Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Sabtu, 28 Julai 2012

SELAMAT BERBUKA PUASA




MERAYAU DENGAN MATA HATI





SATU MINGGU TELAH BERLALU

bagitu pantas
cepat sekali
sudah satu minggu berpuasa

saminggu tapi
berat badan masih sama

ah!
satu kekecewaaan
satu kegagalan
satu kesedihan

MENCARI BAZAAR RAMADAN
petang ini aku tak masak
akan keluar rumah
untuk merayau rayau
untuk turut sama berpesta
untuk turut sama bikin sibuk
untuk turut sama meninggalkan jejak karbon

aku ingin mencari pasar ramadan
ke mana?
di mana?
aku pun tak tahu

inilah indahnya hidup
merentas untuk menemui yang baru
berjalan untuk bertemu yang tak pernah dilihat
bukan mengulangi kebiasan
yang menjamin kebosanan

DIMANA AGAKNYA INI?



JAMUAN PETANG INI
petang ini mata aku
ingin mecari
mencari yang tak pernah ditemui

petang ini
mata akan lebih lapar
dari perut

petang ini yang dijamu
ialah mata

INI TEPI DI PEKAN MANA?


MAKANAN YANG PALING DI CARI
jika bernasib baik petang ini
aku akan bertemu dengan
makanan yang paling aku cari cari
makanan yang paling aku minati

aku ingin bertemu dengan gulai itik
aku ingin bertemu dengan rendang itik
datanglah seribu minah cun
datanglah seribu mamat jambu
yang aku pilih ialah gulai itik

MIMPI YANG INDAH PETANG INI


NOTA:
siapa tahu dimana poto ini diambil
siapa tahu di wilayah mana ini
siapa tahu arah ke mana ini
siapa tahu di mana ini

SENYUM SEBELUM BERBUKA PUASA




KIBARKAN SANG SAKA TANAH MELAYU INI







KOMENTAR TUKAR TIUB

inilah bahayanya
bendera di ciplak dari amerika
lagi kebangasan dari terang bulan

inilah bahayanya menipu

nasionalis angakta senjata lawan british
gerombolan lawan nasionalis
yang angkat senjata lawan british

bila kerajaan bari ditubuh
perlu lagu kebangsaan baru dibuat
perlu bendera baru di reka kembali

betulklan kembali sejarah negara bangsa
kita humbankan barun british
kitab humbankan united malays national organisation!





TABUNG SIMPANAN GEROMBOLAN TELAH PECAH TERBARAU




SABAH SUDAH PECAH BERDERAI





MP BN JEMPUT ANWAR KE PELANCARAN SRF
- mkini

Ketua perhubungan PKR Sabah Ahmad Tamrin Jaini mengesahkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput untuk menghadiri pelancaran satu pergerakan politik baru oleh dua orang MP BN Lajim Ukin (Beaufort) dan Datuk Seri Wilfred Bumburing (Tuaran).

Pergerakan tersebut dikenali dengan nama Angkatan Perubahan Sabah (Sabah Reform Front - SRF).

Tamrin ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan bahawa Anwar akan berada di Sabah pada hujung minggu ini atas jemputan tersebut.

Jelasnya acara tersebut bukan program anjuran PKR mahupun Pakatan Rakyat tetapi dianjurkan oleh dua MP berkenaan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... CUKUP MEMERANJATKAN.... kah kah kah..

kah kah kah... TABUNG SIMPANAN GEROMBOLAN DI SABAH TELAH PECAH... kah kah kah...

kah kah kah... MALIKUL SEMBAB TELAH KE SABAH UNTUK DEAL... kah kah kah..

kah kah kah.... NO DEAL... KERANA GEROMBOLAN AKAN RUNTUH DI SABAH... kah kah kah..




NOTA:
kalau lepas raya
ada satu demo besar
jamin pilihan raya
tahun depan kah kah kah


KITA TURUN PAKAI BAJU KUNING - SILA HEBOHKAN CADANGAN INI



CADANGAN UNTUK HARI MALAPETAKA


tukar tiub telah menerima satu cadangan
agar pada malam 30hb ogos semua keluar
untuk memakai baju kuning

apa pandangan para pembaca?


SIAPKAN BAJU KUNING DARI SEKARANG





DARI FACE BOOK SHAM GEE

Saya akan pergi ke sambut hari kebangsaan di Dataran Merdeka dengan memakai baju BERS√H .. BERS√H adalah pertubuhan Halal.. cadangkan kita beramai2 pakai Baju BERS√H ke Dataran Merdeka.. Ada Berani..







AJENDA FUNDUMENTAL IALAH MENJATUHKAN KERAJAAN UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION





KOMENTAR TUKAR TIUB

ajenda hudud ini sengaja dimainkan
ini kerana ajenda ini
dijadikan pasak untuk
memisahkan pas dengan pakatan
hudud ialah batu api
untuk gaduhkan pas dengan dap

AJENDA FUNDUMENTAL
ajenda asas
ajenda fundumental
bukan hudud
bukan negara islam
bukan negara sosialis


tapi:
menjatuhkan united malays national organisation


menjatuh dan menghumbankan gerombolan
ada ajenda utama
jangan silap politik
jangan silap strateji
jangan ngelencong dari ajenda ini

hudud
negara islam
isu bahasa
dan dan dan
ditaburkan oleh gerombolan
semua bertujuan untuk mengalih
orang ramai dari bangun melawan
dan menghumbankan gerombolan



INILAH DIA AJENDA FUNDUMENTAL





RAKYAT JANGAN JUDI NASIB

JELI, 27 Julai — Rakyat diingatkan tidak memperjudi nasib mereka dengan memberi peluang kepada pakatan pembangkang yang dianggap oleh Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan (gambar) sebagai “longgar dan rapuh.”

Katanya, pakatan parti politik yang longgar dan rapuh boleh menyebabkan negara tidak stabil dan akhirnya akan musnah.

“Apabila berada di puncak kuasa, kuasa itu boleh musnah dan negara tidak stabil kerana pakatan yang rapuh itu, ini menjadikan mereka (pakatan pembangkang) tidak layak memimpin negara,” katanya.

Ahmad berkata persefahaman antara PAS dan DAP adalah sementara, kerana DAP terus bertegas menentang perjuangan PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... MALAM INI MALOAN INI TIDOOO DI MANA?.... kah kah kah..

kah kah kah...MALAON INI PERNAH JANJI TIAP HUJUNG MINGGUU TIDOO DI FELDA...kah kah kah...

kah kah kah... KENAPA MALAON INI TAK CAKAP SAHAM FELDA MENDADK JATUH.... kah kah kah...

kaha kah kah.... BERILAH TAHU MAK CIK FELDA... SHAM DAH JATUH.... kah kah kah...

kah kah kah... TAK KAN MASA SAHAM NAIK SAJA HEBOH.... kah kah kah...

kah kah kah...MASA SAHAM JATUH PUN BUATLAAAA HEBOH HEBOH... kah kah kah...

kah kah kah...BUAT JOM HEBOH SAHAM JATUH.... kah kah kah



GEROMBOLAN PUN SEDAR

NOTA:
lihat gerombolan sedar bahawa
yang dipertahankan ialah kuasa
dari kuasa datang harta kekayaan
tidak ada sangkut paut dengan agama
tidak ada sangkut paut dengan hudid



KALAU TERUS MENIPU DAN GEROMBOLAN MENANG KITA TURUN KER JALAN RAYA




KOMENTAR TUKAR TIUB

kalau penipuan diteruskan
kalau gerombolan menang kerana tipu
kalau 8 tuntuan tidak di tunaikan
dan gerombolan menang

maka rakyat wajib turun ke jalan raya
turun ke jalan raya menolak penipuan






SPR PERLU UTAMAKAN PENYELESAIAN BUKAN PENJELASAN

Kenyataan Media, 27 Julai 2012


BERSIH 2.0 melihat buku terkini yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertajuk "Daftar Pemilih: Isu dan Penjelasan" merupakan pemilihan prioriti yang salah dan ingin mengingatkan pihak SPR agar kembali memberi tumpuan kepada tugas yang lebih utama iaitu membersihkan proses pilihanraya.

Kami tetap berpendirian, jikapun ada usaha-usaha yang dilakukan oleh SPR untuk membersihkan Daftar Pemilih, usaha tersebut adalah terlalu dangkal dan gagal untuk menangani secara komprehensif segala penyelewengan dan penipuan yang telah mencemarkan Daftar Pemilih. Segala bukti penipuan dinafikan oleh SPR sebagai kesilapan perkeranian dan tidak akan berulang. Dalam buku yang diterbitkan, SPR terus berdalih dengan cuba menggambarkan seolah-olah mereka tidak memiliki kuasa untuk menyelesaikan permasalahan yang dibangkitkan oleh BERSIH 2.0 dan gerakan reformasi pilihanraya yang lain.

Oleh yang demikian, BERSIH 2.0 menyeru pihak SPR untuk menjalankan siasatan rapi bagi mengenal pasti kelemahan yang dinyatakan di dalam buku tersebut. Melepaskan tanggungjawab itu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merupakan alasan mudah dan menunjukkan sifat tidak ikhlas SPR dalam memastikan daftar pemilih berada dalam keadaan yang bersih, tepat dan dikemas kini.

AMARAN TELAH DIBERI




Isu 1, 2, 7, 8 dan 9: Pengundi meragukan dalam daftar pemilih
Merujuk kepada respon pihak SPR, mereka telah cuba untuk mendiamkan isu 3,100,000 pengundi meragukan yang terdapat di dalam daftar pemilih . Isu utama yang perlu diperdebatkan ialah bukan persoalan di mana pengundi boleh mengundi, tetapi mengapa apabila pengundi menukar Kad Pengenalan lama kepada yang baru, daerah mengundi mereka juga berubah, lebih aneh apabila mereka tidak pernah tinggal di kawasan berkenaan. Satu lagi isu yang dipertikaikan adalah kewujudan alamat rumah dengan ramai pengundi berdaftar. Bukti menunjukkan terdapat beberapa rumah yang mempunyai pengundi berdaftar dalam kalangan Melayu, Cina dan India yang berkemungkinan tidak menyedari kewujudan antara satu sama lain. Dalam sesetengah kes, terdapat pengundi yang tidak didaftarkan dengan nombor rumah tetapi hanya menggunakan nama jalan.

BERSIH 2.0 menegaskan bahawa, daripada bergantung kepada setiap warganegara untuk melaporkan kepada JPN bahawa saudara-mara mereka telah meninggal dunia, dan kemudian mengharapkan kepada pihak JPN untuk memaklumkan kepada SPR, SPR sepatutnya atas inisiatif sendiri perlu menjalankan pemeriksaan berkala untuk menyelia samada pengundi yang melebihi umur tertentu (100 tahun ke atas) masih hidup atau sudah meninggal. Tambahan pula SPR mempunyai akses maklumat mengenai tempat tinggal pengundi-pengundi ini, oleh itu, adalah tidak sukar untuk SPR menghantar pasukan khas bagi mengesan pengundi berkenaan.

Dengan berbuat demikian, SPR boleh memainkan peranan proaktif dalam mengenal pasti masalah yang menghalang JPN daripada menangkap dan kemudian memindahkan maklumat mengenai pengundi mati yang kemudiannya mesti dikeluarkan dari daftar pemilih. Apa yang dikhuatiri ialah, identiti pengundi yang sudah meninggal boleh digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk membuang undi semasa pilihan raya. Sememangnya diakui bahawa pengundi mati boleh ditemui pada mana-mana peringkat umur yang melepasi 21 tahun dalam senarai daftar pemilih, namun sebagai langkah awal, usaha untuk mengesan pengundi mati ini perlu dimulakan dengan pengundi berumur lebih tua yang berkemungkinan sudah meninggal tetapi masih di dalam senarai daftar pemilih.

KALAU TIPU KE JALAN RAYA


Isu 3 dan 5: Nama sama, tarikh lahir sama, tetapi jantina mengelirukan.
SPR sepatutnya lebih proaktif dalam mengenal pasti masalah berkaitan nombor kad pengenalan yang tidak sepadan dengan jantina. Menurut buku panduan SPR, hasil konsultasi mereka dengan pihak JPN mencapai satu kesimpulan yang menyatakan "adalah perkara biasa untuk dua nombor terakhir dalam 12 digit kad pengenalan lelaki terdiri daripada nombor genap."

Jika hal ini dikatakan normal, penemuan oleh Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP) menunjukkan bahawa terdapat lebih 15,000 kes seperti ini dikenal pasti, jumlah ini mewakili 1.2% daripada 13 juta yang layak mengundi. Ini menunjukkan bahawa sememangnya berlaku kes-kes yang meragukan seperti ini dan menuntut suatu penyisatan terperinci dilakukan supaya kes kad pengenalan yang tidak sepadan dengan jantina ini dapat difahami dan diselesaikan.

Banyak kes yang diketengahkan oleh MERAP adalah melibatkan isu kad pengenalan di Sabah di mana terdapat kejadian kad pengenalan 'dipindahkan' dari satu pengundi ke pengundi yang lain dan ada perpindahan yang melibatkan jantina yang berbeza. Semua kekeliruan ini telah didokumentasikan dengan baik. Oleh itu pandangan masyarakat awam yang mengatakan SPR sepatutnya menjalankan penyiasatan terperinci mengenai isu ini adalah sangat munasabah.

Kes-kes kesilapan jantina dalam pangkalan data SPR dapat dikesan apabila terdapat lelaki Melayu yang ditunjukkan dengan tanda “Bin” dan lelaki India dengan tanda “A/L” telah diklasifikasikan sebagai perempuan dan begitu juga sebaliknya. Penyiasatan yang menyeluruh mengenai isu ini akan dapat memastikan samada kesilapan ini berpunca daripada kelemahan SPR sendiri atau data ini sememangnya data asal yang diperolehi daripada JPN.

INI AMARAN DARI PENGUNDI


Isu 4 : Pengundi dengan alamat tidak lengkap
Pengundi berdaftar yang memiliki alamat tidak lengkap telah dikesan di Selangor dan Kuala Lumpur. MERAP telah menemui beberapa kes pegundi baru yang mendaftar di kawasan yang sama tidak memiliki nombor rumah dan ada yang tidak memiliki nama jalan, sedangkan pengundi lain yang juga mendaftar dikawasan yang sama ada menyatakan nombor rumah dan nama jalan. Walau bagaimanapun, SPR memberi jawapan bahawa perkara ini berlaku kerana pengundi-pengundi ini tinggal dikawasan
setinggan dan di atas tanah sementara

Dalam hal ini, SPR telah menafikan kenyataan MIMOS yang mengatakan wujud kes yang mana lebih 50 pengundi didaftarkan dalam satu alamat. SPR menegaskan pengundi yang berdaftar sebelum tahun 2011 dari Kampung Melayu Majidee Johor Bahru memiliki alamat yang lengkap dengan nombor rumah serta nama jalan dan hanya sedikit yang tidak memiliki alamat lengkap. Masalah ini dijangkakan akan diperbetulkan segera oleh pihak SPR. Tetapi, setelah tahun 2011, maklumat yang ditemui ialah 56 daripada 57 pengundi baru masih tidak mempunyai nombor rumah atau nama jalan dan 55 daripada 56 pengundi ini memiliki kod 71 dalam kad pengenalan yang menunjukkan mereka lahir di luar negara.

Sistem yang disediakan oleh SPR untuk memeriksa rekod pendaftaran pengundi adalah tidak lengkap. Sistem yang dibina untuk mengesan pengundi dikawasan yang memiliki rekod pendaftaran yang ramai (http://daftarj.spr.gov.my/infoalamat/info.htm) hanya boleh mengesan pengundi yang mendaftar tanpa nombor rumah. Ini bermaksud sistem ini tidak mampu mengesan nombor rumah dan nama jalan tertentu yang memiliki bilangan pengundi berdaftar yang luar biasa. Perkara ini jelas bercanggah dengan praktis yang dilakukan oleh MIMOS yang bukan sahaja mengesan kawasan yang memiliki pengundi ramai tanpa nombor rumah dan nama jalan, tetapi turut mengesan alamat tertentu yang mempunyai bilangan pengundi berdaftar yang ramai.

Isu 9 dan 10 : Pengundi baru yang meragukan dalam kalangan Tentera dan Polis
Sementara SPR mengatakan isteri kepada Pasukan Operasi AM (PGA) layak mendaftar sebagai pengundi pos, analisis oleh pihak MERAP menunjukkan masih ada isteri kepada anggota polis biasa yang berdaftar sebagai pengundi pos termasuk yang berdaftar di balai-balai polis atau Ibu Pejabat Polis Daerah.
Disamping itu, soalan yang masih tidak dijawab ialah, mengapa isteri kepada anggota polis yang ditempatkan di kawasan-kawasan Bandar seperti Cheras masih didaftarkan sebagai pengundi pos sedangkan tidak terlalu sukar untuk mereka mengundi seperti biasa di sekolah-sekolah berdekatan.

Dalam isu pesara polis atau tentera yang masih berdaftar sebagai pengundi pos, SPR mesti memberi jaminan bahawa terdapat perlindungan yang cukup untuk mencegah individu lain samada dalam kalangan polis atau tentera daripada mengundi dengan menggunakan identiti pesara ini. SPR juga mesti memberi jaminan semua pesara polis dan tentera ini tidak didaftarkan sebagai pengundi biasa. Adalah sangat sukar untuk mengesan pendaftaran berganda seperti ini kerana para pesara ini berkemungkinan untuk mendaftar menggunakan kad pengenalan biasa dan mendaftar untuk kali kedua menggunakan kad pengenalan tentera atau polis.

Ini menunjukkan SPR telah gagal untuk memenuhi tuntutan pertama BERSIH 2.0 iaitu Bersihkan senarai undi. Keadaan ini akan menyebabkan rakyat semakin meragui integriti Pesuruhjaya SPR yang sedia ada. Oleh itu BERSIH 2.0 sekali lagi menegaskan tuntutan agar mereka segera meletak jawatan kerana telah gagal melaksanakan tuntutan rakyat yang mahukan pilihanraya yang bersih dan adil.

BERSIH 2.0 juga menuntut kerajaan Najib menjalankan audit menyeluruh ke atas senarai daftar pemilih untuk menyaring semua pengundi yang meragukan sebelum pilihan raya akan datang.

KE JALAN RAYA JANJI RAKYAT



Untuk melihat penerbitan SPR, sila klik: http://bm.bersih.org/?attachment_id=2810

Terima kasih.

Keluar Mengundi, Lawan Penipuan!

Salam Bersih!

Jawatankuasa Pemandu
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)


KETUA GEROMBOLAN CHERAS MEMILIKI KETRAMPILAN LEBIH DARI MAT MONGOL




NAJIBAH



UMNO CHERAS MAHU LAJIM LETAK JAWATAN KABINET - mikini

Ketua Umno bahagian Cheras, menuntut supaya MP Beaufort Datuk Lajim Ukin yang kini dianggapnya "gunting dalam lipatan" supaya meletak jawatan di dalam kabinet serta-merta.

Katanya, MP Umno itu perlu berbuat demikian sekiranya benar-benar ingin keluar daripada parti.

"Adalah tidak wajar beliau masih berada di dalam kabinet kerajaan persekutuan sedangkan tindak-tanduknya dianggap seperti gunting dalam lipatan," kata pemimpin Umno yang lantang bersuara itu.

Syed Ali berkata, beliau bimbang Lajim akan dituduh sengaja menggunakan kemudahan di pejabat timbalan menteri kementerian berkenaan untuk meneruskan siri kempen politik beliau untuk menjatuhkan BN di Sabah.

“Cara terbaik jika dia pemimpin bermoral adalah letak jawatan sebagai timbalan menteri dengan serta-merta jika sahih akan masuk pembangkang,” kata Syed Ali dalam blog rasmi Umno bahagiannya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit....APA SUDAH JADI PADA GEROMBOLAN.... kah kah kah..

kah kah kah.... MENTERI SUDAH CABUT LARI..... kah kah kah...

kah kah kah....CABUT LARI SAJE TAK APA..... kah kah kah...

kah kah kah...INI TINGGALKAN PARTI... KUTUK PARTI.... kah kah kah...

kah kah kah...INI PUN KIRA OKAY....kah kah kah...

woit......TAPI MASUK PAKATAN INI MESTI SUDAH LEBIH... kah kah kah..

woit... PELIK... MANA DIA PEMUDA GEROMBOLAN.... kah kah kah...




kah kah kah...MANA DIA MENTERI GEROMBOLAN.... kah kah kah..

kah kah kah.... SEMUA SENYAP SUNYI... kah kah kah...

woit...APA JADI DENGAN MAT MONGOL PRESIDEN GEROMBOLAN.... kah kah kah..

kah kah kah... KENAPA TAK BUANG SI PEMBELOT INI?..... kah kah kah..

kah kah kah... NAMPAKNYA KETUA BAHAGIAN CHERAS INI PATUT MENJADI PRESIDEN GEROMBOLAN..... kah kah kah

MUHYIDDIN BAKAL PM YANG TEGAS - BUKAN MACAM MACAM FLIP FLOP




MALIKUL TUNGGU MASA YANG TEPAT




AIR : MUHYIDDIN BERPELUANG AMBIL ALIH TEMPAT NAJIB - harakah daily

KUALA LUMPUR: Propaganda bohong mengenai krisis air di Selangor dilihat akan memberi peluang kepada Muhyiddin Yassin mengambilalih kedudukan Perdana Menteri dari Najib Razak.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata, pembohongan dan penipuan terang-terangan kononnya berlaku krisis bekalan air di Selangor itu mungkin akan menamatkan kerjaya politik Najib yang kini dikatakan kian keseorangan.

"Terlalu banyak perkhabaran dan tuduhan yang kita dengar bahawa Muhyiddin mengambil peluang dan kesempatan dari krisis air di Selangor yang direka-reka oleh Umno dan BN (Barisan Nasional) itu untuk menamatkan kerjaya politik Najib.

"Apa yang berlaku itu dikhabarkan boleh menghambat Najib dari kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, sama seperti yang berlaku kepada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dahulu," katanya.

Menurut Mahfuz, dalam keadaan serba tandus dan tertekan sekarang, orang seperti Muhyiddin pun digambarkan oleh sumber dalaman Umno sebagai "operatif politik yang licik", walaupun ramai pula ahli Umno menuduh beliau "lembab".



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH AKH KAH


woit...MAHFUZ INI SELALU KACAU DAUN.... kah kah kah..

kah kah kah...SELALU PECAH KAN RAHSIA ORANG.... akh kah kah...

kah kah kah....MALIKUL DAH PLAN LAMA.... kah kah kah...

kah kah kah...SENGAJA TEMBAK AGENDA AIR...BUAT MASAALAH .... kah kah kah...

kah kah kah...KEMUDIAN BERLAGAK SELESAIKAN MASAALAH.... kah kah kah..



kah kah kah...SI SEMBAB INI AKAN DI LIHAT BIJAK DARI MAT MONGOL.... kah kah kah...

kah kah kah...CISSSS ...DATANG PULAK SI MAHFUZ .... kah kah kah...

kah kah kah...BIKIN KACAU... BOCORKAN RAHSIA SEMBAB... kah kah kah