.

Khamis, 27 November 2014

HANTU UNTUK MAK CIK FELDA




HANTU DAN HANTU
Satu point utama disini ialah strategi politik adalah untuk mewujudkan lebih banyak hantu.hantu-hantu selain jembalang ialah hantu-hantu yang di tetaskan oleh gerombolan united malays national organisation seperti hantu bernama red indian, hantu bangsat, hantu segala macam hantu.Ini semua tak lebih dari cuba hendak tipu melayu, makcik dan pakcik felda.kah..kah..kah..

hakikatnya gerombolan united malays national organisation, ringkasnya umno celaka lah yang melahirkan banyak hantu yang hisap darah siang dan malam.ada hantu lembu,ada hantu penyamun dan hantu yang macam dalam filem P. ramlee tu. satu untuk kau,dua untuk aku, macam juga filem abdul wahub si negeri Sahak gagap yang kata ini tidak adil.kah..kah..kah.. on ISIS DAN GEOPOLITIK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/26/14



--------

MANA ANAK BADAK ILANG








 ANAK BADAK 
didesas desuskan bahawa media
cetak dan leterik telah diarah
jagan mainkan berita anak badak
ini kerana terlalu ramai
 perwakilan benci dan meluat
melihat muka anak badak
malah muhyddin  
yang desas desuskan 
tak minat nak jadi pm
sebenarnya  
muhyiddin hanya meluat
dengan 
rosmah mansor



----------

DEMO DEMO DEMO








KOMENTAR

langkah tepat
langkah berilmu
langkah berakal

inilah jawapan tepat
turun ke jalan raya
hantar memo buang masa


PR buat demo, jika RON95 tidak turun
 | November 27, 2014
Tindakan menurunkan harga minyak semata-mata untuk mengaburi mata rakyat
KUALA LUMPUR: Pembangkang akan mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 31 Disember ini sekiranya kerajaan tidak menurunkan harga minyak RON95 kepada RM1.90 seliter.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menurunkan harga minyak beberapa sen, kononnya mengikut harga pasaran hanyalah helah semata-mata bagi mengaburi mata rakyat.

KAH KAH KAH

woit
anak muda
yang selama ini
marah naik darah
inilah masanya
jangan cakap saje
jangan main fb saje
turun buat ramai

KAH KAH KAH


ULANGI
dengan jumlah 
yang lebih ribu ribu
-----------

BULL SHIT






FACE BOOK


BULL SHIT.... Pemuda, Wanita Umno,KJ & Presiden Umno kata Akta Hasutan penting untuk keselamatan dan keamanan negara...Sebagai kartunis, saya ditangkap di bawah Akta Hasutan pada September 2011 dan minggu lepas disoal siasat lagi di bawah Akta Hasutan kerana lukis kartun.



-----------

FORUM MALAM INI






MALAM INI


Dijemput ke Forum 1MDB bertajuk "1MDB: Kemanakah Wang Rakyat?" yang akan diadakan pada malam ini. 

Butiran adalah seperti berikut:

Tarikh: Khamis, 27 November 2014
Masa: 830 malam - 1100 mlm
Tempat: Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, Selangor 55100 Kuala Lumpur

Panelis yang telah mengesahkan kehadiran adalah YB Tony Pua, YB Rafizi Ramli dan YB Hanipa Maidin.

Pihak media dijemput bersama.

Terbuka kepada orang ramai dan masuk adalah percuma.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah,
AKMAL NASIR
Pengarah
National Oversight & Whistleblowers (NOW)





----------

DEMO DATARAN MERDEKA








BERITA BAIK

demo anti harga barang
sedang dirancang
anak anak muad bersedia
turun ke dataran merdeka
pada malam ambang tahun baru
NOTA
tibai jangan 
tak tibai
HARGA RON95 SEPATUTNYA RM1.90: DEMO 31 DISEMBER 2014 TUNTUT HARGA RON95 RM1.90

Mekanisme menentukan harga petrol dan diesel secara apungan terkawal tanpa subsidi seperti yang digunapakai sekarang adalah tidak adil kepada rakyat.

