.

Khamis, 15 Januari 2015

ULANG BACA SEKALI LAGI




NOTA

apa yang berlaku
di paris minggu lalu
apa yang sedang berlaku
di eropah dan dalam  dunia hari ini
mewajibkan kita berfikir
mewajibkan kita bertenang
mewajibkan kita membaca

sila ulang baca tulisan ini
yang telah disiarkan dalam
suara keadilan pada 
25 november 2014



PERANAN ISIS DAN GEOPOLITIK


Geopolitik ialah kajian yang menganalisa geografi, sejarah, serta sains sosial, dengan rujukan kepada politik antarabangsa. Ia memeriksa kepentingan politik dan strategi geografi, dengan geografi ditakrifkan dari segi lokasi, keluasan dan sumber kawasan-kawasan. Stratiji ini muncul di German. Dan digunapakai oleh Nazi Hitler dalam usaha untuk menawan Eropah dan dunia.

Dari mana pula muculnya ISIS?

ISIS muncul sebagai budak suruhan dalam geopolitk kuasa Imperial Amerika dalam usaha untuk mempertahankan EMPIRE. Sesudah tamat Perang Dingin (1985) keadaan dunia agak kendur saketika. Perang idealoji antara blok Sosialis dengan blok Kapitalis reda.

Dalam suasana reda ini Amerika mula meluaskan pengaruh. Sesudah tamat Perang Dingin Blok Soviet Union telah memansuhkan perjanjian persenjataan Warsaw Pact ( 1955-1991). Perjanjian Warsaw Pact ini dimunculkan sebagai jawapan kepada Amerika yang menubuhkan perjanjian persenjataan NATO – North Altantic Treaty Organisation – pada tahun 1949.
Hari ini NATO semakin diperluas. Negara-negara bekas perjanjian Warsaw Pact – Albania, Slovania, Slovakia, Hungary, Republik Czech, Romania, Bulgaria, Latvia dan Poland semua telah menjadi ahli NATO.

Negara-negara bekas Warsaw Pact ini dari segi ilmu alam semuanya wujud disekeliling Rusia. Maka inilah yang dikatakan geopolitik – wilayah bumi yang akan memainkan strateji politik. Geopoilitik sedang mengepong Rusia.

Justeru,  apa pula peranan ISIS satelah kembali suasana perang dingin. Saya berani menyatakan disini bahawa dalam geopolitik hari ini ISIS hanyalah bidak catur.

Saya yakin ramai anak-anak muda Islam bukan sahaja di Malaysia malah dari benua lain juga tidak dapat memahami bahawa ISIS ini hanyalah alat untuk kegunaan strateji geopolitik kuasa imperial Amerika. ISIS sedang digunakan sebagi buah catur dalam straterji geopolitik untuk mempertahankan Empire. Pasti, susah untuk mereka menerima hakikat bahawa 'satu gerakan Islam' sebenarnya hanyalah budak suruhan Amerika. Kerana itu kita  wajib memahami geopolitik untuk memahami ISIS.

Saya ulangi sekali lagi – dalam strateji geopolitik ini - Amerika sedang mengepong kawasan-kawasan yang memiliki bahan bakar petrol dan kawasan yang dijangkakan memiliki bahan ini. Ini strateji jangka panjang kuasa imperialis Amerika.

Ingin saya nyatakan disini bahawa jika Iraq sebuah negara pengekspot belacan pasti Saddam Hussein masih hidup dan Iraq selamat. Saya juga yakin jika Saudi Arabia negara pengeluar buah kurma pasti setiap hari kita akan terbaca berita 'orang kena pancung' dihadapan Masjid Riyadh. Media Barat setiap hari akan berlagu dengan kesah-kesah warga Saudi sebagai rakyat yang tidak betamadun kolot penindas perempuan.

Hakikatnya Saudi dan Iraq negara pengeluar minyak yang terbesar dalam dunia. Maka negara-negara ini dari segi geopolitik amat-amat penting. Maka Iraq diserang untuk ditawan. Saudi tidak diganggu gugat kerana setia menjadi budak suruhan.

