Dun dan Parlimen) mereka (MCA) nak tapi bila program anjuran sendiri tak nak datang, sekurang-kurangnya datang la tunjuk muka, bantu rakan di tempat lain pula, apa yang sibuk sangat,” katanya.

JENG JENG JENG

ERTINYA 

ADA GADUH

DALAM BARISAN

CUKONG TAK

SOKONG 

TUAN HAJI ZAHID


-------------------

BUKTI SEMAKIN JELAS





BUKTI

PRU 14 PAKATAN

MENANG KECUALI

DITIPU

Walaupun marah pada Dr Mahathir, Cina akan tetap undi Pakatan

Majoriti pengundi Cina yang membentuk 29.68% populasi mengundi, akan tetap menyokong pembangkang, memberi tumpuan kepada gambaran lebih besar terhadap perubahan rejim dan membanteras rasuah.




BUKTI DATA

SEMAKIN JELAS

PAKATAN MENANG

TAPI

NAJIB AKAN

MENIPU




---------------------

SAH AZALINA ADA KOTE






RTM
PERTAMA KALI

RTM BUAT

LAPORAN TEPAT

SAH 

AZALINA ADA

KOTE

RTM mohon maaf kesilapan nama Azalina


SHAH ALAM - Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi memuat naik permohonan maaf kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Azalina Othman Said susulan berlaku kesilapan pada nama beliau.

Permohonan maaf itu dimuat naik di Facebook rasmi RTM, dengan menyatakan pihaknya kesal dengan kesilapan tersebut.


Kesilapan itu berlaku apabila RTM menerusi siaran langsung Sidang Dewan Rakyat memaparkan nama Azalina sebagai “bin” dan ia ditayangkan secara langsung.

Paparan kesilapan itu berlaku ketika Azalina sedang menjawab pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) berkaitan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP).


APA MAKNA 

BERITA INI?

MAKNANYA

DALAM RTM ADA

PEKERJA DAH

BOSAN MULA

 SABOTAJ

MUSTAHIL KETIKA

BUAT CAPTION

TAK TAHU

SIPURTAN INI

ADA KOTE

BUKAN

BINCAT

LEPAS ITU

AMBIL GAMBAR

KEMUDIAN

BUAT BUAT

MINTA MAAF

AGAR BERITA

KOTE AZALINA

JADI VIRAL

TAHNIAH AJEN

PAKATAN

KAH KAH KAH


--------------------