Sementara rakyat terdedah kepada risiko turun naik harga minyak mentah dunia yang diterjemahkan menjadi harga petrol dan diesel yang lebih mahal, kerajaan pula menjamin bahawa kos dan keuntungan syarikat minyak yang menjual petrol dan diesel ditanggung oleh rakyat.

Mengikut formula sekarang, kerajaan menjamin untuk menanggung kos operasi dan keuntungan syarikat minyak sebanyak 30 sen seliter bagi petrol RON95.

Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat menuntut supaya subsidi yang sama iaitu 30 sen setiap liter RON95 dan diesel diberikan kepada rakyat supaya berlaku adil kepada rakyat. Jika Barisan Nasional boleh menjamin keuntungan dan membayar balik kos syarikat minyak, adalah tidak masuk akal perkara yang sama tidak diberikan kepada rakyat.

Pada jumlah penggunaan bahan api yang dianggarkan 14 bilion liter petrol dan 10 bilion liter diesel setahun seperti jawapan Parlimen yang diberikan Perdana Menteri, subsidi sebanyak 30 sen seliter ini hanya menelan belanja RM7.2 bilion setahun sahaja. Jumlah ini berpadanan dengan jaminan bayaran balik kos dan keuntungan yang diberikan kepada syarikat-syarikat minyak.

Pakatan Rakyat tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa jika harga RON95 tidak diturunkan kepada RM1.90 seliter menjelang 1 Disember 2014, satu demonstrasi besar akan dibuat pada 31 Disember 2014 untuk menuntut #turunhargaminyak

Helah untuk menurunkan harga minyak beberapa sen sahaja kononnya mengikut harga pasaran tidak akan mengabui mata rakyat dari hakikat bahawa Barisan Nasional menjamin keuntungan dan kos syarikat minyak sebanyak 30 sen seliter tetapi enggan memberi hak subsidi 30 sen kepada rakyat. 

DR MOHD HATTA RAMLI
Pengerusi Gerakan Turun Harga Minyak
Ahli Parlimen Kuala Krai

ANTHONY LOKE
Setiausaha Organisasi DAP
Ahli Parlimen Seremban

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

27 November 2014





-------------

LEBIH HEBAT DARI PWTC






HEBAT HEBAT

lebih hebat
 dari lawak  pwtc
jemput datang 
tukar tiub buat lawak
di no black tie
jalan nagasari
bukit bintang
rabu 3 disember
jam 9 malam
kesah
 akta hasutan baginda queen
dan
kes mak janda 
nak jadi anak dara
jamin terbarai  

KAH KAH KAH


NOTA
happi hour sepanjang malam
minuan tanggung sendiri







----------

SATU PENAFIAN






KENYATAAN 

AKHBAR


blogger tukar tiub sakeras kerasnya
menafikan bahawa beliau
telah berada dalam dewan pwtc
pada pagi 27 november 2014

berita beliau berada
di dewan pwtc tidak benar

adalah diumumkan bahawa
berita yang mula tersebar ini
menghina para blogger melayu
menghina islam
menghina raja raja
dan munggugat akidah

sila hentikan penyebaran 
berita tidak benar ini

NOTA:
baru malam kelmarin
tukar tiub memberi
huraian tentang etika
apa yang betul dan apa yang salah
dari pandangan emmanuel kant

bercakap bohong adalah salah
ianya melanggar etika kemanusiaan


  1. bro....popularlah kuar gmbr dlm PAU14....hahahaha....segmen akta hasutan....
  2. Glamer , 2-3 kali keluau di skrin besau (:
  3. Wow masuk hebaaaat!
  4. adalah idola anak2 muda Umno RT : Why is Hishamuddin Rais giving a speech at UMNO PAU?
  5. Wah, jadi special feature PAU2014







-----------