Dari salasilah - ISIS adalah sambungan dari Al-Qaeda. Asal usul turun temurun ISIS ialah Al-Qaeda. Jangan kita lupa bahawa Al-Qaeda ini adalah anak syarikat Amerika. Kumpulan ini bertelor, mengeram, menetas dan beranak dalam reban CIA di Peshawar Pakistan. Al-Qaeda adalah sebahagian dari budak suruhan Amerika ketika Amerika melawan Soviet Union diakhir 70'an.

Dalam geopolik dunia hari ini Empire Amerika memiliki tiga musuh. Pertama Rusia, kedua Iran dan musuh akhir ialah China. Sesudah Saddam tewas tidak ada lagi kuasa Arab yang berpotensi untuk engkar dengan kuasa Amerika atau berani melawan Israel. Mesir - kuasa terkuat negara Arab telah mandul dan masuk ke dalam poket Amerika samenjak zaman Anwar Saddat lagi.

Hanya Iran yang dilihat memiliki keupayaan ekonomi, tenaga manusia dan hasil bumi yang boleh bebas merdeka dari kuasa Empire. Iran ada keupayaan untuk menandingi Israel. Justeru Iran wajib ditundukkan. Dalam usaha menundukkan Iran tidak dapat tidak Amerika perlu juga menundukkan Syria dahulu. Ini kerana Syria dan Iran memiliki perjanjian setiakawan. Sekatan ekonomi sahaja belum tentu berhasil.

Dalam masa yang sama Syria dari samenjak zaman Hafiz al-Assad telah menjalinkan hubungan baik dengan Rusia. Rusia memberi alat persenjataan kepada Syria dan juga Iran. Tentera laut Rusia dibenarkan datang berlabuh di perlabuhan Tartus wilayah milik Syria.

Dalam strateji geopolitik - ISIS digunakan sebagai 'hantu' untuk menakut-nakutkan banyak negara. Hantu yang saya maksudkan ialah menjadikan ISIS bahan mengolah persetujuan orang/ manufacturing consent. Peranan ini awalnya telah dimainkan oleh Usama Bin Ladin dan Al-Qaeda.

Lihat bagaimana ledakan WTC 9/11 telah berjaya mengolah persetujuan rakyat dunia agar perang dimulakan di Afghanistan dan Iraq diserang.
Suasana salepas 9/11 memperlihatkan bagaimana Amerika dapat mengumpulkan banyak negara untuk menyerang Iraq. Presiden Bush Senior dilihat berjaya mengolah persetujuan dunia untuk menggalang satu barisan menentang Saddam walau pun Iraq TIDAK ada sangkut paut dengan ledakan WTC.

Dalam masa yang sama pembaca wajib sedar bahawa politik domestik Amerika telah berjaya diolah. Pelbagai undang-undang baru telah diluluskan oleh Senate/Kongres Amerika. Sedikit demi sedikit hak kebebasan rakyat Amerika sendiri terhakis. Ada yang disedari dan ada yang TIDAK disedari.

Warga Amerika yang terkejut dengan ledakan WTC telah bersetuju untuk mengurangkan hak kebebasan demi keselamatan. Warga Amerika – yang takut - bersetuju untuk memberikan lebih banyak kuasa kepada polis dan tentera demi keselamatan.

Kini Soldadu Amerika boleh masuk ke dalam bandar. Kini soldadu Amerika boleh masuk ke dalam rumah persendirian. Lihat hari ini bagaimana kawalan ketat dilapangan terbang. Lihat bagaimana ramai aktivis Amerika disenarai hitamkan dan TIDAK boleh menaiki pesawat udara. Semua ini 'dihalalkan' melalui Patriot Act yang diluluskan sesudah berlakunya ledakan WTC 9/11.

Media Amerika – yang satu ketika dahulu memiliki sejarah bebas dan berani kini menjadi lembik dan manai. Dunia masih ingat lagi peranan Washington Post yang berjaya menundukkan Presiden Nixon sehingga Nixon meletakkan jawatan kerana Skandal Watergate.

Hari ini media Amerika telah jadi manai. Ketika Iraq diserang media Amerika datang bersama-sama soldadu dan duduk berkhemah – bergolek bantal bersama soldadu. Ini TIDAK pernah terjadi ketika Vietnam diserang. Kini Media Amerika telah Sekatil dengan Empire Amerika.

