.

Rabu, 13 Disember 2017

KITA SOKONG PALESTIN









ANAK

MUDA

TURUN

BERDEMO

JUMAAT INI

15/12/17

JAM 2 PTG

JLN AMPANG

DEPAN

KEDUTAAN

AMERIKA

KITA SOKONG

RAKYAT

PALESTIN







-------------------

IKAN KEMBONG DAN IKAN BILIS





BIJAK

RETORIK
Bukan cakap besar. Bukan bàhasa bombastik. Bukan cakap-cakap orang politik. Retorik itu satu kaedah penggunaan kata terbaik dalam satu-satu situasi. Penggunaan kata yang tepat melancarkan proses komunikasi. Keberkesanan komunikasi sangat penting dalam sistem penyampaian. Apabila sistem penyampaian baik, mesej daripada pengirim akan sampai kepada penerima tanpa kandas dan sekaligus memperkukuhkan etos seseorang individu.
foto : tiada kena mengena dengan status ini.


Azlim Ibrahim Ikan kekek mak ilui-ilui 
Ikan gelama mak ilai-ilai
Reply
2
41 mins
Remove
Mohamad Nizam Mohd Yamin Bengong dio ni gak... Buwa sokmo
Reply
2
37 mins
Remove
Sara Hussain Retorik.. 
Bilis mata biru sedap di makan ranggup sahaja... 
Pekasam hamba pun bolehlah di makan begitu saja..
...See More
Reply
1
32 minsEdited
Remove
Razali Che Mat Hiii bilis punca gout kat hamba. Macam na tu?
Reply20 mins


----------------------

AWAS - NAJIB WAJIB DINYAH







AWAS
DALAM MASA

LIMA TAHUN

JIKA NAJIB

TAK DINYAH

TANAH MELAYU

AKAN TERGADAI

KEPADA 

CHINA MERAH







------------------

MASUK RIL ASAL





APA MAKNA

BERITA INI?
Dr M gesa Anwar dibebaskan dari penjara

Dr Mahathir Mohamad menyeru agar bekas musuh politiknya yang kini menjadi sekutu politik beliau,  Anwar Ibrahim segera dibebaskan daripada penjara.
Bekas perdana menteri itu membuat gesaan itu dalam satu kenyataan bersama dengan peguam hak asasi manusia dari Amerika Syarikat, Kimberly Motley.
Hampir dua dekad lalu, Anwar mendakwa Mahathir mengatur konspirasi politik terhadapnya apabila menuduh bekas timbalan perdana menteri itu terlibat dalam salah laku seksual
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/405327#CmlUajyPYOjbjiB1.99


MAKNANYA

GARIS POLITIK

TERGELINCIR 

20 TAHUN DULU

DIBETULKAN

MASUK KEMBALI

KE RIL YG ASAL

ANWAR BEBAS

DIANGAT GANTI

NAJIB



---------------------

TOLONG MENOLONG






NAJIB TOLONG

TRUMP

TRUMP

TOLONG ISRAEL






-------------------

PENGUMUMAN







PENGUMUMAN

ADALAH DI MASHORKAN
KE SAENTORO ALAM
BAHAWA PINGAT PINGAT INI
SEDANG BERADA  DIPASARAN
UNTUK DIJULA

SESIAPA YANG BERMINAT
UNTUK MEMBELI PINGAT INI
SILA HUBUNGI
PENYIMPAN BOTOL BESAR
@ G.MAIL.COM


 







NOTA

ADA YANG DIJUAL CARA KILO
ADA DIJUAL CARA KATI
DAN
ADA DIJUAL CARA LONGGOK

-----------------

MAKAN PISANG KENA JIL








MAKAN PISANG

JILAT APPLE

KENA JIL 

DUA TAHUN





Egyptian pop singer sent to prison for video that 'incited debauchery'

An Egyptian pop singer has been sentenced to two years in prison for “inciting debauchery” in a racy music video clip.

Shyma, a little-known 21-year-old singer, was also fined 10,000 pounds (£420) by a Cairo court.

SAUDI , ZIONIS DAN AMERIKA





SAUDI, ZIONIS DAN AMERIKA


Saya selalu menerangkan bahawa isue Palestin ini bukan isu agama. Isu kota Juruselam atau Baitulmuqadis ini juga bukan isu agama. 

