Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 21 Jun 2012

RADIO TEATER BANGSAR UTAMA - BIK MAMA BOMOH PUAKA



RADIO TEATER

budaya radio teater
akan dihidupkan kembali

kalau dulu radio malaya
ada kebun pak awang
ada sandiwara radio
ada cerita-cerita seram
ada dari fail scotland yard
ada cerita dari timur tengah
ada cerita mata mata gelap

kini radio bangsar utama
menghidupkan kembali tradisi ini

akan sampai BIK MAMA BOMOH PUAKA
akan dapat didengar teater ini
tunggu dan tunggu
ikalan dan masa siaran

sementara itu
layari radio bangsar utama
radio bangun melawan

AKAN DATANG TIDAK LAMA LAGI

















MALAM INI DI RADIO BANGSAR




RADIO BANGSAR UTAMA
akan menemubual
second combat
band punk rock
bang straight adge
yang akan bermaian di balok

band politikal
yang anti lyanas
band yang bertenaga
band yang bukan mat lebai
band yang bukan mat jiwang

dengar falsafah straight adge
apakah xxx
apakah falsafah band ini

layari radio bangsar utama malam ini
untuk mengetahui punk rock

PUNK ROCK BUKAN MAT JIWANG







BACA APA KATA MADEY PADA KAY JAY




JAWAPAN TUN KEPADA KAY JAY

Kepada yang berkenaan:
Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Yayasan Tun Perdana telah menerima sepucuk surat dari seorang manusia yang tidak jelas jantan betinanya tetapi telah mengakui dirinya sebagai Kay Jay. Adalah diberitahu bahawa surat tersebut telah difailkan dalam Pejabat Yayasan. Adalah juga diberitahu isi kandungan telah difahami. Maka surat dibawah ini adalah jawapan resmi dari Yang Teramat Mulia Pekuda Tun.

Kay Jay,
Sebelum beta...opsss...kami meneruskan surat ini adalah dinasehatkan supaya kamu menyediakan kertas tisu atau sapu tangan. Kami sedar bahawa ketika kamu membaca surat ini hingus kamu akan meleleh. Kami tidak mahu surat suci kami ini akan dinajiskan dengan hingus cair kamu.

Adalah kami maklumkan bahawa apa sahaja yang kami tulis disini adalah benar. Tidak ada apa-apa yang benar melainkan pembohongan belaka yang kami nyatakan sebagai benar.

Sebelum memanjangkan surat ini adalah beta... opps... kami ingin memberitahu bahawa kami tahu semua tidak tanduk kamu. Kami juga tahu bagaimana kamu telah cuba-cuba mengurat ahli parlimen Lembah Pantai satu ketika dahulu. Kamu ingat beta...opss.. kami tidak tahu semua ini. Riwayat kamu cuba mengurat ahli parlimen ini telah kami ketahui bukan dari orang lain melainkan dari Tun Musa sendiri.

Tun Musa itu dilihat oleh orang ramai sebagai orang yang agak rapat dengan bapak mentua kamu. Tetapi adakah kamu sedar bahawa Tun Musa yang mempertahan bapak mentua kamu dengan hujah ‘ elegant silence’ - sunyi yang megairahkan - itu sebenranya adalah mata-mata kami.


Malah apabila kamu mula mengurat isteri kamu sekarang, Tun Musa telah menyindir kamu. Sila ingatkan kata-kata Tun Musa kepada kamu ‘ Khairy ..you are doing good...not only you work for the boss , you also married to the boss’s daughter...’

Ingat atau tidak akan kata-kata Tun Musa ini? Kamu jangan jadi Melayu yang cepat lupa. Tun Musa telah menyidir kamu. Pada ketika itu kamu hanya bekerja sebagai pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri yang akhirnya menjadi bapak mentua kamu.

Ketika Tun Musa menyindir , kamu yang bermuka tebal buat-buat tidak mendengar sindiran itu. Kamu memang bernasib baik. Muka tebal kamu ini telah dibantu pula oleh kulit kamu yang hitam.

Tahukah kamu kenapa Tun Musa membuat semua laporan kepada kami? Disini ingin beta... opps... ingin kami terangkan bahwa kami ada menyimpan semua gambar dan rekod Tun Musa yang suka bertogel dan suka berompi pompi. Malah rekod bapak mentua kamu juga masih ada ditangan kami. Jadi disini kami beri amaran kepada kamu agar jangan kamu cuba mengada-ngada.



Tahukah oleh kamu kenapa beta...opps... kami melantik Abdulah Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia? Jangan sesekali kamu silap faham. Jangan kamu anggap bahawa bapak mentua kamu itu memiliki kualiti Perdana Menteri. Tidakkah kamu sedar bahawa Abdullah Badawi ini hanya berkeupayan untuk menjadi Ketua Penanggah jika ada kenduri kahwin di kawasan Felda. Tidak lebih dari itu.

Adakah kamu tahu bahawa beta...ooops... kami melantik bapak mentua kamu itu bukan kerana dia bijak tetapi kerana dia tidak memiliki keupayaan untuk berfikir. Inilah kualiti yang beta...ooops.... yang kami perlukan sebagai pengganti beta...oopps... sebagai pengganti kami.

Apakah kamu tidak sedar bahawa beta..ooops...kami melantik Abdullah Badawi itu sebagai ‘tilam dunlop’ agar orang ramai dapat terkencing diatasnya. Apakah kamu lupa kesah riwayat sesudah Abdullah Badawi menanda tangani surat Kementerian Dalam Negeri untuk menangkap pemimpin Gerakan Reformasi pada bulan April 2001 dahulu. Apakah kamu lupa apabila bapak mentua kamu ditanya tentang penangkapan ini dia berkata “Saya tidak tahu menahu...”

Inilah sebenarnya kualiti yang menjadikan Abdullah Badawi kami pilih untuk mengganti beta... ooops ... untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Beta...ooops... kami telah merancang untuk menjadikan Abdullah Badawi ini sebagai ‘tukang ikut’ apa sahaja arahan beta...ooops... arahan kami. Tetapi kamu dengan licik telah merancang untuk menjadi menantunya walau pun anak Abdullah Badawi ini bukan ‘taste’ kamu. Dari laporan mata-mata, kami tahu ‘taste’ kamu ialah gadis-gadis cun, kurus langsing lagi bergetah saperti Altantuya, Ziana Zain atau Maya Karin. Tetapi kamu sanggup menyeksa batin kamu untuk tujuan politik kamu.


Beta menjadi murka... oppps... kami menjadi marah kerana kamu telah mengagalkan semua perancangan kami. Kamu dengan licik telah mengumpulkan kawan-kawan kamu untuk bekerja di tingkat empat Pejabat Perdana Menteri. Secara angkuh kamu kelihatan memiliki kuasa yang lebih dari kuasa bapa mentua kamu.

Jangan ingat kami tidak melihat betapa ganasnya kamu berkempen di pilihan raya kecil Ijok. Ketika itu kamu hanya Naib Ketua Keadilan oopss... Naib Ketua Pemuda United Malays National Organisation. Dalam kempen di Ijok kamu dilihat rancak dan ganas. Kamu berkelakuan sademikian kerana kamu telah mendapat ‘kuasa surat nikah’. Dengan lesen nikah ini kamu dilihat bagitu berani menibai ke hulu ke hilir.

Kami juga tahu bagaimana ketika di pilihan raya kecil Pengkalan Pasir kamu telah menggunakan khidmat tiga orang polis trafik bermotosikal untuk mendahului perjalanan kereta kamu. Amat jelas kepada beta...ooops... amat jelas kepada kami bahawa kamu telah berlagak sebagai seorang menteri.

Kay Jay,

Peranan kamu sebagai ‘ level floor boys’ tidak dapat beta...ooops... tidak dapat kami maafkan. Biar kami terangkan jenayah yang telah kamu lakukan.

Pada mulanya kamu telah memberi arahan kepada akhbar dan tv agar tidak melaporkan apa yang beta...oppps...apa yang kami suarakan. Kamu telah membuang barua-barua.... ooopps... wartawan-wartawan kami di NST. Kamu telah menggantikan dengan seorang jantan yang bernama Kalimulah.

Jantan Kalimulah Bangla yang asal usulnya amat-amat disyaki. Kami difahamkan bahawa Kalimulah ini juga bekerja sebagai ejan Ah Seng. Mata-mata kami telah memberi laporan bahawa Kalimulah ini hanya akan mendengar arahan dari kamu dan dari ajen Ah Seng.

Kamu telah menjadi rakan niaga kepada ajen Ah Seng ini sehinggakan kamu menjadi kaya raya dalam sakelip mata. Kontrek-kontrek yang dahulunya diberikan kepada kroni beta...oppps ...diberikan kepada kontrektor Bumiputera kini telah kamu rembat.

Kamu jangan buat deek macam bapak mentua kamu. Kamu jangan buat-buat lupa bagaimana abang ipar kamu telah merembat semua kontrek-kontrek yang dahulunya akan diberikan kepada ahli-ahli perniagaan Bumiputera yang berkebolehan lagi berjaya saperti Mokzani Mahathir... saperti Mirzan Mahathir.. saperti Marina Mahathir.


Kamu dengan abang ipar kamu bersama seorang lelaki berketurunan Chingling yang bernama Patrick telah bersubahat untuk merembat harta kekayaan negeri Terangganu. Kamu jangan buat-buat ‘konfuse’ apabila beta...oopss.. apabila kami menggunakan perkataan Chingling. Chingling ialah keturunan China Keling.

Ketika bapa mentua kamu sedang tidur kamu bertiga telah merancang satu projek tipu yang kamu panggil Monsoon Cup di Terangganu. Pada ketika ini negeri Terangganu dibawah pimpinan Idris bin Jusuh. Kamu, abang ipar kamu, Mat Chingling dan Idris Jusuh telah membuat projek-projek bangang sebagai cara merembat duit minyak Petronas yang bernilai berbilion-bilion ringgit.

Bukan beta tidak tahu...ooopsss... bukan kami tidak tahu Projek Monsoon Cup ini bertujuan untuk menandingi Projek F1 di Sepang. Kamu anak beranak telah merosakan kawasan Seberang Takir dan Pulau Duyong. Pekan China di sebelah Pasar Kepayang yang beratus-ratus tahun umurnya itu juga telah kamu musnahkan. Kamu ingin menandingi Projek F1 dimana harga tanah di Sepang telah naik berganda-ganda.

Kamu menuduh beta...ooopps....kamu menuduh kami merosakkan Kuala Lumpur dengan menghodohkan bandar ini dengan projek LRT dan Monorail tetapi apa yang kamu lakukan itu seribu kali lebih hina. Kuala Lumpur yang di hodohkan adalah bandar milik China. Makala kamu menghodohkan kawasan-kawasan sejarah yang seratus peratusnya milik orang Melayu.

Untuk mengolah persetujuan orang ramai kamu, abang ipar kamu dan Mat Chingling telah mendirikan apa yang dipanggil Taman Tamadun Islam. Projek ini sebenarnya hanya projek untuk merembat duit Wang Ehsan. Projek bangang kamu ini telah menjadikan kamu, abang ipar kamu, Mat Chingling ini kaya raya. Tidak cukup dengan ini kamu telah merekrut Jackie Chan dan Michelle Yeoh untuk meng ‘ glamour’ kan projek haprak kamu itu.



Kay Jay,
Beta rasa...ooops... kami rasa hingus kamu semakin cair. Justeru kamu jangan merasa bangga kerana dapat mengalahkan putera beta...oopss.... anak kami untuk menjadi Ketua Pemuda. Mata-mata kami memberi laporan bahawa kamu dengan bantuan Mat Chingling telah membelanjakan berjuta rinngit untuk membeli undi.

Mukhriz anak kesayangan kami telah menangis meraung mengadu kepada beta... ooops... mengadu kepada kami tentang kelakuan kamu membeli undi untuk menang. Jangan sesekali kamu lupakan jenayah kamu ini.

Akhir-akhir ini telah sampai ke pengetahuan beta bahawa kamu telah mencadangkan penubuhan satu Tribunal Jenayah Mahathir Muhamad Terhadap Rakyat Malaysia. Beta dengan ini memberi amaran bahawa jika beta dihadapkan ke tribunal ini, beta berjanji ayah mentua kamu juga akan beta libatkan sama.

Beta memberi ingatan walau pun kereta beta tidak memakai angka WWW 1 , ini tidak membuktikan bahawa beta tidak berkuasa dan tidak berdaulat. Kamu jangan sekali-kali mengungkit-ungkit nama-nama tongkang yang membawa datuanda beta ke Pulau Pinang.

