.

Rabu, 6 Mei 2015

RAKYAT MENOLAK GST





PRK ROMPIN: PETANDA ARUS PENOLAKAN DS NAJIB

Keputusan PRK Parlimen Rompin memberikan isyarat yang jelas kepimpinan Najib tidak lagi berkesan.

Pahang adalah Negeri  Najib.

Pengurangan majoriti calon BN sebanyak 6,244 undi adalah menunjukkan jumlah besar yang tidak lagi bersedia memberikan kepercayaan mereka kepada parti yang dipimpin oleh  Najib. Sungguhpun pada masa yang sama 6,244 pengundi itu tidak pula mengalihkan undi mereka kepada PAS atas sebab sebab yang mereka sendiri tahu, namun paling tidak mereka yang pernah mengundi BN genap 2 tahun lalu tidak lagi mengundi BN pada kali ini.

Jika jumlah tersebut dapat diterjemahkan menjadi undi kepada pembangkang, Insya-Allah perubahan politik yang besar akan berlaku dalam negara.

Tidak dapat tidak isu GST, 1MDB dan gaya pengurusan negara ala  Najib adalah munasabah sebagai faktor penolakan itu.

Faktor-faktor ini akan menjadi lebih penting menjelang PRU yang akan datang.

Pada waktu yang sama, Rompin menyaksikan peningkatan undi yang ketara kepada PAS di beberapa peti undi sekalipun jumlah undi PAS berkurangan sebanyak 25 undi berbanding PRU lalu. Peningkatan itu dikaitkan dengan isu semasa seperti GST dan penyenaraian FELDA.

Pada masa yang sama, pengundi  bukan Melayu pula menghantarkan isyarat berbeza kepada PAS dengan berlaku pengurangan yang ketara. PAS perlu menggariskan pilihan strategi yang bijak dari indikator Rompin di semua sudut.

Pada pandangan saya, pengundi yang diwakili oleh 6,244 orang itu sudah sedia berubah. Sekalipun PAS mungkin bekerjasama dengan UMNO dalam apa jua bentuk bagi PRU yang akan datang, arus penolakan terhadap kepimpinan DS Najib adalah cukup besar untuk membuat perubahan sebaliknya.

Husam Musa
6/5/2015

-------------

LELALAKI POINTER HILANG




HILANG
seorang lelaki
bernama mat maslan
telah dilaporkan hilang
lelaki berumur 50'an ini 
dilaporkan  ada menggunakan 
nama samaran  : mat pointer 3.85

kali akhir lelaki ini
dilihat memakai songkok hitam
kemeja biru
celana hitam
lelaki ini dilihat
menaiki bas di pekan rompin

sesiapa ada maklumat
atau
ternampak lelaki ini
sila hubungi 
rumah pasong terdekat

NOTA
kaum keluarga lelaki ini
menerangkan mungkin
lelaki ini sedang 
menghadapai tekanan jiwa


--------------------

CARA MEMBACA UTUSAN






Puteri UMNO nafi ada kaitan dengan


Yana

MELAKA 4 Mei – Pergerakan Puteri UMNO menafikan pengendali laman Familia Myvi Club (FMC) yang dikenali sebagai Yana mempunyai kaitan dengan sayap tersebut.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/utama#sthash.F3S0ZjMK.dpuf


KAH KAH KAH

woit
ingat tak 
cara membaca utusan
kalau di nafikan tak ada
ertinya ada

KAH KAH KAH

-------------

CLINTON DAN CLINTIT








INI BILL CLINTON

bekas presiden



INI BILL CLINTIT

bakal presiden









----------

TUKAR TIUB TEPAT LAGI








KOMENTAR
tukar tiub dari awal lagi
telah menulis dan menerangkan
bahawa al-qaeda, ISIS dan
gerakan militan Islam ini
semuanya ditaja oleh CIA
dirancangan oleh kaum imperialis

serangan isis di paris
serang bako islam di nigeria
serangan al-qaeeda di libya
serangan isis di iraq dan syria
serangan isis di sydney australia
bertujuan:

untuk mengolah persetujuan rakyat dunia
bahawa kini telah muncul gerila islam
bahawa kini islam menjadi musuh

untuk mengalahkan 
gerakan militan islam ini:

perlu di wujudkan undang undang
perlu diketatkan kawalan dalam negara
perlu diluluskan undang tentera

tujuan sabenarnya:
sebagai satu persediaan
kerana dalam masa yang terdekat
sistem ekonomi kapitalis akan meledak
dolar akan tidak bernilai
ekonomi dunia merundum

bila ini berlaku 
rakyat akan keluar ke jalan raya
rakyat akan bangun melawan
justeru - daulah telah bersedia
undang-undang telah wujud
dimana soldadu boleh digunakan
soldadu akan mengambil alih kuasa

ini sabenarnya yang sedang dirancang!


