.

Selasa, 18 Ogos 2015

ADA SATU SOALAN








ORANG



TUA


Zahid serah info plot guling k'jaan pada polis

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata beliau telah menyerahkan maklumat berhubung gerakan untuk menggulingkan  Najib Razak.
"Saya ingin nyatakan bahawa saya dah serahkan maklumat pada polis untu membuat siasatan dan peguam negara untuk buka kertas pertuduhan (kemudiannya)," katanya kepada pemberita di Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Zahid, yang juga menteri dalam negeri, kemudian membersihkan nama anggota parlimen termasuk timbalannya Nur Jazlan Mohamad, yang dikaitkan dengan gerakan itu.
"Tapi tak ada sorang pun dari 20 nama yang terpapar dalam blog yang telah didekati untuk tandatangan SD (akuan bersumpah).
"Saya nak sahkan tiada dari 20 orang itu tandatangan . Maka clear (bersih) nama mereka," katanya.
Beliau yang juga MP Bagan Datoh mendakwa "orang tua" daripada pemimpin Umno itu sedang mengumpul akuan bersumpah itu untuk menunjukkan tidak menyokong kepada Najib.

HANYA SATU SOALAN

siapa orang tua 

itu?
 

-----------

SEMUA FITNAH





INI CONTOH

 FITNAH DAN TOHMAH 

PEMANGKANG

 


Ahmad Maslan akhirnya akui Umno, BN lemah

Ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan akhirnya mengakui bahawa parti itu kini dalam keadaan lemah dan akan tewas sekiranya pilihan raya umum diadakan dengan segera.
Bagaimanapun, Umno dan BN masih mampu membuat perubahan untuk mendapatkan sokongan jika pilihan raya diadakan selewat-lewatnya pada tahun 2018, katanya.
BN dan Umno juga berpeluang untuk menang kerana pembangkang kini berada dalam keadaan kucar-kacir, katanya di blog ahmadmaslan.my.
“Saya juga mengakui hakikat bahawa Umno dan BN sedang berhadapan dengan keadaan yang agak mencabar waktu ini.

ESOK MALAON INI
AKAN BERKATA 
MEDIA SALAH LAPOR
INI SESUDAH MENERIMA
PANGGILAN TALIPON
DARI BIK MAMA





------------------

CERITA REKAAN







WAYANG

PAK DALANG


'20 MP mahu guling kerajaan cerita rekaan'

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN, Shahrir Samad meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap laporan yang mendakwa wujud 20 orang Ahli Parlimen BN berkomplot untuk menggulingkan kerajaan.
Bercakap kepada media di bangunan parlimen hari ini, Shahrir memberitahu kerajaan perlu memandang serius terhadap isu tersebut dan ia tidak boleh dijadikan mainan politik.
KAH KAH KAH
woit
kalau cerita rekaan
siapa penulisnya?
kalau rekaan kenapa zahid heboh
kah kah kah
siapa kena goreng
siapa menggoreng
kah kah kah

NAANDRAK





------------

SATU JUTA DI KUALA LUMPUR







TiDAK ADA 



PERUBAHAN

Penganjur Bersih 4 tetap teruskan perhimpunan

Bersih 2.0 hari ini bertegas akan meneruskan perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos seperti dirancang walaupun tidak mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mencadangkan protes itu ditunda ke hujung minggu berikutnya.
Pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata, DBKL mencadangkan perhimpunan itu diadakan selepas sambutan Hari Merdeka dan turut mencadangkan 3 tempat lain – Taman Tasik Titiwangsa, Stadium Nasional dan Stadium Merdeka.
"Itu mustahil kerana kami sudah pun mengumumkan tarikhnya dan tidak faham mengapa perlu diubah.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penganjur-bersih-4-tetap-teruskan-perhimpunan#sthash.9kKyg3gK.dpuf


