Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 5 Julai 2010

APA DIA ZIONISMA




BUKAN MENENTANG YAHUDI TETAPI MENENTANG ZIONIS





APA ITU ZIONISMA

Kita sering mendengar perkataan zionis. Kita juga sering mendengar perkataan anti-semitik. Kita juga selalu menggunakan perkataan Yahudi. Dalam pengunaan perkataan ini telah lahir kecelaruan. Semua ini besabit dengan negara yang dipanggil negara Israel.

Disini saya akan cuba menerangkan sejelas mungkin – sepintas lalu - agar kita mendapat mencerahkan pandangan kita dalam hal ini.

Zionisma ialah idealoji politik yang muncul sebelum kelahiran negara yang dipanggil Israel. Zionisma bercita-cita untuk mengumpulkan orang-orang Yahudi yang hidup terpencar-pencar di pelbagai pelusuk dunia terutama di Eropah untuk datang mendiami Palestine.

Seawal 1896 lagi pemimpin Yahudi yang bernama Theodor Herzl telah mencadangkan agar sebuah wilayah dipilih untuk di jadikan penempatan untuk orang-orang Yahudi yang terpencar-pencar.

Pandangan para rabbi dan para pemimpim Yahudi ini berasaskan sikap anti-semitik yang menzalimi warga Yahudi di Eropah.

Apa itu dan dimana punca sikap anti-semitik ini?

Untuk memahami ini kita wajib kembali melihat sejarah 2000 tahun dahulu. Ini bersangkutan dengan wafatnya Nabi Isa. Nabi Isa ialah seoarang Yahudi telah mati disalib oleh tentera Rom. Kerajaan Rom kuno telah menjajah wilayah disekeliling Laut Tengah : Syria, Turkey, Libanon , Mesir termasuk Palestine.

Mengikut tradisi teoloji agama Kristian , Nabi Isa telah bangun untuk menentang kezaliman kerajaan Rom. Nabi Isa dianggap musuh Rom. Justeru Isa dari Nazareth ini wajib ditangkap.

Judah salah seorang dari sahabat Nabi Isa telah belot. Judah telah memberitahu soldadu Rom dimana Isa dari Nazareth boleh ditemui. Akhirnya Nabi Isa dapat ditangkap dan disalib. Disinilah permulaan sikap anti-semitik. Penganut agama Kristian yang muncul sesudah wafatnya Nabi Isa merasa amat marah terhadap Judah seorang Yahudi yang belot hinggakan Nabi Isa di salib.

Judah seorang Yahudi belot. Maka penganut agama Kristian benci kepada Yahudi. Sikap anti Yahudi ini dpanggil anti-semitic. Dari babak sejarah inilah asal usul sikap anti-simitik yang rasis.

Eropah 1000 tahun daluhu bukan Eropah hari ini. Perasaan anti-semitik – benci terhadap orang Yahudi - ini hidup menjalar dan berkembang. Ini ditambah pula dengan propaganda agama yang dijalankan oleh para paderi yang ingin memperkuat dan memperkokoh pengaruh agama Kristian.

Apakah dia semitik atau semite atau siapa dia semite?

Semitik ialah semite satu cabang bangsa. Ini sama seperti Melayu yang dimasukkan ke dalam rumpun bangsa mongoloids dan austronesian. Arab berbangsa semitik. Rakyat Palestin adalah semitik. Yahudi dan Palestin adalah dari rumpun bangsa yang sama.

Justeru anti-semitik adalah sikap perkauman – sikap rasis tehadap warga berbangsa semite - Yahudi.

Gerakan Zionis pula adalah gerakan politik yang ingin mencari wilayah. Awalnya Zionisma tidak ada sangkut paut dengan agama. Carlifornia, Afrika Selatan, Argentina malah Uganda juga telah dicadangkan sebagai wilayah dimana orang Yahudi boleh mendirikan negara bangsa.

Akhirnya Palestin telah dipilih kerana ada pertalian sejarah antara Yahudi dengan Palestine. Orang Yahudi memang telah menduduki wilayah Palestine dari zaman berzaman. Malah bangsa Yahudi terdapat dipelbagai pelusuk negara Arab.

Pada 2 November 1917 muncul Pengistiharan Balfour - The Balfour Declaration. Ini adalah satu pengistiharan resmi kerajaan British terhadap Palestine. Kerana pada ketika ini Palestine dibawah jagaan British.

"His Majesty's government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country."

Ini adalah sebahagian dari Pengistiharan Balfour. Lord Arthur James Balfour ialah Setiausaha Luar Negara untuk kerajaan British. Dia telah menulis pengistiharan ini kepada Baron Rothschild seorang pemimpin Yahudi British.

Harus disedari bahawa tidak semua Yahudi menyokong Balfour Declaration. Ramai pemikir dan para intelektual Yahudi merasakan sebuah negara khusus untuk Yahudi ada berbau sifat perkauman. Ini pandangan puluhan tahun dahalu sebelum tertubuhnya Israel.

Ramai orang-orang Yahudi yang menetap di Eropah telah sebati, selesa dan menjadi warga negara dimana sahaja mereka menetap. Yahudi hanya agama dan pembudayaan mereka tetapi mereka adalah warga Itali, German, Begium atau Russia.

Perdebatan terus berlaku – mendirikan negara atau terus bermastautin di negara baru. Debat ini terus berlaku hingga ke era pecahnya perang dunia ke dua.

Sebelum perang dunia kedua para cukong di Eropah adalah orang Yahudi. Mereka tidak dibenarkan memiliki tanah. Justeru mereka berniaga. Perniagaan Yahudi ini mendominasi Eropah terutama di German. Apabila ekonomi German merosot maka dengan senang sahaja Hitler telah menyalahkan Yahudi sebagai pembawa malapetaka ekonomi.

Sikap anti-semitik yang sedia wujud amat senang dibakar. Suasana ini diyakinkan lagi dengan keadaan ekonomi yang meleset. Gerakan Nazi berkembang. Musuh utama Nazi ialah orang Yahudi.

Suasana perang ini memberi nafas baru kepada gerakan Zionis. Pemimpin zionis secara senyap amat gembira apabila Hitler menyerang orang Yahudi di Eropah. Kini warga Yahudi di Eropah boleh diyakinkan untuk berpindah ke Palestine.

Secara rahsia pemimpin zionis telah bersekongkol dengan Hitler. Perundingan dijalankan agar projek Palestine berjaya. Dokumen-dokumen baru semakin banyak muncul untuk membuktikan kerjasama zionisma dengan Hitler.

Apabila Hitler mula menzalami Yahudi maka semakin ramai Yahudi meninggalkan German. Ada yang menuju ke Palestine tetapi tidak seramai yang lari menuju ke Amerika Syarikat.

Selesai perang dunia kedua para pemimpin politik di Eropah merasa bersalah kerana bagitu ramai Yahudi menjadi mangsa Hitler. Gerakan Zionis dengan licik telah memainkan jarum mempengaruhi kuasa Anglo-Amerika untuk mendirikan negara Israel.

Pada 14 mei 1948 berlakau Nakba - malapetka – kepada warga Arab Palestine kerana terdirinya Israel. Justeru amat jelas negara Isreal ini adalah negara penjajah. Menjajah dan mengambil tanah yang bukan milik mereka.

Saya selalu ingin menerangkan bahawa ada perbezaan ayang amat sangat diantara zionisma dan Yahudi. Yahudi iaah satu kumpulan yang berkongsi, beragama dan berbudaya sama. Manakala zionisma ialah gerakan politik untuk mencari tanah jajahan.

Zionisma ialah anak syarikat kepada kapitalisma dan kuasa imperial Anglo-Amerika.

Kita wajib melakukan pencerahan fikrah untuk melihat dengan jelas apa dia sikap anti-semitik, sikap rasisma, sikap perkauman dan dimana puncanya. Saya sering membaca dan mendengar perkataan Yahudi sering digunakan untuk mengecam Israel. Ini salah. Bukan semua orang Yahudi menyokong Israel. Malah warga Yahudi asli yang telah menetap beribu tahun di Palestine menentang kemasukan Yahudi baru dari Eropah. Untuk mereka yang baru sampai ini adalah penjajah.

Perjuangan rakyat Palestine bukan tentang agama. Perjuangan mereka ialah menentang penjajah yang datang mengambil tanah air mereka. Betul mereka beragama Islam tetapi ramai juga warga Palestine yang beragama Kristian.

Kita akan berlaku tidak jujur jika kita menerangkan kepada umum bahawa Palestine ialah pejuangan agama. Malah pandangan sebagini akan memudaratkan dan menyusahkan lagi para pemimpin Palestine untuk menerangkan kepada dunia bahawa mereka bukan menentang Yahudi tetapi menentang zionisma.(TT)

nota:
sila cari dan baca fakta
yang lebih mendalam. tulisan
ini hanya pengenalan sahaja.

KUASA DAN PENGUAT KUASA




KAWASAN PERUMAHAN BARU DI PANTAI DALAM



SENTRAL : DIBERI CF PALSU – berita hairan

Lebih 1,500 penduduk Pangsapuri Sri Aman, di sini bingung dan bimbang dengan tahap keselamatan keluarga masing-masing apabila mendakwa rumah yang diduduki sejak 2006 diberi sijil layak menduduki (CF) palsu.

Penduduk mendakwa sijil layak menduduki yang diberikan pihak berkuasa tempatan (PBT) pada 2003 dan 2006 adalah palsu kerana sijil itu dikeluarkan di tapak lain dan bukan di lot pangsapuri sekarang.
Ketiadaan sijil layak menduduki itu menyebabkan ada penduduk yang terpaksa berputih mata apabila gagal mendapatkan tuntutan insurans apabila berlaku kebakaran dan kemalangan membabitkan rumah mereka.

Lebih menimbulkan kemarahan penduduk apabila tapak asal pembinaan yang sepatutnya menjadi tapak asal Pangsapuri Sri Aman akhirnya didirikan sebuah kondominium.

Penduduk mendakwa tidak cukup dengan itu, pemaju kondominium juga mahu berkongsi loji kumbahan walaupun pembinaan kondominium atas tapak terbabit yang terletak bersebelahan pangsapuri itu diragui statusnya.

Apa yang disangsikan penduduk dalam pelan asal tiada dinyatakan tanah kosong menjadi tapak asal Pangsapuri Sri Aman akan didirikan sebuah kondominium.


Nota:
mari kita fahami berita ini:

disebalik berita ini adalah rasuah dan penyalah gunaan kuasa

hanya mereka yang memiliki kuasa yang berkeupayaan untuk
mengubah tapak tanah.

hanya mereka yang memiliki kuasa yang berkeupayaan membuat
sijil layak duduk palsu.

warga biasa tidak ada keupayaan untuk melakukan semua ini.

kenapa ini berlalu?

ini adalah hasil dari sistem pentabiran yang telah di rasok dan dihakis
oleh rasuah.

inilah sebabnya kenapa kita semua wajib melawan rasuah.
rasuah adalah barah yang memakan hati dan naluri tamadun kita.

kita menentang rasuah bukan kerana ada oarng jadi kaya
kita menentang rasuah bukan kerana kita parti pembangkang

kita menentang rasuah untuk menjaga keselamtan diri kita sendiri
kita menentang rasuah agar masyarakat dikeliling kita adil dan jujur
kita menentang rasuah untuk memastikan masa hadapan kita terjamim

kita menentang rasuah untuk memastikan kereta yang kita pandu betul betul selamat
kita menentang rasuah untuk memastikan rumah kita selamat untuk didiami
kita menentang rasuah untuk memastikan ketika kita menonton bola stadium tidak runtuh


KESAH PAGI SENIN




SEBUAH KANDANG LEMBU YANG BARU DI BINA DI SHAH ALAM



REBAN AYAM JADI TEMPAT TINGGAL - melayau

Akibat kesempitan hidup, sebuah keluarga di Kampung Pauh Dalam, Pengkalan Chepa di sini menjadikan bahagian bawah sebuah rumah yang tingginya hanya kira-kira satu meter sebagai tempat tinggal mereka.

Bahagian kolong rumah itu yang keluasannya hanya kira-kira tiga meter persegi dan didiami oleh Fatimah Jalim, 36, bersama suaminya Yusuf Wahab, 35, sejak tiga tahun lalu, asalnya merupakan sebuah reban ayam.

Dengan hanya menggunakan jaring besi sebagai dinding, di situ jugalah pasangan tersebut membesarkan tiga anak mereka iaitu Nor Atikah, 6, Mohd. Haikal, 5, dan Mohd. Aiman, 3.

Fatimah berkata, kesempitan hidup yang dihadapi termasuk suaminya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap menyebabkan mereka tidak mempunyai pilihan yang lebih baik.
"Setiap hari kena merangkak, sudah tiga tahun macam ini. Terpaksalah terima walaupun sedih.

"Kalau diberi peluang siapa yang tidak mahu rumah lebih baik berbanding hanya tidur beralaskan tikar getah di bawah kolong yang dulunya merupakan sebuah reban," demikian ujar Fatimah dengan wajah sayu.

Fatimah ditemui sewaktu menerima lawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil di rumahnya di sini semalam.

Turut bersama dalam lawatan berkenaan ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Md. Noor Chik dan Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin.

NOTA:
mari kita fahami berita ini :
ianya membuktikan masih ada di kalangan kita
yang tercicir dalam kehidupan. hidup dalam penuh
kemiskinan. ada pelbagai sebab kenapa kemiskinan
melanda keluaraga ini.

siapa hendak kita salahkan?
diri kita sendiri.
kita benarkan ini berlaku
dihadapan mata kita sendiri.

masalah ini sebenarnya adalah tanggung jawab kita
semua jika kita mengakui diri kita sebagai warga yang bertanggung jawab.

para politkus kita – dari parti apa pun – sering menggunakan
kemiskinan ini sebagai kerja dan budi baik mereka. ini salah.

kemiskinan bukan dilawan dengan memberika beras dan ikan masin.
kemiskinan lahir dari struktur masyarakat itu sendiri. agihan kekayaan
yang kurang adil adah penyebab utama.

beri beras , beri gula, beri telor , beri duit – memang boleh melegakan kesusahan
sang keluarga. ini langkah betul. sesiapa yang
melakukannya telah membuat amal yang baik.

tapi untuk berapa lama?

disinilah seharusnya gedung-gedung ilmu kita mengeluar kan pandangan
dan pendapat. mengeluarkan cadangan dan thesis. mengajukan cara
menyuluruh untuk memastikan tidak ada sesiapa yang tecicicir jatuh
miskin.

kita bersedih bila membaca berita ini.
kita bersimpati apabila menghayati berita ini.
tapi bersimpati dan menghayati hanya pembuka mata.
kunci nya pada diri kita sendiri.

dalam dunia ini yang jahat bukan ramai
kejahatan dan kebebalan muncul apabila orang baik tidak melakukan apa-apa.


SUBSIDI LAGI



RELAK LAAA BRO !



KEMENTERIAN PERJELAS NILAI SUBSIDI KEPADA RAKYAT : AHMAD – berita hairan

Ahmad Maslan, mencadangkan semua kementerian memberi penerangan jelas kepada orang ramai berhubung nilai subsidi dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui kementerian masing-masing kepada rakyat.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, tindakan itu bagi menyedarkan rakyat bahawa kerajaan BN prihatin dan telah membelanjakan begitu banyak wang untuk kesejahteraan rakyat.

KAH KAH KAH..

woit… INI LANGKAH TEPAT… kah kah kah..

kah kah kah…. SATU LANGKAH YANG TELUS…. kah kah kah..

woit… BUKAN SAHAJA… NILAI SUBSIDI YNG PERLU DI BERITAHU…. kah kah kah..

woit… RAKYAT JUGA NAK TAHU… MACAM MANA 12 BILON KES PKFZ…. kah kah kah…

woit…RAKYAT JUGA NAK TAHU…. MACAM MANA 200 JUTA RINGGIT STADIUM BOLEH RUNTUH… kah kah kah…

MALIKUL MULA BUKA PIPI




INI BARU BETUL !




MUHYIDDIN SELAR SEGELINTIR MELAYU PERTIKAI DASAR KERAJAAN
– b.hairan

Muhyiddin Yassin menyelar sikap segelintir orang Melayu yang sanggup mempertikai dasar kerajaan termasuk kedudukan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan usaha meningkatkan penguasaan orang Melayu dalam bidang ekonomi.
"Orang Melayu sepatutnya bersatu di bawah satu payung untuk menentukan agenda membangunkan bangsa Melayu tercapai.

"Matlamat ini tidak akan tercapai jika kita terus berpecah belah," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Parit Sulong di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, golongan Melayu tersebut menyokong pembangkang khususnya DAP pimpinan Lim Kit Siang.

KAH KAH KAH…

nota:
tentang raja berperlembagaan dalam demokrasi berparlimen
tidak ada yang menentang. ini struktur negara yang kita
dirikan bersama. lembaga lembaga ini akan terus wujud.

guru akan terus wujud walau pun satu dua orang guru buat perangai.

mari kita bezakan lembaga dengan susuk individu.

tentang bahasa :

ini masaalah besar. adalah bohong jika mengatakan
kerajaan pakatan rakyat atau ada orang yang menentang
pengunaan bahasa melayu. ini bohong besar. gerombolan yang bekuasa
selama ni tidak ambil pot dalam hal bahasa.

kl sentral – precint – klia, lrt:
ada contih contoh dari beribu-ribu
pekataan asing yang mengenepikan perkataan
melayu – perbuatan ini ini bukan hasil
tindakan pakatan atau individu
ini dasar yang di raencana oleh gerombolan sendiri.

malikul sembab – sila jangan bercakap melalui pipi
nanti susah pipi bergoyang goyang kah kah kah


ROCK ME BABE




WIRA DATANG KEMBALI




PENYOKONG SAMY VELLU SERBU PERHIMPUNAN GAS DI KLANG
– minsider

Perhimpunan kedua Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) di sini petang ini berhadapan dengan kekecohan apabila sekumpulan 50 pemimpin MIC, yang merupakan penyokong kepimpinan S. Samy Vellu menyerbu dan mengganggu perjalanan kempen itu.

Kumpulan itu muncul kira-kira 1 tengah hari sebelum perhimpunan GAS bermula dengan memaksa orang ramai daripada memasuki Dewan Dato Hamzah - lokasi program itu dianjurkan.

Sekitar pukul 2 petang kumpulan itu dan penganjur berhadapan dengan ‘perang mulut’, sekali gus menyebabkan pergelutan di kalangan mereka.

Kumpulan itu yang dipercayai diketuai oleh tiga lelaki iaitu Ketua Penerangan MIC Selangor L. Siva Subramaniam dan dua ketua cawangan dengan salah seorang dikenali sebagai “Taman Maznah” Chandran dan Dharmalingam, bekas MIC Bahagian Klang, turut menolak dan menghalang orang ramai yang mula memasuki Dewan Dato Hamzah.

Dharmalingam juga merupakan pengarah Lembaga Pelabuhan Klang yang pelantikannya dibuat atas syor Presiden MIC.

“Jangan anda berani bercakap mengenai MIC. Jangan mencemarkan nama Samy Vellu. Keluar dari dewan, hentikan perhimpunan ini,” jerit anggota kumpulan penyokong Samy Vellu ini dengan menuju ke arah pentas.

Pergelutan dan pertikaman lidah turut tercetus di dalam Dewan Dato Hamzah.

KAH KAH KAH…

woit… INI SUDAH JADI TRADISI DAN BUDAYA MIC…. kah kah kah..

kah kah kah… BALING KERUSI…. BERTENGKAR… PEKARA BIASA…kah kah kah..

woit… HANYA ADA SATU PEMBAHRUAN KALI INI… kah kah kah…

kah kah kah….. CUKUP ROCK…. ADA PERGELUTAN…. BETU BETUL ROCK … kah kah kah…