ANAK MUDA TUNJUKKAN SOKONGAN - SILA DATANG PAGI INI

GERAKAN MAHASISWA NASIONAL 2010
Jenis: Mesyuarat - Konvensyen
Tarikh: Sabtu 20hb Mac 2010
Masa: 8.30 pagi - 6.00 ptg
Lokasi: DEWAN BANQUET, DEWAN SIVIK MBPJ, PETALING JAYA.
Keterangan:
Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010 adalah kongres anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang julung kalinya diadakan untuk menghimpunkan seluruh aktivis mahasiswa dan anak muda Malaysia. Kongres yang bertemakan "Menjana Gerakan Baru Mahasiswa" bertujuan menyusun semula pergerakan dan struktur gerakan di peringkat nasional. Kongres sehari yang akan menghimpunkan hampir 1000 orang aktivis ini juga akan menjadi medan pertemuan aktivis mahasiswa daripada seluruh negara termasuk daripada Semenanjung, Sabah dan Sarawak.





