Selasa, 24 April 2012

DARI DATARAN MERDEKA - SILA TERUS BERI SOKONGAN




KAWASAN TELAH DI PAGARI






NOTA:


najib razak telah mengarahkan dbkl
untuk buat kerja jahat

dbkl telah jadi subkontrektor
untuk najib razak


INI BERITA BERGAMBAR









INI GAMBAR PENANGKAPAN



NOTA:
perkhemahan diteruskan
diminta warga kota kuala lumpur
datang malam ini untuk bersetia kawan

datang untuk beri sokongan
datang untuk melihat sejarah sedang di buat!


MALAM INI JAM 9.00 - TEMU BUAL - SIARAN LANGSUNG



MALAM INI DARI RADIO BANGSAR UTAMA

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/


MALAM INI JAM 9.00 PASTILAH RADIO BANGSAR UTAMA!

PROGRAM RADIO BANGSAR UTAMA MALAM INI

RADIO BANGSAR UTAMA - RABU

TEMU BUAL MALAM INI DI RABU


Malam ini di Radio Bangsar Utama akan menemubual tokoh aktivis masyarakat dan NGO. Tamu jemputan ialah :

1 - Hasni Abas - Setiausaha PAKSI (Seniman Paksi Rakyat), Aktivis Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Bekas Presiden Kelab Pekerja Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)

2 - Amin Iskandar (Black UBU) - Penulis, pemuzik, aktivis, Penasihat NIEI (National Institute for Electoral Integrity)


Topik perbincangan ialah mengenai peranan seniman dan karyawan dalam memaknai proses hala tuju politik negara bersempena himpunan Bersih 3.0.

Sila add facebook Radio Bangsar Utama. Add Radio Bangsar Utama.

Sila komen. Ini radio rakyat, bukan Rais Yatim yang punya.

kah kah kah

www.facebook.com/pages/Radio-Bangsar-Utama

"Berikan aku satu Radio Bangsar Utama, nescaya kugoncangkan seluuuruh Malaysia"

RABU akan membawakan berita-berita perkembangan terkini Himpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka 28 April nanti.

RABU akan melaporkan lokasi-lokasi terkini Bersih 3.0 International dari bandar yang menganjurkan himpunan di seluruh dunia.

MALAM INI JAM 9.00 RADIO BANGSAR UTAMA

Berita-berita bersih
Berita-berita melawan



MALAM ESOK

sila layari maalam esok radio bangsar utama:

temubuah : pak samad dengan hishamuddin rais



MALAM ESOK DI RABU



NOTA:
pak samad di temu bual
terus menerus oleh hishamuddian rais
tentang bersih
tentang duduk bantah
tentang sajak sebagai senjata

jangan lupa malam esok jam 9.00 malam

BERITA BAIK UNTUK YANG AKAN TURUN BERDEMO



PROGRAM MELAWAN ESOK MALAM







KOMENTAR TUKAR TIUB


semua pemimpin pakatan akan turun berdemo
semua ahli dan penyokong pakatan rakyat
akan turut berdemo

bersih telah difahamkan:

50,000 dari kelantan
50,000 dari terangganu
25,000 dari pkr
20,000 dari pkr
20,000 himpunan hijau
5,000 komuniti jalan sultan

kita perlu menjemput ramai lagi
kita perlu mengajak ramai lagi

NOTA :
sila datang awal
sila datang awal
untuk elak berasak-asak
untuk tidak tersangkut



NOTA:
sila ikuti tukat tiub
untuk pengumuman terkini tentang bersih

sila layari radio bangsar utama
untuk maklumat terkini




PRESIDEN PAS AKAN TURUN DEMO BERSIH
- mkini

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan turun bersama dalam perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

"Parti juga telah mengeluarkan arahan kepada semua ahli untuk turun beramai-ramai ke himpunan tersebut," kata setiausaha akhbarnya Nasaie Ismail.

Selain Hadi, pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijangka mengumumkan kehadirannya ke perhimpunan "duduk bantah" itu dalam masa terdekat.

Dalam kenyataannya hari ini, Nasaie berkata, PAS juga mendesak anggota polis bertindak rasional dengan mengawal dengan baik perhimpunan tersebut.

"Mereka perlu ambil pengajaran (daripada perhimpunan) BERSIH 2.0 yang diprovokasi berlebihan sehingga mendatangkan suasana kecoh yang bukan timbul daripada peserta," katanya.


SUMPAH ANAK MUDA



KENAPA NAJIB TERUS CUBA MENIPU?




KENAPA NAJIB TERUS BERBOHONG?





NAJIB DAN SHAHRIZAT


Walaupun Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa aset NFC telah dibekukan, hakikatnya keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil masih lagi mendapat bayaran bulanan yang lumayan dari harta-harta yang dibeli menggunakan dana NFC.

