.

Rabu, 12 Februari 2014

MANA DIA KELAS BELETER






KOMENTAR TUKAR TIUB
jelas kelas berleter
buta politik

mereka sebahagian dari masalah
dan
sebahagian dari jalan penyelesaian

Taib bersara 28 Februari, Adenan Satem ketua menteri baru Sarawak

Adenan Satem akan mengambil alih jawatan ketua menteri Sarawak daripada i Abdul Taib Mahmud. Perkara ini diumumkan Taib selepas menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang DiPertua Negeri (TYT) Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng hari ini. Peletakan jawatan Taib akan bermula pada 28 Februari..
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... ADAKAH BERSIH AKAN BUAT KENYATAAN?... kah kah kah..

kah kah..ADAKAH MAJLIS PEGUAM AKAN BUAT KENYATAAN... kah kah..

woit..ADAKAH KELAS BELETER BANGSAR AKAN BUAT KENAYTAAN.. kah..

woit...INI BUANG DUIT... KENAPA BERHENTI JADI ADUN... kah kah kah..

kah kah kah..KENAPA TAK TUNGGU MATI... kah kah kah..

kah kah kah,,.,KENAPA TAK TUNGGU SAMPAI HABIS TEMPOH... kah kah


----------

SEJARAH GAGALIS 12 TAHUN DAHULU





DARI FACE BOOK


Photo nostalgia tahun 2001 muncul lagi,skandal lama anak mahasiswa Jurusan Sociology dari Canada mampir bersama aku Di Acara poetry reading di UBU.Jenifer Membaca coretan pendek dari Slyvia Plath..Ah perempuan!.sampai mati tak akan pernah selesai ceritanya.

Kenangan 12 tahun menjadi segar..kerna Di UBU kami kami semua berjaya menamatkan ijazah PHD selama bertahun tahun di jurusan'Melawan Pembodohan' Rejim Barisan National'Di Universitas ini kami tidak di kenakan yuran,tidak ada aturan karut marut,tidak boleh itu dan ini.

Di sini Di Larang Melarang sama sekali.Apa anutan mu,apa ras mu,apa agama mu kita adalah keluarga.Di UBU kita di ajar hal hal yang tidak ada sama sekali di Universitas lain di malaysia!Inilah Universitas yang byk melahirkan Graduan melawan pembodohan.Hari ini UBU maseh ada dan mengalir di setiap pembuluh darah kami.Dan Pengetua kami Hisham rais maseh ligat,maseh lincah menghasut sana sini.Salute!
Like ·  · 51 minutes ago · 

Like ·  · 50 minutes ago · 

NOTA SEJARAH
konsep gagalis muncul dari ubu
kini perkataan gagalis
konsep gagalis
telah diterima pakai
hendaknya akan masuk
ke dalam kamus istilah
pembudayaan melayu

GAGALIS SEDUNIA 
BERSATU LAH



-----------

MEMAHAMI KAJANG







KHALID DAN AZMIN

Umum tahu Azmin Ali telah memasang niat untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Umum juga tahu bahawa Parti PAS dan DAP – sekutu PKR dalam Pakatan Rakyat – tidak memiliki keyakinan terhadap sosok yang bernama Azmin Ali. Perlu diingatkan bahawa - kurang yakinnya PAS dan DAP terhadap Azmin Ali ini tidak  ada sangkut paut dengan  ‘perempuan heboh’ yang bernama Ummi Hufilda Ali.

Hanya PAS dan DAP sahaja yang dapat menjawab kenapa mereka merasa tidak yakin terhadap si Azmin. Apa dalam hati perut dua buah parti politik ini hanya mereka sendiri yang tahu. Keyakinan seharusnya wujud kerana  dua parti ini terikat dalam satu perserikatan bersama PKR. Dalam masa yang sama  Azmin Ali yang tidak diyakini ini  berpangat Timbalan Presiden PKR. 

