Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Sabtu, 27 Julai 2013

SELAMAT BERBUKA PUASA






HARI INI
redup dan nyaman
nak keluar cari tempat berbuka puasa
tak tahu dimana lagi
jam 6:15 petang


akan merayau
dah jumpa akan beri tahu

sesiapa tahu tempat terbaik
yang bukan restoran tikus 
sila beri pencerahan

makan dan masakan yang hanya
dijumpai pada bulan puasa


selamat berbuka puasa!



------

BERITA DARI MESIR



KOMENTAR TUKAR TIUB
tentera sedang membajak revolusi 
tentera sedang mengganas
suasana tidak akan tenteram
selagi tentera tidak masuk ke berek

keadaan masih tegang dan bahaya
dunia wajib menuntut tentera 
pulang ke berek

Scores of Morsi supporters killed in Cairo clashes

An injured supporter of Mohamed Morsi is treated at a field hospital.
More than 100 dead as Muslim Brotherhood accuses Egyptian security forces of shooting to kill





-------

KES BUNUH - NAJIB SEMAKIN TERDESAK




KOMENTAR TUKAR TIUB
apa makna berita ini?
kenapa tetiba berita ini muncul?
kenapa ada temu bual dengan bengali ini?

dalam berita ini 
siapa  sutut altantuya tidak penting
tidak mustahak

najib  sutut altantuya dulu
atau
razak baginda sutut altantuya dulu
semua hanya aji no moto penyedap berita

sama ada altantuya berada di paris atau tidak
bukan jadi persoalan
sama ada altantuya jadi juru bahasa atau tidak
buka persoalan hakiki

yang menjadikan berita dalam berita ini
ialah kenapa bengali ini ditemu bual?
siapa arahkan bengali ini ditemu bual?

dalam temu bual ini tidak dapat tidak
nama najib akan muncul

justeru
berita ini adalah satu tekanan
berita ini adalah satu tanda
agar najib secara terhormat mengundur

temu bual ini memang dirancang
rancangan dari atasan
ini akhbar milik 
united malays national organisation
mustahil ketua pengarang akhbar ini  
tidak sedar apa yang akan keluar 

saheh
temu bual ini  bertujuan
untuk memberi tekanan pada najib

beriat telah mula kedengaran 
beriat telah mula merebak 
bahawa ada ura ura
meminta najib mengundur
kerana gagal dalam pru13

tunku diundurkan kerana gagal dapat 2/3 kerusi parlimen
dolah diundurkan kerana gagal dalam pru12
justeru  dengan hujah ini
semakin ampoh pandangan
bahawa najib juga wajib undur sebelum diundurkan

ini makna berita ini!




Broker Scorpene: Altantuya tak pernah terlibat dalam perjanjian

Arkitek  perjanjian Scorpene, Jasbir Singh Chahl dilaporkan berkata bahawa wanita Mongolia, Altantuya Shaariibbuu tidak pernah menjadi jurubahasa untuk perjanjian pembelian kapal 
selam tersebut atau pernah terlibat dalam kontrak berkenaan.

Dalam satu temu bual di New Straits Times hari ini, Jasbir berkata apa juga hubungan Altantuya dengan penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda, seorang tokoh utama dalam perjanjian itu, adalah perkara peribadi.

Altantuya, yang dikatakan menjadi jurubahasa Perancis kepada Abdul Razak, ditemui mati ditembak dan diletupkan pada Oktober 2006 dengan bahan letupan C4 di Shah Alam.


JEMPUTAN
PETANG ESOK
DI MADRASAH TABIAH
KAMPONG BANDA DALAM GOMBAK

---------

TULISAN WAJIB BACA




MAK DAN ANAK
Malaysia negara pembunuh anak ‘OKU Terlantar’? - oleh Ronasina
Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008- ‘Orang Kurang Upaya’ diklasifikasikan sebagai mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.
Kategori OKU
Menurut perangkaan Bank Dunia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) lebih  sepuluh peratus penduduk di dalam sesebuah negara adalah Orang Kelainan Upaya (OKU). OKU pula terbahagi kepada tujuh kategori mana di dalam tujuh kategori tersebut terpecah pula kepada beberapa bahagian.
Di antaranya kategori cacat anggota tetapi boleh berfikir dan mengurus diri, cacat anggota tetapi tidak boleh mengurus diri, cacat akal tetapi masih boleh menguruskan diri dan ada juga cacat akal serta tidak mampu menguruskan diri serta lain-lain lagi kategori.

baca seterusnya....
http://www.keadilandaily.com/malaysia-negara-pembunuh-anak-oku-terlantar/




-------

LAGI GERAKAN ANTI SUNNI WAL RASUAH




BILA NAK KEMPEN HARAMKAN RASUAH



Kedah kumpul maklumat Sunni Wal Rasuah

Alor Setar: Kedah akan mengumpul semua maklumat berkaitan Sunni Wal Rasuah di negeri ini yang kini sudah diputuskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai barah yang sedang mengancam  Malaysia. 

