Selasa, 26 Ogos 2008

YB GOBALA - TERKINI

Ketika membuat laporan polis tentang bas yang membawa pengundi hantu YB Gobala telah ditahan.
Beliau dan 2 anaknya serta seorang petugas telah dikasari dan dipukul oleh pihak polis.
Mereka kini masih lagi ditahan di lokap.
Ketua Polis Pulau Pinang telah membenarkan bas yang penuh dengan penumpang itu beredar.
Bas itu keluar dari Permatang Pauh tanpa sebarang siasatan dibuat ke atas para penumpangnya.

GEMPAR - DRAMA BANGUNAN UMNO

Saya baru sahaja melintasi bangunan UMNO tersebut.

Polis begitu ramai sedang berkawal.

Kelihatan jelas pintu kaca yang retak dan ada yang pecah.

Seperti dibaling dengan batu.

STOP PRESS

Lebih 10 ribu penduduk Permatang Pauh berkumpul.

Lagu Negaraku dinyanyikan bersama.

Lagu Malaysia Berjaya dan Lagu Selamat HariJadi.

Laungan Merdeka kedengaran lebih 10 kali.

Di Yayasan Aman sidang akhbar akan diadakan.

BERITA TERKINI

Kesesakan lalulintas di Sungai Semambu berhampiran bangunan UMNO.

Para petugas UMNO diberitakan menuntut bayaran mereka.

Pertengkaran dilaporkan berlaku.

Para petugas dari Johor telah marah dan mengamuk.

Mereka memecahkan pintu masuk kaca ke bangunan tersebut.

Polis telah pun berada di sini mengawal keadaan.

STOP PRESS

Sungai Semambu terus sesak.

Trak FRU memenuhi kawasan tepi jalan.

Polis telah disorak oleh orang ramai ketika melalui beberapa kawasan.

Mereka membalas semula sorakan tersebut.

RELAKS

Saya sedang berehat sambil bersandar di van FRU.

Helikopter masih lagi terbang rendah dan menyuluh ke arah khalayak yang mahu pulang.

Keadaan semuanya terkawal dan teratur.

Orang ramai bergerak dengan perlahan.

Penuh kelegaan setelah mendengar pengumuman ANWAR MENANG.

STOP PRESS

Terdapat sekitar 50 ribu orang yang berada di sini.

Polis dan FRU kelihatan sangat relaks.

Terdengar suara yang bersahut sahutan 'jumpa di Kulim'

Juga laungan 'Era Baru'

Helikopter masih lagi berlegar. Lampunya terang menyuluh ke arah saya.

RASMI

ANWAR IBRAHIM 31195

ARIF SHAH 15524

HANAFI MAMAT 92

MAJORITI 15671

PESTA

Pesta selesai.

Pengumuman rasmi telah pun dibuat.

Terdapat sedikit pertunjukan bunga api.

Orang ramai juga telah beransur pulang.

Polis dan FRU kelihatan sedang bersantai.

TERKINI DI MAKTAB BAINUN

Anwar Ibrahim telah pun berada di sini.

Pengumuman rasmi masih lagi belum dibuat.

Orang ramai telah pun berada di sini.

Jumlah mereka adalah hampir sama ketika hari penamaan.

Cuma kali ini padang bahagian Barisan Nasional sangat lengang.

Kereta diletakkan di bahu-bahu jalan. Begitu juga motorsikal.

Suasana seperti satu pesta sedang berlangsung.

TERKINI

Pesta Satu

Memeriahkan pelupusan Barisan Nasional.

Anwar Ibrahim bersedia menuju ke Maktab Bainun

Pesta Dua

Pesta Muka. Jalan sesak.

Semua manusia sudah mula mahu berpesta.

CHEGUBARD DAN TIAN CHUA

Saya dalam perjalanan ke ibu pejabat.

Satu mesyuarat bakal diadakan.

Dalam perjalanan ternampak CheGuBard sedang menjadi ketua sorak.

Dia kelihatan seperti gila megafon.

Tian Chua pula asyik mengangkat tangan ke kiri dan ke kanan.

YAYASAN AMAN

Jalan di hadapan Yayasan Aman pada ketika ini begitu sesak.

Lalu lintas dari Bukit Mertajam pula begitu lancar.

Depan masjid Kubang Semang suasana masih meriah seperti malam-malam sebelumnya.

Jalan sekitar pekan Penanti menuju ke Maktab Bainun sesak teruk.

Polis masih belum kelihatan.

sekatan jalanraya hanya di depan balai polis Penanti.

PUTERI KENA 'BOM'

BILIK GERAKAN PUTERI UMNO YANG KHABARNYA KENA BOM TELAH PUN KOSONG.

MEREKA TELAH BERKEMAS LEBIH AWAL.

STOP PRESS

PASAR MALAM DI KAMPUNG TOK ELONG TIDAK BEGITU MENDAPAT SAMBUTAN.

ORANG RAMAI LEBIH GHAIRAH MENANTI KEPUTUSAN RASMI UNDIAN.

SUNGAI SEMAMBU

BILIK GERAKAN BARISAN NASIONAL SUNGAI SEMAMBU KELIHATAN SURAM.

LALULINTAS DI KAWASAN TERSEBUT KELIHATAN LANCAR.

PENGUMUMAN PENGUMUMAN

Untuk warga Kuala Lumpur sila pergi ke Merchant Square TROPICANA Petaling Jaya.

Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat telah memasang lampu cahaya - KEADILAN - untuk count down PROJEK 3P

Satu P telah berjaya. Satu akan menyusul pada 27 Ogos apabila YB Anwar Ibrahim akan masuk Parlimen.

Di Bangunan itu akan ada cahaya KEADILAN untuk kita sama-sama mengira detik untuk Projek 3P.

TIDAK RASMI

ANWAR IBRAHIM TELAH MENANG DENGAN MAJORITI 17652

ANWAR IBRAHIM 31949

ARIF SHAH 14297

AKIM 74 UNDI SAHAJA

SEMASA DI DEWAN AMINUDDIN BAKI

PKR 31949

BN 14297

GEMPAR

TUKARTIUB DOT BLOGSPOT DOT COM

DENGAN INI MENGISYTIHARKAN

ANWAR IBRAHIM TELAH PUN MENANG

DI PARLIMEN PERMATANG PAUH P44.

HEBAT

SALURAN 2 DI SEBERANG JAYA

PKR 250

BN 7

YB TIAN CHUA

TIAN CHUA SEDARI AWAL SUDAH UMUMKAN KEMENANGAN PKR

RAKYAT MENOLAK BN SECARA JELAS.

INI KENYATAAN RASMI.

ANWAR SUDAH MENANG.

SEMASA

ANWAR 16010

BN 6071

PKR @ 0737PM

ANWAR LEADING 10356 FOR 15 JDM

13 MORE JDM TO BE ANNOUNCED

ANWAR LANDSLIDE VICTORY

TELUK WANG

KINI TELUK WANG SUDAH MENJADI MILIK PKR

SEJARAH TELAH BERUBAH

50 TAHUN BERSAMA BN

KINI DI MILIKI PKR

PKR 260

BN232

PADANG TUANKU BAINUN

Keadaan di sini sangat tidak adil.

Berat sebelah.

Bahagian penyokong PKR sahaja yang penuh.

Sebelah lagi padang untuk penyokong BN kosong.

Boleh diisi kepada sesiapa yang berminat.

Sila hubungi KJ atau pun bilik gerakan 'puteri pink' segera.

KIRAAN PERTAMA

Pauh Jaya

PR Menang dengan Majoriti 413

BERITA RASMI

Rasmi daripada pihak SPR sendiri.

Jumlah yang keluar mengundi adalah sebanyak 65%.

Pengumuman daripada pihak SPR di dalam sidang akhbar mereka.

SEPULUH TAHUN REFORMASI – UNTUK MEREKA YANG MASIH MUDA

Detik-detik itu datang kembali : 1998 – 2008 .

Sepuluh tahun dahulu kami turun ke jalan raya. Jalan raya adalah pilihan kami. Jalan raya adalah parlimen rakyat yang paling demokratik. Di parlimen ini tidak ada YB yang berjaket dan berDatuk. Tidak ada Tan Sri dan Mak Datin.Tidak ada ucapan berjela-jela yang membosankan.

Hanya satu tuntutan parlimen jalan raya - Mahathir Undur dan United Malays National Oganisation dihapuskan.

Gerakan REFORMASI cuba dipatahkan oleh jentera daulah. Tembakan gas pemedih mata. Tembakan cecair kimia. Dipukul. Dibelasah. Ditangkap. Semuanya untuk mematahkan dan menakutkan suara dan jiwa anak-anak muda yang mula berani menentang kezaliman dan penindasan.

Anak-anak muda – semuda yang di bangku sekolah - mula turun ke jalan raya. Anak-anak muda dari kampus berbondong-bondong ke jalan raya. Setiap minggu dari Penang, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan – kami berdemo di sekitar Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur kita punya. Dari Bukit Bintang ke Batu Road, dari Bangi ke Bandar Tun Razak, dari Chow Kit ke Chu Badak, dari Pandan ke Petaling Jaya, dari Kg. Baru ke Kg. Abdullah Hukum – warga kota turun berdemo menuntut MAHAFIRAUN meletak jawatan.

Kampus kembali menjadi arena tempur. Kampus kembali menjadi gelanggang idea. Kampus adalah tempat melahirkan pejuang muda.

Mak Cik, Kakak, Abang dan Adik adalah penyokong setia yang turut sama berani turun ke jalan raya – parlimen rakyat .Kitalah – rakyat – dan bukan YB atau menteri yang membuat sejarah. Sejarah dibuat oleh mereka yang berani. Mereka yang takut telah mati seribu kali.

Sepuluh tahun kemudian detik-detik itu datang kembali. Gerakan Reformasi dahulunya dibantai. Ramai ke penjara. Reformasi merundum. Ramai yang belot. Ramai yang tidak faham apa makna dan tanda tuntutan Reformasi.Kini suara dan gelombang Reformasi bangun kembali.

Reformasi bukan demonstrasi. Demonstrasi hanyalah salah satu manifestasi reformasi.

Jangan salah hitung. Jangan salah congak. Reformasi bukan untuk Anwar Ibrahim. Reformasi ialah tuntutan rakyat untuk mengubah sistem negara Malaysia yang tidak adil, tidak telus dan bersifat perkauman.

Anwar Ibrahim ialah manifestasi yang mewakili pengkristalan idea-idea untuk membawa sebuah Negara Malaysia yang baru yang lebih adil, saksama, tanpa hitung kaum, gender seksualiti, bangsa dan agama. Reformasi menolak Ketuanan Melayu dan Menobatkan Ketuanan Rakyat.

Sepuluh tahun bukan satu masa yang lama dalam tamadun manusia. Tetapi sepuluh tahun adalah lama dalam hayat susuk manusia. Tetapi perjuangan untuk membawa keadilan dan kesejahteran bukan tugas perseorangan. Ia bukan tugas saya. Bukan tugas awak. Bukan tugas kamu. Bukan tugas dia dan bukan tugas mereka.

Membawa dan menegakkan keadilan adalah tugas dan tanggung jawab KITA bersama. Meneruskan REFORMASI adalah tugas kita bersama. Kita meneruskan tugas sambung menyambung. Kita meneruskan sejarah perjuangan orang-orang yang terdahulu dari kita.

STOP PRESS

Perjalanan dari Berapit menuju ke pusat pengiraan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun adalah lancar.

