Rabu, 8 September 2010

SELAMAT BERBUKA PUASA - LAGI DUA HARI KITA BERAYA !




DUA HARI LAGI


esok aku akan balik kampong
dua tahun dulu abah masih hidup
tahun lalu hanya kami yang tinggal
inilah perjalanan hidup

yang lahir
yang gugur
yang tinggal

yang pergi telah pergi
kami yang di tinggalkan
untuk meneruskan bait bait ini

ke kampong setahun sekali untuk menemui diri
berjalan kembali diatas batas batas padi yang kering
melihat sungai mengalir kuning
bersalaman dengan ingat ingatan

aku harapkan hujan tidak akan turun
aku harapkan malam akan gelap
aku harapkan angin akan betiup
agar di pagi raya semuanya indah dan mengalun

malam raya lampu yang terpasang
malam raya takbir yang berkumandnag
malam raya mengulangi perjalanan hidup
mengembalikan ingat ingatan kepada
sawah dan belukar
kepada kekaseh yang hilang
kepada janji janji yang tidak ditepati

lalu bertanya kenapa aku disini

esok aku pulang ke kampong
yang aku bawa hanya sepasang sepatu lama
yang telah berligar bersama aku menngelilingi dunia
sepasang sepatu yang setia
tanda perjalanan hidup
yang wajib di teruskan lagi


JELEBU - KAMPONG CHENOR

nota:
di kampong tidak ada internet
talipon juga susah
kerana kawasan bukit bukau
kawasan pendalaman yang tidak jauh
dari kuala lumpur

HARI RAYA HARI INI




SUDAH NAMPAK BULAN - APA LAGI




9 DITAHAN DI KANGAR SAMBUT AIDILFITRI HARI INI – berita hairan

Sembilan anggota Jamiah Al-Zikri Awwalun, termasuk lima sekeluarga, ditahan selepas dikesan menyambut Aidilfitri awal di sebuah surau yang menjadi markas pergerakan kumpulan itu di Seriab, di sini, hari ini.

Kumpulan berkenaan yang membawa fahaman berasal dari Indonesia, ditahan selepas dikesan menunaikan solat Aidilfitri yang disertai khutbah disampaikan ketua mereka yang berusia 51 tahun.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… BIAR LANTAK LAAA…. DIA ORANG TAK NAK PUASA HARI INI… kah kah kah..

kah kah kah… MACAM SAUDI… NAK RAYA ESOK…. LANTAK DIA LAAA…. kah kah kah…

kah kah kah…ADA YANG DAH NAMPAK ANAK BULAN…. kah kah kah..

woit… ADA YANG DAH KENCING ATAS BULAN … kah kah kah..

kah kah kah… TAK CAYA… TANYA NEIL TANGAN KUAT …kah kah kah..

SEBUAH KESAH DI PETANG INI




SEORANG LAGI POLIS PENCEN





CERITA DARI KAMPONG

kesah ini selalu sangat kita dengar –ini kesah-kesah dari kampong. zaman aku kecik kecik dulu aku selalu mendengar cerita ceriti dari mulut seorang polis pencen. aku rasa setiap kampong di malaysia ini pasti ada watak polis pencen ini.

bagini kesahnya : di kampong aku apabila hari khamis malam jumaat - ada berjemaah di surau - di surau ini sesekali ada seorang polis pencen datang sama untuk berjemaah. disinilah aku berpelung mendengar surah polis pencen ini.

aku yang masih sekolah rendah datang ke surau kerana menemankan arwah nenek. aku hanya melangok dan menebeng. aku tak ingat sama ada aku turut sembahyang atau tidak. kalau sembahyang pun hanya ikut tunggang tunggit. tidak membaca apa apa pun. hanya mengikut orang orang tua di saf hadapan.

sesudah maghrib kami akan makan. makan yang dibawa dalam mangkok tingkat. ini ‘pot luck’ sebelum aku kenal apa itu pot luck.

kemudian sambil mengulung rokok dan makan sireh untuk menunggu isyak para jemaah bersandar didinding atau berlunjur berehat. lalu mereka barlabon dan bercerita tentang kehidupan - tentang sawah - tentang ayam lembu dan kambing.

dizaman ini di surau aku tidak ada kempen politik. tak ada cerita neraka atau bidadari. ini budaya kampong. masa ini islam belum lagi ganas. masa ini islam masih agama yang harmonis kerana itu agaknya datuk nenek moyang aku - orang asli - memelok agama islam – mereka masuk islam bukan kerana jakim atau nak masuk tv3 atau dapat duit 300 ringgit. kalau sekarang aku tak rasa datuk nenek moyang aku akan masuk islam.

di kampong kami islam tidak pernah dilihat ganas. tak ada tangkap menangkap. tak ada anak muda dimalukan dengan menangkap mereka kerana berendut. di kedai melayu runcit sesekali ada air cap sauh dan cap bulldog. semua selesai cara melayu bukan cara arab atau cara pakistani.

kami melayu asli bukan arab.

sambil duduk menunggu isyak masuk si polis pencen akan bersurah. untuk orang kampong aku – memang hebat polis pencen ini . dia pernah pergi kelantan. dia pernah pergi alor star. dia pernah pergi golok. di bertugas di selangor.

selangor ? aku tak tahu di mana selangor. aku ingat selangor ini dekat singapura. yang hebatnya dia ada bini dua. tapi sekarang hanya tinggal satu bini tua – orang kampong aku. tapi bukan hal bininya yang nak aku ceritakan.

yang ingin aku ceritakan ialah bagaimana polis pencen ini selau bercerita tentang samseng china dan kongsi-kongsi gelap china di kuala lumpur. dia kenal sahaja dengan geng yang ini dan geng yang itu. dengan geng 24 atau geng lam poo tong. dengan bangganya dia bersurah yang dia juga pernah minum semeja dengan taiko di jalan pudu – minum apa tidak pula aku tanya.

dia juga tahu siapa yang dalam polis yang selalu ambil rasuah dan siapa yang tidak rasuah. rumah pasong mana yang paling bahaya dan selalu tahanan kena pukul.

dia juga kenal menteri itu dan pegawai yang ini. sebut sahaja nama dia akan kenal. polis pencen ini cukup hebat. aku yang baru sekolah darjah tiga cukup seronok mendengar surah si pencen ini. untuk aku inilah dia hadith saheh al- bukary. sesaheh hadith ali tentang nabi kita.

dia tahu ocpd mana kena bayar oleh gengster dan berapa bayaran sebulan. hebat. semua maklumat tentang gengster polis pencen ini tahu. aku terus melopong mendengar surah polis pencen ini.

sesekali aku terfikir juga – kalau dia tahu semua ini kenapa orang jahat ini tidak di tangkap ? aku merasa pelik lagi hairan.

polis pencen ini juga sesekali bercerita dengan marah kerana menurutnya gengster china makin berkuasa. gengster melayu tak kuat sangat kerana tak ada perpaduan. dia juga marah kerana gengster china bukan sahaja beri amoi pada ocpd tetapi selalu beri amoi pada orang istana. malah si polis pencen ini pernah mengaku bahawa dia sendiri ternampak amoi masuk istana.

kenapa dia menebeng diistana tidak pulak aku tahu sebabnya. mungkin dia mengadap raja. atau raja minta nasehat. wow ! polis pencen ini cukup hebat.

polis pencen ini juga bercerita bagimana dia menjalankan operasi tangkap samseng. kadang kadang dari ceritanya seolah olah dia yang memimpin pasukan itu. tapi dari apa yang aku tahu dia hanya berpangkat kopral saje.

padi dituai. sawah kering. kelapa gugur. musim berubah. aku membesar – aku tidak ke surau lagi. aku tidak lagi bertemu dengan si pencen ini. dari apa yang aku dengar dia mula menyokong pmip – ini pasti islam ketika itu. mungkin kerana hendak bertaubat sesudah membuat kejahatan ketika menjadi polis dahulu.