SATU JUTA

34 JAM 

K.LUMPUR
---------------

LIHAT DAN HAYATI



JiKA ANDA

MEMILIKi PERASAAN

LiHAT DAN HAYATi

PERJUANGAN 

ANAK MUDA iNI



FAK FACE PADAN MUKA








WA FULUSiKOM


WA TIPURiKOM


WA PiKUNTUM 


WA TAK MALU

Abim: Duit Sunni pulangkan pada Sunni

Perdana menteri didesak menjelaskan dakwaan Umno Kuantan bahawa derma RM2.6 bilion ke dalam akaunnya susulan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah negara ini.
Angkata Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata, jika benar dakwaan itu, ia seharusnya disalurkan kepada rakyat dan bukan  Najib Razak secara peribadi.


KAH KAH KAH
woit
putar sana
putar sini
tipu sana
tipu sini
akhirnya kah kah
menjerat  leher sendiri
kah kah kah
padan muka

FAK FACE


----------

PETANG AHAD LALU














KENDURi 

NASi 

PANGGUNG


Dapur Raya 2015 pecah panggung 

hujan turun tak patah semangat
kongsi makan, berpuisi, duit raya, busking, berjoget
jalan panggung full house, yg dtg, menyumbang
merayakan nikmat hidup 
berpesta jalanan di tengah kota!

list menu, hidangan, sumbangan di DapurRaya:
rendang ayam romantik / satey / lemang / nasi himpit / kuah kacang 
pulut kuning / ayam masak merah / bihun goreng / mee goreng / tembikai / oren 
the families of kueh raya / kerepek / kek pisang / sirap pandan 


Jutaan terima kasih tak terhingga kepada yg menyumbang, menjayakan, buat ramai, bersetiakawan:
Krew & skrew Tim Dapur Raya, Tim IIC, Tim Unitar, Tim MCKL, Ashraf, Zainirah sekeluarga, Syafiqah & tim awek2 cool, Famili pulut kuning, Qish awek cun, Intan Sharif, Fazzy rambut merah, Pak Abu @ Saari Sungip sekeluarga, Nurul Izzah, Famili dari Pajam,Tim Akademi Belia, Azira & kawan2, Man Iblis & the Malaikats, Adinda Amiro, Pyanhabib, Rahmat Husin & the Gagalika, Nik Jidan, The BangsArt boyband, Bayang, Abid & Bangi drum circle, Tim mak-mak yg cool, Yeoh Lost Gen, Andy Malaya Hainan, abang, kakak, minah-minah cun, mat-mat gagal yg sama hadir, memeriahkan & bersetiakawan di DapurRaya 2015 Jalan Panggung!!
Festival DapurRaya 2015
berpesta di jalanan, di tengah kotaraya
bersama-sama penghuni kota
tak kira hujan, semua redah
paling cool & rock N roll!! 
TERIMA KASIH ANAK SEMUA BANGSA!!
TERIMA KASIH WARGA KOTA!!
TERIMA KASIH SEMUA!!!

++ DapurJalananKL ada merchandise baru untuk isi tabung; Apron DapurJalananKL. Beli sambil membantu! Untuk maklumat info, sila cari dan tekan like Facebook page DapurJalanan KualaLumpur dan follow twitter: dapurjalananKL & insta - dapurjalananKL
 
++ Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun dapur jalanan
8001-7278-49 spkl collectiv

++ Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh tekan number dibawah ezzuandi = 019-2671285  atau Hadikhalid = 012-6648873

Setiakawan bersama warga miskin kota

Dapur Jalanan Kuala Lumpur
 *Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*

17 August 2015






-------------------

JANGAN TIPU








TAK PERCAYA:


MAKNANYA

JANGAN TiPU


'Saya tak percaya wujud komplot'
SHAH ALAM - Bekas Ketua Wanita Umno, Rafidah Aziz tidak percaya ada komplot di dalam parti yang mahu menjatuhkan kerajaan.

Beliau turut  terkejut dengan berita itu ketika kerajaan berdepan dengan pelbagai masalah termasuk isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya tidak yakin ada tuduhan-tuduhan (jatuhkan kerajaan) seperti itu,” katanya dalam entri terbaru di laman Facebooknya.

Menurutnya, kedudukan ekonomi yang tidak menentu serta tahap keyakinan rakyat terhadap kerajaan adalah masalah utama yang perlu diberi keutamaan daripada menukar pentadbiran kerajaan.

“Pendek kata, perlu sangat pemimpin-pemimpin yang ada sekarang menumpu sepenuh perhatian kepada mentadbir negara dan menyelesaikan masalah.

“Tidak ada faedahnya bagi sesiapa juga, terutama dalam Umno dan BN sendiri untuk menjatuhkan pemimpin dan menggulingkan kerajaan. Tidakkah itu seperti memotong hidung kerana bencikan muka?,” soalnya.

Beliau yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, mengingat pemimpin kerajaan agar berwaspada dalam melakonkan watak mereka kerana rakyat sedang memerhatikan gerak geri pemimpin mereka.



KAH KAH KAH
woit
kak pidah pun kata ini kelentong
kak fidah kata ni nak tutup kes 1MDB
kalau kak pidah cakap mestilah betul
kak pidah dulu menteri hebat
betina amerika pun kak pidah berani tibai
najib dan zahid ini kutia aje

MEMANG HEBAT



-------------

BILA NAJIB NAK BERAMBUS







KETUA POLiS


SiLA BACA:
pemuda tampin juga
mahu najib berambus
ini sama dengan
tuntutan BERSIH



Lulus usul minta PM letak jawatan

TAMPIN - Pemuda Umno Bahagian Tampin sebulat suara menerima dan meluluskan usul meminta  Najib Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno sempena Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian Tampin, semalam.

Usul tergempar diketengahkan Ketua Pemuda Cawangan Kampung Ulu Ladang, Azman Abdullah, 42, itu mendapat sambutan positif daripada majoriti lebih 200 ahli yang hadir.

Usul berkenaan memutuskan: “Demi Melayu, Islam dan Malaysia, meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno agar keyakinan, cinta dan kasih sayang, khasnya orang Melayu dan Bumiputera, terhadap Umno dapat dipulihkan untuk memastikan kita orang Melayu sebagai pemilik negara tercinta ini terus menjadi pemerintah sampai bila-bila.”

Sebaik usul berkenaan dikemukakan, Pengerusi Tetap mesyuarat, Mohd Salleh Yahaya, bertanyakan kepada perwakilan berhubung perkara berkenaan dan perwakilan sebulat suara menyatakan sokongan kepada usul berkenaan.

Azman berkata, usul tergempar berkenaan diketengahkan selepas satu demi satu isu timbul membabitkan integriti Perdana Menteri seperti isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


KAH KAH KAH
woit
syabas anak muda tampin
syabas anak muda berani
jelas dan terang
mahu najib berambus

INI CONTOH




-----------------

MALAM INI DI SHAH ALAM







MALAM INI

SHAH ALAM


Jemput 18 ogos ini, selasa. 8:50 malam hingga 11:55 malam. Wacana politik anak muda









--------------------

SIAPA? SIAPA?







SIAPA ORANG 


TUA ITU?


kah kah kah






-------------

PEMBODEK KENA BELAJAR






NASEHAT UNTUK 

PEMBODEK

sebelum membodek

 sila buat sadikit

 kajian dulu

jangan pakai 

tibai saje





Bukan Malaysia sahaja terima sumbangan


KUANTAN - "Beberapa negara lain turut menerima sumbangan wang daripada Arab Saudi selain daripada negara ini."

Itu didedahkan Ketua Umno Bahagian Kuantan, Wan Adnan Wan Mamat  berikutan isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi  Najib  Razak.

