Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Sabtu, 27 September 2008

SELAMAT BERBUKA PUASA

Hujan petang, redup dan kabus
Kanak-kanak risau kalau raya ujan
Tok peraih risau
Barang tak abis

Raya lagi tiga hari

Kueh bertimbun-timbun di jalan chow kit
Kain baju melambak di jalan masjid india
Malam ni malam menuai untuk tok peraih

Banyak nak dibeli sebelum ke kampung
Ramai menunggu lelong di malam raya
Ramai berharap ada harga borong

Berligarlah malam ni
Dari malam hingga subuh
Mencari suasana raya
Dari shah alam ke cheras
Dari gombak ke keramat

Duit kertas belum bertukar
Sampul angpau belum ditemui
Mercun masih dicari

Untuk anak-anak
Duit raya bersampul surat
Satu budaya raya
Untuk anak-anak
Duit raya bersampul surat
Satu budaya melayu
Mereka tidak sedar ianya muncul hanya 20 tahun dahulu
Dari budaya tionghua dan kong hee fatt choi

Inilah bukti yang budaya berubah dan berganti
Kita menerima dan kita memberi
Kita memakai dan kita merayakan

Inilah bukti budaya meresapi budaya
Tidak ada yang tuan
Tidak ada yang hamba
Kita anak semua bangsa
Beraya dan merayakan kehidupan

Seratus tahun dari hari ini
Sampul surat angpau ini
Adalah tanda abadi
Tanpa menteri budaya
Dan jabatan perdana menteri
Tak perlu kempen
Heboh-heboh dalam tv
Kita boleh hidup tanpa syak dan sangsi
Anak semua bangsa
Adalah warga bumi ini



SIAPA AJEN-AJEN AMERIKA

Pada 16 – 21 September 2006 dahulu kapal perang USS Houston milik tentera laut Amerika yang menggunakan tenaga nuklear telah singgah berlaboh di Westport Klang.

Kapal ini telah bocor dan mengeluarkan bahan radioaktif. Tetapi rakyat TIDAK diberitahu langsung.

Tidak ada laporan dari media tempatan tentang bahayanya bahan radioaktif ini. Berapa banyak air laut Selat Melaka tercemar. Apakah bahayanya kepada orang ramai.

Kerajaan Jepun dan Singapura telah meminta laporan khusus tentang kebocoran ini dari pentabiran kerajaan Amerika Syarikat.

Tetapi kerajaan kita senyap seperti tikus Bangsar dapat makan di Pasar Ramadan.

Jadi siapa kah yang jadi ajen Amerika di sini?

Pekara kapal bocor ini telah dan sedang ditimbulkan oleh YB Klang Charles Santiago.



SENYUM PETANG

Datuk Shabeery Menteri Penerangan kita minggu lepas telah pergi menemui doktor kerana dia sedang menghadapi insomnia – susah hendak tidur.

Doktor ini telah memberikan pill dan menasihatkan Datuk Shabeery minum susu dan banyakkan bersenam.

Semua gagal. Menteri Penerangan ini masih susah hendak tidur. Lalu dia pergi mencari Tok Batin orang asli di Jerantut Pahang.

Datuk Shabeery meminta Tok Batin ini mencarikan ubat atau akar kayu agar membolehkan dia tidur nyenyak. Tok Batin bersetuju tetapi meminta tempoh satu minggu untuk menyediakannya.

Satu minggu kemudian Datuk Shabeery datang menemui Tok Batin ini untuk mendapatkan urat kayu yang di janjikan.

Tok Batin membuka sebuah kotak dan mengeluarkan sebuah tv 23 inchi. ‘… ini dia ubatnya… saye jamiiiin mesti boleh tiduuur….. buka stesen rtm…….kah kah kah



TERBARU ! RAZALEIGH UNTUK PRESIDEN UMNO

KUALA LUMPUR, Sept 27 — Tengku Razaleigh Hamzah akan bertanding untuk menjadi presiden United Malays National Organisation. Sama ada Dolah akan mempertahankan kedudukkan itu atau tidak Ku Li tidak ambil pot.

Putera Raja Kelantan ini membantah penangguhakan pemilihan United Malays National Organisation. Ku Li menyeru ahli parti agar menuntut persidangan agung di teruskan pada bulan Disember.



MUHYIDDIN NAFI KEPUTUSAN PERCEPAT PERALIHAN KUASA AKIBAT DESAKANYA

MUAR 27 Sept. Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempercepatkan peralihan kuasa kepada Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak setahun lebih awal dari pelan asal Jun 2010 bukan kerana desakan beliau.

Beliau menjelaskan pandangannya tentang kepimpinan Perdana Menteri selama ini yang kadangkala terasa lebih tajam dan pedas bukan berniat untuk menyinggung perasaan tetapi adalah untuk kepentingan masa depan parti 'Apa yang diputuskan itu bukan kerana desakan saya. Saya kira Perdana Menteri mengambil kira semua perkara. Kita harap apa yang diputuskan oleh Pak Lah dapat diterima dengan baik oleh semua,' katanya kepada pemberita pada majlis tahlil di surau Jalan Bakri di sini, malam tadi.

kah kah kah….. bukan desakan saya !!!..... kah kah kah … munkeee kamu…. woit kamu ingat rakyat malaysia ni ngok ke….. boleh kena kelentong….. muka sembab ni…… cakaplaa terang-terang…. ni main kuntau muntau…. woit your standard bukan jadi deputylaaaa…. you patut jadi presiden parti…. tak kan orang lebih muda yang suruh arah you…. nanti tulah….. kah kah kah…



TIDAK JEJAS WIBAWA PRESIDEN – U.Melayau

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Keputusan menangguhkan Perhimpunan Agung UMNO bertujuan memastikan pelan peralihan kuasa berlaku secara terhormat tanpa menjejaskan kewibawaan Presiden parti.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia juga selari dengan tradisi peralihan kuasa dalam parti yang dilaksanakan secara teratur tanpa memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk mengganggu-gugat.


kah kah kah…. ni betul-betul munkee punya cerita…. dia yang buat kacau kemudian dia kata tak de kacau…. kah kah kah.

hormat macam mana pada presiden…. berpeluh-peluh dolah… hompeh puleh dolah sampai putus nafas…. kah kah kah….. munkee mana punya kerja…

ganggu gugat…..kah kah kah…. kalau munkee ni yang tak ganggu ada munkee lain ke….kah kah kah…..

secara teratur?..... kah kah kah…..



BOLEH RUMITKAN KEADAAN – U.Malayau

KEMAMAN 26 Sept. - Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menganggap keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang hari ini menunda tarikh perhimpunan agung parti itu ke bulan Mac tahun depan boleh 'merumitkan kempen' calon-calon yang bertanding dalam pemilihan parti nanti.

Beliau yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO berkata tempoh kempen yang sebelum ini hanya dua bulan akan menjadi lebih panjang iaitu selama enam bulan dan akan menyukarkan calon yang bertanding bagi jawatan tertinggi seperti dirinya.


kah kah kah….. baru dapek dengar suara….kah kah kah….mano pogi kao jang…. pak mentua kao nak nak kono gulai….abis cm libra kao….kalau pak mentua kao boronti…. tak ado can kao jang…. abis kao digulai dek madey….. hanyut harta abang ipar kao….kawan niago abang ipar kau A.B. Tahir cam mano….dio nak lari ke mano?.....kah kah kah…. skomi jadi belacan nanti….kah kah kah



GABUNGAN NGO SOKONG PM – U.Malayau

PUTRAJAYA 26 Sept. - Gabungan Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia malam ini sekali lagi menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pengerusi gabungan itu, Md. Radzi Daud menjelaskan, walaupun badan itu bergerak di bawah NGO, mereka sebenarnya turut mewakili suara akar umbi UMNO yang mahu sebarang peralihan kuasa dilaksanakan dengan tertib mengikut pelan yang dirancang.


kah kah kah…. sokong macam mana ni…. kalau sokong PM …dolah akan berhenti tahun 2010 ….. nak dolah berhenti 10 hari lagi atau nak dolah teruskan hingga 2010…. ni yang buat gua konfuse…. wak ohhh wak…. sokong cam na wak…. Kah kah kah….cakaplaaa jelas-jelas…. sokong najib jadi pm atau sokong dolah terus jadi pm hingga 2010…. ni macam pasang dua kuda…. kah kah kah…nak najib minggu depan dan nak dolah hingga tahun 2010…. kah kah kah



TIADA PERTEMUAN DENGAN MB SELANGOR - UiTM - U.Malayau

SHAH ALAM 26 Sept. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan dakwaan wujud pertemuan antara perwakilan tertingginya dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membincangkan isu cadangan membuka 10 peratus kuota pelajar bukan bumiputera ke universiti itu.

Naib Canselornya, Datuk Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah menjelaskan, apa yang berlaku sebenarnya ialah tiga pelajar iaitu Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan dua rakannya telah dijemput melalui panggilan telefon untuk hadir ke satu majlis berbuka puasa di kediaman rasmi menteri besar itu baru-baru ini.

Beliau berkata, ketiga-tiga pelajar berkenaan bersetuju menghadiri majlis tersebut atas niat baik untuk berbuka puasa.


kah kah kah….. kang kong mamat ni….. pergi berbuka puasa tu… kena jumpalaaaa….panggilan talipon tu buat apa? ….. pangilan talipon bukan cara panjat pokok petai…. talipon tu nak ajak datang jumpalaaaa….. ngooook…. kang kong ni... munkee ketua cawangan mana?.....kah kah kah….. ni mesti lulusan sintok….. kah kah kah

tu tempat berbuka puasa tu…..ingat dalam reban ayam…..kah kah kah…. itu rumah MB Selangorlaaaa….. ngook ni….. tuan rumah tu MBlaaaa.... ngook munkee ni...mama juwie lebih bijak dari kang kong ni….kah kah kah



MEDIA ASING MULA RAGUI ANWAR – U.Melayau

KUCHING 26 Sept. Akhbar dan majalah luar negara sudah mula meragui kewibawaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gemar berdrama dan berbohong untuk kepentingan politiknya sendiri.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, setelah kegagalan menubuhkan kerajaan baru pada 16 September lalu, masyarakat luar mula meragui kredibiliti Anwar.

Menurutnya, sandiwara Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membunuh kredibilitinya sendiri pada pandangan masyarakat antarabangsa

kah kah kah…..baru ni tahu cara media asing bekerja?..... woit wartawan luar negara bukan dilatih di sintok…… mereka bukan hanya meragui …. mereka akan menyelidiki semua berita teruatam dari RTM…..kah kah kah…

woit mamat 46… gua nak tanya sikit….. akhbar mana ni…. gua belum ada baca lagi…. lu boleh tolong bagi gua tahu….. kah kah kah…. lu jangan kelentong….lu cakap laaa nama akhbar tu apa?.... nama majalah tu apa?..... jangan buat laporan tangkap muat aje…. kah kah kah… dalam rtm lu boleh buatlaaaa kelentong-kelentong… kah jah kah

nak tanya sikit napa you suka 46…. Semua orang suka 69…..kah kah kah



PELAJAR MAUT DIHEMPAP DINDING BILIK BACAAN - U.Malayau

KUALA SELANGOR 26 Sept.Lazimnya, Hari Raya Aidilfitri dikaitkan dengan kegembiraan.

Namun keadaan sebaliknya bagi Muhammad Fakri Aidilfitri Abd. Halim, 17, apabila menemui maut selepas dihempap dinding bacaan di asrama sekolahnya yang tiba-tiba runtuh malam tadi.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Harun, Tanjung Karang dekat sini meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tanjong Karang dekat sini setelah cedera parah dalam kejadian pada pukul 7.40 malam itu.

kah kah kah…. satu lagi projek subcon….. cari jangan tak cari siapa kontrektor subcon projek ini…. kah kah kah….. cam mana dinding boleh runtuh…. ni mesti kurang simin dan kurang besi….. siapa yang lulus projek ni…..kroni sapa ni…kah kah kah…. sapa bagi tenderr buat hostel ni…. cari jangan tak cari….kah kah kah