.

Rabu, 25 November 2015

DI DAKWA AKTA HASUTAN




MAKIN RAMAi

KENA DAKWA



 
Malaysia saw a 1700% increase in Sedition charges after 2013 compared to period 2007-2012



Embedded image permalinkEmbedded image permalink



-------------

SUARA PEREMPUAN




TAK PERLU

TONGKAT ALi

kalau suara perempuan adalah aurat, sudah pasti tidak ada langsung hadis-hadis yang sahabat mendengar Aisyah R.Ha bercerita tentang Rasulullah.
Tidak semua suara perempuan boleh menaikkan syahwat lelaki, kecuali jika lelaki itu makan makjun kuat 50 biji. Suara lelaki juga boleh menaikkan syahwat perempuan tertentu, tetapi tidak ada pula larangan lelaki bercakap di publik.
Dalam budaya masyarakat Malaysia dan banyak negara perempuan bercakap di publik atau menyanyi tidak mendatangkan fitnah, walaupun ada beberapa negara, seperti Saudi dan Afghanistan adalah sebaliknya.









DENGAR 

SUARA

DAH CABUT




---------------

TAHNIAH!





TAHNiAH!


Zunar terima anugerah kebebasan media antarabangsa


Kartunis satira politik tanah air, Zunar menerima Anugerah Kebebasan Akhbar Antarabangsa 2015 daripada Committee to Protect Journalists (CPJ) di New York, semalam.
Tahun lepas, kartunis dengan nama sebenar Zulkiflee Anwar Alhaque menerima Anugerah Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial daripada Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa (CRNI).
Dalam kenyataannya, Zunar berkata anugerah yang diterima daripada kartunis lagenda Garry Trudeau itu ditujukan kepada semua peminat karyanya
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/zunar-terima-anugerah-kebebasan-media-antarabangsa#sthash.RPQV7VIz.dpuf


-----------

SAJE TANYA - JANGAN MARAH




NAJiB DG BiBI


NURUL iZAH 

DENGAN

 JACEL KiRAM

MANA LEBIH

BAHAYA

SAJE TANYA

JANGAN

 MARAH



----------

LEDAKAN DI PARIS - RANCANGAN SIAPA?








PARIS - RANCANGAN SIAPA?

Berapa tulisan  yang lalu telah  pernah  saya terangkan apa itu konsep  false flag atau salah bendera. Dari sejarahnya konsep salah bendera ini bermula dari perperangan dilaut. Kapal dilaut memasang bendera untuk kita tahu negara mana tuan empunya kapal itu. 

Hari ini false flag atau salah bendera memberi makna satu projek membuat onar secara gelap kemudian menuduh orang lain yang membuat. Onar ini dilakukan dengan  tujuan jangka pendek dan jangka panjang yang telah diatur dan dirancang.

Ledakan di Paris telah berlaku lebih satu minggu dahulu.  Dikatakan lebih dari 150 warga telah gugur. Dilaporkan juga 8 orang penyerang telah  tewas meledakan diri sendiri. 

Dalam masa satu minggu ini semakin banyak tulisan yang menyangkal naratif laporan media arus perdana. Tulisan-tulisan dan kajian makin  kuat bertanya: Apakah serangan ini satu projek salah bendera?

Yang bertanya ini bukan calang-calang sosoknya.  Yang mempersoalkan apakah serangan di Paris ini satu rancangan jahat dengan tujuan yang tersorok.

Saya telah membaca  tulisan  yang digarap oleh Dr. Paul Roberts  yang bertanya apakah serangan dalam kota Paris ini serangan salah bendera. Dr. Paul  Roberts  ialah  bekas Timbalan Setiausaha Dasar Ekonomi Presiden Jimmy Carter. Sosok ini  juga pernah menjadi  pengarang Wall Street Journal,  kolumis di Business Week, Scripps Howard News Service dan Creator Syndicate. Maknanya tulisan  yang mempersoalkan serangan di Paris ini datang dari ‘orang dalam’ yang tahu selok belok kerajaan.


Laporan media arus perdana cukup senang. Naratif yang dihebohkan ialah gerila Isis datang menyerang. Mereka membunuh membabi buta. Mereka tak ada belas kasihan. Peranchis sedang dalam perang. Rakyat Eropah wajib berjaga-jaga. 

