Jumaat, 16 April 2021

PERANG - SELAMAT DATANG

 



PERANG

SELAMAT DATANG

AL-FATHIAH - UNTUK ANAK MUDA INI

 


AL-FATIHAH

POLIS CHICAGO

POLIS SHAH ALAM 

POLIS CHICAGO KATA
ARMED CONFRONTATION
ADA PERTEMPURAN BERSENJATA

INGAT KES 
AMINUL RASHID
POLIS SHAH ALAM KATA
ADA PARANG DALAM KERETA


BERITA

29/3/2021 LALU 

Chicago police shooting victim was 13-year-old boy, department says

Adam Toledo was killed in an ‘armed confrontation’, police say, as family calls for

 justice 


Seorang budak lelaki berusia 13 tahun telah dikenal pasti sebagai orang yang ditembak mati oleh polis Chicago di sebelah barat bandar dalam apa yang dinamakan jabatan itu sebagai "konfrontasi bersenjata".


Adam Toledo meninggal dunia akibat luka tembakan di dadanya pada awal hari Isnin, kata pejabat pemeriksa perubatan daerah Cook pada hari Khamis.


Polis Chicago mengatakan seorang pegawai bertindak balas ke tempat kejadian tembakan telah dikesan ketika pegawai itu menembak suspek.


BERITA 

HARI INI 

Video appears to show Chicago police shooting Adam Toledo, 13, as he raised his hands

Chicago mayor urges calm in the city as body-cam footage of fatal shooting of Toledo is released for first time 


Rakaman video kamera badan yang disiarkan  untuk pertama kalinya pada hari Khamis menunjukkan seorang pegawai polis Chicago menembak Adam Toledo, seorang 13 tahun, ketika dia mengangkat tangan ke udara.


Rakaman tersebut menimbulkan kemarahan baru di bandar di mana Toledo ditembak bulan lalu. Pada hari Khamis, walikota Chicago, Lori Lightfoot, berdiri di samping pemimpin masyarakat Latino dan meminta ketenangan.


Lightfoot, suaranya hancur ketika bercakap pada sidang media sebelum rakaman itu disiarkan kepada umum, menggambarkan video itu sebagai "sangat sukar untuk ditonton, terutama pada akhir" dan mengatakan "kami gagal Adam".


Toledo ditembak dan dibunuh oleh polis pada 29 Mac setelah dikejar oleh pegawai.



LIHAT BAGAIMANA

BERITA DIOLAH

UNTUK TUJUAN

JAHAT 


SAJAT BERBUKA MAKAN APA ?



SAJAT

LU BERBUKA

MAKAN APA? 

AMIN

SAHUR DIMANA?

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

AMIN

GUA DULU

POLIS PUN

CARI GUA

KAH KAH KAH

GUA CELAH IKUT

SUNGAI GOLOK

KAH KAH KAH 

Muhammad Sajjad hina agama?

KUALA LUMPUR – Usahawan sensasi, Muhammad Sajjad Kamarzaman yang masih tidak dapat dikesan lagi selepas waran tangkapnya dikeluarkan dilihat aktif di laman media sosial.

Malah menerusi Insta Story miliknya, Sajad telah mengeluarkan kenyataan menyentuh perihal agama.

Dia seolah-olah menyindir sesetengah pihak yang merasakan diri mereka tidak pernah berbuat dosa serta menggelar mereka munafik.

“Biarlah tak ada agama daripada ada agama, yang rasa diri itu bagus dari tak pernah buat dosa. Kebanyakkannya banyak manusia munafik!!!

“Manusia bertopengkan syaitan!!! Is true story uols!!,” tulisnya.

Dalam beberapa perkongsian lain, Sajjad memberitahu bahawa bangkit akan kembali bangkit daripada segala masalah yang berlaku.

Dia turut meluahkan rasa berang dengan memaki netizen dengan kata-kata yang kurang sopan.

Pada awal bulan ini, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador meminta Sajjad keluar dari tempat persembunyian dan seterusnya berhadapan dengan kes yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Menurutnya, ketika ini, pihak polis masih belum mendapat sebarang perkembangan tentang kedudukan dan keberadaan usahawan kontroversi terbabit yang dipercayai berada di luar negara. –

PERSOALANNYA

APAKAH YANG

SAJAT TULIS

ITU BENAR 

ATAU SALAH

AMIN

SAJAT TAK 

NAK ISLAM

BIARKAN DIA

KHALAS

BIARKAN SAJAT

MASUK NERAKA 

AMIN

SENANG SIKIT

MOKHTAR SENI

AMIN

BUAH NENAS SAJAT

TAK  GANGGU

MOKHTAR SENIK

DI SYURGA 

KAH KAH KAH

DALAM NERAKA

SAJAT TAK AKAN

MENGANCAM

PARA PAK LEBAI

KAH KAH KAH 



NAJIB MAKIN BIJAK

 

SEMENJAK

MENINGGALKAN

BIK MAMA

NAJIB JADI BIJAK

AMIN

JADI DEMOKRATIK

AMIN

BERJIWA RAKYAT

AMIN 



Covid-19 tak reda selepas 3 bulan darurat, kata Najib

MALAYSIA menjadi satu-satunya negara mencatat peningkatan kes Covid-19 semasa dalam tempoh darurat kesihatan, kata Najib Razak.

“Selepas darurat tiga bulan kononnya untuk melawan Covid-19 - sedikit penurunan dalam kes baru, kematian baru naik, jumlah pesakit dalam ICU naik, kluster baru dikesan naik, bilangan kluster yang masih aktif naik, dan kadar kebolehjangkitan (R0) naik,” kata bekas perdana menteri itu di Facebook.

Nilai R0 digunakan untuk meramal berapa orang yang mungkin akan mendapat jangkitan Covid-19. Semakin tinggi R0, semakin ramai yang akan mendapat jangkitan. 

Najib juga berkata Malaysia bukan sahaja satu-satunya negara di dunia yang isytihar darurat dan menggantung Parlimen atas alasan untuk membendung pandemik.

“Malah kita satu-satunya negara dalam dunia di mana situasi Covid menjadi lebih berbahaya selepas 3 bulan pelaksanaan darurat.”

Ahli Parlimen Pekan itu turut memuat naik statistik jangkitan Covid-19 memaparkan 2,232 kes baharu yang direkodkan pada 11 Januari (semasa darurat diisytihar) dan 2,148 kes yang dicatat semalam.

Statistik itu juga menunjukkan angka kematian hanya 4 kes pada 11 Januari, berbanding 10 semalam. Manakala jumlah pesakit di wad ICU naik kepada 212 orang semalam berbanding 187, sementara jumlah kluster Covid-19 bertambah kepada 346 berbanding 258 pada 11 Januari.

Perdana Menteri Muhyiddin semalam sekali lagi menegaskan tiada niat jahat di sebalik pengisytiharan darurat.

Beliau yang juga presiden Bersatu berkata pengisytiharan darurat diputuskan semata-mata untuk membendung penularan pandemik Covid-19 dan mempercepatkan langkah perundangan berkaitan pengurusan wabak itu.

“Ini merangkumi penggunaan aset hospital swasta, mengambil milikan sementara tanah, bangunan atau harta alih hospital swasta atau membuat permintaan menggunakan sumber hospital swasta bagi merawat pesakit Covid-19.

“Jadi, sila yakin bahawa tidak ada motif jahat di sebalik pengisytiharan darurat ini,” katanya ketika berucap pada sesi dialog bersama industri anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri semalam. – 16 April, 2021. 

SAYANG

TERLAMBAT

AMIN

KALAU TIDAK

NAJIB

PEMIMPIN ISLAAM

YANG SYUMUL

YANG SUCI

YANG ALIM

KAH KAH KAH 



PETANG INI

 



PUASA HARI KE 4 



PETANG INI HUJAN
TAPI
HUJAN TURUN AWAL
JAM 3 ++ HUJAN SAMPAI
JAM 4++ HUJAN BERHENTI
CUACA SEJUK
DAN NYAMAN
MACAM UDARA DI BUKIT FRAZER
AMIN

MUNGKIN INI DOA
DARI MAK CIK PAK CIK
BAZZAR RAMADAN
CUACA BAGINI
AMAT BAIK UNTUK BERJUALAN
SEMOGA REZEKI
MEREKA LUMAYAN

PETANG INI
AKU BAWA TAK TAK DAN EZI
KE HOKKIEN
YANG SENYAP SUNYI

AKU  BERBUAL DENGAN INGATAN
LALU TERINGAT KEMBALI
ZAMAN ZAMAN DULU
MATA AKU MEMANDANG
DI TANAH PERKUBURAN
TAPAI IMAJINASI
AKU PULANG JAUH
KE SATU ZAMAN
DI MANA AKU DISAWAH
MENCARI PADANG RUMPUT
KERANA AKU ADA
MEMILIHARA SAEKOR KERBAU

KINI DEPAN MAT AKU
DUA EKOR ANJKING
YANG SAMA SETIANYA
SAPERTI KERBAU AKU
YANG TELAH WAFAT
SATU MASA YANG LAMA DULU
AMIN

PUASA INI
AKU MENIMBANG BADAN
AKU NAK MELURUHKAN
LIMA KILO

PETANG INI
AKU BERBUKA
DENGAN 2 BUTIR  KURMA
DARI BAM IRAN
DUA HIRIS KUIH LAPIS
DAN 
SEMANGUK BUAH
PISANG MANGA DAN APPLE

SAHUR DAN BERBUKA
MENU AKU SAMA
TAK BERALIH

JAM 8 AKU MAKAN
SALAT  DAN  GULAI DAGING
YANG AKU PANASKAN
TELAH MASAK 4 HARI DULU
DAN 
SAMBAL IKAN MASIN
YANG TELAH  AKU BUAT
3 HARI DULU
OOOOH
AKU ADA JERING MUDA
INI YANG MENARIK

MALAM INI
JAM 9 AKU AKAN
KE CHOW KIT
MERANCANG UNTUK 
MINUM KOPI ACEH
DI RESTORAN GARUDA
KEMUDIAN
MENCARI JERING DAN AVOKADO
HARGANYA LEBIH DEMOKRATIK
HARGA BORONG
AMIN

ESOK KITA PUASA LAGI
SELAMAT BERBUKA



HINA INI APA DIA ?

 



HINA INI

APA DIA?

AMIN 


Muhammad Sajjad hina agama?


SAJE TANYA

KALAU KALAU

HINA INI SAMA

KWAP 

KHALAS


TERCICIR JAM OMEGA

 




TERCICIR

JAM OMEGA 

Unknown commented on

 "MUHYIDIN CAKAP BETUL"

Orang jahat tidak akan kata dia jahat.... Orang sondol belakang tak akan mengaku main belakang.... Orang menipu sentiasa berputar....tidak tipu... Orang hilang jam OMEGA telah berkata masih ada tapi tak perlu tunjuk... 


Orang dirakam suara tidak mengaku itu dia tapi apa perlu rakyat mesti tahu.... Orang bodoh tidak nampak bodoh tapi terus akan diperbodohkan... Hanya orang berakal dan ikhlas sentiasa berhati hati supaya tidak discam.... Lesson Jangan Kena Tipu 101.

TUKANG JUAL AYER DOA DAH HILANG

 



PENJUAL  AIR DOA

DAH MENGHILANG 


panglimo potaseh commented on

 "ADA KEBENARAN - 

PROJEK KAPITALIS JUAL UBAT"

Vaksin semuanye ciptaan kapir ..apa pun orang kapir memang jahat ..tujuan mrk hanya untuk kaot kountongan ..tak bersunat lah katakan. Tapi ..gwa tenggah tunggu Al-Keramah Dato Doktor UsTaT Haji Fadilah Kamsan untuk bikin air DOA yang boley kiokang Sang Kovid ..air doa lobey selamat.

BAZAR RAMADAN BOLEH PULAK ???

 



BAZAR RAMADAN

BOLEH

BALIK KAMPUNG

TAK BOLEH

PELIK LAGI MELIK 

cikminah commented on 

"TUKAR TIUB SOKONG"

Yalah, elok dibenarkan semua orang merentas negeri untuk beraya, supaya jumlah jangkitan meningkat dari hanya 2,000 kpd 5,000 atau lebih, sehari. Tak kena, memang mudah cakap perasaan lebih penting dpd jangkitan. Bila dah kena baru cakap berjaga-jagalah, kita tak tahu siapa yg dah dijangkiti....😝

ADA PROJEK LAIN KE ?

 



ADA PROJEK

TAMBAHAN KE?

AMIN 



Covid-19 tak reda selepas 3 bulan darurat, kata Najib


SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH

ADA KEBENARAN - PROJEK KAPITALIS JUAL UBAT





MASUK AKAL

KOBID PROJEK

KAPITALIS BUAT

DUIT JUAL UBAT

AMIN 

Unknown commented on 

"SEMUA VAKSIN BERMASALAH"

Kobid satu business yang berjaya, cetus penyakit jual ubat, China sedar atau tidak, semua hujung keuntungan belaka, tak kira lah Kobid jenama versi apa, ada vaksin sementara, yang di Singapore pun kena balik selepas ambik vaksin, apa guna vaksin ? 




