Ahad, 10 April 2022

AKSI AMAN MULA DI LONDON

 

PERLAWANAN

AKHIR

AMIN

AKSI AMAN

BERMULA 

DI LONDON

KHALAS

INGATKAN SABRI

 



Bincang dengan Perikatan sebelum buat PRU15, kata Muhyiddin kepada PM

PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob mesti berunding dengan Perikatan Nasional (PN) dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan, kata Muhyiddin Yassin hari ini.

Katanya, beliau memaklumkan perkara itu kepada Ismail Sabri dalam majlis berbuka puasa melibatkan pemimpin PN dan perdana menteri, semalam.

“Saya juga antara lain mengingatkan YAB Perdana Menteri bahawa PN sebagai parti utama yang membentuk Kerajaan Persekutuan hendaklah dirunding terlebih dahulu dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen,” tulisnya di Facebook.

Walaupun PN membentuk kerajaan persekutuan dengan Barisan Nasional yang diterajui Umno, kedua-dua mereka tidak mempunyai hubungan mesra, memilih untuk melawan sesama sendiri pada pilihan raya di Sabah, Melaka dan Johor.

Umno juga memutuskan ia tidak akan meneruskan hubungan dengan PN dan Bersatu diketahui Muhyiddin untuk PRU15.  

Majlis berbuka semalam di Sri Perdana, Putrajaya dihadiri pemimpin PN termasuk Muhyiddin, Abdul Hadi Awang, Jeffrey Kitingan, Yong Teck Lee dan Dominic Lau.

“Dalam pertemuan ini YAB Perdana Menteri menekankan hubungan kerjasama dengan Perikatan Nasional dalam Kerajaan Persekutuan dan memberikan komitmen untuk berunding dengan PN dalam menentukan dasar-dasar utama negara,” kata Muhyiddin lagi.

Pada Rabu, Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu memberi mandat kepada Muhyiddin untuk meneroka kerjasama dengan parti lain bagi berdepan PRU15.

Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkata majlis memutuskan yang Muhyiddin selaku pengerusi Biro Politik parti perlu meneroka strategi pilihan raya dengan parti lain susulan perkembangan terkini politik dan pilihan raya di Johor.

Muhyiddin minggu lepas mengakui yang beliau merancang mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad tentang peluang kerjasama pada PRU15.

Awal hari ini, Pakatan Harapan juga dilaporkan tidak menutup pintu kerjasama dengan Bersatu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dipetik sebagai berkata yang PKR dan PH bersedia meneroka sebarang peluang dan bentuk kerjasama.

“Kalau tidak dapat dalam bentuk kerjasama, mungkin boleh buat persefahaman politik, ada banyak cara kita boleh buat,” katanya. – 10 April, 2022.

WOIT

INI HANYA BERI

INGATAN PADA

SABRI 114

AMIN

TAKUT 114 LUPA

PADA SYARAT

KAH KAH KAH

WOIT

KEMAH BESAR

MAKIN JELAS

AMIN

SATU PILIHAN

HALANG PENCURI

KEMBALI BERKUASA

MELALUI SAT

UNITED FRONT

BARU

AMIN

KHALAS


KESAH SEBEELUM PUASA




DARI ARKIB TUKAR TIUB

23 MEI 2017


KESAH 

SEBELUM KITA

BERPUASA
Beberapa tahun yang lalu dalam bulan Puasa saya telah sampai di sebuah pekan di Kelantan dalam pukul  1.30 tengah hari. Oleh kerana tak berpuasa saya mencari tempat makan tapi semuanya tutup. Kononnya Bandaran saman kalau menjual makan minum sebelum  jam 4.00 petang.

Di suatu ceruk di pekan itu ada saya ternampak orang keluar masuk kedai makan yang hanya dua papan selit yang terbuka.Sesampai nya di muka pintu kedai ada lebih kurang 10 orang di dalam kedai menunggu nasi dibungkus untuk tapau.

Sebelum tiba giliran saya seorang pakcik meminta dua bungkus nagi champor. Sambil menoleh kepada saya dia berkata:

" Hok chuchu2 ambor baru kelik tadika !"

