Rabu, 23 September 2020

SELAMAT JALAN MUHYIDDIN - AH LIN PAK SHEIKH

-




SELAMAT JALAN

MUHYIDDIN

AH LIN  PAK SHEIKH

PERDANA MENTERI BARU

 


HARI INI 

KERAJAAN 

MUHYIDDIN OPPS..

....SILAP ...

STOK MARKET JATUH

ESOK KHAMIS

ANWAR AKAN

DIUMUM SEBAGAI

PERDANA MENTERI

 BARU

AMIN



Kerajaan Muhyiddin telah jatuh, kata Anwar

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim hari ini mendakwa mendapat sokongan yang ‘kukuh dan meyakinkan’ untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN). 

Anwar berkata beliau telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa, tetapi ditangguhkan berikutan Seri Paduka mendapat rawatan di Institut Jantung Negara.

“Alhamdulillah kini saya telah dapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada Ahli-ahli Parlimen untuk saya persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan, bermakna kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah jatuh,” katanya pada sidang media hari ini. 

Tanpa mendedahkan jumlah sokongan dan nama parti yang menyokong beliau, Anwar, yang juga Ketua Pembangkang berkata, sokongan yang diterima adalah daripada kalangan pemimpin Melayu dan Islam. 

Membayangkan sokongan itu sebagai jauh daripada majoriti kecil, Anwar berkata semua langkah dan perincian lanjut akan didedahkan selepas pertemuan dan menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, ditanya kemungkinan penubuhan gabungan baharu yang bakal menggantikan kerajaan PN, beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu. 

“Sudah tentu akan ada satu gabungan dengan rakan yang baharu. Melalui sokongan ini kami akan membincangkan satu bentuk muafakat dan persefahaman yang baharu.

“Kami mahukan sebuah kerajaan yang kukuh dan menolak segala bentuk ketidakadilan,” katanya pada sidang media yang dihadiri pemimpin utama PKR. 

Ditanya mengenai kemungkinan bekerjasama dengan Muhyiddin bagi pembentukan gabungan baharu, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata beliau mengalu-alukan jika Muhyiddin sedia bekerjasama dan menyertainya.

 “Saya tidak mempunyai masalah peribadi dengan beliau. Kesediaan dia bekerjasama akan membantu supaya perubahan dan peralihan, aman dan teratur, seandainya beliau bersedia berkhidmat dengan apa-apa kedudukan yang sesuai,” katanya.

Menyentuh penglibatan Dr Mahathir Mohamad, Anwar berkata buat masa sekarang pemimpin Parti Pejuang Tanah Air itu belum menunjukkan sebarang sokongan kepadanya.

Presiden PKR itu menegaskan bahawa apa yang diumumkannya hari ini tidak ada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang sedang berlangsung. 

“Sabah itu merupakan pilihan raya yang sedang berjalan, tidak ada kaitan sekarang dengan apa yang saya umumkan.

“Saya umumkan sebaik sahaja jumlah ada jelas, dan surat dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong. Malah pertemuan saya dan (Wan) Azizah dengan Yang di-Pertuan Agong sudah pun ditetapkan semalam… jadi kalau ikut rencana kita, kita patut umum semalam,” katanya. – Bernama, 23 September, 2020.

JUMAAT

ANWAR AKAN 

ANGKAT SUMPAH

HARI SABTU

SAM ISKANDAR

DOLAH SANI

NIK NAZMI

AKAN TEMPAH

BAJU MELAYU HITAM

DENGAN SAMPING

SONGKET

 TERANGGANU

AHAD

RAFIZI DAN FARHASH

DIUMUM SEBAGAI

SENATOR  

 SENIN

NURUL UMUM

DASAR KASUT BARU

UNTUK MURID SEKOLAH

SELASA 

VINOD SHEKAR

 DIUMUM 

SEBAGAI MENTERI PENERANGAN 

RABU

5 PAKAR PENYAKIT

SARAF DATANG

KE BUKIT GASING

KAH KAH KAH




MAHATHIR BOCOR KESAH ANWAR

 


CILAKAK MADEY

COOL SAJE  

PASAI DAH TAHU

PERANGAI ANWAR

KAH KAH KAH

BUKAK KESAH

16 SEPTEMBER 2008

KAH KAH KAH



Anwar umum majoriti? Dr Mahathir kata tunggu dan lihat

INI bukan kali pertama Anwar Ibrahim mendakwa mendapat sokongan majoriti untuk bentuk kerajaan, kata Dr Mahathir Mohamad.

Beliau dipetik The Edge Singapore berkata demikian, mengulas pengumuman Anwar hari ini bahawa presiden PKR itu mendapat sokongan yang ‘kukuh dan meyakinkan’ untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kita kena tunggu dan lihat jika ini adalah satu lagi episod dakwaan yang tidak dapat dibuktikan,” Dr Mahathir dipetik berkata.

Tambahnya, ini bukanlah kali pertama Anwar membuat dakwaan serupa.

Kali pertama ketua pembangkang itu mendakwa mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen ialah pada 2008, ketika kerajaan di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Terdahulu hari ini, Anwar mendakwa beliau mendapat sokongan kukuh daripada majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sokongan apabila diasak oleh pemberita.

Katanya, butiran lanjut mengenai jumlah sokongan akan didedahkan selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, yang kini menjalani rawatan di  Institut Jantung Negara (IJN).

Daripada 222 kerusi di Parlimen, 109 diwakili pembangkang.

Pada sidang media tengah hari tadi, Anwar berkata buat masa ini Dr Mahathir dan partinya Pejuang belum menunjukkan sebarang sokongan kepadanya. – 23 September, 2020.


TAPI SAYANG

MAT SABU GUANG ENG

JADI MANGSA

 KENA

TIPU OLEH ANWAR

KAH KAH KAH



RAMALAN PANGLIMO TEPAT

 



RAMALAN PANGLIMO

TEPAT BETUL

panglimo potaseh commented 

on 

"HOT HOT HOT TER KINI TER NOWW"

Gwa dah cakap ..malam tadi bulan ngambang penoh ..penyakit dah tak boleh di ubati ..biarkan ..biarkan ..kita tunggu matahari terbit ..bulan kabut, elok lah dia ..kahkahkah

KITA ADA KERAJAAN BARU

 


KERAJAAN BARU

Kerajaan Muhyiddin telah jatuh, kata Anwar


BERITA MENYUSUL

KJ CABAR BAPAK NURUL





MAMAT NI BERANI 

AMIN 

TAK TAKUT 

KENA MARAH 

NURUL IZAH 

KAH KAH KAH






Khairy perlekeh pengumuman Anwar

KHAIRY Jamaluddin telah membalas dakwaan Anwar Ibrahim bahawa kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin telah runtuh dengan menyiarkan sekeping gambar di akaun Twitternya.

Menerusi akaun Twitter berkenaan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata bahawa kerajaan masih kukuh dan kabinet baru saja selesai mesyuarat mingguan.

“Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Tidak ada apa-apa yang tumbang atau jatuh,” tulisnya merujuk kepada dakwaan pemimpin pembangkang bahawa kerajaan telah jatuh.

Khairy merupakan orang pertama yang menjawab dakwaan ahli Parlimen Port Dickson bahawa beliau telah memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Awal tengahari tadi Anwar berkata beliau telah mendapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu dan mendakwa kerajaan Perikatan Nasional telah jatuh.

“Alhamdulillah kini saya telah dapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada Ahli-ahli Parlimen untuk saya persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan, bermakna pada saat ini kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah jatuh.

“Jumlahnya (sokongan) kukuh dan menyakinkan, jauh daripada majoriti kecil,” katanya tanpa mendedahkan bilangan Ahli Parlimen yang menyokong beliau. 

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Anwar berkata beliau juga telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa, tetapi ditangguhkan berikutan Seri Paduka mendapat rawatan di Institut Jantung Negara. – 23 September, 2020.

KALAU NURUL

MARAH NURUL

AKAN CAKAP

KAH KAH KAH

TAK BERI KHAIRY

SUSU NANTI

KAH KAH KAH





KITA TUNGGU

 


KITA TUNGGU

Anwar umum majoriti? Dr Mahathir kata tunggu dan lihat


BERITA MENYUSUL


KE TANJUNG RAMBUTAN

 



REHAT DULU

Unknown commented 

on

 "BERITA TER NOWW TER HOTT TER KINI"

Hahhaaaaa... dah masuk alam khayalan level 10 nie.. lepas ni kita bungkus dia siap2 terus direct masuk tg. rambutan plaster kt dinding.. klo dia tak jadi pm jgk.. jahanam negara sbb dia ni

JELAS TUNTAS

 



JELAS TUNTAS

Unknown commented 

on 

"SAPA KENA TIPU"

Anwar... jadi rakyat Finland. Bagi yg kurang faham,rakyat Finland dipanggil Finnish. Jadi Anwar finish,habis,tamat,period,khalas. Strong,formidable,convincing jadi immedicable,psychopath,liar.sudah habis orang dikencing maka kencinglah diri sendiri.psychopath narcissist.

BERAT INI BERAT

 


BERAT BERAT

Khairy perlekeh pengumuman Anwar

BERITA MENYUSUL



KERAJAAN BARU ANWAR IBRAHIM

 


WAJIB SOKONG

KERAJAAAN BARU

ANWAR IBRAHIM

Aiman Ngah

 and 6 others liked your Tweet

KERAJAAN BARU DATUK SERI ANWAR IBRAHIM - wajib pertahankan dasar KASUT HITAM  Dr Mazlee. Jangan sekali air bah sekali lagi pasir berubah. Ini akan menyusahkan ibu bapa.Adalah diberitahu kepada Datuk Seri bahawa ibu bapa telah selesa dengan dasar KASUT HITAM- Amin https://pic.twitter.com/0URq86ryzM



HARAPAN RAKYAT KEPADA KERAJAAN BARU











HARAPAN RAKYAT kepada kerjaan baru Datuk Seri Anwar cukup besar - ibu bapa berharap kerajaan baru JANGAN tukar dasar KASUT HITAM Dr Mazlee kembali ke dasar lama pakai KASUT PUTEH - dasar KASUT HITAM ibu bapa dapat jimit kos sabun membasuh kasut. AMIN pic.twitter.com/DF4tdthxRc


BULAN INI BULAN SAFAR

 


BULAN SAFAR

BULAN SEPTEMBER
IALAH 
BULAN SAFAR
BULAN SIAL
BULAN  BALA
RAMAI JATUH GILA
PADA BULAN  SAFAR

DARI SEJARAH 
NABI MUHAMAD JATUH SAKIT
PADA BULAN SAFAR

ORANG MELAYU
PADA SATU MASA DULU
AKAN  MANDI
TOLAK BALA 
PADA BULAN SAFAR
DIPANGGIL MANDI SAFAR
MANDI TOLAK BALA

PALING MERIAH
MANDI SAFAR 
DI TANJUNG KELING MELAKA

SAYANG ANWAR IBRAHIM
JADI YB PORT DICKSON
KALAU JADI
 YB TANJUNG KELING
ANWAR BOLEH 
MANDI  SAFAR 
TOLAK BALA
DI TANJUNG KELING
AMIN


SAPA KENA TIPU




SAPA KENA TIPU

SOALAN UNTUK DATUK SERI ANWAR




TAHNIAH  

DATUK SERI 


BERJAYA TUBUH 

KERJAAN BARU

 RAKYAT SEMUA 

BERI SOKONGAN

TERHANGAT

 HANYA SATU 

PERTANYAAN

APAKAH KERAJAAN  BARU PIMPINAN

DATUK SERI AKAN MENERUSKAN 

DASAR KASUT HITAM

 DR MAZLEE 

ATAU 

KEMBALI

 PAKAI KASUT PUTEH

INI PERSOALAN NEGARA TERHANGAT DIJIWA RAKYAT PADA KETIKA INI

AMIN