Selasa, 7 Disember 2010

SELAMAT MAAL HIJRAH




UCAPAN PADAN MUKA



nota:
padan muka
untuk sesiapa yang mengundi gerombolan
padan muka
untuk ketuanan melayu
padan muka kah kah ka
h

KETUANAN CAP AYAM




MAHARAJAH MAHAFIRAUN





KETUANAN MELAYU : SU AGUNG PKR BERI AMARAN, LABEL UMNO-PERKASA BACUL - minsider

Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melabelkan pendirian Umno dan Perkasa dalam polemik “Ketuanan Melayu” sebagai tindakan “bacul” kerana mengheret institusi Raja-raja Melayu dengan mentaklikkan ungkapan itu sebagai “Ketuanan Sultan”.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail juga berkata, beliau memberi amaran supaya Umno dan Perkasa jangan lagi cuba memfitnah parti itu dan Pakatan Rakyat dalam polemik terbaru berkaitan dengan “Ketuanan Melayu”.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu dua hari selepas Penasihat Undang-undang Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun menyarankan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diguna pakai dalam isu berhubung kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai “ketuanan Melayu” semasa Kongres Nasional PKR hujung bulan lalu.

ini kenyataan penuh

ISU KETUANAN MELAYU: JANGAN LARI DARI PERSOALAN REKOD PEMBELAAN RAKYAT TERBANYAK

Saya merujuk kepada pelbagai kenyataan yang dibuat berkenaan isu
ketuanan rakyat, terutamanya dari kalangan pimpinan Umno.

Pertamanya, saya mengucapkan tahniah kepada pimpinan Umno, PERKASA dan
kaum-kerabat mereka yang tidak pernah gagal mengingatkan rakyat
Malaysia bahaya politik perkauman sempit. Dalam satu minggu yang
lepas, segala usaha pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak melalui
kempen 1Malaysia yang menelan belanja puluhan juta ringgit menggunakan
wang rakyat; hancur musnah apabila pimpinan-pimpinan Umno dan PERKASA
menunjukkan kembali wajah sebenar mereka.

Tidak kira berapa banyakwang yang dibayar kepada perunding antarabangsa sekalipun, budaya perkauman sempit yang dibawa oleh Umno dan Barisan Nasional tidak akan
hilang kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada darah daging mereka.

Pun begitu, saya melahirkan rasa kesal kerana Umno dan PERKASA tidak
mahu berdepan dengan gagasan yang dibawa oleh KEADILAN dalam Kongres
Nasional Ke-7 baru-baru ini. Gagasan tersebut, seperti yang
disampaikan oleh Presiden parti Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail,
menyentuh mengenai mekanisme terbaik untuk membela orang Melayu.
Persoalan yang dilontarkan oleh Dato’ Seri Dr Wan Azizah adalah mudah;
iaitu kaedah bagaimana yang boleh menjamin kelangsungan dan darjat
orang Melayu yang akan dihormati dan bermaruah, dalam kerangka
masyarakat pelbagai kaum yang ada di Malaysia dan arus globalisasi
yang deras meninggalkan kita?

Kaedah sedia ada dibawa oleh Umno – iaitu mengabui mata rakyat
mengenai hak mereka (melalui Umno) untuk terus berkuasa tidak kira
prestasi mereka dan kebajikan rakyat keseluruhannya, terutamanya nasib
orang Melayu. Konsep “Ketuanan Melayu” yang dilaungkan secara terbuka
dan dibisikkan secara senyap ini oleh BTN dan agensi-agensi lain,
menakut-nakutkan orang Melayu bahawa perubahan kerajaan kepada pakatan
politik yang lain akan menyebabkan orang Melayu hilang kuasa. Apabila
orang Melayu hilang kuasa, maka nasib orang Melayu akan terjejas dan
akan tertindas.

Sebab itu, saya menganggap bahawa tindakan Umno dan PERKASA mengheret
institusi Raja-Raja Melayu dengan mentaklikkan “Ketuanan Melayu”
sebagai “Ketuanan Sultan” adalah satu tindakan yang bacul di pihak
Umno dan PERKASA. Mereka tidak mampu berdepan dengan persoalan penting
membicarakan kaedah terbaik membela orang Melayu terbanyak seperti
yang ditimbulkan KEADILAN, lalu mereka cuba menggunakan institusi
Raja-Raja Melayu.