Apakah naratif yang ceritakan ini benar? Atau ada lagi kesah dibelakang kesah benar ini? Satu naratif yang lebih benar dari benar.

Mari kita lihat kembali beberapa pekara ‘ ganjil yang memeranjatkan’ yang telah berlaku dalam serangan di Paris. Minggu lalu saya telah membuka sejarah ledakan  Tugu Negara  yang berlaku pada  27 Ogos 1975. Kad pengenalan  Si Tukang Bom yang tercicir telah ditemui mengikut labon Ghazali Shafie menteri KDN ketika itu.

Kesah paspot dan kad pengenalan ditemui  ini   telah juga  berlaku diledakan  WTC New York dan dalam serangan pejabat Charlie Hebdo. Dalam serangan di Paris satu  paspot ‘ lelaki  pelarian mangsa perang Syria’ yang masuk ke Eropah atas tujuan mencari suaka politik telah juga ditemui. 


Apa yang berbeza di Paris  - kerana perkembangan  teknoloji - untuk menguatkan cerita - dua hari sesudah serangan satu talipon bimbit telah ditemui dalam tong sampah berhampiran dengan Gedong Konsert Bataclan. Dari maklumat talipon ini pemburuan dilakukan hingga ke Belgium. 

Wajib saya nyatakan disini bahawa kita semua bersimpati kepada yang gugur. Tetapi kita juga wajib sedar bahawa keguguran mereka ini adalah hasil dari satu  perancangan  licik yang diatur oleh elit politik untuk tujuan jahat. Kalau dalam filem, tv atau teater - yang gugur ini hanyalah ‘prop’ yang diwujudkan untuk lebih menyakinkan penonton. Dalam serangan di Paris ini anak-anak muda ini menjadi  ‘prop’ yang tidak akan bangun-bangun.

Hujah memperkuatkan naratif serangan kota Paris ini sebagai projek salah  bendera semakin terserlah. 

Media pro kapitalis Bloomberg pada  19hb telah melaporkan : Paris Emergency Drill Occured On Same Day As Attacked - Latihan Darurat Diadakan Pada Hari Serangan. Bloomberg telah memetik kenyatan Dr. Mathieu Raux  dari Hospital Pitie-Salpetriere Paris.

Mengikut Tuan Doktor ini pada hari tersebut kereta ambulan, pekerja hospital, jabatan darurat hospital telah mengambil bahagian dalam latihan ini. Semua doktor di Paris terlibat dalam latihan ini.


Apa yang menarik dari berita ini ialah ketika WTC 9/11 diserang The North American Aerospace Defense Command ( NORAD) juga sedang mengadakan latihan. Latihan ini menjadikan kawasan udara kacau bilau tidak dapat dikenal pasti mana kapal terbang yang telah dibajak dan mana kapal terbang dalam latihan.

Pada 7 Julai 2005 - kota London pula diserang. Apakah para pembaca akan percaya apa yang saya tulis ini? 

Saya bertanya kerana ketika London diserang pihak polis dan tim pemusnah bom juga sedang  mengadakan latihan. Latihan ini berasaskan bom telah meledak dalam kereta api bawah tanah di stesen King Cross. Tup tup memang betul-betul berlaku ledakan di stesen  King Cross. Ajaib bin Takjub.

Maklumat berita  ini amat susah  untuk dipercayai. Kepada yang masih sangsi  sila tanya Lebai Google kerana saya sendiri pun pada awalnya kurang yakin akan berita ini.

Hakikatnya semua babak-babak  dan cerita-cerita  ganjil ini telah berlaku. Semua ini menjadi asas  sebagai  tanda-tanda bahawa serangan-serangan ini sebenarnya adalah projek salah bendera.

Maka persoalan timbul apa tujuan projek salah bendera ini?

Pertama tujuan projek salah bendera di Paris ini ialah untuk meneruskan apa yang dipanggil  ‘War On Terror’ atau ‘ Perang Melawan Keganasan ’. 

War On Terror adalah dasar kuasa imperial Amerika yang dimulai dari zaman Presiden Bush. Sesudah  serangan WTC di New York pada 11 September 2001 Amerika melancarkan Perang Melawan Kergansan (PMK) Ini bermakna dasar PMK telah 15 tahun  digunakan.  Afghanistan telah diserang, Iraq telah diserang, Libya telah diserang, Yaman telah dibom, Syria telah dan sedang diserang. 

