Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Selasa, 7 Oktober 2008

HARI HARI AKHIR SEORANG DOLAH

Di alkesahkan maka orang-orang kampung pun berkumpulah untuk melihat dan melangok. Maka gendang pun di palu dan canang di pukul. Ada yang mencangkung ada yang berdiri melihat gelagat segala peri.

Ketua cawangan naik proton
Ketua bahagian naik wira
Kontrektor kelas f naik honda
Putera datang naik tongkang
Puteri datang membawa kangkang
Para yb naik mercedes
Menteri datang takut muflis
Datang berkumpul bukan menangis
Dolah berundur amatlah trajis

Mereka datang berkumpul untuk melihat muka Dolah kali terakhir sebagai Perdana Menteri Malaysia, sebagai Presiden United Malays National Organisation dan sebagai Pengerusi Barisan Nasional.

Mari mendengar surah saya tentang apa yang berlalu lima tahun dahulu.

Ketika Mahathir Muhamad meletakan jawatan, saya masih berada di kem tahanan Kamunting. Berita tangisan Mahathir saya sambut dengan ketawa terbahak-bahak. Gambar Mahathir menangis di Perhimpunan Agung itu amat lucu sekali. Sampai sekarang saya tidak dapat melupakan kasut Rafidah yang terpatah kerana hendak mengejar dan mencium lutut Mahathir. Semenjak hari itu Dolah telah mula memasang badan sebagai Perdana Menteri

Pada malam saya hendak di hantar ke Kamunting ( June 2001) – surat arahan tahanan – telah di tanda tangani oleh Abdullah Ahmad Badawi kerana ketika itu dia menjawat Menteri Dalam Negeri. Pernah wartawan bertanya kepada Abdullah tentang 10 Reformis yang di tahan di bawah ISA. Dolah telah menjawab “…saya tidak tahu….”

Di Kamunting, apabila saya mendengar ‘ saya tidak tahu’ dari Dolah Badawi maka terlintas juga di kepala saya mungkin si Mamat ini seorang jantan politik yang licik. Dapat mengelak soalan dari para wartawan.

Apabila saya dibebaskan dua tahun kemudian saya telah mementaskan teater Tok Sloo dan Bilik Sulit. Bilik Sulit ialah tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri/ISA. Manakala Tok Sloo adalah teater komidi. Dua buah drama ini telah dibawa keliling Semenanjung untuk dipertontonkan kecuali di Perlis.

Tok Sloo memecahkan perut saya sendiri. Saya menulis watak Tok Sloo berdasarkan watak Abdullah Ahmad Badawi dan orang-orang disekelilingnya. Dolah pada ketika teater ini ditulis baru sahaja menjadi Perdana Menteri. Scomi – syarikat milik Kamaluddin anaknya - masih belum heboh dan masih belum glamour lagi. Penjenayah bom nuklear A.B. Tahir belum menjadi hiasan muka depan majalah Times. Khairy Jamaluddin baru selesai bersunat politik kerana dapat kahwin dengan Nori. Kak Endon masih hidup. Kalimullah masih belum kaya raya. Moonsoon Cup dan Jackie Chan belum pernah sampai ke Seberang Takir.

Selesai pementasan keliling di Semenanjung saya telah bertemu dengan seorang kawan lama saya – Cik Gu Hashim dari Perlis. Kami bersembang di sebuah warong pokok ketapang di hadapan pejabat MalaysiaKini Bangsar Utama. Sambil ketawa sambil kami berlabun tentang siasah semasa.

Akhirnya sampai kepada watak Tok Sloo. Kami ketawa berdekah-dekah. Akhirnya kawan saya ini memberi satu nasihat “… kamu janganlah lawan Dolah Badawi ini…..kalau kamu tulis keras sangat tetang dia… macam kamu lawan orang cacat…..” Inilah kata-kata yang membuatkan saya terbarai ketawa hingga ke hari ini.

Bila saya duduk bersendirian di hadapan komputer dan ingin menulis sesuatu tentang Abdullah Badawi maka saya teringat pesanan kawan saya itu. Apabila saya perhatikan gerak dan tingkah laku politik Dolah maka saya cukup yakin bahawa susuk yang bernama Abdullah Ahmad Badawi ini adalah ‘orang cacat’ dari segi pemahaman politik.

Akhirnya saya menarik diri dari me‘lampoon’ Dolah. Saya rasakan cukup tidak adil jika saya terus menulis tentang manusia ‘cacat’ ini. Saya rasa macam saya bergaduh dengan kanak-kanak.

Dari awal lagi saya telah menulis bahawa Abdullah Badawi ini adalah Perdana Menteri ‘fluke/accidental’ – atau PM yang tidak tersengaja. Dolah Badawi tidak memiliki ciri dan pola-pola yang boleh dinobatkan sebagai pemimpin negara. Dolah di jadikan Perdana Menteri hasil perancangan licik Mahathir Muhamad.

