.

Rabu, 4 November 2015

SATU LEDAKAN AKAN SAMPAI








JENG JENG JENG

TUNGGU NANTi

SABAR KARO
!

SILA JAGA DIRI!

Gani Patail mahu dedah rahsia penyingkirannya

 | November 4, 2015
Beliau tidak mahu mendedahkan rahsia itu sekarang kerana terus mahu menjadi tumpuan ramai.
KUALA LUMPUR : Abdul Gani Patail berjanji untuk mendedahkan rahsia yang menjadi punca beliau disingkirkan sebagai Peguam Negara pada waktu yang sesuai.
“Saya akan menyatakan (mengenai penyingkiran sebagai Peguam Negara) pada masa akan datang. Tidak hari ini.
“Sekiranya saya mendedahkan sekarang, saya tidak akan menjadi tarikan anda pada masa akan datang,” katanya.

KAH KAH KAH
woit
satu dunia nak dengar
satu dunia buka telinga
satu dunia dah tak sabar
kah kah kah
ini satu ledakan
jaga diri
jaga kesehtan
ini tugas negara

SABAR NANTi



------------------

ADA DALAM QURAN








        EZI DAN JAI

 

       DALAM QURAN
Perkataan "anjing" di sebut dalam Quran!!! Biar betul... bukankah "anjing" itu Haram kata UlarSemak? 

http://www.masjidtucson.org/God/animals/dogsbeyondtraditionalislam.html 7xPemuda Mukmin yang lari sembunyi dalam Gua (Al-Kahf), depa pun bela anjing!!!! OK pun... tak Haram pun... Tuhan gunakan perkataan "anjing mereka". 

Anjing tidur sekali selama 300+9 tahun dalam gua (18:25). (Kenapa 300+9 tahun, kenapa tak 309 terus? Ada hikmah, 300 tahun masihi = sama dengan 309 tahun Hijrah). Kata Fu%$tua (Hadis), malaikat tak masuk dalam rumah/gua kalau dalam tu ada anjing??? Tapi Quran Ayat 18:18, "we" malaikat-malaikat golekkan iringkan pemuda-pemuda itu kiri kanan dengan anjing mereka di celah-celah mereka.

 Ayat 18:22 tak perlu untuk sebut anjing tu, tapi TUHAN nak sebut juga. Agak-agak apa Hikmahnya ya... Quran vs Hadis [47:24] Why do they not study the Quran carefully? Do they have locks on their minds? Percanggahan - pilih la... [5:4] They consult you concerning what is lawful for on TAHNIAH SANG ANJING
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/3/15





-------------

EMPAT PULUH
















------------

LAWAK BESAR BAJU MERAH








REBUT NAK 

JADi KETUA

ATAU REBUT

BUJET?

KOMENTAR
ini bukti yang saheh
konsep melayu bersatu
ada konsep karut
melayu tidak akan bersatu
china juga tak akan bersatu
india juga tak akan bersatu
semua ada kepentingan 
kepentingan apa?
kepentinagn ekonomi
manusia bergerak 
kerna ekonomi




Jamal kaki kencing – Ali Tinju

 | November 4, 2015
Dia mencabar Jamal membuktikannya dengan menunjukkan dokumen pelantikannya sebagai Pengerusi NGO Melayu Malaysia.





PETALING JAYA: Benarkan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunos dilantik sebagai Pengerusi Gabungan NGO Malaysia?
Persoalan itu dibangkitkan oleh Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali Ali Tinju yang curiga dengan jawatan yang disandang Jamal.
Sehubungan itu, dia mencabar Jamal supaya menunjukkan sijil dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membuktikan kesahihan jawatan itu.
Katanya, jika Jamal gagal membuktikannya, pemilik rangkaian restoran Sekinchan Ikan Bakar itu merupakan seorang ‘kaki kencing’.
“Untuk buktikan Jamal bukan kaki kencing, saya mencabar dia supaya mengemukakan bukti sijil dari ROS bahawa pelantikannya sebagai Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia dan siapa melantik beliau sebagai Pengerusi,” katanya kepada FMT.
Ali Tinju berkata, dia terpaksa membangkitkan isu itu kerana tidak mahu Jamal terus menggunakan jawatan itu untuk menghasut NGO lain menyertai programnya.
“Saya mewakili NGO Gerakan Merah bersuara supaya tidak mahu tertipu.
“Sekiranya Jamal gagal membuktikan sijil pelantikan dari ROS, jelas menunjukkan beliau seorang kaki kencing dan gilakan kuasa,” katanya.
Mengulas lanjut, Ali Tinju berkata, pelantikan Jamal sebagai Ketua UMNO Bahagian juga adalah untuk menjaga NGO Selangor yang menyokong kerajaan sahaja bukannya NGO seluruh Malaysia.
“Kita tidak mahu rakyat melihat dia mengunakan jawatan tersebut untuk kepentingan politik,” katanya

