.

Rabu, 7 Oktober 2015

SAMAN JANGAN TAK SAMAN







ALHAM

DULiLLAH

CERITA AKAN

TERBARAi



Ling pertahan kenyataan 1MDB, tidak akan minta maaf kepada Najib

Bekas presiden MCA  Ling Liong Sik hari ini mempertahankan kenyataannya terhadap perdana menteri dan tidak akan memohon maaf, susulan surat tuntutan diterimanya daripada peguam  Najib Razak, mengancam akan menyamannya kerana memfitnah dalam kenyataan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

"Saya katakan kepada perdana menteri, kalau anda memilih untuk saman saya, saya akan membela diri. Dengan segala kerendahan hati, saya terima cabaran anda.
"Saya berharap untuk melihat perdana menteri berdiri di kandang saksi, kerana beliau pasti akan terpaksa berbuat demikian jika beliau mendakwa reputasinya menjadi taruhan.
"Saya ingin menegaskan sekali lagi, saya tetap pertahankan apa yang saya kata. Saya tidak akan meminta maaf," katanya dalam satu kenyataan media. – 7 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ling-pertahan-kenyataan-1mdb-tidak-akan-minta-maaf-kepada-najib#sthash.L8syuD30.dpuf

KAH KAH KAH
woit
ini berita baik
berita amat baik
kah kah kah
mat momgol masuk mahkamah
kepala cukong masuk sama
dua dua buka cerita
rabak rabak rabak
kah kah kah

SAMAN TERUS

--------------

SURAT TERBUKA DARI SB






SiLA BACA

SILA HAYATi 

SURAT SB




SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN

Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat, jiran, serta anak Malaysia yang bencikan kemungkaran, yang tidak berhenti-henti memberikan galakan serta mendoakan keselamatan diri saya serta keluarga. Saya amat terhutang budi.

Sesungguhnya galakan dan doa-doa suci inilah yang memberikan saya kekuatan dan keberanian untuk terus memerangi kemungkaran.

Saya juga amat terhutang budi kepada pihak media kerana telah sudi memberikan ruang untuk menyiarkan rintihan hati kecil saya ini untuk tatapan rakyat Malaysia yang berasa amat terguris hati, marah, kecewa, hampa, geram serta terhimpit dengan "tingkahlaku tidak bertanggungjawab" pemimpin-pemimpin kerajaan sejak kebelakangan ini.

Sesungguhnya keputusan yang saya ambil untuk menulis SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN ini adalah keputusan saya sendiri tanpa disogok atau dibatu-apikan oleh mana2 individu atau organisasi yang berkepentingan.

Saya bertindak atas sifat sebagai seorang pegawai kerajaan yang TERANIAYA, disebabkan oleh pendirian saya tidak mahu bersekongkol dengan pihak yang secara terang-terangan telah melakukan kesalahan besar kepada negara.

Saya faham bahawa sebagai seorang pegawai bawahan saya terikat dengan beberapa peraturan yang melarang saya untuk menyuarakan apa2 kritikan terhadap kerajaan tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan dari ketua jabatan. Saya juga faham bahawa satu bentuk tindakan disiplin boleh dikenakan ke atas diri saya. Malahan surat Beri Penjelasan 1 oleh Ketua Polis Negara telahpun saya jawab panjang lebar pada 15 Sept lalu.

Tetapi di waktu yang sama saya juga sedar tentang hak dan tanggungjawab saya, yang jauh lebih besar dan suci, di bawah PERLEMBAGAAN dan UNDANG-UNDANG NEGARA untuk mempertahankan negara dari segala bentuk ancaman termasuk yang berkaitan dengan JENAYAH. Apatah lagi saya adalah seorang pegawai Polis Di Raja Malaysia yang telah mengangkat sumpah untuk berkhidmat dengan penuh kejujuran sebagaimana yang dikehendaki oleh AKTA POLIS.

Oleh demikian dengan penuh keinsafan dan berbekalkan doa orangramai ini saya memberanikan diri untuk berusaha menegakkan kebenaran bagi menyelamatkan pertiwi dari ancaman manusia-manusia rakus yang sedang bermaharajalela memporakperandakan segala sistem pentadbiran sedia ada dan secara terang-terangan melanggar undang-undang bagi memuaskan nafsu buas mereka.

"What choice do I have???". Perlu juga saya tegaskan di sini bahawa niat saya BUKANNYA UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN. Niat suci saya hanya untuk MENEGAKKAN KEADILAN.

Siapa yang bersalah maka dialah yang akan menerima padahnya di sisi undang-undang. Sesungguhnya undang-undang itu buta dari segi darjat dan kedudukan......tiada bezanya di antara seorang Pembantu Am Rendah dengan seorang Menteri......di antara seorang prebet dengan seorang general......di antara seorang konstabel dengan seorang komisioner dan di antara seorang peneroka FELDA dengan seorang jutawan terbilang!!! Jenayah tetap jenayah.

Ramai juga rakan-rakan saya yang ikhlas menyuarakan kebimbangan mereka tentang keselamatan diri saya. Ada di antara mereka yang menyarankan kemungkinan besar "hired killer atau killers" dari Selatan Thai telah diupah oleh "perompak-perompak" wang rakyat ini untuk membunuh saya. Insya Allah saya tidak sekali-kali akan berundur. Saya akur dengan KEAGUNGAN ALLAH SWT.

Lagi cepat saya mati....lagi cepat mereka masuk jel dan digantung leher sampai mati. Jika saya gugur sekalipun saya yakin perjuangan saya ini tidak akan terhenti di situ saja.
Ingin saya tegaskan di sini bahawa usaha saya ini bukannya bermatlamatkan untuk saya mendabik dada demi kemenangan. Usaha saya ini hanyalah untuk menegakkan keadilan.

Saya lakukan semua ini semata-mata untuk menghambakan diri saya kepada rakyat bagi menyedarkan kerajaan bahawa keadaan negara semakin meruncing dan rakyat sudah loya melihat segala sandiwara yang dipersembahkan oleh pemimpin-pemimpin haprak ini.

Jauh sekali niat di hati kecil saya ini untuk cuba menjadi jagoh atau mencari populariti. Saya bukannya manusia yang egoistik.....bukan seorang berdarah panglima.....seorang yang sudah besar kepala......atau JOBO, mengikut slang orang REMBAU. Saya hanya ingin berbakti pada pertiwi tercinta. Apabila sudah pencen nanti saya tidak akan menyesal kerana saya telah berusaha gigih menjalankan amanat Allah SWT.

Saya mendapat tahu bahawa usaha untuk menghakiskan kredibiliti saya sedang giat dijalankan oleh pucuk pimpinan Cawangan Khas yang ada sekarang.

Saya digambarkan sebagai seorang yang kecewa dan selfish kerana tidak dilantik menjadi Pengarah Cawangan Khas. Kononnya saya tidak mengenang budi apabila permohonan saya untuk pencen awal telah ditolak oleh Ketua Polis Negara. Bila pulak saya memohon untuk pencen awal?

Saya menyeru kepada Dato Sri Fuzi Harun, Pengarah Cawangan Khas, supaya ingat pesanan arwah orangtua kita dulu......jangan berbohong dan jangan gadaikan maruah diri dengan membela orang yang terang-terang bersalah demi merebut jawatan.


surat ini panjang untuk
sambungan baca disini:

Full article: http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=604066%3Anot-another-kevin-morais-please-after-exposing-najib-co-ex-sb-no-2-must-keep-himself-safe-from-murder&Itemid=2#ixzz3nvwnRMCE
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter





----------------

TUNGGU DAN LIHAT







TUNGGU!

ADA ATAU TAK


TV3 RTM BUAT

LAPORAN

KENYATAAN

RAJA MELAYU

TENTANG 1MDB

UTUSAN DAN

BERiTA HARIAN

SENYAP SEPi

penyimpan mohor mohor besar - Astro Awani

www.astroawani.com/.../penyimpan-mohor-mohor-be...
Translate this page
Topik mengenai penyimpan mohor mohor besar, Berita Terkini, Foto, Video, Foto ...Raja-raja melayu mahu siasatan berkaitan 1MDB diselesaikan segara

Raja-Raja Melayu Mahu Siasatan Berkaitan 1MDB ...

www.bernama.com/.../v8/.../newsindex.php?i...
Translate this page
Bernama
1 day ago - Kenyataan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berikutan mesyuarat Pra-Majlis Raja-raja  .