Kamu janganlah berangan-angan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kamu jangan bermimpi-mimpi. Apakah kamu juga sedang tidur saperti bapak mentua kamu. Tidakkah kamu lihat bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih negara ini. Jika tribunal yang kamu cadangkan ini berjaya diwujudkan maka inilah tanda-tanda bahawa tongkang yang bernama United Malays National Organisation itu akan tenggelam.

Sekian dari beta...ooops... dari Yang Teramat Mulia Pakuda Tun.

p/s:
Jangan kamu berangan-angan
untuk mengambil kerusi selamat di Kepala Batas.(TT)






NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45



KENAPA MADEY TAKUT BACA BERITA INI



SELAMAT TINGGAL JANDA KU









KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... INI BERITA DITUJUKAN KEPADA MADEY.... kah kah kah..

kah kah kah... ATAU IANYA DI TUJUKAN KEPADA BINI ROSMAH... kah kah kah..

kah kah kah...ATAU KEPADA BIK MAMA.... kah kah kah


BEKAS PM ROMANIA CUBA BUNUH DIRI


BUCHAREST: Bekas Perdana Menteri Romania, Adrian Nastase cuba membunuh diri hari ini, sejam selepas Mahkamah Tinggi menolak rayuan terhadap hukuman penjara dua tahun ke atasnya kerana kesalahan rasuah.

Sumber perubatan berkata, Nastase menembak dirinya di bahagian tekak tetapi peguamnya melaporkan bahawa beliau masih hidup dan berada dalam keadaan sedar.
“Dia OK. Dia sedar dan sudah membuka matanya,” kata peguam Ion Cazacu.
“Saya mendapati beliau tertekan dengan hukuman yang dijatuhkan terhadapnya,” katanya.

Agensi berita Mediafax melaporkan, doktor sedang melakukan pembedahan ke atas Natase bagi mengeluarkan peluru yang tersekat di tekaknya.

Sementara itu, Perdana Menteri Romania, Victor Ponta berharap Nastase segera pulih. - AFP

MALAM ESOK DI BALOK



YA AMPOOON YAAAAA AMPOOOON

PENCERAHAN DARI ILMUAN



PENCERAHAN DARI PEMBACA
anak johor moden. Rakyat moden sekarang tidak takut lagi untuk kritik raja-raja.Rakyat susah tanggung sendiri tetapi raja susah cari rakyat.Ingat tahun 1946 ketika Malayan Union,rakyat yang pertahankan raja-raja tetapi raja yang takut hilang jawatan sanggup terima Malayan Union.Raja hanya berubah setelah didesak oleh rakyat.

Jelas Nizar mendapat sokongan rakyat tetapi raja terus dikritik , ingat Azlan Shah kata bahawa jika raja tidak mahu berubah kita akan dapat tengok raja di muzium.Hanya UMNO yang peralatkan raja.
By Anonymous on YAM AMPOOON on 6/18/12

SEMBAHYANG SENDIRILAH
ah sultan johor ni memang dubrak. ada ke buat arahan WAJIB pada semua imam2 solat kat masjid mesti doakan anak beranak dia (yang ntah semayang nyah tidak) xkira solat 5 waktu dan solat jumaat. aku sekang pg masjid dah xbdoa skali dah dengan imam pasal si pukimak tu
By Anonymous on YAM AMPOOON on 6/18/12

ANAK DAN AYAH SAMA
sedih betul aku tengok kerabat johor ni..mcm pepatah mat salleh pernah kata 'LIKE FATHER LIKE SON'.. HAHAHAHAHAHAHA....bila lah keturunan mereka ni nak jadi baik ek??? pukul orang,rogol bini orang,bunuh,ugut,curi tanah wakaf anak yatim,kaki pempuan,kaki mabuk, mcm-mcm lagilah rasanya tak payah di sebuk majoriti rakyat malaysia tahu dah masalah kerabat johor nie...taubat lah kamu hanya raja didunia jer kena ingat tu...mati sama-sama ketanah jugak..jangan disebabkan korang golongan raja boleh buat sesuka hati..

ni lagi satu bukti yang menunjukan bagaimana sultan@setan ni boleh memutar belitkan undang2 kerabat sama kerabat pon tak seltle lagi ni lagikan lawyer kamal dengan sultan..harap kamal kali ni akan bongkarkan semua keZALIMAN sultan@setan ni biar satu malaysia tahu kebenaran sebenarnya...lepas ni lagu johor dah kene tukar tak payah "ALLAH SELAMATKAN SULTAN" tukar "TOLONG PENJARAKAN SULTAN"...
By Setan on YAM AMPOOON on 6/18/12

APA JADI DENGAN KES INI?