Perang, mati, mayat, kemusnahan, orang pelarian mangsa perang bertimbun tambah. Tapi perang diteruskan diseluruh dunia. Semua ini atas dasar  Perang Melawan Keganasan.


Projek salah bendera ini adalah  alat untuk mengolah persetujuan orang ramai dan rakyat. Rakyat wajib diyakinkan  , orang ramai wajib memberikan sokongan kepada pemerentah dan  kepada kuasa yang sedia ada. Justeru inilah gunanya projek salah bendera - untuk menerima dasar PMK.

Dasar PMK ini ada berjangka panjang dan ada berjangka pendek. Tujuan berjangka pendek yang sepontan hasil dari serangan kota Paris  dapat kita lihat dengan serta merta. 

Pada ketika ini Eropah sedang dihantui oleh warga pelarian perang yang  menyeberang Laut Tengah dari Libya dan  Syria.  Eropah Barat menjadi kelam kabut. Rakyat banyak bersimpati dan sedia menerima mangsa perang ini. Kerajaan berbelah  bagi. German  dan Sweden  sudi menerima warga  pelarian.  Manakala Poland, Republik Czeh dan Austria berkeras menolak. Peranchis, Belgium, Sepanyol dan Portugal diam membisu.

Apabila Isis datang menyerang Paris semuanya berubah.   Paspot ‘orang pelarian dari Syria’ telah ditemui di tepi Gedong Bataclan. Dengan sepontan rakyat Eropah dapat diyakinkan bahawa Isis telah berjaya menyusup masuk melalui warga pelarian. Dengan serta merta semua pintu masuk telah ditutup. Sempadan dikawal rapi. Dasar  menolak warga pelarian perang muncul.


Persetujuan telah diolah melalui  naratif berita media arus perdana. Sama ada paspot ini saheh atau paspot  tipu bukan persoalan. Yang penting kewujudan paspot ini telah mengolah persetujuan warga Eropah untuk tidak lagi menerima mangsa pelarian perang dari Timur Tengah. Juga bersetuju untuk mengetat pintu sempadan.

Pada 20 Oktober yang lalu Canada mendapat Perdana Menteri Baru dari Parti Liberal. Dalam sidang akhbar pertamanya Justin Trudeau telah memanggil kembali semua kapal terbang Canada yang terlibat bersama Amerika di Syria pulang. Dunia gempar. Kerajaan baru Canada tidak lagi dilihat bersama dalam dasar PMK Amerika.


Tup tup  tidak sampai satu bulan kemudian Paris diserang. PM baru Canada mendapat tekanan kerana dilihat tidak bersama ‘mengebom’ Isis di Syria.

Presiden Peranchis  Francois Hollande  telah mengumumkan kepada dunia bahawa Peranchis dalam perang. Dengan pantas Si Presiden telah mengarahkan kapal terbang Peranchis mengembom wilayah Isis di Syria.

Canada dan Peranchis terikat dalam perjanjian NATO - North Atlantic Treaty Organisation. Dua negara ini adalah antara 12 negara awal  yang menubuhkan perjaniian ketenteraan NATO pada tahun 1949. 

Serangan di Paris memberi tahu kita    tentang Artikle 5 dalam perjanjian NATO. Peranchis diserang oleh Isis. Jika mana-mana ahli NATO disernag maka ahli NATO yang lain wajib datang membantu. Jelas ini memberi tekanan politik kepada  pemimpin Cadana yang baru. Canada tidak dapat lari dari dasar NATO dan PMK. 

Serangan bom dari kapal terbang Peranchis terhadap wilayah Isis adalah tanda bahawa stratiji dan tujuan janga pendek projek salah bendera ini telah berjaya. Langkah Peranchis mengebom telah memberi tekanan kepada kerajaan  Britain. 

Britain tidak bersama mengebom Isis. Cadangan awal untuk bersama Amerika telah ditolak oleh ahli Parlimen UK.

Justeru, Perdana Menteri David Cameron akan menggunakan serangan Paris ini sebagai hujah  baru untuk menyakinkan ahli Parlimen agar  mengundi bersetuju untuk  bersama  mengembom Isis. Rakyat di UK juga akan diyakinkan untuk bersama dalam strateji Perang Melawan Keganasan. 


