Selasa, 23 Disember 2008

PAGI SELASA DI DHAKA YANG BERKABUS




Sebenarnya pesawat udara yang ingin saya dinaiki pada petang Ahad gagal terbang. Saya telah beres – telah menerima tiket masuk – barang telah ditimbang dan diambil - tiba-tiba diberitahu penerbangan ditangguhkan. Saya merasarisau apa yang telah terjadi di Bangladesh sehinggakan penerbangan ditangguh.

Apakah perang saudara berlaku lagi ? Apakah tentera telah mengambil alih. Ini kerana minggu depan ialah pilihanraya umum Bangladesh. Saya ke Dhaka kerna menjadi Pemantau Resmi dari Asia untuk pilihanraya ini.

Kemudian saya diberitahu tentang cuaca yang makin tidak menentu. Kabus amat tebal di Dhaka sehingakan tidak dapat dilihat landasan untuk pesawat mendarat. Tangguh ke esok pagi. Saya mengundur pulang. Satu malam saya tidak tidur. Esoknya sampai kembali ke lapangan terbang hampir jam 7 pagi. Sekali lagi diberitahu yang kabus masih tebal dan penumpang wajib menunggu.

Ciiis... saya sudah nekad, jika batal sekali lagi saya tidak akan menunggu.

Pesawat itu berligar untuk turun mendarat. Saya lihat kabus memang tebal. Dari tingkap saya ternampak sawah padi. Betul betul berada di atas. Lubuk dan tasik berselerak. Nah! Inilah dia bumi Bangla yang warganya memburuh dan menghidupkan ekonomi Malaysia.

Pesawat berligar lagi tetapi tidak mendarat. Tiba-tiba kapten memberitahu bahawa kami telah gagal. Alaaaa Mak ... kenapa kapten ini memberitahu kepada penumpang tentang kegagalannya. Semua penumpang senyap. Saya sendiri merasa gerun bukan takut mati tetapi risau friskie yang saya tinggalkan untuk Siti, Mummy dan Curvee hanya cukup untuk dua minggu.

Saya merasa tayar di bawah tempat duduk saya di keluarkan sekali lagi. Pesawat menjunam. Saya memasang telinga untuk menunggu bunyi duuuk... tayar mencecah landasan. Bunyi tidak kunjung sampai. Saya memerhati keluar kabus memang tebal. Tiba-tiba pesawat menjumam dan duuuk berbunyi. Seluruh kapal bergegar. Saya mendarat dengan selamat ke bumi Mat Bangla.

Lapangan Terbang Zia – adalah diantara lapangan terbang yang termiskin yang pernah saya lihat di dunia ketiga. Bila meninggalkan perut kapal dan saya memasuki ke banguanan Zia saya sedar bahawa disisni bukan dunia ke tiga tetapi dunia ke empat.

Mata saya dapat membaca kemiskinan.

Saya telah diberitahu bahawa akan ada orang menunggu saya. Betul. Seorang anak muda yang agak susah hendak saya fahami bahasa Inggerisnya menunjukan lambang Pemantau. Hati saya lega.

Saya beratur untuk melintasi imigresen. Saya menyerahan paspot kepada seorang pegawai yang mungkin berumur 30’an. Dia kemudian membelek-belek paspot dan borang yang telah saya isi. Kemudian dia bertanya di hotel mana saya akan menginap.

Nasib baik anak muda yang menunggu saya berada tidak jauh. Dia memberitahu pegawai nama hotel penginapan. Dalam masa yang sama saya agak kurang faham bagaimana anak muda ini boleh melintasi kawasan ini kerana ini bukan kawasan menunggu.

Pegawai ini sambil membaca pospot, tangannya memecahkan biskut kering. Kemudian dia memakan biskut itu. Saya tersenyum dalam kepala – Selamat datang ke Dunia Ke Empat – saya sedang menunggu bila agaknya si pegawai ini akan makan sireh atau minum kopi.