NOTA
bayangkan warga paris
bayangkan warga peranchis
akan takut apabila melihat
gambar sademikin

France passes new surveillance law in wake of Charlie Hebdo attack

The French parliament has overwhelmingly approved sweeping new surveillance powers in the wake of the terrorist attacks in Paris in January that killed 17 people at the satirical magazine Charlie Hebdo and a kosher grocery in Paris.

The new bill, which allows intelligence agencies to tap phones and emails without seeking permission from a judge, sparked protests from rights groups who claimed it would legalise highly intrusive surveillance methods without guarantees for individual freedom and privacy. 
MENGOLAH
 PERSETUJUAN



-----------

SIAPA DIA 24 NABI ITU?






KUALA LUMPUR 28 April - Pelaksanaan Akta Hasutan mampu menghindari negara ini daripada ancaman anasir luar termasuk agenda proksi Yahudi.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita#sthash.kUR2UuHB.dpuf


KAH KAH KAH

woit
nabi musa
nabi isa
nabi daud
nabi seth
semua 24 nabi nabi ini
orang YAHUDI
saje nak tanya
takut salah 
jangan marah

JANGAN KELENTONG




































-------------

SIAPA PEREMPUAN INI?







EVITA, IMELDA, LEILA & ROSMAH


Marie Antoinette Pemaisuri Raja Louis ke14 hingga ke hari ini masih disebut sebagai ikon gaya hidup mewah yang penuh glamour. Pesta dan kenduri kendara di Istana menjadi buah mulut warga Peranchis. Marie Antoinette dengan boros telah membelanjakan dana negara untuk kenduri kendara , berpoya-poya dan pesta-pestaan saperti tidak ada hari esok.

Semua ini berlaku ketika kaum tani Peranchis kebuluran dan kelaparan. Gaya hidup boros Marie Antoinette telah menjadi peluru untuk menyemarakkan gerakan tunjuk tunjuk perasaan kaum tani yang hidup semakin dihimpit oleh Tuan Tanah dan Kaum Feudal.

Apabila dana negara kosong Raja Louis telah mengenakan cukai pertanian yang menjerut leher kaum tani. Marie Antoinette telah terus berbelanja tanpa henti-henti. Menempah pakaian dan membeli intan berlian ketika ramai Pak Tani mati kelaparan. Perangai dan kelakuan Marie Antoinette ini telah membantu memangkin kemarahan kaum tani. Akhirnya Revolusi Peranchis meledak terbuka.

Revolusi Peranchis telah menghapuskan sistem Raja pada 12 September 1792. Ahhirnya kaum tani melalui perwakilan mereka telah sebulat suara bersetuju leher Pemaisuri Marie Antoinette ini dipenggal pada 16 Oktober 1793.

Itu kesah di Eropah 200 tahun dahulu. Di Amerika Latin sesudah Perang Dunia Ke Dua kita bertemu dengan Evita Peron. Minah ranggi - pandai menyanyi dan berlakon. Si Mak Janda Berhias ini akhirnya menjadi isteri kedua Kolonel Juan Peron.

Dengan berlakunya beberapa rampasan kuasa di Argentina akhirnya Juan Peron menjadi Presiden Argentina pada tahun 1946. Apabila Juan Peron menjadi Presiden dengan serta merta Evita menggelarkan dirinya FLOA – First Lady of Argentina.

Dari fakta sejarah Argentina Evita dirakamkan sebagai sosok yang paling berpengaruh dalam politik Kolonel Peron. Evita amat popular. Berkubukan populariti ini Evita telah berjaya merembat harta negara. Pada tahun 1947 Evita telah bercanda-canda ke Eropah dengan alasan 'lawatan resmi negara'. Lawatan ini dituduh oleh musuh politik sebagai alasan untuk membuka akoun bank di Switzerland.

