TERKINI TERNOW!!!TIGA MINAH BOROI
nota:
ini bukan pelakon tiga boroi
ini adalah bomoh bomoh taib mahmud
yang blonde itu datang dari eropah timur
seoarng gipsi atau cygan
yang tengah itu - kawan baik taib
yang macam bik moma itu
ialah bomoh handalan
nota:
16 april telah dipilih kerna
malam 14 bulan mengambang
mengikut bomoh pada malam empat belas
ini bukan saja bulan tapi
gambir sarawak juga akan mengembang kah kah kah
BERSEPAH LAGI DISARAWAK
DI TAMU IKANakhirnya aku membeli duia ekor ikan makeral
ini ikan terbaik dari segi minyak omega
ikan ini ada terjual di kedai helath food di taman tun
aku beli dua ekor
kemudian aku bawa ke sebuah
restoran yang selalu aku langgani
makeral masak kicap!!!
datang ke miri untuk mersanya
PETANG KELMARINcuaca cukup molek
aku dijemput untuk melawat
kawasan setinggan sungai dalam
yes - dalam negara yang bagini luas
masih ada setinggan lagi
kawasan perkampongan ini hanya 15 minit dari
lapangan terbang antarabangsa miri
ceritanya bagini
20 tahun dahulu warga iban ini telah dihalau
dari tanah adat mereka - ini ketika belum wujud
ngo yang berjuang mempertahan kan tanah adat
mereka menjadi setinggan di kawasan lembah paya
disebalah kawasan mereka ialah setingagn melanau
nah! bila aku sampai aku terperanjat melihat warga iban
ini yang hidup dalam kawasan sampah - kotor busuk dan berair
bila aku diminta bercakap - aku jadi sebak sedih
malah ketika aku mengetik ini - air mata aku berlinang
teringatkan kampong pantai dalam ini
aku berucap tak sampai 5 minit
apa yang aku cakapkan hanyalah
telah sampai masanya dayak bangun memberontak
naikan semangat nasionalsima dayak
dan aku akhiri dengan : tangkap taib mahmud
kampong sungai dalam ini ialah bukti jenayah taib mahmud!
MALAM KE RUMAH PANJANG BERKELITdari sungai dalam kali bergerak 2 jam
perjalanan ke rumah panjang berkelit
ini rumah panjang ke empat yang aku masuki
ketika aku sampai tim pkr bersama calon telah
berada disana - aku hanya mundar mandir
melihatkan kemiskinan yang berselirat
di kawasn ini - rumah merumah mereka kelihatan
berumur dan sekan akan belum siap lagi
anjing anjing kurus berkeliaran
aku nampak ramai yang sedang duduk bersila dan berlunjur
mendegar surah perjuangan dari tim pkr
aku tidak bercakap disini
hanya menjadi pemerhati yang rapi
nampaknya kaum ibu lebih ramai yang datang
dari kaum bapa - naka anak muda langsung tidak ada
kemana undi mereak ?
jelas kata mereka semua undi akan diberi kepada calon pkr
calon AMK zuraida subuh wanita berumutv 37 tahun ini dun lampir
lawan zuraida ialah bekas setiausaha taib mahmud juga dari suku kedayan
kemana arah undi?
kuncinya jika dapat 30 undi dayak
dan 10 peratsu undi melayu
dan 70 peratus undi china
maka sudah pasti kerusi ini milik pakatan
MALAM PULANG KE MIRIlewat jam 12.00 aku sampai kemabli ke miri
nah! aku terperanjat besar
miri hirok pirok
beratus ratus buah kereta di jalan raya
beratus ratus orang sedang mundar mandir dijalan
rupa rupa nya ceramah DAP baru selesai
budaya ceramah semenanjung telah sampai ke sarawak
aku nampak mak cik kakak adik adik
mereka datang membawa kerusi
mereka datang membawa tikar
ini sama lah seperti orang pas datang mendengar ceramah mat sabu
aku jamin semua kawasan bandar akan jatuh ke tangan DAP!!!