Tindakan seperti inilah sebenarnya yang menghina
institusi Raja-Raja Melayu kerana ia tidak menghormati kedudukan
Raja-Raja Melayu yang memayungi seluruh rakyat jelata tidak mengira
kaum, agama dan pegangan politik.

Namun, tindakan Umno dan PERKASA itu bukanlah perkara baru. Rekod
mereka mencalarkan kedudukan institusi Raja-Raja Melayu di mata rakyat
sudah diketahui umum. Krisis-krisis perlembagaan yang melemahkan
institusi Raja-Raja Melayu dalam tahun 1983 dan 1993 dicetuskan oleh
Umno. Lebih malang, dalam kedua-dua siri krisis perlembagaan yang
disusun oleh Umno itu, berlaku serangan-serangan yang bertujuan
mengaibkan Raja-Raja Melayu dalam akhbar-akhbar dan media milik
mereka.

Ada beza yang besar diantara cakap-cakap seorang dua rakyat
jelata yang dituduh mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu, dengan
satu gerakan tersusun yang dilaksanakan secara besar-besaran oleh
sebuah parti politik yang mengaku mempertahankan Ketuanan Melayu.

Saya beri amaran supaya Umno dan PERKASA jangan lagi cuba memfitnah
KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam perkara ini. Dasar Bersama Pakatan
Rakyat yang diluluskan pada 19 Disember 2009, secara jelas
mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra dan
institusi raja berpelembagaan.

Ini dinyatakan dalam Fasal 1 Perkara a(i) “Pakatan Rakyat akan
mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi
Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai
di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang
Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak serta
kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153”; dan Fasal
1 Perkara a(ii) “Pakatan Rakyat akan mempertahankan peranan dan
tanggungjawab institusi raja berpelembagaan”.

Makanya, KEADILAN ingin membawa kembali polemik “Ketuanan Melayu” ini
kepada perkara dasar yang diulas oleh Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail
– iaitu wacana kaedah terbaik untuk melahirkan anak bangsa Melayu yang
beriman, boleh berdikari, berprinsip dan berdaya juang supaya mereka
kekal bermaruah dalam kerangka masyarakat pelbagai kaum di negara ini
dan arus globalisasi mutakhir.

Apakah kaedah Umno yang memperkecilkan kebolehan anak Melayu, dengan
menakut-nakutkan mereka dan menimbulkan rasa curiga terhadap semua
yang bukan Melayu, akan berjaya melahirkan anak bangsa Melayu yang
bermaruah?

Apakah “Ketuanan Melayu” yang berpaksikan kepada sistem kroni dan
mendokong rasuah dengan menghamburkan kekayaan negara kepada beberapa
kroni rapat Umno (tanpa mengira kaum) akan melahirkan golongan peniaga
Melayu yang berdaya maju? Apakah budaya rasuah yang berleluasa di
dalam Umno akan menjamin kedudukan istimewa orang Melayu tidak akan
dijual suatu hari nanti?

Apakah anak bangsa Melayu yang membesar dengan perasaan curiga akan
dapat mengambil pendekatan positif menunggang arus globalisasi untuk
menjadi pemimpin antarabangsa?

Persoalan yang dibawa oleh KEADILAN adalah persoalan jatidiri dan
kaedah terbaik membina jatidiri tersebut. Kaedah “Ketuanan Melayu”
yang dibawa oleh Umno dan PERKASA bukan sahaja terbukti gagal membina
jatidiri orang Melayu, malah menyebabkan kebajikan rakyat terbanyak
(terutamanya golongan berpendapatan rendah yang majoritinya orang
Melayu) terabai.

Sehingga kini, selepas 3 dekad “Ketuanan Melayu”, 75% dari bilangan
keluarga yang pendapatan isi rumahnya di bawah RM2,000 adalah orang
Melayu. Golongan ini jugalah yang dikategorikan sebagai golongan 40%
paling miskin di Malaysia, seperti yang dihuraikan Perdana Menteri
sendiri dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

Selepas 3 dekad “Ketuanan Melayu”, rakyat terbanyak juga yang
dibebankan dengan pemotongan subsidi sedangkan subsidi korporat
sebanyak RM19 bilion setahun (dalam bentuk subsidi gas kepada penjana
bebas) tidak disentuh.

Umno dan PERKASA tidak melahirkan sedikit
keluhan pun apabila bantuan kepada rakyat termiskin, yang rata-ratanya
orang Melayu ditarik setiap enam bulan untuk menampung perbelanjaan
boros kerajaan membayar perunding antarabangsa, sedangkan tidak ada
satu mekanisme pun diperkenalkan untuk menyalurkan kembali
rasionalisasi subsidi kepada golongan termiskin ini.

