.

Rabu, 2 Ogos 2017

UBAT DARI NEGARA KAPIR








UBATAN

pundek punya ustaz..tak sadar diri islam juga mahu menakluki dunia..islam ISIS juga berniat sama..islam pas parti islam 1malaysia juga berangan2 yg sama..bukan namrud je nak kuasai dunia, para agamawan, para islamis, para mufti2, para ustaz ustazah, mereka pun nak kuasai dunia dan paksa dunia mengikut fukwa2 mereka..macam cilaka kalo bercakap..

DARI NEGARA

KAPIR

islam dikatakan penah mengislamkan 3 suku dunia..bagitu juga dgn british, menguasai ekonomi di 3suku dunia..termasuk malaysia..termasuk tahfiz2 malaysia, termasuk jabatan2 agama, pusat zakat dan dan dan..jgn lupa, ubatan dihospital2 malaysia ni dtg dari kota amerika kota namrud..ust ni pakai ubat dari mana? saudi ke, ibat dhab ke?kini bukan saja amerika nak takluk dunia, malah china yg bagi dunia kat pemimpin islam najib juga bercita2 sama..bak kata ust dari utara juga, seblum islam dtg, semua org adalah ahli syurga..agak2nya, raja namrud itu ahli syurga je ke atau ust ni dengki dgn syurga namrud.. 
on MAT LEBONG - MELEBONG LAGI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/2/17








---------------------

RAZAK BAGINDA DAN TUKAR TIUB






APA 

PERSAMAMAN

TUKAR TIUB 

DENGAN

RAZAK 

BAGINDA

DUA DUA

TAK BOLEH

MASUK PARIS

KAH KAH KAH




--------------

MENANG LAWAN TIPU





MENANG

Ya betul2 tp pada telahan saya najib tetap menang juga nanti sebab semua kepala2 kerajaan dlm tangan najib walaupun semua org tahu pru14 tipu undi dari bangla nepal indon tp itu semua xpenting.yang penting tetap menang.semua org tahu pun bukan boleh buat apa tindakan pown.. Rakyat nk berdemo 10bilion kat dataran merdeka atau padang merbuk pun najib dulik apa..

LAWAN TIPU

berhimpun la ramai2 najib tetap senyum meraikan kemenangan tipu..inilah yg akan berlaku wahai tuan tt.kalau tuan tt xpercaya lihatlah nanti..orang marah2 najib buat kering je diam je..tuan tt lihatlah nt.nt kalau bn menang nt tuan tt jgn lupa ulangsiar komen saya ni..saya pun nk popular mcm tuan tt juga.mana tau nt blh buat bidio klip hari raya.. Hahahahahahaha 
on MENANG TAPI DITIPU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 3:21 PM




------------------

HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJIB







KENYATAAN MEDIA

SPRM Perlu Siasat Isu Pembelian Kapal Selam Scorpene

18 Julai yang lalu, Abdul Razak Baginda telah dihadapkan ke mahkamah di Perancis kerana didakwa terlibat dalam “persubahatan secara aktif dan pasif dalam rasuah” dan “penggelapan aset korporat” dalam penjualan 2 kapal selam Scorpene kepada Malaysia pada 2002 bernilai RM5.06 bilion.

Pendakwaan ini cukup besar, memandangkan Abdul Razak Baginda pernah secara terbuka sebelum ini menafikan bahawa beliau menerima sogokan bernilai €30 juta.
Oleh yang demikian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu melakukan siasatan ke atas Abdul Razak Baginda serta mana-mana individu lain yang berkait dengan isu pembelian 2 kapal selam tersebut, termasuk Najib  yang merupakan Menteri Pertahanan pada ketika pembelian tersebut dibuat. Dan jika didapati sebarang elemen rasuah, mereka yang terlibat perlu dihadapkan ke mahkamah.

Rakyat Malaysia tidak mahu melihat satu lagi kes "ala 1MDB" di mana siasatan dan pendakwaan berlaku di pelbagai negara lain berkait dakwaan penyelewengan wang 1MDB, tetapi tiada langsung sebarang pendakwaan di Malaysia. Sudahlah!

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

1 Ogos 2017





----------------

JANGAN BODOHKAN MELAYU






JANGAN

BUAT

SANDIWARA

SPRM kesan 12 lelaki bantu siasatan

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan 12 individu bagi membantu satu siasatan kes rasuah mengikut Akta SPRM 2009.

Mereka dikehendaki bagi membantu kes siasatan SPRM melibatkan penahanan 13 individu termasuk sembilan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Melaka Mei lalu.

SPRM dalam satu kenyataan media mendedahkan butiran kesemua lelaki tersebut.

JANGAN

BODOHKAN

MELAYU 


-------------------------------

PAKATAN AKAN KENA TIPU








PAKATAN 

MENANG UNDI

Ya betul2 tp pada telahan saya najib tetap menang juga nanti sebab semua kepala2 kerajaan dlm tangan najib walaupun semua org tahu pru14 tipu undi dari bangla nepal indon tp itu semua xpenting.yang penting tetap menang.semua org tahu pun bukan boleh buat apa tindakan pown.. Rakyat nk berdemo 10bilion kat dataran merdeka atau padang merbuk pun najib dulik apa..berhimpun la ramai2 najib tetap senyum meraikan kemenangan tipu..

TAPI KENA

TIPU

inilah yg akan berlaku wahai tuan tt.kalau tuan tt xpercaya lihatlah nanti..orang marah2 najib buat kering je diam je..tuan tt lihatlah nt.nt kalau bn menang nt tuan tt jgn lupa ulangsiar komen saya ni..saya pun nk popular mcm tuan tt juga.mana tau nt blh buat bidio klip hari raya.. Hahahahahahaha on MENANG TAPI DITIPU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 3:21 PM




-------------------

HATU TUYA SUDAH SAMPAI






HANTU TUYA

SUDAH MARI









-----------------

SPR MULA PUTAR ALAM








ORANG PUTIH

KATA INI UN

PRECEDENTED

TAK PERNAH

BERLAKU 

SPR BUAT 

KENYATAAN

SPR nafi PRU Oktober ini
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihanraya  (SPR)  ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya Suruhanjaya berkenaan kemungkinan PRU 14 akan dilakukan pada Oktober ini adalah tidak benar sama sekali serta mengelirukan masyarakat.

SPR dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengesan terdapat dakwaan tersebut di media sosial yang mula ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak semalam.


WOIT

APA SUDAH 

JADI?

INI DECOY?

INI TRIK KE?

INI NAK TIPU?

KAH KAH KAH

DI MALAYSIA

NAFI BERITA 

MAKNANYA

BERITA BETUL

KAH KAH KAH

-----------------

MENANG TAPI DITIPU






MENANG TAPI

DITIPU

Pepatah Bugis ada berkata : kuasa datang dari tiga hujung - hujung lidah, hujung kemaluan dan hujung keris. 

Najib yang  juga dinobatkan sebagai Mappadulung Daeng Mattimung  Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil pasti tahu lebih mendalam akan asal usul dan  makna pepatah Bugis ini.

Dalam tulisan saya minggu lalu saya menyatakan bahawa hujung lidah yang dimaksudkan oleh pepatah ini ialah lebong Mappadulung. Lebong tentang duit 2.6 bilion ringgit datang dari derma Tok Arab. Lebong tentang ekonomi Malaysia makin rancak dan mampan. Lebong khusus untuk Mak Cik dan Pak Cik Felda tentang saham FGV yang dijanjikan naik. 

Juga lebong Mappadulung yang bersumpah bahawa dia tak pernah kenal Minah Mongolia yang slim , berambut panjang lagi  cun yang memakai nama  Altantuya Shaaribu.

Mengikut pepatah Bugis ini -  kuasa juga datang dari hujung kemaluan. Tentang ini saya tafsirkan sebagai sambutan Najib sebagai peminat setia penyanyi pop Ziana Zain apabila  album Madah Berhelah Ziana  muncul pada tahun 1991.  

Dalam kajian bahasa dan budaya Melayu saya anggap kuasa datang dari hujung kemaluan ini juga  ada bersangkut paut dengan tugas dan kerja Cif Inspektor Azilah dan juga Koperal Sirul. Tetapi saya  kurang arif dan tidak dapat menjelaskan sajelas mungkin bagaimana pertalian dua pegawai polis  dengan perpatah Bugis ini. 

Apakah ini bermakna petalian kemaluan Najib tersangkut dengan Sirul atau kemaluan Azilah terpakai oleh Najib. Walah hu alam bissawab. 

Mengikut pepatah Bugis ini kuasa  juga datang dari hujung keris. Babak keris inilah yang ingin saya rungkai minggu ini. Bab  keris meris ini bukan hanya milik Hishammuddin Hussein sepupu Mappadulung.  Keris juga adalah pemainan Mappadulung.

Pada hemat saya - tanpa perlu belajar Sains Politik di Universiti Havard ,  sosok yang paling afdal dan paling memahami  ehwal hal kuasa  keris ini pastilah Mahathir Muhamad. Ini kerana  Si Mahathir ini telah berkuasa selama 22 tahun. Bayangkan sosok mana pun yang  berkuasa selama 22 tahun pasti memiliki  keris yang besar. Lebih besar dari kemaluan sendiri. 

Disini saya ingin mencelah. Dari pembacaan saya pepatah Bugis ini amat-amat tepat. Ianya  menggunakan pendekatan  ahli falsafah sains sosial yang bernama Karl Marx.

Buktinya - Pengerusi Mao Zedong - anak murid kepada Karl Marx -  pemimpin Parti Komunis China pernah berkata bahawa kuasa  muncul dari laras senapang - power comes from the barell of the gun. Di China tidak ada keris maka Mao  Zedong membuat metapora dengan menggunakan senapang. Maknanya masih sama.

Kuasa yang ada pada Mappadulung ini pastilah kuasa politik. Kuasa politik ini boleh diterjemahkan sebagai kuasa ekonomi. Kuasa politik dan kuasa ekonomi ini boleh melanggan peterjemah  cun dari Mongolia atau pun boleh melanggan penyanyi pop selangsing Ziana Zain. Tanpa ganguan Jais atau Jawi.

Bila saya membuka bab kuasa ini maka tidak dapat tidak saya akan membuka kitab berkenaan pilihan raya. Pilihan raya yang saya maksudkan pastilah PRU14 yang akan datang.  Ini kerana kuasa Mappadulung datang dari sokongan undi pilihanraya.

Pada 21 Julai 2017 yang lalu portal MalaysiaKini telah menerbitkan induk berita : Dr M yakin menang , tapi dakwa Najib akan menipu’.

Ini satu berita yang amat-amat penting. Ini tajuk berita yang memiliki seribu makna. Tajuk berita ini jika dibaca oleh Mappadulung dia akan menggelupur takut. Jika berita ini dibaca oleh Rosmah Mansor ada kemungkinan berat badan si Rosmah akan susut sebanyak tujuh kilo.

Parti yang akan menang yang dimaksudkan oleh Mahathir Muhamad ialah Pakatan Harapan. Ini satu pakatan politik baru terdiri dari  parti PKR, DAP, BERSATU dan AMANAH. Pakatan ini  telah menggantikan Pakatan Rakyat yang telah menjadi arwah apabila Parti Islam Pas jatuh cinta dan  membuat hubungan sulit dengan United Malays National Organisation.

Jangan sesekali kita lupa - Mahathir Muhamad pernah menjadi Perdana Menteri  selama 22 tahun. Maka saya amat yakin sosok ini tahu semua  selok belok kuasa. Sosok ini juga tahu dari kemaluan siapa kuasa dapat dinaikkan  atau diturunkan.

Mahathir Muhamad Pengerusi Pakatan Harapan ini pasti tahu bahawa kuasa juga datang dari hujung keris.

Dari laporan MalaysiaKini  si Mahathir ini cukup yakin akan sokongan rakyat.  Dari laporan berita yang kita baca - Mahathir telah ke hulu ke hilir berkempen memperkenalkan parti Bersatu kepada anak semua bangsa. 

Mahathir telah keluar masuk kawasan Felda. Berselfie dengan cucu cicit warga Felda. Mahathir menjelajah dari Langkawi hingga ke Pontian dalam usaha untuk menjatuhkan Najib. Dalam usaha untuk memastikan Parti Ketuanan Melayu hilang kuasa. Untuk memastikan Najib dan Rosmah ditangkap, didakwa dan dibicarakan. Najib dan Rosmah mengikut Mahathir  adalah dua ekor pencuri yang telah mencuri duit 1MDB.

Pada ketika ini amat-amat jelas tujuan Mahathir Muhamad memimpin Pakatan Harapan hanya satu - merancang untuk menjatuhkan  Mappadulung dari tampok kuasa.  Mahathir mahu menyinggkir Najib. Mahathir  mahu menamatkan  kuasa  Parti Ketuanan Melayu yang pernah dipimpinnya  pada satu ketika dahulu.

Ketika Mahathir dalam kerajaan , ketika Mahathir bersara tapi masih lagi bersama Parti Ketuanan Melayu saya telah menulis   beberapa kali untuk memberi pencerahan tentang makna dan tanda pilihan raya.

Saya - hitam puteh - telah merakamkan bahawa sabenarnya , pada hakikatnya Pakatan Rakyat telah menang dalam PRU13 dahulu. Seharusnya pada 6 Mei 2013 yang duduk di Putrajaya ialah Saudara Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan campuran baru.

Pakatan Rakyat telah mendapat 52% jumlah undi popular. Dimana-mana negara pun dalam dunia ini kecuali  di Saudi Arabia - yang tidak pernah ada pilihan raya - kerajaan  akan bertukar. Tetapi  ini tidak berlaku di Malaysia. Walau pun kalah undi tapi United Malays National Organisation tetap berkuasa.

Kenapa ini berlaku? Kenapa dengan 52% undi  dimenangi kerajaan tidak bertukar? Sabar. Ini saya takrifkan sebagai politk Dunia Ketiga.Biar saya beri pencerahan.

Mahathir Muhamad yang pada satu ketika dahulu dipanggil Mahazalim - tahu  kenapa semua ini berlaku. Mahathir tahu jawapannya. Mahathir tahu semua selok belok pengundian yang dijalankan oleh  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Malah Mahathirlah yang menjadikan SPR sebagai budak  suruhan United Malays National Organisation.

Hakikatnya semua putar alam, semua cakar makar, semua kerenah SPR ada dalam saku Mahathir. Justeru Mahathir berani mengumumkan kepada alam samesta - kepada anak semua bangsa di Malaysia -  bahawa  dalam PRU14 nanti Pakatan Harapan akan menang. 

Tapi awas! Najib akan menipu. Ini amaran dari Mahathir. Najib akan menipu? Mappadulung akan menipu apa? Tipu bagaimana?

Pada 2 November 2016 - kita semua terkejut apabila MalaysiaKini melaporkan Abdul Rashid Abdul Rahman akan dilantik sebagai Naib Pengerusi  Parti Bersatu - parti yang dipimpin oleh Mahathir. Ini Rashid bukan sebarang Rashid. Ini Rashid anak didik Mahathir Muhamad.  Rashid inilah yang memastikan Mahathir Muhamad dan gerombolan Ketuanan Melayu terus menang disetiap PRU dan Pilihan Raya Kercil. Si Rashid ini ialah bekas Pengarah SPR dari tahun 2000 hingga 2008. 

Hal putar memutar. Hal tipu menipu undi bukan satu yang asing untuk Rashid yang telah dinobatkan dengan darjah kebesaran Tan Sri. 

Saya cukup yakin dengan ilmu  Si  Rashid dalam hal  selok belok tipu menipu dalam pilihanraya. Tetiba pada  14 Febuarari 2017 Si Rashid ini telah membocorkan satu berita penipuan. 

