Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 6 Ogos 2009

MELIHAT KEMBALI




MEMBINA NEGARA BANGSA


Sebuah negara atau satu negara bangsa pada hakikatnya hanya wujud didalam fikrah warganya. Ianya hanya wujud didalam imijinasi. Negara dan bangsa wujud apabila ada imijinasi kolektif yang di kongsi bersama oleh warganya.

Imijinasi kolektif ini juga wajib di bantu dengan cita-cita, mimpi dan harapan bersama. Tanpa perkongsian imijinasi – tanpa mimpi dan harapan bersama - tidak mungkin negara bangsa boleh wujud dengan kompak.

Di negara kita ini pada hakikatnya masih belum wujud lagi satu negara bangsa yang boleh dipanggil Bangsa Malaysia. Ini bermakna identiti negara bangsa kita belum mengenap dan membatu.

Kita boleh memahami kenapa ini berlaku. Pertama - Malaysia ini adalah satu konsep yang baru. Malaysia wujud sebagai satu projek kolonial. Kedua - selama 50 tahun lebih ini upaya untuk membina negara bangsa telah gagal. Kegagalan ini adalah hasil dari falsafah dan pandangan dunia parti politik yang memerintah. Ketiga – patahnya pandangan dunia yang cuba melintasi konsep negara bangsa melalui takrifan agama dan kaum.

Sebagai sebuah projek kolonial – British telah memastikan kumpulan/parti politik yang menggantikan kuasa mereka tidak akan melihat penjajah sebagai musuh. Tidak dapat tidak badan politik yang dipilih oleh British untuk mengambila alih pentabiran Tanah Melayu dari British adalah badan politik yang akan terus bersetia dibawah payung British.

MCA, MIC dan United Malays National Organisation dipilih oleh British pada tahun 1956 bukan kerana mereka mendapat sokongan menyeluruh atau organisasi mereka kuat tersusun. Badan-badan politk ini diangkat, disokong dan didukung kerana kesetiaan mereka kepada British.

Kumpulan yang memanggil diri mereka Perikatan ini menggunakan kaum sebagai asas gerakan dan sokongan mereka. Sekali imbas memang dilihat amatlah lojik badan politik ini berpandukan kepentingan kaum masing-masing. Lojik ini bergerak untuk jangka masa pendek dalam usaha menyediakan ruang selamat ketika British berundur dari diserang oleh rakyat yang menuntut merdeka.

Untuk jangka panjangnya kita sedang melihat dan merasa musibah garis politik yang silap. Garis politik yang berasaskan perkauman ini mula dimunculkan dan dipupuk oleh British pada tahun 1946 dahulu. Garis politik inilah yang mengcengkam kita hingga ke hari ini.

Harus disedari bahawa tiga badan politik ini bukan protoganis awal yang bangun menentang British dan menuntut kemerdekaan. Mereka ini dalam istilah teater hanyalah pelakon tambahan dipermulaan pejuangan melawan British.

Kesatuan Melayu Muda, Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insaf, Angkatan Wanita Sedar, Hisbul Muslimin – adalah diantara protoganis awal. Protoganis-protoganis ini telah mengambil dasar melawan British dan telah mengajukan garis politik yang progresif.

Pandangan dunia yang progresif dari kumpulan ini telah cuba memandu warga Tanah Melayu pada ketika itu untuk lari dari asas kaum kepada asas kebangsaan. Ini terbukti dengan draf Perlembagaan Rakyat PUTERA/AMCAJA 1947 yang mentakrifkan sesiapa sahaja yang ingin bermastautin di Tanah Melayu pada ketika itu akan dipanggil Melayu.

Projek politik ini cukup radikal. Ianya bertujuan untuk memastikan kelahiran satu negara bangsa. Tanah Melayu yang berbagai-bagai bangsa tetapi satu warga negara bangsa. Projek ini telah digagalkan oleh British. British melihat projek meMelayukan semua bangsa ini amat merbahaya dan bertentangan dengan kepentingan ekonomi kuasa imperial Anglo pada ketika itu. Jika semua ditakrif sebagai Melayu maka strateji – pecah dan perintah – kantoi.

Apa yang berlaku pada 8 March tahun lalu adalah tanda jelas bahawa warga negara kita ini mahu menghidupkan kembali semangat yang terangkum dalam projek Perlembagaan Rakyat 1947. Selama lebih dari 50 tahun projek untuk mendirikan negara bangsa ini telah tergelincir dari landasan.

Lima puluh tahun dalam sejarah tamadun manusia hanyalah sedetik. Dalam pembinaan negara bangsa 50 tahun juga telalu singkat Tetapi dalam kehidupan seorang insan - 50 tahun mungkin lebih dari setengah hayatnya telah berlalu. Justeru kejayaan mengembalikan projek negara bangsa ini wajib dijaga dikawal rapi agar ianya tidak tergelincir sekali lagi.

Konsep yang diajukan oleh PUTERA/AMCJA pada tahun 1947 dahulu kalau diamati nyata asasnya masih kukuh dan boleh digunapakai walau pun Tanah Melayu telah menjadi Malaysia. Kalau dahulu cadangannya adalah untuk melahirkan Bangsa Melayu - hari ini kita berniat untuk melahirkan Bangsa Malaysia.

Jangan silap faham – Bangsa Melayu atau Bangsa Malaysia ini – hanyalah imijinasi yang dikonstruk. Ianya hanyalah konsep. Negara bangsa ini juga konsep yang boleh dikonstruk. Konsep ini wajib disepadukan dengan konsep Ketuanan Rakyat.

Ketuanan Rakyat adalah serampang dua mata. Pertama ianya bertujuan untuk membunuh konsep Ketuanan Melayu yang diwarwarkan oleh United Malays National Organisation. Kedua Ketuanan Rakyat sebagai satu sosial konstruk imijinasi dalam usaha kita bersama untuk melahirkan Bangsa Malaysia.

Sayugia diingati – membina negara bangsa bukan satu yang mudah. Manusia bukan batu bata yang boleh disusun dengan senang. Tetapi bukan satu yang mustahil jika pemimpin badan-badan politik dalam Pakatan Rakyat memiliki pandangan progresif berjangka panjang.

Kesilapan dan musibah durjana api perkauman yang kita hadapi selama 50 tahun ini wajib kita jadikan pedoman. Badan politik – malah badan atau kumpulan apa sahaja – yang berasaskan satu kaum telah dibuktikan sebagai jalan salah untuk melahirkan negara bangsa.

Malaysia sebagai sebuah negara majmuk – pelbagai suku bangsa, kaum , bahasa, agama – wajib menampilkan pemimpin politik dan pembuat pandangan yang memiliki pandangan dunia yang luas yang dapat melintasi batas-batas sempit.

Selama lebih dari 50 tahun yang lepas kita telah berada dalam kereta api yang gerabaknya bukan sahaja berkelas- kelas dan dipisah-pisah malah landasannya pun salah. Menuju entah ke mana.

Sesudah 8 March dahulu semua warga telah masuk kembali ke dalam gerabak kereta api Pakatan Rakyat. Sesiapa yang sedang berada di dalam gerabak kereta api ini tidak banyak memiliki pilihan melainkan belajar untuk kembali mengenali satu sama lain sekali lagi.

Kali ini kita tahu Pakatan Rakyat ini sedang bergerak untuk melahirkan projek negara bangsa yang telah disabotaj oleh British pada tahun 1947 dahulu. Di luar landasan kereta api pasti ada anjing yang akan terus menyalak tetapi kereta api ini akan terus meluncur mara.(TT)



ZIONIS ERTINYA KEZALIMAN



KEZALIMAN DAN PENINDASAN ERTINYA ZIONISMA





ZIONIS ISRAEL

ZIONIS TEMPATAN




KAMU BURUH SOKONG DEMO



MTUC: KENAPA RAKYAT DEMO DI JALAN
- malaysiakini

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan memang menjadi hak orang ramai turun berhimpun di jalan raya apabila memorandum bantahan mereka tidak dilayan oleh kerajaan.

Mengulas reaksi pemimpin kerajaan terhadap perhimpunan besar membantah akta ISA hujung minggu lalu, setiausaha agung MTUC G Rajasekaran berkata kerajaan wajib menjaga ketenteraman awam tetapi tidak boleh menafikan hak orang ramai berhimpun dan berarak.

"Tiada alasan kerajaan menggunakan kekasaran melampau terhadap peserta perhimpunan aman," katanya dalam satu kenyataan hari ini, menjelaskan sebab ramai orang menyertai perhimpunan 1 Ogos lalu.

"Seluruh dunia menyaksikan perarakan pada Sabtu lalu bagi menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sentiasa tertib dan aman sehingga polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air."



RAJ KAKI KAPOOR




RAIS PERSOAL MELAYU TIDAK PERTAHAN INSTITUSI RAJA


IPOH 4 Ogos - Rais Yatim berkata, munculnya pihak yang tidak lagi beranggapan rakyat dan negara tertakluk kepada Raja Berpelembagaan dan tanggapan kononnya Malaysia sebuah negara “sosialistik” merupakan perkembangan yang sangat membimbangkan.