Dimana peranan ISIS sekarang?

Ingat atau TIDAK apa terjadi petang 2 Julai 2000 di Bukit Jenalik Grik Perak? Satu kumpulan yang dipanggil Al-Maunah telah dituduh merampas 5 tan senjata dan dimasukkan ke dalam 3 buah Pajero dalam masa 15 minit. Satu Malaysia melihat babak Al-Maunah ini sebagai satu sandiwara.

Babak Al-Maunah ini tidak masuk akal dan TIDAK diyakini maka terpaksa sekali lagi dipentaskan di Kuala Lumpur untuk membuktikan bahawa - boleh 5 tan senjata masuk ke dalam Pajero dalam masa 15 minit.

Sabenarnya sandiwara Al-Maunah ini dipentas untuk mengolah persetujuan agar orang ramai agar jangan turun berdemo ke jalan raya menentang Anak Lelaki Iskandar Kutty. Ketika itu gerakan anti United Malays National Organisation sedang mengampoh.

Al-Maunah juga telah digunakan untuk menyediakan persetujuan orang ramai agar ISA digunakan dengan meluas. Pada 10 April 2001 seramai 10 orang Reformis telah ditahan dibawah ISA. Ini diikuti pula dengan penahanan berpuluh-puluh warga yang dituduh sebagai ahli Kumpulan Mujahidin dan Jamaah Islamiah.

Apa hubungan Al-Maunah denganh ISIS?

Al-Maunah ini digunakan untuk mengolah politik domestik Malaysia. ISIS digunakan untuk mengolah persetujuan geopolitik dunia. ISIS diperlukan untuk mengetatkan lagi hukum dan undang-undang domestik Amerika. Edward Snowden bekas pekerja National Security Agency telah membocorkan bagaimana badan risikan Amerika sedang menyimpan semua e-mail dan panggilan talipon warga Amerika. Pihak berkuasa mengakui ini berlaku demi keselamatan. Inilah peranan ISIS.

Lihat bagaimana berita ISIS memancung kepala menjadi heboh, heboh dan heboh sedunia. Hanya tiga kepala putus. Tetapi media dunia TIDAK pernah melaporkan 79 kepala yang dipenggal tahun lalu oleh Saudi Arabia. Statistik ini adalah laporan dari Amnesty International.

Dengan menghebohan berita – ISIS PENGGAL KEPALA – maka warga dunia menjadi takut dan gentar. Dalam masa yang sama berita saperti ini menarik anak-anak muda yang suci dan jujur yang mahu melihat satu dunia baru yang lebih adil.

Saudi negara pengeluar minyak terbesar dalam dunia ini dengan fahaman Wahabi dan Salafi sedang bersekongkol dengan imperialis Amerika untuk menyerang Iran. Saudi bersama negara Telok telah mengeluarkan berbilion dolar untuk membiyai perang di Syria.

Kepada anak muda atau sesiapa sahaja yang masih TIDAK faham apa itu ISIS biar saya terangkan. Di belakang ISIS ini ialah Saudi Arabia - barua Amerika yang paling kental. Tanpa duit Saudi ISIS tidak mungkin wujud. Saudi dan Amerika sedang menjual Islam untuk mempertahankan sistem ekonomi kapitalis yang semakin tidak menentu.

Hujah saya ini saya kuatkan dengan pertanyaan.

Pada 30 Oktober 2014 ISIS cawangan Sinai Mesir telah membunuh 30 orang soldadu Mesir. Kenapa gerila ISIS ini tidak menyerang Zionis Israel? Wal hal Sinai bersempadan dengan Israel. Siapa musuh utama? Zionis atau warga Mesir?

Pada Jun 2011 Saudi menghatar 1,500 soldadu bersama kereta kebal ke Bahrain. Ini untuk menyerang demonstrasi anak-anak muda Bahrain yang menolak keputusan pilihan raya. Kenapa Saudi Arabia tidak pernah dalam sejarah terlibat menyerang Israel?