Manakala di Asia Tenggara kita bertedmu dengan Raden Ayu Siti Hartinah a.k.a Ibu Tien ialah isteri kedua kepada Jeneral Suharto yang telah meramps kuasa pada tahun 1965. Rampasan kuasa yang ditaja oleh CIA ini telah melihat pembantaian hampir 3 juta warga Indonesia penyokong Bung Karno.

Ibu Tien juga menjadi FLOI – First Lady of Indonesia. Sejarah juga telah merakamkan bagaimana Wanita Pertama Indonesia ini cukup berpengaruh. Malah dilaporkan oleh media Indonesia dan luar negara tentang peranan Ibu Tien di belakang kuasa Jeneral Suharto.

Jeneral Haji Muhamad Suharto telah memerentah Indonesia dengan kejam dan ganas. Suharto telah membunuh lebih dari 3 juta penyokong Sukarno ketika mengkonsolidasi rampasan kuasa. Satelah berkuasa ribuan warga Indonesia telah hilang lesap. Pada tahun 1975 Suharto telah menyerang dan menawan East Timor – tanah jajahan Portugal.

Jeneral Suharto juga telah memerangi gerakan pembebasan Papua Merdeka dan Gerakan Acheh Merdeka.

Ketika semua ini berlaku Radin Ayu Siti Hartinah telah bertukar menjadi Ibu Ten Percent. Apa sahaja projek di Indonesia jika ingin mendapat kelulusan wajib membayar 'duit kopi' sebanyak 'ten perrcent' atau 10% kepada Radin Ayu Siti Hartinah. Dikatakan suami Wanita Pertama Indonesia ini menjadi orang terkaya di Asia. Anak beranak Jeneral Suharto berRaja dimata dan berSultan dihati.

Tidak jauh dari Jakarta ada seorang lagi Mak Janda Berhias yang menjadi First Lady. Namanya Imelda. Mak Janda ini sama saperti Evita Peron adalah bekas Ratu Cantik yang menjual badan kepada jantan-jantan yang berkuasa. Akhirnya menjadi isteri kepada Presiden Marcos – seorang ditaktor yang berkuasa di Pilipina dari tahun 1965 – 1986.

Imelda juga amat-amat berpengaruh dalam kerajaan Marcos. Selama 20 tahun Mak Janda Berhias ini telah merompak dan menjarah harta negara Pilipina. Marcos sama saperti Suhato telah dipilihara dan dibantu oleh CIA dan Amerika kerana dasar anti-komunis mereka.

Dizaman Marcos beratus aktivis NGO dan aktivis anti-ditaktor telah hilang lesap bagitu saja. Warga Pilipina selama 20 tahun terpaksa berhadapan dengan kerenah dan perangai Imelda yang saban hari muncul dikaca TV dan diakhbar-akhbar. Kenduri kendara dan pesta-pestaan Imelda menjadi sebutan hingga ke hari ini.

Malah pada satu ketika Imelda telah membuat festival filem yang dikatakan lebih hebat dan lebih glamour dari Festival Filem Cannes. Pada tahun 1986 semuanya berakhir. Berjuta-juta rakyat Pilipina telah turun ke jalan raya menghalau dan menghambat kaum keluarga Marcos dari bumi Pilipina.

Paling terbaru ialah seorang perempuan yang bernama Leila Ben Ali yang hanya bekerja sebagai pendandan rambut. Si Leila ini dengan licik telah berjaya mengahwini Zainal Abidin Ali yang merampas kuasa pada tahun 1987 untuk menjadi Presiden Tunisia.

Minah pendandan rambut ini memaksa media Tunisia memanggil dirinya FLOT – First Lady of Tunisia. Untuk membuktikan bahawa sebagai sosok yang prihatin Si Minah ini telah menubuh SAIDA badan amal melawan barah. Melalui badan amal SAIDA ini dana negara telah disalurkan ke poket Leila.