KAH KAH KAH
woit
adik abang dudah gaduh
adik abang dudah lawan
sapa kencing sapa?
kah kah kah
teater ini makin seronok
wayang ini makin hebat
baju merah lawan 
baju merah
kah kah kah
baju kuning ketawa
berdekah dekah

KAH KAH KAH

------------

SANUSI BANGUN MELAWAN







SAMURAi

SANUSi

BANGUN

MELAWAN


Pencetus 1MDB punca masalah bukan yang bercakap, kata veteran parti


Mereka yang memulakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mencetuskan semua masalah berkaitan dengannya sebenarnya lebih teruk berbanding yang hanya membincangkan skandal tersebut, kata bekas menteri besar Kedah Sanusi Junid.
Beliau yang dipercayai termasuk dalam senarai 7 pemimpin Umno yang bakal dikenakan tindakan disiplin berkata orang sepertinya, berani lantang bersuara tidak sepatutnya dijadikan sasaran.
"Jika anda kata mereka yang bercakap tentang isu itu menyebabkan perpecahan, maka orang yang menyebabkan masalah itu timbul adalah lebih teruk berbanding  yang bercakap tentangnya.
"Bukan kami penyebab masalah, kami hanya bercakap tentangnya. Pastinya bercakap tentang masalah itu lebih baik berbanding menjadi pencetus masalah," veteran Umno itu berkata kepada The Malaysian Insider ketika diminta mengulas laporan mengatakan beliau antara 7 yang sedang berada dalam pemerhatian parti.
Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengasaskan 1MDB sebagai firma pelaburan strategik negara dan turut berfungsi sebagai pengerusi lembaga penasihatnya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pencetus-1mdb-punca-masalah-bukan-yang-bercakap-kata-veteran-parti#sthash.NOM2VUjG.dpuf

KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
perang masih berterusan
ini baik untuk rakyat
perang makin merebak
kapal sudah reak
kah kah kah
tunngu tikus akan lari
kah kah kah

TERJUN LARi





-------------

GANI PATAIL SEHAT!





GANi PATAiL

DiBUANG

KERJA ATAS

ALASAN TAK

SEHAT - TiPU!




'Anda nampak saya? Saya OK'

Bekas Peguam Negara  Abdul Gani Patail membuat kemunculan terbuka di majlis awam untuk kali pertama sejak dipecat baru-baru ini.
Bagaimanapun, selain daripada soalan hadirin menenai keadaan kesihatannya, Abdul Gani berkali-kali menolak sebarang pertanyaan yang tiada kaitan denan topik majlis berkenaan.
Abdul Gani hadir untuk menyertai perbincangan mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2015 atau lebih dikenali sebagai Sosma.
"Mengenai isu lain tentang keadaan saya, saya OK. Saya menjalani dialisis tiga kali seminggu, saya masih perlu membaca, saya masih buat 'kerja' - bukan di pejabat tapi menjaga cucu.
"Saya sihat tetapi sila faham ini: Apabila saya masih bertuga di pejabat (sebagai peguam negara), saya memang sudah menjalani rawatan dialisis.
"Saya rasa saya ada merurusan denan beberapa presiden dan beberapa presiden lalu walaupun saya menjalani rawatan dialisis.
"Sekarang saya di sini. Anda nampak saya? Saya sihat, terima kasih," katanya.
Majlis itu dianjurkan Majlis Peguam di Kuala Lumpur malam ini.

KAH KAH KAH
woit
gani dibuang kerja
diberhenti cara tetiba
bukan kerana sakit
tapi kerana siasat
kes duit 42 juta dari IRC
masuk ke akaun najib
yang ini kes besar
yang ini kes jelas
tu pasal 4 saksi
sengaja dihilangkan

JANGAN TiPU

---------------

PASAK KEPONG DAN KAWAL








PASAK KEPONG DAN KAWAL


Pada bulan April 1511 Alfonso de Albuquerque sampai ke Melaka dengan  18 buah kapal perang  dan 1500 orang soldadu. Tujuan kedatangan Benggali Puteh ini ialah untuk  mengepong dan menawan kota Melaka. Dengan tertawannya kota Melaka maka segala perniagaan rempah rampai di Eropah jatuh ke tangan Portugal.

