LEMAH TAK MELAWAN KENA CANDU
KOMENTAR TUKAR TIUB
dibawah ini adalah contoh terbaik
bagaimana agama telah digunakan
sebagai candu untuk umat manusia
ini bukan satu pekara yang baru
dari zaman berzaman agama telah dijadikan
hujah untuk menindas
dari zaman berzaman agama telah digunakan
untuk untuk kaum feudal merampas tanah
dari zaman berzamam agama telah digunakan
untuk memperkukuh kuasa
dari zaman berzaman agama telah dijual
untuk mempertahan kan kerajaan yang zalim
agama dijual sebagai candu
kerana kesucian penganutnya
agama dijual sebagaui candu
kerana kejujuran penganutnya
dalam konteks melayu dan islam
dengan mengunakan agama maka
geromboolan united malays national organisation
mahu dilihat suci dan betul
gerombolan yang zalim mahu
dilihat baik dan berhemah
gerombolan yang menindas
mahu dilihat adil dan saksama
lalu dicari ayat ayat dalam bahasa arab
lalu diputar alam ayat ayat dalam bahasa arab
ini cara hendak menipu orang melayu
dari zaman berzaman ini lah kerja
tukang jual agama
tukang jual agama akan mencari ayat ayat
dalam bahasa arab yang tidak diketahui
oleh orang melayu
dengan ayat ayat bahasa arab ini maka
manusia melayu akan ditipu
teknik ini telah digunakan oleh british
teknik ini telah digunakan sebelum 1957
teknik jual agama ini sedang digunkan sekarang
NOTA:kepada penjual agama
sedarlah dan cubalah
berterima kaseh kepada
ronald reagan
sedarlah bahawa zaman
orang melopong menyedut asap candu
telah berakhir
sekarang telah ada internet
sudah ada blog
sudah ada laman
sudah ada tv
malah anak muda pun
sudah ada radio bangsar utama
tak caya sila layari
NOTA:kepada para penjual agama
carilah kerja lain
janganlah hidup hina menipu
jual goreng pisnag tepi jalan pun di hormati
bawa teksi boleh
potong rumput boleh
jual buah boleh
jula ikan boleh
hentikan lah kerja jual candu agama ini
susah susah buka kedai bundle
kah kah kah
RADIO MENENTANG TOKAN CANDU
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/ Kenyataan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
MENYERTAI PERARAKAN MENENTANG PEMERINTAH ADALAH
DOSA BESAR YANG BOLEH MENJEJASKAN IMAN
Rasulullah S.A.W. telah mengingatkan dalam hadis-hadis sahih bahawa di antara
pelbagai aliran kefahaman agama, hanya pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang
akan selamat di akhirat kelak. Pegangan Ahli Sunnah meliputi pelbagai aspek
agama bermula daripada hukum akidah hinggalah kepada hubungan antara
pemerintah dan rakyat.
Memandangkan golongan pemerintah atau “ ulilamri “ begitu
penting bagi menjaga kesucian agama dan keutuhan masyarakat Islam, nas-nas
syarak meletakkan ketaatan kepada mereka selepas Allah dan Rasulnya seperti
yang terdapat dalam surah Annisa’ ayat 59. Oleh kerana hubungan antara
pemerintah dan rakyat begitu penting, para ulama membahaskannya dalam kitabkitab akidah.
2. Berasaskan dalil-dalil yang jelas daripada Quran dan Sunnah, para ulama Ahli
Sunnah telah ijmak mengatakan bahawa taat kepada pemerintah adalah fardhu ke
atas setiap muslim. Al-Mawardi ketika mengulas ayat 59 Surah Annisa’ mengatakan:
َﻓ َﻔ َ ﺮﺽ َﻋَﻠ َﻴﻨﺎ َﻃ َ ﺎﻋ َﺔ َﺃ ِ ﻭﱃ ْ ﺍﻷ ِ ﻣﺮ ِﻓ َﻴﻨﺎ
“Maka Allah (melalui ayat ini) memfardhukan ke atas kita ta’at kepada para
pemerintah daripada kalangan kita “
Ibnu Hajar dalam “Fathul Baari” menyatakan :
َﻭَﻗ ۪ﺪ َﺃ َ ﺟﻤ َﻊ ُ ﺍﻟﻔَﻘ َﻬﺎﺀ َﻋ َ ﻠﻰ َﻭ ِ ﺟﻮﺏ َﻃ َ ﺎﻋ َﺔ ُّ ﺍﻟﺴﹾﻠ َﻄ ِ ﺎﻥ ُ ﺍﳌَﺘ َﻐّﻠ ِﺐ َﻭ ﹾﺍﻟ ِﺠ َﻬ ِ ﺎﺩ َﻣَﻌُﻪ
“Para ulama telah ijmak menyatakan wajib taat kepada pemerintah yang berkuasa
dan berjihad bersamanya”

3. Sehubungan dengan itu, menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa
besar yang diletakkan sebaris dengan dosa syirik, membunuh, makan harta anak
yatim, makan riba, menderhaka kepada dua ibu bapa, seperti yang disebutkan oleh
Ibnu Hajar dalam kitabnya Azzuwajir berasaskan hadis-hadis sahih riwayat Bukhari,
Muslim Ibnu Abi Hatim dan lainnya.
Imam Nawawi dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim menyatakan :
َﻭَﺃ َّﻣﺎ ُ ﺍﳋ ُﺮ ُ ﻭﺝ َﻋَﻠ ِ ﻴﻬﻢ َﻭِﻗَﻨ ِﺎﻟ ِﻬﻢ َﻓ َﺤﺮﺍﻡٌ ِﺑ ِ ﺎﺀ َ ﺟﻤ ِ ﺎﻉ ﹾﺍﻟ ُﻤ ِﺴﻠ ِ ﻴﻤﻦ۔
“ Adapun menderhaka kepada pemerintah dan memerangi mereka, maka hukumnya
haram dengan ijmak ulama “
4. Termasuk dalam perbuatan derhaka ialah membantah tanpa mengikut saluran
yang sah apa-apa keputusan pemerintah yang dibuat secara sah berasaskan kuasa
yang diberikan kepada mereka dalam menjalankan urusan pentadbiran negara.
Benih pertama kumpulan yang di gelar Khawarij ini ialah seorang yang di panggil
Zulkhuwaisirah yang membantah cara Rasulullah S.A.W. membahagikan harta dan
menyifatkannya sebagai “tidak adil”. Lalu Nabi S.A.W. bersabda dalam sebuah hadis
riwayat Bukhari yang bermaksud, “orang ini dan pengikut-pengikutnya, mereka
membaca Quran, tetapi sekadar melafazkannya sahaja, golongan ini boleh keluar
dari agama seperti anak panah yang menembusi sasarannya (tanpa disedari)“.
Dalam sebuah hadis riwayat Attabarani, Rasulullah S.A.W. bersabda
ﺍﻟﻨﺎﺭ ﻛﻼﺏ ﺍﳋﻮﺍﺭﺝ “ penderhaka-penderhaka adalah anjing-anjing neraka “.
CANDU DARI GETAH BUNGA POPI
5. Adalah diperhatikan bahawa puak penderhaka yang dimaksudkan dalam
hadis-hadis di atas, dan yang muncul kemudiannya di zaman Saidina Ali R.A. adalah
terdiri daripada kalangan mereka yang membaca Quran, serta memakai jubah dan
serban. Ini bermakna bahawa membaca Quran, memakai jubah dan serban tidaklah 3
menjadikan seseorang itu kebal daripada terkena laknat yang disebut dalam hadishadis di atas, jika akidah dan tindak-tanduknya terkeluar dari landasan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
Kenyataan inilah yang mendorong Imam Muhammad Bin Al-Husain Al-Ajurry
As-Syafi’i memberi peringatan dalam bukunya “Kitab Al-Syri’ah”, “Para ulama dahulu
dan kini sependapat menyatakan bahawa Khawarij adalah golongan yang jahat,
penderhaka kepada Allah dan Rasulnya, sekalipun mereka sembahyang dan
berpuasa, serta bersungguh-sungguh dalam beribadat, yang demikian itu tidak akan
memberi manafaat kepada mereka”.
6. Apa yang dinyatakan oleh Imam Muhammad Bin Al-Husain di atas
bersandarkan kepada hadis-hadis sahih yang banyak menjelaskan akibat buruk
daripada tindakan penderhakaan, seperti menyebabkan seseorang mati dalam
keadaan jahiliah, ditimpakan kehinaan oleh Allah S.W.T dan terputus jalan ke
Syurga.
Imam Annasaie meriwayatkan sabda Nabi S.A.W.
َﻣﻦ َﺧ َﺮ َﺝ ِﻣ َﻦ َّ ﺍﻟﻄ ِ ﺎﻋ ِﺔ َﻭَﻓﹾﺎ َﺭ َﻕ َ ﺍﳉ َﻤَﺎ َﻋ ِﺔ َﻣﹾﺎ َﺕ ِﻣ َﻴﺘﺔۣ َﺟﹾﺎ ِﻫِﻠَّﻴ ٍﺔ۔
“Sesiapa yang keluar dari sempadan taat dan memisahkan diri daripada kumpulan
pemerintah, mati ia seperti mati jahiliah”
Imam Muslim meriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W. sabdanya :
َﻭ َﻣﻦ َﻣﹾﺎ َﺕ َﻭَﻟﻴ َﺲ ِﻓﻲ ُﻋ ِ ﻨﻘِﻪ َﺑ َ ﻴﻌﺔٌ َﻣﹾﺎ َﺕ ِﻣﻴﺘﺔۣ َﺟ ِ ﺎﻫِﻠَّﻴ ٍﺔ۔
“Dan sesiapa yang mati tanpa ada kesetiaan kepada pemerintah, ia mati seperti
matinya orang-orang jahiliah”
Imam Al-Bazzar meriwayatkan sabda Rasulullah S.A.W.
َﻣﹾﺎ ِﻣﻦ َﻗ ِ ﻮﻡ َﻣ َﺸﻮﺍ ِﺇَﻟﻰ ُﺳﹾﻠ َﻄ ِ ﺎﻥ ّٰ ﺍﻟﻠ ِﻪ ِﻟُﻴ ِﺬُّﻟ ُ ﻮﻩ ِﺇ َﻻ َﺃ َﺫَّﻟ ُﻬ ُﻢ ّٰ ﺍﻟﻠﻪ َﻗﺒﻞ َﻳ ِ ﻮﻡ ِ ﺍﻟﻘَﻴ َ ﺎﻣٍﺔ
“Mana-mana kumpulan manusia mengerakkan perarakan terhadap pemerintah untuk
menghinanya, maka Allah akan menimpakan kehinaan ke atasnya sebelum hari
akhirat”
Antara pesanan terakhir Rasulullah ketika Hijjatul Wada’, seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Tirmizi dan lain-lain, ialah hadis yang bermaksud :
“Aku berpesan dengan sesungguhnya hendaklah kamu beribadat kepada Tuhanmu,
berpuasa pada bulan ramadan, mengeluarkan zakat harta dengan suci hatimu dan
taat kepada pemerintah-pemerintahmu, pasti kamu akan masuk syurga Tuhanmu”
Hadis ini menjadikan taat kepada pemerintah sebagai salah satu jalan ke syurga.
Ini bermakna jalan ke syurga terputus tanpa taat kepada pemerintah, walaupun terdapat amalan-amalan fardu yang lain seperti solat dan sebagainya.

7. Memandangkan kemusnahan yang sangat besar terhadap agama dan umat di
sebabkan oleh kegiatan penderhakaan atau “bid’atul khuruj” ini, maka tidak hairanlah golongan penderhaka digelar oleh Rasulullah sebagai “Kilabunnar” (anjing-anjing neraka).
Daripada pengalaman sejarah dan realiti masa kini seperti yang dialami
oleh beberapa negara Islam yang terjerumus dalam kancah perang saudara,
kegiatan yang bermula dengan tunjuk perasaan terhadap pemerintah, akhirnya
mencetuskan keganasan yang membawa kepada pertumpahan darah, kehilangan
nyawa, kemusnahan harta benda serta kewujudan suasana anarki dan kekacauan
dalam negara.
Berasaskan hakikat inilah, Imam Al-Ajurry ketika memperkatakan
mengenai golongan ini menyatakan :
َ ﻭﺍﳋ َﻮ ِ ﺍﺭ ُﺝ ُﻫ ُﻢ َُّ ﺍﻟﺸ َﺮ ُ ﺍﺓ َ ﺍﻷَﻧ ِﺠﺎ ﺱ َ ﺍﻷﺭ ِﺟ َ ﺎﺱ، َﻭ َﻣﻦ َﻛ َ ﺎﻥ َﻋَﻠﻰ َﻣ ﹾﺬ َﻫِﺒ ِﻬﻢ َﻣﻦ َﺳ ِﺎﺋ ِﺮ َ ﺍﳋ َﻮ ِ ﺍﺭ ِﺝ،
َﻳَﺘ َﻮ َ ﺍﺭُﺛ َ ﻮﻥ َﻫ َﺬﺍ َ ﺍﳌ ﹾﺬ َﻫ َﺐ َﻗ َﺪﻳ ًﻤﺎ َﻭ َﺣ ِﺪ ًﻳﺜﺎ۔
“Golongan penderhaka adalah orang-orang yang jahat, najis lagi keji. Begitu juga
sesiapa yang sealiran dengan mereka daripada seluruh puak penderhaka yang
mewarisi pemikiran ini dahulu dan kini”

8. Maka bertolak daripada kewajipan menasihati dan mengingatkan sesama
muslimin, saya menyeru agar setiap umat Islam tidak melibatkan diri dengan apa
juga bentuk sekalipun dalam sebarang tunjuk perasaan anti Kerajaan. Kerana
perbuatan demikian adalah merupakan sebahagian daripada tindakan durhaka dan
membatalkan kesetiaan dan ketaatan kepada pemerintah yang telah ijmak ulama
mengharamkannya.
Kesannya seperti yang dinyatakan nas-nas di atas boleh
menjejas iman, memutuskan jalan ke syurga dan menyebabkan seseorang mati
dalam keadaan jahiliah. Sayugia diperingatkan juga bahawa mereka yang terlibat
dalam penganjurannya, bukan sahaja akan menanggung dosa perbuatan itu, tetapi
juga dosa setiap orang yang mengikutnya, tanpa mengurangkan dosa para pengikut
tersebut. Ini diterangkan dalam sebuah hadis riwayat Muslim yang bermaksud, “ ...
Dan sesiapa yang menganjurkan perbuatan jahat dalam Islam, maka ia akan
menanggung dosa perbuatan tersebut dan dosa setiap orang yang mengikuti
perbuatan tersebut selepasnya, tanpa mengurangkan sedikitpun dosa para pengikut
tersebut”.
Mereka juga akan dipertanggungjawabkan di sisi Allah terhadap setiap
kesan yang terbit daripada perbuatan tersebut, seperti pertumpahan darah,
kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda, serta kesengsaraan dan kesusahan
yang ditanggung oleh orang ramai.
Datuk Hj Wan Zahidi bin Wan Teh
Mufti Wilayah Persekutuan
Selasa : 3 Syaaban 1432
5 Julai 2011
radio menentang tokan candu: