.

Rabu, 5 Julai 2017

LAGI KES USTAZ AL-KENTUTI





USTAZ AL-KENTUTI

WAL PUTARI


PEJUANG KENTUT







USTAZ KENTUTI

tang mana salahnay yg ustaz ni cakapkan . apa tt dah tampal kalimah/asma nama allah/muhammad dalam jamban berak/melancapnya. kalu x paham jumpa ampunya diri yg mengeluarkan hujah bukan serang ala tt.


AL- PUTARI 

kalau otak dah mereng jangan bawa org lain mereng sama. ingat pesan org lama " buah buzsuk yg jatuh ketanah atau daging yg berbau tetap ada yg menjamahnya* paham x maknanya. kalu x paham apa aku peduli. on 
USTAZ KENTUT BERAK PULA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/5/17
FASIH KENTUT 

Kalo bab kentut berak ostaz ni fasih. Cuba tanya 1mdb najib apo status? Mesti ke laut. Imam khomeini gelar ostaz lagu ni sbg olamak ul haid wal nifaz. Begitu juga mufti kelantan pahang perak n rakan yg sewaktu dgn nya. Kahkah on USTAZ KENTUT BERAK PULA
Anonymous
on 7/5/17

PEJUANG KENTUTI 

Bangsa lain berjuang utk kebebasan apa yg dipanggil Freedom Fighter tapi kita tersengeh-senggeh bicara tentang Kentut. Tu sbb mereka senang dijajah malah disondol oleh pemimpin sendiri. Dgn Lebai Sotong pun boleh akur demi Tuan Guru yg kasyaf. Janji ada hadis ada firman. Bro, gila ada penawarnya, jika bahalol cium kentut Jo lo le. Ayamnya terlepas, tangan bau taik. on 
USTAZ KENTUT BERAK PULA
Anonymous
on 7/5/17




---------------

KES SENANG SELESIA





 BiLA?

Naib presiden PPBM mahu tindakan ke atas Syed Saddiq
 | July 4, 2017
Hamidah Osman berkata serangan kedua oleh pemimpin muda itu sudah keterlaluan





KES NI SENANG

SELESAI SILA

AJAK DEBAT

KAH KAH KAH
 




-----------------

BALAK BERSAMA ULAMAK







BALAK

BERSAMA

ULAMAK
BNM perlu ambil tindakan terhadap Kelantan

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) perlu mengambil tindakan terhadap Kerajaan Negeri Kelantan bersama-sama syarikat yang memeterai perjanjian melibatkan satu juta tanah hutan simpan di negeri itu.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah),  Husam Musa berkata, tindakan tegas itu sejajar dengan kenyataan yang dikeluarkan BNM terhadap syarikat yang dinamakan oleh BNM dalam senarai pemerhatian atau amaran kepada pengguna pada 23 Jun lalu.

"Bagaimana kerajaan negeri boleh bekerjasama? Adakah mereka tidak menyiasat latar belakang syarikat ini sebelum memeterai perjanjian?


ATAU

ULAMAK

GiLA

BALAK




-------------------

CISS DURHAKA KAMU







YA!

AMPOON


Sunting gambar perbuatan biadab
SHAH ALAM - Gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang disunting pihak tidak bertanggungjawab tular di media sosial Facebook.

Yang Dipertua Pertubuhan Pembela Martabat Kesultanan Melayu Malaysia, Tuan Haji Edros Abdullah, gambar berkenaan dikesan telah disunting dan dikongsikan sejak 25 Jun lalu.



ciss

durhaka

kamu


------------------

CABUT LARI KE CHINA







LARI

LARI

KE CHINA

SPRM cari YDP dewan perniagaan Melayu Perak

 | July 4, 2017
Kes melibatkan projek memajukan tanah dan pembekalan bahan binaan yang berlaku pada 2014.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Pengarah Syarikat Semarak Sinergi Sdn Bhd Sabri Ahmad Tah bagi menyelesaikan pendakwaan 1 kes rasuah di mahkamah. 

Sabri juga merupakan yang dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak. 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, SPRM berkata kes tersebut melibatkan projek memajukan tanah di sebuah lokasi di Perak serta pembekalan bahan binaan yang berlaku pada 2014. 

SPRM meminta sesiapa yang mempunyai maklumat dan mengenali Sabri diminta menghubungi Penolong Penguasa Mohd Zulfadhli Mohamad Yusof di talian 03-88867094 atau 018-2303110.


JUMPA

JO LOW

PASTI

SELAMAT

KAH KAH KAH
-----------------

SELAGI NAJIB ADA






SELAGI

NAJiB

ADA

Harga beras import mungkin meningkat

SITIAWAN - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) tidak menolak kemungkinan harga beras import akan meningkat pada masa akan datang kerana komoditi itu bukanlah barangan kawalan dan harganya bergantung pasaran beras dunia.

Menterinya Tuan Haji Ahmad Shabery Cheek berkata antara faktor yang boleh menyumbang kepada kenaikan harga beras import ialah nilai ringgit yang rendah.

Katanya kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk mengawal harga beras import di pasaran tempatan.


NILAI

RINNGIT

TERUS 
JATUH



-----------------

BABI OOO BABI






BABI GULING

Oi penghasut! Kau lupa banyak benda sebab kau dah tua!! Sup babi kau amerika! Goreng babi kau amerika! Kari babi kau amerika! Babi kukus kau amerika! Bubur babi kau amerika! Pengat babi kau amerika! Roti babi kau amerika! Kek babi kau amerika! Donut babi kau amerika! 

BABI USA

Karipap babi kau amerika! Kuih makmur babi kau amerika! Kuey teow babi kau amerika! Laksa babi kau amerika! Spaghetti babi kau amerika! Takkan babi guling, pau babi dengan satay babi je amerika tu! Amerika kan besar! on 
KES JADI SUB KUDIS
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/5/17






---------------

RAYA SUASANA RAYA 2017




RAYA DAN SUASANA BERHARI RAYA

Minggu ini telah masuk minggu ke dua kita selesai berpuasa. Suasana berhari raya masih kuat. Jemputan rumah terbuka atau bertandang ke rumah  kawan, sahabat, saudara dan taulan masih hangat.

Untuk gua berpuasa dalam bulan Ramadan amat penting kerana bulan ini  akan diakhri dengan pesta berhari raya. Untuk gua ini bukan hanya kerana tuntutan agama. Pandangan gua  wujud dari jalur budaya bukan dari jalur agama.  Gua merayakan puasa agar gua dapat merayakan hari raya saenak mungkin. Serancak yang rancak.

Hari Raya untuk gua adalah  festival budaya. Satelah 30 hari berpuasa maka kita berpesta. Makan-makan dan minum-minum. Bertemu, bersalam - minta maaf silap dan salah. Dan memulakan kitab yang baru. Ah! Indahnya budaya ini.

Setiap  bangsa , setiap bani memiliki satu hari  ‘ suci’ yang dituju.  Hari dan tarikh yang ditetapkan dalam satu pusingan bumi, bulan dan matahari untuk dijadikan sasaran. Satu hari yang dinobatkan sebagai hari yang amat ‘spesial’.

Di Iran , warga Parsi ada Naurus. Di Sabah dan di Sarawak ada Gawai. Di Tiongkok ada Tahun Baru China. Di Eropah ada Krismas. Di Amerika ada Thanksgiving - Hari Berterima Kaseh. Di United Kingdom ada Notinghill Gate Festival. Aduh! Semua kita berpesta. Bayangkan betapa bosannya alam - betapa bosannya hidup ini tanpa pesta - tanpa hari raya.

Hari Raya bermakna hari yang kita semua besarkan.

Tahun ini saperti tahun-tahun yang lalu gua akan merayau-rayau mencari bazar Ramadan. Gua merayau dengan satu tujuan untuk mencari ‘ambience’ - a.k.a mencari  suasana berpuasa sebelum beraya.

Jangan silap faham - sebenarnya  gua   spiritual - mencari kesucian tapi  gua tidak religious - tidak agamawan.  Gua dari gulungan rasionalis. Kalau bahasa Arabnya mungkin gua ini  dari jalur Mutazilah - atau mungkin gua salah. Jika salah sila betulkan. 

Justeru untuk gua yang penting ialah budaya merayakan bulan dan hari yang kita sama-sama bersetuju untuk dibesarkan. Anak semua bangsa - bangsa semua agama akan berpesta dan bergumbira.

Tahun ini saperti tahun-tahun yang lalu gua akan sampai ke  Hulu Langat. Ini wilayah wajib untuk dilawati dalam bulan puasa. Wilayah ini tidak jauh dari kota Kuala Lumpur. Wilayah pinggir kota  yang memungkinkan membawa suasana kampong.

Masuk saja ke persimpangan menuju ke Hulu Langat pasti akan ada bazar Ramadan. Saban tahun warga akan berpusu-pusu di bazar ini.  Gua pernah  dua Ramadan singgah  disini. Tapi  tahun-tahun yang lepas gua tidak lagi berhenti disini kerana terlalu sesak.

Tahun 2017 ini - gua terperanjat besar. Bazar Ramadan ini telah tidak wujud lagi.

Di persimpangan Batu 18 tidak jauh dari Masjid dan  Rumah Pasong akan ada dua orang Kakak membuka satu meja ditepi jalan menjual kueh, lauk dan sayur. Saban tahun gua pasti akan berhenti dan membeli dari Kakak ini.

Tahun ini gua perhatikan barangan jualan Kakak ini merosot. Tidak ada pergedel. Tidak ada tempe ikan bilis. Tidak ada tenggiri masak lemak. Ikan yang ada hanya ikan keli. Tiga jenis masakan daging ayam. Pajeri nenas dan goreng taugeh kasar. 

Lalu gua teringatkan tahun lalu dimana meja Kakak ini penuh dengan pilihan. Kali ini hambar. Lalu gua bertanya kenapa bazar di jalan besar tak ada lagi.

‘ Sewa mahal dan pembeli makin kurang…’ Ini jawapan dari Kakak tentang  kedudukan ekonomi  Malaysia terkini tanpa merujuk kepada Asian  Wall Street Journal.

Gua beli pajeri nenas. Bila kami nak beredar Kakak ini terus membungkuskan sayur taugeh kasar. Hadiah percuma untuk kami kerana jualan bertapok tidak ada pelanggan.

Gua juga telah ke  Ijok. Saban tahun gua akan sampai ke sini.  Ini wilayah Jawa. Yang spesial dari Ijok ialah pecal. Tahun 2017 - hanya   wujud satu  gerai pecal - 3 ringgit untuk pecal biasa dan 5 ringgit untuk pecal spesial. Yang spesial ada ditambah tempe goreng. 

Apa terjadi kepada Kakak, Adik dan Mak Cik pembuat pecal?

Aduh ! Suasana agak sedih di Ijok. Bukan hanya kurang pilihan pecal. Pilihan ikan pun sama. Ikan yang gua temui  di Ijok hanyalah ikan jaket a.k.a cencaru  dan ikan keli. Malah ikan keli ini kurus lagi menyedihkan.

‘ Kakak …ikan ini nampak sedih…’ gua memberi komen sinis pada  Si Kakak yang menyangkan keli berladanya yang kecil lagi kurus.

‘ Jangan cakap macam itu…kita nak raya..’ Kakak ini menjawab. Gua beredar tanpa membeli.

Minggu ke tiga gua ke bazar Ramadan Kuala Selangor.  Tidak jauh bezanya dari bazar  Hulu Langat dan Ijok. Sedih sekali  apabila gua gagal bertemu ikan. Sabenarnya gua tak bagitu meminati ayam. Yang gua cari ialah masakan ikan - masakan cara kampong. Dari air tangan Mak Cik dan Kakak yang hanya berniaga setahun sekali di bulan Ramadan.

Tahun ini amat jelas disetiap bazar yang gua lawati tidak wujud lagi gerai ikan bakar. Ikan terubuk, ikan pari, ikan kembong, ikan pacu, ikan talapia, ikan patin - semua hilang dari pasaran. 

Hakikatnya harga ikan telah melambung naik. Maka mustahil ada pelanggan yang akan membayar 15 ringgit untuk sepotong senangin atau tenggiri.

Udang, sotong dan ketam telah lesap dari menu Bazar Ramadan tahun 2017. Yang  terus muncul hanya keli dan ikan jaket.

Di wilayah kelas menengah Bangsar Utama pun sama. Kalau tahun-tahun yang lalu bazar  Ramadan di Bangsar Utama akan berasak-asak. Bukan hanya menjadi tumpuan mereka yang berpuasa - yang  tak beragama pun turut membeli kueh dan lauk. 

Tahun ini di Bangsar Utama apabila masuk minggu ke dua   Ramadan  gua nampak ada beberapa  gerai yang ditutup.

Tahun 2017 ini  kita tak terbaca perebutan atau  rasuah jual beli tapak bazar Ramadan. Tiga tahun dahulu kita terbaca pergaduhan - bertumbok - berebut tapak di Seremban. Belasan ribu ringgit bertukar tangan untuk mendapatkan gerai di Masjid India. Rasuah menjadi-jadi.

Tahun ini tidak ada perebutan tapak di Masjid India atau Jalan Tar. Malah di Jalan Raja Alang Kampong Baru  perniagaan  kelihatan hambar walau pun sewa hanya 700 ringgit untuk satu gerai.

Setiap tahun tanpa gagal gua balik kampong ke Chenor Jelebu Negeri Sembilan. Tahun ini gua ditauliahkan untuk  membuka, menjaga dan menutup pintu Rumah Pesaka.

Gua pulang ke kampong untuk mendaptkan suasana beraya saperti zaman gua membesar dulu. Ertinya ada lampu pelita dan ada main mercun. Pelita dan mercun untuk gua adalah sebahagian  dari budaya beraya. Untuk gua tanpa pelita dan mercun hari raya gua akan ditafsir gagal.  Kalau ada meriam buluh itu tanda beraya yang paling afdal lagi suci dalam kerpercayaan penganut mazhab rasionalis saperti gua. 

Tanpa pelita dan mercun samalah ambiencenya saperti beraya di London atau di Melbourne. Lebih baik duduk dalam Pub.

Apa yang jelas tahun ini - ketika di kampong -  ialah tidak ada sms yang masuk mencurah-curah. Gua Masih ingat lagi hari raya sesudah PRU12 tahun 2008. Aduh! Banyak sungguh ucapan sms yang masuk. Entah dari Si Polan mana yang gua sendiri tak kenal. Semuanya gumbira dan penuh harapan bahawa dalam PRU13 nanti Malaysia akan menjadi milik Pakatan Rakyat.

Petang Raya dan di Hari Raya 2017 -  ‘ politikus  regular’  yang selalunya akan menghantar sms mengucap ‘selamat raya’ pun tidak muncul. Sebenarnya gua  tidak menunggu apa-apa.  Kesampaian sms ini tidak akan mempengaruhi harga sebotol air angggur merah yang gua minati.

Tetapi dari sms ini  gua membaca tanda dan makna. Untuk gua tanda dan makna sms pada raya tahun 20017 ini ini cukup jelas.  Tanda ini menunjukkan bahawa dalam PRU14 ini nanti Pakatan Harapan akan  terlungkup dan terbarai. 

Para ‘ politikus regular’ pun telah tidak optimis lagi. Jika mereka optimis  saperti  sesudah PRU12 -pasti akan menghantar sms pada gua.  Atau sms tidak masuk kerana gua telah ketingglan - orang lain sedang bercanda-canda dengan watsapps? Amin.

Pada petang  berbuka kali terakhir tahun 2017  gua telah awal-awal memasang pelita. Gua merasa sedih kerana ketika gua melintasi wilayah Hulu Langat ialah  pada malam Tujuh Liku. Gua hanya nampak dua buah rumah sahaja yang memasang pelita.  Dan tiga buah rumah memasang lampu leterik lip lap.

Gua merasa kecewa.

Malam Tujuh Liku - malam ‘suci’ yang gua rayakan dari zaman kanak-kanak. Malam gua menyimpan harapan bahawa gua akan dapat melihat pokok kelapa  dihadapan rumah gua  condong menyembah bumi.

Inilah suasana raya tahun 2017. Nilai ringgit kita telah jatuh. Harga barang naik.  GST terus mencekik. 

Kueh di bazar Ramadan bukan lagi satu ringgit untuk tiga keping. Kini   dua ringgit untuk empat  biji  kueh gulung atau kueh Melaka. Kalau bernasib baik akan terasa inti kelapanya. Gua pernah terbeli kueh Melaka yang gula Melakanya sebesar telor cicak.

Pada petang hari raya ke dua kami adik beradik telah pergi menziarah kubur emak dan abah. Tanah perkuburan ini tak jauh dari  rumah pesaka. Disinilah saudara mara kami dimakamkan.

Menziarah kubur ini adalah budaya hari raya kami. Tak sangkut paut dengan agama kepercayaan. Kakak gua bila sampai ke hadapan kubur arwah Mak terus memberi salam.

‘ Mak… anak-anak Mak sampai.. kami minta maaf.. halalkan yang dulu-dulu..’ Kemudian kakak gua sebuat nama kami satu persatu. Saperti perbualan biasa.

Kubur arwah Abah juga tidak jauh dari kubur arwah Mak. Sang Kakak sekali lagi memberi salam dan bersuara. ‘Abah ini anak Abah  datang meminta maaf….’ Ini salam Kakak gua dari atas kubur. 

Kami menyapu dan membersihkan kubur. Mencabut rumput rampai yang meliar disekeliling kubur. Kemudia Kakak gua dan menyiramkan air dari botol plastik.
Tidak jauh dari kubur arwah Mak kami gua ternampak lima anggota satu keluarga sedang berdoa diatas kubur. Mungkin ini kubur arwah Ibu atau Ayah mereka.

Bercakap dengan orang telah wafat ini pasti dianggap syirik. Pasti para Wahabi  mengatakan ini perbuatan gila dan tidak  masuk akal.

Gua sebagai seorang rasionalis tetap menyokong apa yang Kakak gua lakukan. Kami ini dari keluarga Melayu  Biduanda bukan Bani Arab. Melawat kubur adalah sebahagian dari budaya Melayu kami. 

Perbualan Kakak gua dengan arwah Abah dan Mak gua itu - bukan tujuan mencari bidadari. Bukan tentang dosa atau pahala.  Tetapi untuk menyatakan  Anak-anak Emak dan Anak Abah masih setia  dan tegoh pada budaya Melayu Biduanda kami. Kami tidak akan menjadi  Bani Arab. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45








-------------

RUMAH ORANG MISKIN




KENYATAAN MEDIA
Mutakhir ini beberapa insiden kerosakan lif, termasuk di Kuala LumpurIpoh dan terkini di Alor Setar yang melibatkan kematian seorang anak muda berumur 16 tahun. Malah saya sendiri telah menyaksikan 5 orang penduduk terperangkap di dalam sebuah lif di Apartmen Putra Ria, Kuala Lumpur pada 11 Jun lalu.
Siri insiden kerosakan lif ini cukup merisaukan terutama bagi mereka yang tinggal di Projek-Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) seluruh negara di mana seringkali kedengaran rungutan dan rintihan penduduk bahawa kemudahan seperti lif tidak berfungsi dengan baik
Pihak kerajaan pula kelihatan hanya cuba menyelesai masalah secara kosmetik atau luaran. Sebagai contoh, Menteri Wilayah sebelum ini pernah dilapor berkata akan membelanjakan RM300 juta untuk "projek cat semula ba­ngunan, selenggara lif, baik pulih kerosakan dalam dan luar rumah serta pendawaian" bagi PPR dan PA di Kuala Lumpur. Berdasarkan laporan berita, projek cat semula sahaja akan memakan belanja RM100 juta; tetapi berapakah peruntukan untuk membaiki dan menukar lif-lif yang rosak di PPR dan PA? Bagaimana pula bagi PPR, PA di luar Kuala Lumpur serta lif di bangunan-bangunan lain?
Oleh itu, saya menggesa pihak kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menubuhkan satu jawatankuasa tindakan bersama untuk melakukan audit dan kajian mendalam mengenai keadaan, mutu perkhidmatan serta tahap penyelenggaraan lif-lif sedia ada di seluruh negara, terutama di bangunan-bangunan yang dibawah seliaan badan-badan kerajaan seperti PPR, PA, hospital awam, dan pejabat kerajaan.
Dapatan-dapatan jawatankuasa ini kemudiannya perlu diterbitkan, serta satu kertas putih kerajaan dibentang dan dibahas di Parlimen untuk mengenalpasti amalan terbaik (best practice), piawaian asas terkini, serta penambahbaikan undang-undang sedia ada. Ini termasuklah Peraturan Kilang dan Jentera (Lif Elektrik untuk Penumpang-penumpang dan Barang-barang) 1970, yang perlu dikemaskini dengan memasukkan had umur lif serta penalti lebih tinggi bagi kegagalan penyelenggaraan sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan, demi memastikan keselamatan pengguna lif-lif seluruh negara lebih terjamin.
Fahmi Fadzil

Pengarah Komunikasi KEADILAN

5 Julai 2017





----------------------

HARAKAH BELUM TUTUP LAGI







JANGAN

FITNAH

HARAKAH MASIH WUJUD
KINI DIBERI LANGGAN
PERKUMA






------------------

PETANG INI JAM 3








JAM 3

HARI

INI:


SENI

APA?

SIAPA?

KENAPA?



TEMPAT

RUANG THINK CITY
NO 2 JALAN HANG KASTURI
MEDAN PASAR


BELAKANG PASAR SENI








----------------

LEBAI KENTUT & LEBAI SOTONG







LEBAI KENTUT

Bangsa lain berjuang utk kebebasan apa yg dipanggil Freedom Fighter tapi kita tersengeh-senggeh bicara tentang Kentut. Tu sbb mereka senang dijajah malah disondol oleh pemimpin sendiri. 

LEBAI SOTONG

Dgn Lebai Sotong pun boleh akur demi Tuan Guru yg kasyaf. Janji ada hadis ada firman. Bro, gila ada penawarnya, jika bahalol cium kentut Jo lo le. Ayamnya terlepas, tangan bau taik. on 
USTAZ KENTUT BERAK PULA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/5/17



---------------

BAKAL PENGUNDI HANTU








BAKAL

PENGUNDI

HANTU
tangkap bukan dihantar pulang..tangkap ,diugut undi bn kemudian diberi kad pengenalan..tak caya nanti, lu tunggu berapa ribu yg akan ditangkap dan dihantar pulang..sedangkan pekeje korea utara di sarawak pun gagal dikesan, inikan pulak gagak hitam dibalik lampu terang... on 
INI BAHAYA BESAR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/4/17




-----------------

PERLABUHAN LAUT





PERLABUHAN

LAUT DALAM

DI MELAKA

Tuan TT ..maaf nak bertanya sebab tak tau. Kat mana lokasi yg najib bagi utk china merah buka pengkalan tentera tu? on 
KULIAH POLITIK P101
Publish | Delete | Spam
batutepi jalan
on 7/4/17





----------------

MANA LAPORAN SUKOM98









 MANA

Kalau benar ente cakap sukom 98 masih belum dibentang sejadah untuk pemimpin Islam negara ana, yang syumul lagi suci seperti testimoni nenek gembala lembu kondo, maka ente mestilah mencadang supaya negara ana stubuhkan lagi sebijik kepala bapak special task force menyiasat kenapa karpet itu belum dibentang, 

 LAPORAN

kemudian sebijik lagi mangkok hatok special task force siasat siapa bangla karpet itu, selepas tu lagi sebijik pulak special task force untuk recommend langkah seterusnya iaitu sebijik lagi special task force untuk siasat balik apa yang special task force pertama dah siasat, dan seterusnya... 


SUKOM98

Yang penting member yang perlu di I hep u, u hep mi, dah diberi kerusi pengerusi special task force untuk makan elaun segera pulohan ribu ringgit. Conclusion siasatan bolehlah dihampar atas karpet tahun 2098 selasa depan. Kalau tak jawap dalam 24 jam, ente boleh saman. on 
LAPORAN SUKOM 98
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/5/17




------------------