Akhirnya negara-negara di Eropah, Amerika Latin dan Afrika – tidak dapat tidak akan mewujudkan undang-undang baru atas nama keselamatan untuk menentang pengganas ISIS. Malaysia juga akan memunculkan undang-undang baru anti-pengganas. Wal hal kepala pengganas utama dalam dunia ialah imperialis Amerika. Inilah peranan ISIS. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN 
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-3045


-------------

PERANAN ISIS GLOBAL







KOMENTAR


tukar tiub tepat
ramalam tepat
peranan ISIS

UK akan ada undang undang baru
obama juga sedang merancang
dan malaysia bulan MEI ini



Nancy Shukri
PUTRAJAYA - Satu rang undang-undang khas untuk menangani ancaman militan termasuk kumpulan IS akan dibentangkan di Parlimen, Mac ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri...



INI BUKTI

Tulisan saya dalam Suara Keadilan bertajuk : ISIS dan Geopolitik – telah diterbitkan pada 25 November 2014. Para akhir dalam tulisan itu saya telah membuat rumusan ini:


Akhirnya negara-negara di Eropah, Amerika Latin dan Afrika – tidak dapat tidak akan mewujudkan undang-undang baru atas nama keselamatan untuk menentang pengganas ISIS. Malaysia juga akan memunculkan undang-undang baru anti-pengganas. Wal hal kepala pengganas utama dalam dunia ialah imperialis Amerika. Inilah peranan ISIS. 

------------

JAKIM INI APA?






FACE BOOK

masa saya bertemu dengan wakil JAKIM di Putrajaya dalam lebih kurang hampir dua tahun lalu, saya pernah bertanya kepada wakil JAKIM itu tentang kemampuan pihak JAKIM dalam bidang keilmuan. Dia mendakwa bahawa pihak JAKIM punyai individu pakar. Kajian pakar-pakar itu menjadikan mereka boleh haramkan buku-buku yang tidak selaras dengan pemikiran JAKIM.

Saya menjawab, kepakaran JAKIM hanya mampu mengharamkan buku, tetapi tidak ada kemampuan untuk menulis buku untuk menjawab balas dakwaan terhadap buku yang diharamkan itu.

Kali ini, mamat cina Paulsan dah sedia berdebat. Ini seruan menarik. Seruan sesuai dengan ajaran al-Quran. Sebagai badan agama Islam, sudah pasti seruan debat ini tidak akan diabaikan oleh JAKIM. kecuali, kalau JAKIM memang badan yang diciptakan untuk merosakan imej agama Islam.

Firman Allah, "katakanlah (wahai Muhammad) datangkan bukti-bukti kamu, jika kamu dari kalangan mereka yang benar".








----------------

SEORANG PEJUANG MELAYU




Laporan 1MDB: Khairuddin mungkin 

tinggalkan parti ‘bodoh’ Umno 

Ahli Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang dikritik teruk kerana tindakan beliau membuat laporan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), berkata beliau mungkin meninggalkan parti kerana serangan yang diterimanya.
Memanggil parti "bodoh", timbalan ketua Bahagian Umno Batu Kawan berkata ,mengutuk beliau kerana laporan 1MDB memakan diri kepada pengkritiknya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/laporan-1mdb-khairuddin-mungkin-tinggalkan-parti-bodoh-umno#sthash.WHMvrpdT.dpuf

KAH KAH KAH

ya ampoooon
ya maulanaa
jangan datuk
jangan berhenti datuk
datuk pejuang bangsa
datuk harapan negara
datuk pejuang melayu
tak ada datuk
rakyat tak ada siapa

NOTA
rumah kena lelong
pasal apa?
kah kah kah

APA PUNYA LAN COW



-------------

SAYA CHARLIE - SAYA BUKAN CHARLIE







SAYA CHARLIE TAPI BUKAN CHARLIE

Tulisan saya dalam Suara Keadilan bertajuk : ISIS dan Geopolitik – telah diterbitkan pada 25 November 2014. Para akhir dalam tulisan itu saya telah membuat rumusan ini:

Akhirnya negara-negara di Eropah, Amerika Latin dan Afrika – tidak dapat tidak akan mewujudkan undang-undang baru atas nama keselamatan untuk menentang pengganas ISIS. Malaysia juga akan memunculkan undang-undang baru anti-pengganas. Wal hal kepala pengganas utama dalam dunia ialah imperialis Amerika. Inilah peranan ISIS.

Serangan ganas keatas kartunis majalah Charlie Hebdo yang berlaku dalam kota Paris minggu lalu membuktikan bahawa strateji geopolitik ini sedang berjalan mantap. Strateji geopolitik ini sedang menyediakan suasana Perang Dunia ke3.

Majalah Charlie Hebdo ialah majalah lawak satira. Saya merayakan satira dan lawak. Malah saya sendiri melakukan kerja 'lawak berdiri/stand up comic'. Blok saya : tukartiub adalah blog satira politik. Justeru lawak dan satira bukan satu yang asing untuk saya.

Dalam komidi dan dalam garis politik saya TIDAK menyokong apa sahaja gerakan atau kumpulan yang mengakui mewakili Tuhan. Saya menentang keganasan yang reaksionari. Saya menyokong anak semua bangsa untuk merayakan kepercayaan semua agama. Saya menentang cita-cita dan niat yang memperlekeh apa sahaja agama. Saya merayakan anak semua bangsa yang menganut apa saja agama. Dalam masa yang sama saya juga merayakan mereka yang tidak beragama.

Justeru saya juga Charlie dan saya juga BUKAN Charlie.

Saya mengutuk pembunuhan keatas kartonis majalah Charlie Hebdo. Saya mengutuk pembunuhan itu yang dilakukan atas nama Islam. Atau atas alasan mempertahankan Nabi Muhamad. Atau alasan tidak sensitif terhadap agama.

Dalam masa yang sama saya juga mengutuk kebodohan dan kebangangan majalah Charlie Hebdo. Saya anggap majalah ini bodoh dan bangang. Bukan saja majalah bangang tapi majalah rasis. Justeru, saya mengutuk majalah ini yang berselindung dibelakang tabir kebebasan bersuara.

Dua-dua kumpulan – yang dibunuh dan yang membunuh – untuk saya sama-sama karut. Dua-dua kumpulan ini sedang menjadi alat daulah terpendam/deep state. Secara sedar atau tidak sedar mereka adalah bidak catur dalam stratreji geopolitik kuasa imperialis.

Majalah Charlie Hebdo ini tidak melakar satira politik yang bijak. Dari ilmu semiotik – jika diperhatikan maka kita tidak akan salah jika membuat rumusan bahawa ini adalah majalah rasis. Amat jelas - dibelakang satira ini adalah sanubari rasis Peranchis yang terpendam dalam. Ramai warga Peranchis bermimpi angkuh dan berangan-angan bahawa dunia yang indah ini hanya dunia Peranchis

Memang betul ada unsur agama yang kadang-kandang boleh dilihat sebagai lawak dan komidi. Tapi bukan saperti yang digarap oleh Charlie. Majalah ini menghina dan mengutuk agama.

Satelah serangan berlaku maka Peranchis menjadi riuh dan heboh. Ini bukan heboh se Paris. Kini telah menjadi heboh sedunia. Maka pandangan yang akan saya ajukan ini mungkin akan dilihat sebagai pandangan minoriti. Pandangan saya ini melanggar dan menentang pandangan arus perdana.
Tembakan dan letupan dari kedua belah pihak ini sedang menimbulkan banyak persoalan. Untuk sementara waktu jangan kita terperangkap dalam pebagai teori yang tersebar. Tidak berguna kita bertegang lidah cuba membuktikan bagaimana ledakan Kalashnikov itu TIDAK kena kepada kepala polis. Atau kenapa darah tidak membasahi jalan raya. Untuk saya - kita TIDAK perlu teori-teori untuk memahami apa yang sedang berlaku.

Dihujung minggu lalu dilaporkan lebih dari 40 orang pemimpin dunia dari pelbagai 'bentuk dan genre' telah mengutuk pembunuhan dan bersimpati dengan Peranchis.

Ada yang bernama Merkel, ada yang bernama Obama, ada yang benama Netanyahu, ada yang bernama Cameron. Kita juga diberitahu berjuta warga Peranchis telah turun ke jalan raya berdemo mengutuk apa yang ditakrifkan sebagai 'Extremis Islam'.