Mahathir Muhamad tidak salah pilih, dia sengaja memilih ‘si cacat’ ini agar dia sendiri akan menjadi Pak Dalang dibelakang tabir. Hanya satu silap Mahathir, dia kurang sedar ada ramai dalang-dalang lain – Khairy, Kamaludin, Kak Endon dan Kalimullah - yang telah juga bersiap sedia untuk menjadi Pak Dalang kepada si Dolah.

Pada tahun pertama Dolah sebagai PM, cerita mula tersebar bagaimana Dolah ini suka tidur ketika bekerja atau dalam mesyuarat. Pada awalnya saya rasa ini hanyalah kempen ‘hitam’ oleh musuh-musuh Dolah dalam United Malays National Organisation. Tetapi apabila gambar demi gambar mula muncul memperlihatkan ‘Dolah Tidur’ maka saya yakin ‘kecacatan’ Dolah ini tidak mungkin dapat di perbaiki.

Teman-teman sekolah saya yang menjadi ahli perniagaan mula bercerita betapa Dolah tidak memilki keupayaan untuk mendengar taklimat projek-projek yang cuba dibangunkan. Dolah tidak memiliki daya fikir yang lampan dan luas. Saya juga difahamkan si Dolah ini tidak membaca dan tidak memiliki daya fikir yang dapat melihat dengan jauh dan dengan terperinci.

Pilihanraya 2004 Dolah telah di beri mandat besar tetapi Dolah kurang arif untuk memahami makna mandat itu. Semua perancangan yang di rancangnya tinggal terbengkalai setengah jalan. Dolah mengajukan Islam Hadari, tetapi saya juga was was apakah Dolah sendiri memahami konsep yang diajukan itu.

Para kroni, anak dan menantu Dolah makin naik tocang. Mereka membedal dan membelasah apa sahaja dana negara yang boleh mereka sebat. Dolah sebenarnya tidak memahami satu pun teori ekonomi, jauh sekali untuk mehazam pergolakan politik global.

Dolah bukan seorang insan yang jahat, ganas dan licik seperti Mahathir Muhamad. Dolah tidak memiliki sifat membunuh seteru politiknya. Dolah ini seorang yang warak dan berperangai baik. Dolah seorang ritualis agama. Kalau di kampung saya di Jelebu Dolah ini akan dilantik sebagai Tok Siak. Sekali sekala kalau Tok Imam masjid demam mungkin dia akan dibenarkan mengepalai sembahyang.

Dalam adat Perpatih di Jelebu Dolah ini tidak akan duduk di anjung rumah bersama kepala adat. Dia akan duduk di tepi pintu untuk mengangkat dulang dan cawan. Kalau di penanggah di kampung saya Dolah ini akan menjadi pengacau beras di kawah ketika kenduri kendara - tidak lebih dari itu.

Akhirnya Dolah betul-betul menjadi watak Tok Sloo. Ada kesedihan juga dalam hati saya apabila Dolah berundur. Saya sedih dan kasihan melihat Dolah yang ‘cacat’ di tibai Muhyidin yang menjadi barua Mahathir Muhamad. Dolah terkapai-kapai hilang nafas. Penasihat politik Dolah hanyalah budak yang baru bersunat politik – tidak dapat melakukan apa-apa selain dari meminta tanda tangan akhir dari Dolah untuk projek-projek skim cepat kaya.

Apakah agaknuya yang akan kita ingati tentang Abdullah Ahmad Badawi sepuluh tahun dari hari ini?

Mungkin kita akan teringat tentang Dolah yang suka tidur. Atau Dolah bapak mentua Kj. Atau Dolah yang cuba membuka ruang demokrasi di Malaysia tetapi telah di gagalkan oleh Mahafiraun kerana Mahafiraun telah menyediakan budak suruhannya yang akan bersumpah bersetia agar tidak di hantar ke Mongolia untuk menjadi duta.

Hari-hari akhir seorang dolah sampai
Kamal datang dengan scomi
Kj datang dengan nori
Kali datang dengan air asia
Jean datang dengan kain tudung baru
A.b. tahir datang memakai topeng
Saat akhir akan berlalu
Mereka bersedih dan terharu
Dolah terlupa memakai celana dan sepatu
Lalu dinobat dolah sebagai bapa kemaluan terbaru

Maka demikianlah berakhir kesah Tok Sloo
Untuk tauladan dan sempadan
Dari anak kepada cucu dari cicit pada menantu
Untuk ingat-ingatan kawan dan seteru



ROSMAH BELI 14 BUAH JAM? – LAMAN KICKDEFELLA

Laman Kickdefella telah bertanya apakah betul Rosmah Mansur isteri ke dua Najib Razak telah membeli 14 butir jam tangan di Hong Kong dengan harga 7 juta ringgit.

Mengikut laman web ini jam-jam ini dibeli untuk dijadikan hadiah kepada beberapa ‘orang’ di pelbagai Kementerian.


kah kah kah…. wow…. ramai betul jam di beli olih mak datin ini….apa bangsa jam mahal macam ni…beli jam ke atau beli kilang buat jam…. kah kah kah….kalau berita ini betul siapa agaknya yang akan dapat jam-jam ini ?..... cuba teka?....ziana zain? atau mail cincin besar… kah kah kah …tak mungkin…. gua rasa jam ini adalah untuk kegunaan sendiri…jam ini digunakan untuk mengikat tubuh badan mak datin ini agar daging-daging dibadan tidak akan terus bekembang….kah kah kah…. atau pun jam-jam ini boleh dijadikan alat angkat berat untuk bersenam….kah kah kah..

hiran cam mana boleh bawak masuk jam seramai ini ?.... tak kena tahan kastam ke?....kah kah kah…. apa hairan….sumua bolih kaotim…. nama altantuya pun boleh hilang di airport… kah kah kah



UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI – U.malayau

PUTRAJAYA 6 Okt. Individu yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO diingatkan supaya jangan memperjudikan masa depan negara dengan melakukan eksperimen bersaing untuk merebut jawatan penting tersebut.

Sambil melahirkan rasa terkejut dengan minat mendadak ahli-ahli parti terhadap jawatan nombor dua itu, ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, mereka seharusnya tahu mengukur baju di badan sendiri.


kah kah kah…. munkee ni nak perli rosmah mansor…. mentang-mentang baju rosmah bersaiz 75… tapi bini munkee ni saiz bajunya 73… bukan jauh sangat…. kah kah kah…. woit dah jumpa ke dino yang lari tu ?....tok kadi wilayah cari dia…. dua kali tak datang mahkamah….bini dia dah bunting….kah kah kah…. dah ukur baju bini dino….saiz dah besar kerana perut semakin besar….kah kah kah….jangan buat-buat lupa…..jangan entot-entot lari…. kah kah kah



KETUA UMNO KAMPUNG UBAI MAHU TANDING NAIB PRESIDEN - U. malayau

KUANTAN: Ketua Umno Cawangan Kampung Ubai, Pekan Mohammad Hanapi Salleh hari ini mengumumkan hasrat bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti Mac tahun depan, sekiranya mendapat pencalonan.

Mohammad Hanapi, 53, yang memegang jawatan Ketua Umno cawangan itu sejak 32 tahun lalu berkata, pertandingan dalam parti mencerminkan demokrasi masih hidup di dalam Umno dan ia merupakan satu perkembangan positif.


kah kah kah…. durian sudah runtuh tupai pun turun ke tanah…. nampaknya inilah sumbangan teragung dari dolah kepada partinya…. banyak tupai-tupai turun ke bumi nak makan durian…. kah kah kah… mamat hanapi ni bukan ke dia dulu bertanding parti akim di permatang pauh…. kah kah kah…. bila pulak mamat ni jadi ketua bahagian? kah kah kah…. wajib sokong mamat ni…. kalau dia tanding pasti tak pakai politik wang…. dia mesti pakai tangkal orang asli tasik bera…..kah kah kah



KELANTAN SOKONG NAJIB - U.malayau

KOTA BHARU 6 Okt. Badan Perhubungan UMNO Kelantan memberi sokongan penuh kepada Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil alih kepimpinan daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sekiranya berlaku peralihan kuasa dalam tempoh terdekat.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa bagaimanapun berkata, pihaknya masih menunggu pengumuman yang dijangka dibuat oleh Perdana Menteri Khamis ini berhubung pendirian sama ada mahu mengekalkan jawatan atau melepaskannya dalam pemilihan agung UMNO Mac depan.

kah kah kah….. inilah berita yang menyayat hari ghurkha ku li…. kah kah kah… mimpi berderai-derai macam rendah menjadi dawai…. kah kah kah…ampun patek tuaku…cukup pencalonan atau tidak?.... nanti jadi macam dolah…. kesian juga tengok tengku…. berakhirnya satu impian…. Tak pelaaaa…. Jadi ghurkha pun dah cukup baik…..kah kah kah



PENYOKONG HANTAR SURAT RAYUAN MINTA MALEK DIBENAR BERTANDING – U.malayau

KOTA TINGGI 6 Okt. Sebanyak 24 cawangan UMNO Bahagian Kota Tinggi merayu Majlis Tertinggi (MT) parti agar membenarkan A. Malek Daing Abdul Rahman bertanding merebut jawatan Ketua UMNO bahagian yang kini disandang oleh Datuk Seri Syed Hamid Albar.

kah kah kah…. jilbab tak senang tidurr zzzzz…. kalau jilbab tanding sure mat jilbab kalah….kah kah kah ….menang tak tanding ni tak best laaaa…. ni macam trick kj dulu…. bila dapat surat nikah terus menang tak tanding….. kah kah kah…..