Justeru, KEADILAN yakin bahawa polemik “Ketuanan Melayu” ini adalah
benteng terakhir Umno dan PERKASA yang kian rapuh dan ditolak rakyat.
Demi melahirkan Malaysia yang majmuk, mengamalkan toleransi dan
berdaya saing, KEADILAN akan konsisten membawa gagasan Ketuanan Rakyat
melalui bangsa yang bermaruah – kerana kami yakin gagasan ini tidak
dapat dijawab oleh Umno dan PERKASA.

YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG KEADILAN

6 DISEMBER 2010


DI KAMPONG BANDAR DALAM GOMBAK MALAM INI




SAMBUTAN AWAL MUHARRAM
SENIMAN BERSAMA RAKYAT
SEMUA DI JEMPUT HADIR



PEWARTAAN
KAMPUNG WARISAN MELAYU
KUALA LUMPUR
&
HIMPUNAN
PENYAIR, SENIMAN, BUDAYAWAN

TARIKH:
1 MUHARAM 1432 H
bersamaan 7 DISEMBER 2010 (SELASA)

MASA: 5 petang hingga lewat malam

TEMPAT
MADRASAH TARBIYAH
KAMPUNG BANDAR DALAM GOMBAK


ANJURAN:
Madarasah Tarbiyah dengan kerjasama MUAFAKAT,
Pertubuhan Anak Melayu Selangor, Paksi dan Budayawan Bertindak.

PENGENALAN

1. Program ini merupakan sebahagian daripada intisari Dirgahayu Sambutan 150 Tahun Kampung Bandar Dalam, Kuala Lumpur dengan matlamat utamanya mendesak dan menuntut Kerajaan Malaysia agar mewartakan Kampung Warisan Melayu Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.

2. Penglibatan penulis, seniman, budayawan dan sasterawan sebagai satu peristiwa seni-budaya yang sangat signifikan dan relevan, yang perlu dirakam serta diabadikan dalam pustaka seni-budaya kita dalam pembentukan tamadun ummah.

3. Satu wadah reformasi anjakan paradigma dengan cara kelainan menyambut Sambutan Tahun Baru Islam (Awal Muharam-Maal Hijrah) luar dari kelaziman mentaliti tradisi masyarakat kampung dengan pengisian yang lebih bermanfaat dan bersesuaian dengan konsep ‘hijrah’ yang berlandaskan Islam.

TUJUAN :

1. Menghantar Memorandum Pewartaan Kampung Warisan ke Parlimen Malaysia dan kepada Yang Dipertuan Agong agar memenuhi kehendak dan tuntutan kami yang sekian lama ditindas.

2. Perjuangan Pewartaan ini di dukung oleh pelbagai pihak seperti Ahli Akademik, Budayawan, Sasterawan, Pakar Undang-undang & Perlembangaan, Badan & Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Universiti Pengajian Tinggi Awam.

3. Mengimarahkan seni-budaya Melayu/Islam dengan golongan seniman-budayawan tampil menyatakan sikap dan pendirian serta memperlihatkan peranan dan penglibatan insan seni dalam usaha pembangunan aktiviti seni-budaya.

4. Satu bentuk Revolusi meraikan Sambutan Tahun Baru Islam dengan pengisian kesedaran dan penghayatan dikalangan penduduk kampung serta mengimarahkan lagi Madrasah Tarbiyah, Kampung Bandar Dalam.

ANTARA YANG AKAN HADIR:

- A.Samad Said - Prof. Dr. Abdul Aziz Bari (Pakar Perlembagaan)
- Dr. Anuar (UIA) - Abdul Aziz Abd Rahman (Coalition Save KL)
- Prof. Dr. Siti Zainon - Cikgu Azmi Abdul Hamid (Presiden TERAS)
- Seniman Dinsman - Haji Mohd Said (Presiden Anak Melayu Selangor)
- Seniman Pyanhabib - Seniman Hishammudin Rais (Tukar Tiub)
- JAKIM / JAWI / YADIM - Mahasiswa/Mahasiswi UIA / UM / Tahfiz Darul Furqan
- Pensyarah UIA - Tuan Hasni Abas (S/usaha Gerakan Mansuh PPSMI)
- Jabatan Warisan - Mahasiswa/Mahasiswi UIA / UM / Tahfiz Darul Furqan
- Badan-badan NGO - Parti-parti politik yang bersekutu
- Rejim DBKL - Wakil-wakil bagi 7 Kampung MUAFAKAT

SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU



SAMPAI HARI INI TAK ADA LAPORAN !



nota:
ingat tak?
bila stadium ini runtuh
diberitakan akan ada laporan
dalam masa enam bulan

sampai hari ini
satu habuk pun taraaak
apa punya tuuur tipu melayu



SENTRAL : SILING KAFETERIA RUNTUH
– beriota hairan

Pengurusan Kompleks KDN Ayer Keroh diminta baiki dewan makan elak nahas ditimpa nahas

MELAKA: Orang ramai dan peniaga di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ayer Keroh dekat sini, bimbang berikutan beberapa struktur siling di dewan kafeteria kompleks itu runtuh, Ahad lalu.

Mereka menyedari siling berhampiran deretan kedai itu berlubang Ahad lalu, sebelum dimaklumkan pengawal bertugas ia runtuh pada petang hari sama dipercayai kesan dimakan anai-anai.

Peniaga, Shafie Osman, 31, berkata pada mulanya beliau tidak menyangka siling itu runtuh dan mereka kini bimbang jika keseluruhan siling berkenaan mengalami nasib sama kerana sebahagian besar sudah reput.

Beliau berkata, mereka bernasib baik kerana pada petang Sabtu lalu, tiada pelanggan dan jika sebaliknya, kejadian berkenaan mungkin boleh mengancam nyawa mereka yang menjamu selera di situ.

“Kesan kayu dimakan anai-anai juga jelas kelihatan pada siling di dewan kafeteria itu dan dibimbangi runtuh pada bila-bila masa.


JOHOR : DEWAN BARU SIAP DIBINA SEMULA
– berita hairan

Bangunan SK Parit Bunga tidak ikut spesifikasi ditetapkan

LEDANG: Dewan Serbaguna Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Bunga dekat sini yang sudah lebih setahun disiapkan tetapi belum sempat digunakan, apabila bumbung dan dinding dewan itu terpaksa dirobohkan semula dan dibaik pulih selepas penilaian mendapati bangunan berkenaan tidak selamat digunakan.

Bangunan bernilai kira-kira RM340,000 itu dibina bagi memberi kemudahan kepada lebih 1,000 murid dan kakitangan sekolah berkenaan tetapi selepas dewan disiapkan, ia didapati tidak mengikuti spesifikasi ditetapkan dan boleh membahayakan keselamatan pengguna.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… MARI BERTARUH… SIAPA KONTREKTOR PROJEK INI…. kah kah kah..

kah kah kah… SYARIKAT MILIK CHINA?.... SYARIKAT MILIK INDIA ?... SYARIKAT ORANG ASLI?... ATAU SAYRIKAT KRONI ….. kah kah kah…

kah kah kah…ATAU SYARIKAT KONTREKTOR MELAYU KELAS F…. kah kah kah

kah kah kah… MARI TEKA… BERAPA KALI SUBCON PROJEK INI?.... kah kah kah..

woit… HUMBAN KAN SAJE KONTREKTOR INI….kah kah kah..

kah kah kah… KALAU TIDAK HOBIN… SAMPAI NAZAK…. kah kah kah..

woit… SAMPAI KIAMAT SPRM TAK AKAN SIASAT…. kah kah kah…

nota:
bayangkan kontrektor bumiputera
membuat jambatan – jambatan runtuh
bayangkan kontrektor bumiputera
membuat stadium – stadium runtuh

bayangkan kontrektor bumiputera
membuat loji nuklear !!!! kah kah kah
tak ada masa nak bayang kan apa apa
semua sudah hangus kah kah kah




SEMUA AKAN KENA TIPU !!!




INI LOGO SPR



DOKTOR , WARTAWAN UNDI POS ? - melayau

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang menimbang untuk meletakkan golongan yang sibuk bertugas semasa pilihan raya dalam kategori pengundi pos.

Antara yang ditimbangkan para doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan.

Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar berkata, keutamaan untuk berbuat demikian akan diberikan kepada golongan itu memandangkan mereka tidak dapat mengundi hanya disebabkan kesibukan membantu melancarkan rutin masyarakat seharian termasuk semasa pengundian.