Bekas Pengerusi SPR ini telah mengumumkan kepada dunia bagaimana United Malays National  Organisation telah menipu jumlah anggota parti mereka. Parti Ketuanan Melayu ini mengklim memiliki anggota  seramai  3 juta. Tetapi Tan Sri ini telah berkata ahli United Malays National Organisation  sabenarnya hanya satu juta.

Apa makna kenyataan ini? Apa makna pertelingkan angka jumlah anggota ini? Maknanya undi yang datang untuk memenangkan United Malaya National Organisation adalah  undi tipu. Undi Bangla, undi Indon… dan dan dan. Parti Ketuanan Melayu tidak ada  ahli dan tidak ramai yang menyokong.  Ini bukan fitnah  dari Hisahamuddin Rais. Ini kenyatan resmi dari  bekas Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman. Amin.

Apakah penipuan sahaja yang akan dilakukan oleh Najib pada PRU14 nanti.  Sabar dulu. Ingatkan kembali  pepatah  Bugis itu - kuasa datang dari hujung keris.

Dalam alam Melayu keris ini adalah senjata yang maha penting. Malah  dalam adat perkahwinan  di Negeri Sembilan jika Pengantin Lelaki  ditakdirkan  tidak dapat hadir dihari perkahwinan Sebilah  Keris boleh menjadi wakil. Pengantin perempuan boleh bersanding bersendirian dengan sebilh keris diletakkan  disebelah.

Apa sangkut paut keris naik pelamin di Negeri Sembilan dengan keris Bugis? Sabar dulu - semua bersangkut paut dengan Mappadulung yang akan menggunakan keris untuk terus berkuasa dalam PRU14 nanti.

Juteru, Mahathir telah membocorkan rancangan Najib untuk menipu dalam PRU14. Pembocoran ini menjadikan Mappadulung gelabah.  Najib tahu bahawa Mahathir tahu segala selok belok menipu. Ini ditambah pula dengan adanya bekas pengarah SPR bersama dalam parti Mahathir.

Tetiba pada 30 Julai yang baru lalu si Najib telah membuat ancaman. Mappadulung telah mula menakut-nakutkan orang ramai. Bakal pengundi telah ditakut-takutkan dengan kacau bilau porak peranda.
Tetiba Mappadulung membuat rujukan kepada Arab Spring. Tetiba nama arwah Saddam Hussein disebut-sebut. Tetiba jika rakyat menukar kerajaan akan terjadi kacau bilau saperti di Iraq.

Ini jawapan Mappadulung kepada Mahathir yang telah membocorkan rancangan penipuan Najib dalam PRU14 yang akan datang ini. Tetapi apa sebenarnya yang tersirat  dibelakang berita ini? Tunggu minggu hadapan. ( tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45


-----------------------

ROH ALTANTUYA DATANG






ROH 

ALTANTUYA

roh altantuya latang malee mau cali sama itu losmah.... malu le rakyat dan negara m'sia kita ni ooiii....! kerajaan islam umnobn memang suwehhh bawa sial kpd melayu & islam....! Woiiii malu malu malu le.... oostadd bn pas hadi apa kata... 

DATANG 

KEMBALI

seorang lagi razak operatif najeeb kena dakwa kat Perancis pasai makan suap masa najeeb menyelia perjanjian beli kapal selam Scorpene dan Agosta rm5 bilion DCN Perancis dikaitkan dgn sykt Thales di negara itu. on 
DIMANA JHO LOW SEKARANG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/1/17






---------------------

MANA NGO ISLAM MELAYU










MANA PERGI

PEJUANG

ISLAM

MANA NGO

ISLAM

MANA NGO

MELAYU

RAZAK 

BAGINDA

SEORANG

MUSLIM 

WARAK

HARI HARI

TUNGGANG

TUNGGIT 

DIDAKWA 

OLEH

PERANCHIS

NEGARA KAPIR

MAKAN BABI

MAIN BONTOT

TAK CAYA 

TUHAN

APA SUDAH 

JADI

KAH KAH KAH

------------