.

Selasa, 30 September 2014

PELAKON PORNO




KURENG ADAB

Bintang porn ni meskipun pintar ( pelajar cemerlang dalam bidang guaman di NUS dan sarjana biasiswa ASEAN) dan kureng beradab dari segi menghormati sensitiviti agama konservatif tapi bijak dan sensitif dengan perkembangan politik di negara. 


Alvin berminat dan enjoy sangat dengan seks dan mungkin kebebasan bersuara dan rela mengambil risiko sehingga dia kini dihambat dek polis.

Sepanjang perjalanan politi tanah air yang dia dapat simpulkan bahawa adanya leverage kuat UMNO terhadap institusi seperti polis, peguam negara, bini Najib dan menteri dalam negeri yang mahu musuh ketata UMNO dimatikan. Lihat grafik ditampalkan hidung khinzir pada personaliti berkenaan yang amat menghinakan itu, sama seperti rasa geram dan marahnya terhadap personaliti berkenaan yang manyak membawa kemerosotan urus tadbir negara.

Alvin buat secara kasar tapi mungkin tasteful bagi menggambarkan senario sebenar. Parti lawan UMNO seperti DAP dan PKR dan NGO yang meluat dengan kepimpinan UMNO sebenarnya tapi tak on ALVIN TAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 4:19 PM



---------

PATRIOTIK KEPALA BANA APA?



LAGU DAN BENDERA CIPLAK


Tiada semangat Patriotisme, lahirnya golongan biadap
 | September 30, 2014
Pelajar di peringkat sekolah rendah perlu mempelajari Perkara 153.
PETALING JAYA: Presiden Persatuan Minda Sosial dan Prihatin, Ramesh Rao menggesa supaya kerajaan memperhalusi mata pelajaran sejarah dari peringkat sekolah rendah lagi.

Dakwa beliau, ini berikutan kurangnya semangat patriotisme dan pengetahuan mengenai sejarah Malaysia akibat kelemahan pengetahuan sejarah yang sepatutnya bermula daripada darjah tiga di peringkat Sekolah Rendah.

Menurut Ramesh, beliau mencadangkan kepada kerajaan supaya pelajar di peringkat sekolah rendah perlu mempelajari Perkara 153 yang telah termaktub di dalam perlembagaan Malaysia.

“Ini dilihat, pelajar di peringkat sekolah rendah hanya menekankan kepada sejarah mengenai Parameswara.

“Namun perkara yang paling asas mengenai Keistimewaan Raja-Raja Melayu dan Perkara 153 tidak diterapkan dalam kalangan pelajar,” ujarnya kepada pemberita dalam satu temubual khas di ibu pejabat FMT.

KAH KAH KAH

woit
macam mana nak patriotik
lagu kebangsaan ciplak
bendera ciplak
dari terang bulan
jadi negara ku
patriotik kepala bana apa

ini patriotik
kepala bodek
nak bodek melayu
nak cari makan

woit kalau nak cari makan
buat laa kerja lain
kutip besi buruk pun okay

KAH KAH KAH


------------

SALUT MEREKA YANG BERANI





KOMENTAR
pada tahun 40'an
pada tahun 50'an
perasaan ini wujud di tanah melayu
perasaan tidak mahu dijajah
persaan menentukan nasib sendiri 
perasaan mahu berkerajaan sendiri
perasaan inilah yang sedang 
merebak di sabah dan sarawak

akta banginda queen ke
apa sahaja akta tidak akan memadamkan
perasaan ini

perasaan ini juga 
dirasakan oleh rakyat palestine
dirasakan oleh rakyat bosnia
dirasakan oleh acheh

perasaan ini
adalah perasaan asas wujudiah manusia
tidak mahu jadi hamba
tidak mahu dijajah


Di Sabah dan Sarawak,

Akta Hasutan  gagal

sekat desakan keluar Malaysia 

Semakin ramai rakyat Malaysia Timur menandatangani petisyen menuntut supaya Sabah dan Sarawak dipisahkan daripada Malaysia walaupun diancam dengan dakwaan hasutan, kata ahli politik Sabah dalam forum malam tadi.
Jeffrey Kitingan berkata, petisyen kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mampu membuka jalan kepada satu pendengaran sama ada Sabah dan Sarawak berhak untuk mentadbir sendiri kini sudah mendapat 20,000 tandatangan.
Petisyen itu masih diteruskan walaupun polis melancarkan siasatan terhadap kumpulan lain yang mengumpul petisyen secara atas talian bagi menentukan sama ada Sabah dan Sarawak perlu meninggalkan Malaysia.Kitingan berkata, siatasan polis itu sebaliknya mencetuskan lagi kebangkitan di kalangan rakyat biasa Sabah dan Sarawak.
"Situasi tidak seperti 20 tahun lalu. Lihat saja di Internet dan media sosial.
"Anak muda tidak takut ditahan kerana mereka percaya sesuatu mesti dilakukan.
"Daripada cuba menimbulkan ketakutan, Putrajaya perlu dengar suara mereka dan faham kenapa rakyat Sabah dan Sarawak tidak gembira dan tidak puas hati," katanya yang juga pesiden parti pembangkang, Parti Pembaharuan Negeri Sabah (STAR).
Di Sabah, kemarahan penduduk tempatan timbul apabila mereka percaya Umno cuba mengubah demografi negeri dengan memberikan kad pengenalan kepada masyarakat Islam daripada Filipina dan Indonesia.
Kitingan pada ceramahnya malam tadi mencadangkan Putrajaya mempertimbangkan cadangan merangka perjanjian Malaysia baharu yang memberi lebih banyak hak pemerintahan sendiri kepada Sabah dan Sarawak.
"Kami mahu penstrukturan semula Perjanjian Malaysia. Kami tidak mahu keluar. Tetapi jika kamu tidak mahu bekerjasama maka kami terpaksa pergi ikut cara kami sendiri," katanya.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/di-sabah-dan-sarawak-akta-hasutan-gagal-sekat-desakan-keluar-malaysia#sthash.DC7nJBPC.dpuf