Mungkin PAS dan DAP juga menyedari dan terpengaruh apabila mengetahui bahawa sosok yang  bernama Azmin Ali ini tidak diminati ramai dalam PKR sendiri. Azmin Ali disurahkan  sebagai pemilik  DNA United Malays National Organisation. Azmin disurahkan sebagai sedang  membawa budaya gerombolan ‘lanun Melayu’ ke dalam badan politik PKR.

Jika ini hujahnya - sayugia diingatkan bahawa bukan Azmin Ali seorang sahaja yang memilik DNA gerombolan Ketuanan Melayu. Ramai pemimpin tertinggi  PKR memiliki DNA yang sama.  Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, Johari Andul, Rahim Ghause – adalah watak-watak yang dikenali umum yang memiliki DNA United Malaya National Organisation. Jangan kita lupa bahawa Khalid Ibrahim juga adalah DNA ‘budak  ekonomi’ United Malays National Organisation. DNA inilah yang  membolehkan si Khalid ini menjadi kaya raya malah berupaya untuk berhutang  berjuta ringgit.

Kenapa Azmin Ali  dikatakan membawa DNA berbarah ini akan dapat kita fahami dengan melihat apa yang sedang berlaku dalam Kerajaan Selangor sekarang. Heboh-heboh tentang PKNS. Berlakunya pilihanraya kecil Dun N25 Kajang. Babak-babak dan berita ini jika diselidiki akan membawa percerahan untuk ahli PKR dan  para pembaca. Akan  mengenali siapa si Azmin Ali  dan siapa  Khalid Ibrahim. Dua  protoganis politik Selangor.

Minggu ini  ada satu berita tentang Azmin Ali  telah bocor. Berita ini melaporkan bahawa Azmin Ali telah mengambil duit dari seorang Cukong. Ada yang berkata Azmin ambil 8 ringgit, ada yang berkata 80 ringgit ,  ada yang kata 800 ringgit – malah ada yang kata 8 juta ringgit. Duit sebanyak ini telah masuk ke dalam saku Azmin Ali sebelum PRU13. Jumlah berapa banyak duit dirembat tidak penting.

Yang penting apakah surah ini hanya ayat-ayat songsang dari laman-laman web. Tidak dijelaskan bagaimana  duit ini masuk? Siapa memasukan?  Apakah surah-surah ini saheh. Apakah Tok Perawinya boleh diyakini? Semua ini hanya boleh dirungkai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Mengikut laman  FreeMalaysia Today – yang kepastiannya – masih dianggap Pak Pandir – Si Azmin ini  telah menerima  duit ini sebagai habuan untuk meluluskan satu projek PKNS yang tersangkut. Apakah duit 80 ringgit ini bertujuan untuk membeli minyak pelincir masih belum ada kepastian. Hanya SPRM yang maha mengetahui.

Laman FreeMalaysia Today ini – yang memang tidak bersimpati kepada PKR – pasti gumbira apabila berjaya  melaporkan berita ini. Tetapi kesahehan berita duit untuk meluluskan projek tergendala ini hanya Desas bin Lebai Desus. Boleh dilihat sebagai fitnah dan tohman untuk merosakan Azmin Ali. Bertujuan untuk mencurah minyak agar Azmin dan Khalid terus bergelawak.  Grande finalenya untuk merosakkan PKR. Hanya SPRM yang maha mengetahui.

Dalam masa yang sama kesah Azmin ambil duit ini masuk akal juga. Untuk pengundi di Gombak atau di Seri Setia – mereka tertanya-tanya  kenapa si Azmin ini gila-gila sangat nak jadi MB Selangor? Kenapa bagitu gian hendak jadi MB?  Tidak cukupkan menjadi Adun dan YB Parlimen Gombak? Kalau ingin membantu  rakyat, kalau mahu menolong  warga miskin apakah perlu menjadi MB?. Soalan-soalan ini telah berdengong disemua kepala yang berfikr.  Macam ada Cukong di sebalik Gombak.

