.

Jumaat, 29 April 2016

KHIANAT PULAK



 


BIAR BETUL

BETUL KAH 

BERITA INI?


29 April 2016
KOTA BHARU - Semua lokasi panas diperiksa. Memang sah ada 'sesuatu' yang mengganggu! Malangnya, ia bukan gangguan biasa namun berbaur unsur pengkhianat hingga menimbulkan huru-hara histeria melibatkan lebih 45 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2, baru-baru ini.


KAH KAH KAH

tak ada apa

nak royak

tergolek dog

dulu cakap

keran panas

ni lain pulak

kah kah kah




----------------

SURAT UNTUK KAWAN





KAWAN KU YANG BAIK HATI,

ketika aku menulis surat ini cuaca diluar redup tapi bahang panas. jam baru melintasi 10.18 pagi.  semuanya kelihatan berkabus dan berjerebu. aku terbaca berita hutan 34 hektar terbakar  di kuantan.

aku masih risau dengan keadaan cuaca sademikian. kadangkala aku merasa kenapa aku menjadi risau. kadang kala aku merasa apakah wajib aku merasa risau. lalu aku putuskan. kera kita memiliki hanya stau alam maka aku wajib bersuara. dalam kerisauan ini klau wajib berdakwah membawa penceraha kepada anak semua bangsa.
dalam suasana redup mendung macam pagi ini aku teringat kepada  hutan bukit tangga jelebu. aku teringat dengan sawah dan air sungai. aku teringat dengan jeram toi. aku ngelamun. sawah telah tiada lagi. bukit tangga masih wujud. jeram toi kali akhir tahun lepas aku kesana airnya masih jernih. amin.
kawan ku yang baik,

bila kau baca surat ini aku berada di tanjung. aku mendakwah disana. aku rasa ini kali akhir aku ke tanjung sebelum aku dipenjarakan. lalu aku mahu makan nasi kandar. lalu aku mahu marasa nikmat keuh teow goreng. dan aku akan cuba beratur sabar untuk cendol.
juga aku difahamkan ada air nira di tanjung. aku amat suka dengan air nira. tapi untuk air nira aku wajib memesan awal kerana kadang kala kelapa gagal berbunga. tambahan cuca panas.

kawan ku,

aku ditanjung mendakwah tentang deklarsi rakyat. kamu yang baik hati - apakah kamu telah menanda tangani? aku hanya bertanya. jangan ambil hati.

sampai disini dahulu. berseronoklah dihujung minggu. have a good weekend

salam



DEKLARASI

BUKA DISINI:





-------------

LEDAKAN EKONOMI





POLITIK DUNIA

SEMAKIN KACAU

AWAS BERSEDIA

LEDAKAN 

EKONOMI



US to give Israel 'largest military aid package in history': The White House is reportedly planning to accept Israeli demands for increased military aid, following pressure by the US Senate . Israel has been pressuring the White House to enlarge the annual aid package from $3.1 billion to between $4-4.5 billion.
83% of senators call for boosting exorbitant U.S. aid to Israel; Israel already gets $3 billion per year, 53 percent of U.S. foreign military financing, but 83 senators want more
U.S. Financial Aid To Israel: Figures, Facts, and Impact: Find out how much money your representative has taken from pro\-Israel PACs:
U.S. Ruling Over Compensation for ’83 Beirut Bombing Riles Iran: Anger is building among even Iran’s staunchest defenders of the historic nuclear agreement with the United States, after a recent decision by the American Supreme Court allowing relatives of victims of a 1983 bombing to sue Tehran for $2 billion in compensation from frozen Iranian funds.







----------------

AMERIKA KUNCUP





BERHATI HATI

DENGAN KERJA

BERHATI HATI

DENGAN DUIT

KALAU EKONOMI

AMERIKA SUSUT

DUNIA AKAN

SERABUT




The U.S. Economy Officially Joins The Global Economic Slowdown – 1st Quarter GDP Comes In At 0.5%


Even the government is admitting that the U.S. economy is slowing down.  On Thursday, we learned that U.S. GDP grew at just a 0.5 percent annual rate during the first quarter of 2016.  This was lower than analysts were anticipating, and it marks the third time in a row that the GDP number has declined compared to the previous quarter.  In other words, GDP growth has been declining for close to a year now, and this lines up perfectly with what I have been saying about how the second half of last year was a turning point that plunged us into the early chapters of a brand new economic crisis.  And as you will see below, the official GDP number is highly manipulated, and the way that it is calculated has been changed numerous times over the years.  So the bad number that is being reported by the government is actually the best case scenario.




----------------

USTAZ MODEN DAN COOL






USTAZ MODEN

DENGAN

USTAZ COOL



Ustaz ‘moden’ diperlukan di Malaysia, bukan Sarawak sahaja

 | April 28, 2016
Wan Ji berkata, agamawan perlu mempunyai sikap selagi ada pandangan yang mengatakan tidak haram, pandangan tersebut wajar dikemukakan sama.







PETALING JAYA : Penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin berkata, ciri-ciri ustaz ‘moden’ yang disifatkan Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem pada bekas mufti dan calon BN, Dr Juanda Jaya diperlukan bukan sahaja di Sarawak, tetapi juga di Semenanjung tanah air.
Semalam, ketika ditanya FMT, Adenan berkata Juanda dipilih kerana beliau memiliki ciri-ciri ustaz yang dimahukan di Sarawak, iaitu seorang agamawan yang tidak berfikiran sempit, tidak berlagak alim, berpandangan luas, dan ‘liberal’.
Wan Ji bersetuju ciri-ciri yang disebut Adenan itu ciri-ciri yang penting dalam budaya beragama di negara seperti Malaysia, terutama dalam kerangka politik.
Bagaimanapun, Wan Ji menganggap terma ‘liberal’ yang digunakan Adenan sebagai kurang tepat, dan lebih gemar terma ‘keterbukaan’ dan tidak mudah hendak mengharamkan sesuatu perkara.
“Pada saya, tafsiran agama yang bersifat keterbukaan itu perlu di Malaysia sebenarnya,” katanya ketika dihubungi FMT.
“Berfikiran terbuka sebenarnya penting dalam budaya beragama di Malaysia bukan sahaja di Sarawak, bahkan Semenanjung.”

KAH KAH KAH

ini dua ustaz
yang kita mahu
moden dan cool
bukan  ustaz
kapir mengkapir
bukan ustaz 
teropong bilik
bukan ustaz
kaki bodek
kah kah kah

YA USTAAZ

-----------------

DAH JUMPA UBAT TAHAN LAMA





DAH JUMPA

UBAT TAHAN

LAMA



MB Terengganu hadir mesyuarat di Putrajaya

PUTRAJAYA - Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman adalah antara menteri besar dan ketua menteri yang hadir pada Mesyuarat Ke-72 Majlis Tanah Negara (MTN) di sini, hari ini.

"Menteri Besar Terengganu datang," kata Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi apabila ditanya pemberita mengenai kehadiran Ahmad Razif pada mesyuarat itu.

Ahmad Zahid mempengerusikan mesyuarat itu yang diadakan di Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri pagi tadi sebelum mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan Bencana Pusat petang tadi.

KAH KAH KAH

woit

masih kuat

masih ada

masih embee

kah kah kah

lu mau cakap apa

kah kah kah

TERUSKAN LAGI

------------

KACAU BISNESS BUMI





BERITA


POTONG


STIM



21 ditahan dalam majlis anugerah ‘Datuk Naning’

Seramai 21 individu ditahan dalam satu penganjuran majlis penganugerahan pingat dan darjah kebesaran 'Datuk Naning' di sebuah resort di Alor Gajah di sini kelmarin.

Op Naning yang dilakukan kira- kira jam 11.30 malam itu diketuai Ketua Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim bersama pegawai polis dari Alor Gajah dan Ibuprjabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ramli Din berkata, seramai 47 individu menerima pingat dan darjah kebesaran, namun 21 yang berjaya ditahan ketika makan malam sebaik selesai majlis penganugerahan.

Kes disiasat mengikut seksyen 419 kanun keseksaan kerana menipu secara penyamaran.



KAH KAH KAH


woit

betul ke ini?

ini sudah kacau

ini ganggu
'
anti bisnes melayu

anti bisnes bumi

kah kah kah

ini bisnes asal

ini bisnes asli

kah kah kah

ini monopoli

kah kah kah

pasal apa kacau



GANGGU


----------------

HAL BUMI KITA






HAL BUMI
hal bumi memang sudah dijangka..tak caya tanya ulama2 tanya ustaz ustazah..sudah diberitahu dlm quran..tp untuk mejaga bumi, quran tak cite..walaupun quran tu lengkap tapi tiada bab mjaga alam..blum dgr lagi ulama2 bckp mngenai alam musnah sb pembangunan yg dilakukan termasuk org islam sendri.

lihat saudi, warisan lama dimusnahkan dan dimodenkan , apabila berlaku bencana dikatanya ujian tuhan.ramai ulama ostaz2 kata dunia kepanasan sb hadi kerap bertukar mjadi sotong..ops silap..sb byk maksiat.byk anak luar perkahwian dan tak pakai sarkot

..ada betul gak kata2 sang ustaz tu sb maksiat yg besar itu adalah maksiat didlm hati dan tersembunyi..contohnya, berjubah berserban tp diam2 tgk german porno.berjubah berserban abis hutan dipadang pasirkan.ataupun ckp flip flop..ataupun kerap bertukar warna ikut angka di kepala agung..kalo angka besar maka penyamaran makin bagus..snowden pun tak bole detect.. on SENGAJA BUAT DUNNO
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/28/16


BACA DISINI:

https://www.malaysiakini.com/columns/339361


----------

KITA JUMPA DI PULAU PINANG MALAM INI





MALAM INI

JUMPA

DI TANJUNG





MEDIA TIDAK BEBAS




BETUL KE

BERITA INi?




