JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor,  Abdul Ghani Othman percaya golongan muda di negeri ini masih memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Abdul Ghani berkata, inisiatif kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menjaga kebajikan dan merancang pelbagai program untuk golongan itu, berjaya menarik golongan muda untuk terus bersama kerajaan.