Kumpulan penyokong Pakatan Rakyat berarak membawa bendera.

Tetapi ke manakah menghilangnya kumpulan Mat Rempit BN?

D-DAY SUDAH SAMPAI

Saya kini berada di tempat pengiraan undi.

Keadaan penuh sesak dengan manusia.

Situasi tidak ubah seperti hari penamaan calon.

BERITA SELINGAN

Terlalu ramai anggota polis kelihatan di pusat-pusat pembuangan undi.

Sejak awal pagi sehinggalah ke saat ini.

FRU LAGI

7 buah trak dan 3 buah jip FRU kini dilaporkan berada di pekan Bukit Mertajam.

Anggota-anggota mereka juga sudah dalam keadaan bersedia.

BERITA HANGAT

YB Gobala dan 2 orang anaknya ditahan oleh pihak polis.

YB Gobala with 2 sons arrested by police.

News update later.

Berita lain akan menyusul.

BAS PENUH HANTU

Kecoh. Ada 3 buah bas ditangkap dan 2 terlepas.Bas ini ditangkap di Mengkuang Titi dan Seberang Jaya. Keadaan tegang. Bas ditangkap dibawa ke balai polis Seberang Jaya.

Anwar secara tidak sengaja melintasi kawasan itu. Dia bertanya kepada 'hantu-hantu' apakah tujuan datang ke Permatang Pauh. Mereka menjawab yang mereka ingin berkempen. Lalu orang ramai ketawa terbahak-bahak.

Hantu-hantu ini tidak sedar undang-undang SPR. Kempen TIDAK dibenarkan semenjak jam 12.00 malam tadi.

Bas yang di Balai Polis kelihatan kosong kerana hantu telah berpindah ke dalam van yang hilang. Untuk buat lawak sebuah bas bukan sahaja hantunya hilang tetapi kunci pun hilang sama.

Anwar datang kali ke dua untuk selesaikan keadaan. Penyokong Pakatan berkumpul. FRU mula bergerak. Keadaan menjadi lebih tegang.

Seorang penyokong PKR di hadapan balai polis Seberang Jaya ketika 'kecoh bas hantu' telah terdengar perbualan telefon seorang pegawai polis tanpa uniform kepada yang lebih atas berbunyi:

' bagilaaa depa menang... senang kita...'

Terdahulu daripada itu seorang pemantau NIEI telah diberitahu oleh orang kampung bahawa sebahagian daripada hantu-hantu ini telah sampai 10 hari dahulu. Mereka tinggal di kawasan sekitar Permatang Pauh. Ada yang datang dari Melaka.

Kekecohan bas hantu ini telah reda. Pemimpin PKR telah pun membuat laporan polis.

BERITA SEDIH

Sepanjang jalan di Permatang Pauh suasana sedih dapat dilihat.

Saya sukar untuk menemui kereta atau motorsikal yang mengibarkan bendera BN.

Paling susah untuk mencari bendera AKIM.

Cuma terdapat sejemput Mat Motor yang mengibarkan bendera BN.

Majoritinya budak-budak baru nak baligh.

STOP PRESS

Abaikan laporan lanjutan waktu mengundi.

Sumber tidak boleh dipakai.

Proses berjalan seperti biasa.

Keadaan terkawal.

Waktu mengundi tidak dilanjutkan. MAAF.

BERITA BARU SAMPAI

Waktu mengundi akan dilanjutkan sehingga ke pukul 6 petang.

HANTU DILAPORKAN KEPADA POLIS

YB Gobalakrishnan dan beberapa anggota AMT PKR telah pun berada di balai polis.

Mereka sedang membuat laporan polis selepas penahanan bas pengundi hantu.

Setiausaha Agung Datuk Salehuddin Hashim juga turut bersama beliau.

Orang pula semakin ramai berkumpul.

PELANCONG POLITIK

Panduan untuk pelancong politik.

