.

Sabtu, 14 Mac 2015

TUKAR TIUB PECAH BERITA



ADAM & MANDEEP
DITANGKAP
adam adly
dan
madeep singh
telah ditangkap 
ketika berdemo
#kita lawan
di hadapan SOGO
yang dihadiri  100++
anak muda

mereka
sedang  di bawa
ke rumah pasong
dang wangi

berita menyusul






-----------

POLITIK BARU ANAK MUDA







KOMENTAR
ketua angkatan muda keadilan
ketua pemimpin pemuda PAS
kini ketua pemuda DAP
kena di tangkap dan tahan

jelas ada setiakawan
antara tiga kumpulan anak muda
dari tiga buah parti politik
inilah pakatan rakyat
inilah politik anak muda
inilah politik baru

salut!



Ketua Pemuda DAP ditangkap polis

Polis terus bertindak keras terhadap pihak terlibat dalam perhimpunan menuntut perdana menteri berundur di ibu negara minggu lepas.

Selepas beberapa pemimpin politik dan aktivis ditahan, kini giliran Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong pula.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainol Samah berkata Teo ditahan bagi membantu siasatan bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan.



HANYA SATU 

JAWAPAN

LAWAN




--------------

GERTAK - BILA NAK SAMAN






KOMENTAR
harakah akhbar PAS
telah bertanya 
macam mana najib kaya
madey telah bertanya
dari mana harta najib
dari mana harta kekayaan rosmah

najib nak saman HARAKAH
tapi sampai sekarang
surat  saman tak sampai sampai
najib hanya gertak
najib hanya kentut kuat
tapi tak berani saman

NOTA
satu malaysia 
menunggu saman najib







Najib saman Harakah kerana mahu 

lindungi keluarga


Najib Razak hari ini mempertahankan tindakannya menyaman organ rasmi PAS Harakahdaily, mengatakan beliau berhak melakukan demikian bagi melindungi keluarganya.
"Memandangkan mereka memfitnah (keluarga saya), saya perlu menyaman mereka atau minta mereka tarik balik apa yang mereka katakan dalam Harakah," Perdana Menteri dipetik sebagai berkata oleh The Star Online di Sri Aman, 
Sarawak.
"Apa yang dilaporkan dalam Harakah satu fitnah dan tidak benar sama sekali. Mereka tidak menunjukkan bukti. Jadi, hak saya mempertahankan diri saya dan keluarga saya," katanya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-saman-harakah-kerana-mahu-lindungi-keluarga#sthash.5AwQTHrM.dpuf


KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
bila nak saman
harakah sedia menunggu
samanlah lagi baik
lagi banyak cerita dibuka
lagi gempak malaysia
lagi ramai tahu rahsia
harta najib

LANCHOW 
NAJIB BERANI 
SAMAN
-------------

ROSMAH LESAP NEGARA SELAMAT








KOMENTAR
ketirisan pembasiran
mencecah 40 bilion ringgit

contoh yang amat jelas
ketika rakyat dilanda banjir
awal januari tahun ini
rosmah telah bercanda canda
menggunakan jet kerajaan

rosmah pergi bershopping 
mengelilingi dunia

ketika rosmah merayau rayau
menggunakan duit negara
tidak diketahui langsung
apa ke  jadah sedang berlaku
hari ini jelas rosmah merayau rayau
pergi bershoping membeli belah
kerna anak nak kahwin


NOTA
apabila rosmah dan najib lesap
maka hutang negara akan berkurang







GST haram

 | March 13, 2015
Ia haram dikutip kerana tidak menepati 3 syarat pengharusan cukai dalam Islam
PETALING JAYA: PAS mendesak Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan supaya mengkaji balik faktwa yang mengharuskan tindakan kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Ahli Parlimen Kuala Nerus,  Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri berkata, beliau menolak fatwa keharusan GST yang dibuat sebelum ini malah mendakwa tindakan tersebut jelas haram untuk dilaksanakan.
“Semasa menyampaikan ucapan menjunjung kasih titah YDPA semalam di Dewan Rakyat, saya telah menyatakan beberapa hujah bahawa GST bercanggah dengan prinsip percukaian Islam.
“Ia haram dikutip kerana tidak menepati 3 syarat pengharusan cukai dalam Islam,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelas beliau, kerajaan berhak mengenakan cukai kepada rakyat jika negara berada dalam keadaan terdesak dan memerlukan bantuan rakyat dan bukanya disebabkan berlakunya ketirisan atau pemborosan.
Katanya, apa yang berlaku adalah kerajaan pada masa ini masih lagi mempunyai pelbagai sumber yang lain untuk menambahkan pendapatan negara bukannya melalui GST.
“Kerajaan masih mempunyai sumber selain cukai GST yang boleh dioptimumkan bagi menambah hasil pendapatan negara.
“Realitinya ialah kerajaan masih boros berbelanja sehingga berlaku defisit dalam belanjawan selama 18 tahun berturut-turut.
“Malah Laporan Audit Negara mengesahkan berlakunya ketirisan dalam pengurusan perbelanjaan negara sehingga dianggarkan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion setahun,” jelasnya.
Beliau juga bersedia untuk berdepan dengan pihak Jawatankuasa Fatwa mewakili PAS untuk memberi penjelasan dan pandangannya berhubung perlaksanaan GST.

KAH KAH KAH

gasak sampai terburai
rosmah guna duit
untuk gi shopping
naik jet kerajaan
mundar mandir
keliling dunia
semua duit cukai
rosmah lesap
negara selamat

SEMUA TURUN



-------------------

SIBUK DENGAN KENDURI








KOMENTAR
najib sedang diasak
najib semakin terdesak

maka kita lihat
muhyiddin semakin ligat
menjalankan perana PEIM

anak muda sedang bagun menggasak
ingat REFORMASi98
akhirnya madey undur
akhirnya madey ngaku kalah
inilah kuasa jalan raya

Muhyiddin tiba di Jepun, hadiri persidangan pengurangan risiko bencana

Bakal Perdana Menteri Muhyiddin Yassin (gambar, kiri) tiba di Tokyo malam tadi bagi memulakan lawatan kerja empat hari ke Jepun untuk menghadiri Persidangan Dunia PBB Ketiga Mengenai Pengurangan Risiko Bencana.
Pesawat khas yang membawa Muhyiddin dan isteri,  Norainee Abdul Rahman mendarat di Lapangan Terbang Haneda, di sini, kira-kira 11 malam (10 malam waktu Malaysia).
Muhyiddin, yang juga pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara, akan mengetuai delegasi Malaysia pada persidangan itu, yang bermula esok, di Sendai, kira-kira 380km dari Tokyo.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/muhyiddin-tiba-di-jepun-hadiri-persidangan-pengurangan-risiko-bencana#sthash.1bn5acFg.dpuf


KAH KAH KAH

woit
najib sibuk
cari kayu api
potong bawang
kupas kelapa
maklumlah
nak terima menantu
woit
anak muhyiddin
nak kahwin juga
napa tak sibuk
jeng jeng jeng

ADA DUA KENDURI


-------------

SATU JEMPUTAN





SATU 

JEMPUTAN

700 penguatkuasa DBKL siap siaga hadapi 

himpunan #KitaLawan 


Kira-kira 700 anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan berikutan himpunan #KitaLawan yang akan diadakan setiap minggu di depan kompleks membeli belah Sogo, Kuala Lumpur.
Datuk Bandar Kuala Lumpur  Ahmad Phesal Talib berkata pihaknya bekerjasama dengan polis untuk memantau dan mengawal situasi bagi mengelakkan kejadian yang boleh menggugat keselamatan orang ramai dan merosak harta benda awam ekoran daripada himpunan berkenaan.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/700-penguatkuasa-dbkl-siap-siaga-hadapi-himpunan-kitalawan#sthash.TcaWJCf5.dpuf

KAH KAH KAH

woit
700 dbkl ini apa?
kah kah kah
ini bukan jemputan 
makan kenduri
kenduri
28 mac 2015
bukan petang ini
kah kah kah

KITA LAGI LAWAN


-------------

PETANG INI




 PETANG INI
o
SOGO



------------

JENG JENG JENG






KOMENTAR
kes menggunakan duit  kerajaan
beli lombong bijeh di mangolia
duit yang diambil oleh 1MDB
datang dari duit pencen

mampoos 
pak cik mak cik yang pencen
duit pencen dah lingkup
bukan 500,000 ringgit
tapi 2 bilion ringgit
mamp[ooos


NOTA
mustahil bani melayu tak faham
mustahil pak cik pencen tak faham
mustahil mak cik pencen tak faham


PAS mahu Muhyiddin buktikan ketegasan mengenai 1MDB


Susulan posting terbaru Mahathir Mohamad mengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di blognya semalam, PAS hari ini mendesak Muhyiddin Yassin membuktikan ketegasannya dalam isu “bail out” syarikat yang sarat menanggung hutang itu.

Naib Presiden PAS  Tuan Ibrahim Tuan Man meminta timbalan perdana menteri itu agar tidak menghampakan rakyat kerana beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan menegaskan dana awam tidak seharusnya digunakan bagi menyelamatkan 1MDB.


JENG JENG

 JENG


woit
PAS sudah masuk
ini tim tibai gerombolan
ini bukan berpadu padu
1MDB kini sudah difahami
1MDB kini jadi peluru
rakyat tembak najib
sengan 1MDB
kah kah kah

PADAN MUKA NAJIB

-------------