“Ia sebagai penghargaan kepada Malaysia yang memperjuangkan agama Islam dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Tambahnya, wang tersebut juga menghargai usaha kerajaan Malaysia yang begitu komited menyekat penyebaran fahaman kumpulan militan Negara Islam (IS).

Kenyataan Najib itu merupakan ancaman... - Malaysiakini ...

https://www.facebook.com/.../10150553401714945

Translate this page
Islam Blues Alhamdulillah...pm sokong isis...takbir...allahuakbar3x ... Hairul Abdullah Yg ni aku sokong najib..yg kata isis ni pengganas adelah manusia yg jahil.

BERSIH: Pujian Najib pada ISIS 'sanjung keganasan ...

www.malaysiakini.com/news/266822

Translate this page
Malaysiakini
Jun 25, 2014 - "Pujian Najib ke atas ISIS merupakan serangan ke atas ... najib bukan puji ISIS tapi puji Roslan Kasim ... Ku Li masih 'sokongNajib ...

Kerajaan perlu keluarkan fatwa sokong ISIS atau tidak ...

www.freemalaysiatoday.com/.../k...

Translate this page
Free Malaysia Today
Oct 21, 2014 - Kerajaan perlu keluarkan fatwa sokong ISIS atau tidak ... “Kelantangannya itu wajib dicontohi oleh Najib atau menteri luar bagi menggunakan ...

BERSIH: Najib 'sanjung' pengganas ISIS [Archive] - CariGold Forum

www.carigold.com › ... › Official News, Current Issues

Translate this page
Jun 25, 2014 - 51 posts - ‎42 authors
"Pujian Najib ke atas ISIS merupakan serangan ke atas kemanusia
KAH KAH KAH
woit 
negara tambah keliru
negar tambah gelap
dulu najib sokong isis
macam mana sekarang
dapat derma anti isis pulak

BIAR BETUL

------------

DEMO DI KUALA LUMPUR






FACE BOOK


Dalam tahun 1946 lagi Umno parti yang dah memulakan demonstrasi jalanan dan tak jadi kesalahan mutlak bila jejak itu terus ada pada individu atau kelompok lain yang bernama Rakyat meneruskan cita-cita untuk mengolah Kerajaan yang sedia ada supaya cekap amanah dan lebih intergriti serta kaunterbiliti semasa memimpin Rakyat seterusnya..
29-30 selama 36 JAM kita ada di KL untuk berdemonstrasi dan bagi memastikan Kerajaan terus tidak zalim kepada Rakyat..
‪#‎Bersih4‬ datang!!!...

















----------------

SATU PANDANGAN








PANDANGAN JUJUR

PANDANGAN JELAS

PANDANGAN BETUL

Komplot gulingkan Najib kerana gagal selesai isu 1MDB – Kadir

 | August 17, 2015
Presiden IKATAN tidak menolak kemungkinan Ahli Parlimen BN berbuat demikian kerana ditawarkan wang.






PETALING JAYA: Bekas menteri Kabinet, Abdul Khadir Sheikh Fadzir berkata, dakwaan wujudnya komplot untuk mengulingkan Najib Razak dalam kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kerana kecewa skandal 1MDB gagal diselesaikan.
Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) itu berkata, ahli UMNO sudah letih melihat keadaan perkembangan politik semasa terutamanya tindakan kerajaan melengah-lengahkan siasatan 1MDB dan keadaan ekonomi negara yang semakin menekan.
“Seluruh rakyat Malaysia sememangnya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera kerana rakyat sudah letih.
“Rakyat juga mahu mereka lebih menumpukan kepada perkara-perkara yang lebih penting dan berfaedah dalam usaha membantu rakyat,” katanya dalam temubual khas bersama FMT.

KAH KAH KAH
woit
ini bukan hendak 
guling kerajaan
tapi hendak
tendang najib
nak campak najib
nak terajang najib
ada perbezaan besar

TiBAI PRESiDEN
 



-------------