Untuk membuat suasana tegang – si pegawai bertanya tarikh lahir saya, tempat kelahiran – seolah olah bukan saya yang mengisi borang. Dia cuba menduga saya dengan soalan objektif. Saya sudah lali dengan kepegawain jenis ini. Kita selalu bertemu mereka di jabatan kerajaan atau di canselori universiti-universiti – cuma bezanya kalau di canselori seorang Minah yang agak gedibab dan mungkin memakai tudung atau pegawai lelaki yang memiliki janggut sebatang sebatang yang menampak hodok perangai ke pegawaiannya – yang menyoal kita.

Saya dibenarkan masuk. Lalu menunju ke tempat mengambil beg. Disini saya bertembung dengan puluhan Pak Pak Haji yang baru pulang dari Mekah. Saya lihat suasana macam di jalan Masjid India – ada yang bersila dan ada yang mencangkung. Saya perhatikan puntung rokok kerana saya ingin tahu apakah boleh saya merokok. Gagal. Tompok-tompok merah darah sireh pun tidak kelihatan.

Setelah mendapat beg saya meninggalkan pemandu saya. Saya ingin keluar merokok.

Di lapisan pertama saya nampak ratusan Bangla sedang menunggu. Suasana ini sama seperti di Lapangan Subang 30 tahun dahulu ketika musim haji. Di lapisan kedua masih lagi ramai yang menunggu. Di lapisan ketiga saya ternampak jalan raya yang juga penuh dengan Bangla. Bila saya nampak jalan maka saya yakin inilah lapisan yang akhir - lalu saya mencari sudut untuk merokok.

Tempat yang saya pilih – tempat rehat pemandu teksi. Seorang anak muda memberi saya di beri kerusi dan untuk mengembalikan budi saya menghulurkan keretek pada si Lelaki Bangla ini. Kami bersembang kecil. Saya perhatikan memang amat ramai rakyat yang sedang menunggu orang pulang dari entah mana.

Dalam kelapa saya terfikir – adalah satu kesilapan besar untuk benua Bharat pecah menjadi Pakistan dan kemudian menjadi Bangladesh. Ini anggapan pertama. Entah betul entah tidak – saya akan memerhatikan dalam masa dua minggu ketika saya di negara ini.

( Nota – jam 2.45 pagi – semua nyenyak tidur – sistem internet hotel ini hanya saya menggunakan di waktu ini. Keretek dan kopi menjadi teman. Melayari internet di sini seperti kita melayari internet pada thaun pertama internet di pekenalkan ke Malaysia – lambat. Esok wajib bangun jam 8 – ada taklimat untuk semua Pemantau Asia )




BERITA BAIK UNTUK PAS – MalaysiaKini

Beberapa pemimpin Umno tempatan berbelah bahagi berhubung peluang calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menang dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu, bulan depan.

Pemimpin Umno di bahagian Kuala Terengganu berkata, personaliti Wan Ahmad Farid yang dianggap "elit" menyebabkan calon itu sukar mendapat sokongan pengundi kampung.

Katanya, yang enggan dikenali, jika hendak dibandingkan senator itu dengan bekas ahli parlimen Datuk Razali Ismail, "ia ibarat langit dengan bumi".

Bekas pemimpin bahagian itu meletakkan peluang kemenangan Wan Ahmad Farid hanyalah 45peratus.


kah kah kah... BILA MUSUH KITA BERGADUH... ini petanda baik.... biar mereka bergaduh... kah kah kah... senang buat kerja...kah kah kah...

kah kah kah... berita macam ini tak ade keluar dalam media pro gerombolan... kah kah kah... tapi semua orang tahu.... ni yang pelik media menipu.... kah kah kah... macamlaaaa rakyat tak ada sumber berita lain.... kah kah kah...