KESIAN ORANG JOHOR
Saya sebagai rakyat Johor amat sedih dengan rakyat Johor yang lain yang kaki ampu dan kaki bodek yang sanggup mengampu dan membodek Rajah Gopal dengan kata-kata manis walaupun ia amat jelas bahawa Rajah Gopal itu adalah seorang yang berketurunan pembunuh, penyamun, lanun, pembuli, kaki pukul, samseng dan pembazir wang rakyat.

Sebagai umat Islam saya amat sedih dengan umat Islam di Malaysia yang sanggup mempertuhankan Rajah Gopal dan menyembah Rajah Gopal sebagai Yang Maha Mulia. Sebab itu "Yang Maha Mulia" ini pantang ditegur dan dikritik. Kalau dikritik mahu bunuh, mahu pukul dan mahu tangkap. BANGUNLAH ORANG MELAYU! INI ABAD KE 21 TAHUN 2012. CERITA HANG TUAH YANG BODOH DAN BENGONG HANYA SESUAI UNTUK PANGGUNG WAYANG SAHAJA.
By RAJAH LANUN RIAU on YA APOOOOOOON - INI NASIHAT YANG BETUL on 6/18/12

republik ada sultan ker??? PERGI HOWOOOWLAAA DENGAN KESULTANAN MELAYU!
By Pro_Pembaharuan on ANTARA DUA DERAJAT on 6/4/12



PROGRAM KITA BERDEMO DI BALOK




SIAPA JANTAN BENGALI YANG DI SAPINA KE PARIS?




SIAPA BANG ALI INI?






SKANDAL SCORPENE : APA JAWAPAN ZAHID 26 JUN INI?
- keadilan daily

Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, beliau akan menjawab mengenai penjualan dokumen rahsia tentera laut Malaysia kepada syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS dalam urusniaga pembelian Scorpene.

“Pada 26 Jun, saya akan menjawab mengenai perkara itu (di sana),” katanya sambil menunjuk ke ruang Dewan Rakyat.

Beliau menjawab demikian ketika ditanya berkaitan skandal Scorpene pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ditanya mengenai sepina yang dijangka akan dikeluarkan oleh Mahkamah Perancis kepada dirinya dan lain-lain pegawai kerajaan Malaysia dan menteri-menteri, beliau mengulangi bahawa beliau akan menjawab pada tarikh yang sama.

Terus diajukan soalan, Zahid hanya memberitahu: “tunggu sehingga 26 (Jun)”.

JENG KENG JENG
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG


woit..INI SUSPEN GILA BABI.... kah kah kah..

kah kah kah... APA KAH YANG KAN TERBURAI?.... kah kah kah...

kah kah kah...APAKAH NAJIB AKAN DI HANTAR KE PARIS?.... kah kah klah

woit... YANG TERBAIK DAN MEMERANJAT KAN IALAH.... kah kah kah..

kah kah kah...IALAH NAJIB LETAK JAWATAN DAN MUHYIDDIN JADI GANTI....jkah klah kah..

kah kah kah...KALAU INI BERLAKU MAKA GEROMBOLAN AKAN MENANG BESAR...kah kah kah

NOTA:
seorang jantan bengali telah disapina
ini orang pertama oleh mahkamah peranchis


lalu timbul persoalan?

siapa jantan bengali itu?
apa hubungan jantan bengali dengan isteri baginda?
apakah hanya bengali roti?
atau bengali supply roti?
kah kah kah


AHAD INI DI BALOK


MALAM INI JAM 9 DARI RADIO BANGSAR UTAMA





MALAM INI DI RADIO BANGSAR




RADIO BANGSAR UTAMA
akan menemubual
second combat
band punk rock
bang straight adge
yang akan bermaian di balok

band politikal
yang anti lyanas
band yang bertenaga
band yang bukan mat lebai
band yang bukan mat jiwang

dengar falsafah straight adge
apakah xxx
apakah falsafah band ini

layari radio bangsar utama malam ini
untuk mengetahui punk rock

PUNK ROCK BUKAN MAT JIWANG

















AKAN BERMAIN DI BALOK




MARI BUAT LAGU UNTUK TURUN BERDEMO


PENGUMUMAN

adalah dijemput
anak anak muda
untuk membuat
lagu lagu turun ke jalan raya

lagu lagu ini adalah
persediaan kita
apabila kita ingin
turun ke jalan raya

untuk pertama kalinya
pertandingan lagu jalanan
tujuan untuk melahiran
bakar baru yang menrayakan
budaya berdemo dijalan raya


