Isnin, 1 Disember 2014

KENAPA SABAH MAHU MERDEKA?







KOMENTAR
ini adalah salah satu contoh kecil
mengapa warga sabah 
mahu merdeka
tidak mahu lagi
bersama dalam malaysia





Laporan: Pelajar Kristian diminta pakai tudung

Memaksa pelajar Kristian menjalankan upacara keagamaan bawah pokok dan mengikuti  etika pakaian Melayu dan Muslim bertentangan dengan budaya Malaysia, kata Menteri Pendidikan II  Idris Jusoh.

Beliau mengulas berita akhbar Sabah Daily Express yang pada Ahad melaporkan bahawa pelajar Kristian di sebuah kolej di Malaysia Timur dipaksa menjalankan upacara keagamaan secara terbuka.






KAH KAH KAH

bila sabah
nak keluar malaysia
tak bagi pulak
nak tangkap guna
akata hasutan

APA PUNYA TUUUR




-------------

AKTA BAGINDA QUEEN TUTUP RASUAH





KENYATAAN MEDIA: AKTA HASUTAN 1948 HALANG USAHA PERANGI RASUAH


National Oversight and Whistleblowers (NOW) kesal dan tidak bersetuju dengan tindakan  Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia yang memungkir janji untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 seperti yang dilaporkan media. Malah, kenyataan beliau bahawa penggunaan Akta tersebut akan diperketatkan dan diperhebatkan bukan sahaja bakal menyekat kebebasan bersuara tetapi juga penyaluran dan penyebaran maklumat terutamanya berkenaan rasuah dan salah guna kuasa.

NOW bersependapat dengan pendirian Badan Peguam Malaysia (The Malaysian BAR) bahawa alasan penguatkuasaan Akta Hasutan demi menjaga keamanan dan keharmonian adalah tidak boleh digunapakai kerana Akta ini sering dijadikan alat untuk mengukuhkan kuasa pemerintah dengan menafikan hak demokrasi melalui penindasan dan kekerasan hukuman.

Tindakan undang-undang terhadap mereka yang mengkritik atau menyuarakan pendapat atas alasan menghasut boleh disalahgunakan oleh mereka yang berkuasa untuk menyekat rakyat daripada mempersoalkan isu-isu berkaitan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Ini akan menakutkan rakyat dan menghalang pemberi maklumat (whistleblowers) daripada tampil kehadapan untuk menyalurkan maklumat demi melindungi kepentingan awam dan kekayaan negara.

NOW juga amat khuatir bahawa Akta ini berkemungkinan akan terus digunakan untuk melindungi individu-individu berkepentingan politik yang disyaki terlibat dengan kes-kes rasuah dan sebagainya. Sedangkan mereka yang berani dedahkan fakta dan bukti penyelewengan kepada orang ramai bakal dihukum atas kesalahan menghasut.

Sejarah membuktikan bahawa pelaksanaan Akta Hasutan 1948 akan mendedahkan pemberi maklumat kepada penyalahgunaan tindakan undang-undang oleh kerajaan dan membantutkan usaha memerangi rasuah. Sebagai contoh, Yang Berhormat Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan telah disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 pada Julai 2014 selepas beliau mendedahkan surat Menteri kepada Bank Rakyat iaitu bukti dokumen utama yang menunjukkan campur tangan Menteri berkenaan dan salah guna kedudukan beliau dalam hal ehwal pentadbiran Bank Rakyat semata-mata untuk menyelamatkan seorang niagawan yang dilaporkan rapat dengan Perdana Menteri dan isterinya, iaitu Deepak Jaikishen.

Jika kerajaan benar-benar serius untuk membanteras rasuah dan mewujudkan pentadbiran yang telus dan transparensi, kerajaan perlulah berani memberi ruang kepada rakyat untuk memberi pendapat bagi menilai kemajuan negara dan menyuarakan kritikan yang sewajarnya sekiranya berlaku penyelewengan atau ketirisan.
 
Oleh yang demikian, kami mendesak Perdana Menteri mempertahankan maruah dan janji beliau untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 seperti yang dijanjikan beliau 2 tahun lepas. 


Sekian. Terima kasih.

