BERSATU
TANGKAP MO1
Haisss tt, kau takde segan silu membogelkan perasaan kelam kabut pikiran kau pada semua pembaca berkaitan siapa makhluk mo1 ini, maka terpaksalah aku ke depan mengaku yang aku pun serupa jugak rasa kelam kabut dan risau teramat sangat bila tersebar sepantas kilat pendedahan mo1 itu adalah agong. Bila mula-mula isu doj orangramai mencongak mo1 ialah najib, aku selamba je.





Org Melayu ni, bab dibodohkan dgn ayat agama, mmg cukup stim. Xder reserved, x berbelah bahagi. Pemimpin2 UMNO dan PAS tahu sangat akan kelaku Melayu bila disantau ayat2 agama. Mereka sanggup jadi bodo piang walaupun ditipu bulat2, asalkan kaitkan dgn tuhan, kaitkan dgn nabi, semuanya akan jadi tugas suci murni tak berbelah bahagi.
Hasilnya duit akan disedekahkan setiap bulan oleh orang ramai. Paling best nak bodohkan Melayu ialah sembur saja konsep qada dan qadar, konsep bersyukur, konsep sedekah, nescaya ada yg sanggup kerat kepalabutuh dan hiris puki bagi sbg sedekah pun ada. Takat gelang emas, anak dara, wang ringgit, geran tanah ni, benda biasa jadi sedekahan. Untung pakai serban ketayap ni. Buat muka lembik sikik, cair siot. on JUAL AGAMA CARI MAKAN
Minggu ini gua jadi kelam kabut. Gua tidak tahu apa yang wajib gua lakukan. Hendak ketawa gua rasa bersalah. Hendak menangis air mata enggan keluar. Atau gua terus jadi marah hingga tercabut uban.Tapi gua risau juga jika kelihatan botak.
Rakyat satu Malaysia hanya berhenti bertanya siapa MO1 ini ketika ada pertarungan badminton dari Rio. Sebaik sahaja Chong Wei selesai bertarung dan meletakan raket ditepi dinding satu Malaysia terus heboh bising. Heboh memberi pendapat dan teori siapa dia MO1 itu?
Paling terbaru ialah kenyataan dari Langkawi. Ini bukan kenyataan dari cucu cicit Mahsuri tapi dari Tuan Haji Nawawi yang mengakui dirinya sebagai Yang Berhormat. Hormat macam mana itu gua sendiri kurang arif.
Maknanya FBI akan masuk ke Istana Negara. Maknanya FBI akan menangkap Raja kita untuk dibawa ke Amerika. Maknanya - dimana muka kita sebagai rakyat hendak kita sorokan. Maknanya Perkasa dan Jaringan Melayu akan melaungkan semboyan perang menentang Amerika. Maknanya Jamal Ikan Bakar akan dapat bujet untuk berdemo depan kedutaan Amerika. Maknanya Ali Tinju akan bergaduh dengan Jamal untuk merebut dana Baju Merah. Maknanya Tajuddin Rahman dari Pasir Salak akan bersilat sekali lagi di Jalan Petaling kali ini memakai cawat merah.
Gua tidak tahu apa sebab musabab pihak Dapartment of Justice America (DOJ) tidak mahu menyebut si Polan bin si Polan sebagai Malaysia Official 1. Adakah saekor gajah sedang diberselindung di belakang Puan Loretta Lynch? Atau adakah ini stratiji Encik Andrew MacCabe Timbalan Pengarah FBI untuk memerangkap Riza Aziz a.k.a Anak Najib dan Jho Low a.k.a China Tembam. Wal lah hu alam.
Paling menakutkan ialah soalan yang mucul dari mulut Mahathir. Bekas Perdana Menteri ini telah bertanya sambil menyoal - jika Agong ini Malaysian Official 1 apakah Riza Aziz itu anak tiri Baginda. Ya Ampooon. Meremang bulu tengok gua apabila membaca soalan dari Tun M ini. Badan gua menggigil takut kerana apa yang sedang berligar dalam kepala gua ini amat-amat menakutkan gua sendiri.
Kenyataan dari Istana ini tidak diambil pot oleh Tuan Haji YB. Yang Berhormat dari Langkawai ini berkata - apa perlu minta maaf kerana beliau tidak melakukan apa apa kesalahan. Betul tepat. Kenyatan YB ini muncul dari kajian bukan ciplakan saperti lagu Terang Bulan. Memang hebat Tuan Haji YB ini. Gua amat yakin dalam urat lidah Tuan Haji ini ada mengalir darah Pahlawan Bugis. Kerana itu beliau cekap bersilat lidah. Ampon Tuanku.
Bani Melayu juga ada tradisi saperti ini yang diturun temurunkan dari Orang Asal suku Biduanda. Gua difahamkan jika Bani Melayu ingin mengetahui sesuatu maka perlu ditilik melalui air dalam tempurung. Air ini wajib datang dari tujuh perigi. Jampi serapah wajib dibacakan untuk memanggil segala dewa dan dewi seru sekelian alam. Jika niat suci maka akan muncul bayangan jawapan itu dalam tempurung yang berisi air.
Yang paling susah untuk gua mentuntaskan malam menilek MO1 ini ialah mencari air dari tujuh buah perigi. Gua gagal. Hingga ke hari ini gua baru bertemu dengan dua perigi.
Tapi gua rasa semua ini akan selesai dengan tuntas pada hari Sabtu 27 haribulan Ogos ini. Gua diberitahu bahawa satu Gerakan Anak Muda akan mengadakan perhimpunan besar. Diwar warkan 10,000 anak muda, pelajar dan mahasiswa akan turun ke Dataran Merdeka pada jam 2 petang dihari tersebut. Tujuan perhimpuan ini ialah untuk menangkap Malaysia Offcial 1. Aduh ini hebat.





KEGANASAN, PENIPUAN & INTERNET
(hegemoni media daulah pecah)
Edisi/Cetakan Kedua
Rampaian tulisan-tulisan Hishamuddin Rais dari Malaysia Kini, Oriental Daily, Malaysia-Today, Suara Keadilan
Lima bulan dari Mei hingga Oktober 2008. Tersenarai 10 buku non-fiksyen tempatan. TERLARIS di toko buku MPH. Masih lagi TOP TEN BEST SELLER hingga kini
Buku boleh didapati di semua kedai-kedai buku Kinokuya, Borders, MPH, Popular Book Store, RiceCooker Annex Central Market
atau datang ke Bau Bau Cafe Central Market
Harga: RM30
Atau pesan terus dari 012-664-8873