Sah tepat dan betul - betul dan benar lagi saheh bahawa kota Baitulmuqadis ini adalah kota suci untuk penganut Islam.  Dalam kota ini terdirinya  Masjid Al-Aqsa dan arah kiblat bersembahyang  pertama untuk penganut Islam sebelum diubah ke Mekah. 

Wajib diketahui bahawa kota ini juga  juga adalah kota suci untuk penganut Judaisma. Dalam kota ini masih terdiri sebahagian  dari Tembok Menangis - The Wailing Wall -  yang  didirikan oleh Raja Herod. Ini adalah tembok Sinagok  Kedua  yang  didirikan sebelum kelahiran Nabi Isa.

Untuk penganut agama Kristian pula Baitulmuqadis ini adalah wilayah kelahiran agama Kristian dimana   Nabi Isa mula menyebarkan agama Kristian. Di kota ini juga Nabi Isa disalib dan naik ke langit. Dalam kota ini didirikan   Geraja Petama untuk agama Kristian.

Hakikatnya kota Baitulmuqadis atau Jurusalem ini adalah kota kuno yang dianggap suci oleh tiga penganut agama - Yahudi , Kristian  dan Islam. Punca tiga besar ini lahir dari kota ini.

Kalau kota Baitulmiqadis ini dianggap suci kenapa isu Palestin dan Jurusalem ini tidak dianggap isu agama?

Untuk memahami ini saya wajib memberikan latar untuk kita sesama memahami bagaimana Israel dilahirkan. Dan apa dan siapa dibelakang Israel ini.

Saya paling suka menerangkan perjuangan Palestin ini kerana pada hemat saya kes Palestin/Arab ini  amat-amat senang untuk difahami. Ini kerana sejarah Palestin/Arab ini tidak jauh bezanya dengan sejarah Tanah Melayu dan  Dunia Alam Melayu. 

Kita tidak memerlukan  satu kajian halus untuk memahami bagaimana sejarah Tanah Melayu berkait  rapat dengan sejarah  sejarah Palestin. Saya akan terang sajelas mungkin. Sabar dahulu. Amin

Wilayah Palestin sebelum 1948 adalah sebahagian dari Dunia Arab. Betul dan benar di Palestin sebelum 1948 telah ada penganut   Yahudi dan  warga Kristian yang menjadi penduduk tetap. Mereka ini adalah penduduik asal Palestin. 

Masuk akal dan munasabah jika ada  penganut dua agama ini di Palestin. Kerana disini lahirnya ke dua-dua agama ini. Tetapi majoriti warga Palestin sebelum 1948 adalah Arab. Ini fakta sejarah. Bukan kelentong dan putar alam.

Apa yang berlaku ialah ada satu kumpulan Yahudi yang  mahu mendirikan Negara. Niat dan cita-cita kumpulan ini telah lama terpendam. 

Harus diakui dari fakta dan babak sejarah bahawa Yahudi sebelum 1948 tidak memiliki negara. Kaum Yahudi hidup terpencar pencar di Dunia  Arab dan Eropah. Ada yang sampai ke Pulau Pinang dan Singapura.

Orang-orang Yahudi yang berniat untuk mendirkan negara mereka ini telah berkumpul dibawah payung satu gerakan yang diberi nama World Zionist Organisation - wujud seawal 1897. Berpusat di Basel Switzerland. 

Gerakan ini membawa fahaman Zionisma. Zionisma ini adalah satu idealoji yang menganggap hanya penganut  agama  dan bangsa Yahudi sahaja yang dipilih   oleh  Tuhan. Agama lain adalah ajaran sesat. Agama dan bangsa lain adalah salah dan dilaknati Tuhan.

Ertinya hanya mereka yang beragama Yahudi sahaja yang akan masuk syurga . Bangsa dan kaum  mereka telah dipilih oleh Tuhan. Inti pati ideloji ini menafikan agama lain dan bangsa-banga lain. Hanya penganut agama Yahudi yang telah dipilih oleh Ya Rabbi atau oleh Yahwe.