Dalam hati memang terlintas kata kata Arwah A R Tompel...Rangkautember Rangkautember Rangkautember...
dan  pakcik tersebut  seterusnya menyuruh penjual nasi itu; 

"Mek  weh...Buboh sambal bbanyak!"

Bukan saja Darul Khusus ada Pedas...Nasi champor budak2 tadika Kelantan pun  podaih podaih di Bulan Ramadan Al Mubarak

Selamat Berpuasa dan Puasa lah kamu sebelum kamu di Puasakan.


SAMBAL

BUDU

-----------------

DUTA DIREHATKAN

 




Dua diplomat kanan dipanggil balik kerana sambutan lawatan PM ke Dubai, kata laporan

DUTA Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu dan seorang pegawai kanan diplomatik dipanggil pulang ke Putrajaya kerana isu pengendalian sambutan lawatan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ke negara itu bulan lepas, lapor FMT hari ini.

Menurut laporan, Duta Mohd Tarid Sufian dan Konsul Jeneral di Dubai Mohd Hasril Abdul Hamid “diarah pulang dan direhatkan” kerana tidak menyediakan sambutan sewajarnya ketika ketibaan Ismail Sabri.

FMT melaporkan Mohd Tarid dan Mohd Hasril adalah pegawai diplomatik kanan yang hadir di lapangan terbang untuk menyambut perdana menteri ketika beliau tiba di Dubai, tanpa kehadiran pegawai kanan tinggi UAE.

Ini adalah bertentangan dengan protokol untuk pegawai kanan negara tuan rumah untuk hadir menyambut ketibaan tetamu kehormat asing yang melawat.

“Tidak ada pegawai kanan kerajaan dari UAE yang menerima ketibaan mereka. Sambutan itu tidak sesuai dengan status seorang perdana menteri,” kata sumber dipetik FMT.

Laporan juga menyatakan tidak diketahui sama ada Ismail Sabri mengetahui tentang arahan memanggil balik diplomat itu.

Mohd Tarid dan Mohd Hasril dilaporkan dipanggil balik Kementerian Luar dan ditugaskan ke kumpulan penjawat awam di Jabatan Perkhidmatan Awam di Putrajaya.

Laporan turut menyebut yang pegawai kanan Wisma Putra tidak gembira dengan layanan disediakan dua orang diplomat itu.  

Satu lagi sumber juga dilaporkan sebagai berkata yang Mohd Tarid sudah memaklumkan kepada Wisma Putra tentang kekhuatiran kerajaan UAE tentang masa lawatan Ismail Sabri, tetapi makluman itu tidak diendahkan.

Kerajaan UAE ketika itu dalam persediaan menganjurkan Ekspo Dunia Dubai 2021, dengan ratusan tetamu kehormat seluruh dunia tiba setiap hari.

“Wisma Putra atau menteri luar sepatutnya menasihatkan perdana menteri untuk menjadualkan semula lawatan itu. Ini adalah kelemahan besar kerana melibatkan diplomasi dan reputasi kerajaan,” kata sumber dipetik laporan.

The Malaysian Insight sudah menghubungi Wisma Putra untuk ulasan isu ini. – 10 April, 2022.

WOIT

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

AMIN

WOIT

MACAM KENA

KOBID

KAH KAH KAH

DIREHATKAN

SEBELUM 

DITIDURKAN

KAH KAH KAH

INI SUDAH BERAT

AMAT BERAT

KAH KAH KAH

MULUT SAGUN NI APA?

 



SAGON?

AMIN

SAGON NI APA?

JILAT GOTU KE?

KAH KAH KAH

Unknown commented on 

"PAK LEBAI JANGAN 

MEMANDAI MANDAI"

Idris Mulut Sagon ingat jadi Menteri boleh campur semua urusan agama Di Malaysia ni. Lantik dia duk dalam Jawatankuasa Muzakarah takut tak leh bercakap pulak. Ingat ni mesyuarat PAS ke, mesyuarat lain, sidang media cakap lain. Idris boleh la gosok Gigi, buang sagon dalam mulut tu.

TUHAN TAK SAYANG PENYAMUN

 

TUHAN TAK

SAYANG PENYAMUN

AMIN

ORANG BODOH

SAYANG PENYAMUN

KHALAS

panglimo potaseh commented on

 "MALAPETAKA CUACA 

DAH SAMPAI"

Yang biaso kono malapotako Alam Sekitar adolah kawasan kampong atau penempatan orang papa kodano sonang cakap B40 ..banyak bona ko doso mereka. Tapi kawasan montori UMNO yg kato nyo moncurik biliyun2 sontiaso tampak macam dilindungi tohan ..tak do boncano ..tampak Tohan sgt sayang pado Para Penyamun ni ..curik bobiliyun pon masih bebas kulu kilir ..apo dah jadi ..kahkahkah

BERBUKA PUASA HARI KE 8

 

SELAMAT BERBUKA

PETANG AHAD YANG INDAH
MATA HARI BERSINAR CERAH
GURUH JUGA TERDENGAR
DI LANGIT

CUACA ENAK MOLEK
DAMAI SANTAI
HENDAKNYA
KENCANGLAH
PERNIAGAAN 
TUAN EMPUNYA BAZAR RAMADAN

CUACA INDAH INI
SEDANG  MEMBANTU KITA
UNTUK BERPUASA

AWAS
CUACA INDAH INI
AKAN PERGI MENINGGALKAN
KITA SEMUA
BUMI KITA INI DALAM BAHAYA
PEMBAKARAN MINYAK
MENGAKIBATKAN
BUMI JADI PANAS

KELAMRIN
DI LONDON
HARI PERTAMA
9 APRIL 2022
PERLAWAN TERAKHIR
MELAWAN PEMBAKARAN MINYAK

HARI KEDUA 
AKSI AKAN BERLAKU 

KETIKA GUA MENULIS INI
EROPAH MASIH SUBUH
KITA LIHAT 4 JAM
NANTI APA AKSI BERLAKU

AKSI AMAN BERTUJUN
UNTUK MENYELAMATKAN DUNIA
WARGA SELURUH DUNIA
WAJIB DISEDARKAN
BAHAWA GAYA HIDUP
KITA SEKARNG WAJIB BERUBAH
JIKA TIDAK BUMI DAN ALAM
AKAN BERUBAH
AMIN

PETANG INI
GUA ADA TEMU JANJI
UNTUK BUKA PUASA
DI BANGSAR
TAK ADA YANG SPESIAL
GUA AKAN BAWA
ULAM JERING GUA
KAH KAH KAH
AMIN

SELAMAT 
BERBUKA PUASA

KAKI RASUAH PENJUAL AGAMA SEMUA ADA DALAM KUBUR

 


KAKI RASUAH

PENJUAL AGAMA

SEMUA ADA

DALAM KUBUR

AMIN

Unknown commented on 

"HADIS INI 

CERITA DONGENG KE ?"

Percepatkan kan langkah bukan di perkuburan kafir, tapi bila melalui tempat silam yg Allah pernah musnahkan sesuatu bangsa disitu. Apa ingat kat perkuburan islam tu tak ada orang kena seksa ke? Bersepah orang islam kaki maksiat. Kaki rasuah, pencuri, penyamun, main buntut, jual puki, tunggang ugama, jual ugama, sebar hadis palsu, nampak islam tapi mati sebagai kafir atau munafik dan mcm2. 


Yg nak mengarut2 dan mengejek2 tu bukan lama pun, Allah bagi tempoh sekejap saja sebelum orang simpan dalam tanah. Di perkuburan kafir pun kita tak tau apa yg jadi di dalam. Mungkin ada Muslim yg tertanam disana, sebab keislaman nya tidak diketahui umum. Begitulah di perkuburan islam ada jugak yg mati sebagai kafir tapi disimpan disitu.

MASUKAN NAJIB SEKARANG !

 


 MASUKAN

NAJIB

SEKARANG !!

KHALAS

panglimo potaseh commented on

 "NAJIB PATUT DIPENJARA

 SEUMUR HIDUP"

Najib kono jil seumur idop ..kahkahkah ..makno nyo curik ribu2 juta ..bwk kuar C4 masa jadi montori portahanan ..ado mayat di simin dlm tong. Nak tanyo borapo baki umor Najib ..limo, tujoh ..memang borbaloi kojo jadi Ponyamon UMNO ..syokor kono sounur idop jo ..

TER HOTT TER KINI TER NOWW TER KANTOI

 


TER HOTT

TER NOWW

TER KINI

TER KANTOI

KAH KAH KAH

MASUKKAN NAJIB KE PENJARA. SEKARANG

 


JANGAN LENGAH

MASUKKAN NAJIB

KE DALAM PENJARA

SEKARANG !!

KHALAS

cikminah commented on

 "NAJIB PEMIMPIN ISLAM 

MANGSA FITNAH"

Kalau betul Najib difitnah, habis hutang rm35 billion 1MDB tu, siapa yang buat....??? Atau, hutang tu pun fitnah juga ke...? Kalau utang rm35 billion tu fitnah, maknaya kerajaan tak tanggong hutang 35 billionlah, ya. Tak perlulah kerajaab bayar faedahnya sampai 2 billion setiap tahun.

HADIS INI CERITA DONGENG KE ?

 


HADIS NI

CERITA 

DONGENG KE?

KAH KAH KAH

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KHALAS

Unknown commented on

 "BERPUASA HARI KE 8"

tt..gua ponah baco satu hadis kalau kito lalu dokek kubur org kapir kito kono copek kan langkah kito sobab keksitu balo turun mencurah curah. Patut la otak kau senget sobab hari2 kono hompap dengan balo.

NAJIB PATUT DIPENJARA SEUMUR HIDUP

 


NAJIB PATUT

 DIPENJARA 

SEUMUR HIDUP

KHALAS

MALAPETAKA CUACA DAH SAMPAI

 



Kampung dekat Sandakan dikejutkan dengan hujan batu petang tadi

ENOMENA luar biasa berlaku di sebuah perkampungan atas air, Kampung Tinusa 2 dekat Sandakan apabila penduduk dikejutkan dengan hujan batu kurang setengah jam sebelum waktu berbuka puasa petang tadi.

Kejadian berlaku selama kira-kira 20 minit sekitar 5.50 petang tadi, ditambah pula dengan hujan lebat dan angin kencang, kata Pemaju Mukim Sungai Sibuga Osman Tiakok, yang juga penduduk kampung berkenaan.

“Meskipun kampung ini sering mengalami cuaca hujan lebat dan angin kencang serta air pasang luar biasa berikutan kedudukan kampung yang terdedah kepada laut terbuka, namun hujan ais (batu) itu merupakan pertama kali dialami.

Tetapi Alhamdulillah, keadaan beransur pulih selepas hujan batu itu berserta angin kencang reda. Setakat ini, tiada laporan kerosakan rumah seperti zink atau bumbung terbang,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Osman berkata penduduk kampung yang teruja melihat ketulan ais jatuh atas bumbung dan halaman luar rumah serta mengenai jendela kereta, dengan pantas merakamkan kejadian itu.

Jabatan Meteorologi telah meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 11 malam ini di negeri Sabah. – Bernama, 9 April, 2022.

INI TANDA

MALAPETAKA

 CUACA DAH 

SAMPAI 

AMIN

CUACA DI LANGIT

SEDANG BERUBAH

AMIN

ALAM BERI

AMARAN UNTUK

KITA LAKUKAN

PERUBAHAN

KHALAS

AKTA IBRAHIM ALI ?


Azalina beri amaran pada kerajaan pindaan Perkara 10 tidak berperlembagaan

AHLI Parlimen Barisan Nasional (BN) Azalina Othman Said memberi peringatan terhadap cadangan kerajaan meminda Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan undang-undang anti lompat parti dirangka.

Beliau berkata cadangan pindaan kepada peruntukan perlembagaan mengenai kebebasan berpersatuan dalam bentuk semasa, dan tanpa menentukan lompat parti, kemudiannya boleh dicabar atas alasan perlembagaan.

“Meminda Perkara 10 tanpa mentakrifkan undang-undang anti lompat parti adalah terlalu luas dan berbahaya.

“Selain itu, undang-undang sebegitu kemudiannya boleh dicabar atas alasan Perlembagaan. Mengapa tidak pinda juga Perkara 48(6) pada Isnin untuk mengelakkan potensi krisis Perlembagaan pada masa hadapan?!” kata Ahli Parlimen Pengerang menerusi Twitter.

Peguam New Sin Yew turut membangkitkan isu meminda Perkara 48(6) yang menyenaraikan syarat khusus seseorang ahli Parlimen kehilangan kerusinya.

“Sekiranya undang-undang diluluskan yang mengatakan ahli Parlimen kehilangan kerusi mereka apabila mereka keluar parti, undang-undang itu akan menjadi tidak berperlembagaan kerana bercanggah dengan Perkara 48. Mengapa? Kerana Perkara 48 hanya menetapkan 7 syarat, Parlimen tidak boleh melanggar perlembagaan dan mengenakan syarat tambahan,” kata New.

Beliau berkata bagi melaksanakan undang-undang anti lompat parti, Perkara 48 juga mesti dipinda untuk memasukkan ahli Parlimen bertukar sokongan kepada parti lain.

“Cadangan pindaan kepada Perkara 10 tidak berbuat demikian,” kata New.

Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan kumpulan masyarakat sivil Undi18 berkata cadangan pindaan perlembagaan, yang akan dibentangkan pada sidang khas Dewan Rakyat Isnin ini, memberi kerajaan persekutuan terlalu banyak kuasa dalam mengawal parti politik dan menentukan keahlian parti politik untuk penggubal undang-undang.

Antara yang membantah cadangan semasa untuk meminda Perkara 10 ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Subang Wong Chen.

Cadangan untuk meminda perkara ini adalah satu-satunya pindaan yang akan dibentangkan Isnin ini.

Versi terdahulu pindaan yang dicadangkan memerlukan artikel baharu, 49(A), dengan syarat apabila kerusi Parlimen dianggap kosong, secara automatik mencetuskan pilihan raya kecil. Satu lagi pindaan yang dicadangkan ialah jadual kelapan Perlembagaan Persekutuan, yang akan membolehkan DUN menggubal undang-undang anti lompat parti mereka sendiri.

Azalina sebelum ini telah membentangkan Rang Undang-undang Persendirian untuk pemilihan semula, yang akan memberi pengundi kuasa untuk memutuskan sama ada mereka mahukan pilihan raya kecil sekiranya wakil rakyat mereka bertukar parti. Ini akan melindungi daripada kekosongan yang “tidak adil”, seperti jika seorang penggubal undang-undang dipecat daripada partinya. – 9 April, 2022.

ADA APA

DENGAN AKTA

IBRAHIM ALI INI?

AMIN

APAKAH SEMUA

INI HANYA HELAH

AMIN

HELAH UNTUK

BATAL MOU

AMIN

HELAH UNTUK

BUBAR PARLIMEN

AMIN

RANCANGAN

TIM PENJARA

AMIN

SENGAJA BUAT

AYAT GILA GILA

DALAM AKTA

IBRAHIM ALI

KHALAS

APA GUNA JADI NEGARA MAJU - TAK DAPAT TIPU MELAYU

 




APA GUNA

JADI NEGARA MAJU

AMIN

TAK DAPAT

TIPU MELAYU

KAH KAH KAH

Unknown commented on

 "MAHKAMAH 

KAPIR LAKNAT LEBIH ADIL"

Benar sangat apa dikata. Orang Islam Melayu khasnya LEMBIK, KURANG TEGAS, MUDAH UBAH PENDIRIAN dan MUDAH SIMPATI. Hati boleh berubah HANYA dengan SAMPUL SUMBANGAN IKHLAS KONONNYA 2 keping Note 100, JOHOR jatuh ketangan PARTI LANUN. Aku dari dulu sekarang dan sampai bilax mengtafsirkan SAMPAI KIAMAT MESIA TAK AKAN MENJADI NAGARA MAJU kerana sifat dan sikap rakyatnya.

APA IMRAN KHAN AKAN BUAT

 


APA

IMRAN KHAN

AKAN BUAT

KHALAS

MENTERI NORWAY TAK CIUM BATU ITAM

 



MENTERI NORWAY

TAK CIUM 

BATU ITAM

KHALAS

Unknown commented on 

"MENTERI KAPIR LAKNAT MINUM ARAK MAKAN BABI"

Walaupun dia Menteri kapir, makan babi, minum arak, boleh berzina tapi dia tak boleh pergi Mekah, cium batu hitam. Dapat ambik gambar tengah cium batu hitam, rakyat akan ampunkan dosa mereka. Itulah Menteri negara Islam Malaysiaku. Boleh bawa janda, boleh kahwin guna on line, tak apa asalkan pakai kopiah dn jubah maka hapuslah dosa tu. Menteri minta rakyat nilai perangai dia, Menteri kapir nilai diri sendiri, tu yang letak jawatan.

NAJIB PEMIMPIN ISLAM MANGSA FITNAH

 



NAJIB

PEMIMPIN ISLAM

MANGSA FITNAH

KHALAS

Unknown commented on

 "TAK PERLU DEBAT DEBAT - 

MASUKAN KE DALAM JIL"

Bukan setakat orang kampung yang susah, golongan B40, Pak Lebai Yang lulusan Timur Tengah pun kata Najib difitnah. Tak caya Tanya Hadi Awang, Idris Sagon, Takaiyudin, semua kata Najib pernah masuk dalam Kaabah.

BERPUASA HARI KE 8

 




PUASA HARI KE 8

AHAD  10/4/2022

KITA MASUK HARI KE 8
BERPUASA

ANDEMIK MASUK HARI
KE 10

ANGKA TELAH TURUN
DI BAWAH 14,000+++

BAZAR RAMADAN 
BERJALAN  LANCAR
GUA BELUM JENGOK LAGI
CUACA HUJUNG MINGGU
YANG LUNAK
PASTI MEMBAWA LUMAYAN
UNTUK KAKAK ABANG
MENIAGA DI BAZAAR

HEBOH TENTANG
ARTIKLE 10
DALAM AKTA IBRAHIM ALI
GUA BELUM BACA
MAKA GUA TAK KOMEN

PERANG UKRAINE
HARI KE 45
LEDAKAN TERUS BERLAKU
DI LAPORKAN
AMERIKA BERNIAT NAK BAWA
PUTIN AKAN DIBAWA
KE MAHKAMAH DUNIA
WALHAL AMERIKA
WALHAL RUSIA
TIDAK PERNAH
MENGITIRAF MAHKAMAH INI
KAH KAH KAH

PAKISTAN MASIH
KELAM KABUT
IMRAN KHAN
DENGAN LICIK CUBA
ELAK UNDI TAK CAYA
HASILNYA
KRISIS PERLEMBAGAAN
KAH KAH KAH
INILAH CONTOH NEGARA
YANG DITUBUHAKAN
ATAS DASAR AGAMA
AMIN

WOW
PAGI INI HOKKIEN
TERLALU RAMAI
TERLALU BANYAK KERETA

GUA AMBIL JALAN BUKIT
DARI BUKIT GUA NAMPAK
KERETA BERSUSUN

MERCUN TAK HENTI HENTI
MENAKUTKAN TAK TAK EZI
LALU EZI LARI PULANG 

GUA TAK DENGAR SUARA UNGGAS
KECUALI DI TEPI 
HUTAN BELUKAR DI SEBELAH
BANGUNAN LE CHATEAU
MURAI BERKICAU

MATA HARI DAH KELUAR
TAPI TAK KUAT
GUA RASA PANAS
DAN HUJAN PETANG
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUMLAH
KITA MULAKAN
PAGI INI DENGAN SENYUM

BRO
AWALNYA MEREKA
TAK AMBIL PEDULI
KEMUDIAN 
MEREKA KETAWAKAN KAMU
LEPAS ITU MEREKA
AKAN LAWAN KAMU
INI MAKNANYA KAMU MENANG

BRO
GURU YANG PALING BAIK
IALAH KESILAPAN
AKHIR YANG LU
LAKUKAN

BRO
HIDUP INI
LEBIH BAIK HEBAT
DARI PANJANG

BRO
KATA KATA YANG
TIDAK DIKAWAL
AKAN MENGHILANGKAN
SEDIKIT SAYANG
KEPADA KITA

BRO
JIKA TAK BOLEH
LAKUKAN YANG BESAR HEBAT
LAKU KAN 
YANG KECIL DENGAN
PENUH KASIH SAYANG

BRO
MENARILAH DALAM HIDUP INI
DI TEPI MASA
SAPERTI EMBUN
DI GIGI DAUN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERPUASA