Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 29 November 2012

SOALAN UNTUK BANI MELAYU YANG SEDANG BERSIDANG





UNTUK BANI MELAYU
bani melayu yang sedang bersidang

masanya telah sampai
untuk mereka berfikir
untuk mereka berhenti sabentar
dan bertanya kepada diri sendiri

mungkin takut
mungkin susah untuk bertanya
kepada yang lain

tanya diri sendiri:

bolehkah bani melayu
dipimpin oleh najib razak
yang terlubart dalam kes bunuh

soalan ini hanya untuk bani melayu
kerana bani pas 
bani pkr
dan bani dap
telah sedia untuk menghumbankan
united malays national organisation

BANI PAKATAN RAKYAT 
BERSEDIA
Tuduhan Deepak: Projek mega cah keting dalam Umno

Abdul Aziz Mustafa,29 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Pendedahan demi pendedahan Deepak Jaikishan menandakan bermulanya "projek mega cah keting berprofil tinggi dalam Umno," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, pendedahan-pendedahan ahli perniagaan itu juga menyebabkan apa sahaja yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibalas dengan satu tempelakan sahaja iaitu "jawab Deepak dahulu"

"Najib boleh bertempik bermegah dengan beribu retorik sekalipun, tetapi apa sahaja yang beliau kata terutama sepanjang Perhimpunan Agung Umno kini akan dibalas dengan satu tempelakan sahaja sahaja iaitu 'jawab tuduhan-tuduhan Deepak dahulu'.

"Walaupun Najib buat-buat tak tahu tetapi dia tahu dan semua orang tahu bahawa apa sahaja yang dia cakap tidak ada gunanya lagi kerana orang hanya mahu dengar penjelasan beliau mengenai tuduhan-tuduhan Deepak sahaja," katanya.




-------

GAMBAR YANG PALING DITAKUTI OLEH NAJIB



KOMENTAR TUKAR TIUB
jelas semua maklumat
tentang urus niaga deepak
tentang peranan rosmah
kita sudah berada dalam tangan pkr

bagaimana dengan dokumen
kes siasatan pembunuhan altantuya?

tukar tiub sedang menghantar
ajen ajen untuk mencium baunya
pastilah tukar tiub
yang pertama memecah berita
apabila bertemu dokumen itu


 SILA PERHATIKAN GAMBAR INI BETUL BETUL
PANDANG RAPI RAPI
DEEPAK JAIKAISHAN  DI MAHKAMAH TINGGI
DIA TERSENYUM
KENAPA DEEPAK TERSENYUM
KERNA DIBELAKANG DEEPAK
ada
SIVARASA RASIAH
dan
S.SURENDRAN
DUA ORANG PEGUAM HEBAT
TAPI 
LEBIH HEBAT LAGI 
PEGUAM INI 
ADALAH PEMIMPIAN 
PARTI KEADILAN RAKYAT

-----------

MEMIKUL BIAWAK NAJIB DAN ROSMAH













KOMENTAR TUKAR TIUB

ahli ahli  united malays national organisation
sedang sibuk bercerita
mereka sedang bersidang
dalam bersidang mereka bersembang

dalam tempat makan
dalam ruang rehat
dalam cafe disekitar pwtc
dalam ruang tamu hotel
semua berlabon
semua bersembang
semua bercerita

CERITA PERTAMA
tentang deepak jaikishan
yang telah membuka kembali 
tentang kes pembunuhan altantuuya
tentang deepak dengan rosmah
tentang deepak dengan najib
tentang deepak dengan raja ropiah
tentang deepak dengan mata mata gelap bala subramaniam

CERITA KEDUA
semua sedang becerita 
tentang strateji najib
untuk buang  ramai menteri besar

menteri besar ini akan diganti dengan muka baru
semua nanti muka muka yang disukai oleh najib dan rosmah

zambry
mat hasan
adnan yacob
ali rustam
ghani osman
akan ditendang keluar

mb  ini disangsikan kesetiaan
mereka kepada najib dan rosmah

mb ini akan digantikan dengan muka baru
untuk untuk memastikan 
najib selamat dari serangan muhyiddin

semua menteri besar adalah ketua perhubungan negeri
ketua perhubungan memiliki kuasa mutlak
mereka memilih wakil yang datang ke persidangan
mereka merencana sokongan parti di negeri

jadi jika najib gagal untuk mendapat kemenangan besar
maka muhyiddin akan melakukan saperti yang telah
dilakukan ke atas abdullah badawi