Kata beliau, berbanding ribuan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara yang tidak diletakkan di bawah kategori pengundi pos, golongan yang terlibat dalam perkhidmatan wajib itu akan diberi keutamaan dahulu oleh pihaknya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… BARUA INI SEDANG MERANCANG… kah kah kah..

kah kah kah… YAKINKLAH…BAHAWA PILIHANRAYA AKAN DATANG INI RAKYAT AKAN DI TIPU…. kah kah kah..

kah kah kah… YAKINLAH ….ADA RANCANGAN KIRA SAMPAI MENANG…. kah kah kah..

kah kah kah.. ANAK ISTERI ASKAR UNDI POS…. kah kah kah…

kah kah kah… TETIBA RELA JADI UNDI POS… kah kah kah…

kahkah kah... 300 RIBU UNDI RELA.... kah kah kah

kah kah kah… INI NAK BUAT LAGI UNDI POS… kah kah kah….

woit… MAK CIK PAK CIK FELDA PUN PATUT DAPAT UNDI POS…. KERNA SIBUK NAK POTONG SAWIT…. kah kah kah…

woit… DRIBER TEKSI PUN PATUT UNDI POS…. KERANA DI HARI MENGUNDI BAWA PENGUNDI… kah kah kah…

woit... NAPA BUAT PILIHANRAYA INI... KALAU SEMUA UNDI POS... kah kah kah..

kah kah kah... INI PROJEK NAK TIPU MELAYU KAH KAH KAH...kah kah kah

nota:
macam macam sedang dirancang
semuanyauntuk memastikan gerombolan
akan menang dipilihanraya ini
segala bentuk penipuan akan diadakan

nota:
sedarlah: kalau pilihanraya boleh mengubah apa apa
telah lama pilihanraya di haramkan !


PPP - POLIS PARANG PLENTONG





MENJADI MANGSA TANPA PARANG




POLIS PUKUL SAYA – KATA AZAMUDDIN – mkini

Azamuddin Omar, saksi utama dalam kes kematian Aminulrasyid, hari ini mendakwa dia dipukul anggota polis dalam kejadian di mana rakannya mati ditembak polis di kepalanya.

Katanya, selepas kereta Proton Iswara putih yang dinaikinya melanggar tembok, dia keluar melalui tingkap sebelah penumpang dan terjatuh ke dalam longkang

Azamuddin berkata ketika itu dia keliru sama ada harus menyerah diri atau lari dari situ.

Ketika itu, katanya, beberapa anggota polis menangkap dan mengheretnya naik ke atas jalan.

Dia memberitahu demikian sewaktu disoal oleh timbalan pendakwa raya Idham Abdul Ghani.

Azamuddin berkata, dia kemudiannya memutuskan untuk terus berbaring atas jalan dan menyerah diri.

Kemudian, katanya, seorang polis menendang kepala dan yang lainnya juga mula memukulnya.

Azamuddin berkata, ia membabitkan dua atau tiga orang anggota polis.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… APA PUNYA KELAS POLIS PUKUL BUDAK KECIK…. kah kah kah..

nota:
perhatikan berita warga yang mati ditembak polis
setiap kali kita membaca berita mati ditembak polis
kita akan terbaca bagaimana perompak ini semuanya akan
datang menyerang polis dengan parang kah kah kah

bodoh punya penyamun malaysia
kenapa pergi serang polis dengan parang
kah kah kah..


ketika aminulrashid matai ditembak oleh polis dahulu
buka buka bonet kereta
tetiba terjumpa parang kah kah kah

tapi aminulrashid tak pergi menyerang

parang yang ditemui dalam kereta yang dipandu oleh
aminulrashid maka pastilah lojiknya parang ini
dimiliki oleh aminulrashid
inilah lojik polis kah kah kah

tak mungkin parang ini milik polis kerana
parang abang polis ada dirumah kerana bini
nak pakai belah kelapa kah kah kah


PROJEK BODEEEK !




INI SHAHIDAN CIUM LIGAT


nota:
dipelok sudah
dicium sudah
dijilat sahaja yang belum
kah kah kah

SHAHIDAN HANYA LIHAT



SHAHIDAN SARAN FACEBOOK DISEKAT JIKA TERUS GUGAT KESELAMATAN –mStar

Shahidan Kassim mencadangkan agar laman sosial facebook disekat jika ia terus menggugat keselamatan negara.

Dia berkata saranan agar sekatan dikenakan itu ekoran terdapat pengguna yang mengambil kesempatan atas kecanggihan teknologi untuk menghina agama Islam dan pemimpin negara.

