.

Jumaat, 22 November 2013

ANAK MUDA TAK SUKA SULTAN






KOMENTAR TUKAR TIUB
dari mana datangnya sultan ini
dari mana datangnya raja?

para ulamak pas patut bincang pekara ini
bukan hanya bincang 
tentang kapir harbi karpal singh

dizaman nabi muhamad
adakah raja wujud raja dan sultan?
ini ulamak pas wajib timbulkan




DARI FACE BOOK 


Apa2 pun kalau libatkan raja, sultan atau firaun, keputusannya tetap lembab... Islam di malaysia lembab berkembang sebab ada makhluk berjawatan perabis harta rakyat, namanya sultan. ..
Like ·  ·  · 6 hours ago · 


-------------

TANGKAP GHANI PATAIL






SIAPA AJEN CIA
DALAM PEJABAT PEGUAM NEGARA
APA TUGAS AJEN INI?
SIAPA BERI KEBENRAN AJEN INI MASUK?


SILA DATANG BERAMAI RAMAI
PETANG AHAD INI
BUAT LAPORAN POLIS
DI RUMAH PASONG
DANG WANGI


ADAKAHG NAJIB DI PAU
OLEH CIA?





-------

NAJIB DAN BANGLANYA








KOMENTAR TUKAR TIUB
kenapa ini dilakukan?

najib ke hulu ke hilir
bawa cerita bangla kerana
anwar dan pakatan masih belum
menerima secara resmi kerajaan najib

dunia masih menunggu
kenyataan resmi ini
media seluruh dunia
ternanti nanti

dalam bahasa politik 
pakatan ' tidak mengalah - no concede'
tidak ada kenyatan 'concede'

najib sedar united malays national organisation 
hanya dapat 47% undi

najib sedar pakatan rakyat dapat 52% undi rakyat

najib sedar  gerombolan ketuanan melayu
menang dengan jalan tipu
tipu yang disusun dan di rancang oleh spr

justeru najib ke hulu ke hilir
meroyan dengan kesah 40.000 bangla

Najib minta bantuan PM Bangladesh tutup penipuan pilihan raya

"Tetapi sekarang ini, dia (Najib) lemparkan (tuduhan) dan minta bantuan Perdana Menteri Bangladesh untuk mengatakan tidak ada pengundi Bangladesh mengundi di negara ini. Mana PM Bangladesh tahu. Ini urusan dalam…

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... LAWAK LAAA.... kah kah kah..

kah kah kah..ALI BABA ADA 40 PENYAMUN... kah kahkah..

kah kah kah..NAJIB RAZAK DENGAN 40.000 BANGLA... kah kah kah..

kah kah kah..I REST MY CASE MY LORD.... kah kah kah

--------

PROJEK MEMBODOHKAN MELAYU




NOTA
takut nak bersaing
dengan bukan melayu
takut terus corot
kah kah kah




BOIKOT PRK UiTM?

Selaku pensyarah baru di UiTM, saya sangat tertarik untuk menulis cerita ini rentetan peristiwa yang telah berlaku beberapa hari sebelum . Mungkin tulisan ini agak ringkas tetapi cukup untuk kita berfikir.

Semua tahu bahawa dikatakan UiTM merupakan kubu kuat Pro – Aspirasi. Walau apa pun terjadi, Aspirasi akan terus bertahan di UiTM.

Semalam salah seorang daripada pelajar saya minta supaya berjumpa, katanya ada suatu cerita menarik. Ramai kawan-kawan lain tidak mahu turun mengundi.

Pelajar yang berjumpa dengan saya itu katanya mahu bertanding.

 Justeru, dia meminta jasa baik saya supaya menyeru pelajar-pelajar turun ke padang dan mengundi.

Namun begitu, terdetik di hati saya untuk menyiasat apa sebenarnya yang terjadi.

Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar dibubar pada 18 November 2013. Malangnya, hal ini tidak digembar-gemburkan kepada sekalian pelajar. 

Selain itu, menurut maklumat yang saya terima. Selepas tarikh pembubaran, pelajar yang berminat untuk bertanding hendaklah datang ke pejabat Hal Ehwal Pelajar dan mengambil borang dan menyerahkan semula pada hari khamis semalam. 

Apa yang saya dapat lihat ialah berita ini juga tidak digembar-gemburkan dan segalanya sepi. 

Ia terjadi seolah-olah segalanya bersifat eksklusif dan dalaman. Pelajar tidak dimaklumkan!

Dalam hal ini, pelajar yang berjumpa dengan saya juga menyatakan wujud akaun twitter seperti UiTM Insider, Kelab Sosialis UiTM, Pro Mahasiswa UiTM, GAMUS UiTM dan lain-lain yang menyeru supaya pilihan raya kampus yang akan diadakan pada 27 November 2013 (Rabu) ini diboikot. 

Kumpulan-kumpulan ini datang dengan hashtag #DemiUiTM, #BlackUiTM, dan #BoikotPRKUiTM.

Selaku ahli akademik, saya tidak mahu mengulas isu ini secara politikal.

Tetapi, saya tertanya – tanya. Jika inilah perkara yang terjadi dan ia mendapat sambutan luas dalam kalangan pelajar. Maka, ada sesuatu yang “tidak kena” dalam sistem kita.

Dr. Jamaluddin Ahmad
Pensyarah Fakulti Pendidikan,
UiTM Shah Alam.


PENCAPAIAN TERHEBAT PELAJAR
membuat
KEPALA BANA TERBESAR

Para pelajar dan warga Universiti Teknologi Mara Cawangan Jengka mengelilingi logo 1Malaysia yang diperbuat daripada 370,000 cawan plastik terpakai di universiti berkenaan, semalam.

KUALA KRAU 31 Jan. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang mencatat nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila membentuk logo 1Malaysia menggunakan bahan kitar semula iaitu cawan plastik semalam.

Pengiktirafan itu diumumkan oleh wakil MBOR, Zulhairi Md. Zin apabila kumpulan penuntut terbabit berjaya menyiapkan logo itu menggunakan 370,000 bekas minuman tersebut.

-----------

SANDIWARA LAHAD DATU








PENULIS SKRIP
SANDIWARA LAHAD DATU


NOTA
ingat tak kenyatan ketua gerila  raja solo
'lepas priu nanti.. kita akan mula kan kembali...'

kah kah kah
mana punay gerila buat strateji macamn ini
kalau musuh sedang sibuk
itu lah masa menyerang

ini gerombiolan sedang sibuk
maka dilakukan gencatan senjata
kah kah kah

NOTA
tak caya?
tanya rosmah
berapa kali dias menjanda?
kah kah kah

PELAKON SANDIWARA
LAHAD DATU

Dedah dalang pencerobohan Lahad Datu

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan mendedahkan identiti tiga pemimpin pembangkang yang disyaki terlibat dalam insiden pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah Februari lalu.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Laksamana (B) Mohd. Anwar Mohd. Nor berkata, dalang yang disyaki menggugat keselamatan negara itu harus didedahkan kepada masyarakat kerana mereka dianggap sebagai pengkhianat negara.

“Bukan sahaja perlu didedahkan, tetapi jika didapati bersalah, mereka harus dihukum secara maksimum berpandukan undang-undang sedia ada," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... NI NGO BANGANG.... kah kah kah..

kah kah kah...KES TIGA PEMIMPIN ITU SANDIWARA... kah kah kah..

kah kah kah..ITU SKRIP LAHAD DATU... kah kah kah..

kah kah kah..ITU SKRIP NAK TAKUT KAN RAKYAT SABAH.... kah kah kah..

kah kah kah...LAHAD DATU ITU SANDIWARA.... kah kah kah..

kah kah kah..DI PENTASKAN UNTUK DAPAT UNDI SABAH... kah kah kah..

woit...PASAL APA BANGANG SANGAT NI.... kah kah kah..

kah kah..TUNGGU LAAA SAMPAI ROSMAH JADI ANAK DARA...  kah kah..

kah kah kah...KES INI TAK AKAN ADA... kah kah kah


SOALAN UNTUK KURUN INI
pada hari kedua pemimpin gerila
telah mengeluarkan kenyatan
merek datang untuk bertemu dengan personaliti
SAMPAI HARI INI 
TAK TAHU 
SIAPA PERSONALITI ITU
skrip ini tergantung

KALAU 3 PEMIMPIN PEMBANGKANG 
DI DAKWA
malah orang ramai
mahu lihat mereka di dakwea
maka lagi bocor 
skrip sandiwara
kah kah

---------

SATU LAGI CALON ANUGERAH HASAN MALEK







NOTA
mana dia poejuang bahasa
mana dia pukipm
mana dia ngo melayu

mana dia rais yatim
yang sibuk
dengan bahasa budaya kita

mana dia dewan bahasa dan petaka
apakah masih lagi
makan kauci
kah kah kah


Jabatan Perikanan Kelantan lantik 4,500 nelayan sebagai Rakan Fish
KOTA BHARU 21 Nov. - Jabatan Perikanan Kelantan melantik sebanyak 4,500 nelayan pantai sebagai Rakan Fish (RF) jabatan itu bagi membantu membanteras kegiatan pencerobohan pukat tunda.

Pengarah Perikanan negeri, Mohamad Mat Saman berkata, RF ditubuhkan untuk menjadikan nelayan sebagai mata dan telinga kerajaan bagi membantu mengawasi perairan negara.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya telah menubuhkan RF di tiga buah daerah iaitu Kota Bharu, Bachok dan Tumpat.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit.... WHY ARE YOU NOT USING MALAY LANGUAGE?... kah kah..

kah kah.ARE THE FISHERMEN IN KELANTAN  BRITISH... kah kah...

kah kah kah ...OR GRADUATED FROM OXFORD?... kah kah kah..

kah kah kah..OR THEY  ARE EDUCATED IN LONDON... kah kah kah..

kah kah kah..VERY BIZZARE FOR KETUANAN MELAYU.... ah kahj..

woit..PERNAHKAH DILIHAT IKLAN NELAYAN DI SCOTLAND... ah kah..

kah kah... BERBUNYI : SCOTTISH FISHERY KAWAN NELAYAN... kah kah...

woit... PATUT LAAA MELAYU JADI BANGANG... kah kah kah..

kah kah... BUKAN SAJE BANGANG... HASAN MALEK LAGI... kah kah kah


CALON ANUGERAH
HASAN MALEK
JABATAN PERIKANAN KELANTAN

-----------

ROMPAK DUIT UNTUK ROSMAH




GST sumbang RM21 bilion
SHAH ALAM 21 Nov. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia menjangka untuk mengutip tambahan RM5 bilion hingga RM6 bilion dalam cukai setahun sebaik sahaja cukai barang dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan pada...



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit...CAKAP TAK SUSAH KAN  ORANG RAMAI... kah kah kah..

kah kah kah..DARI MANA 21 BILION NI DATANG?... kah kah kah..

kah kah kah..MESTILAH DARI POKET ORANG RAMAI.... kah kah kah..

kah kah kah..INI ROMPAK DUIT GAJI ORANG RAMAI...kah kah kahj..

woit..APA TUJUAN ROMPAKAN INI?.... kah kah kah...

kah kah kah...NAK BELI JET UNTUK ROSMAH...kah kah kah...

kah kah kah...NAK BAYAR BIL AIR ROSMAH.... kah kah kah...

woit...MAMPOSSS LAAA ORANG RAMAI.... kah kah kah



----------

MALAYSIA BOLEEEH



AMERIKA BANGGA DENGAN 
GUNUNG RUSHMORE
MALAYSIA BANGGA
 DENGAN  GUNUNG RASUAH MORE


SPRM ACUH TAK ACUH MENYIASAT RASUAH MEMBABITKAN AHLI POLITIK

YB Dato’ Senator Paul Low menjawab soalan lisan saya mengenai jumlah laporan rasuah yang diterima terhadap ahli politik di antara 2010 hingga kini dan jumlah siasatan yang dibuka. Saya juga bertanyakan dari jumlah itu, berapa kes yang dihantar kepada Peguam Negara dan berapa kes yang berakhir dengan pendakwaan.

Jawapan yang diberikan Menteri adalah pendek dan mengelak dari menjawab soalan yang sebenarnya. Jawapan ringkas itu hanya berbunyi:

“Sepanjang tahun 2010 hingga Ogos 2013, SPRM telah menangkap 9 orang ahli politik dan dari jumlah itu, 5 orang telah didakwa di mahkamah”.

Soalan yang saya ajukan cuba mengesahkan bahawa SPRM ada melakukan siasatan terhadap ahli-ahli politik tetapi kertas pendakwaan ditolak oleh Peguam Negara. Oleh itu, statistik berapa siasatan yang ditolak oleh Peguam Negara adalah penting untuk mengesahkan dakwaan SPRM selama ini bahawa Peguam Negaralah yang bertanggungjawab melindungi SPRM.

Walau bagaimana pun, keengganan SPRM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengesahkan berapa siasatan yang dibuka terhadap ahli politik dan berapa kertas siasatan yang dihantar kepada Peguam Negara menunjukkan bahawa SPRM pun acuh tidak acuh dalam memerangi kegiatan rasuah di kalangan ahli politik. Dari jawapan di Parlimen ini, saya boleh merumuskan bahawa SPRM pun turut sama melindungi ahli politik yang rasuah seperti mana Peguam Negara.

Lebih merunsingkan adalah bilangan ahli politik yang disiasat dan didakwa. Dalam tempoh hampir 4 tahun, hanya 5 orang didakwa iaitu bersamaan seorang ahli politik setahun sedangkan masyarakat umumnya berpendapat ahli politik adalah golongan yang paling kuat mengambil rasuah di samping pegawai penguatkuasa undang-undang. Saya pasti lebih ramai pegawai penguatkuasa undang-undang yang didakwa di mahkamah dalam tempoh yang sama berbanding ahli politik.

Merujuk kepada jawapan menteri yang sama kepada soalan YB Azmin Ali pada 14 November 2013, statistik kes rasuah yang diselesaikan di peringkat perbicaraan awal dan disabitkan kesalahan adalah seperti berikut:

Tahun
Diselesaikan di peringkat perbicaraan awal
Disabitkan kesalahan
2011
520
388 (75%)
2012
401
339 (85%)
Jun 2013
162
144 (89%)

Jika dibandingkan dengan hanya 1 orang ahli politik setiap tahun yang disabitkan dengan kesalahan berbanding dengan jumlah keseluruhan, jelas menunjukkan bahawa SPRM tergesa-gesa dan takut-takut untuk menyiasat dan mendakwa ahli politik.

Kadar kejayaan mensabitkan kesalahan yang tinggi (antara 75% hingga 89%) juga menunjukkan bahawa SPRM ada keupayaan untuk mengumpul bukti yang secukupnya untuk mensabitkan kesalahan rasuah. Jika SPRM berjaya mencatat kadar pensabitan yang begitu tinggi dengan rakyat biasa, kenapa SPRM memberi alasan tidak mendapat cukup bukti untuk mensabitkan kesalahan ahli politik?

Oleh sebab itu, saya yakin bahawa kadar pensabitan kesalahan rasuah yang melibatkan ahli politik sebanyak satu orang setiap tahun sejak 2010 itu adalah kerana SPRM tidak mahu menyiasat ahli politik, sedangkan ahli politik dipandang umum sebagai golongan yang paling banyak bergelumang dengan rasuah.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
 

--------------------