Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 25 November 2009

PERTANDING MENEKA SILANG KATA



APAKAH YANG SEDANG DIBINCANGKAN OLEH LEMBU LEMBU INI ?




nota:

apa dia pertandingan ini:

perhatikan gambar lembu-lembu ini dengan rapi

kemudian dengan hanya sepuluh patah (10) patah perkataan
sila nyatakan apakah yang sedang dibincangkan oleh lembu lembu ini.

semua warga satu malaysia boleh mengambil bahagian
keputusan para hakim adalah muktamad
surat menyurat tidak dilayani


- 3 hadiah sagu hati - jadi kaki lembu
- 3 hadiah kedua - jadi telinga lembu
- 1 hadiah pertama - terus jadi lembu kah kah kah


nota: yang telah berjaya menjadi lembu dilarang mengambil bahagian



UNTUK BERLAKU ADIL




PERHATIKAN BETUL BETUL - ADA BERAPA MOTIF LAMPU JALAN DALAM SATU JALAN INI?




nota:
disiarkan kembali kedua-dua tulisan
agar pembaca dapat mengetahui
apa sebenarnya yang sedang
cuba diterangka
.( TT)

KUASA, TANDA, DAN MAKNA ISTANA SAEKOR LIPAS

Hishamuddin Rais
Oct 10, 2003

(Semiotik ialah ilmu untuk memahami cara manusia berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan tanda, simbul dan signal. Ilmu semiotik ini muncul bila manusia ingin memahami tanda dan makna bangunan hasil dari seni bina. Ilmu ini juga digunakan untuk memahami dan mengkaji gambar/lukisan/filem. Teori filem mis en scene - atau apa yang didalam bingkai - hanya dapat difahami melalui pendekatan semiotik.)


Putrajaya telah dinobatkan sebagai ibu kota kepada Malaysia. Sama seperti Canberra, Islamabad, New Delhi atau Brazilia - semua kota-kota ini direka secara terancang, untuk dijadikan ibu kota baru. Apa yang menarik terhadap kota-kota ini ialah ianya dibangunkan secara artifisial - tidak natural - seperti kota-kota yang terdahulu.

Kota-kota tua dan kuno bangun secara tersendiri kerana kepentingan ekonomi manusia. London, Paris, New York, Lisbon, Athens, Baghdad, Melaka, Praque dan termasuk Kuala Lumpur bangun berhampiran dengan arus air - jalan asal manusia mecari penghidupan dan perniagaan. Atau kota dibangunkan dipersimpangan jalan/lorong perniagaan kuno seperti Mekah, Kabul, Kandahar, Peshawar, Samarra atau Xian. Justeru semua kota-kota ini membangun secara natural kerana keperluan manusia untuk mencari dan merayakan kehidupan.

Kehidupan dan tamadun manusia yang terdahulu dari kita bergantung pula kepada musim alam semula jadi. Dalam keadaan ini manusia akan mendirikan didalam kota-kota ini tanda dan simbol kepada Yang Esa. Bangunan-bangunan suci seperti gereja, citadel, kuil, masjid atau arca akan didirikan untuk memohon keselamatan dan limpah kurnia yang Maha Esa.

PENGAJARAN KOTA KUNO

Di kota kuno Roma atau kota Greek kuno seperti di Athens didirikan 'patheon' (kiri) sebagai tanda manusia bersujud kepada Yang Esa. Di tebing sungai Tagus, di Portugal didirikan patung Nabi Isa sebagai tanda penyembahan untuk keselamatan setiap kapal yang meninggal kan kota Lisbon.

Bagitu juga disebuah pulau kecil dihadapan kota San Sebastian, di negara Basques Sepanyol, tersergam patung Isa dari Nazareth sebagai tanda sujudnya warga kota terhadap agama mereka.

Bagitu juga dengan kota Venice dengan gereja wali Markus yang kudus. atau kota Paris dengan gereja Hati Suci yang angkuh tegak berdiri diatas bukit yang melindungi warga kotanya.

Kota arab/Islam kuno berpusat/bermula dari makam atau masjid. Dikota-kota ini seluruh jalan/lorong akan membawa warganya ke wilayah suci ini. Kota Mekah dengan Kaabah, kota Najaf dengan makam Hussein/Hassan , Delhi Lama bermula dengan Masjid Merah, di Marakesh di sebelah Jamaah al-fana (Medan Roh Berkumpul) wujud sebuah masjid tua yang menjadi pusat kota ini.

Bangunan-bangunan ini semuanya memiliki bahasa dan nahu sebagai tanda pengucapan untuk difahami oleh warga yang terkemudian.

Dari ilmu semiotik semua ini adalah tanda dan makna bagaimana manusia merendahkan diri kepada dewa, kepada tuhan atau kepada pencipta yang Maha Esa.

KEKAGUMAN PUTRAJAYA

Seratus tahun dari hari ini apa yang akan dapat dibaca dari nahu , bahasa dan ayat pengucapan ibu kota Putrajaya?

Pemilihan kota Putrajaya dilakukan tanpa banyak perundingan. Tidak ada konsultasi didalam perdebatan di parlimen apatah lagi pandangan dari badan-badan bukan kerajaan. Semuanya dilakukan atas keinginan dan berahi seorang manusia yang bernama Mahathir Mohamad. (Pada 1 haribulan November ini nama Mahathir Mohamad ini akan ditambah dengan huruf B - Bersara.).

Warga tidak pernah diberitahu secara jelas dan terperinci tentang belanjawan (atau lebih disenangi pada masa ini dengan perkataan baget) atau harga untuk mendirikan kota baru ini. Yang didengari oleh warga hanyalah tuduhan dari pihak pembangkang tentang harga sebuah istana - yang kemudianya dengan berkungfu lidah telah dijawab oleh perdana menteri.

Kungfu lidah ini pun tidak dapat memberikan apa-apa penjelasan yang dapat mententeramkan jiwa warga kota dan rakyat negara ini.

Sesiapa yang sampai ke Putrajaya pasti akan 'kagum' melihat pembangunan bangunan. Untuk mak cik Felda atau professor atau ahli akademia kangkong, Putrajaya adalah contoh yang amat senang untuk menerangkan makna kejayaan 'pembangunan'. Rombongan demi rombongan akan dibawa untuk melihat 'kejayaan'.

Bangunan yang tersergan besar secara kulitan pasti memberi makna kejayaan pimpinan Mahathir Mohamad. Maka makcik dan pak cik dari Felda ternganga mulut mereka dan akan berterima kasih sambil dan bersyukur diatas pimpinan Mahathir.

Untuk warga yang lebih teliti atau pelajar seni bina dan pengguna ilmu semiotik, pasti mereka akan melihat disebalik bangunan yang tersergam ini ada tersirat konsep fascist. Semua bangunan-bangunan kerajaan di sekitar kota ini bercirikan seni bina fascist. Seni bina fascist ini adalah satu jalur pemikiran bangunan yang muncul diera zaman Hitler dan diera Stalin di USSR.

Ciri utamanya ialah keangkuhan bangunan itu sendiri - tersergam dan mengancam para warga yang melihatnya. Bangunan-bangunan berciri fascist tidak mesra rakyat, terisolasi dari budaya alam sekitarnya dan tidak memiliki perspektif yang mesra untuk dipandang.

RAKYAT TERPISAH

Lihat saja pejabat/istana perdana menteri, untuk pelajar seni bina atau sesiapa saja yang mengamati bangunan ini pasti akan dapat merasakan kejanggalan kubah bangunan ini. Kubah ini diletakkan seperti songkok kecil kepada kepala yang besar. Kubah ini kelihatan tertengek songsang. Kemungkinan kubah ini bukan muncul dari rekaan bentuk asal tetapi dimunculkan untuk 'menyunatkan' Putrajaya agar dibaca sebagai Melayu/Islam.

Dari bangunan istana perdana menteri ini warga akan melihat tangga turun ke sebuah lebuh besar. Melintasi lebuh ini warga akan sampai ke sebuah medan.

Medan ini betul-betul dihadapan istana. Medan inilah tempat rakyat berkumpul dan untuk menyambut perdana menteri apabila beliau mencecah duli diatas tangga di hari akhir bulan Oktober.

Perarakan pelbagai kontigen (baca menyembah duli) akan diadakan di lebuh besar untuk mengalu-alukan kemunculan perdana menteri dari istananya.

Jika ini bukan konsep fascist, apakah bahasa, nahu dan tanda ritual ini. Sikap anti demokratik ritual ini dapat dilihat jelas. Rakyat disatu ruang yang terpisah dari ruang yang memerintah. Si pemerintah dan juak-juaknya akan tegak berdiri disatu ruang yang lebih tinggi.

Ruang ini bukan ruang yang dibuat untuk sementara seperti pentas di Dataran Merdeka tetapi tangga yang kekal menghala ke istana perdana menteri.

Louise ke 14, Hitler atau Stalin sendiri gagal untuk mendapatkan satu reka bentuk istana peribadi seperti ini. Di Peking, raja Tiongkok kuno mendirikan Kota Larangan. Raja hanya diberi mandat mendirikan tembok untuk memisahkan istana baginda dari medan Tienanmen - medan tempat rakyat berkumpul. Istana Kota Larangan ini didirikan pula tidak melebihi dari ketinggian tempat rakyat berkumpul. Disekitar Kota Larangan dan medan Tienanmen ini hanya ada satu bangunan yang tinggi ia itu bagunan tempat rakyat bersidang - parlimen Republik Rakyat Tiongkok.

LAMPU JALANRAYA

Di Putrajaya medan rakyat ini tidak menjadi medan rakyat berkumpul secara kekal tetapi menjadi medan berhala kereta. Ini kerana warga dinegara kita ini dididik untuk 'menyembah' kereta maka medan ini menjadi medan berhala yang kekal abadi.

Dari medan berhala kereta dihadapan istana jika meluncur ke bawah akan ditemui sebuah masjid. Amat jelas nahu, bahasa, tanda dan maknanya dimana Masjid ini dibuat. Masjid ini didirikan dikawasan yang lebih rendah dari istana perdana menteri. Sama lah seperti masjid al-Rahman di Univesiti Malaya yang kedudukannya lebih rendah dan hina dari dari lebuh berhala kereta.

Ligarlah Putrajaya, mata akan terperanjat apabila melihat reka bentuk tiang lampu yang bagitu kacau bilau dan sampa larau motif dan unsur yang mempengaruhi. Setiap jalan memiliki reka tiang lampu bentuk yang berbeza - ada yang bermotif wau bulan, ada yang bermotif avant garde, ada yang bermotif katholik.

Menurut yang empunya surah ini terjadi apabila Mahathir Mohamad terlihat satu tiang lampu di Santiago Chile. Kerana baginda perdana menteri perkenan maka berahi perdana menteri wajib dipenuhi. Sayangnya tidak diketahui pula tiang lampu bentuk mana yang diberahikan oleh perdana menteri.

Maka situkang bodek, untuk menyelamatkan diri terus membuat semua reka bentuk tiang lampu yang wujud dalam dunia ini termasuk yang di Santiago. ( Inilalah surah lampu Putrajaya kita!)

Putrajaya ini begitu angkuh sekali dan kelihatan anti-mereka yang miskin dan kurang mampu justeru tidak banyak disediakan kerusi percuma untuk rakyat biasa duduk berehat atau meleser.

Jika ingin berehat warga wajib duduk dicafe-café yang secawan kopinya senilai dengan harga sekilo ikan kembung. Nahu dan bahasa kota ini betul-betul merayakan keangkuhan kapitalis dan modal asing kerana disekeliling kawasan masjidnya sendiri dikelilingi oleh rumah macdogal dan star buck tempat para rentier capitalist mencari untung.