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja buat laporan ...

bm.therakyatpost.com/.../pejabat-penyimpan-mohor-b...
Translate this page
Mar 26, 2015 - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata ... Selesaikan siasatan 1MDB segera, kata Raja-Raja Melayu.

1MDB: Raja-raja Melayu mahu siasatan cepat selesai | Free ...

www.freemalaysiatoday.com/.../1...
Translate this page
Free Malaysia Today
21 hours ago - Penemuan siasatan 1MDB hendaklah dilaporkan secara lengkap dan ...Kenyataan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri  .




----------------

ADAKAH INI MENGHASUT?








ADAKAH

KENYATAAN

RAJA RAJA INI


MENGHASUT?

SAJE TANYA

JANGAN 

MARAH



Raja-raja Melayu mahu siasatan 1MDB selesai secepat mungkin 

Raja-raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.
Dalam satu kenyataan, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/raja-raja-melayu-mahu-siasatan-1mdb-selesai-secepat-mungkin#sthash.VwiElYG4.dpuf



---------

NAJIB , YAHUDI DAN ZIONIS





NAJIB, YAHUDI  DAN ZIONIS

Rakyat Malaysia terutama - Orang Melayu terperanjat besar apabila melihat gambar Muhamad Najib bin Abdual Razak  beramah mesra dengan Benjamin Bibi  Netanyahu.  Bibi ini nama manja Netanyahu - yang kini menjawat kerusi Perdana Menteri Israel.

Gambar ini tersebar luas dalam portal berita dan juga dalam FaceBook. Anak-anak muda dan pengamal Media Baru heboh dengan berita ini.   Netanyahu ini seorang Yahudi dan seorang Zionis yang ganas. 

Belum pun reda berita gambar ‘ramah mesra’ ini tetiba The Times of Israel mengeluarkan  berita memuji-muji Najib Razak. Portal berita Israel melaporkan tentang  Najib Razak a.k.a suami Rosmah Mansor yang amat mesra dengan Isreal berbanding dengan pemimpin Malaysia yang terdahulu. 

Di Malaysia berita ‘mesra’ ini meledak dan memeranjatkan. Kemesraan sabagini  belum pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia. Tidak pernah akhbar Isreal memuji pemimpin Malaysia. Malah Mahathir Muhamad bekas Perdana Menteri amat dibenci oleh Israel dan kaum Zionis.

Sebelum meneruskan  tulisan ini adalah sopan dan stratejik untuk diterangkan  apakah itu Zionis dan apakah itu Yahudi. Telah beberapa kali saya menulis dalam usaha untuk menerangkan dua pekara ini. Saya lakukan ini  kerana pada pemerhatian saya di Malaysia ini telah berlaku kesilapan takrifaan tentang Zionis dan Yahudi.

Yahudi ialah  kaum, bani atau bangsa. Dalam Kitab suci al-Quran ada terdapat perkataan Bani Israel. Ini bangsa Yahudi. Dua puluh empat dari 25 Nabi yang wajib dikenali namanya oleh penganut Islam adalah dari bani Israel. 

Bani Yahudi ini sama saperti  Bani Melayu yang telah wujud dari zaman berzaman walau pun  Bani Melayu tidak disebut dalam Quran.

Manakala Zionis atau Zionisma ialah satu fahamaman politik. Ianya  diwujudkan oleh Theodor Herzl pada tahun 1897. Zionisma ialah  satu gerakan politik bangsa Yahudi yang bertujuan untuk mendirikan negara Israel. 

Yang boleh jadi Yahudi hanya Yahudi. Tetapi yang bukan Yahudi boleh menjadi Zionis. Melayu, Arab , China  - siapa sahaja boleh jadi Zionis. Menerima pakai falsafah dan menyokong perjuangan Zionis maka seseorang itu dianggap Zionis. 

Dari fakta sejarah,  dunia tahu bahawa Uganda telah ditolak sebagai wilayah  untuk dijadikan negara Isreal dalam Kongres Ke Tujuh Zionis  pada tahun 1905. Malah Australia, Canada dan Texas pernah dicadangkan untuk dijadikan  wilayah penempatan bangsa Yahudi i.e negara Israel. Terbukti Zionisma adalah  satu gerakan politik Yahudi untuk mencari tanah jajahan. Justeru amat jelas Zionisma ini bertopengkan agama Yahudi.

Palestin telah dipilih melalui  kerjasama  kuasa kolonial British dengan kaum Zionis melalui  melalui Deklarasi Belfour 1917. Negara Palestin telah dijajah oleh  gerakan Zionis pada tahun 1948. 

Malapetaka atau Nakba penjajahan Palestin ini bermula pada 15 Mei 1948 apabila Isreal didirikan atas bumi Palestin. Kaum Zionis telah berjaya membawa  masuk bangsa Yahudi  yang telah ditindas di Eropah masuk ke Palestin berbondong-bondong terutama satelah tamat Peang Dunia KeDua.

Lalu persoalan timbul mengapa akhbar Israel memuji suami Rosmah?  Pasti ramai akan tertanya-tanya mengapa secara tetiba pujian sampai? Betulkah suami Rosmah ini terserempak dengan Netanyahu? 

Suami Rosmah  bertegang tekak menerangkan  bahawa dia hanya terserempak dengan  Bibi Netanyahu. Betul kah ini? Kalau terserempak siapa pula yang ambil gambar? Siapa pula yang menghantar gambar kepada  media sedunia?

Saya tidak pernah sampai ke Amerika  dan belum pernah melihat bangunan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di New York. Tetapi pada hemat saya mustahil bangunan yang bagini penting dibuat dengan jalan laluan yang terhad. Kalau banguanan PPB ini dibuat oleh Kontrektor Bumiputera saya amat yakin bangunan ini akan hanya ada satu pintu keluar masuk dengan tiga  butir lift. Maka masuk akal Najib dan Netanyahu akan terserempak dipintu lift.

Tetapi bangunan PBB ini direka oleh Oscar Niemeyer dan Le Corbusier. Dua orang Mamat ini bukan dari Rembau. Oscar seorang berfahaman Komunis  berasal dari  Brazil. Manakala Le Corbusier dari France. Mereka ini pereka bangunan yang tersohor dalam dunia.

Hakikatnya mereka bukan Kontrektor Bumiputera. Hakikatnya ada banyak laluan  pergi dan datang banguan PBB. Hakikat mustahil suami Rosmah dan Netanyahu terserempak dipintu lift.

Jika TIDAK  terseremapk maka timbul persoalan apa sebenarnya telah berlaku?

Dengan fikrah yang kritikal mari kita ingati kembali APCO. Apakah pembaca telah terlupa apa itu APCO? Apakah Bani Melayu dan Bani Ketuanan Melayu telah terlupa  siapa itu APCO? Sebelum APCO digaji oleh suami Rosmah  syarikat ‘iklan’ ini telah digaji oleh siapa?  

Justeru jika ingatan para pembaca  telah cerah maka senang untuk memahami siapa agaknya yang menyediakan ucapan suami Rosmah yang mengambil ayat-ayat dari Kitab Torah. 

Semua ini dirancang. Semua  ini disusun. Dalam Persidangan Sambutan 70 Tahun PBB - tidak ada  Ketua Negara datang tanpa perancangan yang terperinci. 

Jadi apa berita dibelakang berita?

Bagini kesahnya : Suami Rosmah sedar bahawa media dunia - Wall Street Journal, The New York Times, Washington Post, The Guardian, Sydney Morning Herald dan dan dan  - semuanya telah mengarahkan muncung senapang mereka  ke dada suami Rosmah. Najib Razak wajib dihumbankan sacepat mungkin.

Akhbar dan media dunia yang berpengaruh ini menyerang suami Rosmah kerana  Najib terlibat dalam apa yang mereka anggap 'money laundring’ atau pengalihan wang haram. Kerja jahat ini amat bahaya untuk sistem ekonomi kapitalis yang mereka sokong. Bahaya  menjadi berganda-ganda kerana kerja jahat ‘ money laundring’ ini  dilakukan oleh kepala negara. 

Dalam masa yang sama Muhamad Najib bin Abdul Razak juga sedar bahawa hampir kesemua  media besar dalam dunia  ini sama ada dimiliki oleh  Zionis atau bersimpati dengan gerakan Zionis.   (Mustahil Mamat APCO tidak sedar pekara ini )

Dalam politik antarabangsa - mustahil ada pemimpin negara Dunia Ketiga yang berani mengutuk Israel. Mana saja negara atau kepala negara yang berani mengutuk Israel pasti akan diserang. Ahmadinejad dari Iran telah diketepikan. Gadaffy dan  Sadam Hussein diwafatkan. Suami Rosmah sedar akan hal ini.

Justeru - ucapan suami Rosmah dirancang dengan ayat-ayat yang bersangkutan dengan Yahudi dan Isreal. Dirujuk ayat-ayat suci dalam Kitab Taurah. Bijak. Hakikatnya ucapan suami Rosmah bukan ucapan yang mengutuk keganasan Zionisma. Bukan mengutuk penjajahan Palestin. Bukan membongar jenayah Israel yang mengancam dunia Arab. Semuanya tidak.

Justeru ucapan  dari suami Rosmah  menjadikan Bibi suka. Dari gambar yang kita lihat jelas senyuman Bibi amat menggumbirakan. Apakah Bibi telah tahu lebih awal isi ucapan suami  Rosmah? Mungkin Mamat APCO yang dipakai oleh Bibi adalah Mamat APCO yang sama yang dipakai oleh suami Rosmah. Walah hua alam bisawab.

Apa tujuan semua ini? Jelas semua ini dilakukan sebagai langkah minta nyawa. Muhamad Najib bin Abdul Razak dari Malaysia sedang minta nyawa  dari kaum Zionis. Ini makna ucapan dan gambar Najib bersama Netanyahu.

Suami Rosmah amat amat sedar akan pengaruh kaum Zionis International. Dunia hari ini dilakar, dirancang dan diatur oleh kaum Zionis International. Ini bukan tohmah atau omong kosong. Ini fakta politik dunia.

Sebelum berucap di PBB - suami Rosmah dikatakan telah minum pagi, minum petang, makan malam - dengan pelbagai jenis Malaon di New York.  Suami Rosmah diaporkan telah memberi ucapan kepada kaum pemodal besar di New York. Kaum pemodal besar ini selalunya adalah kaum Zionis. 

Sayugia dimaklumkan bahawa kota New York adalah sarang kaum Zionis International.

Apakah kaum Zionis International tidak tahu siapa suami Rosmah ini? Apakah Bibi Netanyahu tidak tahu apa yang sedang berlaku di Malaysia? Pasti tahu. Buktinya cukup senang dalam laporan berita The Times of Israel ada diselitkan berita tunjuk perasaan anti-Israel yang berlangsung Jumaat lalu. Ertinya media Zionis mengikuti apa yang berlaku di Kuala Lumpur. Bukan sahaja APCO ajen mereka - ramai lagi sosok ‘cari makan’ yang bersedia untuk menjadi talibarut Zionis.

Langkah minta  nyawa oleh suami Rosmah ini cukup jelas. Portal The Times of Israel telah membandingkan suami Rosmah dengan pemimpin  Malaysia yang terdahulu. Nama pemimpin dahulu tidak disebut tapi kita tahu sosok yang tegas mengutuk Israel ialah Mahathir Muhamad.

Si Mahathir ini jugalah yang pada ketika ini sedang mengepalai kempen untuk menerajang suami Roamah dari kerusi Perdana Menteri. 

Apakah Bibi tidak tahu hal ini? Apakah The Times of Israel tidak tahu hal ini? Mungkin budak-budak APCO telah diberhentikan secara resmi. Tetapi pasti ada tunggul dan benih benih baru yang memberi laporan terperinci kepada BOSS di Tel Aviv.

Apa yang memeranjat ialah para Pak Lebai,  para Pendakwah, Tok Kadi, Pak Imam , Tok Mufti senyap tak berani bersuara tentang suami Rosmah ‘terserempak’ dengan Bibi Netanyahu. Hanya dua minggu dahulu DAP dikatakan ajen Zionis Yahudi. Sebelum ini Anwar Ibrahim. 

Penjual Agama ini  tidak heboh mungkin mereka menyimpan harapan - mana tahu - jika Penderma Tok Arab itu akan datang sekali lagi membawa beg.

Lalu timbul persoalan - Apakah suami Rosmah berjaya minta nyawa dari Bibi Netanyahu? Kita tunggu dan lihat dalam masa terdekat apa yang akan dilakukan oleh Mahathir Muhamad.(TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45



------------

NAK SIASAT APA?







NAK SIASAT

GAPO?

SEMUA DAH

KENA BELI

SAKSI ILANG






PAS gesa hidupkan semula pasukan siasatan khas 1MDB

PAS menyokong penuh saranan Raja-Raja Melayu yang mendesak agar siasatan 1MDB diselesaikan secepat mungkin.
"Dengan saranan Raja-Raja Melayu, diharap kerajaan jangan berlengah lagi untuk menghidupkan pasukan siasatan khas 1MDB yang terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan SPRM dan membenarkan mereka untuk menjalankan siasatan tanpa rasa takut atau pilih kasih," kata Timbalan Presidennya,  Tuan Lebai Ibrahim Tuan Man.


PINDAHKAN

LEBAI INI

KE JABATAN

PERDANA

MENTERI

KAH KAH KAH




--------------

BILA NAK SAMAN MAHATHIR







NAJiB  BERANI


SAMAN


LIONG SiK



KOMENTAR

lee liong sik cakap
'saya setuju dengan
mahathir najib wajib 
letak jawatan kerana
najib ambil duit
orang rakyat masuk
akaun pribadi'

Liong Sik sokong Dr M, mahu Najib letak jawatan - Politik ...

www.sinarharian.com.my/.../liong-sik-sok...

Translate this page
Sinar Harian
4 days ago - Liong Sik sokong Dr M, mahu Najib letak jawatan ... SHAH ALAM - Pengerusi Majlis Utar, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini secara terbuka menyokong pendapat ... "Saya bersetuju," kata Liong Sik dipetak laporan The Star.

Ling Liong Sik Gesa Najib Letak Jawatan - Berita Semasa ...

www.mstar.com.my/.../ling-liong-sik-gesa-najib-letak-...

Translate this page
4 days ago - KUALA LUMPUR: Tun Dr Ling Liong Sik secara terbuka menggesa Datuk Seri Najib Tun Razak meletak ... Ling Liong Sik Gesa Najib Letak Jawatan ... Tags /Kata Kunci: Tun Dr Ling Liong Sik , Datuk Seri Najib Tun Razak  ...
www.ekeleh.com/setuju-najib-letak-jawatan-sebab-dia...

Translate this page
3 days ago - Setuju Najib letak jawatan sebab dia ambil duit orang masuk akaun peribadi dia ... Kata-kata bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik yang 


MADEY CAKAP

' najib ini pencuri'


Berita Mahathir: Najib pencuri, ahli Umno Pekan, jangan ...

www.kinitv.com/video/23632O74

Translate this page
3 days ago - Berita: Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak pengundi Umno di Pekan supaya tidak mengundi Perdana Menteri, Datuk...

Putra Merdeka: Najib Pencuri ~ Tun M..!

politikputramerdeka.blogspot.com/.../najib-pencuri-tu...

Translate this page
3 days ago - Mendakwa Datuk Seri Najib sebagai pencuri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa pengundi Pekan memastikan Presiden Umno itu ...

Mahathir: Najib pencuri, ahli Umno jangan undi dia di Pekan

malaysia.watsupasia.com › KiniTV

Translate this page
3 days ago - Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mengajak pengundi Umno supaya tidak mengundi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib ...

KiniTV on Twitter: "Mahathir: Najib pencuri, ahli Umno ...

https://twitter.com/kinitv/status/650600609423355904

2 days ago - Mahathir: Najib pencuri, ahli Umno jangan undi dia di Pekan http://fb.me/2GPMzFqwX. View translation. Translated from Indonesian by Bing


BILA NAJIB

NAK SAMAN

MAHATHIR






-----------