beberapa tahun kemudiannya aku berpindah lalu aku tidak tahu lagi apa yang terjadi pada polis pencen ini. apakah dia menjadi peneroka felda atau dia jadi tok siak di masjid. wallah wu alam bisawab.

apa yang penting hingga sekarang orang di kampong aku telah membuat satu perumpamaan : MACAM POLIS PENCEN

macam polis pencen: bererti seseorang yang sibuk bercakap tentang itu dan ini , komplin sana komplin sini sesudah dia pencen. masa ada kuasa dahulu menikus tak pernah komplin satu habuk. sudah banyak komplin akhirnya msuk parti pas.

inilah dia kesah polis pencen. kesah ini berulang ulang. hinggakan pas menjadi parti politik yang besar.(TT)

KETAWA LAH TERBAHAK BAHAK SEBELUM KETAWA PERLUKAN LESEN




TENGOK BULAN DI TELOK KEMANG NANTI JUMPA SURAT BENG HOCK



nota:
ni best nya arab saudi
puasa lambat sehari
raya cepat sehari kah kah kah












KETAWA LAH SAMBIL MAKAN TAPAI

nota:
jakim pesan jangan sembelih kucing
jangan buat rendang biawak
duit rasuah tak pa kah kah kah

MENANTU DOLAH PUTUS URAT KENTUT




NGANGA BESAR BESAR AGAR LALAT TERPERANGKAP !






IBRAHIM TERUS TIBAI MENANTU DOLAH


Mengenai kenyataan terbaru Khairy, yang melihat Perkasa menjadi asas menurunnya undi kepada BN, Ibrahim sekali lagi membidas dengan menyifatkan Ketua Pemuda BN itu “cakap macam orang tak ada akal dan orang gila.”

“Perkasa baru tubuh selepas pilihan raya umum ke-12. Pilihan raya umum ke-12, BN kalah teruk sebab orang membenci beliau (Khairy),” kata beliau merujuk kepada berita bertajuk “KJ: Perkasa punca BN hilang undi”.

Ibrahim mengetengahkan hujahnya bahawa Perkasa ditubuhkan sebab tidak mahu Melayu berpecah.

Sambil menyifatkan Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno sebagai pemimpin “bernafsu besar tapi dah hilang taring”, Ibahim menambah, “orang membenci Pak Lah ( Abdullah Ahmad Badawi) sebab Khairy mengawal Pak Lah... kalau Perkasa tubuh sebelum pilihan raya ke-12 ada logik.”

“Umno lagi rosak ada orang akal putus macam Khairy,” katanya.

Dalam temu bual dengan sebuah portal berita yang disiarkan semalam, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau masih yakin ahli-ahli Perkasa tidak akan sokong pembangkang kerana mereka akan memberikan undi pada Umno.

“Jadi kesan politik Perkasa kepada Umno adalah minimal kerana ia tidak menambahkan undi Melayu,” katanya.

Selain itu kata beliau, sekiranya anggota parti itu diminta memilih antara Umno dan Perkasa sebagai sebuah parti politik, keadaan mungkin berbeza.

“Di akhirnya, kesan undi bukan Melayu terhadap Umno dan BN, disebabkan Perkasa, adalah signifikan. Dalam perkiraan politik, di akhirnya, (Perkasa) menghilangkan lebih banyak undi daripada yang ditambahnya,” jelas Khairy.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit… INI YANG KITA MAHU… kah kah kah..

kah kah kah … BETUL… BETUL APA KATA BRAHENG INI … kah kah kah…

kah kah kah….UNDI BN HILANG KERANA MENANTU DOLAH….kah kah kah…

kah kah kah…. BETUL .. BETUL….KATA MENANTU DOLAH... kah kah kah..

kah kah kah... UNDI CHINA LARI KERANA PERKASA… kah kah kah..

woit…. DUA DUA PUN BETUL… DUA DUA KITA SOKONG…. kah kah kah..