Pada pandangan saya kes Palestin/Israel ini sekali lagi membuktikan dengan jelas peranan  putar alam dan kelentong pandangan  agama. Dalam konteks gerakan Zionis amat jelas agama ini dimainkan sebagai propaganda untuk mengolah persetujuan. Agama digunakan  untuk meraih simpati mereka yang menganut agama Judaisma

Hakikatnya dibelakang agama ini ialah kaum permodal. Dibelakang  World Zionist Organisation (WZO) adalah pemodal kaum kapitalis.

Pada awalnya kaum pemodal yang menjuarai WZO ini terdiri dari kaum Yahudi sahaja. Semua ini telah lama berubah. Hari  dengan wujudnya  globalisasi gerakan Zionis  telah meresap dan masuk ke dalam banyak jaringan syarikat global termasuk McDonald. 

Awas dan waspada pemimpin gerakan Zionis hari ini masih lagi dikepali oleh Yahudi. Dana induk masih lagi dari kaum pemodal Yahudi.

Dari fakta sejarah - kaum pemodal Yahudi pada tahun 1917 - telah berjaya meluluskn apa yang dikenali sebagai Balfour Declaration. Deklarasi ini telah menunjukan bahwa negara bangsa Yahudi akan diwujudkan di Palestin. Ketika ini dunia dikuasai oleh kuasa imperalis Great Britain. Deklarasi ini adalah janji  Lord Balfour Setiausaha Luar Negara Britain kepada Lord Rothschild - seorang Zionis. 

Disini bukti amat jelas bahawa Isreal tidak ada sangkut  paut dengan agama Yahudi. Agama hanya digunakan sebagai alat untuk mengolah persetujuan. Justeru sila tanya Lebai Google siapa dia Lord Rothschild ini.

Kuasa imperial Britain akan mewujudkan Isreal di bumi Arab kerana pada ketika itu negara Arab termasuk Palestin adalah tanah jajahan Britain.

Untuk saya pemilihan Palestin ini adalah bukti bahawa  agenda agama ini hanya agenda putar alam. Saya berani berkata sademikian kerana sabelum Palestin dipilih ada lagi wilayah-wilayah lain yang dicadangkan untuk dijadikan wilayah penempatan Yahudi. 

Pada tahun 1918 - Rusia mencadangkan bahagian Timur Sungai Amur wilayah Birobidzgha dijadikan penempatan Yahudi di Rusia.  Pada 1903 kerajan  British  telah juga mencadangkan Uganda sebagai wilayah penempatan Yahudi. Ini kerana Uganda adalah tanah jajahan British.

Awal lagi - pada tahun  1820 seorang Zionis bernama Modecai Manuel Noah telah mencadangan Grand Island di Sungai  Niagara sebagai tempat Yahudi. Pada tahun 1939 British Guyana di Amerika Latin juga dicadangkan.  Madagascar juga pernah dicadangkan.

Semua  tempat-tempat yang dipilih adalah tanah jajahan British kecuali di Rusia. Dan rata-rata wilayah ini tidak ada sangkut paut dengan agama atau budaya Yahudi atau budaya dunia Timur Tengah.

Dari wilayah-wilayah yang dicadangkan sebelum Palestin dipilih - amat jelas projek Isreal ini adalah projek merampas tanah. Atau lebih tepat lagi projek penjajahan.

Zionis yang mendirikan Isreal pada tahun 1948 di Palestin bertujuan untuk menjajah bumi Arab. Ini jelas. Wailing Wall atau Tembok Suci  Yahudi hanya alat untuk menghalalkan penjajahan  bumi Arab oleh Zionis.

Kes Isreal ialah kes tanah. Pesoalan Palestin ialah persolan tanah dan bumi Palestin yang dijajah. Jangan silap faham perjuangan rakyat Palestin ialah untuk menuntut dan membebaskan tanah air mereka yang terus dijajah oleh Zionis Israel. Amin

Awas dan sedar negara yang teguh menyokong dan membantu gerakan pembebasan Palestin pada satu ketika dahulu ialah Blok Sosialis - Rusia, Rumania, Bulgaria, Czechoslovakia,  Poland, Hungry dan China.  Apabila blok ini tidak wujud lagi maka kita lihat bagaimana rakyat Palestin semakin   diinjak-injak oleh Zionis Isreal.

