.

Rabu, 27 April 2016

MANA PUNAH SEHAT NAJIB




INI SUARA

SIAPA?

MANA SUARA

HAJI HADI



Sampai bila kita perlu bayar gaji Najib?

 | April 27, 2016
Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan terus membisu dan tiada sebarang komen berhubung isu terbaru melanda 1MDB yang gagal bayar hutang AS$50 juta.






PETALING JAYA: PAS hari ini mempersoalkan adakah rakyat perlu terus membayar gaji Najib yang dianggap Menteri Kewangan ‘terhebat’ di negara ini.
Ini kerana, kata Timbalan Presiden PAS  Tuan Ibrahim Tuan Man, Najib hanya mendiam diri apabila 1MDB diisytiharkan ingkar selepas gagal membayar faedah AS$50.3 juta untuk berbilion-bilion dolar yang dijamin oleh International Petroleum Investment Corporation (IPIC).
,
Tambahnya, Najib juga membisu apabila laporan akhbar Singapura mendedahkan Presiden yang juga Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy telah memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa kerajaan terdedah kepada hutang lebih AS$6.481 bilion kepada Abu Dhabi.

KAH KAH KAH

woit

mana suara

punah sehat

kah kah kah

mat sotong 

apa dah jadi?

MAT SOTONG
---------------

BUKAN KEDAI KOPI





USUL DICADANG

USUL DIBINCANG

USUL DISOKONG

SOHEH BUKAN

DALAM KEDAI KOPI

BUKAN TEPI 

SALURAN AIR


Usul tolak Najib bukan dibuat di kedai kopi

 | April 27, 2016
Sazmi meminta Hanafi menjelaskan saluran mana yang sesuai untuk menolak kepimpinan Najib.
PETALING JAYA: Usul menolak Najib sebagai Presiden oleh UMNO Cawangan Lepan Simpol dan Banggol Judah tidak melanggar peraturan parti.
Sebaliknya, usul itu dikemukan menerusi mesyuarat dan bukannya dilakukan di kedai kopi, kata Ketua UMNO Cawangan Lepan Simpol,  Sazmi Miah.
“Kita hanya buat usul sebab ia dibenarkan dalam parti dan kita buat usul ini bukan di kedai kopi, tetapi di dalam mesyuarat. Kita rasa ia sesuai dan mengikut saluran, sebab selalunya kita dengar, alasan adalah tidak buat mengikut saluran,” katanya ketika dihubungi FMT, hari ini.
Sebelum ini, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Hanafi Mamat menyatakan dua cawangan tersebut akan dikenakan tindakan.
Ia disebabkan langkah mereka yang dianggap tidak mengikut saluran ditetapkan perlembagaan dan peraturan parti, selain dipercayai bertentangan dengan nilai-nilai dan budaya UMNO

KAH KAH KAH

woit

dalam kedai kopi

tak boleh ke?

saluran khas ni

macam mana?

dimana rumahnya?

siapa jaga saluran?

macam saluran TV?

kah kah kah

PURTAK LAH 

----------

LU PIKIR SENDIRI LAH






FACE BOOK

SENDIRI BERAK MELATA-LATA, Orang Lain Pula Disalahkannya..
SEKALI LAGI BN menonjolkan kebodohannya melalui calonnya N52-Dudong, Datuk Tiong Thai King yg mengatakan kemelut 1MDB berlaku kerana pembangkang gagal dalam tugasnya memantau kerajaan.
Pembangkang yg kena pantau ?? Kebabian & kebanganggan apakah ini !!!

























-----------------

SEMUA MAHU LARI










ARUL KANDAR

CEO 1MDB

BUKA CERITA

KENAPA 

SEKARANG

KERANA FBI

DAH HAMPIR

SEMUA NAK

CABUT LARI






------------

BERAPA LAMA BERTAHAN





AHMAD RAZIF

SEDANG CARI

UBAT TAHAN 

LAMA

UBAT TAHAN LAMA PALING BERKESAN - TWO NINE ...

29serum-two-nine-serum-tahanlama.tumblr.com/

Translate this page
Eksklusif untuk lelaki serum tahan lama 29 serum Kawal dan atasi pancutan awal dan zakar sensitif. Produk hot popular terlaris di pasaran Terbaik untuk Lelaki 

ubat tahan lama untuk lelaki di farmasi – serumvxgra

serumvxgra.com/.../ubat-tahan-lama-untuk-lelaki-di-f...

Translate this page
Miliki Zakar yang Besar, Panjang, Keras dan Tahan Lama. ... ubat kuat rahim rm (1);Ubat yang boleh membuat lelaki tahan lama untuk melakukan seks (1) ..


  1. Senarai Produk Tahan Lama - Tak Tahu Nak Pilih Mana?‎

    Adubattahanlama.stokismalaysia.com/
    Kami Cadangkan Produk Yang Terbaik
  2. Superb Serum Tahan Lama - originalmalaysia.com‎

    Adintim.originalmalaysia.com/serum
    RM59, Tahan Lama Sehingga Se.Jam, Dapatkan Spray Tahan Lama Terhebat!


BERAPA LAMA

RAZIF BOLEH

BERTAHAN



Laporan: MB T'ganu mungkin diganti, dua nama disebut

Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman mungkin akan digantikan, lapor Sin Chew Daily.
Laporan itu, yang memetik sumber-sumber, berkata perubahan itu hampir pasti selepas Sultan Terengganu awal minggu ini melucut semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Razif.
Ia memetik sumber-sumber itu sebagai berkata, pertemuan yang disebut-sebut antara Najib dengan Sultan Terengganu mungkin membincangkan pengganti Razif.
Laporan itu mendakwa Istana Terengganu cenderung kepada ADUN Telemong,  Rozi Mamat untuk mengambil alih jawatan menteri besar.
Bagaimanapun, katanya, pemimpin Umno bahagian lebih cenderung kepada ADUN Permaisuri, Mohamad Jidin untuk menerajui kerajaan negeri.
Rozi dipetik oleh Free Malaysia Today sebagai berkata beliau masih belum menerima sebarang maklumat mengenai perkara itu dan oleh itu sebarang desas-desus mengenainya adalah tidak benar.
Walaupun mengesahkan bahawa Razif masih belum secara rasmi dimaklumkan untuk berundur, laporan itu memetik sumber sebagai berkata kedudukan Razif itu sudah tidak lagi dapat dipertahankan.

"Walaupun jika beliau tidak bersedia untuk berundur, tapi tanpa sokongan istana, ia akan menjadi sangat sukar bagi kerajaan negeri untuk terus berfungsi.
"Dalam keadaan seumpama itu, peletakan jawatannya akan menjadi satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah ini," sumber itu dipetik sebagai berkata.

KAH KAH KAH

pasai apa

pecah berita

diakhbar cina

kah kah kah

apa jadi dengan

utusan melayu

melayu tak beli?

rakyat tak caya?

kah kah kah

sapa  baca 

akhbar cina

kah kah kah

SIN KAKI PAU
-------------------------

BUMI SEDANG BERCAKAP







BUMI SEDANG BERCAKAP

Pada 15 March 2016 - anak semua bangsa telah membaca  dan diberi tahu tentang  daerah Chuping Perlis memecah rekod panas mencecah 39 darjah celcius. Ini  pertama kalinya  panas sademikian terjadi dalam sejarah bumi tropikal  Tanah Melayu.

Kita telah membaca berita sekolah di Kedah, Perlis dan Kelantan ditutup kerana panas terik. Kita juga telah membaca  kenyataan Pak Menteri tentang ayam piliharaan mula gelabah kerana panas. Kita juga membaca bagaimana panas telah dituduh sebagai pembawa histeria kepada gadis sunti murid sekolah.

Kita telah membaca bagaimana tasik tadahan air di Kedah, Perak, Selangor dan Johor semakin susut. Air mula dicatu dibeberapa tempat di Johor. Dalam masa yang sama air laut semakin ganas. Justeru kita  juga terbaca berita tentang 75 juta ringgit  telah diagihkan kepada Telok Intan untuk menambak  tebing sungai melawan hakisan. 

Kita juga diberi tahu tentang pembenihan awan telah dilakukan  ke seluruh Semenanjung. Hujan turun disana sini. Tapi panas tidak berkurangan.Banyak daerah semakin kering. Wilayah  dan kawasan kering telah menjemput kebakaran tidak disengaja -  yang sekali lagi membawa jerebu.

Apa sebenarnya berita-berita ini. Apa tanda dan makna yang dibawa oleh berita berita ini?

Untuk saya semua ini adalah tanda-tanda bahawa  bumi manusia ini sedang sakit. Berita-berita ini adalah bahasa pengucapan bumi. Bumi manusia  yang sedang  bercakap  dengan umat manusia. Bumi manusia kita ini tidak  bisu. Yakinlah  bumi manusia milik anak semua bangsa ini boleh bercakap. Bumi boleh berkata-kata. Malangnya umat manusia yang menginap diatas muka bumi ini tidak memahami nahu dan bahasa bumi.

Atau umat manusia ini sengaja tidak mahu faham-faham  apa yang sedang dituturkan oleh bumi.

Cuba bayangkan kalau virus demam kura sedang menyerang seorang anak kecil. Anak ini akan menangis kerana panas. Anak ini akan mengigil kerana sejuk. Sang virus dalam badan anak ini akan beranak pinak dengan pantas. Berjuta juta virus baru akan lahir. Semua virus ini akan memakan darah si anak kecil. Akhirnya anak kecil ini akan tewas. Dan virus ini juga akan tewas sama.

Jeritan dan tangisan anak kecil itu pasti menyedarkan Sang Ibu dan Sang Ayah untuk merawat Sang Anak. Lalu saya bertanya - apakah kita semua tidak sedar - apakah kita semua  tidak tahu bahawa anak kecil itu ialah bumi. Virus dan kuman itu adalah kita umat manusia. Bumi sedang menangis sakit. Bumi sedang demam. Justeru  suhu bumi menjadi lebih panas.

Amat jelas apa yang sedang  berlaku  ke atas muka bumi ini pada ketika ini adalah akibat perbuatan kita semua - umat manusia. Umat manusia yang hidup diatas bumi ini sedang menjadi virus dan kuman.  Manusia ialah kuman besar yang dapat dilihat. Manusia adalah virus  besar yang boleh berfikir.  Bumi ini adalah tubuh badan. 

Apa yang saya tulis tentang anak kecil, demam, virus atau sakit boleh dibaca sebagai metapora. Tetapi sabenarnya apa yang saya tulis adalah hakikat. Hakikat inilah yang sedang berlaku diatas muka bumi ini.

Kita - umat manusia - sedang  memamah dan memakan apa sahaja yang wujud diatas muka bumi ini.  Virus yang beranak pinak tanpa henti-henti terus memamah bumi. Menjarah apa sahaja yang wujud dipermukaan bumi, didalam perut bumi atau diatas  permukaan bumi.  Hasilnya -  bumi jatuh  sakit. Bumi ini demam. Bumi ini panas.

Lalu bumi  bersuara dan bercakap. Lalu bumi  menangis mengadu hal bahawa dia sedang deman. Panas yang datang hari ini adalah tanda yang amat jelas bahawa bumi ini sedang demam. Bumi kita ini sedang berkata-kata - mengadu sedih - kepada kita umat manusia

Bayangkan ketika  ini - bumi mula muntah-muntah. Angin bumi mula lintang pukang. Cuaca bumi mula tidak menentu. Air laut mula bergelombang besar. Suhu bumi semakin terik. Sila jangan tuduh  semua ini terjadi kerana takdir. Atau  kemarahan Kala Dewata. Atau  kemurkaan Tuhan. Atau pembalasan Yang Maha Esa kerana umat manusia  melakukan maksiat. Atau kerana LBGT. Bukan bukan bukan.

Persoalan sekarang ialah - apakah umat manusia mendengar kata-kata dari bumi ini?

Saya bukan seorang bomoh. Saya juga bukan seorang saintis dan jauh sekali pakar kaji cuaca. Tetapi saya  cukup yakin gaya hidup dan budaya yang kita junjung hari ini adalah penyebab utama yang menjadikan  bumi kita ini sakit dan demam.

Justeru pada hemat saya bumi sedang bersuara agar kita umat manusia menilai kembali gaya hidup kita.  Kali ini saya berjihad dan  mendakwah untuk menyampikan pesanan dari bumi manusia. 

Apakah gaya hidup yang membawa mudarat pada bumi ini? 

Tidak susah untuk saya memberi  pencerahan tentang apa itu gaya hidup itu.  Saya memohon para pembaca berhenti sajenak. Dengan hati yang jujur sila kira ada berapa pasang kasut tersusun ditepi rak sebelah pintu masuk? Sila buka almari pakaian dan lihat berapa timbun pakaian  yang tidak pernah dipakai. Sila kira berapa banyak beg tangan tergantung dan berapa helai kain tudung. Buka tingkap dan lihat berapa biji kereta tersadai dihadapan rumah.

Saya sendiri mengakui memiliki belasan kasut yang terkumpul. Banyak kasut yang  tidak terpakai. Saya juga memiliki setimbun kain baju yang telah saya lupakan. Jangan risau saya tidak memiliki kain tudung tapi memiliki pelbagai jenis topi.

Dari mana barang-barang ini  terkumpul. Siapa menyuruh atau memberi arahan agar kita memilik benda-benda ini?

Memiliki dan mengumpul benda dan produk adalah satu gaya hidup. Ianya telah menjadi satu budaya. Gaya hidup yang sedang membudayakan kita sekarang ialah budaya konsumer. Budaya konsumer ialah budaya beli, kumpul dan pakai.

Budaya konsumer ini lahir dari sistem ekonomi kapitalis. Dalam kerangka ekonomi kapitalis  konsumer, pengguna  atau pembeli amat penting. Tanpa pengguna, tanpa pembeli sistem kapitalis akan runtuh. 

Dalam sistem ekonomi kapitalis perkembangan ekonomi amat penting. Ekonomi wajib terus menerus  berkembang. Maknanya kilang terus mengeluarkan produk. Kilang dan pabrik terus mengeluarkan barangan. Dalam masa yang sama produk dan barangan yang dihasil wajib dibeli oleh konsumer.  Konsumer wajib diyakinkan untuk terus membeli.  Ini putaran hukum ekonomi kapitalis. Putaran ini wajib berterusan agar sistem ekonomi kapitalis terus bergerak ke hadapan. 

Jika putaran ini terencat atau terputus maka sistem ekonomi kapitalis akan menghadapi krisis. 

Untuk memastikan sistem ini berterusan maka tuan punya kilang, kaum pemodal wajib terus menerus membuat benda-benda baru yang akan menarik dan memberahikan pembeli. Benda-benda baru ini wajib dipasarkan untuk memastikan kilang terus menerus berjalan.

Contohnya: Kilang Proton di Tanjung Malim wajib terus mengeluarkan kereta. Para vendor Proton wajib terus memasarkan proton. Mengiklankan keindahan  Proton agar orang ramai akan membeli Proton. Jika tidak kilang Proton akan lingkup.

Dibelakang kilang Proton ini ada lagi jalur-jalur yang wajib dketahui. Besi  dan timah wajib dicari gali. Plastik dari minyak wajib dikumpul. Dan untuk memastikan Proton bergerak bahan bakar petrol wajib digali dari perut bumi. Mengali dari perut bumi ini menyebabkan bumi demam. Asap dari Proton ini membuatkan bumi batuk.

Kilang Proton  hanya satu contoh kecil - dari sebuah kilang kecil di Malaysia tentang putaran  budaya konsumer. 

Bayangkan berapa ratus juta buruh sedang membuat produk diratusan ribu kilang di China. Bayangkan  berapa ratus ribu kilang sedang bergerak di India. Bayangkan berapa banyak asap keluar. Bayangkan  jutaan tan arang batu dibakar saban hari. Bayangkan berapa banyak petrol terbakar.  Berapa banyak asap memasuki ruang udara. Bayangkan berapa juta tan carbon dioxide - CO2 - memasuki atmopera  alam kita. Semua ini  adalah virus yang menyebabkan bumi kita ini demam.

Selagi kilang ini bergerak. Selagi arang batu dibakar. Selagi petrol menjana kuasa -  selagi itulah bumi yang demam ini tidak akan sehat sehat.

Anak semua bangsa sedang terperangkap dalam gaya hidup konsumer. Ramai yang tidak menyedari pekara ini. Ramai tidak sedar bahawa kita - umat manusia - bertanggung jawab menjadikan dunia  kita demam. Mungkin juga ramai tidak mendapat penernagan  dan pencerahan tentang bagaimana bumi ini boleh jatuh sakit.

Sebenarnya apa yang saya lakar ini bukan satu yang baru. Untuk umat  Melayu Islam pasti  telah membaca kesah  tamadun  ‘Ad dan Ubar di dalam kitab Al-Quran. Tamadun ini  telah runtuh. Malah kita  hanya wajib menggunakan sadikit akal untuk bertanya: apa terjadi kepada Saudi Arabia yang pada satu  ketika dahulu adalah tanah hijau yang subur. Atau bertanya apa yang terjadi  kepada tamadun Inca di Mexico. Atau apabila melihat  gambar Piramid  di Mesir atau lalu di Sunway - kita  akan bertanya kenapa tamadun ini runtuh.

Ingatlah apabila virus demam malaria  berkenduri kendara  dan beranak pinak membaham  darah mangsa - ianya juga sedang menyediakan malapetaka. Mangsa yang dibaham akan gugur tewas. Apabila mangsa tewas maka virus ini akan gugur bersama.

Bumi sedang bercakap mengingatkan kita semua agar  mengubah gaya hidup. Jika umat manusia meneruskan  gaya hidup ini maka bumi dan kita semua akan pupus bersama. (TT)

P/S - manusia hanya ada sebuah bumi.


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45

--------------

EKONOMI DUNIA TIDAK MENENTU








HATI HATI

JAGA JAGA

EKONOMI DUNIA

TIDAK MENENTU


Economy In Decline: Apple Reports Massive Revenue Decline As iPhone Sales Plummet Dramatically


Corporate revenues in the United States have been falling for quite some time, but now some of the biggest companies in the entire nation are reporting extremely disappointing results.  On Tuesday, Apple shocked the financial world by reporting that revenue for the first quarter had fallen 7.4 billion dollars compared to the same quarter last year.  That is an astounding plunge, and it represents the very first year-over-year quarterly sales decline that Apple has experienced since 2003.  Analysts were anticipating some sort of drop, but nothing like this.  And of course last week we learned that Google and Microsoft also missed revenue and earnings projections for the first quarter of 2016.  The economic crisis that began during the second half of 2015 is really starting to take hold, and even our largest tech companies are now feeling the pain








----------------

GEROMBOLAN HAMPIR LEMAS





Pemimpin Pas-Umno perlu timbang saranan Dr Zakir


SHAH ALAM - Semua barisan kepimpinan daripada Umno dan Pas perlu melihat kembali saranan pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik sebelum ini agar kedua-dua parti itu membentuk kerajaan campuran demi masa depan Islam.

Ketua Umno Bahagian Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, saranan itu bertujuan untuk mengajak orang Melayu khususnya berfikir berdasarkan pada kehendak agama iaitu meletakkan perpaduan sebagai keutamaan.

KAH KAH KAH

i rest my  case

kah kah kah

MALAM INI JAM 8:30
SIARAN LANGSUNG

--------

MAT SAID BIJAK BISTARI







BERITA INI

DISIAR PADA

3 APRIL LALU

HEBAT MAT SAID

DIA SUDAH TAHU

AWAL LAGI

BUKAN NUJUM 



Mat Said dakwa MB Terengganu akan terlucut jawatan
 | April 3, 2016
Perkara itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri dan hanya mahu mendapatkan perkenan Sultan Terengganu untuk pembubaran DUN.






KEMAMAN: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman didakwa akan diturunkan daripada jawatannya dalam masa terdekat.
Perkara itu dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal,  Ahmad Said yang memberitahu, beliau akan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebaik sahaja baginda pulang dari luar negara bagi mendapatkan perkenan pertukaran menteri besar.
Ahmad Said yang juga bekas Menteri Besar Terengganu turut mendakwa perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada Najib.
“Jangan sampai tuanku isytihar bubar DUN, (kalau terjadi macam itu) habis lah. Keadaan sekarang UMNO kritikal, kalau (dilakukan) pilihan raya habislah (UMNO berisiko kalah), jangan main-main.

KAH KAH KAH

woit

pelik tetapi benar

mat said dah tahu

lebih awal lagi

hairan mana

mat said tahu?

kah kah kah

dia bukan nujum

kah kah kah

PAK BELALANG
------------

NO DATUK NO WORRIES






SETUJU

BETUL

SOKONG 

TIDAK ADA 

KRISIS POLITIK


Lucut darjah kebesaran tidak gambarkan krisis politik

April 26, 2016
Bukan masalah besar cuma mungkin masalah dalaman Terengganu, kata menteri


KUALA LUMPUR: Pelucutan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, tidak menggambarkan krisis politik di negeri itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Azalina Othman Said berkata melucutkan sesuatu darjah kebesaran yang dikurniakan merupakan hak Sultan sesebuah negeri.
“Bagi saya, tidaklah saya rasa ada krisis politik. Itu merupakan hak Tuanku sama ada mahu memberi atau menarik balik sesuatu darjah. Ia tersenarai dalam peraturan dan perlembagaan negeri itu.



KAH KAH KAH

woit

ini bukan krisis

mana ada krisis

ini semua fitnah

ini semua tohmah

kerja yahudi

kerja cina DAP

mesti kerja fitnah

geng anwar

no datuk no worry

SOKONG RASIF


------------

MALAM INI KULIAH UBU




SIARAN LANGSUNG
MALAM INI



UNIVERSITI

BANGSAR

UTAMA
Kuliah Bangsar Utama menjemput anak semua bangsa tanpa mengira latar belakang sosial, agama, pendidikan mahupun ideologi politik untuk turut bersama menghadiri syarahan ini pada:

Tarikh: 27th April 2016 (Rabu)
Masa: 8.30pm-10.30pm
Lokasi: Kelab Bangsar Utama (Berhampiran Stesyen LRT Bank Rakyat-Bangsar)

Untuk maklumat lanjut: kelaspolitik@gmail.com.







































SALURAN YANG MANA?







BANI MACANG

AMAT BERANI

AMAT BIJAK



Tolak Najib: Dua cawangan Umno berdepan tindakan


KOTA BHARU - Umno Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap dua cawangan parti itu di Machang berikutan tindakan mereka yang secara terbuka menolak kepimpinan Najib sebagai presiden parti.

Setiausahanya, Hanafi Mamat berkata, ia kerana tindakan tersebut dianggap tidak mengikut saluran seperti yang ditetapkan perlembagaan dan peraturan parti.

“Sepatutnya mereka guna saluran yang dibenarkan untuk mengkritik atau menegur di mana semua ahli sudah dimaklumkan mengenai perkara ini, tetapi bila secara terbuka tentang presiden maka bersedialah untuk dikenakan tindakan.

“Apa yang mereka lalukan bertentangan dengan nilai-nilai dan budaya Umno, kita tidak menyekat ahli untuk tegur kepimpinan tapi tegur dengan berhemah. Jangan sampai menyertai gerakan yang mahu menjatuhkan presiden hingga menjejaskan perjalanan parti,” katanya.

KAH KAH KAH

woit

saluran apa ni?

saluran dimana?

saluran no berapa?

kah kah kah

dah benci muak

wajib ikut saluran?

kah kah kah

SALURAN PORAH



----------