Selain dari pelbagai kondominium yang telah didedahkan kini, keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil juga mendapat kutipan sewa dari hartanah-hartanah yang dibeli dengan dana NFC dan kemudiannya disewakan kembali kepada NFC dan syarikat-syarikat bersekutu yang lain.

Bukti yang paling kukuh ialah dua premis utama operasi NFC iaitu pejabatnya di alamat L-3A, No. 2, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara dan restoran mewah Meatworks di alamat 2G 3A, Jalan Solaris 5, Solaris Month Kiara.

KEADILAN berjaya mendapatkan rekod hakmilik dan nilaian kedua-dua hartanah dari carian rasmi dengan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (sila rujuk dokumen carian harta JPPH yang disertakan bersama).

4 unit ruang pejabat yang digunakan oleh NFC dan syarikat bersekutu di Tingkat 3A, Jalan Solaris dimiliki bersama oleh Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail dan anaknya Wan Izanur Izran. Salah satu unit iaitu Unit L-3A-3A berjaya dipadankan dengan carian harta di JPPH atas nama Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail yang dibeli pada harga RM814,550.

Semakan pembayaran dari rekod kewangan NFC pula menunjukkan bahawa pada setiap bulan, NFC akan membuat dua pembayaran sewa pejabat seperti berikut:

RM28,000 setiap bulan kepada Wan Shahinur Izran
RM8,240 setiap bulan kepada Dato’ Seri Mohamad Salleh

Ini menimbulkan beberapa kesimpulan dan persoalan besar seperti berikut:

1. 1) Dua orang pengarah NFC telah menyalahgunakan wang syarikat dengan mendapatkan pinjaman bank bagi hartanah yang kemudiannya disewakan kembali kepada syarikat;

2. 2) Adakah urusniaga pembelian hartanah atas nama peribadi tetapi dibayar menggunakan kutipan sewa dari NFC dan syarikat bersekutu ini mendapat kelulusan Lembaga Pengarah? Jika tidak, Dato’ Seri Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran perlu disiasat atas kemungkinan pecah amanah wang syarikat;

3. 3) Bayaran sewa yang dikutip oleh Dato’ Seri Salleh Ismail iaitu RM8,240 sebulan bagi ruang pejabat bernilai RM814,550 adalah terlalu tinggi. Jika pembelian ini dibiayai dengan pinjaman selama 25 tahun pada kadar faedah semasa, bayaran bulanan dianggarkan sekitar RM4,800 sebulan. Ini bermakna Dato’ Seri Salleh Ismail membuat keuntungan 72% setiap bulan; iaitu kadar keuntungan yang terlalu tinggi dari wang rakyat.

4. 4) Jika ini keadaannya dengan unit L-3A-3A yang dimiliki oleh Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail, sudah tentu kadar keuntungan serupa juga dibayar oleh NFC kepada Wan Shahinur Izran bagi ruang-ruang pejabat lain yang dimiliki beliau.


Kaedah membeli hartanah atas milikan peribadi dan dibiayai oleh bayaran sewa oleh NFC dan syarikat bersekutu turut digunapakai dalam hartanah-hartanah lain.

Ruang niaga restoran yang disewa oleh RFC bagi operasi Meatworks di Mont Kiara pula dimiliki oleh Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.

Carian rasmi di JPPH menunjukkan beliau mempunyai dua ruang kedai iaitu unit 2 dan 3. Unit 2 berharga RM8.4 juta sementara unit 2 berharga RM5.7 juta. Ruang ini disewakan kepada RFC yang membayar sewa bulanan kepada Wan Shahinur Izran menggunakan dana RM250 juta yang dibiayai oleh rakyat.

Walaupun saya tidak mempunyai rekod kewangan terperinci bagi RFC dan syarikat-syarikat bersekutu yang lain, saya percaya Wan Shahinur Izran turut mendapat bayaran sewa yang lumayan dari dua ruang restoran yang dimilikinya. Saya menganggarkan beliau memperolehi pendapatan sewa RM150,000 sebulan dari dua unit hartanah bernilai RM14.1 juta ini, mengambil kira kadar keuntungan sama yang diperolehi Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail.

Ini membuktikan sekali lagi bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghentikan penyelewengan wang rakyat walaupun pelbagai pendedahan telah dibuat. Beliau berharap dengan pengunduran sementara Dato’ Seri Shahrizat Jalil dari jawatan kabinet, skandal ini akan reda sementara beliau membiarkan keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil terus bermewah dengan wang rakyat sebanyak RM250 juta.