Apabila saya terbaca nama Merkel, Obama, Netanyahu dan Cameron yang bersimpati dengan Peranchis maka saya jadi loyo dan hampir keluar 'muntah taik'.

Kalau saya katakan 'padan muka' maka saya anggap diri saya kurang ajar. Saya akan dituduh tidak memiliki garis politik yang lurus. Tapi biar saya terangkan sajelas hari siang disini tentang apa itu politik dan apa itu realpolitik. Para pembaca boleh membuat rumusan sendiri.

Sosok yang menjadi Presiden Peranchis namanya Francois Hollande. Dibawah pimpinan Hollande kita lihat bagaimana Peranchis terlibat secara gelap dan secara terbuka dalam mengimplementasi strateji geopolitik kuasa imperial Anglo-Amerikan Zionis.

Seawal 2011 Peranchis secara sulit telah memberi senjata kepada puak Extremis Islam yang menentang Gadaffy di Libya. Akhbar Telegraph dari London pada 29 Jun 2011 telah melaporkan kenyataan jurucakap tentera Peranchis Colonel Thiery Bukhard yang mengakui bahawa Peranchis telah memberi senjata ringan kepada kumpulan anti-Gadaffy. Tiga bulan kemudian Peranchis bersama bala tentera Nato telah mengebom Libya.

Pada 15 November 2012 BBC London telah melaporkan pemberian senjata dari Peranchis kepada kumpulan Extremis Isam yang anti-Bashar di Syria.

Pada 14 March 2013 akhbar Guardian London melaporkan kerjasama Britain dan Peranchis dalam usaha bersama untuk mempersenjatai kumpulan Extremis Islam yang anti-Bashar. Laporan ini juga menyebut bagaimana Francois Hollande telah pergi ke Brussels untuk berkempen di Parlimen Eropah- meminta negara-negara Eropah yang lain menyokong langkah Britain dan Peranchis. Hollande juga meminta negara German bersetuju untuk menghapuskan sekatan senjata keatas Syria agar senjata dapat dihantar kepada kumpulan anti-Bashar.

Pada 21 Ogos 2014 yang baru lalu stesen TV France24 telah melaporkan berita Presiden Francois Hollande telah menghantar senjata kepada kumpulan yang sedang menyerang Bashar al-Assad.

Apa yang ingin saya buktikan disini ialah kumpulan Extremis Islam yang dikatakan menyerang Charlie Hebdo itu telah bertelor, mengeram, menetas dan dibesarkan oleh kuasa imperial Anglo-Amerikan Zionis. Peranchis ada salah satu negara yang membekal senjata untuk kumpulan Extremis Islam ini. Tukang bayar harga senjata ini tidak lain dan tidak bukan ialah Saudi Arabia. Dari apa yang saya pernah baca Saudi Arabia ini dikatakan sebuah negara Arab yang beragama Islam.

Kumpulan Extremis Islam ini datang dalam pelbagai bentuk – awalnya mereka dikenali sebagai al-Qaeda kemudian menjadi Jabhar al Nusra dan hari ini menjadi ISIS. Walau pun apa nama mereka bukti telah menunjukkan bahawa Extremis Islam ini semuanya adalah anak didik Amerika.

Pada 16 Julai 2014 akhbar Gulf Daily News dari Bahrain telah melaporkan kenyataan Edward Snowden. Anak muda yang melarikan diri dari Amerika ini adalah bekas penyelidik Jabatan Risikan Amerika (NSA). Mengikut Snowden ISIS telah dirancang oleh badan risikan Britain dan Amerika.

Edward Snowden juga telah membocorkan fakta tentang Abu Bakr Al-Baghdadi. Sosok yang dikatakan menjadi Khalifah ISIS ini telah dilatih selama satu tahun oleh Mossad. Latihan diberikan dalam ilmu teoloji agama dan cara berpidato yang boleh menarik perhatian orang ramai.

Ketika tulisan ini digarap seluruh dunia sedang heboh tentang Charlie Hebdo. Media arus perdana sedang menggoreng isu ini semasak mungkin untuk menyediakan suasana dimana perang boleh dilancarkan atas nama mempertahankan kebebasan bersuara. Perang boleh diteruskan atas nama menentang extremis agama.