"Jika mengancam keselamatan negara dan wujud unsur penghinaan terhadap agama, maka tidak perlu ada facebook," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi Persatuan Facebook Perlis membuat laporan polis berhubung isu penghinaan terhadap Najib Razak dan Mahathir Mohamad dalam sebuah laman sosial facebook, di balai polis Kangar, di sini Isnin.

Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Presiden Persatuan Facebook Perlis Mohd Faizuddin Ismail kira-kira 5.30 petang.

Selain laporan polis, laporan di Jabatan Agama Islam negeri berhubung isu itu akan dibuat berikutan tindakan pemilik akaun laman sosial itu menghina agama Islam.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… TAK SANGKA ADA PRESIDEN FACEBOOK PERLIS… kah kah kah..

kah kah kah… BANGANG PUNYA MANGKOK…. NAK BUAT APA ADA PERSATUAN…. kah kah kah..

kah kah kah… ADA METING… ADA MINIT MESYUARAT…. kah kah kah..

kah kah kah…. MACAM MACAM KERJA BANGANG… NAK BODOHKAN MELAYU… kah kah ka…

kah kah kah… HINA MADEY EEE PENIPU ITU DIANGGAP MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA?.... kah kah kah..

kah kah kah… HINA PENGENTOT ALTANTUYA ITU DI ANGGAP MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA?... kah kah kah…

kah kah kah… NI YANG BUAT KEPALA ORANG MELAYU JADI BIOL…. kah kah kah..

woit… APA HUBUNGAN MENGUTUK MALAOAN DUA EKOR INI DENGAN KESELAMATAN NEGARA?.... kah kah kah..

kah kah kah… APAKAH MENGUTUK MALAON DUA EKOR INI SAMA SEPERTI MELEPA KAN BOM NUKLEAR?..... kah kah kah….

nota:
jangan lupa madey menjadi pm selama 22 tahun
jangan lupa madey menjadi ketua bahagian kubang pasu selama 30 tahun
jangan lupa madey gagal untuk jadi wakil ke perhimpunan 2006
bayangkan … bertapa hina nya si kitol ini
nak jadi perwakilan pun tak dapat kah kah kah

siapa yang hina si kitol ini?

tak lain tak bukan ahli gerombolan sendiri kah kah kah

nota:
ini macam kerja nak bodek mat mongol
malaon ini dah ilang kuasa
tak ada siapa ambil pot dengan malaoan ini lagi
persatuan fb ini pun bukan betul
inilah projek bodek
untung untung dapat jadi mb
sekali lagi kah kah kah


HANYA SATU SANDIWARA




KES PENYAPU BELUM DI SIASAT





KHIR TOYO HANYA 1% DARI KES JERUNG
– harakah daily

Anggota Jawatankuasa Khas SPRM, Salahudin Ayub mendakwa, pendakwaan ke atas Mohd Khir Toyo hanya satu peratus daripada keseluruhan kes berprofil tinggi yang ada
Katanya, biarpun beliau mengalu-alukan pendakwaan oleh pihak Peguam Negara itu, namun rakyat tidak mudah untuk berasa teruja dengan tindakan itu.

Ini kerana, negara mempunyai pengalaman sewaktu Abdullah Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri apabila dua kes berprofil tinggi yang didakwa di mahkamah, akhirnya digugurkan apabila menjelang pilihan raya.

"Ini satu peratus dari keseluruhan kes berprofil tinggi yang ada.

"Kita ada pengalaman zaman Mr Clean Abdullah Ahmad Badawi menangkap Eric Chia dan Kasitah Gadam, tetapi kes berprofil tinggi itu digugurkan bila berlaku pilihanraya," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

NOTA:
penangkapan lee liong sik
penangkapan toyo
semua ini dilakuan sebagai satu sandiwara

kerana kalau mat mogol betul betul nak
melawan rasuah maka yang pertama
disiasat dan ditangkap ialah mat mongol sendiri

bagaimana kapal selam di beli?
siapa beri arahan bunuh altantuya?

sandiwara ini dilakukan untuk mengolah persetujuan orang ramai
berita ini di eramkan agak lama. di pilih hari yang baik untuk
ianya menetas – hari dimana harga minyak dan gula baru naik
adalah tarikh dan masa berita toyo ditangkap dipecahkan
ini di pangil – mengurus masaalah
dengan berita toyo ditangkap ini
maka berita kenaikan harga barang tengelam.