1 Disember 2014







-----------

MANA BADAK HILANG







MANA ROSMAH
 MENGHILANG
PAU Misi utama terus membodohkan melayu... sentimen kaum agama dimainkan...sandiwara diwujudkan... hasutan diperhebatkan... militan diperkukuhkan... kak ros pi mana ? Dok shopping lagi kah kah kah... negara ini muflis...tak kisah... pendatang asing berjuta juta... tak kisah... rakyat susah...tak kisah... dap serang...cina serang...judi maksiat serang...selama ini siapa dok perintah ? 

Saje nak tanya...jgn mare...baru sedar tanah rizab melayu dijual ? Baru sedar balak habis... baru sedar no plet kecil...baru sedar cermin digelapkan...kah kah kah...apa punya tirrrrr.... baru sedar judi internet banyak...baru sedar air ketum mabuk...baru sedar judi ada halal ada haram ?

 Judi kontrol cukong halal...judi kontrol melayu haram kah kah kah... bisness semua cina buat haram... makan duit rasuah dari haram boleh halal pulak...kah kah kah... terkentut bau busuk... terberal lagi busuk... tunding jari kepada cina...diri sendiri yg alim ular mak mana duduk selama ini...rosak rosak bhai... ringgit on BERITA TER KINI - TER NOW - TER HOTT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 4:29 PM


KAH KAH KAH

woit
ini baru betul
perhimpuanan kaki pau

APA PUNYA TUUUR





--------

BERITA TER KINI - TER NOW - TER HOTT




SAHAM JATUH
sehari salepas perhimpunan gerombolan
bursa saham kuala lumpur jatuh 42.16  mata
bersamaan 2.32%

ringgit paling rendah hari ini
3.43 untuk 1 dolar amerika

sistem ekonomi kapitalis
semakin tidak menentu
masa depan ekonomi makin jalang

awas dan waspada!
krisis akan sampai!



FTSE BUR MAL KLCI (^KLSE)

 -Kuala Lumpur
1,778.73 Down 42.16(2.32%) 1:19AM EST



-----------

INI ISLAM BUKAN KAPAL SELAM







FACE BOOK





Projek keamanan di turki dilakukan secara serius oleh mufti turki sendiri. ..




Di malaysia, mufti ini kemungkinan besar dituduh pluralism?


-----------

PERJUANGAN MAHA HEBAT







KOMENTAR
















lihat dan baca
baca dan sedar
bahawa perjuangan hebat
parti komunis malaya

chin peng setiausaha agong pkm
telah meninggal dunia
abunya ingin disemadikan di malaya
tapi digagalkan

bayangkan betapa hebatnya
pengaruh pkm
abu pemimpin pkm pun
diulangi sekali lagi
hanya abu pun 
amat amat ditakuti


Malaysia tetap tak benar abu Chin Peng pulang, kata Zahid


Menjelang sambutan 25 tahun Perjanjian Hatyai antara kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 2 Disember ini,  Ahmad Zahid Hamidi mengatakan Putrajaya tetap tidak akan membenarkan abu mayat Chin Peng masuk dalam negara.
Menteri dalam negeri itu berkata, kerajaan tidak akan sama sekali berkompromi dalam sebarang desakan untuk membawa pulang abu mayat bekas setiausaha agung PKM itu.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-tetap-tak-benar-abu-chin-peng-pulang-kata-zahid#sthash.v137LuQs.dpuf



KAH KAH KAH

woit
terer gila perjuangan 
parti komunis malaya
abu chin peng pun
amat amat di takuti

APA PUNYA TUUUR




KAH KAH KAH



-------------

SABAH DAN SARAWAK LAGI







KOMENTAR
warga sabah 
warga sarawak
merasa diri mereka
diinjak injak
kitab suci mereka dirampas
allah  nama tuhan mereka 
dilarang digunakan
minyak mereka dipunggah

paling mustahak
ialah munculnya kesedaran
anak anak muda
yang mahu berkerajaan sendiri



 2 0 0 2

Soal keluar Malaysia tidak boleh diterima – Najib

 | November 30, 2014
Kerajaan sedia berunding mengenai hak-hak tertentu termasuk isu royalti dan kuasa.
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO,  Najib Razak Najib menegaskan sebarang usul atau usaha membawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia tidak akan dilayan sama sekali.
Bagaimanpun, Najib memberitahu, kerajaan sedia berunding mengenai hak-hak tertentu termasuk isu royalti dan kuasa.
”Ia bukan untuk dirunding,” tegas beliau semasa menjawab soalan pemberita mengenai tindakan pihak tertentu yang menghasut Sabah dan Sarawak keluar Malaysia.
”Soal keluar Malaysia tidak boleh diterima. Jangan bawa tuntutan (Sabah dan Sarawak) keluar daripada Malaysia” katanya.