------------

SELAMAT DATANG AZIZ BARI






KOMENTAR

selamat datang aziz bari
menjadi ahli kelab 
baginda queen
dalam negara yang zalim
bercakap benar itu
satu tindakkan revolusiner


Seorang lagi pensyarah jadi mangsa Akta 

Hasutan

Polis akan menyoal siasat pensyarah undang-undang Dr Abdul Aziz Bari esok, mangsa terbaru pendakwaan besar-besaran hasutan Putrajaya yang sebelum ini menyaksikan ahli politik pembangkang dan aktivis, disiasat mengikut akta kolonial itu.
Polis memberitahu The Malaysian Insider, lebih 100 laporan polis dibuat terhadap pakar Perlembagaan itu di seluruh negara kerana dikatakan menghina Sultan Selangor.
Seorang pegawai polis memberitahu Aziz akan disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Sabak Bernam mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan 1948.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/aziz-bari-mangsa-terbaru-akta-hasutan-putrajaya#sthash.8gtmB7hW.dpuf

------------

ALVIN TAN







KOMENTAR
anak muda ini bijak
anak muda ini sengaja buat onar
sedang pasang perangkap
lagi banyak tekanan datang
lagi banyak kenyatan datang
dari polis malaysia
semua kenyataan ini
akan dijadikan bukti
lagi cepat anak muda ini
 dapat suaka politik


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

kah kah kah
kah kah
kah
i rest my case my lord
---------

PROGRAM MENGHASUT







KHAMIS

 MALAM





DISKUSI
BERSAMA

ZUL FIKRI ZAMIR

Sekolah Bukan Penjara
Universiti Bukan Kilang

KHAMIS 2 OKTOBER

JAM 8:00 Malam



Alamat: No. 2, Jalan Bukit 11/2, 46200 Petaling Jaya



APA ITU MIMBAR GERAKBUDAYA?

Mimbar Gerakbudaya merupakan sebuah platform diskusi bagi menggalakkan rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk duduk bersama, berbincang, berbahas dan berwacana.

Topik diskusi meliputi hal ehwal semasa, politik, sejarah, ekonomi, pendidikan, seni dan sastera, gender, falsafah & pemikiran, agama, dan sebagainya.

Mimbar Gerakbudaya berformatkan interaksi dua hala di mana setiap kehadiran sentiasa digalakkan untuk mengambil bahagian berkongsi idea, menyatakan pendapat, bertukar-tukar fikiran dan pandangan. Kami amat menggalakkan pertembungan pemikiran di dalam usaha mencari kebenaran.

MATLAMAT

Mimbar ertinya tempat melahirkan fikiran atau pendapat. Terdorong oleh itu, kami mengambil inisiatif untuk membawa kata tersebut kepada bentuk yang lebih praktikal di mana interaksi dan komunikasi dapat berlaku secara langsung. 

Matlamat utama kami disamping meluaskan ilmu pengetahuan, ialah mencetuskan pemikiran yang progresif dan saintifik serta mempromosikan satu suasana intelektual yang sihat, bersifat ilmiah dan akademik sekaligus melawan kemiskinan intelektual dan budaya.

PERINCIAN MIMBAR GERAKBUDAYA

Mimbar Gerakbudaya akan diadakan pada setiap bulan di minggu pertama. Diskusi akan berlangsung dari jam 8:00 malam sehinggalah 10:30 malam bertempat di Dewan Gerakbudaya, Petaling Jaya. Pada setiap kali sesi diskusi, seorang peneraju/pengendali akan dijemput untuk memandu diskusi. Kami sangat berbesar hati agar rakan-rakan tidak kira dari dalam atau luar negara untuk turut serta bersama-sama kami menjayakan Mimbar Gerakbudaya.



-----------

BAIK TANYA HAL MINI COOPER











KOMENTAR

satu  kenyataan waras
satu kenyataan berhemah
dari pemimpin muda pas
bijak berisi dan dewasa











Pemuda PAS Kelantan desak Nik Abduh 

jaga emosi

Ketua Pemuda PAS Kota Baru Dr Rosli Abdul Kadir menasihati Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz supaya menjaga emosi apabila mengkritik rakan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), iaitu PKR dan DAP.

Rosli berkata Nik Abduh selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat sewajarnya bersuara dengan lebih positif, lebih membina dan lebih membawa perpaduan, bukan ke arah membawa perpecahan.

"PAS adalah abang tua kepada PKR dan DAP. Selaku abang tua, pimpinan PAS perlulah lebih bijaksana mengawal emosi.

"Tidak perlulah kita melayan semua kenyataan yang dibuat oleh adik-adik kita, yang perlu dilayan oleh kita hanyalah kenyataan rasmi yang dibuat oleh mereka sahaja," katanya dalam kenyataan hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-pas-kelantan-desak-nik-abduh-jaga-emosi#sthash.jemCrqRU.dpuf

KAH KAH KAH

woit
minta cerita
tentang mini cooper
baru boleh labon
baru bijak lebong
baru putar alam
kah kah kah

--------

PAGI INI DI MAHKAMAH






KAH KAH KAH

pagi ini gwa
di mahkamah
kah kah kah


  1. Kes Hishamuddin Rais akan didengar di Mahk Sesyen 13 KL Jln Duta, Jam 9 pg. Tunjuk solidariti dgn saudara
  2. Esok akan turun ke Mahk Sesyen 13 Mahk Jln Duta KL utk hujahan di akhir kes pendakwaan kes hasut.




-----------

Isnin, 29 September 2014

HOT HOT CHICKEN SHIT




KOMENTAR

hukum jalan raya
undang undang jalan raya
peraturan jalan raya ini
adalah lukah
untuk pungut duit kopi
untuk tambah duit saku
bantu pekerja jpj 
bila gst dikenalkan nanti

ingat atau tidak bulan puasa dulu
heboh nak basmi judi haram
hangat hangat chicken shit
semua tak jadi

nanti cermin hitam ini pun sama
hot hot chicken shit

awalan satu dua bulan
akan ramai kena saman
media akan heboh
keluar tv
keluar akhbar
lepas tu senyap
lepas tu semua jadi lukah

tak percaya nanti dan lihat




 696 4 0 722

Peraturan baru cermin gelap bermula 1 November


PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan peraturan baharu berkaitan penggunaan cermin gelap bermula 1 November ini, kata Ketua Pengarah JPJ, Ismail Ahmad.
Menurutnya lagi, peraturan baru itu tertakluk kepada semua rakyat Malaysia dengan pengecualian diberikan kepada beberapa pihak atau sekiranya pemilik kenderaan punya alasan kukuh.
“Pengecualian diberikan kepada Yang diPertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalannya, Ketua Menteri, Menteri Besar, Ketua Hakim dan Menteri. Begitu juga dengan jabatan berisiko tinggi seperti Polis Diraja Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia yang melakukan operasi berbahaya,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan anggota penguatkuasa JPJ bahagian Zon Selatan di Seri Negeri, di Melaka.

  • Judi haram: Zahid bincang dengan MB, KM - Malaysiakini

    www.malaysiakini.com/news/267883
    Translate this page
    Jul 7, 2014 - "Ini semua bagi membanteras judi haram termasuk penyitaan premis perjudian, aset ..... Dikir barat meriahkan kempen Pengkalan Kubor ...
  • Bookie Haram biayai kempen menentang lesen Judi?

    darisungaiderhaka.blogspot.com/.../bookie-haram-bia...
    Translate this page
    Jun 28, 2010 - KUALA LUMPUR, 28 Jun — Tan Sri Vincent Tan hari ini mendakwa bookie haram membiayai kempen untuk menggagalkan rancangan ...

  • KAH KAH KAH

    hot hot
    chicken shit
    KAH KAH KAH
    --------

    WIRA MELAYU ISLAM KANTOI





    Zulkifli Noordin mohon maaf kepada 

    bekas timbalan presiden PKR

    Kes saman malu Dr Syed Husin Ali terhadap  Zulkifli Noordin dan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd selesai selepas kedua-dua defendan bersetuju meminta maaf dan menarik balik dua artikel bertajuk "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin" dan "Anjing-Anjing Pencen".

    Bekas timbalan presiden PKR itu mengemukakan saman RM10 juta ke atas Zulkifli kerana menulis artikel tersebut di blognya yang kemudian disiarkan Utusan Malaysia.

    "Zulkifli Noordin setuju kenyataan fitnah beliau di bawah tajuk 'Anjing-Anjing Pencen' di blog beliau bertarikh 19 November, 2011 ditarik balik sepenuhnya dan beliau akan meminta maaf terhadap penggunaan perkataan 'Anjing-Anjing Pencen' kepada Dr Syed Husin Ali," kata peguam yang mewakili Syed Husin.

    - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/zulkifli-noordin-mohon-maaf-kepada-bekas-timbalan-presiden-pkr#sthash.bNt9JWaf.dpuf


    KAH KAH KAH

    woit
    apa sudah jadi
    wira melayu islam
    minta maaf pada sosialis komunis
    hebat sosialis komunis ini

    KAH KAH KAH

    nota:

    utang puan ainon

    bila nak bayar

    kah kah kah

    ---------