Hari ini negara yang paling setia dan masih menyokong pejuangan rakyat Palestin ialah Cuba   dan Venezuela.  Dua  negara ini tidak ada sangkut paut dengan Islam. Malah ramai pemimpin dan rakyat negara ini tidak percaya kepada mitos agama.

Manakala negara-negara Arab kebanykaan bersuara lantang - saperti Tok Arab menjual  Makjun dan Minyak Attar - tapi hampeh. kesemuanya. 

Bukan sahaja negara-negara Arab ini TIDAK membantu malah mereka bersubahat dengan Zionis untuk terus memukul rakyat Palestin. Negara-negara Arab ini juga amat licik dalam hal pembelotan mereka. Dengan menggunakan ketayap, serban, hadis Nabi dan ayat suci pemimpim negara Arab ini telah belot dan bersekongkol dengan Zionis.

Negara-negar Arab ini terutama  Saudi Arabia melaungkan bendera Islam sebagai garis perjuangan Palestin.  Negara-negara saperti Pakistan, Bangladesh dan kita di Malaysia juga terikut-ikut dengan agenda Saudi Arabia.

Saudi melaungkan  Islam maka kita sama-sama menjerit melaungkan Islam. Banyak negara dan orang ramai terikut-ikut dengan rentak dan gendang  Saudi kerana Saudi Arabia memiliki kuasa minyak dan dinar.

Walhal, hakikatnya  perjuangan Palestin ini adalah perjuangan merampas kembali  tanah air mereka yang telah dirampas dan dijajah oleh Zionis.

Jangan lupa, jangan tidak sedar dan jangan buat-buat  tidak tahu  bahawa di Palestin sekarang ini ada diantara 10-15% rakyat Palestin yang beragama Kristian. Mereka ini Arab Kristian.  Jangan salah baca jurucakap Palestin Liberation Organisation Hanan Asrawi itu seorang wanita Kristian. George Habash pemimpin Popular Front for The Liberation of Palestine ialah seorang Kristian. Edward Said  intelektual Arab  Palestin yang tersohor itu adaah seorang Kristian. Justeru bukan agenda agama di Palestin. Tapi agenda perjuangan melawan penjajahan Zionsi Israel.

Wajib juga saya nyatakan disini bahawa di Palestin juga ada Yahudi yang menentang projek Zionis Isreal yang  menjajah Palestin. Mereka ini warga asal Palestin. Gerakan Yahudi  anti-Zionis Isreal berkumpul dan berkempen dibawah organisasi bernama Neturei Karta.

Malah NGO dan Parti-parti politik di Amerika, Amerika Latin dan di Eropah menyokong perjuangan Palestin bukan kerana agama Islam. Mereka bangun menyokong kerana mereka sedar bahawa projek Israel ialah projek penjajahan - projek Zionis merembat tanah Arab. 

Apa yang saya tulis ini  membuktikan bahawa perjuangan rakyat Palestin itu  bukan perjuangan agama. Bukan untuk tunjuk agama siapa yang betul dan agama siap yang salah.

Projek agama siapa yang betul dan agama siapa yang salah adalah fahaman Zionis. Awas dan waspada. Zionisma hari ini bukan lagi dianuti oleh Yahudi sahaja. Malah sesiapa saja yang percaya bahawa agama mereka sahaja yang betul bermakna mereka  berkiblat ke fahaman  Zionis. Atau lebih tepat lagi menghayati Zionisma tanpa sedar.

Justeru pada 10 November  1975 Persidangan  Pertubuhan Bangsa Bersatu  telah menerima dan meluluskan  Resolusi 3379. Resolusi ini menganggap Zionisma  satu bentuk faham rasis dan fahaman  yang menggalaknan penindasan. Resolusi 3379  ini disokong oleh 72 negara , 35 menolak  dan 32 berkecuali. 

Bagaimana pula hubungan antara Tanah Melayu dengan Palestin dan Bumi Arab. Betul ke ada hubung an yang amat amat rapat? Bani Arab  Palestin dan Bani Melayu di Tanah Melayu memiliki sejarah yang sama? Sama bagaimana? Tunggu minggu hadapan. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45


---------------------