HARGA AYAM DI LADANG RM3.80 - melayau

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Harga ayam di ladang kini turun sebanyak 40 sen kepada RM3.80 sekilogram berbanding RM4.20 sekilogram pada 18 Julai lalu, iaitu paras terendah sejak enam bulan lalu.

Pengerusi Unit Ayam Daging Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia, (FLFAM), Kwei Yew Tong berkata, mekanisme permintaan dan penawaran memainkan peranan penting untuk menentukan harga ayam di peringkat ladang.

'Naik turun harga ayam di ladang adalah seiring dengan jumlah penawaran ayam di peringkat ladang dan permintaan daripada pengguna di pasaran," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Harga ayam di ladang mencapai paras tertinggi iaitu RM5.10 pada 7 Ogos lalu


kah kah kah.... ini berita gila... kah kah kah... AYAM DILADANG ??? ... kah kah kah
ayam di ladang nak buat apa... kah kah kah... ni nak tipu sapa ni... ni mesti berita nak tipu pengguna...kah kah kah..

woit... orang ramai tahu harga ayam di pasaran dah hampir 7 ringgit sekilo...kalau harga di ladang 40 sen saekor nak buat apa.... kah kah kah...

kah kah kah.... nak suruh orang semua pergi beli ayam diladang?.... kah kah kah... nanti bila ikan naik.... suruh pergi tunggu boat nelayan.... kah kah kah... kalau beras naik... nak suruh pembeli pergi ke siam beli beras... kah kah kah... kalau harga telor naik.... suruh pergi tunggu kat jubo ayam.... kah kah kah...

woit... pelik... betul betul pelik... semua nak tipu melayu... semua nak bodohkan melayu... kah kah kah



DOLAH GAGAL LAGI – Malaysian Insider

Abdullah Badawi telah gagal untuk memastikan menteri dan timbalan menteri dalam kabinet memberitahu kepada umum berapa banyak harta yang dimiliki termasuk oleh anak dan isteri.

Dolah telah membuat kenyataan - menteri akan istihar harta - beberapa hari sesudah 5buah negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada March lalu.

Dolah mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ingin mengabui kembali mata orang ramai yang telah berbondong-bondong meninggalkan gerombolan United Malays National Organisation.


kah kah kah.... mat ngantuk ni ngooook... kat kah kah... nak declare buat apa?.... kah kah kah

woit.... apa tujuan declare.... ni nak tipu melayu ke?... kah kah kah..

woit.... rakyat bukan nak dengar munkee munkee itu declare... kah kah kah... haram jadah buat apa... rakyat nak tahu dari mana punca harta itu... kah kah kah... tahu jumlah but apa?.... kah kah kah..

woit mat ngantok... kalau menteri jadi 20 ribu tiba tiba ada rumah harga berjuta juta... tanyalaaa macam mana dapat duit ini.... kira .. bukan susah kira... tu pasal dulu tak belajar ekonomi... kah kah kah... belajar usuludin... ni dah jadi ngoook jkan dah susah nak mengira.... kah kah kah....





SERAMAI 4,749 BAKAL DIBERHENTI - mekayau

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Trend pemberhentian pekerja diramal serius tahun depan dengan seramai 4,749 pekerja akan diberhentikan oleh 102 majikan dalam tempoh tiga bulan pertama setelah mengambil kira kelembapan ekonomi dunia.

Jumlah pemberhentian pekerja itu adalah angka rasmi yang dilaporkan oleh majikan, kebanyakannya dalam industri elektronik kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) setakat ini.


kah kah kah…. kakap OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM…. kah kah kah ….

woit …. cakap OUR FUNDAMENTALS IS VERY STRONG…. kah kah kah…

kah kah kah... ini angka angka resmi... kalau angka tak resmi... terperanjat nanti ...kah kah kah

woit…mat mongol…. jangan laaa nak tipu melayu… dah bodoh melayu kena tipu… cukuplaaaa… bagillaaa melayu berfikir…. kah kah kah