Ini berlaku  500 tahun dahulu ketika Portugal angkuh sebagai kuasa imperialis. Ini sebelum kemuculan kuasa imperial Belanda dan Inggeris.   Ini dizaman ‘ mencantile capitalism’ -  di era permulaan perkembangan sistem ekonomi kapitalis.

Sistem ekonomi kapitalis berubah dan berkembang. Kuasa imperial lama - Portugal dan  Belanda dikalahkan oleh kuasa imperial baru - kuasa British. Kuasa kolonial British berjaya menawan 3/4 wilayah dunia. Britain menjadi Great Britain yang kaya raya dengan harta kekayaaan yang dipunggah dari seluruh pelusuk bumi.

Sejarah kapitalisma berubah. Kuasa kolonial  British digantikan pula  oleh kuasa kolonial Amerika. Ini kuasa imperial baru  yang lahir sesudah Perang Dunia Kedua. Dari Samenjak berakhirnya Perang Duna Kedua hingga ke hari ini  majoriti rakyat dunia dibawah taklok Empire Amerika.

Dari permulaan sejarah manusia - perang bertujuan untuk menawan wilayah, merampas harta kekayaan , mencari pasaran dan buruh. Melaka ditawan Portugis kerana kota ini tempat jual beli rempah ramai tersohor dalam dunia ketika itu.

Perang membuktikan kekuatan dan kuasa. Dalam sistem ekonomi kapitalis perebutan ekonomi ini akan berterusan. Justeru selagi sistem kapitalis ini wujud - perang akan terus ada. Perang bertujuan untuk membuktikan siapa yang lebih berkuasa.

Dalam sistem ekonomi kapitalis bala tentera siapa yang  gagah akan berkuasa. Dengan kuasa boleh memiliki kekayaan. Kuasa ialah memaksa orang lain untuk menerima  atau memakai atau membuat sesuatu yang mereka tidak ada hak memileh atau menolak.

Pada ketika ini Tanah Melayu sedang dipaksa oleh Amerika Syarikat untuk menerima Perjanjain TPPA. Pemaksaan berjaya dilakukan apabila Parti Ketuanan  Melayu yang bernama United Malays National Organisation  telah bersekongkol dan bersubahat dengan kuasa imperial Amerika Syarikat. 

Sama saperti sejarah Melaka 500 tahun dahulu ketika diserang oleh Portugis. Serangan pertama Portugis gagal. Melaka hanya berjaya dikalahkan dengan serangan kedua  apabila ada pembelotan.

Pada ketika ini sekali lagi pembelotan berlaku di Tanah Melayu. Bani Melayu yang menjadi penduduk asal Tanah Melayu  sengaja tidak disedarkan tentang apa butiran  Perjanjian TPPA.  Bani Melayu tidak sedar bahawa Tanah Melayu termasuk Bani Melayu  sendiri sedang diikat dan dibungkus  untuk dijual secara borong kepada  syarikat koprat  antarabangsa. 

Sabelas buah negara - Australia, Brunai, Canada, Chile , Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam - sedang diancam dan dipaksa oleh Amerika untuk bersetuju menanda tangani Perjanjian TPPA.  Saperti yang telah saya katakan - perjanjian ini adalah  satu perjanjian rahsia dimana warga negara di sebelas negara ini TIDAK mengetahui secara terperinci isi kandungan perjanjian ini.

Sebelas negara ini amat penting untuk kaum kapitalis antarabangsa. Mereka menghasilkan 40% pengeluaran GDP ekonomi dunia, 30% ekspot global dan 25% impot global.

Dalam dua tulisan saya yang lalu telah diterangkan latar belakang kemunculkan TPPA ini.  Kali ini saya ingin memberi pencerahan kepada Bani  Melayu apa sebenarnya tujuan  Amerika memaksaa 11 buah negara menandatangai perjanjian rahsia ini.

TPPA ini wajib difahami bersama dengan strateji Pasak Asia/Pivot Asia. Dua pekara ini ikat berikat - macam isi dengan kuku.