KEADILAN akan membuat laporan polis susulan berikutan pendedahan ini agar Wan Shahinur Izran dan Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail disiasat atas kemungkinan pecah amanah dalam urusan sewa beli hartanah-hartanah yang digunakan oleh NFC dan syarikat bersekutunya di Mont Kiara.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
24 APRIL 2012


http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/




BERSIH 3.0 TETAP DI DATARAN MERDEKA!




TURUN JANGAN TIDAK TURUN





KENYATAAN AKHBAR BERSIH 2.0 - 24 APRIL 2012



Malam kelmarin badan-badan NGO yang berpayung dibawah BERSIH 2.0 telah mengadakan mesyuarat tergempar. Mesyuarat ini dengan sebulat suara telah membuat keputusan untuk meneruskan DUDUK BANTAH BERSIH 3.0 – di Dataran Merdeka.

Mesyuarat tergempar ini dipanggil untuk menilai kenyataan Menteri Dalam Negeri yang dikeluarkan pada Ahad 22 April yang lalu. Kenyataan ini telah menawarkan kepada Bersih 2.0 Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil sebagai gantian tempat Duduk Bantah.

Dalam masa yang sama Datuk Bandar dengan penuh kontradiksi telah mempelawa Bersih 2.0 untuk menerima Stadium Cheras dan Titiwangsa.

BERSIH 2.0 amat-amat kesal dengan strateji kerajaan yang berulang-ulang menawarkan pelbagai tempat yang berasingan dan memberi jawapan yang bercelaru terhadap rancangan Duduk Bantah. Kenyaatan yang bersimpang siur ini mengingatkan kita semua tentang apa yang telah berlaku tahun lalu. Amat-amat mengecewakan ialah kerajaan hari ini telah gagal untuk bersuara dengan satu nada. Kerajaan telah membenarkan, manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis terus memasang perangkap untuk menggagalkan Duduk Bantah.

Pada 4 April 2012 BERSIH 2.0 telah mengumumkan DUDUK BANTAH yang akan dijalankan di Dataran Merdeka pada 28 April 2012. Pada 16 April 2012 satu surat telah di fax ke DBKL dan pihak polis untuk memberi tahu duduk pekara. Pihak DBKL berkata mereka tidak menerima fax tersebut. Justeru, ini telah disusul dengan surat yang disampaikan dengan tangan kepada DBKL dan polis. Adalah tidak benar apabila Datuk Bandar berkata pada 18 April 2012 bahawa DBKL tidak pernah dihubungi.

Pada 19 April 2012 dan sekali lagi pada 22 April 2012 Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin berkata Duduk Bantah tidak memudaratkan keselamatan negara dan tidak menarik minat orang ramai.

Kelmarin pada 23 April 2012 , polis telah memberikan jawapan menolak penggunaan Dataran Merdeka.

Keputusan BERSIH 2.0 untuk terus ke Dataran Merdeka berasakan pelbagai sebab.

Pertama, Dataran Merdeka boleh didatangi dengan pengangkutan awam seperti LRT ( Masjid Jamek, Pasar Seni) Komuter (KTM station ), Monorail ( Maharajalela) dan bus ( Puduraya, Bangkok Bank dan Pasar Seni). Tidak ada tempat lain diluar pusat kota yang memiliki keselesaan sedemikian.

Kedua, Dataran Merdeka adalah tanda negara bangsa dan kebebasan anak semua bangsa. Dataran ini amat tepat dan sesuai sebagai kawasan umum dimana warga boleh menunjukkan semangat patriotik menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Ketiga, adalah hak warga negara untuk berhimpun di kawasan awam. Hak untuk berhimpun ini dijamin oleh perlembagaan. Hak ini tidak boleh dijual beli. Duduk Bantah ini adalah gerakan yang berpaksikan warga anak semua bangsa. Ianya bersifat nasional dan juga global. Duduk Bantah tidak mengancam keselamatan negara.

Kami percaya pihak polis akan menjaga keselamatan Duduk Bantah. Kerjasama polis ini terbukti pada 26 Febuarari 2012 di Himpuan Hijau dan pada 18 March 2012 di Wanita Suara Perubahan. Orang awam boleh berhimpuan secara aman jika pihak polis dan majlis tempatan bekerja sama dengan penganjur.

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/





LAYARI RADIO BANGSAR UTAMA SEKARANG













RADIO MELAWAN - RADIO BANGSAR UTAMA

layari radio bangsar utama sekarang
dengarkan lagu lagu melawan
dengar lagu punk rock
dengar lagu grunge
dengar lagu kaum buruh
dengar lagu kesatuan sekerja
dengar lagu dari seluruh dunia

dengar lagu yang tak pernah di dengar
dengar lagu lagu sosialis
dengar lagu lagu konunis

jadilah cool
jadilah trendy
jadilah radikal

saya wujud kerana saya mendengar rabu!

bangsar utama wilayah melawan
radio bangsar utama ialah radio melawan
radio bangsar utama berani langgar

dengar sekarang!

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/






PEMBELAJARAN PERCUMA BOLEH DI JALAN KAN



PELAJAR DAN MAHASISWA BAGUN LAWAN!








YURAN SRA, KAFA DI MANSUH - berita hairan

KUALA LUMPUR: Seramai 45,000 pelajar sekolah Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang diselia Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kini menikmati pendidikan percuma berikutan keputusan JAWI memansuhkan yuran bulanan RM10 kepada muridnya.

Pengumuman oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom semalam itu sebagai langkah meringankan beban ibu bapa, sekali gus membuka peluang lebih luas kepada pelajar mendapatkan pendidikan agama.

Beliau berkata, pendidikan percuma itu membabitkan kos RM5.3 juta hasil kutipan zakat dan ditanggung sepenuhnya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama JAWI.

“Ia sudah dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu, cuma pelaksanaannya baru saja diumumkan. Justeru, bagi pelajar yang sudah menjelaskan yuran, wang berkenaan akan dikembalikan.

“Dengan peruntukan besar ini, kita akan lebih berupaya memperbaiki kecemerlangan di kalangan pelajar dan kualiti pendidikan, seterusnya menjayakan misi kerajaan ke arah menjana modal insan yang berkualiti dengan minda kelas pertama,” katanya selepas merasmikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik JAWI 2012, di sini semalam.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...PANDAI PULAK BUAT SEKOLAH PERCUMA.... kah kah kah..

kah kah kah...TAHU PULAK CARA NAK BUAT PEMBELAJARAN PERCUMA...kah kah kah..

woit...HARI INI SEKOLAH RENDAH HINGGA MENENGAH PERCUMA BOLEH PERCUMA...kah kah kah..

kah kah kah..PASAL APA LAGI TIGA EMPAT TAHUN TAK BOLEH PERCUMA?... kah kah kah..

kah kah kah..INI SEMUA KERANA PROJEK NAK BERI KRONI KAYA.... kah kah kah


http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/




TERKINI TERNOW DARI DATARAN MERDEKA




DBKL TELAH DATANG MENYERANG

gerombolan dbkl telah menyerang
anak anak muda di datarn merdeka
semua khemah telah di rampas
semua barang telah di rampas

dbkl sedang memaggar dataran merdeka



NOTA:
ingat tak siapa buat kerja
memagar padang?

ingat tak siapa tetiba
repair padang?

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

500 RIBU AKAN TURUN BERDEMO DI KUALA LUMPUR





DI SINI 500 RIBU ORANG KITA BERDEMO




DBKL SYOR TIGA STADIUM UNTUK PERHIMPUNAN AWAM - berita hairan

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan tiga stadium di sekitar ibu negara sebagai alternatif kepada larangan menggunakan Dataran Merdeka bagi sebarang aktiviti perhimpunan yang akan diadakan sebuah badan NGO disokong pembangkang pada Sabtu ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ahmad Fuad Ismail, berkata tiga stadium itu ialah Stadium Badminton dan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras serta Stadium Titiwangsa di Taman Tasik Titiwangsa di sini.

"Penganjur perhimpunan aman boleh memohon kepada kami untuk menggunakan stadium-stadium ini sebagai alternatif kepada Dataran Merdeka yang memang sudah termaktub dalam Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka)(Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 tidak boleh digunakan sebagai tempat berhimpun.

"Malah penggunaan Dataran Merdeka hanya boleh dipertimbangkan untuk digunakan bagi acara-acara kerakyatan seperti permulaan sebarang acara sukan ataupun kebudayaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, keputusan terbabit juga dibuat berdasarkan peruntukan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang tidak menyenaraikan Dataran Merdeka untuk digunakan sebagai lokasi perhimpunan yang bermotifkan politik.




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... INGAT KAMI DARI BERSIH INI BODOH... kah kah kah...

kah kah kah.... MEMANG LAH KAMI BERMOTIFKAN POLITIK.... kah kah kah...

kah kah kah...BARU SEKARANG TAHU?.... kah kah kah...

kah kah kah...POLITIK KAMI NAK HUMBANKAN GEROMBOLAN.... kah kah kah..

woit... DATUK BANDAR.... SIAPA PILEH MALAON INI... kah kah kah..

kah kah kah..SIAPA UNDI MAT PA CHU CHENG IN?.... kah kah kah..

kah kah kah...SEMUA WARGA KOTA KUALA LUMPUR UNDI PAKATAN RAKYAT..... kah kah kah..

kah kah kah...MAT PA CHU CHING INI MEWAKILI SIAPA?.... kah kah kah..

kah kah kah...RAJA HAPRAK PUN TAK ADA SESIAPA YANG UNDI DIA...kah kah kah