Selasa, 24 Mac 2009

COOL - COOL HAND LUKE !!!





30,000 HADIR BERI TEPUKAN GEMURUH SOKONG NIZAR - harakah daily


Ketika Presiden PAS Dato' Serti Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengisyhtiharkan nama Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin sebagai calon PAS untuk berhadapan dengan calon BN dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang serentak dengan itu 30,000 yang membanjiri Padang Taman Kota Jaya, Taiping bangun dan memberikan tepukan yang bergemuruh sebagai tanda sokongan padu terhadap pemilihan Nizar sebagai calon.


woit… KALAU SEMUA YANG DATANG PENGUNDI …. JAMIN MENANG..kah kah kah…

kah kah kah…. MB YANG PALING COOL…. LEBIH COOL DARI COOL HAND LUKE…. kah kah kah



TIDAK ADA KOMPROMI WALAU PUN MENTERI TERSENGEH TERSERINGAI!!!


POLIS SIASAT BERAMAI-RAMAI PEMIMPIN ANTI-PPSMI –
Mkini


Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad berkata "tiada kompromi" antara NGO itu dengan menteri berkenaan walaupun dipaparkan di media kedua-dua pihak tersenyum selepas keluar dari pejabat Hishammuddin.

Polis mengambil keterangan beramai-ramai barisan pemimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) berhubung perarakan ke Istana Negara bagi membantah dasar kontroversi itu pada 7 Mac lepas.

Tiga pegawai penyiasat kes tersebut bertemu dengan lapan pemimpin NGO itu, termasuk penasihatnya Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, timbalan pengerusi Dr Shaharir Mohd Zain dan profesor bahasa Dr Abdullah Hassan.

Soal siasat itu diadakan di Rumah PENA, Kuala Lumpur selepas jam 3 petang ini.


kah kah kah…..KESIAN… KESIAN… KESIAN…kah kah kah…

kah kah kah… TERSENGEH…. TERSERINGAI…. KESIAN….kah kah kah…

kah kah kah… KESIAN ISTERI DIA…. LIDAH DIA KONTOT…. kah kah kah..



MANA LEMBU KORBAN – MANA LEMBU-LEMBU MAT EZAM


SIASATAN : PNSB BERI RM5 JUTA TERBESAR BUAT BALKIS
- Mkini


Syarikat pelaburan kerajaan negeri Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) menyumbang lebih RM5 juta kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Sumbangan konsisten antara 2002 hingga 2007 menjadikannya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu yang paling banyak mendanai badan isteri wakil rakyat BN, setakat keterangan dalam siasatan DUN Selangor yang masuk hari kedua.

PNSB juga didapati memberikan peruntukan khas RM1 juta kepada Balkis yang dipimpin ketika itu oleh Zaharah Kechik, isteri menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Sumbangan itu dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Khairiah Abu Hassan kepada Jawatankuasa Khas untuk Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), sebuah badan khas DUN Selangor.

Jawatankuasa itu yang dipengerusikan Speaker DUN Teng Chang Kim mendapati Khairiah - setakat ini - gagal mengemukakan dokumen sokongan bagi menjelaskan pembayaran yang dibuat, termasuk bayaran tunai.


kah kah kah… BALKIS NI APA ?....kah kah kah..

woit…. MACAM MANA NAK MENJADI AHLI BALKIS?.... kah kah kah…

kah kah kah… BALKIS NI SYARIKAT GRO KE ? ATAU SYARIKAT KEKAH LEMBU?... kah kah kah…

woit…. MANA LEMBU LEMBU MAT EZAM…. DAH DI BALKISKAN KE ? kah kah kah…



DUA MOHON INJUNKSI TANGGUH PERHIMPUNAN AGUNG UMNO - mStar


Ketua Cawangan Umno Muar, Kadar Ninam Shah berkata, beliau akan mendapatkan injuksi mahkamah untuk menangguhkan Perhimpunan Agung Umno yang bermula secara rasmi esok sekiranya siasatan aduan politik wang dan salah laku ahli gagal diselesaikan sebelum pertemuan tahunan itu.

Injunksi itu akan diperoleh petang ini dengan memaklumkan kepada Pendaftar Pertubuhan hari ini.



kah kah kah… KAH KAH KAH…. kah kah kah…

woit… TAK HABIS LAGI KE ?.... kah kah kah…

kah kah kah… PARTI DAH NAK MULA…. kah kah kah…

kah kah kah….DRUM SET DAH PASANG….kah kah kah…

woit……KUGIRAN DAH BUAT SOUND CHECK…. kah kah kah….

kah kah kah…. INOL DAH NAK MULA BERGERUDI….kah kah kah…

kah kah kah… DANG DUT DAH NAK MULA…kah kah kah



ZAID IBRAHIM – SAYA PUN MELAYU


Zaid Ibrahim apa khabar?

Apa cerita dengan Saya Pun Melayu.

Apa cerita dengan Kemilau Peribadi ?

Ada orang ke tulis nak buku Kemilau Peribadi Seorang Melayu ?

Ingat tak babak akhir dalam Casablanca? Apa kata Rick?

Rick: Louis, I think this is the beginning of a beautiful friendship.

Louis: Selamat datang Bogart - Play it again Sam.





DUA PULUH DITAHAN SELEPAS CERAMAH ANWAR DIGEMPUR POLIS – harakah daily


SUNGAI PETANI, 23 Mac (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim hanya sempat berucap beberapa patah perkataan, sebelum gas pemedih mata ditembak bertalu-talu ke majlis ceramah anjuran KeADILan yang diadakan di Padang Awam, Taman Ria Jaya kira-kira jam 9.20 malam tadi.

Majlis ceramah yang mengundang Anwar dan Menteri Besar Kedah, Dato Seri Azizan Razak pada awalnya mendapat permit polis, tetapi dibatalkan di saat akhir. Azizan bagaimanapun belum hadir ke tempat ceramah sebelum majlis ceramah disuraikan secara kekerasan oleh pihak polis.

Lebih 50 kali tembakan gas pemedih mata dilepaskan dan dua kali semburan air kimia Water Canon dihalakan kepada orang ramai.

Jalan utama melalui Taman Ria Jaya dan Kelab Cinta Sayang ditutup menyebabkan berlaku kesesakan teruk di sekitar taman perumahan berhampiran. Orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan rakus pihak polis, kelihatan berkumpul di merata tempat berhampiran tempat ceramah dan enggan berganjak walaupun diberi amaran berkali-kali oleh pihak polis.

Sementara itu, 20 orang ditahan dan dibawa dengan sebuah trak ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Petani. Antara yang ditahan ialah Senator Zamri Yusoff, Hafiz Ali (Setiusaha KeADILan Kedah), Ismadi (pegawai khas MB Kedah), Gunasegaran (pembantu peribadi calon KeADILan Bukit Selambau), Janapala, Ibrahim Tan Sri Yaakob, Mohd Hafizal Mohamad, Mohd Shafiq Md Sofi dan Lee Hong Meng. Lee adalah aktivis KeADILan yang mengalami sakit buah pinggang dan perlu menjalani proses haemodialisis besok.

Seorang lagi yang belum dikenali dibawa dengan kenderaan lain kerana mengalami luka yang agak teruk di muka.

Tindakan polis mengenakan kekerasan secara tiba-tiba pada malam mengejutkan kerana sejak beberapa malam pihak Pakatan Rakyat mengadakan ceramah tidak terdapat sebarang gangguan, malahan mendapat kerjasama yang baik dari pihak polis. Ramai percaya tindakan pada malam ini adalah "arahan dari atas".




PERWAKILAN UMNO TEMUI ROS, MINTA TUNDA PERHIMPUNAN -mkini


Sekumpulan perwakilan Umno akan menemui Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) esok untuk memohon supaya perhimpunan agung Umno minggu ini ditunda sehingga selesai siasatan berhubung rasuah politik berkaitan dengan pemilihan parti.

Antara mereka yang akan menemui ROS pada jam 2 petang esok ialah ketua Umno bahagian Muar, Kadar Sulaiman dan Mazlan Harun dari Selangor.

"Kita juga hendak meminta ROS menjelaskan bagaimana Mohd Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno, dibenarkan hadir dan mengundi dalam perhimpunan agung Umno kali ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Mohd Ali dilarang bertanding jawatan timbalan presiden apabila didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno mengikut perkara 10.1 tataetika ahli umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejennya terlibat dalam sogokan politik.


kah kah kah… JENG JENG JENG…. kah kah kah…

kah kah kah…. APA SUDAH JADI DENGAN GEROMBOLAN?..... kah kah kah…

woit…. MACAM MANA NAK TUNDA…. BERAS DAN RENDAM.... AYAM DAH SEMBELIH....KENDURI DAH NAK MULA…. Kah kah kah…

woit …NAK TEMUI ROS BUAT APA…. LEBIH BAIK TEMUI ROSMAH…. kah kah kah



LEBIH 10,000 PERMOHONAN ISI 100 JAWATAN LPP - melayau


Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menerima lebih 10,000 permohonan dari seluruh negara untuk mengisi hanya kira-kira 100 jawatan kosong pelbagai peringkat dalam organisasi tersebut.

Ketua Pengarahnya, Abdul Rahim Ahmad berkata, jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan itu dicapai hanya dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini selepas permohonan jawatan ditutup
.


kah kah kah….OUR ECONOMY HAS NO PROBLEMS….kah kah kah…

kah kah kah… OUR FUNDAMENTALS IS STRONG…. kah kah kah…

woit… NI MESTI ADA YANG DAPAT 10A NI….kah kah kah…

kah kah kah… MESTI ADA YANG DAPAT FIRST KELAS DARI UNIVERRSITY MALAYA TAPI MI NO SPIK INGLIS…. MI NO PIL POM…. kah kah kah



TERKINI !!! TER NOW !!! BERITA BARU MASUK



BERITA BARU MASUK


DALAM TRUCK POLIS SEKARANG JAM 12.07 -

1- Yb Senator Zamri Yusof
2- Hafiz Ali - SU Negeri
3- Azahar - AJK Pemuda Sidam
4- Ismadi Mb
5- Ibrahim Yacob
6- Janapala