Apa yang menghairankan, katanya, ialah hanya sebilangan kecil orang Melayu muncul mempertahankan institusi Diraja apabila pihak terbabit mencemuh dan memperkecilkan institusi berkenaan.

KAH KAH KAH…


Kah kah kah… RAJA YANG BAIK SEMUA SOKONG…kah kah kah…

Kah kah kah… RAJA YANG JAHAT NAK BUAT APA ?... kah kah kah…

Woit… RAKYAT TAK PERNAH TAK SUKA RAJA… kah kah kah…

Kah kah kah… BUAT LAH KERJA… … kah kah kah..

Kah kah kah….JADI TOK PERAIH IKAN KE…kah kah kah..

Kah kah kah…. NIAGA PASAR MALAM KE ..kah kah kah..

Kah kah kah… BUKA KEDAI GUNTING RAMBUT MACAM RAJA GOPAL…kah kah kah..

Kah kah kah… BAWA TEKSI MACAM RAJA KUMAR…kah kah kah…

Kah kah kah…. BUKA LAMAN WEB MACAM RAJA PETRA…kah kah kah..

Kah kah kah… TAK KAN SIAPA KIAMAT NAK MAKAN FREE..kah kah kah..

p/s : Awek model cun dari Jakarta itu apa cerita?




LEBAI MALANG




NAJIB RAZAK LEBIH MALANG BERBANDING ABDULLAH BADAWI
– harakah daily

TUMPAT, 5 Ogos (Hrkh) - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar berkata mungkin nasib malang menimpa Najib Razak apabila rakyat belum berminat kembali kepada Umno sebagaimana berlaku di awal pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi.

Sedangkan di era permulaan pemerintahan Abdullah Umno dan Barisan Nasional (BN) mendapat lonjatan luar biasa sehingga berjaya merampas semula Terengganu dan hampir menumbangkan PAS di Kelantan pada pilihan raya umum 2004.

Namun situasi itu tidak berlaku sekarang, malah rakyat terus mengekalkan mementum Mac 2008 apabila enam pilihan raya kecil yang diadakan selepas itu memperlihatkan penolakan rakyat terhadap Umno dan BN.

KAH KAH KAH…

Kah kah kah…. NASIB MAT MONGOL MEMANG MALANG… kah kah kah..

Kah kah kah…. TAK MAHU BERTANDING DI PENANTI… TERPERANGKAP DI PERMATANG PASIR…. Kah kah kah…

Kah kah kah… PERGI PEJABAT.. SUAMI DAH AMBIL KERUSI…kah kah kah….

Kah kah kah… MALAM NAK TIDO… KATIL SEMPIT….kah kah kah…

Kah kah kah… APALAH MALANG NYA NASIB MAT MONGOL…kah kah kah…

Kah kah kah… APAKAN DAYA… MIMPI MEMELOK KANCIL... TERPELOK ANAK GAJAH…. kah kah kah…



KASET LAMA DIMAINKAN LAGI



PEMBORONG PENIAGA DIINGAT JANGAN SOROK GULA
- melayau

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Kegiatan menyorok dan menyeludup keluar bekalan gula ke negara jiran antara punca bekalan bahan itu dalam pasaran di seluruh negara semakin sukar diperolehi.

Di dalam negara, ia diburukkan dengan sikap pemborong dan peniaga yang mengambil kesempatan menyorok bekalan bahan itu untuk mengaut keuntungan berlebihan apabila harga gula dinaikkan.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Perlis, Mohd A. Aruwan Abdul Aziz yang mengakui perkara itu berlaku menasihati pemborong dan peniaga supaya tidak melakukannya sehingga menjejaskan keperluan pengguna.

KAH KAH KAH…

Woit… KAPITALIS MESTI NAK UNTUNG MAKSIMA…kah kah kah…

Kah kah kah… INGAT KAPITALIS INI BUAT SEDEKAH JARIAH KE ?..kah kah kah…

Kah kah kah... TIAP KALI BARANG NAIK... CAKAP BENDA YANG SAMA...kah kah kah

Kah kah kah...SATU MALAYSIA DAH MUAK DENGAR PEKARAN YANG SAMA...kah kah kah

Woit… KENAPA KERAJAAN TAK AMBIL ALIH JUAL BELI GULA… kah kah kah…

Woit… KALAU SYARIKAT KERAJAAN… BARU BOLEH KAWAL HARGA…kah kah kah..