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan negeri, Mohd Rawi Abd Hamid, berkata tindakan itu penting sebagai persediaan untuk membolehkan negeri menilai status pergerakan pertubuhan itu di Kedah yang kini dilapor semakin berkembang. 




--------

SALUT UNTUK ANAK MUDA YANG BERANI




BERITA BAIK UNTUK ANAK MUDA

berita baru masuk
edward snowden yang kini
masih tersangkut dilapangan terbang moscow
tidak akan di hantar pulang ke amerika 
ini kenyataan dari kerajaan russia
ini kenyataan dari putin


nicaragua ecuador dan venuezula
telah bersedia untuk memberi suaka politik
tetapi amerika akan membajak kapalterbang
yang membawa snoeden ke amerika latin

ini telah dilakukan oleh amerika
kepada kapal terbang yang membawa
eva morales presiden bolivia
yang telah dibajak dalam perjalanan pulang
dari moscow ke bolivia

presiden morales terpaksa mendarat ke vienna

paspot snowden telah dibatalkan
amerika mahu menangkap dia
dia dahulu bekerja untuk cia 
dalam bahagian teknoloji maklumat IT

snowden telah  membocorkan maklumat
bagaimana kuasa imperialis amerika 
sedang menyedut semua maklumat dalam dunia ini
dikumpulkan
disaring dan disimpan

maklumat paggilan talipon
maklumat surat menyurat e-mail
maklumat face book
maklumat membaca google
dan dan dan

kenapa ini dilakuan?

kerana amerika sedang menyediakan pasarana
amerika sedang bersedia dengan alat senjata
amerika  sedang menyusun bala tentera
kerana MALAPETAKA akan sampai

tukar tiub akan  cuba membawa pencerahan
tukar tiub akan cuba membuka wacana MALAPETAKA
yang akan sampai ke pada bumi ini
tentang apa dia  AMERICAN EMPIRE


Russia won’t extradite Snowden to US – Kremlin

Moscow says security agency FSB is in talks with the FBI over Snowden. But the whistleblower will not be extradited to the US, a Kremlin spokesman said, adding he's sure the fugitive NSA contractor will stop harming Washington if granted asylum in Russia.
Russia has never extradited anyone, and will not extradite,” said Vladimir Putin’s spokesman Dmitry Peskov. 

--------

ZUL BISUL SAKITKAN HATI INDIA LAGI





BARU 
NAK MULA 
SUDAH GADUH KAH KAH KAH


Pendirian Zulkifli Noordin buat NGO India berang selepas sidang media bersama Perkasa

Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam) berang dengan kenyataan Naib Presiden Perkasa  Zulkifli Noordin melibatkan isu makan di bilik persalinan, hingga menyebabkan berlaku salah faham kecil sebaik sidang media bersama hari ini.

Zulkifli dalam sidang media mengumumkan Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (MIRAC) menyatakan secara terbuka menyokong guru besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Mohamed Nasir Mohd Nor.
"Perkasa mengecam tindakan pihak yang mempolitikkan isu makan di bilik persalinan Seri Pistana.
"Ya, Perkasa akan beri sokongan kepada guru besar tersebut," kata Zulkifli apabila ditanya tentang pendirian Perkasa tentang pertikaian tersebut.
Kenyataan tersebut menyebabkan pengikut Perinnbam dan presidennya, U Thamotharan tidak berpuas hati dan enggan menyertai majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Perkasa sempena pengumuman penubuhan MIRAC hari ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... BELUM APA APA SUDAH GADUH... kah kah kah..

kah kah kah...BELUM APA APA SUDAH SELISEH FAHAM... kah kah kah...

woit...NASIB BAIK... SEMUA KERUSI MELEKAT KE LANTAI.... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU TIDAK KERUSI SUDAH MELAYANG LAYANG... kah kah kah...

kah kah kah...MENGHENTAM TIAP BELAKANG.... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU KERUSI TERBANG ...ADA YANG TERBERAK... kah kah kah..

kah kah kah...ADA YANG TER CHIRIT.... kah kah kah..

kah kah kah...ADA YANG KELUAR TAIK.... kah kah kah

NOTA
dibawah berak opps ... salah ... mirac
ada  chirit - chinese religious international team
ada taik - tamil indian kongres


ESOK PETANG
SILA DATANG BUAT RAMAI

-----------