.

Ahad, 25 Januari 2015

MANA ADA PERPADUAN




KOMENTAR
ini bukti bahawa
walau pun sama melayu
walau pun satu negeri
walau pun sama agama
tidak samesti akan bersatu
kerana perebutan pengaruh
kerana perebutan politik

berebut politik untuk merebut kuasa
berebut kuasa untuk merebut ekonomi


Program Pas cuba disabotaj?

KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu mendakwa kerajaan negeri cuba sabotaj program Himpunan Harapan Semua (Harap 3.1) anjuran parti itu apabila kerajaan negeri mengadakan Karnival Transformasi Terengganu Baharu (TTB) 2015 di tempat dan tarikh yang sama.

Setiausaha Pas Terengganu, Muhyidin Abd Rashid berkata, kedua-dua program itu diadakan dengan jarak tidak jauh antara satu sama lain, iaitu kira-kira 500 meter pada 29 hingga 31 Januari ini di Telaga Daing, Seberang Takir.

Apa yang dikesalkan katanya, karnival itu seolah-olah diwujudkan selepas pihaknya menguar-uarkan program anjuran parti itu pada awal bulan ini selepas diputuskan tarikh secara rasmi berdasarkan perancangan yang dibuat tahun lalu.



KAH KAH KAH

woit
padan muka
kah kah kah
tapi kesian sedih
apa sudah jadi
cakap nak berpadupadu
perpaduang apa jadang
kang kang kang

APA JADANG

KERAJAANG

PERPADUANG ?




-------------

APA DIA PANDANGAN HADI?







Pilihan raya PBT cetus 13 Mei pandangan peribadi Hadi, kata Anwar


Pandangan Abdul Hadi Awang pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh mencetuskan tragedi berdarah seperti 13 Mei hanyalah pendapat peribadi presiden PAS itu, kata Anwar Ibrahim.
Ketua pembangkang itu berkata, beliau akan menghubungi Hadi dan pemimpin DAP Lim Kit Siang esok untuk membincangkan perkara tersebut dan akan mengambil kira pandangan semua kaum.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pilihan-raya-pbt-cetus-13-mei-pandangan-peribadi-hadi-kata-anwar#sthash.eTfHpc0z.dpuf

KAH KAH KAH

kah kah kah
kah kah kah
woit
hadi ini 
ada pandangan ke?
tak pernah dengar pun
kah kah kah

APA PUNYA TUUUR






-----------

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN






KOMENTAR
langkah tepat dan bijak
tunggu politikus
politikus dah kena rasuah'
dah kena lendir china doll

tunggu mufti
mufti sedang baca skrip filem
sedang tengok k-pop

ini sah projek cukong
nak hapuskan lanskap kuala lumpur
bawa china dari negara china

ANAK MUDA 
BANGUN MELAWAN

Penduduk bertindak roboh h tapak projek 

Datum Jelatek 

Sekumpulan penduduk yang berdemonstrasi hari ini bertindak  dengan merobohkan tapak projek kontroversi Datum Jelatek di Taman Keramat, Selangor kerana membantah pembangunan kondominium mewah tersebut.
Kira-kira 100 penduduk sekitar berarak ke tapak projek dan bertindak memecahkan tembok zink, manakala sesetengah mereka meluru masuk ke dalam tapak projek.
Kumpulan tersebut sebelum itu berarak dengan aman tetapi kemudian bertukar menjadi agresif.
Projek Datum Jelatek sebelum ini dibantah penduduk tempatan yang mengatakan ianya bertujuan ‎menukar kawasan majoriti Melayu itu menjadi "Chinese District" apabila projek kondominium itu hanya mampu dimiliki kaum Cina dan warga asing dari China. 


KAH KAH KAH

anak muda
dunia ini akhirnya
adalah milik kamu
lakukanlah apa sahaja
lakukan sekarang!

ANAK MUDA 

BAGUN MELAWAN


--------------

KITA SEMUA SYRIZA




AHAD

 PERUBAHAN
dalam beberapa jam lagi
warga greece 
akan bangun dari tidor
mereka akan keluar mengundi

kemenagan ditangan parti syariza
parti radikal kiri
yang telah berceramah
yang telah membakar lilin
yang telah bersetiakawan
yang telah membawa anak muda
berdemo ke jalan raya

demo  jalan raya
telah
diterjermahkan dari kemarahan
kepada undi

PARTI SYRIZA
akan membawa perubahan 
bukan hanya kepada greece
 bukan hanya kepada kepada warga eropah

tetapi  
kepada warga dunia

satu sistem ekonomi
yang pro rakyat
diimpikan akan digubal
jika ini menjadi realiti
maka greece yang menelurkan
konsep demokrasi
akan menelurkan konsep syriza

KITA SEMUA SYRIZA

SILA TONTON KLIP INI


PERLU 1 JUTA DI KUALA LUMPUR






50,000 syarikat masih degil daftar GST – Ahmad

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Sebanyak 50,000 syarikat masih gagal untuk mendaftar di bawah cukai barang dan perkhidmatan (GST) berdasarkan semakan di pangkalan data Lembaga Hasil Dalam Negeri, kata Timbalan Menteri Kewangan,  Ahmad Maslan.





KAH KAH KAH

woit
ini berita baik
ada 50,000 syarikat
tak sokong GST
kalau buat demo anti-gst
campur punya campur
boleh satu juta turun
kah kah kah
rahai rosmah
kah kah kah

BERSEDIA  BERDEMO












------------

CARA MEMBACA AKHBAR MUSUH




KOMENTAR
ingat cara membaca akhbar musuh
jika akhbar musuh sokong kita
ertinya itu kita salah langkah

jika akhbar musuh tibai mati mati
itu langkah politik baik

utusan sokong mahasiswa 
hantar memo pada pada menteri
utusan tibai mahasiswa turun demo

ini ertinya hantar memo kerja bodoh
ini ertinya demo kerja politik betul

senang saja politik di malaysia
tak perlu pergi yale
tak perlu pergi westminster

dapat sokongan = kerja salah
kena tibai     = kerja betul

INGAT KATA 
ARWAH FADIL NOOR

Pemimpin Pas 
sokong Abdul Hadi
KUALA LUMPUR 24 Jan. - Para pemimpin Pas menyokong kenyataan presiden parti,  Abdul Hadi Awang yang mahu DAP membatalkan niat untuk melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

KAH KAH KAH
woit
siapa yang sokong
taraaaak sapa sokong
hanya utusan yang sokong
kah kah kah

APA PUNYA TUUUR





---------------

SIAPA DAI SHAFEE INI?



KOMENTAR
kunci besar dalam kes ini
bukan siapa zahid hamidi
tapi siapa peguam di amerika
dan siapa dia shafee abdullah






KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
gwa nak beri tahu
FBI ni dah lama
beroperasi di malaysia
bukan mat jawa ni sorang
dari zaman berzaman
fbi dah buat kerja
di malaysi

bukan tulis surat saje
tangkap 
tok arab pun ada

tak caya?
masa gwa dalam ISA
satu mamat FBI 
masuk kem kamunting
bukan jumpa gwa
jumpa yazid sufaat
ni kes ben ladin
ini tahun 2002
sekarang tahun 2015

APA PUNYA LAMA




-------------

JEMPUTAN - FORUM








FORUM


Forum Banjir : Suratan atau kebetulan ? 
(Banjir, bencana, bala, balak, bantuan)

Ayuh bersama kupas dalam forum yg secara jujur dan terus terang membincangkan mengenai 
1. punca banjir besar Kelantan (kenyir 2 atau balak atau takdir cuaca) ?
2. Mengendalikan krisis (benarkah byk kelemahan atau ada unsur sabotaj?)
(Bagaimana sumbangan rakyat disampaikan?)
3. Apa harapan rakyat dan perancangan pasca bencana dan persedian ke depan ?

Tarikh: 27 januari 2015 (selasa)
Masa: 9-12mlm
Lokasi: Dewan LLG(dekat KLSCAH-dewan himpunan cina, sebelah Hotel Mirama), Kuala Lumpur.

Nombor untuk dihubungi: 0129781707 Dio Sani Samm





----------------