Maksud jual ubat keras paling laku di Malaysia lah, kah kah kah adab dunia kapitalis buat untung selagi ada peluang, kah kah orang mati pun ada untung kah kah

AL-FATIHAH

 


AL-FATIHAH

ANAK MUDA

KAU PERGI

KETIKA KAU

MASIH MUDA

AMIN

Penghantar barang meninggal dunia dihempap dahan pokok

KUALA LUMPUR – Seorang penghantar barang meninggal dunia dihempap dahan pokok yang tumbang semasa hujan lebat di Jalan Damai Jasa berhampiran Stesen Minyak Petronas Alam Damai hari ini.

Mangsa, Syed Izzat Izzudin, 20, mati di tempat kejadian selepas dahan pokok jatuh menimpanya dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang tadi.

“Dahan tersebut jatuh di atas badan mangsa dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Bomba yang hadir ke lokasi memotong dahan tersebut untuk mengeluarkan mangsa. Motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian tengah,” kata polis dalam satu kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette


AL-FATIHAH


MAKLUMAT DARI NEGARA KAPIR

 


MAKLUMAT

DARI 

NEGARA KAPIR

MAKAN BABI 

MINUM ARAK

TAK PERCAYA TUHAN

TAPI BERI

MAKLUMAT JELAS

KEPADA

 WARGA NEGARA

AMIN 

TUKAR TIUB SOKONG

 



TUKAR TIUB

SOKONG 

GARIS INI

AMIN

INI TENTANG

KELUARGA

SANAK SAUDARA

DAN KAMPUNG

AMIN 

INI TENTANG

 PERASAAN

AMIN


Beri kebenaran rentas negeri untuk pulang beraya

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta mempertimbangkan untuk memberi kebenaran merentas negeri semasa perayaan Aidilfitri yang akan disambut pada bulan depan.

Penolong Setiausaha Parti Putra Malaysia, Norli Zaizul Ismail berkata, memang larangan menghadiri keramaian, larangan merentas negeri dan pematuhan penjarakan fizikal merupakan peraturan yang berasaskan sains kesihatan dalam bidang kawalan penyakit.

Namun katanya, pakar-pakar penyakit berjangkit juga perlu melihat aspek tekanan perasaan dan masalah mental kerana ia juga berasaskan sains kesihatan mental.

“Maka, selain pertimbangan dari aspek kawalan penyakit berjangkit berasaskan matrik kebolehjangkitan, status kes Covid-19, kita juga perlu mengambilkira matrik dari segi sains kesihatan mental.

“Sedang kita bimbang akan jangkitan virus Covid-19 ketika bertemu keluarga (pulang ke kampung), kita juga perlu mempertimbangkan tekanan perasaan dan mental mereka kerana tidak dapat beraya bersama dengan keluarga pada tahun ini.

“Ramai juga yang mengalami tekanan perasaan dan mental kerana bimbang dijangkiti virus berbahaya ini, demikian juga mereka yang tertekan kerana terlalu lama terpaksa mematuhi SOP, normal baharu dan terpisah daripada orang tersayang di perantuan dan di kampung halaman,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Norli Zaizul berkata, pandemik Covid-19 telah memberi banyak kesan kepada kehidupan sejagat dan demikian juga kepada masyarakat Malaysia, tanpa mengira keturunan, agama dan lapisan umur.

Katanya, ada yang kehilangan ahli keluarga, sahabat tersayang dan ada yang trauma kerana jangkitan virus maut itu.

Tambah beliau, tekanan mental dan perasaan bukan sahaja dialami oleh mereka yang dijangkiti virus tersebut atau kehilangan ahli keluarga, malah masyarakat yang terjejas dan hilang punca pendapatan juga sangat tertekan.

Justeru katanya, kerajaan, pakar-pakar kesihatan disaran agar memberi kebenaran untuk merentas negeri dan pulang beraya di kampung pada Aidilfitri tahun ini.

“Bagaimanapun, semua pihak mestilah mematuhi SOP dan normal baharu supaya tiada kluster Aidilfitri berlaku melibatkan keluarga masing-masing di kampung kelak,” ujarnya. – MalaysiaGazette

JIWA PERASAAN

JUGA MEMBANTU

KESIHATAN

AMIN

SUASANA 

KEKELUARGAAN

SANTAI NYAMAN

MEMBAWA  JIWA

YANG TENTERAM

UNTUK MENGHADAPI 

KOBID

AMIN