.

Rabu, 18 Disember 2013

LANGKAH BIJAK








KOMENTAR TUKAR TIUB
sesudah ini buat dasar
cukai selangor untuk selangor
hajar united malays national organisation

selama ini cukai selangor
digunakan untuk
kayakan anak bini dan kroni

MB: Selangor arah PKNS halang kenaikan tolMB: Selangor arah PKNS halang kenaikan tol


Menteri Besar Selangor,  Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menghalang... SELANJUTNYA

Anwar Ibrahim
PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) Selangor akan menggunakan saham minoriti yang dimiliki dalam konsesi lebuh raya di negeri itu untuk membantah kenaikan tol seperti yang diumumkan kerajaan sebelum ini.






------------

ANAK MUDA BERHIMPUN 31 DISEMBER







DATARAN MERDEKA
#RakyatPilihDataranMerdeka31Dis | #RPDM31D
Kepada semua anak muda agar bangun dan lawan, Negara ini milik rakyat. Rakyat sdg dipijak dihimpit ke dinding… Kita tiada pilihan selain melawan! Kita tiada pilihan selain jalanan!! Masanya sudah tiba… 31|12|13. KUASA DI TANGAN RAKYAT!- Dataran Merdeka


  • Penganjur: Himpunan TURUN di Dataran Merdeka
  • NONEdikemaskini 12.08pmPengerusi TURUN, Azan Safar menegaAzan dalam 
  • laporanMalaysiakini semalam berkata, perhimpunan bertemakan ‘2014 Tahun Sengsara Rakyat’ anjuran TURUN yang akan bermula pada jam 8 malam itu dijangka menarik kehadiran 10,000 orang.


----------

INI BUKTI KELAS A








KOMENTAR TUKAR TIUB
sah dan saheh
konfem dan teat
mat sabu termasuk ke dalam
senarai cool tukar tiub

Dikait Syiah, Mat Sabu tetap 'cool'
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan kelewatannya bertindak apabila dikaitkan dengan isu Syiah kerana mahu kekal "cool".

Bercakap kepada Sinar Harian dalam wawancara khas semalam, Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, apabila dirinya dikaitkan dengan fahaman itu, perkara pertama dilakukan adalah tidak boleh melatah dan perlu berbincang dengan individu yang lebih arif mengenainya.

"Saya orangnya jenis "cool",  saya kena berbincang dengan peguam dan benda ini bukan benda perlu melatah apa-apa.

"Saya pun sudah sebut dah tajuk ini (dalam sidang media), biarlah ia di mahkamah, baik kita cakap benda lain," katanya dalam temu bual yang diadakan di pejabatnya, semalam.



---------

KE JELOBAK KE JELOBO





 

 MENCARI AISHAH  DI JELEBU

Jelebu wilayah paling kering - wilayah  lembah gaung yang dipagari oleh ekor Banjaran Titiwangsa. Justeru mengikut kajian ilmu alam Jelebu menjadi  ‘wilayah bayangan hujan - rain shadow area’. Pekan Jelebu dipanggil Kuala Klawang. Pekan kecil ini  ialah kota soldadu – garrison town. Tentera British, Tentera Ghurkha dan Askar Melayu pernah berpengkalan di Kuala Klawang.

Jelebu amat stratejik kerana bersempadan dengan Selangor -  ke Hulu Langat  ke Ampang. Justeru, soldadu kolonial di Kuala Klawang ini bertugas untuk mempertahankan Kuala Lumpur dari serangan gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang mengangkat senjata melawan British. Hari ini – untuk ingatan sejarah – masih ada Jalan Ghurkha dalam pekan Kuala Klawang.  Bangunan sekolah dan asrama sekolah aku adalah bangunan peninggalan soldadu kolonial. Disini Aishah dilahirkan. Disinilah aku dibesarkan.