CERITA KE TIGA
muhyiddin yassin
zahid hamidi
ali rustam
tiga orang pemimpin united malays national organisation ini
telah membuat  satu pasukan baru
mereka melihat najib tidak boleh lagi menyelamatkan
united malays national organisation dari tenggelam

najib adalah satu beban yang amat berat
beban yang sedang  dipikul
oleh united malauys national organisation

najib terlibat dalam banyak kes
kes bunuh altantuya
kes komisen kapal selam
kes tipu deepak
kes tipu balasubramaniam
semua ini kes yang amat berat

ini ditambah pula dengan  rosmah
yang amat berat untuk dipikul

muhyiddin zahid ali rustam atau MUHZA
kini satu pasokan baru untuk mepertahankan
united malays national organisation

muhza sedang merancang untuk
menyediakan pengunduran najib
secara terhormat


BN Pahang yakin menang 13 kerusi Parlimen

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yakin Barisan Nasional (BN) Pahang dapat memenangi sekurang-kurangnya 13 daripada 14 kerusi parlimen negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

Adnan yang juga Pengerusi BN Pahang berkata satu lagi kerusi parlimen berada dalam situasi 50-50.

Mengenai kerusi dewan undangan negeri (DUN), BN Pahang yakin dapat menguasai 40 daripada 42 kawasan, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Mengenai Memudah Cara Peningkatan Masyarakat (FSU), di ibunegara hari ini.


BN yakin pertahankan Perak — Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 28 Nov —Barisan Nasional (BN) yakin dapat mempertahankan Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.Beliau berkata keyakinan itu ... Read More



------

KESAH PEMBUNUHAN ALTATUYA SETALAT INI



RIWAYAT ALTANTUYA SETAKAT INI
ketika altantuya dibunuh
dolah badawi ialah perdana menteri
dan juga menteri dalam negeri
tetapi kuasa ketika itu 
ditangan menantunya khairy jamaluddin

ketika dolah diserang oleh muhyiddin
ketika dolah diserang oleh najib
berita bocor mengatakan bahawa
dokumen bukti sisatan pembunuhan altantuya
ada dalam tangan kahiry jamaluddin
ini akan digunakan oleh khairy untuk
menyelamatkan bapak mentuanya

khairy menapikan yang dia memiliki dokumen ini

MANA DIA DOKUMEN INI
jadi siapa memiliki dokumen ini
dokumen ini pasti wujud
dokumen ini pasti mengetahui apa yang sebenarnya berlaku

ada dalam simpanan mata mata gelap balasubramaniam?
ada dalam simpanan penjual karpet deepak jaikishan?
ada dalam simpanan  khairy jamaluddin?
ada dalam simpanan  lee kuan yew?
apakah dokumen ini ada dalam tangan peguam peranchis?

pada ketika pembunuhan altantuya 
ketua polis negara ialah musa hasan
musa hasan kelmarin  telah membuat kenyataan
bahawa hishamuddin hussein telah campur tangan
 dalam banyak hak kepolisan

apakah campur tangan ini
apakah tekanan keatas musa hasan ini
bersangkutan dengan siasatan pembunuhan altantuya?

siapa hishamuddin hussein ini?
hishamuddin hussein ialah sepupu kepada najib

NOTA:
bani melayu yang sedang bersidang
wajib mula bertanya apakah boleh
najib razak menjadi imam mereka



LARI KE INDIA 
MEMBAWA MAKLUMAT
APAKAH DOKUMEN ITU ADA
PADA MATA MATA GELAP BALA?

MUSA HASAN ADALAH KETUA POLIS NEGARA
KETIKA ALTANTUYA DI BUNUH
APAKAH DOKEMEN ITU ADA PADA
MUSA HASAN?

DEEPAK JAIKISHAN
MENJADI ORANG TENGAH
UNTUK BAYAR 5 JUTA
KEPADA BALASUBRAMANIAM


ADIK NAJIB SELAMATKAN NAJIB
DENGAN MEMINTA DEEPAK
BAYAR  BALA
UNTUK TARIK BALIK AKUAN BERSUMPAH
dan
BUATV AKUAN BERSUMPAH KEDUA

MUHYIDDIN YASSIN BAKAL
PERDANA MENTEERI MALAYSIA
TELAH MENGHANTAR ANAK BUAHNYA
UNTUK MENCARI DOKUMEN ITU


Perwakilan Umno perlu tanya Najib pendedahan Deepak, Musa

Harakahdaily,29 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Para perwakilan Umno perlu menuntut penjelasan daripada presiden mereka Datuk Seri Najib Razak berhubung pendedahan yang dibuat ahli perniagaan Deepak Jaikishan yang disiar oleh tiga media alternatif sejak kelmarin.

Ianya berkaitan pendedahan Deepak yang mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Najib dan juga beberapa pendedahan yang turut berkait dengan pembunuhan wanita Moggolia Altantuya Shaariibuu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, para perwakilan Umno perlu mendapat penjelasan daripada Najib berhubung pendedahan Deepak itu demi membersihkan imej Umno apatah lagi berdepan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13).

"Perwakilan perlu bangkit, soal dalam perbahasan dan wajib perlu jawab.

"Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung ini, medan terbaik untuk ahli Umno mendapat jawapan dari mulut Najib sendiri," katanya kepada Harakahdaily.

Selain isu Deepak katanya, perwakilan Umno juga perlu mendesak naib presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Menteri Dalam Negeri yang didakwa campur tangan dalam penyiasatan polis seperti didedahkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan semalam.

Menurut Mahfuz, beliau tidak menolak kemungkinan wujud pihak tertentu di belakang Deepak dan Musa yang mahu menekan Najib sehingga kedua-duanya berani tampil mendedahkan hal sebenar di saat Najib dan Umno sedang dalam perhimpunan agung mereka.




---------

PROGRAM MENGHASUT DI SANA SINI - MENGHASUT UNTUK HIMPUNAN SATU JUTA RAKYAT





MALAM INI MAT MONGOL
AKAN DI SERANG DI DEWAN CHINA
MARI KITA BERAMAI RAMAI
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


SABTU INI DI PARIT RAJA
BATU PAHAT
KITA BERHIMPUN UNTUK BERSEDIA
KE HIMPUNAN SEJUTA RAKYAT

NGO NGO YANG AKAN MENGGERAK
HIMPUNAN SEJUTA RAKYAT

'PEMBERONTAKAN BRUNEI 8 DISEMBER 1962'

8 Disember 2012 (Sabtu)
9:00 malam
Madrasah Tarbiyah
Kampung Banda Dalam

Osman Latif (Parti Rakyat Berunai)
Ishak Surin (Parti Rakyat Malaya)
Tarmizi Mohd Jam (Moderator) 


12 JANUARI - BERSEDIA



--------------------

NAJIB TERLIBAT DALAM KES BUNUH ALTANTUYA


KITA BERTEMU DI KL

KOMENTAR TUKAR TIUB
dari perkembangan terkini
amat jelas dan terbukti bahawa najib razak
terlibat dalam kes pembunuhan altantuya

bukti terbaru dari deepak jaikishan
deepak  telah membuat temu bual
telah  membocorkan pelbagai dokumen
untuk memperkuatkan kes bunuh ke atas najib

CERITANYA HINGGA KINI
mata mata gelap  balasubramaniam  diupah oleh 
razak baginda untuk mengintip altantuya

bala telah membuat akuan bersumpah tiga tahun dahulu

dalam akuan bersumpah  itu
bala mengatakan bahawa altantuya  shaaribu
waniat slim dan cun dari memgolia
adalah penyedap najib

dalam akuan bersumpah  itu secara jelas 
diterangkan bahawa satelah 
memakai ketiga tiga  lubang altantuya 
najib  yang naik pangkat politiknya
melihat dirinya sebagai potensi untuk menjadi pm
juateru najib telah melepaskan altantuya kepada razak baginda

mengikut akuan bersumpah balasubramaniam
najib bertemu dengan altantuya
di pamiran intan berlian
di pulau sentosa singapura 

bila akuan bersumpah balasubramaniam meletup
najib dan rosmah kelam kabut
disini masuk deepak jaikishan

adik najib jumpa deepak
deepak digunakn untuk kautim dengan balasubramaniam
bala dijanjikan akan dibayar 5 juta ringgit
untuk menarik balik akuan bersumpah
ini untuk selamatkan najib yang pada ketika itu
menjadi timbalan dolah badawi
yang ketika itu kj amat berkuasa
yang ketika itu ketua polis negara ialah musa hasan

bala dipaksa membuat satu lagi akuan besumpah
kemudian  bala terus blah  melarikan diri ke india 
kerana takut dengan kuasa najib dan rosmah mansor

dalam masa yang sama bala juga 
macam altantuya telah kena kencing
duit yang dijanjikan oleh deepak tak sampai sampai
duit untuk bala ini dijanjikan oleh adik najib
deepak minta pada keluaraga najib
pun tak dapat duit ini

kes ini sama macam kes duit untuk altantuya
tapi bala lebih selamat dari kena c4
kerana bala telah celah ke india

MASUK KES DEEPAK
3 tahun dahulu deepak mengakui 
bahawa rosmah mansor dianggap sebagai kakak
melalui hubungan  baik dengan kakak rosmah 
deepak jaikishan mendapat banyak projek
dapat beratus ekar tanah yang bernilai ratusan juta
tapi projek bernilai ratusan juta ini gagal

DENGAN SIAPA DEEPAK BUAT PROJEK
projek  beli tanah untuk dibangunkan
adalah  kementerian pertahanan  dijalankan 
yang menterinya pada ketika itu najib razak

projek ini adalah ushasama 
dengan seorang ketua wanita  united malays national organisation
yang juga dikenali oleh najib 
mengikut kata deepak
projek ini juga diluluskan dengan sokongan  rosmah

BILA DEEPAK 2 KALI KENA KENCING
bila deepak kena kencing  sekali 
kalau dulu hanya duit untuk bala
kali ini projek dia sendiri kantoi

deepak mengatur strateji
deepak membuat  temu bual ekslusif dengan 4 laman web
-malaysiakini
-the malaysian insider
-malaysian chronicle 
- harakah daily
disetiap media ini deepak bocorkan sedikit demi sadikit

hanya dalam malaysia chronicle pembaca diberitahu
siapakan ketua wanita  gerombolan itu

dalam harakah daily kerana pembaca melayu
deepek bocorkan hubungan dirinya dengan rosmah mansor

DEEPAK MENGUNDUR
satelah membuat temu bual
tangan yang berkuasa mula bekerja
dengan tangkas deepak ditekan
dalam dunia perniagaan deepak diganngu
kelmarin deepak memberi tahu malaysiakini
kepentingan dirinya dalam 26 syarikat dilupus

 LARI SELAMAT KAN DIRI
sama saperti balasubramaniam
deepak juga melarikan diri ke burma

DESAS DESUS DARI BANGSAR UTAMA
dikatakan budak budak muhyiddin
telah 'gila' memghubungi malaysiakini
untuk mengetahui 'apa lagi' yang tersimpan
dalam temu bual itu

NOTA:
persoalan timbul
apakh malaysia sanggup
pembunuh sebagai pemimpin

  • SD kedua Bala gagalkan rancangan pengakuan pembunuhan Altantuya'
  • Akuan Bersumpah (SD) kedua P Balasubramaniam untuk menarik balik tuduhan awalnya yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu, adalah sebahagian daripada usaha untuk menggagalkan pengakuan yang dirancang berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu, dakwa ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Husam: Najib tak boleh diam lagi isu Deepak
9:08AM Nov 29 2012
Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Datuk Seri Najib Razak tidak boleh lagi berdiam diri dengan dakwaan terbaru Deepak Jaikishan memandangkan usahawan itu mengaitkan keluarga perdana menteri dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Katanya, Deepak "secara langsung dan tidak langsung" mengaitkan perdana menteri dalam isu pembunuhan berkenaan – dalam dakwaan yang dibuat sejurus sebelum perhimpunan agung Umno.

"Najib harus mengambil langkah memberikan penjelasan sepenuhnyna. Jika tidak, selain dirinya, Umno adalah pihak yang akan terkesan," kata Husam yang turut memberi peringatan bahawa pilihan raya juga semakin hampir.

Ada orang di belakang Deepak - Husam Musa 
Harakahdaily
Khamis, 29 Nov 2012
 

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yakin, ada pihak lain di belakang kenyataan 'eksplosif' Deepak Jaikishan kepada Harakahdaily semalam.


Lagi...


Kenyataan Umum
28 November 2012

Pengakuan Deepak: Akuan Sumpah Kedua PI Bala Tidak Sah!

Merujuk kepada laporan Harakah mengenai pengakuan Deepak Jaikishan yang membantu keluarga DS Najib Razak untuk memujuk penyiasat bebas P. Balasubramaniam (PI Bala) menukar akuan bersumpahnya, menjadi bukti bahawa akuan bersumpah kedua PI Bala jatuh tidak sah.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak kes pembunuhan wanita Monggolia Altantuya Sharibuu dibuka semula dengan mengambil kira akuan bersumpah pertama PI Bala, setelah akuan bersumpah kedua PI Bala didapati telah dipengaruhi oleh keluarga Najib Razak. 

Berikutan tindakan PI Bala mengubah pengakuan bersumpah, Deepak sendiri mengaku ia dilakukan demi menolong keluarga Najib Razak, ini bukti yang cukup untuk memanggil Najib ke kandang saksi. Pengakuan bersumpah PI Bala yang pertama yang menyebut keterlibatan Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya wajib dirujuk.

SAMM melihat kes pembunuhan Altantuya menerbitkan sudut persoalan yang pelbagai, apatah lagi ia berkait rapat dengan skandal Scorpene yang disifatkan sebagai ‘bapak’ kepada semua kes jenayah di Malaysia. Skandal pembunuhan Altantuya dan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang terkait ini harus dirungkai dan rakyat harus tahu.

Demi memastikan rakyat celik dalam isu ini, pelbagai usaha dilakukan oleh SAMM termasuklah jelajah sesi taklimat penerangan di setiap negeri, ceramah pencerahan dan SAMM juga akan melancarkan buku bertajuk ‘Antara Dua Razak, Dua Scorpene dan Satu Mongolia’ pada bulan hadapan. 

Akhir sekali, SAMM seru supaya rakyat menolak kepimpinan Najib Razak yang tercalit skandal Altantuya dan Scorpene, dan hanya selepas Bn ditumbangkan barulah kebenaran akan terungkai kerana ketika itu tiada lagi imuniti undang-undang terhadap VIP dan VVIP negara.

Sekian
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia






DEEPAK MUSA HASSAN DAN PEGUAM PERANCHIS - SEMUA DIRANCANG DENGAN RAPI




Sengaja anjur taklimat Scorpene
KUALA LUMPUR 28 Nov. - Taklimat Scorpene yang diadakan di Singapura dilihat sengaja dianjurkan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk mencuri perhatian khususnya masyarakat Melayu daripada memberi fokus kepada perjalanan Perhimpunan Agung UMNO.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, taklimat tersebut diadakan kerana pembangkang semakin gusar dengan kebangkitan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

"Saya telah diberitahu oleh seorang sumber dalaman pakatan pembangkang bahawa Suaram telah diberi arahan supaya 'melemahkan' Perhimpunan Agung UMNO melalui peguam Perancis dengan memfitnah Perdana Menteri.

"Pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat semakin gerun dan tidak senang duduk dengan kebangkitan BN. Mereka tahu perhimpunan pada minggu ini amat penting kepada agenda politik orang Melayu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas berhubung taklimat Scorpene oleh dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham yang dianjurkan oleh Suaram di Singapura kelmarin.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


SABTU INI DI SRI GADING BATU PAHAT




woit... INI MEMANG BETUL... LAGI TEPAT... LAGI SAHEH.... kah kah kah..

kah kah kah...MEMANG DI RANCANG  DENGAN  TELITI.... kah kah kah..

kah kah kah...UNTUK MEMASTIKAN  KEROSAKAN POLITIK YANG MAHA SANGAT... kah kah kah..

woit... INI  SAMA MACAM  SIDANG MEDIA DEEPAK.... kah kah kah..

kah kah kah..INI .SAMA  MACAM SIDANG MEDIA MUSA HASSAN.... kah kah  kah...

kah kah kah...SEMUA NAK BOCORKAN BERITA...kah kah kah..

kah kah kah... KENAPA SEKARANG NAK BOCORKAN?.... kah kah kah...

kah kah kah.... DEEPAK DAN MUSA HASAN BUAT SIDANG AKHBAR SAPERTI BELI INSURAN.... kah kah kah..

kah kah  kah.... DI BUAT SEKARANG KERANA PAKATAN AKAN BERKUASA... kah kah kah



-------

12 DISEMBER DEMO DI PUTRAJAYA - WARGA TANPA KAD PENGENALAN



SABTU INI BERHIMPUN DI PARIT RAJA 
BATU PAHAT 


Kenyataan Akhbar: Perhimpunan aman duduk bantah untuk rakyat Malaysia yang tidak mendapat kewarganegaraan pada 12.12.12 di Jabatan Pendaftaran Negara

Parti Keadilan Rakyat akan menganjurkan suatu perhimpunan aman duduk bantah di Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya pada 12 Disember 2012 jam 10 pagi. Ianya bagi mendesak kerajaan BN untuk menyelesaikan masalah rakyat Malaysia yang tidak mendapat hak kewarganegaraan.

Masalah tidak mendapat hak kewarganegaraan ini melibatkan semua rakyat Malaysia dan menjadi kelaziman di kalangan rakyat Malaysia berketurunan India. Sebahagian besar rakyat tanpa warga negara tersebut lahir daripada ibu bapa rakyat Malaysia dan telah menjalani keseluruhan kehidupan mereka di negara ini.

Berdasarkan Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan, mereka merupakan warga yang sah secara perundangan dan berperlembagaan. Bagaimanapun, kerajaan BN enggan mengeluarkan kad pengenalan biru kepada mereka. Keengganan berbuat demikian, menunjukkan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein Onn dan kerajaan BN secara terang-terangan serta dengan pengetahuan melanggar peruntukan Perlembagaan Malaysia.

Akibatnya kalangan rakyat Malaysia yang dinafikan hak-hak dan keistimewaan kewarganegaraan secara tidak sah menurut undang-undang telah mengamai penderitaan yang teramat. Warga tanpa negara ini dilucutkan semua faedah-faedah pendidikan, kesihatan dan pekerjaan.

Amat mengejutkan, terdapat banyak kes kanak-kanak Malaysia berketurunan India dalam usia persekolahan dinafikan pendidikan asas akibat penafian dokumen pengenalan oleh kerajaan BN.

Satu contoh yang cukup jelas adalah kes pelajar sekolah B. Reshina yang berdepan halangan untuk duduk dalam peperiksaan SPM kerana dia tidak memiliki dokumen pengenalan diri. Kes tersebut mendapat liputan meluas media pada bulan April tahun ini, tetapi Reshina masih tidak
diberi kad pengenalan.

Pada 9 November 2012, Keadilan membawakan isu ke pengetahuan awam berkenaan kes seorang rakyat Malaysia berusia 10 tahun dari Ipoh bernama S Logeswaran yang tidak pernah ke sekolah kerana dinafikan dokumen pengenalan diri.

Di kalangan rakyat Malaysia berketurunan India, masalah ini telah menjadi masalah generasi. Seluruh keluarga dari satu generasi ke generasi yang lain hidup dalam terumbang-ambing disebabkan mereka yang diberikan kad pengenalan merah atau tanpa dokumen pengenalan langsung.

Masalah ini telah sampai ke tahap yang runcing; namun kerajaan Perdana Menteri Najib Razak enggan melakukan apa-apa tindakan berkesan bagi menghentikan penderitaan rakyat Malaysia yang tidak mendapat hak kewarganegaraan.

Rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat akan turut sama menyertai kami membuat bantahan pada 12.12.12. Kami menyeru kesemua warga dan pertubuhan untuk menyertai kami dalam bantahan aman untuk menghentikan penderitaan kesemua rakyat Malaysia tanpa hak kewarganegaraan itu.


N SURENDRAN
NURUL IZZAH ANWAR
TIAN CHUA
NAIB-NAIB PRESIDEN
KEADILAN



------