Rabu, 17 September 2008

SELAMAT BERBUKA PUASA

Semua sihat. Hari ini ada warga yang bercuti
Ada yang tidak.
Cuaca enak. Warga kota semakin sibuk

Jajan di Bangsar kalau datang lewat pasti kehabisan
Tuan empunya warong senyum ria
Kerja rajin pulangan lumayan

Hari Raya tidak sampai dua minggu lagi

Lalu teringat kembali berpuasa di kampong
Menunggu gelap datang
Bersila dihadapan juadah
Mendengar radio bacaan ayat Quran
Menungu bunyi azan

Mata bagitu lapar sekali
Terpandang goreng kurma
Air selasih dan janda pulang

Hari ini di pasar chow kit ada seribu macam kurma
Ada yang kering
Ada yang muda
Ada yang setengah masak
Ada yang tergantung
Ada yang terbungkus
Ada yang dalam kotak

Ada warga kuning
Ada warna hitam
Ada warga unggu
Ada warna hitam

Bagitu jauh sekali kurma ini berjalan
Dari iran ke chow kit road
Dari queta ke chow kit road
Dari moroko ke chow kit road
Dari tunisia ke chow kit road

Siapa agaknya yang memetik kurma ini
Berapa agaknya dia di bayar
Adakah ini dari ladang sendiri
Atau dia hanya memburuh
Anaknya berapa
Isterinya dimana
Hari raya nanti keluarganya ke mana

Bila mata merasa lapar
Mungkin kita lupa soalan-soalan ini
Tapi inilah ibadah puasa untuk kenal mengenal anak semua bangsa

Petang ini sebelum menjamah sebutir kurma
Marilah kita berterima kaseh pada si pemanjat kurma
Warna kulit dan bangsanya jangan diambil kira
Seperti kurma yang kita nikmat
Kita anak semua bangsa
Sebutir kurma tanda setiakawan kita sebagai seorang insan

BERITA PECAH !! SAPP TINGGAL BN

SAPP - Sabah Progressive Party telah secara resmi meninggalkan Barisan Nasional.

Keputusan ini bartu sahaja diambil dalam stau mensyuarat pada petang ini.

SAPP mempunyai dua wakil di parlimen dan empat ahli dewan undangan.

BERITA : PERUBAHAN KABINET

Laman web The Malaysian Insider telah melaporkan perubahan kabinet.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menamakan Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Keewangan. Manakal Abdullah sendiri menjawat Menteri Pertahanan.

Nazri Aziz dijangka akan menggantikan tempat Zaid Ibrahim sebagai Menteri Undang-Undang.

TERIMA KEPUTUSAN DENGAN TERBUKA


KANGAR 16 Sept. - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menerima dengan hati terbuka dan menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini yang mengisytiharkan Pesuruhjaya Pas negeri, Hashim Jasin memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang, di sini.

Bagaimanapun katanya, beliau akan mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada peguam sekiranya rayuan atau tindakan lain boleh dilakukan untuk membatalkan keputusan tersebut
.

kah kah kah... ngooook betul mamat ni...

woit ini keputusan mahkamah persekutuan laaaaa....mahkamah yang paling tinggi dalam negara ni....cam mana mamat ni boleh jadi mb.....ngok macam ikan kaloi...kah kah kah

kalau den orang pereleh esok den lari ke siam.....malu godang den...munkee ni ngooook sangat kah kah kah

HASSAN TOLAK TAWARAN LOMPAT PARTI


KUALA PILAH 16 Sept. – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hassan Malik (gambar) hari ini mendedahkan usaha pihak pembangkang memujuknya meninggalkan UMNO dan menyertai pakatan pembangkang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah berkata, wakil pakatan pembangkang telah menemuinya beberapa kali selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 bagi membincangkan tawaran tersebut.

kah kah kah…..sapo budak asan ni….kah kah kah….sapo nak jompot dio…. sapo gi jumpo dio.... pada jumpo asan ni lobeh baik jumpa korbao bala....taik korbao buleh jo buek bajo....

kah kah kah….mamat ini perasaan ...he thinks he is very important and a very influential politician ....kah kah kah…...asan oooi kao paham tak ayat apo yang den tulis ni....tu cakap orang putih…rotinyo dalam bahaso molayu den tanyo …rumah kao kat pilah dimano…..kah kah kah

HANYA MAINAN POLITIK ANWAR –Utusan Melayau


KEPALA BATAS 16 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau mempunyai senarai 31 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat menyertai pakatan pembangkang sebagai satu permainan politik Anwar untuk menjejaskan kestabilan politik negara ini.

“Saya tidak fikir dia mempunyai nama-nama itu. Kalau dia ada senarai (31) nama, dia boleh bagi tahu, biar semua rakyat tahu, biar semua pengundi tahu apa yang telah dia lakukan kepada wakil rakyat mereka
.

kah kah kah….. orang nak bagi tengok list tak nak pulak......takut nama kj ada sama...kah kah kah

kah kah kah....napa tak nak tengok?.... fikir-fikir tak guna sakit kepala susah nak zzzzzzzzzz kah kah kah

TINGGAL ANGAN-ANGAN – Utusan Melayau


KUALA LUMPUR 16 Sept. – Dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa 16 September hari ini akan menjadi tarikh penubuhan kerajaan baru ternyata satu pembohongan,Tidak ada apa-apa berlaku pada hari ini.

Barisan Nasional (BN) terus kekal memerintah negara ini.


kah kah kah….. kuuurrrrr semangat….. macam lepas bayar utang…..lapang dada

kah kah kah ....kalau dah tahu bohong ….. kah kah kah…... pasal apa abis boreh pogi taiwan…..kah kah kah

MT BINCANG PERMOHONAN DR M ESOK – Utusan Melayau


SHAH ALAM 16 Sept. - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO Khamis ini mungkin akan turut menyentuh permohonan kemasukan semula bekas Presiden parti, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib tidak menolak kemungkinan soal Dr. Mahathir akan disentuh walaupun sehingga kini UMNO belum membincangkan perkara itu.


jeng jeng jeng….. suspen...

kah kah kah……cek borang yang ditulis betul atau tidak...….lepas tu suruuh dia mohon lagi sekali….kah kah kah ….baru best...baru lawak...kah kah kah

KU LI BERSENDERIAN REBUT JAWATAN UMNO – Utusan Melayau


KOTA BHARU 16 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengambil keputusan untuk bersendirian dalam menghadapi saingan merebut jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Disember ini.
Beliau berkata, terdapat cadangan supaya Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding jawatan Timbalan Presiden dan bekerjasama dengannya untuk menghadapi persaingan tersebut.

"Memang ada cadangan supaya Muhyiddin bertanding jawatan Timbalan Presiden dan saya Presiden, itu cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad tetapi saya rasa tidak perlu bergabung dengan sesiapa.


kah kah kah……lone ranger tak de tonto….. kesian naik kuda sorang....ghurka pun tak ada…mat sabri dah belot… kah kah kah

kah kah kah….. madey lambat 20 tahun…. Dulu tak nak bagi pada anak raja ni….ni dio dah merajuk….moncong sorang-sorang…....kah kah kah