Dengan sebuah teksi wartawan Dean Nelson, Hadi dari Radio Bagsar Utama dan aku menuju ke Jelebu. Mencari rumah keluarga Aishah tidak susah. Ini wilayah tempat aku bermain. Orang yang aku cari ialah Cik Gu Kamar Martum kakak kepada Aishah. Nama ini telah lama berligar dalam kepala aku. Si Cik Gu ini adalah juga kawan baik dari arwah Cik Gu Zaleha Sidek  emak kepada Hishamuddin Rais. Pusing punya pusing ke situ juga akhirnya.

Kami sampai disambut oleh suami Cik Gu Kamar.  Sang Suami juga seorang guru. Justeru  dengan pantas mengenali aku. Kami salam bersalam untuk kenal mengenal sementara menunggu Cik Gu Kamar muncul.  Beberapa minit kemudian Yang Di Cari muncul. Cik Gu Kamar mengenali aku. Dan terus bersurah tentang  bagaimana Cik Gu Zaleha dan dia aktif dalam Pandu Putera di Jelebu.  Menurut perawi saheh ini , arwah emak aku akan menulis ucapan Pandu Puteri dalam Bahasa  Melayu dan Cik Gu Kamar akan menterjemah dalam Bahasa Inggeris. Inilah sejarah yang mengkaitkan aku dengan keluarga Cik Gu Kamar.

Lalu aku buka cerita. Cik Gu Kamar terperanjat. Dia terus bertanya apakah adiknya yang  hilang  selama ini telah ditemui. Dean Nelson secara bersopan mengatakan  ‘mungkin Aishah dan mugkin tidak’ – semua belum saheh. Para wartawan di United Kingdom sedang membuat selidikan kerana pihak polis enggan memberikan nama. Mengikut Dean Nelson  tugas wartawan – yang bukan wartawan Malaysia  - ialah mencari dan membuat berita – bukan mengeluarkan berita bodek.

Justeru walau pun polis enggan memberi apa-apa maklumat tetapi jika wartawan telah  memiliki berita  dari sumber yang saheh maka tugasnya ialah melaporkan. Inilah yang sedang kami lakukan di Jelebu. Kami mengumpul fakta. Dalam masa yang sama tim wartawan Daily Telegraph di Lodon sedang ‘mengkorek’ apa sahaja yang boleh dikorek dari semua saluran.

Cik Gu Kamar bersurah. Sesekali air mata meleleh. Sedih bercampur gumbira. Pada ketika ini belum ada kesahehan, maka aku terpaksa menyatakan secara jujur bahawa mungkin bukan Aishah. Ini untuk menyelamatkan keadaan jika BUKAN  Aishah yang dilaporkan menjadi ‘hamba’.

Dean sebagai wartawan menemubual Cik Gu Kamar dari pelbagai sudut.  Mencari nama dan tarikh yang pasti. Bila Aishah ke London?  University mana dia  belajar? Maklumat ini  tidak dapat kepastian.  Masa telah membawa penyakit lupa.  Aku memiliki ingatan  tentang kes “Malaysian Maoist’  yang telah menghalau seorang profesor rasis dari berucap di London School of Economic.  Dalam kumpulan ini  aku yakin  pasti Aishah terlibat. Maka  dari sini timbul berita mengatakan Aishah belajar di LSE. Sebenarnya maklumat ini tidak betul. Aishah belajar ilmu Pembinaan Bangunan di Brixton School of Building – yang kini telah menjadi sebahagian dari London Southbank Universiti.

BALING 1974
Hampir tiga jam kami di rumah Cik Gu Kamar. Sebelum pulang kami singgah ke pekan Kuala Klawang untuk makan tengah hari.  Disini aku terangkan kepada Dean mengapa Sang Suami TIDAK bercakap apa apa pun. Tidak mengeluarkan pendapat. Hanya duduk mendengar. Dalam adat Negeri Sembilan ini dipanggil  ‘watak menyemenda’ – tidak mencampuri hal Sang Isteri. Justeru, kelihatan Cik Gu Kamar lebih dominan dari Sang Suami.  Dalam kepala aku pasti watak  perempuan Negeri Sembilan inilah yang  dimiliki oleh Siti Aishah.

Dalam teksi perjalanan puang - aku menalipon beberapa ‘kawan’ lama yang aku  tahu mereka pasti tahu apa yang sedang aku cari. Sayangnya - ada yang ‘buat-buat lupa’ dengan alasan telah terlalu lama.  Sekali lagi masa menghambat ingatan. Ada yang menggunakan alasan  TIDAK BOLEH CAKAP kerana arahan polis London. Ini lagi songel.  Pada keseluruhan aku faham – mungkin kerana pangkat  dan gelaran, mungkin kerana kedudukan  mereka ingin melupakan  sejarah ‘Maoist’ mereka. Tetapi aku tidak pernah melupakan apa yang mereka jangkakan aku lupa. Inilah hebatnya dibesarkan di Jelebu dan minuma air dari Bukit Tangga.

Dari dalam teksi perjalanan pulang - aku telah mengatur Dean untuk bertemu dengan Dr Rohana Ariffin yang kini menjadi pemimpin Parti Rakyat. Dari ingatan aku Dr Rohana juga menyambung belajar dikota London. Dalam masa yang sama Dean telah berjaya menghubungi Abang Aishah dan akan bertemu esok pagi. Nampaknya apa yang kami lakukan di Jelebu telah membawa hasil.

MASJID NEGARA 1974
Di Kuala Lumpur aku gagal untuk hadir sebagai juri Hak Asasi Manusia untuk Dewan Perhimpuan China. Tetapi ini bukan bererti aku tidak mengambil bahagian. Teknoloji moden  membolehkan aku terus berhubung berbincang dan membuat pilihan  walau pun ketika itu aku berada dalam hutan diatas Bukit Tangga. Dalam masa yang sama teknoloji moden juga telah membolehkan Adam Adli melayari internet untuk memberi maklumat kepada aku tentang Aishah. Adam telah yakin ‘ marxist collective’ itu pastilah kumpulan Chairman Ara.

Sekembali dari Jelebu aku mengetik komputer menyediakan tulisan untuk Suara Keadilan. Aku beritahu Sang Pengarang – mungkin sadikt lewat – tapi akan beres. Dalam masa yang sama Dean terus menghubungi aku untuk kesahehan beberapa maklumat.  Dean juga memberi aku tahu nama Ara  yang penuh ialah Aravindan Balakrishnan. Ini hasil dari selidikan tim Daily Telegraph di London.
Selesai aku membuat tulisan untuk Suara Keadilan aku pun membuat berita dalam blog   – Tukar Tiub Memecah Berita Sedunia – Siapa Dia Aishah? Siapa dia Chairman Ara?

Aku banyak menggunakan  metod satira dalam mengolah  berita. Aku menggunakan lawak dan humour untuk menarik pembaca. Ini memang aku rancang. Tukar Tiub Memecah Berita – hingga ke hari ini belum pernah lagi tersilap. Aku memastikan blog aku TIDAK ada khabar angin, tidak ada fitnah dan tohmah. Kalau Rosmah itu gemok dan pendek maka itulah yang akan ditulis oleh Tukar Tiub – tidak lebih dan tidak kurang walau pun sekilo.

Malam ini aku bersantai di Lorong Merah Brickfield. Aku menghantar dua sms tentang Tukar Tiub Memecah Berita Sedunia.  Satu kepada Tuan Pengarang The MalaysianInsider dan satu lagi kepeda Tuan Pengarang MalaysiaKini. Dua-dua Tuan Pengarang ini adalah kenalan baik. Untuk berlaku adil aku memberi kedua-dua tahu tentang ‘pecah berita’ ini.