Mari kita lihat perangai Azmin samenjak selesai PRU13 dahulu. Apabila rakyat bangun membantah penipuan PRU13 – Si Azmin Ali ini baling spana. Azmin memberi ingatan agar orang ramai TIDAK dibawa ke jalan raya.  Twiter Azmin yang mempertikaikan  langkah turun ke jalan raya  untuk membantah penipun PRU13. Isi twiter si Azmin ini jelas bersifat ‘ sabotaj’. Ini ciri dan watak  DNA United Malays National Organisation.

Isi twiter yang berbunyi  ‘ mengheret rakyat ke jalan raya, menggunakan rakyat untuk ajenda pribadi’ adalah hujah yang selalu kita dengar dan kita baca.  Hujah ini kita  baca dari Utusan. Hujah ini kita  dengar dari TV3. Kita mendegar  hujah ini keluar dari mulut bengolan politikus Ketuanan Melayu. Kita mendengar hujah ini berulang-ulang  saperti rekod rosak sedang berputar. Maka pada ketika itu isi tweeter si  Azmin Ali ini dilihat sebagai usaha untuk mematahkan semangat anak muda yang merasa tidak puas hati kerana telah ditipu oleh SPR.

Bagaimana pulak dengan  protoganis seorang lagi yang bernama Khalid Ibrahim?

Si Khalid diheboh-hebohkan  sebagai ‘ Mat Bersih’   tidak rasuah.  Untuk pertama kalinya dalam sejarah Selangor ada seorang MB yang tidak makan rasuah. Tetapi dalam politik sifat tidak ambil rasuah ini belum mencukupi. Bersih tanpa rasuah adalah sifat yang baik. Sifat ini menjadi tidak bermakna apabila  tidak dikahwinkan dengan kecekapan berpolitik.  Kesah Khalid tak tahu ‘politik’ telah menjadi cerita rakyat.

Contohnya : PKR ingin membantu memperkuatkan kedudukan MB Khalid Ibrahim. PKR menghantar Saifuddin Nasution sebagai ‘Chief of Staff’. Apa jawapan Khalid Ibrahim? Dia buat dek. Akhirnya Saifuddin Nasution S/U Agong PKR meletakan  jawatan tersebut. Jika babak ini bukan bebal politik maka Rosmah Mansor masih anak dara.

Lihat pula langkah Khalid memberhentikan pegawai PKNS. Haji Desas bin Lebai Desus telah berkata bahawa  beberapa  orang pegawai PKNS ini adalah   ‘ budak suruhan Azmin Ali’ yang mendapat upah lumayan. Tetapi, dalam masa yang sama  ramai juga pegawai PKNS ini yang tidak ada sangkut paut dengan Azmin Ali. Mereka ini tenaga profesional tetapi mereka juga turut ditamatkan kontrek. Mereka menjadi  mangsa pertempuran Khalid dengan Azmin.

Memang betul dari segi undang-undang Khalid Ibrahim tidak boleh didakwa dakwa kerana ‘ kontrek tamat’. Period.  Ini sama  saperti - Dolah Badawi juga tak boleh didakwa dakwi apabila menggunakan ISA untuk menangkap  10 ornag Refomis. Dolah Badawi melakukan tangkapan berlandaskan undang-undang. Jelas hukum dan undang-undang dijadikan benteng untuk melakukan kezaliman.

Adalah TIDAK tepat apabila dihujah bahawa PRK N25 Kajang muncul kerana PKR ingin menyelesaikan masalah Azmin dan Khalid. Hujah dan surah songsang ini datang dari Kelas Berleter yang mengaku berimankan demokrasi. Kelas Berleter  yang tidak tahu hujung pangkal,  hanya mendapat maklumat dari media milik United Malays National Organisation.  Kelas Berleter melihat PRK Kajang  sebagai jalan penyelesaian masalah dalaman PKR.

Memang betul PKR memiliki masalah dalaman. Memang betul PKR ada masalah  - Azmin dan Khalid. Tidak ada parti politik yang tidak memiliki masalah dalaman. Parti politik hidup bernafas dalam dialektik. Dialetika inilah yang memberi oxygen untuk parti politik terus berjuang.

Dalam kes PKR ini – seharusnya  Azmin dan Khalid menenggelamkan perbalahan mereka. Seharusnya mereka melihat strateji N25 ini sebagai satu langkah yang mengjangkau luas. Perancangan N25 yang melintasi  Gombak dan Ijok. Melintasi  Bukit Antarabangsa dan Bandar Tun Razak.  Sayangnya kedua protoganis ini ingin terus bertempur.

Umum memahami keadaan Khalid Ibrahim yang sedang diasak.  Umum tahu N25 ini akan membawa satu perubahan besar keatas Selangor. Sama ada Anwar Ibrahim jadi MB atau tidak bukan persolaan. Yang induk ialah  harapan 52% rakyat Malaysia. Jumlah 52% ini ialah pengundi yang telah memilih Pakatan Rakyat dalam PRU13 tetapi kemenangan telah dirampas. 52% rakyat Malaysia mahu melihat Anwar masuk ke dalam pentabiran kerajaan Selangor secara dipilih rakyat. 52% rakyat Malaysia akan menunggu impaknya keatas politik nasional.

Jika Khalid melepaskan jawatan kepada Anwar Ibrahim maka Khalid Ibrahim akan dingati bukan hanya sebagai sosok tidak rasuah tetapi juga  sosok yang mengundur kerana faham adanya strateji politik yang lebih besar. Khalid Ibrahim  juga  faham bahawa dirinya akan terus diperlukan. Fikrah ekonomi Khalid Ibrahim akan  terus dicontohi.  Dawn Raid  akan dinobatkan sebagai Khalid Ibrahim.

Umum  juga memahami Azmin  yang dalam keadaan -  do or die. Ini berlatarkan  kenyataan Khalid yang ingin membawa masuk SPRM  untuk menyiasat siapa yang memberhentikan Azmin Ali dari PKNS. Pasti ramai pembaca yang lalai dan tidak ambil peka kenyataan Khalid ini. Sambil lewa Khalid berkata bahawa SPRM akan dibawa masuk untuk menyiasat.  Siapa yang peka akan bertanya: Kenapa SPRM dibawa masuk walhal ini hanya kes buang kerja. Ini bukan kes rasuah. Tetapi siapa terberak dialah yang terbau kentut.

Jika Azmin tidak terketut maka dia tidak perlu takut kepada kehadiran SPRM yang akan menyiasat apa sahaja kes yang dilemparkan terhadap dirinya.  Azmin Ali tak perlu  takut hanya kerana dia memiliki DNA United Malays National Ornganisation.

Jika Azmin Ali dan Khalid Ibrahim ingin terus bertempur dan menganggu gugat PRK N25 – tidak banyak yang dapat kita lakukan. Khalid Ibrahim  MB Selangor. Azmin Ali Timbalan Presiden PKR. Kedua-dua bukan kecik anak. Jika mereka ingin terus bertempur dan terus degil sombong  maka  Si Luncai akan terjun dengan  labu-labunnya. Yang menang tenggelam jadi arang yang kalah bertaburan  menjadi debu.  (TT)

 
 NOTA
tulisan ini telah disiarkan'
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon 03- 92-21-10-45





----------

PENGUMUMAN GAGALIS





PENGUMUMAN GAGALIS
adalah dimaklumkan
senarai gagalis 2014
akan muncul pada  hari jumaat ini

ADALAH DI MAKLUMKAN
semakin  banyak bahan bukti sedang
mencurah masuk ke meja juri
para juri sedang meniliti
semua bahan bukti

BAHAN BUKTI 1

 BAHAN BUKTI 2


-------

SALUT ANAK MUDA YANG BERANI





SAJAK 
ANAK MUDA 
YANG BERANI
tujuh hari mereka mengherdik  aku
kamu melawan allah!
sabtu, kamu ini berbangsa arab
ahad, kamu ini dari ahvaz
isnin, ingatlah kamu ini warga iran
selasa , kamu ketawakan revolusi kami
rabu, kamu berani bersuara untuk orang lain?
khamis, kamu ini penyajak dan penyaer

jumaat, kamu ini anak jantan – untuk itu kamu wajib dibunuh?

AL FATIHAH
HASEM SHAABANI 
1982-2014

983 1098ini adaLah antara tuLisan syair syeikh Hashem Shaabani yg syahid baru-baru ini di taLi gantung I.S.A iran By Hashem Shaabani

For seven days they shouted at me:
You are waging war on Allah!
Saturday, because you are an Arab!
Sunday, well, you are from Ahvaz
Monday, remember you are Iranian
Tuesday: You mock the sacred Revolution
Wednesday, didn’t you raise your voice for others?
Thursday, you are a poet and a bard
Friday: You’re a man, isn’t that enough to die?

on PENYAER DI GANTUNG MATI
Publish | Delete | Spam
Nazrio Dond DoLLa

on 2/11/14


--------

TOKAN DADAH DARI IRAN





 GETAH BUNGA POPI
JADI CANDU

KOMENTAR TUKAR TIUB

baca berita ini
baca betul betul

kita ketahui dari banyak berita
bahawa warga iran kini menjadi
tokan dadah yang amat besar di malaysia ini

jaringan tokan ini 
kini telah meluas 
tidak mustahil jaringan dadah iran ini
satu hari nanti dapat mempengaruhi imigrisen 
akan mempengaruhi  kastam
akan  mempengaruhi hakim

akhirnya dapat mempengaruhi menteri

kita baca berita ini
apakah berita  tangkapan ini
akan lupus bagitu sahaja
hilang ditiup angin?


PEMBAKARAN DADAH DI IRAN

Polis rampas dadah bernilai RM3 juta, tahan 11 individu

KUALA LUMPUR: Polis membongkar sindiket pengedaran dadah yang menjadikan kondominium mewah di sekitar Lembah Klang sebagai makmal memproses dadah berikutan penahanan 11 orang, tujuh daripadanya warga Iran termasuk seorang lelaki Iran yang juga ketua sindiket terbabit dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM3 juta. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata lelaki itu pernah ditahan sebelum ini namun tidak dapat disabitkan kerana tiada bukti kukuh. 


Kejayaan itu dicapai apabila pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) menyerbu sebuah rumah di Taman Maluri Kepong pada jam 1.15 pagi 6 Februari lalu dan menahan seorang lelaki tempatan sebelum polis merampas tiga bungkusan plastik dadah heroin seberat 1.2 kilogram (kg) dalam sebuah peti kayu. 

Dalam serbuan susulan, polis menemui sebuah makmal haram memproses dadah apabila menyerbu sebuah rumah di Batu Caves jam 3 pagi dan merampas lima bungkusan plastik dadah heroin seberat 2.3kg dan 280g serbuk dadah serta peralatan yang digunakan untuk memproses dadah dan menahan seorang lelaki warga tempatan. 

Noor Rashid berkata, dua hari selepas itu, hasil maklumat daripada suspek, polis menahan enam lelaki dan seorang wanita warga Iran di tiga rumah di sekitar Cyberjaya dan Jalan Ipoh jam 4 pagi. 

Polis turut membongkar makmal kedua memproses dadah apabila menyerbu sebuah rumah di Jalan Ampang pada jam 8.20 pagi dan merampas 9.7kg kristal syabu dan 11.6kg cecair syabu, 1,100 biji pil ecstacy, 4.6kg serbuk ephedrine dan 7.9kg serbuk bahan kimia serta beberapa jenis bahan kimia dan peralatan yang digunakan untuk memproses dadah. 

Sejam selepas itu, kata Noor Rashid, polis menahan sepasang suami isteri warga tempatan di sebuah rumah di Sungai Besi dan merampas dua bungkusan plastik dadah syabu seberat 2.04kg yang ditemui di dalam sebuah kereta yang diletakkan di halaman rumah. 
Katanya, wang tunai RM213,308 dan tiga kereta jenis Toyota Vios, Honda City dan Jazz turut disita. 

"Semua suspek berumur 22 hingga 42 tahun ditahan reman seminggu," katanya sambil menambah polis percaya kegiatan ini membabitkan kerjasama sindiket luar dan tempatan. 

Noor Rashid berkata, ada juga warga tempatan yang ditahan itu, pernah ditahan sebelum ini kerana terbabit dalam kegiatan dadah dan gangsterisme dan menjadi anggota kumpulan kongsi gelap 'Geng 04'. - TIEWNAMA 


TOK FAKIR 
TANAM POPI 
UNTUK BUAT CANDU
NOTA
getah popi jadi candu
candu di proses jadi brown sugar
brown sugar di proses jadi heroin
heroin di proses jadi morphine
----------

RAKYAT BUKAN HASAN MALEK





KOMENTAR TUKAR TIUB
lihat bagimana ancaman berjalan
terang terang yang di lawakkan ialah rosmah

tapi bila polis panggil 
kata orang lain pulak

dalam seni budaya ini ertinya
seniman 
tak ada tulang belakang

dalam bahasa anam muda
ini ertinya seniman
tak ada telooo

berani buat 
berani jujur

KALAU INI BUKAN ROSMAH
kepala bana anak badak mana?

'Saya tiru pelawak Hong Kong, bukan Rosmah'

Pelakon wanita Lim Ching Miau yang berlakon sebagai “Mrs Jit” dalam video kontroversi 'Onederful Malaysia CNY 2014' dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, untuk memberi keterangan esok.

"Saya dipanggil di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah untuk memberi kenyataan kepada polis pada jam 2 petang," katanya Ching Miau.

"Tidak, saya meniru Lydia Shum (seorang pelakon dan pelawak Hong Kong), dan saya tidak tahu kenapa watak itu dikaitkan dengan Rosmah.

"Saya ingatkan saya kelihatan seperti Lydia. Saya sudah menonton lakonannya sejak saya kanak-kanak lagi," kata Ching Miau.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... KEPALA BANA APA PELAKON HONG KONG... kah kah kah..

kah kah kah... SATU MALAYSIA TAHU ITU ROSMAH... kah kah kah..

kah kah kah... INGAT RAKYAT BANGANG... kah kah kah..

kah kah kah..INGAT RAKYAT INI HASAN MALEK... kah kah kah

---------

SAH DEMO JADI BUDAYA




KOMENTAR TUKAR TIUB
mahathir anak lelaki iskandar kutty
berkata bahawa demo 
 bukan budaya malaysia

hari ini jelas dan saheh
bahawa demo telah berjaya 
dijadikan budaya malaysia



Bantah SPPBS, guru himpun di Putrajaya 22 Februari ini


SPPBS
PUTRAJAYA 11 FEB: Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) akan mengadakan himpunan di hadapan Kementerian Pendidikan di Putrajaya pada hari Sabtu, 22 Februari ini membantah pelaksanaan Sistem Pentaksiran Pelajar Berasaskan Sekolah (SPPBS).

Ketua kumpulan kerja SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata bantahan yang dinamakan #Himpunan222MansuhPBS turut mengalu-alukan sokongan warga pendidik dan ibu bapa dari seluruh negara.
“Kami mengadakannya pada Sabtu bagi memberi lebih ramai guru peluang menyertainya dan tidak lupa menjalankan tanggungjawab ini,” katanya yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Pahang.
Difahamkan himpunan tersebut turut mendapat sokongan Solidarti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan Badan Mobilisasi Rakyat Dewan Pemuda Pas Pusat.
----------