BUAT LAGU UNTUK BERDEMO













PERTANDINGAN LAGU UNTUK BERDEMO
Roketkini bersama radio rasmi Radio Bangsar Utama kini sedang menganjurkan sebuah pertandingan lagu jalanan yang telah bermula 1 Jun yang lalu dan akan tutup pada 24 Jun ini

Sejumlah RM12,000 sedang menunggu para finalis yang terpilih.

Lagu-lagu yang ditonjolkan harus bertemakan yang berikut :

Perpaduan
Demokrasi
Hak Asasi
Anti-Rasuah dan/atau
Kerajaan Adil


Sekiranya ingin mendapat maklumat lanjut, bolehlah melayari:
www.pestalagujalanan.com.my

atau laman Facebook di:
www.facebook.com/pestalagujalanan

atau emailkan pertanyaan kepada pestalagujalanan@gmail.com


radio bangsar adalah radio resmi pertandinagn ini:





DEMO DI GEBENG AHAD INI - MARI KITA BUAT RAMAI




HANYA DEMO BOLEH MENGUBAH




KOMENTAR TUKAR TIUB

untuk memahami politik di malaysia cukup senang
apa yang united malays national organisation tak suka
itu kerja politk yang betul
apa gerombolan larang
kerja politik itu wajib dibuat

kalau gerombolan suka

maka kerja politik itu salah

gerombolan tak marah hantar memo
gerombolan tak marah buat debat
gerombolan tak marah buat laporan polis
gerombolan tak marah pergi mengundi

kenapa tak marah?

gerombolan tak melarang kerana:
hantar memo kerja bangang tak hasilkan apa apa
buat laporan polis kerja bangang tak hasilkan apa apa
buat debat kerja yang tak hasilkan apa apa
buang undi tak menghasilkabn apa apa


bila berdemo dilarang:
ertinya berdemo kerja politik yang tepat
ertinya berdemo kerja politik yang betul
ertinya berdemo akan menghasilkan kemenangan abadi

berdemolah untuk masa deoan kita semua!

BERDEMO UNTUK MASA DEPAN KITA



DEMONSTRASI JALANAN TIDAK BANTU KUKUHKAN DEMOKRASI, KATA SAIFUDDIN - minsider

Demonstrasi jalanan tidak membantu mengukuhkan demokrasi, kata Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata di sebalik ruang bersuara untuk rakyat yang wujud di bawah Perlembagaan, demonstrasi jalanan perlu ditolak kerana ia mengundang banyak risiko kepada pelbagai pihak.

Menurutnya, perhimpunan dan demokrasi ada banyak bentuknya dan demonstrasi jalanan ialah satu daripadanya.

“(Tetapi) dalam demokrasi juga ada hak komuniti untuk menikmati ketenteraman awam, keselamatan dan harta benda,” katanya dalam sesi debat dengan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub bertajuk “Demonstrasi Jalanan: Mengukuh atau Meruntuh Demokrasi” anjuran sebuah akhbar di sini malam ini.

Saifuddin berkata apa yang diperlukan rakyat ialah demokrasi lebih matang dan progresif yang boleh menjurus kepada negara yang lebih maju dan aman.

SATU JEMPUTAN


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... RAKYAT BERDEMO KERANA BENCIKAN UNITED MALAYSA NATIONAL ORGANISATION...kah kah kah..

kah kah kah..RAKYAT BERDEMO KERANA BENCIKAN MADEY.... kah kah kah..

kah kah akh..RAKYAT BERDEMO KERANA PILIHAN RAYA MENIPU...kah kah kah..

kah kah kah... RAKYAT BERDEMO KERANA MARAH.... kah kah kah..

kah kah kah...RAKYAT BERDEMO KERANA NAK TUMBANGKAN GEROMBOLAN... kah kah kah..

kah kah kah....RAKYAT BERDEMO KERANA DEMO DILARANG.... kah kah kah

NOTA:
kalau pilihanraya boleh mengubah apa apa
pilihanraya juga akan dilarang



layari sekarang untuk program demo: