Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Sabtu, 7 Februari 2009

PEMBETULAN BERITA CERAMAH PERDANA - MALAM ESOK DI RUMAH MB PERAK


CERAMAH PERDANA CERAMAH PERDANA CERAMAH PERDANA

AHAD - 8HB FEBUARI 2009

WAKTU: JAM 9.00 MALAM

TEMPAT : RUMAH MENTERI BESAR PERAK - IPOH

AKAN BERUCAP:

Saudara Anwar Ibrahim
Saudara Lim Kit Siang
Saudara Tuan Haji Hadi
Saudara Nizar Jamaluddin

AGENDA: MENERANGKAN KEPADA UMUM TENTANG APA YANG SEDANG BERLAKU DI PERAK.

PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DARI SELURUH NEGARA AKAN HADIR SAMA.

SEMUA DI JEMPUT DATANG.




PERAK ADA 2 MENTERI BESAR - EXCO PAKATAN TERUSKAN TUGAS SEHINGGA MAHKAMAH BUAT KEPUTUSAN -bernama



IPOH 7 Feb. - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang masih menganggap menjawat jawatan Menteri Besar, berkata barisan exco Pakatan Rakyat akan meneruskan tugas seperti biasa sehingga Mahkamah Tinggi memutuskan kedudukan kerajaan negeri itu.

Mohammad Nizar yang mempengerusikan mesyuarat khas exco di kediaman rasmi Menteri Besar Perak berkata Pakatan Rakyat menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan sama ada kerajaan negeri yang ada sekarang sah atau sebaliknya.

“Jadi kita serah sebulat-bulatnya kepada mahkamah untuk menentukan. Kalau mereka teruskan (angkat sumpah exco kerajaan negeri Barisan Nasional) sebelum mahkamah bersidang, maknanya kita akan ada dua menteri besar dan dua kerajaan.

Belum pernah ada dalam dunia begini,” katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini hari ini.


kah kah kah.... SEJARAH PERAK BERULANG KEMBALI?.... kah kah kah...

kah kah kah....DULU ADA DUA SULTAN.... kah kah kah...

kah kah kah....SEKARANG ADA DUA MB..kah kah kah...

kah kah kah....SATU BRITISH TANGKAP....HANTAR PULAU SEYCHELLES...kah kah kah..

kah kah kah... YANG SATU LAGI?.... kah kah kah..



YANG MANA SATU ?



kah kah kah.... YANG MANA SATU YANG MENYAMAR JADI MENTERI BESAR NI ?....kah kah kah

kah kah kah... YANG KIRI KE ... YANG KANAN...kah kah kah...

( gambar di pungut dari laman Malaysian Insider )



BELI BARANGAN TEMPATAN –PM - melayau




KUALA LUMPUR 6 Feb. - Rakyat negara ini disaran mengutamakan barangan buatan Malaysia bagi membolehkan syarikat-syarikat tempatan melalui tempoh kelembapan ekonomi dengan lebih baik tanpa perlu membuang pekerja.


kah kah kah….INI MACAM PERLI MAT MONGO JE… kah kah kah

woit…. BELI KAPAL SELAM PERANCHIS…. kah kah kah..

woit… BELI KAPAL TERBANG RUSSIA ?.... kah kah kah

kah kah kah…. BOTOX UNTUK BIK MAMA TU DARI NEGARA MANA ?....kah kah kah...



TIDAK TAAT KEPADA RAJA ADALAH DERHAKA- MUFTI - melayau


IPOH 6 Feb. - Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, sesiapa sahaja yang tidak taat kepada pemerintah ataupun raja yang memerintah sesebuah negeri, orang itu dianggap derhaka.


kah kah kah….. KAH KAH KAH….. KAH KAH KAH…. KAH KAH KAH…. kah kah kah….




SAMAN SULTAN PERAK PERBUATAN HINA RAJA – NAJIB - malayu


IPOH 6 Feb. - Tindakan pakatan pembangkang mahu menyaman Sultan Perak di mahkamah merupakan satu perbuatan menghina raja yang tidak wajar sama sekali dilakukan oleh sesiapa yang menyanjung tinggi Raja Berperlembagaan.

kah kah kah… kah kah kah kah kah……


woit…. CERAIKAN ANAK RAJA….. KEMUDIAN KATA DIA GILA TAK HINA RAJA KE?..... kah kah kah kah......





RAJA MENUNGGU UNTUK DI BALING KASUT - harakah


Demikianlah juga Sultan Perak yang telah memerintah hampir 25 tahun sebagai Sultan yang dihormati, sekali beliau bertindak secara tidak adil rakyat Perak kiri dan kanan sudah mula mencemuh.

Dikatakan Sultan Perak dan Raja Muda begitu terkejut dengan reaksi rakyat Perak menentang tindakan baginda.

Baginda menyangka bahawa rakyat Perak akan akur dengan keputusannya, tetapi peristiwa di Kuala Kangsar ini sememangnya di luar dugaan baginda. Kedudukan baginda sama seperti kedudukan Dr Mahathir pada tahun 1998.

Baginda Raja Muda Nazrin yang menaiki takhta dengan melangkaui giliran pastinya terkejut keretanya telah dibaling batu oleh para penunjuk perasaan. Baginda yang sejak sehari dua ini bertitah dengan tulus dan mulus menyatakan peranan Raja yang mesti mendukung keadilan, dapat melihat sendiri apabila rakyat memberontak setelah dirasakan Raja tidak adil dan berpihak.

Sehari dua ini kalau baginda turun kepada rakyat, tidak mustahil peristiwa yang berlaku kepada Bush akan turut berlaku kepada baginda. Cuma rakyat Perak mungkin tidak baling kasut sebab ramai di kalangan mereka yang tidak berkasut cuma berselipar. Kalau rakyat Perak membaling selipar apalagi jenis selipar jamban, maka sudah tentu Raja Nazrin akan rasa lebih terhina.

Demikianlah juga ayahanda Baginda Sultan Azlan, baginda juga pasti terkejut apabila rakyat sudah berani mempertikaikan kewibawaan baginda. Dalam laman-laman web kutukan demi kutukan telah dilempar kepada Sultan Azlan. Malah lebih mengejutkan lagi dalam web rasmi Sultan Perak, rakyat telah mencaci nista baginda di dalam buku pelawat web tersebut.

NOTA : KOMPENI GAMUDA NI NAK BENGKRAP KE ?




PERLEMBAGAAN NEGERI AMAT JELAS PERAK TIDAK PERLU DUA MB


Perkara 16(6) – Sistem Raja Berperlembagan , Sultan hanya ada kuasa untuk melucutkan
Jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri ( exco) Tidak Menteri Besar.

Menteri Besar boleh di lucutkan jawatan melalui pembubaran Dewan Undangan Negeri, undi tidak percaya kepada Menteri Besar dalam sidang Dewan Undangan atau Menteri Besar sendiri meletakkan jawatan.




TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP AZLAN



Pakatan Rakyat bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak dan BN jika terus melantik menteri besar BN yang baru.

Pakatan tidak mempunyai pilihan bagi mengambil tindakan itu kerana pelucutan jawatan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin oleh Sultan Azlan Shah jelas di luar batas kuasa dalam peruntukan Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh
Negeri.

Dalam undang-undang, keputusan Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah undang-undang.


NOTA : APA DIA GAMUDA ?




NIZAR AKAN SAMAN LELAKI HITAM


Menteri Besar Perak akan menyaman seorang lelaki berkulit hitam yang mengakui dirinya Menteri Besar Perak yang baru.

Lelaki hitam yang dipanggil Zambry Kadir masih disangsikan jenis bangsanya telah dilaporkan cuba menjadi Menteri Besar baru.

Datuk Seri Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang berasaskan Perlembagaan Perak.

‘Hari ini berlaku krisis Perlembagaan kerana Perak ada dua Menteri Besar’ Nizar berkata pagi kelmarin di satu sidang akhbar.



kah kah kah... kah kah kah.... CAKAP KETUANAN MELAYU.... kah kah kah...



KU LI TIBAI GEROMBOLAN


KENYATAAN TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

“ Dato’ Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah dari aspek perundangan dan perlembagaan melainkan jika beliau meletak jawatan atau disingkirkan melalui undi tidak percaya di persidangan Dewan Undangan Negeri. Tiada sebarang “provision” atau keizinan dalam perlembagaan boleh menyingkirkannya dari jawatan tersebut dengan apa cara sekalipun termasuklah melalui “petitions” atau tindakan di mahkamah mahupun melalui arahan dari mana-mana pihak berkuasa.

“Kerajaan sedia ada terjelma berasaskan dua prinsip utama yang termaktub dalam perlembagaan secara sah “legitimate” dan mutlak bukan terasas dengan kezaliman atau kekejaman menurut undang-undang rimba.

“Kerajaan yang sah (legitimate) memperolehi kuasa dari kepercayaan dan kerelaan rakyat berserta pemimpin dipilih menerusi pilihanraya bebas dan adil. Untuk mengetahui sah dan mutlaknya sesabuah kerajaan samada di Sabah, Sarawak atau Perak mahupun di mana – mana negeri hanyalah melalui pilihanraya untuk mendapatkan mandat rakyat. Inilah asas amalan kita atas nama “demokrasi berperlembagaan”.

“Dalam sistem demokrasi berparlimen, pembentukkan atau pembubaran sesabuah kerajaan yang dilakukan tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan atau bertentangan dengan kehendaknya merupakan penghakisan perlaksanaan undang-undang (rule of law) memungkinkan tertubuhnya kerajaan yang tidak sah.

“Menyentuh persoalan sah atau tidak perlantikan mahupun pemecatan jawatan ketua kerajaan (Perdana Menteri ataupun Menteri Besar) Perlembagaan menetapkan hanya kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat .atau Dewan Undangan Negeri sahaja penentu mutlak dan tidak boleh dilakukan di luar dewan atau melalui pengumuman, desakan, siaran media mahupun sebarang cara yang tidak dihalalkan oleh perlembagaan.

”Kuasa mutlak hanya diperolehi melalui hala cara menurut perlembagaan dan tidak secara paksa atau adanya elemen “jual beli” mahupun sogokkan. Inilah perundangan bagi membolehkan kita menubuhkan kerajaan, negara dan masyarakat . Teramat sukar untuk saya bayangkan kesan kepada pemilikan kuasa yang diperolehi diluar paksi perundangan. “ jelas Tengku Razaleigh.




SUHAKAM BERPENDAPAT: CARA TUBUH KERAJAAN BARU BERMASAALAH


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata cara pembentukan kerajaan baru di Perak telah menimbulkan persoalan dan seterusnya mengenai kesahihan kerajaan negeri yang baru itu.

Sehubungan itu, Suhakam mengulangi bahawa, hanya pilihanraya bebas dan adil yang juga satu hak asasi manusia dapat menyelesaikan ketidaktentuan politik di negeri tersebut.

Dalam satu kenyataannya, Suhakam berkata, ia merupakan hak asasi rakyat untuk memilih kerajaan yang adil pilihan mereka.

Menurutnya, Suhakam mengambil perhatian bahawa Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Suhakam berpandangan bahawa pilihanraya baru bagi Dewan Undangan Negeri - selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia - akan menyelesaikan ketidaktentuan politik berhubung kedudukan kerajaan negeri, terutama apabila kesahihan surat peletakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diragui.