Dengan apa yang telah berlaku warga dunia akan bersedia – akan terbuka hati untuk menerima apa sahaja rancangan dari pemimpin mereka. Rakyat yang takut senang menjadi Pak Turut. Senjata boleh ditempah dan dipesan. Saudi Arabia dan Negara Arab Telok boleh memesan senjata baru dan membayar dengan dolar yang mereka kumpulkan hasil dari jualan bahan bakar petrolium.

Serangan keatas Charlie Hebdo ini secara bijak telah menenggelam ingatan kita kepada kematian warga Pakistan yang saban masa dibom oleh drone Amerika. Media telah berjaya membesarkan berita Charlie ini sehinggakan kita terlupa bahawa saban hari ada warga Yemen yang mati di bom oleh Amerika melalui drone.

Dengan bijak media milik kaum pemodal telah berjaya membawa satu naratif - satu jalan cerita bahawa Extremis Islam adalah punca masalah dunia. Naratif ini sedang tersebar dengan meluas.

Tulisan saya ini adalah kounter naratif atau satu jalan cerita yang lain. Saya melihat bukan hanya pembunuhan, bukan hanya ledakan Kalashinkov. Saya mahu para pembaca juga menyoal – dari mana datangnya Extremis Islam ini? Siapa pembekal Kalashinkov ini? Siapa tukang bayar semua ini.

Kalau polis menyiasat kes bunuh ada tiga pekara yang wajib dikenal pasti. Pertama apa senjata yang digunakan. Kedua apa tujuan pembunuhan dilakukan. Ketiga: mana mayat mangsa pembunuhan.

Dalam menganalisa politik – dalam real politik kita – saperti polis yang menyiasat wajib bertanya CUI BONO. 

Ini perkatan dalam bahasa Latin. Makna cui bono ialah siapa dapat untung. Dalam realpolitik untung ini ialah kejayaan melaksankan satu strateji politik yang akhirnya akan memperkukuh kuasa. Dengan kuasa yang kukuh maka dolar dan riyal dapat dikumpul. Justeru cui bono ini wajib terus dijadikan asas untuk memahami politik. Bukan sahaja politik luar negara malah politik Malaysia juga boleh ditanya melalui soalan cui bono?

Minggu ini terbukti apa yang saya tulis pada 25 November 2014 lalu menjadi tepat. Ini disahkan oleh kenyatan Ketua Polis Negara mengenai Charles Hebdo. Ketua Polis Negara telah berkata bahawa amat perlunya Akta Hasutan 1948 diteruskan untuk mengelakkan dari berlakunya serangan saperti di Paris.

Kenyataan Ketua Polis Negara ini jangan dibaca sebagai lawak atau dibaca sebagai satira. Untuk saya apa yang jelas ialah TIDAK lama lagi pasti ada satu undang-undang baru untuk mengawal dan menangkap orang ramai yang semakin berani bertanya - cui bono? (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan dalam
SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:
03-92-21-3045





-------------

GILA BALAK DI KELANTAN







BACA DI SINI:

http://www.malaysiakini.com/columns/285776

SIAPA  INI?


Kelantan sedia disiasat SPRM berhubung 

penerokaan tanah, pembalakan haram 

Kerajaan PAS Kelantan sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kewujudan aktiviti penerokaan tanah dan pembalakan haram di negeri ini sehingga dikatakan menjadi punca berlakunya “bah kuning”.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya memandang serius pendedahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendakwa mempunyai maklumat terperinci mengenai kegiatan pembalakan haram yang wujud di negeri ini.

“Sila... sila... (siasat), kita sedia ikut saluran undang-undang. Kita di Kelantan bersedia lebih dahulu lagi... bukan 24 jam... tapi 25 jam kita buka.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kelantan-sedia-disiasat-sprm-berhubung-penerokaan-tanah-pembalakan-haram#sthash.WKuXv74u.dpuf


KAH KAH KAH

kah kah kah
mula mula nafikan
tak ada pembalakan
sebut nama tuhan lagi
sekarang boleh siasat
sekarang .. sila.. sila..
kah kah kah
woit kuntau muntau
cakar makar
bukan towkay balak
towkay jual agama

APA PUNYA TOWKAY





-----------