Pada tahun 2009 - Bill Clinton telah memperkukuhkan pengkalan tentera udara  dan laut Amerika di Guam, Pilipina dan di Jepun. Clinton juga telah bersekongkol dengan Singapura untuk  mendirikan pelabuhan yang membolehkan  kapal perang Amerika berlabuh di Changi Singapura.

Apabila Obama masuk ke Rumah Puteh  untuk kali kedua pada tahun 2012  - Obama telah mengeluarkan  stratiji yang dipanggil Pivot Asia atau PASAK ASIA

Presiden Obama telah menerangkan dasar Pasak Asia adalah dasar pertahanan Amerika yang baru. Pasak Asia akan memusatkan  3/4 bala tentera Amerika  ke Asia dan Asia Timur. Ini bermakna Amerika akan mengurangkan dan memindahkan  bala tenteranya dari  Timur Tegah dan Eropah. Pasak Asia akan membawa bala tentera laut, darat dan udara Amerika ke Asia dan ke  Asia Tenggara.

Pada ketika ini Amerika mula melihat dan mengintai-intai  kembali pengkalan udara dan laut di Asia Tenggra. Ketika Perang Vietnam   berjalan ( 1961-1975) - Siam dan di Pilipina, dua negara Asean telah menjadi wilayah loncatan Amerika untuk menyerang Vietnam. 

Di Siam Amerika telah menggunakan lapangan terbang Udon dan Korat. Manakala di Pilipina Amerika menggunakan lapangan terbang Clark dan pelabuhan tentera di Subic Bay untuk menyerang VIetnam.

Amerika juga mahu menggunakan kembali pelabuhan tentera laut Cam Ranh di Vietnam.  Amerika dan Vietnam yang  berperang satu ketika dahulu kini telah mula berbaik-baik. Semua ini adalah Pasak Asia.

Tujuan Utama Pasak Asia ini ialah  mengepong  Tanah Besar China.  Amerika menggunakan dua bentuk strateji untuk meminggir dan mengepong China - ekonomi dan tentera. Pertama: dengan ekonomi  melalui Perjanjian TPPA. Kedua: melalui kekuatan tentera melalui Pasak Asia.

China pada ketika ini dilihat oleh Amerika dalam dua kaca mata. Satu segi sebagai rakan niaga yang berpotensi membawa bahaya. Kedua China akan menjadi pesaing dari segi ekonomi dan ketenteraan bukan sahaja di Asia tapi  secara global.

Hakikatnya hari ini China telah menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar sesudah Amerika.  Ekonomi Jepun telah jatuh ke number tiga. China berpotensi untuk menjadi kuasa hegemon yang akan menjadi kuasa imperial menggantikan Amerika.

Dengan pertumbuhan ekonomi dan pasaran yang kuat dan besar China telah mula memperlihatkan keberanian. China sedang memperluaskan pengaruh di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Melalui ekonomi yang kuat China telah  dibaca oleh Amerika  sebagai  mengembangkan sauh mencari tanah jajahan.

Wilayah pertama yang sedang menjadi medan perebutan ialah di Laut China Selatan. Mengikut risikan satelit Amerika , China sedang mendirikan pelabuhan tentera laut yang besar di Pulau Spratly. Wilayah kepuluan ini juga diklim oleh Vietnam, Pilipina dan Malaysia.  Justeru 3 negara ini menjadi penting dalam Pasak Asia dan TPPA.

Dalam persaingan ekonomi antara China dan Amerika ini - dunia sedang melihat munculnya negara-negara BRIC  yang berani bangun untuk menandingi kuasa hegemoni Amerika. BRIC ialah Brazil, Rusia, India,  China dan Afrika Selatan. Negara-negara Bric ini telah menjadi satu kelompok ekonomi yang mendapat sokongan dari  China yang kaya dengan simpanan  dolar.

China juga telah menubuhkan AIIB - Asian Infrastruture Investment Bank dengan pelaburan sebanyak 1 Trilion Yuan. Bank ini berpotensi  untuk menandingi Asian Develppment Bank -  milik Bank Dunia. AIIB ini akan menjadi alternatif  kepada Internatiopnal Monetary Fund.

China juga sedar bahawa Amerika sedang mengepong China melalui TPPA. Justeru untuk memecahkan kepongan itu China telah mewujdukan  RCEP - Regional Comprehensive  Economic Partnership.  Sepuluh negara Asean telah menjadi ahli bersama India,  Korea Selatan,  Jepun, Australia dan New Zealand. Amerika Syarikat TIDAK dijemput.  Sama saperti Amerika tidak menjemput China dalam TPPA.

Jelas - semua ini adalah persaingan yang amat sengit. Grand Finale persaingan ini pastilah perang. Dan Laut China Selatan akan menjadi medan utama. China, Amerika, Malaysia, Pilipina dan Vietnam bukan berebut mencari kerang atau hak memasang lukah. Apa yang direbut di Laut China Selatan bukan ikan pari atau tenggiri tetapi minyak mentah dan gas yang masih tersimpan dalam perut bumi.

TPPA dan Pasak Asia ini adalah strateji berjangka panjang Amerika. Empire Amerika sedang membuat persediaan. Amerika sedar akan potensi BRIC. Amerika juga sedar tentang kerjasama antara Rusia dan China.

Pada satu ketika dahulu - ketika Perang Dingin -  China dan USSR dari blok Sosialis bertelagah tentang idealoji. Mereka bermusuhan dari segi membaca Marx dan Lenin.  Sesudah runtuhnya USSR  kelihatan China dan Rusia menjadi intim. Dua negara ini bukan sahaja membuat perjanjian perniagaan  yang maha besar. Malah China dan Rusia juga membuat perjanjian pertahanan.

PLA - People Liberation Army China telah  memberi kawad hormat di Victory Parade di Red Square Moscow pada May tahun ini. Dalam bulan September  tahun ini  Tentera Merah Rusia telah juga berkawad di Bejing untuk menyambut  ulang tahun ke 70 kemenangan China mengalahkan Jepun.

Di podium ialah Vladimir Putin yang  diapit oleh Presiden China Xi Jinping. Semiotiknya cukup jelas bahawa Rusia dan China kini telah menjadi negara ‘abang adik’. Semiotik ini jelas ditujukan kepada Obama dan kuasa imperial Amerika.

Bila Grand Finale ini akan sampai? Mengikut hukum sosial ianya pasti akan sampai.  Tanda-tanda semakin jelas.  Saddam Hussein dibunuh kerana dia meninggalkan dolar. Gadaffy dibunuh kerana dia berniat ingin menggantikan dolar dengan dinar emas. 

Pada hari ini China,  Rusia  dan negara BRIC telah mula meninggal dolar dalam urus beli perniagaan. Tetapi dolar masih diguna pakai lagi. Akan tiba masa apabila Yuan dan Ruble  menjadi ganti dolar maka ketika itu semua akan meledak.

Sayang sekali  Bani Melayu tidak memiliki kesedaran tentang pekara ini. Sayang sekali Tanah Melayu akan dijual kepada koprat Amerika. Sekali lagi Tanah Melayu akan dijajah saperti Portugis datang ke Melaka 500 tahun dahulu. Cuma kali ini penjajah bukan datang dengan kapal perang dan soldadu tapi dengan kertas Perjanjian TPPA. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45

----------

ADA MACAM MACAM GILA







GiLA ADA

9999 MACAM

YANG iNI 

GiLA BODEK

1MDB boleh jadi sumber kekuatan BN
KUALA LUMPUR - Seorang penyokong kerajaan yakin isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mampu menjadi kekuatan baharu kepada Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum akan datang apabila kerajaan membuktikan kepada rakyat dakwaan-dakwaan terhadap syarikat itu adalah tidak benar.

Annuar Musa (BN-Ketereh) berkata kerajaan sejak dari awal telah bersungguh-sungguh untuk mematahkan pelbagai dakwaan pihak tertentu, khasnya pembangkang dengan memberikan fakta kepada setiap dakwaan dilemparkan terhadap 1MDB.   

KAH KAH KAH
wooit
maloan ini nasib baik
bodoh bukan satu jenayah
kalau bodoh jenayah
malaon ini pasti
kena penjara 200 tahun

BODOH LAGi
------------

BILA NAK BINCANG?








BiLA NAK

 BINCANG

TPPA

Di PARLiMEN?




-----------

MULA TANAM TEMBAKAU









GWA SUDAH

LAPAN TAHUN


KHATAM


Harga rokok naik 40% mulai esok, industri terkejut

3 Nov — British American Tobacco (BAT) Malaysia akan menaikkan kesemua harga rokok di bawah jenamanya sebanyak RM40% berkuatkuasa esok. Pengarah Urusan BAT Malaysia Stefano Clini dalam satu kenyataan lewat petang ini berkata, kenaikan harga ini mengambil kir


SILA TANAM

TEMBAKAU

KAH KAH KAH





----------------