Kawalan sempadan semakin ketat. Persetujuan rakyat untuk mengebom Isis telah diterima. Niat dan cita-cita projek  salah bendera jangka pendek telah berjaya. Bagaimana dengan stratiji jangka panjang? Tunggu minggu hadapan. (TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45



---------------

BUKAN LAWAK





INi BUKAN

LAWAK

iNI SUDAH

BERAT




Apabila guru bahasa Inggeris lemah berbahasa Inggeris

Laporan mengatakan pelajar Malaysia kurang menguasai bahasa Inggeris dan graduannya gagal mendapat pekerjaan kerana lemah berkomunikasi dengan baik dalam bahasa itu sudah biasa didengar.
Tetapi bagaimana pula dengan guru, yang membuat kesilapan sebutan dan tatabahasa serta masih diingati sehingga kini oleh bekas pelajar mereka?
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/apabila-guru-bahasa-inggeris-lemah-berbahasa-inggeris#sthash.8q5vHxRI.dpuf

WAT iS DE 

BECAUSE?

KAH KAH KAH





-------------

CORAK DAN GAYA KELAKUAN












A LA ERTiNYA

CORAK DAN

GAYA LAKU


Pas dikaitkan dengan IS pula?

SHAH ALAM - Pas tidak menyangka bekas ahli partinya sanggup mengaitkan parti Islam itu dengan fahaman IS.
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen Pas, Syed Ahmad Fadhli berkata, tuduhan itu berat untuk Pas.




BACA BAWAH

BETUL BETUL

Pemimpin Amanah mangsa fahaman ala-IS Pas

Pas membawa fahaman sekiranya tinggalkan parti politik itu dengan memilih wadah perjuangan lain selain Pas seolah-olah telah keluar daripada Islam.

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) mendedahkan beberapa pemimpin parti itu menjadi mangsa fahaman ala ekstremisme yang dibawa oleh Pas.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Pas membawa fahaman bahawa seseorang yang memilih wadah politik lain selain Pas akan digelar sebagai pengkhianat.
“Pemikiran ini menjadikan tinggalkan parti politik tertentu dengan memilih wadah lain selain Pas seolah-olah kita telah keluar daripada Islam. Inilah pelabelan murtad, sesat munafik dan tinggalkan jemaah yang dikuliahkan sebahagian pengkuliah dan penceramah.
“Corak pemikiran inilah yang membentuk gaya IS dan seumpamanya yang amat membahayakan masyarakat,” katanya di Parlimen pada Selasa.

KOMENTAR

pas ni senang tuduh kapir
senang tuduh laknat
senang tuduh sesat
senang tuduh murtad
ini perangai ISIS

tak boleh berbeza
tak boleh ada pandangan lain
seolah olah parti pas
wakil tuhan
seoalh olah parti pas
sahaja yang monopoli islam

ini yang ditimbulkan
sikap ini yang dikatakan
bukan parti ini ISIS


NOTA
memutar belit juga
adalah perangai ISIS


-------------

TEORI BUBUR







BUBUR ASYURA

bubur asyura tu bukan pengikut yahudi yg buat ke?bukan nabi posa asyura sb mengikut yahudi..wow..mentang2 hj husin obama sampai KL, takkan nak tunjukkan secara semiotik yg pas sokong yahudi..takkan la sampai mcm tu??

si taghut tu dah sampai kolumpo, bila mau baca zikir kasi itu tahgut takut.takkan senyap..takkan bising dgn tppa je.takkan takut dgn amerika si laknatullah tu.g la sekeh,lutut dan siku si obama tu.mane hadi sotong? takkan takut sampai tukar kaler sama macam bendera amerika kot.ayuh..kota kata2 anda.berani kerana allah.tunjukkan kpd obama yg msia ni ada parti pas yg mahukan negara islam.

 nnt jgn takut plak, kalo disamakan negara islam hadi pas dengan negara islam ISIS.bertindak segera sb obama ada dimsia.jemput obama g kelantan, g terengganu.kalo obama keras kepala, bagi nasihat dulu.bentangkan kat obama cara system ekonomi islam yg akan mendominasi dunia.kalo tak makan nasihat, g jerit kuat2 kat telinga obama, ko munafik.kemudian tak jalan gak, kumpulkan pemuda2 utk lawan on PAS BUKAN BUBUR LAMBOK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/23/15