kah kah kah…. BAGI DUA DUA GADUH LAGI… BAGI BALING KERUSI… kah kah kah…

nota:
dua dua mental
satu mental ayah
satu lagi mentel mentol kah kah kah

nota:
bila menantu dolah kutuk braheng
ini ertinya menantu dolah kutuk madey
kita tunggu apa pulah firaun ini
nak tibai kah kah kah

JADI LAH ORANG YANG BERANI - BERCAKAP APA YANG BENAR




KERING GERING DAN MERING




HISHAMUDIN RAIS: UMNO KECUTKAN MINDA MELAYU -mkini

Penulis kontroversi, Hishamuddin Rais berkata minda Melayu kini telah 'dibonsaikan' (dikecut dan diubah seperti pokok bonsai) oleh agendapolitik Umno dengan tujuan bagi mengekalkan budaya takut terhadap bukan Melayu.
Bekas tahanan ISA itu berkata Umno sentiasa menyemarakkan kebimbangan perkauman untuk menyakinkan rakyat bahawa parti itu pilihan terbaik bagi orang Melayu kekal di hadapan dari segi pembangunan sosial dan ekonomi di Malaysia.

"Proses 'membonsai', mengosongkan dan mengejutkan orang Melayu ini berlaku lama dahulu pada zaman British. Melayu diketuai oleh pemimpin yang malas dan mereka yang malas berfikir,” kata Hishamuddin pada forum 'Malays are muted too!' di Kuala Lumpur malam semalam.

Aktivis kontroversial itu berkata Melayu telah lama diindoktrin supaya takut kepada idea baru dan dihantui ketuanan Cina sehingga menganggap kaum itu satu ancaman terhadap kewujudan mereka.

Mengambil contoh, peranan bomoh atau pawang, Hishamuddin mendakwa Umno menggunakan taktik yang sama untuk menyakinkan orang Melayu bahawa mereka sentiasa berdepan atau berlawan dengan hantu.


HISHAM RAIS : UMNO HAS SHRUNK THE ALAY MIND
- mkini

Renegade artist Hishamuddin Rais declared that the Malay mind has been "bonsified" (shrunk and distorted, like a bonsai plant) by Umno's political agenda in order to perpetuate the culture of fear against non-Malays.

The former ISA detainee said that it is typical of Umno to play on racial fears to convince the public that they are the best option for Malays to remain at the forefront of social and economic development in Malaysia.
"This process that 'bonsifies', nullifies and stupefies (Malays) goes back to the British time. (Malays) are led by lazy leaders and lazy thinkers," Hishamuddin (middle in photo) said at the 'Malays are muted too!' forum at the KL and Selangor Chinese Assembly Hall last night.

The controversial activist noted that Malays have been indoctrinated to fear new ideas and 'ghosts' of Chinese supremacy, to the point that the Malay public believe that the 'ghosts' are real threats to their existence.

Taking the example of bomoh or witchdoctors, Hishamuddin claimed that Umno employs the same tactics to convince the Malays that they are constantly battling against hantu (ghosts).

"In Malaysia it is very simple. The hantu for the Malays are the Chinese. The Malays are made to believe that there are all sorts ofhantu, to encourage the public to be thankful for Umno (to save them).

"It's just like (the tactics of) the bomoh in the kampung, wherekampung folk will be told that there are all sorts of hantu to deal with... Umno uses the same modus operandi," he said.

nota:
kah kah kah... ALAAAA MAK APA LAGI GUA NAK CAKAP .... kah kah kah

SATU LAGI CARA UNTUK TIPU MELAYU




ADA ANGIN NAK JADI RAJA GOPAL




MADEY : AGAMA ISLAM , UMAT ISLAM JADI MANGSA PAS - minsider

Mahathir Mohamad berkata agama Islam dan penganutnya menjadi mangsa pemimpin PAS yang menggunakan agama sebagai senjata kelangsungan hidup dalam politik supaya parti itu terus mendapat sokongan.

Walaupun kononnya melaungkan perjuangan Islam sebenar, beliau berkata pemimpin Pas sanggup mengubah pemikiran, menukar tafsiran, dan ia memang naluri parti itu sejak dahulu akan mengenepikan Islam untuk mendapatkan sokongan bukan Islam.

Beliau berkata pemimpin PAS pintar memberikan pelbagai pandangan serta penjelasan mengelirukan dan akhirnya yang menjadi mangsa kepada perbuatan itu adalah Islam dan penganutnya.

KAH KAH KAH…

woit… YANG JADI MANGSA GEROMBOLAN NAPA TAK CERITA… kah kah kah..

kah kah kah... BERJUTA RAKYAT YANG JADI MANGSA KELENTONG FIRAUN... kah kah kah...

woit…. SEKURANG KURANG NYA PAS ADA BERCAKAP NAK LAWAN RASUAH…. kah kah kah..

woit… SEKURANG KURANG NYA PAS ADA CAKAP NAK MENEGAK KAN KEADILAN…. kah kah kah…

woit… SEKURANG KURANG NYA PAS ADA CAKAP MAHU HAPUS UNDANG UNDANG ZALIM… kah kah kah..

kah kah kah….MACAM LAH GEROMBOLAN INI PUTEH SUCI ... kah kah kah..

kah kah kah… SELALU MENIPU ORANG MELAYU….. kah kah kah

SAPA TAK PERNAH TENGOK LATAK




I KNOW YOU.... LIDAH YOU PANJANG



NIK AZIZ : ‘ I KNOW YOU ‘ IBRAHIM ALI – mkini

Dalam kenyataan sebelum ini, Nik Abdul Aziz mempertahankan tindakan Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, menyampaikan sumbangan di surau Al-Huda, Kajang Sentral, Selangor baru-baru ini, yang menimbulkan kontroversi di kalangan umat Islam.

Mengenai kenyataan Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang meminta beliau membuktikan kebenaran dakwaannya dengan nas dan ayat al-Quran, Nik Abdul Aziz dengan nada sinis berkata: "I know you (saya kenal awak)".

KAH KAH KAH…

woit… NIK AZIZ NI MESTI SALAH ORANG… kah kah kah…

kah kah kah… TAK MUNGKIN NIK AZIZ KENAL…. kah kah kah…

kah kah kah… BEERAHENG DAH SALIN KULIT….. kah kah kah…

kah kah kah…. DULU KATAK HIJAU…. SEKARANG KATAK PURU… kah kah kah

KESIAN MENANTU AYAH




BILA HUJAN DATANG - BISING SATU LUBUK



KJ: PERKASA PUNCA BN HILANG UNDI - mkini

Saya tidak menipu, saya rasa banyak ahli PERKASA sebenarnya ahli Umno. Jadi, secara impiralnya, mereka ini tidak menambahkan sokongan pada Umno.

"Itu sebabnya saya saya ambil pendirian tegas terhadap mereka. Jika ahli PERKASA, apa yang kamu boleh dapat daripada PERKASA? Tak banyak," kata Khairy yang juga ahli parlimen Rembau.

Justeru, ekoran senario ini, kenapa Umno tidak mengambil pendirian lebih tegas terhadap pertubuhan pro hak-hak bumiputera itu?

"Soalan yang bagus. Saya tidak tahu. Saya rasa patut," katanya sambil mengambil masa untuk menjawab serta ketawa kecil.

KAH KAH KAH…

woit… TAK KAN TAK TAHU …. KENAPA TAK ADA TINDAKAN… kah kah kah..

woit… PERKASA INI DI TUBUH UNTUK PELEKEH KETUA PEMUDA GEROMBOLAN… kah kah kah..

kah kah kah… SEMUA ORANG TAHU… PERKASA ADALAH LEMBU MENIBAI MENANTU AYAH…. kah kah kah…

kah kah kah… TAK PAYAH KETAWA KECIL…. kah kah kah…

kah kah kah…. DOA KAN AGAR MAHAFIRAUN PADAM DULU…. kah kah kah