TASIK UTARA 1974
Jam telah lewat tengah malam. Talipon aku berdering.  Farhan dari MalaysianInsider bertanya tentang ‘Pecah  Berita’. Aku kenal wartawan ini tetapi aku rasa tidak mungkin Wartawan Muda ini tahu apa dibelakang ‘ breaking news’ ini. Suam-suam aku layan. Tetiba Tuan Pengarang  sendiri menalipon dan mahu datang bertemu walau pun waktu  telah  melintasi jam 1:00 pagi. Aku bersetuju untuk menunggu.

Amin Iskandar  bersama Farhan dari The Malaysian Insider sampai  ke Brickfield lewat jam 1:30 pagi. Amin   telah membaca TukarTiub dan dia mahu cerita sabenar. Dia amat yakin bahawa aku mengetahui lebih dari apa yang aku tulis dalam blog.   Lalu aku buka kan cerita.

Esoknya Selasa 26 November 2013 – siapa ‘  perempuan hamba’ yang ditahan di United Kingdom telah diketahui dunia. Berita diambil dari Tukar Tiun  oleh The Malaysian Insider dan merebak ke seluruh dunia.  Perempuan yang dikatakan  hamba itu rupa-rupanya  perempuan dari Jelebu bernama Siti Aishah.

INDIA 2013
Dean Nelson menalipon aku. Dia mahu ke Jelebu sekali lagi. Rakaman dari talipon yang dibuat kelmarin tidak bagitu baik. Dia mahu ulang rakam.  Sebelum ke Jelebu Dean telah menerangkan kepada aku bahawa dia telah sempat  bertemu dengan Dr.Rohana yang berjaya membantu menyambungkan  lagi dengan beberapa orang  lagi  ‘kawan’ lama.

Di Jelebu aku tidak tahu apa yang berlaku. Tetiba Cik Gu Kamar menalipon aku dan memberitahu bahawa Dean mempelawa dia untuk terbang  ke London. Aku menyokong.  Untuk aku ini peluang agar dapat  dipertemukan kakak dengan adik yang selama ini telah hilang. Aku tahu perasan itu. Aku tahu   perasan keluarga. Kerana  aku juga pernah  mengelincir untuk terus berkelana selama 20 tahun.

Dihari Selasa yang ini - internet aku mati kerana talian dimakan oleh ana-anai. Justeru aku sibuk cuba memperbaiki talian.  Tetiba Dean memeberitahu aku jika boleh aku temani Cik Gu Kamar ke London sama.  Aku minta masa kerana ketika ini Bilik Sulit telah disusun untuk dipentaskan di Kota Bahru dan Kuala Terangganu.  Fikir punya fikir, akhirnya  aku terima jemputan ke London walau pun aku tahu bulan  November adalah bulan paling sejuk.

Aku pun membuat beberapa panggilan talipon memberitahu bahawa aku akan ker London pada hari Rabu.  Belum pun sempat sms aku dijawab Deen Nelson dari Dailay Telegraph  telah menalipon aku sekali lagi -  ‘  we go tonite  - kita terbang malam ini’. Dean Nelson pulang dari Jelebu dengan membawa Cik Gu Kamar Martum.  Kini dari Jelebu kita terus mencari  Aishah di London.  (TT) 


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan akhbar minggun ini
sila pukul talipon 
03-92-21-10-45

-----------

PEMBACA BERTANYA






 SATU PERTANYAN DARI SEORANG PEMBACA


adakah brahem ni seekor katak yang bertaqiyah sbg manusia? on DUA KALI LAWAK
Anonymous

on 12/15/13

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah


-----------

BUKAN TAK POPULAR - BENCI





PAKATAN MENDAPAT
52% UNDI  SELURUH RAKYAT
MALAYSIA
hang nak kata apa?


'Saya Tidak Guna Pendekatan Populis Tadbir Negara' - PM

KUALA LUMPUR:  Najib  Razak sekali lagi menegaskan kerajaan pimpinannya tidak akan menggunakan pendekatan populis dalam mentadbir sebaliknya sentiasa berusaha untuk mengembangkan ekonomi negara.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... MEMANG  TAK POLULAR... kah kah kah..
kah kah kah..INI SEMUA RAKYAT TAHU... kah kah kah...
kah kah kah... BUKAN SAJE TAK POPULAR... kah kah kah..
kah kah kah...SATU MALAYSIA ORANG BENCI..MENYAMPAH...kah kah kah..
kah kah kah...ROSMAH PERABIS DUIT RAKYAT... kah kah kah..
kah kah kah.. BARANG KEPERLUAN HARIAN NAIK HARGA... kah kah kah..
kah kah kah...KRONI JADI KAYA RAYA... kah kah kah...
kah kah kah...TANAH KTM BERI PADA LEE KUAN YEW...kah kah kah
kah kah kah...TENTERA AMERIKA KERLUAR MASUK... kah kah kah..
kah kah kah...SEMUA MEMANG TAK POPULAR... kah kah kah..
kah kah kah...SEMUA  INI DI BENCI OLEH ORANG RAMAI... kah kah kah
kah kah kah..YANG POPULAR 52% IALAH PAKATAN RAKYAT... kah kah kah
----------

BERSAMA MAT SABU MALAM INI







SEMUA DI JEMPUT DATANG
SEMUA DI JEMPUT MENDENGAR
layari radio bangsar utama

TUAN HAJI MUHAMAD SABU 
 a.k.a MAT SABU
akan menjawab semua soalan 
yang akan diajukan oleh wartawan
MALAM INI
jam 9:30 malam
mat sabu akan di temu bual di studio
radio bangsar utama
PARA WARTAWAN
fathi aris omar 
dari malaysiakini
sadikin omar 
dari suara keadilan
alfian adik tad 
dari free malaysia today
sheridan mahavera 
dari the malaysian insider

TV SELANGOR
membuat siaran langsung

APA ITU  SHIAH?
siapa dia imam khomeini?
ada apa di iran tahun 1979
apa dia revolusi iran

wartawan dari the malaysian insider
wartawan dari malaysia kini
wartawan dari suara keadilan
akan bertanya
akan menanya
tuan haji mat sabu
di studio radio bangsar utama

MALAM RABU  INI
18 DISEMBER 2013
SIARAN LANGSUNG


JAM 9:30 MALAM
MAT SABU  BERSAMA WARTAWAN

WARTAWAN AKAN  HADIR
The MalaysianInsider 
MalaysiaKini
Suara Keadilan 

TV SELANGOR
akan membuat siaran langsung

JUSTERU
warga malaysia
diseluruh alam
dijemput melayari
radio bangsar utama 

warga  di sekitar kuala lumpur
di jemput datang ke studio
radio bangsar utama
52C jalan kemuja
bangsar utama


-------------



MULA KAN BANTAHAN






APA AKAN JADI
 KAU KITA PAKAT PAKAT

http://cursingmalay.blogspot.com/2013/12/apa-akan-jadi-kalau-kita-semua-bayar.html cuba kau baca

PEMEGANG KONSESI SUDAH UNTUNG BESAR PADA KADAR TOL SEDIA ADA

Saya telah menegaskan bahawa cadangan dan alasan kenaikan tol seperti yang dipertahankan oleh  Wahid Omar tidak masuk akal kerana majoriti dari pemegang konsesi adalah dikuasai kerajaan. Malah, syarikat-syarikat ini juga mendapat bantuan kewangan dan subsidi dari kerajaan melaksanakan dan mengendalikan lebuhraya bertol.

Sebab itu, kenyataan  Wahid Omar cuba mengelirukan rakyat apabila beliau membayangkan bahawa Barisan Nasional perlu tunduk kepada syarikat-syarikat swasta yang kononnya memilik syarikat pemegang konsesi, sedangkan hakikatnya syarikat ini kebanyakannya syarikat milik kerajaan.

Saya juga membidas sekeras-kerasnya keangkuhan  Wahid Omar yang memberi kata dua kepada pengguna jalanraya agar tidak menggunakan jalan bertol jika tidak bersetuju dengan kenaikan tol. Walaupun beliau sebelum ini dibayar gaji berjuta ringgit setahun dan sudah tentu tidak memahami kepayahan rakyat di bawah berhadapan dengan kenaikan harga barang, sepatutnya beliau mengambil kira kebajikan rakyat dalam melaksanakan tugas sebagai menteri. Kehadiran menteri-menteri seperti ini membuktikan betapa terpisahnya kabinet  Najib Tun Razak dari realiti seharian rakyat.

Saya membantah keras cadangan menaikkan kadar tol kerana rekod kewangan syarikat pemegang konsesi menunjukkan mereka telah pun mendapat keuntungan berlipat kali ganda (obscene profits) pada kadar tol sekarang. Setiap kenaikan kadar tol sebenarnya menambahkan lagi keuntungan mereka sedangkan rakyat terus terbeban dengan tekanan ekonomi.

Pampasan yang dibayar oleh kerajaan bukanlah satu bentuk subsidi yang diwar-warkan oleh Barisan Nasional. Subsidi bermakna belanja yang dikeluarkan kerajaan untuk menampung kos sesuatu barangan atau perkhidmatan supaya harganya boleh dikekalkan pada paras yang lebih rendah.

Dalam kes kenaikan kadar tol, jumlah kos yang ditanggung pada kadar tol sekarang pun sudah terlalu rendah hingga memberikan keuntungan yang terlampau tinggi kepada pemegang konsesi. Oleh itu, sebarang kenaikan kadar tol sebenarnya sama dengan kerajaan mencukai rakyat dengan cukai tambahan kerana keuntungan syarikat-syarikat pemegang konsesi yang dimiliki kerajaan ini akhirnya kembali ke kantung Putrajaya untuk diborosi oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak dan kabinetnya.

Analisa keputusan kewangan PLUS Berhad (yang mengendalikan 6 lebuhraya), KESAS Berhad dan LITRAK Berhad (yang mengendalikan Lebuhraya Damansara Puchong dan SPRINT) menunjukkan kadar keuntungan yang melampau telah pun dinikmati oleh pemegang-pemegang konsesi, seperti berikut:

1)      PLUS Berhad (keputusan kewangan bagi tahun 2011 dan perincian kos bagi tahun 2010 berdasarkan Laporan Tahunan PLUS)

Jumlah kutipan tol & perolehan (2011)
RM4.098 bilion
Jumlah kos menyenggara lebuhraya (mengikut kos 2010)

RM241 juta
Jumlah kos penggajian, pentadbiran dan lain-lain (mengikut kos 2010)

RM397 juta
Jumlah bersih kos faedah dan pembiayaan kewangan (mengikut kos 2010)

RM507 juta
Anggaran keuntungan dari operasi tanpa caj susutnilai 2011 (mengikut kos 2010)

RM2.953 bilion
Keuntungan bersih sebelum cukai dengan caj susutnilai (2011)

RM2.515 bilion
% untung bersih sebelum cukai ( 2011)

61%

Tidak banyak perniagaan di dunia ini yang mencapai peratus untung bersih sehingga 61% seperti yang dicatatkan oleh PLUS Berhad. Melihatkan kepada kos untuk menyenggara lebuhraya hanyalah 6% dari jumlah kutipan tol setiap tahun sudah cukup menunjukkan bahawa kadar tol sedia ada sudah pun terlalu tinggi dan memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda kepada PLUS.


2)      KESAS
Lebuhraya KESAS mencatatkan keuntungan berganda sehingga 121% secara terkumpul (cumulative annual growth rate atau CAGR) di antara tahun kewangan 2008 hingga tahun kewangan 2012 seperti dilaporkan oleh Maybank Investment Bank Research bertarikh 6 November 2013.

Kadar keuntungan yang naik satu kali ganda dalam tempoh empat tahun ini juga membuktikan bagaimana kadar tol sudah pun terlalu tinggi hingga pemegang konsesi menikmati keuntungan yang meningkat dua kali ganda dalam tempoh hanya 4 tahun.

3)      Litrak Berhad yang mengendalikan LDP dan SPRINT (keputusan kewangan bagi tahun 2013 mengikut Laporan Tahunan terkini)

Jumlah kutipan tol & perolehan
RM369 juta
Jumlah kos menyenggara lebuhraya
RM21 juta
Jumlah kos penggajian, pentadbiran dan lain-lain

RM29 juta
Jumlah bersih kos faedah dan pembiayaan kewangan

RM79 juta
Keuntungan dari operasi tanpa caj susutnilai

RM240 juta
Keuntungan bersih sebelum cukai dengan caj susutnilai

RM180 juta
% untung bersih sebelum cukai
49%

Seperti juga pemegang konsesi yang lain, Litrak Berhad yang mengendalikan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) menikmati margin keuntungan bersih sebelum cukai yang begitu tinggi pada kadar 49% iaitu lebih tinggi dari industri minyak dan gas. Kos menyenggara lebuhraya juga hanyalah 6% sahaja dari jumlah kutipan tol.

Ini membuktikan bahawa kadar tol sedia ada sudah terlalu tinggi hingga memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda kepada pemegang konsesi.
  
Pada masa yang sama, walaupun kadar tol tidak dinaikkan, jumlah kutipan tetap meningkat dan margin keuntungan kekal tinggi kerana jumlah kenderaan yang menggunakan lebuhraya meningkat saban tahun.

Jadual berikut menunjukkan kadar pertambahan jumlah kenderaan setiap tahun yang dinikmati pemegang-pemegang konsesi besar di Malaysia seperti yang dilaporkan di dalam laporan tahunan masing-masing dan pelbagai analisa lain:

LEBUHRAYA
TAHUN
JUMLAH KENDERAAN
% PENINGKATAN
PLUS
2010
417 juta setahun
8%
LDP
2013
497,000 seminggu
3.3%
Sprint
2013
237,000 seminggu
4.4%
KESAS
2013
290,000 sehari
5.0%
Maju Expressway
2010
78,962 sehari
8.1% lebih tinggi dari jumlah mengikut perjanjian

Angka-angka yang saya bentangkan secara jelas menunjukkan bagaimana pemegang-pemegang konsesi utama menikmati kutipan tol yang lebih tinggi kerana jumlah kenderaan yang bertambah telah pun melampaui sasaran kenderaan yang digunakan untuk menetapkan kadar tol sedia ada.

Dalam keadaan kos operasi sudah pun rendah (bagi sesetengah lebuhraya kos penyenggaraan tidak sampai 10% pun dari kutipan tol), keuntungan yang dinikmati merupakan antara yang tertinggi berbanding industri-industri lain. Oleh sebab itu, sebarang kenaikan kadar tol menghina rakyat pada kala kerajaan dan pemegang konsesi bermewah dengan keuntungan yang sudah pun terlalu tinggi.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

17 DISEMBER 2013 




-----------

CUACA DUNIA SEDANG BERUBAH








Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menegaskan kejadian turun salji di Mesir bukanlah satu petanda kiamat.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... NASIB BAIK.... kah kah kah...

kah kah kah...SEMPAT LAGI MAKAN GULAI ITIK... kah kah kah...

woit.... INI TANDA CUACA DUNIA BERUBAH.... kah kah kah..

kah kah kah ...INILAH DIA PEMANASAN GLOBAL... kah kah kah



---------

AL-FATIHAH



AL-FATIHAH 




Azean Irdawaty meninggal dunia

PRIMODANA  filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Petaling Jaya Selangor malam ini.

Allahyarham menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Difahamkan, pelakon itu meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam di depan suaminya. Khairil Anwar dan juga anak-anak.

Ini disahkan oleh Pengarang hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah atau dikenali sebagai Kak Cham menerusi Twitternya sebentar tadi.

"Kita pasti merindui dia. Alfatihah seniwati Azean Irdawati yang kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Alfatihah," katanya.


---------