--------------

SEPUPU TEMBAK SEPUPU









HEBAT

MAKNA

UCAPAN iNI

UMNO berhadapan ujian yang membimbangkan – Hishammuddin

Ahli-ahli UMNO juga seharusnya tidak boleh berterusan dengan sindrom penafian.
KUALA LUMPUR : UMNO kini berhadapan dengan ujian kepercayaan dan dugaan keyakinan yang meruncing serta membimbangkan.
Naib Presidennya, Hishammuddin Hussein Onn berkata ahli-ahli UMNO juga seharusnya tidak boleh berterusan dengan sindrom penafian.
Menurut Hishammuddin, secara realitinya, walaupun perpaduan dalam parti itu kuat, jika rakyat mahu menolak UMNO parti itu tetap tersungkur.
“Realitinya biar sekental mana pun ikrar dan sokongan kita kepada pemimpin parti, kepada Majlis Tertinggi atau Perwakilan tetapi jika rakyat tolak kita maka UMNO tetap akan tewas.
“Kerana UMNO hidup bergerak dan berfungsi sebagai pergerakan politik dalam kerangka demokrasi. Maka survivalnya tentang dokongan padu ahli dan rakyat pada parti. Itu kita tidak boleh kita nafikan,” jelasnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong menambah, parti itu juga seharusnya menerima dua hakikat.
“Pertama semua krisis mesti didepani. Kita tidak boleh lari daripada itu. Ia mesti diselesaikan dengan penyelesaian yang terbaik secara inklusif dan akan menzahirkan kebaikan kepada agama dan bangsa.
“Hakikat kedua ialah krisis adalah proses yang medewasakan kerana krisis mengajar kita bahawa di sebalik pengalaman , segala kekuatan segala apa jua yang kita miliki sebagai sebuah parti kita pasti jauh dari sempurna,” ujarnya.

KAH KAH KAH
woit
ini hebat
ini ucapan tembak sapa?
tembak najib?
atau tembak zahid?
atau tembak kaki sendiri
kah kah kah

MARAH LAGi
-------------

APA SUDAH JADI?








APA SUDAH

JADi?

TAKUT KE?




Umno pecat ketua Wanita Gopeng


Mesyuarat Majlis Tertinggi hari ini memutuskan Ketua Wanita Umno Gopeng  Hamidah Osman dipecat daripada parti.
Pengumuman itu dibuat Presiden Umno  Najib Razak selepas mesyuarat Majlis Tertinggi di bangunan sementara Parlimen petang ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-pecat-ketua-wanita-gopeng#sthash.qbKPZDkW.dpuf

KAH KAH KAH
woit
mesti tunjuk berani
mesti ada kena tendang
wajib dilihat ada tindakan
wijab dilihat keras
kah kah kah
tapi muhyiddin
tapi afdal
tak akan diusik
kalau usik kapal tenggelam
semua lingkup pungkup

TENDANG LAGi


-------------

SEMUA ORANG SUKA





SEMUA ORANG

SUKA HATi


PADAN MUKA
Padan muka kena tutup kedai, biar banyak lagi yang tutup. Kerana mulut badan binasa dan ini ibarat yang berlaku didalam Utusan. Selalu menyiarkan berita palsu sampai kena saman pihak pihak tertentu sehingga keputusan mahkamah berpihak tertuduh dan kena diarahkan bayar saman berpuluh dan beratus ribu setiap kes. Patutlah rugi syarikat akhbar ini, tak belajar dari pengajaran. Padan muka. on UTUSAN JATUH BANGKRAP
ktsk88
on 11/24/15

DAPAT CUTI
Negara kena KABONG ke ????? Dapat cuti lagi. Mantap !!!!!! on UTUSAN JATUH BANGKRAP
Anonymous
on 11/24/15

MAJALAH PLAYBOY
Kilang cetak utusan tu tak payahlah tutup...utusan boleh cetak majalah playboy...gerenti laku punyalah...kahkahkah on UTUSAN JATUH BANGKRAP
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/24/15

CARI DERMA
Sebab najib lupe nak bagi derma..hahahahha on UTUSAN JATUH BANGKRAP
abrarmujahideen
on 11/24/15
















-------------