BERPOYA-POYA DAN POYO
makan tengah hari di restoran sekinchan
tepi sungai yang airnya gelap
sembilang masak asam - claypot
anak sotong kicap
lala rempah dan sayur sawi
semua gagal kecuali sotong kicap
jangan makan asam pedas
dalm restoran china - kelentong
kah kah kah
untuk tiga orang harganya
melintasi setangki harimau
TELOK ANSON
sampai di telok anson awal petang
duduk cafe sebelah the store
tak ada minah cun atau mamat jambu
semua pecah
banyak kelihatan
minah ratu kentuki
mamat ratu mek donal
semua gedebab
ayam wajib di haramkam
kerana bayangkan
dalam masa 33 hari
dari menetas hingga ke meja makan
hanya 33 hari saje
bayangkan kimia yang dimakan oleh ayam ini
kimia untuk mengemokkan ayam ini
terus menjadi makanan
itu pasal semua jadi rosmah
itu pasal semua jadi ratu kentuki
kenapa makan jenis ini para agamawan tak keluar fatwa
ini pun racun pembunuh
ini pun bahaya untuk manusia
mungkin kerana ilmu hanya tentang kentut dan sendawa
ilmu tentang pekara yang kompleks sikit
pekara ilmiah
ana maa ba arif
malam makan di restotan lek telok anson
sotong berlada
ikan talapia goreng kicap
towgeh dg ikan masin
bayangkan harganya segan nak cakap
berbanding dg di sekinchan
hampir lupa makan malam ini
diiringi oleh sebotol air anggr merah
yang dibeli di store
PASAR MALAM TELOK ANSON
hebat luas dan sibuk
macam seluruh orang perak turun bershopping
dapat buah manggis - 3 rm sekilo beli 3 kilo
ada buah rambai 1kg 2 rm
dan buah paling susah untuk ditemui
buah SENTUL
untuk mereka yang belum merasa sila cari
ini sentul merah
enak hanya 4 rm sekilo
juga tak lupa membeli seikit petai 4 rm
dari telok anson ke kg gajah
dalam gelap
satu habuk tak nampak
menginap di homestay kg biak
sebelah sengai perak
letih terus tidoo
pagi bangun lewat
terus ke simpang kg gajah
MAKAN TENGAH HARI
di simpang kg gagah
kedai hujung
ikan goreng
ulam petai jering dan kerdas
sepotong patin tempoyak
gulai siput sedut
gulai labu
semua untuk tiga orang
harga MALU nak cakap
sama dg harga secangkir harimau
amat enak - yang gagal hanya patin tempoyak
jika di perak jangan makan patin tempoyak
pernah di parit - patin tempoyak campur cuka
saheh!
tukang masak gunakan asam keping
patin tempoyak yang terbaik ada
di le chateau
dan di temerloh
hanya dua tempat ini saje yang asli
tetapi di le chateau agak restoran yg ekslusif
bukan semua boleh datang makan
lepas makan tengah hari
kami menuju ke belakang perhentian bas
yang tak ada bas
disini ada jual cendol
terbaik
ada cendol dg pulut
ada cendol kosong
terbaik kerana santan asli
NOTA:
tuan punya warung cedol
penyokong pakatan rakyat
malah dia tahu program kami malam ini
tapi dia sangka gua ini sani sudin
cisss mana ada kelas
ini kenyatan menghina
kah kah kah
JANGAN LUPA MALAM INI

NOTA
tidak ada minah cun
dan mamat jambu di wilayah ini
semuanya pecah
gedebab - kecewa macam nak raaak
kah kah kah
nota:
laporan ini dibuat dalam internet cafe
di sebelah sesen bas
disebelah meja aku
minah cun dfan slim
kah kah kah
tak sangka ada minah cun disini