ISTANA LIPAS

Putrajaya bukan saja tidak memiliki nahu dan bahasa untuk berendah diri seperti kota Athens dengan patheonnya; kota ini juga lupa kepada konsep negara raja berperlembagaan.

Justeru istana agungnya terletak agak jauh disatu bucu yang tidak menonjol. Parlimen tempat wakil rakyat bersidang tertinggal disatu kawasan yang lain. Ini bermakna kota ini memusatkan kuasa dan terpisah dari kuasa rakyat.

Amat berbeza dari Delhi Baru atau Canberra dimana kota ini merayakan parlimenya sebagai sebahagian dari pusat kota. Jelas bahasa, nahu dan tanda yang muncul dari Putrajaya ialah parlimen tidak mustahak yang mustakah hanyalah istana dan kuasa perdana menteri.

Kota ini adalah kota penyembah berhala kereta, justeru sesiapa yang tidak memiliki berhala ini pasti akan mendapat kesukaraan untuk pergi dari satu jabatan ke satu jabatan yang lain. Lupakan saja ruang untuk berjaan kaki atau berbasikal - semua ini tidak diwujudkan.

Akhir dari lebuh besar dihadapan istana jika dipandang akan kelihatan sebuah bukit. Dari jauh kelihatan diatas bukit ini seekor lipas. Dibukit ini sewajibnaya didudukan masjid atau istana Yang Dipertuan Agong tetapi yang tercegat di atas bukit inii hanyalah saekor lipas.

Didalam perut lipas inilah nanti lipas-lipas kecil dari pelbagai negara arab/Islam akan mengadakan persidangannya.

Lipas-lipas ini adalah lipas piliharaan yang akan menjalar dan memungut dan menjilat serpihan-serpihan makanan yang ditinggalkan oleh mac dogal dan star buck.

(Jika ditakdirkan Putrajaya ditenggelamkan oleh muntahan gunung berapi dan seratus tahun kemudian para arkeloji menggalinya kembali maka inilah bahasa, nahu , tanda dan makna kota yang diduduki oleh para lipas.)


KAREKTOR SEBENAR HISHAMUDDIN RAIS

Oleh: A. Jalak Hussein

Sebut saja nama Hishamuddin Rais, masih segar dalam ingatan mereka yang pernah terlibat dalam revolusi dan kebangkitan gerakan pelajar yang melanda Universiti Malaya sekitar tahun 1970-an.

Gerakan yang berbau sosialis itu telah berjaya dipadamkan oleh Kerajaan kerana jika dibiarkan ia boleh memudaratkan keselamatan negara. Ia memberi imej negatif terhadap mahasiswa yang menjadi aset dan harapan untuk nusa dan bangsa agar mereka sentiasa menumpukan perhatian terhadap dunia akademik semata-mata, bukannya terlibat dalam gerakan politik anti-Kerajaan yang boleh mengancam masa depan mereka sendiri dan juga negara. Hishamuddin Rais adalah salah seorang pemimpin politik pelajar di universiti tersebut bersama saudara (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali dan beberapa individu lagi. Kebanyakan mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tetapi Hishamuddin dapat meloloskan diri lalu meninggalkan negara ini ke luar negeri menjadi pelarian politik. Dia hidup merempat di Moscow, Russia dan kemudian ke beberapa negara Eropah.

Di sana dia bekerja dalam pelbagai jenis pekerjaan untuk menyara hidup. Pernah juga dia bekerja sebagai tukang basuh di restoran. Sambil merantau, dia memperkayakan ideologi sosialisnya yang sentiasa membara. Sikap anti-Kerajaannya tidak pernah padam. Kerajaan Malaysia telah menyenaraikannya sebagai orang buruan dan diharamkan memasuki negara ini atas sebab perbuatannya yang dianggap mengkhianati negara. Sejak zaman Tun Razak hingga Tun Hussein Onn, Hishamuddin tidak pernah pulang. Tetapi, apabila YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, Hishamuddin diberikan pengampunan. Dia pulang ke tanahair dan diterima baik oleh Kerajaan.

Apabila krisis UMNO berlaku pada 1998 yang menyaksikan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat, Hishamuddin terlibat dalam gerakan reformasi untuk menumbangkan Kerajaan melalui demontrasi jalanan. Inilah karektor sebenar Hishamuddin Rais. Dia sememangnya tidak tahu mengenang budi.

Apabila Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) ditubuhkan, dia dilantik sebagai salah seorang pemimpin dan aktivis parti itu. Sikapnya sebagai seorang penentang Kerajaan makin bersemarak. Dia dengan lantang mengutuk dan mencerca Kerajaan dan Dr. Mahathir. Ibarat kacang lupakan kulit, dia sering muncul dalam demontrasi jalanan. Pilihanraya Umum 1999 menyaksikan KeAdilan hanya mampu mendapat empat kerusi parlimen sahaja.

PAS adalah pihak yang mendapat untung besar daripada krisis dalaman UMNO apabila meraih sejumlah 27 kerusi parlimen dan 98 kerusi Dewan Undangan Negeri. Parti itu bukan sahaja mengekalkan penguasaannya di Kelantan, malah menawan Terengganu serta berjaya melebarkan sayapnya ke Kedah, Perlis, Perak, Pahang dan Selangor.

Walaupun KeAdilan semakin lemah dan ramai pemimpin serta ahlinya kembali ke pangkuan UMNO, namun Hishamuddin terus-terusan melakukan perbuatan menghasut rakyat membenci Kerajaan. Sikap ini bukan pelik bagi Hishamuddin untuk terus-terusan menghasut rakyat. Pada tahun 2000, dia ditahan di bawah ISA dan dihantar ke Kamunting, Perak. Selepas dua tahun di sana, dia dibebaskan. Kini aksinya semakin lemah dan tidak secergas dulu.

Namun kegiatan penulisannya yang tajam mengkritik Kerajaan masih diteruskan. Yang terbaru, dia memperlekeh kehebatan projek futuristik kebanggan negara iaitu Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Pelbagai tohmahan karut yang disulami istilah bombastik diungkapkan untuk merendah-rendahkan usaha Dr. Mahathir membina Putrajaya.

Sudah menjadi adat dunia, orang yang tidak mendapat habuan dan peluang dalam mengikuti arus perdana akan membuat bising tidak tentu arah untuk menyatakan ketidakpuasan hatinya. Begitulah sikap Hishamuddin Rais.

Pusat Konvensyen Putrajaya (PCC) diibaratkannya sebagai seekor lipas. Delegasi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang bermesyuarat dan bersidang bagi membincangkan segala masalah Umat Islam sejagat dianggap sebagai lipas-lipas kecil yang memakan sisa-sisa makanan terbuang. Bangunan Perdana Putra yang menjadi nadi utama Jabatan Perdana Menteri dianggap sebagai binaan aneh penuh cacamarba yang tidak ada kaitan dengan citarasa tempatan. Seri Perdana pula disifatkannya sebagai mahligai yang memanifestasikan kemegahan seorang pemimpin yang lupa daratan. Bermacam-macam lagi anggapan pelik dan tuduhan liar direka oleh Hishamuddin. Baginya, apa yang direkayasa dan terserlah di Putrajaya itu hanyalah simbol keegoan seorang pemimpin.

Perbuatannya membandingkan Putrajaya dengan beberapa ibu kota pentadbiran negara-negara luar juga mendedahkan daya pemikirannya yang sudah cetek idea. Dia terlupa setiap bandar yang disebutkannya itu ada keunikan yang tersendiri yang tidak boleh dipertikaikan. Nampaknya pemikiran Hishamuddin semakin bercelaru. Begitulah padahnya jika menganut fahaman komunis sosialis yang bercanggah dengan ajaran Islam yang menyalahi fitrah kejadian manusia. Pendek kata, kecelaruan pemikiran Hishamuddin Rais inilah yang melahirkan penulisan menghentam Kerajaan atas dasar kecewa dan cemburu yang tidak bertempat.

Rata-rata idea yang dihuraikan olehnya tidak islamik, emosional dan tidak relatif meskipun dikupas mengikut sudut ilmu semiotik. Ciri-ciri universal kontemporari fleksibel yang tersirat di sebalik senibina bangunan-bangunan di Putrajaya itu tidak dinyatakan secara jujur. Nampaknya Hishamuddin menyembunyikan sesuatu dari pandangan mata hati yang inginkan kelestarian dan keterbukaan dalam bidang senibina yang sentiasa berkembang. Jika mengikut pandangan nya, ilmu senibina akan menjadi rigid dan bersifat stereotype. Memang padanlah dengan diri Hishamuddin sendiri yang rigid kerana pemikiran komunis sosialisnya itu. Apa saja idea baru yang dianggap mengancam komunisme sosialisme akan ditentang dan diharamkan.

Begitulah penulis melihat karektor sebenar Hishamuddin Rais, penganut fahaman komunis sosialis yang semakin terpinggir dan bakal dikuburkan. Benar kata Al-Marhum Imam Khomenei, pemimpin Revolusi Iran 1979 sewaktu menasihati Mikhail Gorbachev, Presiden Republik Kesatuan Soviet ketika ia bergelar kuasa besar yang bersaing dengan Amerika Syarikat dalam era Perang Dingin, ‘letakkanlah komunisme kamu itu ke dalam muzium sahaja’. Akhirnya pada tahun 1990 Kesatuan Soviet lenyap dari peta dunia. Komunisme dan sosialisme semakin goyah dan lemah. Begitu jugalah nasib Hishamuddin Rais.

Dia terpaksa melukut di tepi gantang memohon ehsan daripada pendokong reformasi untuk menghidupkan fahaman yang semakin nazak itu. Masanya akan tiba di mana Hishamuddin akan menjadi surat khabar lama atau artifak sejarah yang akan dimuziumkan oleh kemajuan dan penghayatan Islam yang syumul dan subur di bumi Malaysia ini. Itu pun jika masih ada yang sudi untuk mengenang-ngenang Hishamuddin Rais, seorang yang tidak tahu mengenang budi jauh sekali tahu diuntung.

dipetik dari Bultein Malaysia
www.bkn.gov.my




PEGAWAI TORCHLIGHT



AWAS ! MAT SKODENG





JAWI JAMIN PUTRAJAYA BEBAS MAKSIAT – berita hairan

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memberi jaminan akan memastikan kawasan peranginan di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan dan Masjid Putrajaya di sini bebas daripada kegiatan tidak bermoral.

Sehubungan itu, Jawi yang menyedari kebelakangan ini kawasan berkenaan kini dijadikan tempat memadu asmara akan meningkatkan operasi pencegahan maksiat serta memberi jaminan kegiatan itu akan dibersihkan dalam tempoh tiga bulan mulai tahun depan menerusi program gerakan dakwah bil hal.

Pengarahnya, Che Mat Che Ali, berkata mulai pertengahan Oktober lalu Jawi sudah mewujudkan dua pasukan penguat kuasa, masing-masing dianggotai empat pegawai pencegah maksiat untuk melakukan operasi pencegahan kegiatan berkenaan di kawasan berkenaan.

KAH KAH KAH…

kah kah kah… PEGAWAI TORCHLIGHT… kah kah kah..

kah kah kah kah…. INI SAHAJA KAH JAMINAN NYA?.... kah kah kah…

kah kah kah… INI SAHAJA JAMINAN YANG SANGGUP DILAKUKAN…kah kah kah..

kah kah kah…. BAGILAH JAMINAN BEBAS RASUAH… kah kah kah..

kah kah kah…BAGILAH JAMINAN TIDAK ADA PENYELEWENGAN… kah kah kah…

kah kah kah… BAGILAH JAMINAN TIDAK ADA SALAH GUNA KUASA…kah kah kah..

kah kah kah…. BAGILAH JAMINAN TENTANG KEADILAN…kah kah kah…

kah kah kah… BAGILAH JAMINAN TENTANG KESAKSAMAAN… kah kah kah..

kah kah kah… BALIK BALIK POTONG STIM… kah kah kah…

woit.... BOSANLAAAH DENGAN MAT SKODENG .. kah kah kah




MALIKUL BERI FATWA LAGI



SUMBAT JANGAN TAK SUMBAT !




MUYHIDDIN MINTA MCA TUTUP MULUT - malaysiakini

Muhyiddin Yassin meminta kerjasama daripada semua pemimpin MCA agar tidak mengeluarkan kenyataan kerana ia menunjukkan berlaku percanggahan yang berlarutan.

Dia berkata bahawa dalam proses mencari formula penyelesaian kemelut dalaman parti itu, adalah lebih baik pemimpin MCA tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

"Jika sudah sepakat, baru buat kenyataan, baru imej kita baik. Jika dalam keadaan sebegini, yang A kata begitu, yang B kata begini, yang C kata atas, yang D kata bawah.

"Bagi saya, ini akan mengelirukan masyarakat dan tentu ahli-ahli MCA ingin melihat bagaimana kita nak menyelesaikan masalah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara di Putrjaya hari ini.

KAH KAH KAH…

woit… APA SUDA H JADI DENGAN PARTI CUKUNG INI….kah kah kah..

kah kah kah… MASYARAKAT CINA SUDAH TIDAK SOKONG MCA…kah kah kah..

kah kah kah… MCA SEKARANG SUDAH JADI MALAY CONTROLLED ASSOCIATION….. kah kah kah…




MELAYU TIPU MELAYU



MONOPOLI INDIVIDU SAHAM BERNAS , KERAJAAN TERUS DIPERSOAL
– harakah daily

Ahli Parlimen Pakatan rakyat hari ini terus mempersoal kepekaan kerajaan berhubung monopoli saham Padi Beras Nasional Bhd. (Bernas) iaitu sebuah sektor strategik makanan utama negara oleh seorang tokoh perniagaan.

Jika sebelum ini, isu pemilikan 32 peratus saham Bernas oleh syarikat asing Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak) dipertikai, kini isu pengambilan milikan Wan Tak tersebut pula dipersoal.

Tradewinds (Malaysia) Bhd (Tradewinds), yang dimiliki oleh tokoh perniagaan Syed Mokhtar Al Bukhary telah diarah untuk membeli kesemua milikan Wan Tak, selepas kerajaan dikritik hebat kerana membiarkan syarikat berpengkalan di Hong Kong itu memegang saham tunggal terbesar Bernas.

Hasil pembelian 32 peratus itu, dan ditambah 55 peratus lagi milikan Budaya Generasi yang juga syarikat milik Syed Mokhtar, menjadikan jumlah keseluruhan milikan tokoh perniagaan tersebut adalah 87 peratus.

KAH KAH KAH…

kah kah kah...INI BETUL BETUL MONOPOLI… kah kah kah…

kah kah kah… INILAH LANUN MONOPOLI YANG MEROSAK PETANI PADI…kah kah kah..

kah kah kah… TAK PERCAYA?... kah kah kah..

nota:
untuk perniagaan yang lebih lumayan bernas
pasti tidak suka negara kita cukup beras. jika cukup
beras ditanam kita tidak perlu impot. kalau tak ada impot
beras makan bernas tak ada jalan nak buat duit banyak.

ertinya bernas akan menggalakan dasat tidak cukup beras.

dalam masa yang sama hanya bernas yang boleh impot beras.
syarikat lain tak boleh. bila ini berlaku maka bernas akan menetapkan
harga beras yang dijual.

kalau kita semua boleh impot beras makan beras akan murah
ini kerana harga beras murah. sekarang ini kita bayar mahal kerana
hanya stau syarikat sahaja yang ada lesen impot. kita juga kena
bayar duit birokrasi bernas.

ini projek melayu tipu melayu kerana penenam padi dalam
negara kita majoriti adalah melayu.