.

Khamis, 7 November 2013

PENCERAHAN DARI PEMBACA




PENCERAHAN 
UNTUK LONG LIBONG
apakah perlu di sambung
atau
di tamatkan 
dan disambung satu ketika lain


IDEA-IDEA DARI PEMBACA
takan takda batu bersurat kastam cencen jota 24 dan rekod imigresen altantoya dalam gua tu....mesti ada mambang darat,laut atau sungai yang memantau akaun bank tabungan dari kecik-kecik on KESAH ITU DI SAMBUNG LAGI
Anonymous
at 6:42 PM

TT punya power buat aku rasa macam nak menangis je ni.. on KESAH ITU DI SAMBUNG LAGI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 5:58 PM

hanya cia kenal cia..hanya sasterawan kenal sasterawan..hanya pejuang kenal pejuang..kah kah kah buat buku millionaire lah penulis ni...woit nak tanya long libon cia ke? kah kah on KESAH ITU DI SAMBUNG LAGI
Anonymous
at 5:13 PM

-----------

PERANG DINGIN ATAU TIBAI DINGIN




KOMENTAR TUKAR TIUB
apa tujuan mahathir timbulkan hal ini?
serang ghani patail untuk apa?

untuk serang najib?
untuk naikkan hakim negara baru
yang akan tunduk pada nya

lihat dan tunggu
kemana arah serangan ini
apa yang jelas 
najib pasti tersedak

DARI FACE BOOK



COLD WAR IN MSIA? Or MAHATHIR WAR?
Like ·  ·  · 3 hours ago · 
  • Lim Hs All because your son lost? Gani just a proxy war. CIA have always been everywhere in Msia, during the cold war days, even in Mahathir days. Gazhali Shafie put Mahathir's pol sec under ISA for being KGB spy. Why make noise now about CIA? You did more for America.




--------

KESAH ITU DI SAMBUNG LAGI














KESAH LONG LIBON
DI SAMBUNG LAGI

RIWAYAT  ITU BERSAMBUNG LAGI 
Hamba sambung kembali kesah  Long Libon.  Hujan masih turun mencurah-curah. Kilat sabung menyabung macam dawai leterik putus tersangkut. Guruh berdentam dentum. Halilintar memecah bumi.  Petir panah memanah dan guruh letup meletup saperti George Bush sedang menyerang Saddam Hussein. Hamba merasa takut. Takut kalau-kalau banjir akan sampai. Takut kalau-kalau rumah Long Libon ini akan dihanyut air.

Mengikut labon Orang Kampong keluarga  Long Libon telah menjadi kaya  samenjak jala Long Libon tersangkut dalam sungai. Entah apa yang telah menyambar jala itu. Entah apa yang diperangkap oleh jala. Entah apa yang dibawa jala naik ke darat. Macam macam kesah didengar.

Ada Orang Kampong berkesah jala Long Libon telah tersangkut dengan  peti harta Qarun. Ada berkesah Long Libon dapat number ekor dari Vincent Tan. Ada yang berkesah bagaimana George Soros tersilap menghantar dana.  Tiga kotak dolar dan ringgit yang dihatar oleh George Soros untuk NGO milik Marina Mahathir tetapi entah macam mana kotak duit ini  sampai ke Long Libon.

Orang Kampong menggelarkan Long Libon Mat Koyo. Ada yang berkesah nama Mat Koyo ini muncul  kerana Long Libon suka memakai  koyok Jepun bila sakit kepala. Ada yang berkesah koyo ini datang dari perkataan kaya. Satelah jala tersangut keluarga miskin dihujung kampong ini   menjadi kaya. Ini teori Orang Kampong

Ramai Orang Kampong  mengaku kenal baik dengan Long Libon. Semua mengakui menjadi  Tok Perawi saheh – membawa kesah Mat Koyo yang saheh. Tetapi biar hamba royak disini.  Amat susah untuk disahehkan semua kesah-kesah ini. Semua cerita dari mulut Orang Kampong Lidah Bercabang. Semuanya mungkin  betul dan semua mungkin salah.  Kerana itu hamba sendiri datang nak mencari apa yang benar.