Kesah gaya hidup bekas pendanan rambut ini cukup menarik. Pernah dilaporkan oleh media Peranchis bagaimana Si Leila telah menghantar sebuah pesawat khas terbang ke Selatan Peranchis hanya untuk membeli air krim yang diminatinya.
Pada 4 Januari 2011 seorang anak muda 26 tahun bernama Mohamed Bouazizi telah melakukan protes dengan membakar dirinya. Inilah permulan gerakan jalan raya di Tunisia yang mengakhir 22 tahun kuasa Leila dan Zainal Abidin.

Ketika diburu oleh rakyat – Leila dan Zainal – telah memecah masuk ke dalam Bank Negara Tunisia dan melarikan 60 kilo jongkong emas. Dua ekor penjahat ini telah melarikan diri ke Saudi Arabia. Kerajaan baru Tunisia telah menjatuhkan hukuman 35 tahun penjara kepad dua ekor suami isteri ini. Malah hari ini Interpol sedang mencari Leila dan Zainal atas tuduhan membunuh dan melarikan duit.

Marie Antionette, Evita, Imelda, Ibu Tien dan Leila semuanya telah dicampakkan ke dalam tong sampah sejarah. Negara-negara ini yang telah diporak perandakan oleh perempuan-perempuan ini kini sedang berusaha untuk membersehkan jenayah perempuan-perempuan ini.

Kesah-kesah perempuan-perempuan ini sedang berulang dihadapan mata kita. Kesah-kesah ini tidak jauh bezanya dari apa yang sedang dihadapi oleh 26 juta rakyat Malaysia sekarang.

Kesah di Malaysia juga bermula dengan seorang Mak Janda Berhias yang telah merayau rayau mencuba nasib. Akhiri berjaya menghawini seorang duda Lanun Bugis bernama Najib Razak. Sebaik sahaja Lanun Bugis ini dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia – si Mak Janda Berhias telah menggelarkan dirinya FLOM. Walau pun dari segi protokol First Lady of Malaysia ialah Baginda Pemaisuri Agong.

Si Mat Janda Berhias ini sedang membawa malapetaka yang maha hebat ke atas bumi Malaysia. Belum pernah terjadi dalam sejarah Tanah Melayu malapetaka sabagini. Kita ada membaca kesah Raja Bersiong di Kedah. Raja Bersiong yang zalim disurahkan suka memakan hati dan darah anak dara. Tapi ini kesah hikayat bukan fakta – bukan saperti yang kita rasakan hari ini.

Akhbar New York Times telah melaporkan tentang anak Rosmah melabor 100 juta dolar untuk membuat filem di Holywood – bukan 100 juta ringgit tapi 100 juta dolar. Ertinya kali tiga duit ringgit. Anak Rosmah yang sama telah juga membeli sebuah ' pondok' yang bernilai lebih dari 110 juta ringgit di New York.

Orang ramai tertanya-tanya dari mana Mamat ini dapat duit? Malah, bekas Perdana Menteri Mahathir Muhamad telah bertanya dari mana puncanya harta kekayaan Rosmah Mansor dan Najib Razak. Soalan itu hingga hari ini masih belum terjawab.

Rosmah Mansor hanya anak guru sekolah bukan Puteri Raja Saudi Arabia. Justeru, amat jelas bahawa harta kekayaan ini pastilah datang dari duit dana negara. Mustahil dari gaji Najib Razak.

Kini, hari demi demi hari bukti telah mula muncul tentang 1MDB. Syarikat 1MDB ini adalah badan pelaburan kerajaan yang dikepali oleh Najib Razak yang juga Menteri Keewangan. Media telah melaporkan bagaimana berbilion ringgit telah lesap. Media dan laman portal telah menulis tentang 42 bilion ringgit hutang 1MDB yang akan menjadi hutang negara dan akan menjadi hutang rakyat.

Semua ini telah memaksa Mahathir Muhamad mengeluarkan pertanyaan - siapakah jantan Cina Jho Low yang menjadi penasehat 1MDB. Cina ini juga dikatakan telah berjaya 'merembat' duit negara melalui 1MDB. Adalah juga dimaklumkan bahawa Budak Cina dari Pulau Pinang ini adalah juga kawan baik kepada anak Rosmah Mansor.

Keadaan ini juga telah memaksa Ketua Bahagian United Malays National Organisation Cheras – untuk tidak dilihat bangang – dengan lantang bersuara meminta Jho Low ini ditangkap dan dibawa pulang ke Malaysia untuk disiasat oleh SPRM.

Kesah Mak Janda FLOM ini bercanda-canda menggunakan jet resmi negara bukan lagi satu rahsia. Kesah boros Mak Janda Berhias ini mungkin juga telah sampai ke telinga bayi dalam kandungan. Marie Antionette dikaitkan oleh sejarah dengan rantai leher intan berlian. Manakala Rosmah Mansor telah dikaitkan dengan cincin intan berlian yang berharga berjuta ringgit.

Paling akhir ialah Kenduri Tersohor Kurun ini. Mengikut Mahathir Muhamad, bekas PM ini telah mendengar bagaimana dalam kenduri perkahwinan anak Janda Berhiasa ini, harga bunga sahaja telah mencecah 3 juta ringgit – diulangi – bukan 3 ringgit, bukan 3 ribu ringgit tapi 3 juta ringgit. Ini baru harga bunga belum diketahui harga yang lain.

Apa sebenarnya watak perempuan-perempuan ini? Siapa mereka ini? Kenapa mereka berperangai sademikian. Tunggu minggu hadapan.(TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEDILAN
sesiapa yang ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila puykul talipon:
03-92-21-30-45



------------------

SENYUM PAGI INI






             JIMAT SIMPAN
Hoi TT.. najib bini rosmah mmg cerdik jimat simpan wang. Boleh rakyat contohi. Jika nak buat majlis kawin yg mewah, simpan duit secukupnya. Dari hari mula bertunang, duit kene menyimpan dah. Mcm Abang Mat kata la, tak banyak, sehari RM17,000.00 jer. 

Cukup 6 tahun simpan (tolak weekend), dpt la RM20 juta. Baru berbaloi nak buat kenduri kawin. Rakyat mmg boros, ssb tu x dpt simpan RM17,000 sehari. Kahkahkah..

 Hang kalo berjimat mcm ni Isham, dah lama dah hang buleh kawen. Ini idak.. melawan cakap orang tua2.. on DANA CELAH APA?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/4/15




-------------

YA AMPOON YA MAULANA




















Tak hormat Tuanku

Pembangkang tidak beri reaksi usul menjunjung kasih

Persoalan itu ditimbulkan berikutan mereka langsung tidak me­ngangkat tangan sama bersetuju, tidak bersetuju mahupun berkecuali terhadap usul dalam Sidang DUN di sini, hari ini.


KAH KAH KAH

kah kah kah
kah kah kah
ya ampooon
ya maulana
ya mak datuk
kah kah kah
I REST MY CASE
KAH KAH KAH









-----------------

KALAU BUKAN BARUA - APA?




Pemimpin Umno selar MB panggil IGP 'barua'

Pemimpin lantang Umno Wilayah Persekutuan  Syed Ali Alhabshee menyelar tindakan Menteri Besar Selangor Azmin Ali yang menggunakan perkataan “barua” untuk mengkritik ketua polis negara.

Syed Ali  berkata ucapan timbalan presiden PKR, yang disifatkannya biadap, melampau batas dan kurang ajar itu, berbaur hasutan dan mengajak rakyat membenci pasukan keselamatan.


KAH KAH KAH


woit
kalau bukan barua
mestilah baru wang
nak cakap apa lagi
kebab dah kebab
dah jadi KTN
kepala twiter negara

APA LAGI KTN MAU


-------------------

TANDA TANDA JELAS





KOMENTAR
rompin memberi tanda jelas
kempen mahathir menusuk
rompin memberi tanda jelas
mak cik dan pak cik felda
menyampah dengan najib rosmah

rompin adalah tanda untuk KU LI
masuk mengenepikan NAJIB
jika muhyiddin 
jika zahid
tidak berbuat apa apa










Ambil kira mesej Rompin, kata HishamAdrian Wong | 6:00AM May 6
Mungkin ada isu-isu yang Putrajaya perlu fikirkan, kata naib presiden Umno itu.


KAH KAH KAH

ya ampooon  ku li
tanda tanda sudah sampai
durian  dah dimakan tupai
manggis darah2 ikan
pisang dan menguning
bila lagi?

KAH KAH KAH
























-------------