nota:
aku makan malam di restoran indon
masakan baik
sayur terbaik ialah pucuk paku
satu jenis paku hutan yang amat ranum
pucuk paku ini ada terjual di tamu
ikan tenggiri masak kunyit juga terbaik
untuk tiga orang makan - harganya tidak
mengkoyakkan poket
PANGGILAN TALIPON PAGI INIpagi ini aku mendapat panggilan talipon dari wartawan
akhbar singapura - dia ingin mengetahui lebih jelas lagi
apa yang sedang berlaku
ini yang aku katakan:
ombak dayak sedang memgombak
tetapi pada malam akhir taib mahmud
akan membeli sokongan - apa yang jelas
semua kerusi di bandar akan jatuh ke tangan dap
dari apa yang aku difahamkan pada masa kini
DAP pasti 12 kerusi
PKR pasti 9 kerusi
ada dua puluh kerusi dalam tangan
HARI INIaku bangun lewat keran diserang migraine
aku telah makan awal pagi 2 panadol
aku membukgkus pakaian untuk dibasuh
dalam perjalanan ke kedai basuh aku dapat panggilan talipon
langkau aku telah sedia
kah kah kah: aku telah memesan dua botol langkau
untuk tahu apa dia langkau sila tanya bapa saudara saya lebai google
kah kah kah
UMAI UMAI UMAIsebelum ke siber cafe
aku ke umai dulu - makan pagi dan makan tengah hari sekali harung
umai pagi ini enak - aku akhiri dengan secawan kopi pahit
kopi disini baik - dan aku tidak menolak kopi disini
minat keras dan tanpa gula - rasakan nikmatnya!
SMS DARI MTUCsyarikat kayu membuat 12 bilion setahun
pekerja balak dibayar gaji 12 ringit sehari
sas ini datang dari bekas pemimpin mtuc
menurut syed shahrir kesatuan buruh di sarawak
telah bersatu - kelmarin 100 organisasi telah
berkonferensi dan membuat kefahaman bersama untuk
menjatuhkan barisan nasionall di sarawak
ISU DAN AJENDAdalam perjalan pulang dari rumah panjang malam kelmarin
aku telah mendapat sms yang bertanyakan tentang raja petra
pagi ini juga ada panggilan dan sms yang sama
aku kenal raja petra ini
dia mengakui dirinya anggota mcoba - murid tua mckk
dia lebih senior dari aku
untuk masa ini aku sendiri belum jelas apa yang diucapkan
apa yang tersurat dan tersirat
ada yang menulis dalam blog minta aku komen
pasti aku komen tapi bukan sekarang kerana aku
belum jelas apa yang berlaku
kerja aku sekarang ialah menaikan semangat dan nasionalisma dayak
ini tujuan aku datang ke sini - yang lain itu untuk ketika ini hanya
lah isu panggiran
biar aku terangkan sejelas yang mungkin disini:
isu liwat
isu klip mat boroi
isu jam omega
tidak ada yang ambil pot dalam piliharaya ini
aku bukan ingin kelentong
memang hakiktanya ini adakah isu semenanjung
uang jadi isu utama disisni ialah : TANAH
tanah yang telah dirampas oleh taib mahmud
adalah agenda utama
DIMANA MANA DAPAT SAMBUTAN
CERAMAH PAKATAN SI SARAWAK TERUS HANGAT - mkini
Meskipun terus dipulaukan media arus perdana, ceramah Pakatan Rakyat di Sarawak terus menjadi tarikan masyarakat di Sarawak.
Di Sri Aman, lebih 1,000 orang bagi mendengar ceramah DAP oleh pemimpin veterannya, Lim Kit Siang.
Ini dikatakan ceramah terbesar yang pernah diadakan di Sri Aman sejak hari penamaan calon.
Selain kehadiran lebih 1,000 orang, majlis itu berjaya mengutip RM8,252 sumbangan daripada penyokong DAP.