Media Malaysia antara 10 paling tak bebas di Asia Pasifik

Malaysia mengekalkan status 'tidak bebas' dengan markah 67 mata, demikian menurut laporan kebebasan media oleh badan pemantau antarabangsa, Freedom House 2016 yang dikeluarkan hari ini.
Berdasarkan latar belakang tindakan keras dan penutupan beberapa media tahun lalu, Malaysia menjana dua mata, dalam sistem pemarkahan yang menilai sifar bagi terbaik manakala 100 bagi markah tercorot.
Sejumlah 33 peratus (66 negara) daripada 199 negara yang terlibat dalam tinjauan tersebut diberi penarafan tidak bebas; 36 peratus separuh bebas (71 negara); dan 31 peratus bebas sepenuhnya (62 negara).
Di peringkat rantau Asia Pasifik, Malaysia terikat bersama-sama Singapura di tangga 31 daripada 40 negara.

KAH KAH KAH

woit

ini berita fitnah

ini tohmah

mustahil media

malaysia tak bebas

ini kerja yahudi

kerja  kumpulan

geng anti melayu

geng anti islam

geng china DAP

geng anwar

semua laporan

number ekor dalam

utusan tepat 

semua laporan

gol bola tepat

kah kah kah

sah laporan bebas


JANGAN TIPU 




---------------

TABUNG HAJI






CEO TABUNG HAJI YANG BARU MESTILAH DARI LUAR DAN MELALUI PROSES SARINGAN PARLIMEN














Saya mengambil maklum berita yang disiarkan The Edge Financial Daily hari ini di capaian http://www.theedgemarkets.com/my/article/ismee-resigns-lembaga-tabung-haji mengenai keputusan Tuan Haji Ismee Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji yang akan meletakkan jawatan mengikut sumber akhbar kewangan tersebut.

Saya tidak terkejut dengan berita tersebut kerana saya memang telah mendengar ura-ura ini sejak sebulan yang lalu semasa persidangan Parlimen yang lepas pun.

Jika benar, ia merupakan satu kemenangan kepada rakyat dan secara tidak langsung mengesahkan bahawa kesemua isu bersabit tata kelola dan kedudukan kewangan Tabung Haji yang saya bawa sebelum ini ada kebenarannya.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya pengurusan baru Tabung Haji kelak meneliti kesemua isu yang saya bawakan dan memberi penjelasan yang telus kepada rakyat. Saya juga ingin menyatakan apabila isu-isu itu terbukti ada kebenarannya, maka wajarlah Tabung Haji menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap saya dan menggugurkan kes jenayah supaya satu tindakan saman di mahkamah sivil boleh diambil jika isu-isu yang saya bawa dikira memfitnah Tabung Haji.

Mengambil kira keterlibatan Tuan Haji Ismee Ismail di dalam 1MDB dan kemungkinan beliau juga akan disiasat tidak lama lagi, saya berpendapat kerajaan tidak boleh melantik beliau ke mana-mana jawatan dalam mana-mana agensi, badan atau syarikat yang dikawal oleh kerajaan sehinggalah siasatan selesai dan beliau disahkan tidak melakukan sebarang kesalahan atau kecuaian. Oleh itu, saya berharap sebarang usaha untuk melantik beliau menjadi orang nombor 2 di Sime Darby seperti yang dilaporkan tidak diteruskan.

Bagi memastikan sebarang langkah melantik beliau ke mana-mana jawatan di badan berkepentingan awam tidak diteruskan sehingga siasatan ke atas 1MDB selesai, saya akan memfailkan satu usul untuk dibahaskan di sidang Dewan Rakyat akan datang menghalang sebarang usaha ke arah itu.   

Saya juga mencadangkan perkara-perkara berikut berkenaan pengurusan baru Tabung Haji:

1.    CEO baru hendaklah disenaraipendek dan dipilih dari luar supaya beliau boleh bertindak secara objektif menilai segala masalah yang ada

2.    Calon CEO baru itu hendaklah melalui proses saringan yang dikendalikan oleh satu jawatankuasa khas Parlimen yang bertanggungjawab membuat pendengaran terbuka (“confirmation hearing”) bagi memastikan beliau benar-benar sesuai

3.    CEO baru melakukan audit khas mengenai kedudukan kewangan dan operasi kumpulan Tabung Haji sebaik dilantik dan dibentangkan sebagai kertas putih di Parlimen sebelum akhir tahun ini

Saya berharap rakyat akan terus bersama-sama memberi perhatian dan menjadi timbang tara kepada pengurusan badan-badan awam seperti Tabung Haji untuk mengelakkan perkara-perkara yang sama berulang.

Walaupun berita ini saya sambut dengan rasa syukur, saya akan terus menumpukan kepada analisa dan pendedahan berkaitan Tabung Haji bermula minggu ini.
  
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN



-------------