Kesemua jalan di Permatang Pauh kini sesak teruk.

Bermula dari bulatan Bukit Tengah sehinggalah ke pekan lama Permatang Pauh.

KARENAH FRU

FRU kini menyekat laluan antara Kulim-Butterworth.

Ia tidak perlu dilakukan.

Keadaan masih lagi terkawal.

BERITA GEMPAR

Kampung Pelet celebrating now.

Barisan Nasional already "tutup kedai".

ANWAR TANGKAP HANTU

Calon PKR Anwar Ibrahim bersama dengan penyokongnya telah menangkap "hantu".

Kejadian berlaku di Mengkuang Titi.

Keadaan agak tegang di sana.

PEKIDA a.k.a geng adik beradik juga berada di sana untuk memanaskan keadaan.

Penduduk kampung nampaknya lebih "matang" daripada PEKIDA untuk mengawal suasana.

DI BALAI POLIS

Parti Keadilan Rakyat members and supporters on location at Seberang Jaya police station.

Police brandishing their machine guns.

Ahli PKR dan para penyokong PKR telah pun berada di balai polis Seberang Jaya ketika ini.

Skuad khas polis telah pun berada di sini dengan machine-gun mereka.

STOP PRESS!

Hantu dari Indonesia.

2 buah bas yang ditahan di balai polis Seberang Jaya itu dipercayai membawa warga Indonesia.

Belum terdapat laporan wujudnya lokasi tarikan pelancong Indonesia di Permatang Pauh setakat ini.

HANTU NAK TERBANG

Police helicopter circling around Seberang Jaya police station, where suspected panthom voters in buses are stationed.

Light Strike Force are also deployed.

Helikopter polis berlegar di atas balai polis Seberang Jaya.

2 buah bas hantu berada di dalam balai polis itu sekarang.

Sepasukan kecil skuad khas polis juga berada di situ.

KECOH DI SAMA GAGAH

Majlis "berbalas pantun" di Sama Gagah agak kecoh pada ketika ini.

Kedua-dua pihak saling balas membalas.

HANTU DITANGKAP

2 Buah bas yang penuh dengan pengundi hantu telah pun berjaya ditahan.

Pada jam 1530 tadi bas ini telah dikesan dan ditahan di Mengkuang.

Bas ini sekarang telah dibawa ke Balai Polis Seberang Jaya.

SEMUA TELAH DI LAKUKAN

United Malays National Organization selama 50 tahun telah mempergunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Lembaga ini yang seharusnya bebas untuk menjalankan pilihanraya telah menjadi alat yang amat penting untuk meneruskan kuasa United Malays National Organization.

Kali terakhir ialah beberapa bulan sebelum PRU ke-12 di mana Perlembagaan Malaysia telah dipinda. Pindaan ini hanya untuk menyambung umur Rashid Pengerusi SPR – budak suruhan setia – United Malays National Organization.

Di Pilihan Raya kecil P44 Permatang Pauh semua dan segala macam karenah telah dijalankan. Ada yang senyap tidak dilihat dan ada yang nampak di mata kasar.

· Pengundi hantu menyamar sebagai pengundi P44
· Pengundi asli P44 hilang nama di kertas pengundian
· Satu alamat sampai ada berbelas-belas nama dalam Daftar Pengundi
· Polis/SB/FRU berkeliaran membuat suasana cemas
· Helikopter berlegar setiap malam selama berkempen hingga ke hari mengundi
· Bom telah diletupkan
· Pengundi telah ditakut-takutkan
· Media telah seratus peratus berminggu-minggu memfitnah/mengutuk PKR
· Sumpah sumpit telah dilakukan
· Jalan telah dihalang dengan Sekatan Polis
· Tangkapan telah dilakukan

Semua ini dilakukan untuk mengagalkan Projek 3P ( Permatang Pauh, Parlimen dan Putrajaya).

Semua rancangan United Malays National Organisation ini akan GAGAL.

Parlimen Permatang Pauh akan kembali ke Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim pada 28hb Ogos 2008 akan menjadi Ketua Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya daripada Barisan Nasional. Ini hakikat.

Jika kalah PKR di P44 ertinya ini SATU PENIPUAN BESAR.

SARANG HANTU DIKESAN

Tempat persembunyian hantu-hantu pilihanraya telah dikesan.

UiTM Seberang Jaya telah menjadi lokasi persembunyian hantu-hantu.

Sila perhatikan individu dan kenderaan yang keluar masuk.

HANTU DALAM KERETA

Beberapa kenderaan pengundi hantu telah dikesan;

WRH252

WHH252

WHH3819

WBN620

MBE8675

WCH3975

WHR5689

WBG8675

Siapakah tuan punya kereta dan siapakah penumpangnya?

TERKINI

Hujan telah pun mulai berhenti.

Tetapi jumlah yang keluar mengundi masih lagi rendah.

KERTAS UNDI

Di Kampung Pelet terdapat satu aduan daripada pengundi.

Kertas undi untuk kotak Anwar Ibrahim telah disapu dengan lilin.

Pengundi sukar untuk memangkah PKR.

S/U PKR KELANTAN

Laporan terkini daripada beliau ialah:

Proses pengundian rancak dan meriah.

Moral serta semangat kerja di pihak PKR adalah tinggi.

Penyokong BN mulai meninggalkan pos mereka.

SATU TANGKAPAN

Keadaan adalah terkawal.

Kecuali Dun Seberang Jaya, kawasan lain masih dikuasai PKR.

Tidak ramai pemimpin Barisan Nasional yang kelihatan turun ke Permatang Pauh hari ini.

Seorang ahli PKR Bagan bernama Izat telah ditahan kerana memprotes tindakan polis.

Kejadian berlaku di Kubang Semang.

Situasinya masih belum diketahui.

Hujan pula masih turun dengan lebat.

PANAS

Setiap kali Anwar Ibrahim berada di sesuatu tempat mengundi untuk melakukan lawatan maka akan kelihatan helikopter terbang rendah.

Misinya tidak diketahui.

KJ LAGI

KJ dan kawannya Hisham Keris kini kelihatan berada di Sek. Keb. Permatang Pauh.

Juga kelihatan ialah pasukan 'bodyguard' 2 orang kawan ini yang berlari lari anak mengekori kenderaan mereka.

Misinya juga tidak diketahui.

HUJAN TURUN

Di Seberang Jaya, hujan telah turun dengan agak lebat.

Di Pulau Pinang dan Sungai Petani cuaca kelihatan cerah dan berawan.

PEMECAH BERITA

This voter AZHAR BIN HALIM I/C NO: 660428-08-5521 @ A0381797 was not in the updated voters list given by the SPR but he was allowed to vote in Sek. Keb. Guar Perahu - Kuala Mengkuang.

Please take note.

Pengundi bernama AZHAR BIN HALIM No Kad Pengenalan 660428-08-5521 / A0381797 tidak terdapat namanya di dalam senarai daftar pengundi terkini yang dikeluarkan SPR.

Tetapi AZHAR BIN HALIM No Kad Pengenalan 660428-08-5521 / A0381797 telah dibenarkan mengundi di Sek. Keb. Guar Perahu - Kuala Mengkuang.

Sila ambil perhatian.

PEMECAH BERITA

HANTU KELIHATAN

Van INOKOM berwarna putih dengan nombor pendaftaran WJP 3975 yang membawa pengundi hantu dari Johor baru sahaja keluar dari Bertam menuju ke Permatang Pauh.

Sila ambil perhatian.

PEMECAH BERITA

Lebuhraya PLUS arah Utara kesesakan berlaku dari Rawang.

Pihak Polis mengadakan sekatan jalanraya dan lebuhraya bertukar menjadi satu lorong.

Dari Utara ke Permatang Pauh, sekatan jalanraya diadakan di Sungai Petani.

GROUND REPORT

Heavy traffic and low voters turnout reported in many areas.

SELINGAN

Saya ternampak Minah minah Puteri UMNO berbaju pink dan bergetah di Sekolah Kebangsaan Cina Jit Sin.

Ini mungkin satu lagi daya tarikan agar anak-anak muda dan 'anak tua' menghampiri mereka.

ARIFF SHAH PERCAYAKAN NOMBOR

Calon BN Ariff Shah terlalu taksub dengan nombor.

Dia juga percaya dia akan menang.

Ariff Shah telah mengundi pada jam 0808 pagi.

Untuk mendapatkan tuah angka 8, menurut kepercayaan Cina.

KUBANG SEMANG

Jalan di sekitar Kubang Semang telah mulai sesak.

Jalan Sembilang di Seberang Jaya, keadaan agak tegang.

Trak-trak FRU sedang diletakkan di Jalan Sembilang dan Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya.

Antara 3 hingga 6 biji trak di satu-satu tempat.

KJ ADA KAWAN

Khairy Jamaluddin kini mempunyai kawan di Sekolah Kebangsaan Mengkuang.

Baru tiba ialah Hisham Keris yang turut mahu memberikan sokongan di pusat pengundian tersebut.

Mereka tidak mengundi kerana belum berdaftar.

SAMI BUDDHA MENGUNDI

Kelihatan kumpulan sami Buddha telah pun keluar mengundi di pusat pembuangan undi Dewan Orang Ramai, Kampung Tun Sardon.

Jam 1125.

PEMECAH BERITA

1132 PAGI DI SEKOLAH SEBERANG JAYA.

6 TRAK FRU TELAH PUN SAMPAI KE SINI LENGKAP DENGAN PERALATAN TEMPUR MEREKA.

KEADAAN MASIH LAGI TERKAWAL.

NURUL IZZAH

Keadaan agak kecoh di Sekolah Menengah Seberang Jaya.

MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar baru sahaja tiba di sini.

FRU sudah mulai berbaris di hadapan penyokong kedua-dua parti Pakatan dan BN.

SEK. REN AGAMA AL MISRIAH

Semakin ramai pengundi yang keluar mengundi di sini sejak jam 1100.

Lalulintas semakin bergerak perlahan di sini pada kedua dua arah.

Pihak polis juga kelihatan merakamkan video situasi para pengundi yang keluar dan masuk.

KJ - SAMA GAGAH

Bukan gagah, cuma Khairy Jamaluddin atau nama manjanya KJ telah kelihatan di Sekolah Kebangsaan Sama Gagah.

Pusat pengundian bagi Dun Permatang Pasir.

DAFTAR PENGUNDI

Terdapat kekeliruan pada daftar pengundi yang disediakan di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2.

Sila ambil perhatian.

DUN SEBERANG JAYA

Seberang Jaya / Seberang Jaya 2 / SMK Seberang Jaya 2

Senarai pengundi untuk saluran 2 yang digunakan adalah berlainan daripada yang diberi sebelum ini.

Untuk saluran 6 pula, kertas undi tidak mempunyai sebarang kod titik.

Hubungi Rodziah untuk sebarang maklumat : 0192436572

STOP PRESS @ 1131

Samseng telah dilihat digunakan dengan begi berleluasa di Sekolah Kebangsaan Tanah Liat.

Tempat pembuangan undi bagi kawasan Tanah Liat daerah 9.

Kumpulan para pesilat yang sombong dan angkuh cuba menunjukkan lagak mereka di tepi-tepi jalan.

D - DAY

D - Day telah sampai pagi ini. Semua berjalan lancar. Projek 3P diteruskan lagi.
Warga Permatang Pauh selamat mengundi.


Warga Malaysia menunggu dengan tenang.

D-Day 26 Ogos 2008 adalah permulaan perubahan untuk kita semua.

D - DAY

FRU BERGERAK

Sekitar jam 3 pagi di Kubang Semang.

Polis mulai mengeluarkan sama ke atas kenderaan di simpang masjid Kubang Semang.

FRU telah mulai bergerak.

Budak-budak motor yang mahu buat kacau juga telah mulai bergerak semula.

Agenda siapakah semua ini?

Anwar telah menasihatkan anak muda PKR supaya jangan mengadakan perarakan.

Penyokong PKR juga telah diberikan arahan supaya tidur awal.

TERKINI @ 0220AM

Jalanraya sesak kerana pihak polis telah mengadakan sekatan jalanraya.

Lokasi di persimpangan tepi masjid Kubang Semang.

Juga di hadapan balai polis Kubang Semang.

Saya melihat 10 buah truk polis dan FRU berada di sini.

Anggota-anggota mereka berada di dalam dan enjin kenderaan mereka terpasang.

STOP PRESS 0200AM

Kereta dari arah Bukit Mertajam ke Penanti bergerak perlahan.

Sudah hamper satu jam, tidak tahu apa yang berlaku di hadapan.

Saya bertembung dengan gerombolan anak muda PKR.

Kumpulan ini bukan yang menyamar tadi.

Ratusan motorsikal mereka melalui kawasan ini.

STOP PRESS - KUBANG SEMANG

Jalan Kubang Semang seperti laporan awal tadi.

Pemuda BN ini telah menyebabkan kesesakan lalulintas yang amat teruk di sini.

Sekitar jam 1.20 pagi kereta bergerak dengan begitu perlahan.

WARUNG DAN KEDAI KOPI

Warung dan kedai makan semakin berani.

Mereka telah mula untuk menyatakan sokongan kepada Anwar.

Bendera PKR telah mulai dikibarkan.

Mereka sedar ombak Anwar adalah semakin ampuh.

PENUNGGANG MOTORSIKAL

Terdapat beratus ratus penunggang motorsikal daripada kalangan penyokong Barisan Nasional.

Mereka memakai baju-t Parti Keadilan Rakyat.

Sekarang ini mereka berada di sekitar kawasan masjid di Kubang Semang.

Mereka menunggang motorsikal ke hulu dan ke hilir sambil membuat huru-hara.


STOP PRESS @ 1218PM

Laporan daripada YB Tian Chua.

Ada kalangan masyarakat Cina yang bertaruh.

Sekiranya Anwar tewas mereka akan mendapat seribu ringgit.

Tapi syaratnya ilah harus memberikan nama kepada MCA.

Satu lagi taktik untuk Barisan Nasional membeli undi.

CERAMAH DOLLAH BADAWI

Menurut Azmin Ali, dalam ceramahnya pada jam 1000pm tadi, penonton yang datang ke ceramah Dollah Badawi hanyalah sekitar 400 orang sahaja.

Tempat duduk yang disediakan adalah anggaran untuk sekitar 3 ribu orang.

CERAMAH LOKMAN ADAM

Lokman Adam cuba untuk menyampaikan ceramahnya di Bilik Gerakan Pusat UMNO Permatang Pauh pada jam 0930pm.

Tetapi sehingga jam 1000pm ceramah masih belum dimulakan kerana kerusi-kerusi masih lagi kosong dan belum ada yang datang.

Berita ini saya perolehi daripada Latheefa Koya, yang juga bekas peguam Lokman Adam dahulu.

STOP PRESS @ 2405

Setelah hampir satu jam, orang ramai masih lagi bersesak di kawasan ceramah ini.

Mereka kini beransur keluar untuk meninggalkan kawasan, tetapi ribuan orang masih lagi berada di sini.

Anwar Ibrahim telah pun beredar selepas diserbu oleh kumpulan penyokong sebentar tadi.

Jumlah yang hadir keseluruhannya dianggarkan lebih 10 ribu orang.