KAH KAH KAH

woit
ini bukan sama ada
di terima atau tidak terima
atau boleh terima
tak tak boleh terima
ini hak menentukan
nasib sendiri
ini piagam pi bi bi
bangsa bangsa bersatu

APA PUNYA TUUUUR


-----------

ZAM DAN KADIR JADI BANGANG





KOMENTAR
ada yang berkata 
bahawa ada ramai blooger
dibayar oleh parti ketuanan melayu


ada berkata mereka jadi barua
united malays national organisation
buat kerja bukan kerana perjuangan
tapi carma - cari makan

rupa rupanya sah
ini fakta saheh
fakta ini bukan fitnah
fakta ini bukan tohmah

presiden parti gerombolan 
ketuanan melayu mengakui
ramai blooger dibayar

tapi
ada pulak yang bangang
tibai parti sendiri
maka marahlah presiden parti

NOTA
dari segi strateji
zam dan kadir ini
wajib disokong



Najib terlepas cakap blogger bangang, 

dakwa blogger Umno 


Tindakan Presiden Umno Najib Razak menyifatkan blogger yang menyerang parti itu sebagai bangang adalah sesuatu yang tidak disengajakan dan hanya terlepas cakap saja, dakwa  A Kadir Jasin.
Wartawan veteran itu berkata senario hampir sama pernah berlaku semasa Najib berhasrat mahu memansuhkan Akta Hasutan 1948 pada 2012.
"Ini ‎adalah sifat Najib yang sentiasa terlepas cakap misalnya beliau terlepas cakap dengan menjanjikan pemansuhan Akta Hasutan tanpa berunding dengan partinya sendiri," katanya 'menyindir' ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Katanya, ucapan berkenaan hanya dikhususkan kepada blogger yang dibayar Umno atau pihak yang berkaitan dengan parti itu.
"Najib merujuk khusus kepada blogger ‎yang cari makan dengan buat blog. Saya yakin yang dimaksudkan Najib ialah blogger yang dibayar Umno atau pihak yang berkaitan dengan Umno.
"Asal-usul saya Umno tapi saya bukan blogger Umno. Zam juga asal usul Umno tapi saya tidak yakin beliau dibayar Umno," katanya merujuk kepada bekas Menteri Penerangan i Zainuddin Maidin.
"Tetapi saya dan Zam kedua-duanya kritikal terhadap Najib selaku presiden Umno dan perdana menteri,” katanya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-terlepas-cakap-blogger-bangang-dakwa-blogger-umno#sthash.Qbgh6xM8.dpuf

KAH KAH KAH

woit
najib kata zam bangang
najib kata kadir bangang

ini tak adil
napa tak cakap
madey juga bangang
kan madey ni blogger 
blogger bernama cek dead

KAH KAH KAH







-----------

NASI PANGGUNG





 NASI PANGGUNG 
PETANG KELMARIN

Separuh jalan buka, Dapur kena pindah
hujan mula turun renyai-renyai
anak-anak muda, sang penghuni kota
masing-masing bantu mengangkat,
memindah memberi tenaga
tanda setiakawan, tanda cinta yang dibina

Menu & kontributor kongsi makanan minggu ini:-
Tim Dapur Jalanan - Bubur Pulut Hitam
Tim Syed Shahir - Roti Canai / Air Mineral
Tim IACT / Meals4All - Nasi Ayam Berlauk / Kueh
Tim UKM - Roti / Pek Hygiene / Pakaian

MAKAN MALAM 
YANG ENAK
Anak semua bangsa yang bersolidariti, kerja bakti & buat ramai:-
Husin, Fauzi, Aisyah, Fazzy & kawan, Acino mat brikfield
Sabariah & tim UKM, Quincy, Suhana & kawan-kawan dari IACT/Meals4All
Dr Maszlee & keluarga, Awatif, Fitriah & Tim Recycle
Adli & kawan2, Izzudin & awek, Muzammil dari SUUR,
& semua yang hadir, saling tak mengenal, bersetiakawan di Jalan Panggung!

BUBUR PULUT ITAM
Makan belacan sama tenggiri
tambah dengan buah keranji
terima kasih berjumpa lagi
Jalan Panggung sentiasa menanti

DATANG BERATUR
++ Beg Pasar Dapur Jalanan sudah keluar, RM15.00. Boleh dapatkan juga Apron Dapur pakai masak, simpan buat koleksi. Membeli sambil menyumbang RM20.00. Boleh didapati di Jalan Panggung & kroni-kroni terdekat.

DATANG MEMBANTU 
 Untuk maklumat terkini, info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram - dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!!

PELAJAR  DARI UKM
 Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan, 
CIMB: 8001-7278-49 
SPKL Collective

++ Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh talipon: 
ezzuandi: 019-267-12-85 
Hadi Khalid: 012-664-88-73

Solidariti untuk miskin kota

PELAJAR DARI  
KOLEJ ICT
PETALING JAYA
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
*Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
1 December 2014

-----------

ANAK MUDA SABAH DAN SARAWAK








KOMENTAR
apa makna berita ini?

makna berita ini ialah:
ada kumpulan anak anak muda
kumpulan jenerasi muda 
di sabah dan di sarawak
mahu negara mereka
sabah dan sarawak
keluar dari malaysia

sentimen mahu merdeka ini
bukan satu yang baru
dari zaman berzaman
dari segi pensejarahan
sabah sarawak berunai memiliki
kerajaan kedaultan  sendiri
kemudian saperti tanah melayu
tanah air mereka dijajah oleh british

projek malaysia ini ialah projek british
projek ini semakin dilihat menuju kegagalan
akhir-akhir ini semakian jelas diliahat'
riak dan rintik kegagalan ini

kesedaran anak anak muda ini
adalah bukti bahawa perasaan mahu merdeka
perasaan mahu berkerajaan sendiri
semakin merebak membawa
anak anak muda di sabah
anak anak muda di sarawak
merasakan diri mereka di jajah
oleh tanah semenanjung

mereka menolak politik
yang dibawa oleh parti ketuanan melayu

pada hemat anak anak muda ini
cara terbaik menentang 
dasar ketuanan melayu ini
ialah menjadikan tanah air mereka merdeka

sayugia dingati
akta hasutan 48
yang akan ditambah pinda
untuk melarang sentimen merdeka ini
adalah bukti bahawa sentimen merdeka
sedang membakar sabah dan sarawak

sayugia dingati bahawa
pertubuhan bangsa bangsa bersatu
mengiktiraf hak menentukan nasib sendiri
saperti bangsa moro selatan pilipina
saperti warga patani selatan siam

sayugia di sedari bahawa
sabanyak mana tekanan sampai
maka sebanyak itu juga perlawanan datang
ini hukum alam

hukum alam ini
sama saperti matahari naik dari timur
sama saperti air ialah H2O
tidak akan berubah ubah















Harus sedar bahaya gerakan pemisah

KOTA MARUDU - Golongan muda tidak harus mudah dikelirukanoleh kumpulan tertentu yang mahu membawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia kerana kesan akibat percubaan seumpama itu akan membawa bencana.
    
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,  Dr Maximus Ongkili berkata, golongan muda di Sabah dan Sarawak perlu diberi kefahaman mengenai kesannya jika kedua-dua negeri itu berpisah dari Persekutuan Malaysia.
    
Beliau berkata, generasi muda juga harus melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai sejarah pembentukan negara supaya mereka tidak mudah diperdayakan oleh tindakan kumpulan yang cuba untuk menghancurkan negara.
    
"Akibatnya boleh menjadi serius bukan sahaja dari segi keupayaan untuk untuk kita kekal sebagai sebuah negara tetapi juga ancaman yang kita akan hadapi daripada luar yang mungkin membuat tuntutan ke atas kita.



NOTA
akhirnya dunia ini
adalah milik anak muda


---------------