Sedang hamba ngelamun memandang hujan yang mencurah turun tetiba jantan hamba di ganggu lagi.  Pelesit Sundal Malam  masuk  ke ruang tamu membawa  sedulang kopi. Mata hamba berlakon memandang ke arah dulang walhal  ketika Pelesit Sundal Malam membongkok menuang kopi yang jadi sasaran ialah  ehem ehem... malu nak cakap. Tapi jawapannya gagal. Tidak ada apa-apa yang terbuka.

Long Lobon datang menghampiri hamba. Sambil menggulong tambakau  sambil  bercerita. Ntah kenapa cerita yang dikesah semuanya seram dan menakutkan.

“ Kau  tahu Badangkan? Kau tahu muntah hantu? Kau pernah jumpa  Hantu Raya?” Dia bertanya sambil matanya memandang tepat muka hamba. Belum sempat hamba menjawab Long Libon bersuara lagi. “Tu... Mahathir  yang kau nampak tu... itu bukan Mahathir..itu hantu raya. Mahathir udah lama mati. ”

“ Kau tahu kenapa Rosmah gemok macam itu... dia tersalah pakai susuk. Tok Bomoh dah siapkan susuk emas. Tapi ada orang kelepet susuk emas itu...ganti dengan jarum peniti. Tu pasal dia jadi gemok dan muka nampak  masam. Kau  ingat aku ni bohong ke? Kau ingat Bala... Bala yang  jaga Altantuya  tu mati kerana apa? Bukan kerana sakit jantung laaa.. aku tahu... dia  kena buatan  Bomoh India”.

Hamba terpinga-pinga. Hamba tidak ada pilihan melainkan  mendengar semua kuliah ‘ hantu, jin dan polong’ yang keluar dari mulut Long Libon. Untuk menyedapkan cerita kesemua anak beranak sokong menyokong. Ayah kata ini. Emak kata itu. Tiga orang anak angguk mengangguk. Hamba seorang sahaja yang melopong mendengar. Yang menjadikan hamba kecewa ialah Pelesit Sundal Malam pun turut sama mengaminkan apa sahaja hantu yang keluar dari mulut ayahandanya.

Dipendekkan cerita, esoknya sesudah minum pagi Long Libon a.k.a Mat Koyo sudah berjanji untuk membawa hamba  ke tempat jala tersangkut. Hati hamba berdebar-debar. Apakah rahsia  yang akan menjelma. Apakah  Hantu Raya Mahathir akan datang atau Bomoh India akan muncul.

Kami berempat sampai ke tempat yang ditujui. Bukan ditepi sungai. Bukan ditebing jala tersangkut. Tapi dihadapan sebuah bukit batu. Tanpa banyak becakap Long Libon menghampiri tembok batu itu dan membisikan sesuatu. Tetiba tembok batu itu terbuka luas.  Dengan tanda isyarat Long Libon menjemput  kami masuk. Hamba diapit oleh Pidun dan Kitam.

Apa yang hamba lihat dalam gua ini  terlalu payah untuk hamba kesahkan. Mungkin ramai akan menuduh hamba ini membawa kesah kurafat. Membawa kesah karut marut. Membuat onar mengoncang akidah. Tetapi hamba rasa kesah ini wajib disampaikan kepada anak cucu cicit kita agar mereka akan menurunkan  riwayat ini kepada anak cucu cicit mereka pula.

Macam tak percaya apa yang hamba lihat  dalam gua batu ini. Dua buah injin jet tegak berdiri. Sahehlah ini injin jet TUDM kerana diinjin itu ada tertulis dalam tulisan Jawi : Kalau kantoi tuduh Muthu Towkay Besi Buruk. TUDM rules okay! Mulut hamba ternganga melihat injin jet ini. Rupa-rupanya dalam gua ini ianya tersimpan.

Kami berjalan lagi hingga sampai ke satu petak yang agak terang. Disini mata hamba menjadi kabur. Kabur kerana tak percaya apa yang sedang hamba lihat. Diatas sebuah meja batu tersusun pistol-pistol pelbagai jenis. Mata hamba mula menghitung. Ada terkira 44 pucuk pistol. Tak jauh dari meja pistol itu hamba ternampak tiga butir bom. Jelas bertulis C4. Di sebelah bom itu kelihat 14 laras senapang jenis lama,  5 pucuk Styner dan 6 pucuk Kalashinikov. Di tepi bom C4 itu  ada sahelai kertas berrtulis : Bukan Razak Baginda Yang Curi.

‘ Semua ini adalah senjata polis dan tentera kita yang dikatakan hilang. Lihat disana ada 44 pistol polis.  Inilah pistol yang dikatakan jatuh ke dalam air oleh Zahid Hamidi. Tujuh pistol itu agak kemik sadikit kerana jatuh dari lubang jamban. Kemik kerana lubang jamban itu agak kecik. Lihat di sana ada beberapa buah walkie talkie... semua ini harta PDRM..”

Demi Zeus apabila hamba hampir jatuh pengsan. Senjata ini memang telah dilaporkan hilang. Injin jet ini telah lama dicari tak jumpa jumpa. Dalam laporan tahunan audit negara yang terbaru memang ada laporan pistol polis hilang.Tetapi bagaimana injin jet ini, senapang ini dan pistol ini masuk ke dalam gua ini.

“ Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Zahid Hamidi tentang pistol dan senapang jatuh ke dalam air  adalah betul. Hanya parti pembangkang yang suka membuat heboh. Tuduh sana tuduh sini. Mereka tidak tahu cerita sebenar. Kami  sekeluarga sahaja yang tahu apa yang sebenar berlaku. Kami tak membawa cerita kepada sesiapa pun. Ini janji kami dengan Wong Kaitong.”

Siapa pulak Wong Kaitong?  Belum pun sempat hamba membuka mulut untuk bertanya Long Libon terus bersurah panjang. Rupa-rupanya jala Long Libon telah tersangkut  dengan anak Jin Afrit Wong Kaitong – Raja Sungai Parit Longkang dan Segala Jamban.  Long Libong telah melepaskan anak Wong Kaitong  dari perangkap jala maka sebagai hadiahnya  Raja Sungai Parit Longkang dan Segala Jamban ini telah memberi mantra sakti untuk membuka mana-mana gua batu dalam dunia ini.

 
Memang susah hendak dipercayai riwayat ini. Tetapi hamba telah melihat dengan mata sendiri  44 pucuk pistol PDRM terletak dimeja batu.  Malah mengikut surah Long Libon pistol PDRM yang ditemui dalam jamban itu mungkin akan  berkarat kalau tidak di selamatkan oleh Wong Kaitong.

Maka hamba tersedar bahawa rupa-rupanya selama ini ada makhluk yang menjadi Raja yang menjaga sungai parit dan jamban. Hamba tidak menyangka  bagitu besar peranan Raja ini. Rupa-rupanya Raja inilah yang telah menyelamatkan semua pistol PDRM yang terjatuh ke dalam sungai, parit, longkang, kolam dan jamban. Bersyukur!

Hamba termenong sabentar. Bagaimana dengan bom C4? Kenapa dia ada disini? Apakah ada juga Raja Jin Afrit yang menjaga bom ini?  Long Libon macam tahu sahaja apa yang ada dalam kepala hamba.

“ Bom C4 itu telah dijumpai dalam jamban di Bukit Damansara.  Wong Kaitong telah menyelamat Damansara kerana semua jamban-jamban telah tersumbat kerana ada orang menyimpan bom ini didalam jamban”. Mata hamba terbeliak bila mendengar bab ini.

Kami pun berundur ke pintu gua. Long Libon  dengan senyum terus bercerita.  “Sesekali aku pun buka pintu gua lain’.  Maka hamba terfikir mungkin dalam gua yang lain  ini Long Libon terjumpa emas atau micro chip yang pernah hilang di Sebrang Prai. Mungkin inilah yang menjadikan keluarga ini berubah nasib.

Dekat pintu, kami sekali lagi berhadapan dengan dua jet injin. Mata hamba memandang tepat dan cuba mencari jawapan dimana agaknya  injin ini ditemui oleh Wong Kaitong. Mungkin dalam Sungai Perak atau Sungai Pahang.

‘ Aku tahu apa yang dalam kepala kamu. Kamu nak tahu dari mana injin jet ini ditemui. Jangan terperanjat. Jet ini ini di temui oleh Wong Kaitong dalam jamban Rosmah di Putrajaya.”  Mulut  hamba terbuka luas. Demi Kala Dewata hebat sungguh Wong Kaitong.

Akhirnya hamba berpuas hati. Lalu meminta diri untuk pulang. Ditengah jalan baru  teringat  hamba belum dapat jawapan kenapa minah cun gadis sunti itu diberi nama Pelesit Sundal Malam. Mungkin itu kesah lain. ( TT)
  
 
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN
sesiapa yang mahu melanggan
akhbar mingguan ini 
sila pukul talipon:
03-92-21-10-45 

-----------

BELAJAR DARI PENGALAMAN




KOMENTAR TUKAR TIUB
kenyatan yang diputar belit ini sering berlaku
kenyataan salah lapor ini sering berlaku
kenyataan yang diputar belit sering berlaku

 politikus pakataan selalu tuduh akhbar 
milik united malays national organisation 
putar belit kan  kenyataan

kenapa tak sedar
ini memang tugas media milik 
parti ketuanan melayu
ini kerja mereka

media ini mahukan
pakatan rakyat pecah
bila pakatan rakyat pecah
makan united malaya national organisation
terus berkuasa

apa yang perlu dilakukan ialah:

1 - jangan berita kenyataan secara mendadak
2 - jangan layan wartawam yang memerangkap
3 - semua kenyaana  hendaklah di tulis
4- semua kenyatan dalam talipon wajib di rakam
5 - konsep off the record TIDAK boleh pakai

rakyat sudah letih mendegar kerenah ini

belajar lah dari pengalaman
ilmu pengetahun
 ialah  pengalaman yang dikumpul
buku ialah pengalaman yang ditulis

mustahil tak sedar perkara ini


Karpal mahu PAS dibatal hanya putar belit

Harakahdaily,07 Nov 2013
KUALA LUMPUR: “Saya telah bercakap dengan Karpal dan beliau telah menjelaskan bahawa beliau tidak langsung menyeru supaya pendaftaran PAS dibatalkan,” jelas Lim Kit Siang dalam kenyataan kepada Harakahdaily, malam tadi.

Justeru, Ketua Parlimen DAP itu meminta semua pihak mesti berjaga-jaga memandangkan ada pihak yang sedang cuba merosakkan kesepaduan Pakatan Rakyat.

JANGAN JADI HASAN MALEK


---------

SATU CALON ANUGERAH HASAN MALEK





 YB IRMOHIZAM IBRAHIM
DI CALONKAN 
 ANUGERAH HASAN MALEK

Isytiharkan UiTM sebagai Universiti Diraja

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) dicadangkan diisytihar sebagai Universiti Diraja UiTM sejajar dengan komitmen kerajaan memperkasa bumiputera dalam bidang pendidikan.

Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) ketika melontarkan cadangan itu berkata, status Universiti Diraja tersebut dapat menghentikan campur tangan pihak tertentu yang cuba menggugat kewujudan UiTM.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... KAH KAH KAH... kah kah kah..

kah kah kah... WHAT A BRILLIANT IDEA... kah kah kah..

kah kah kah...UNIVERSITI DIRAJA  MENCANTING BATIK... kah kah kah..

kah kah kah..UNIVERSITI DIRAJA DONUT... kah kah kah..

kah kah kah... UNIVERSITI DIRAJA SENAM 36JAM... kah kah kah..

woit... IBU SEGALA UNIVERSITI DIRAJA .... kah kah kah..

kah kah kah...UNIVERSITI DIRAJA HASAN MALEK... kah kah kah


UNIVERSITI DI RAJA
 DONUT

UNIVERSITI DI RAJA 
SENAM ANGKAT KAKI


UNIVERSITI DI RAJA
CANTING BATIK TERPANJANG

UNIVERSITI DIRAJA
GOYANG PUNGUNG 70 JAM

----------

PROGRAM MELAWAN DI SANA SINI



MALAM JUMAAT INI
DEWAN YAMCA 
IPOH


MALAM SABTU INI
DEWAN MALIKI
KEPALA BATAS


MALAM AHAD INI
DEWAN ORANG RAMAI 
CERUK TO KUN 
BUKIT MERTAJAM



SABTU DEPAN
jemputan  
untuk berkarton dengan zunar


PESAN BUKU
PESAN SEKARANG
pasti akan
kah kah kah
kah kah
kah

---------

SIASAT BUKAN TUDUH MELULU





KOMENTAR TUKAR TIUB
ini satu kenyataan yang rasional
satu kenyataan yang menjelas duduk pekara

bukan peguam negara yang jadi ajen cia
tapi ada pegawai di pejabat peguam negara
yang berasal dari amerika

yang berdua inilah  mengikut mahathir
berkerja sebagai ajen cia

apa yang perlu dilakukan ialah siasat
bukan tohmah dan fitnah


Siasat Gani bukan buruk-burukkannya, kata bekas Peguam Negara

Mereka yang mempunyai bukti salah laku Peguam Negara, Abdul Gani Patail (gambar) patut membuat laporan polis bukan memburuk-burukkannya, kata bekas Peguam Negara, Abu Talib Othman.

Selain itu,  Mahathir turut membangkitkan isu Gani ketika Menteri Dalam Negeri, i Ahmad Zahid Hamidi bertemunya.
Mahathir bertanya Zahid apakah beliau sedar ada dua pegawai pejabat Peguam Negara berasal dari Amerika Syarikat dan mereka adalah agen CIA.
Sehubungan itu, Zahid dikatakan berjanji akan menyiasatnya.
---------

TANGKAP DAN DAKWA





Kenyataan Umum
6 November 2013

PENGAKUAN TUN MAHATHIR: AG PERLU DIBEKU DAN DIBERKAS SEGERA

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras supaya segala aktiviti yang melibatkan pihak Peguam Negara (AG) dibekukan segera. Ia ekoran pengakuan Tun Mahathir yang mengaitkan Tan Sri Gani Patail sebagai pengintip dan agen CIA. SAMM menyifatkan dakwaan ini sebagai sangat serius.

Di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88 seksyen 3) memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup di atas kesalahan 'Pengintipan bagi maksud yang mudarat kepada keselamatan atau kepentingan Malaysia'. Maka Tan Sri Gani Patail harus diberkas dan dibicarakan serta-merta bagi menjamin negara ini berada dalam kedudukan lebih selamat.

SAMM juga menggesa agar Tun Mahathir tampil membuat penjelasan lebih terperinci mengenai dakwaan serius yang dilontarnya.

SAMM tidak menolak kemungkinan antara kecelaruan dan musibah yang berlaku adalah termasuk melibatkan pemalsuan bukti dalam kes liwat DS Anwar Ibrahim dan juga menyebabkan kekalahan Pulau Batu Puteh di mahkamah antarabangsa. Pulau Batu Puteh juga tidak wajar terlepas namun apakah mungkin ianya diatur demi kedudukan strategik Singapura yang menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat.

Laporan polis akan dilakukan oleh SAMM dan sekutu di seluruh negara dalam masa terdekat.

Sekian,

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


----------