Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 22 Ogos 2008

PANDUAN UNTUK PELANCONG POLITIK

Hujung minggu telah sampai. Pelancong politik dari seluruh negara akan sampai untuk melihat dan menjadi Pak Sibuk dalam Pertandingan Agung Politik Permulaan Kurun.

Ini ialah pertandingan projek 3P - Permatang Pauh - Parlimen - Putrajaya.

Kepada Pelancong Politik sila ambil perhatian:

Semua bilik hotel dan rumah tumpangan di sekitar Bukit Mertajam/Permatang Pauh tidak ada yang kosong. Masjid dan surau juga penuh. Ada pilihan hotel di Butterworth tetapi perlu ada tempahan bilik seawal mungkin. Hotel di Sungai Petani mungkin penuh.

Bilik hotel di Pulau Pinang masih banyak. Jika gagal, tidur dalam kereta adalah yang terbaik. Sila bawa bantal dan ’sleeping bag’. Untuk mandi manda banyak stesen minyak memiliki bilik air yang cemerlang.

Makan:

Pilihan cukup lumayan di sekitar Permatang Pauh. Nasi Kandar Melayu di sebelah Masjid Kampung Pematang Semang amat baik. Tempatnya selekeh tetapi masakan cool.

Kueh Tiew Goreng Bukit Mertajam ‘cool’. Kalau hendak merayau jauh cuba di Sungai Dua. Di Sungai Dua juga ada Mee Udang. Banyak kedai/warung yang menjual mee udang. Perhatikan di mana yang banyak kereta berhenti di sana jadi pilihan.

Jangan ambil 'pot' warung burger. Tak ‘cool’.

Makanan Cina itik panggang hanya ada di Bukit Mertajam. Cun cukup cun dan murah. Kedai Mamak? Lupakan sahaja.

Rumah Urut:

Rumah urut yang ’ini’ saya belum bertemu. Tetapi untuk rehat dan merasa suasana Bangsar tanpa Mat Salleh dan Sarong Party Girl sila ke Seberang Jaya. Untuk lebih 'rilek' naik ferry ke Tanjung. Semua ada.

Membeli Belah:

Kedai Bundle cukup banyak di sekitar Permatang Pauh. Perhatikan kiri dan kanan jalan-jalan kampung akan ada kedai bundle. Lebih murah dan cukup berjenama.

Filem:

Masuk ke Bilik Gerakan PKR - video Reformasi terus menerus di tayangkan. Jika bosan pergi ke Ibu Pejabat United Malays National Organisation, ada 'filem lucah' pelakonnya Saiful dan Muhamad.

Komidi Stand Up Comic:

Ada pementasan komidi setiap malam. Tetapi agak sulit untuk mengetahui tempatnya.

Antara pelawak handalan ialah Ezam Mat Nor, Lokman Adam, Azwan Din dan mungkin juga Zahid Mat Ariff.

Tempat agak sulit jadi sila hubungi bilik Gerak Gempur Putera United Malays National Organisation.

Atau hubungi terus Khairy Jamaluddin.

TERKINI & PANAS DARI PERMATANG PAUH

Sembahyang Jumaat sampai. Calon Barisan Nasional dan calon Parti Keadilan Rakyat telah bersembahyang di Masjid Seberang Jaya. Pengikut dan penyokong kedua belah parti politik turut sama berjemaah.

Inilah peluang keemasan untuk menunjukkan kewarakan masing-masing. Siapa lebih Islam daripada siapa.

Selesai sembahyang, ribuan para jemaah telah mengerumuni Anwar Ibrahim. Mereka ingin bersalaman dengan calon P44 ini.

Apa yang menakjubkan ialah di antara yang beratur untuk bersalaman dengan Anwar Ibrahim ialah YB Seberang Jaya sendiri yang juga calon P44 yang akan bertanding Selasa ini

Seorang makmum telah bersuara meminta Anwar memberi ucapan. Ini telah ditolak oleh Anwar. AJK Masjid telah membenarkan YB Fairuz untuk berucap ringkas tanpa alat pembesar suara.

Khairy Jamaluddin, atau nama manjanya KJ turut bersembahyang di masjid yang sama. Apabila jemaah mengerumuni Anwar, KJ tercongok seorang diri. Apa dalam kepala KJ ketika ini? Hanya Nori sahaja yang maha mengetahui.

HINGGA KE TAHAP INI

Dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ini memang ramai tukang nujum. Nujum ini kebanyakannya adalah nujum tidak bertauliah. Lebih rendah daripada nujum Pak Belalang.

Di pagi Jumaat, empat hari lagi, saya tidak berani membuat ramalan.

Kalau mengikut jumlah poster, bilik gerakan dan jumlah susuk yang datang mendengar ceramah - Anwar Ibrahim menang besar.

Semua ini petanda yang 'tangible', yang dapat dilihat oleh mata dan kepala. Amat meyakinkan bahawa Anwar akan menang besar.

Awas! Dalam politik ada perkara-perkara halimunan lagi halus daripada angin kentut hinggakan tidak dapat dicium dan dihidu.

Harus difahami, ceramah Barisan hampir tidak wujud. Forum Perdana gagal. Tidak ramai 'gedebe' United Malays National Organisation yang turun naik ke Permatang Pauh. Tetapi Barisan Nasional ada Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM dan TV3 - yang saban malam berkempen dari jauh.

Persoalan timbul, apakah kempen media Barisan Nasional ini dapat meluluskan 'jarum' untuk menobatkan calon United Malays National Organisation?

Contohnya apakah cerita bontot Saiful ini akan mengalihkan sokongan pengundi Permatang Pauh terhadap Anwar Ibrahim yang kampongnya di Ceruk Tok Kun di sebelah Permatang Pauh?

Apakah laporan media yang dimiliki oleh United Malays National Organisation masih 'masin' untuk diterima oleh warga Permatang Pauh?

Jawapan akan kita ketahui pada malam Selasa nanti. Jika Anwar Ibrahim masih dapat mengekalkan Permatang Pauh untuk Pakatan Rakyat maka jelas media yang dimiliki oleh United Malays National Organisation hanyalah harimau kertas.

Jika saya pengamal media ini maka saya akan pergi 'mandi bunga'.

PELANCONG POLITIK

Petang semalam - Khamis malam Jumaaat - jalan dari Kubang Semang hingga ke Bukit Mertajam telah sesak hampir dua kilometer.

Pelancong politik dari seluruh negara telah mulai sampai. Sayangnya hampir ke semua Bilik Gerakan Barisan Nasional kelihatan kosong. Jadi tidak banyak yang dapat dilihat oleh para pelancong politik ini.

PAGI JUMAAT 22/8/2008

Sebuah helikopter kelihatan berlegar di Permatang Pauh. Ini satu keganjilan, biasanya helikopter ini akan muncul menyuluh ketika ada ceramah. Kali ini di pagi hari lagi ia telah berlegar-legar.

TRAK FRU

Lima buah trak - Black Maria - yang dipenuhi dengan FRU telah kelihatan berada di Permatang Pauh pagi Jumaat ini. Dari mana hendak ke mana FRU ini bergerak tidak di ketahui.

LAPORAN CUACA PERMATANG PAUH

Cuaca di Permatang Pauh gelap dan mendung. Renyai-renyai telah mulai turun. Khamis kelmarin mendung tetapi awan hitam telah di pukul angin laut ke arah Selatan. Hujan di Ipoh.

Laporan jam 1.48 petang.

FORUM PERDANA GAGAL

Forum Perdana telah menjadi satu cliche sebagai satu cara untuk mengumpul orang ramai. Sebenarnya jika dikaji forum-forum jenis perdana ini bukan forum dalam ertikata sebenarnya.

Perhatikan di permulaan segala bentuk forum perdana. Ucapan pengenalan daripada Pengerusi forum sahaja telah berjela-jela panjangnya.

Segala macam pangkat dan darjat kebesaran disebut. Apabila ahli forum memulakan hujah dia pun memulakan mukadimah dengan gaya yang sama.

Betul-betul membuang masa.

Justeru pada malam Khamis satu Forum Perdana yang telah dirancang oleh Jabatan Perdana Menteri, Jakim dan Yadim diadakan. Forum ini seperti biasa untuk membincangkan hal ehwal Islam.

Forum ini diadakan di Sekolah Menengah Penanti Permatang Pauh.

Forum ini telah dipengerusikan oleh Ridhuan Lee Abdullah. Antara ahli forum ialah Kapten Najmuddin Alias dan Dr.Abu Hassan.

Sekolah menengah ini telah menyediakan 2000 buah kerusi. Bayangkan dalam kesibukan kempen pilihanraya kecil ini warga Permatang Pauh masih ingin berforum. Jawabnya tidak.

Hanya 70 warga Permatang Pauh yang hadir. 1930 kerusi kelihatan kosong. Jika forum anjuran Jabatan Perdana Menteri dirancang sebagai alat berkempen maka jelas Forum Perdana ini telah gagal meleset.

KEMPEN MELAYU

Barisan Nasional akan memulakan kempen 'reverse' untuk menawan Permatang Pauh.

Banner dan poster dengan gambar pemimpin bukan Melayu dalam Pakatan Rakyat akan di pasang. Ini untuk menakut-nakutkan para pengundi di Permatang Pauh.

BERITA TERSEBAR

Berita tentang Ramlang yang dikatakan sebagai Imam yang menerima sumpah laknat Saiful telah mula tersebar dari mulut ke mulut di Permatang Pauh.

Ramlang dikatakan hanyalah jurunikah dan bukan seorang Imam.

Kesahihan susuk Ramlang yang berasal dari Sabah ini masih menjadi tanda tanya.

BERITA BAIK

Parti Keadilan Rakyat telah membuat keputusan untuk menyediakan pengangkutan percuma kepada semua wartawan, pemberita, jurugambar, krew tv dan blogger yang ingin mengikuti kempen Anwar Ibrahim.

Untuk keselesaan, sistem perhubungan PKR telah menyediakan sistem wireless di Bangunan Yayasan Salam Permatang Pauh.