.

Rabu, 8 Jun 2016

BADAK BUAT PERANGAI LAGI





ROSMAH MENGGUNAKAN JET PERIBADI (“PRIVATE JET”) MEWAH YANG DISEWA UNTUK KE ISTANBUL MEWAKILI PERMATA

Seperti yang saya nyatakan semalam, Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar kali ini sebenarnya medan untuk membandingkan parti mana yang paling peka dengan kesusahan rakyat terbanyak. Isu yang paling mendesak dan dirasai oleh sebahagian besar rakyat Malaysia ialah beban sara hidup yang melampau akibat dasar-dasar Umno/Barisan Nasional seperti pelaksanaan GST, penghapusan subsidi, harga pasaran bagi bahan api, potongan mendadak bantuan pembiayaan pendidikan tinggi dan lain-lain.

Sewajarnya parti yang paling peka dengan perkara ini juga paling lantang membongkar pembaziran yang berlaku dan meletakkan pertanggungjawaban kepada penjawat awam dan keluarga mereka yang dilihat bermewah sementara rakyat terus tertekan.

Oleh sebab itu, hari ini saya tampil untuk membongkar satu lagi pembaziran melibatkan suami Najib yang saya yakin tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia yang waras. Saya berharap pengundi di Kuala Kangsar/Sungai Besar dan rakyat umumnya dapat menilai kesungguhan parti-parti politik yang ada melindungi wang rakyat berdasarkan reaksi mereka kepada pendedahan saya hari ini.

Pada 27 May 2016 (dua minggu yang lalu), Rosmah  telah menghadiri satu majlis di Istanbul. Majlis yang bernama Global Good Governance Award 2016 itu telah menganugerahkan “3G Children Welfare Award” kepada PERMATA iaitu sebuah program yang dibiayai oleh wang rakyat dan dinaungi oleh Rosmah. Beliau hadir sendiri sebagai penaung untuk menerima anugerah itu.

(Peristiwa ini dilaporkan secara meluas, rujuk laporan The Star bertajuk “Rosmah: Permata Will Do Even Better After Winning Award” dalam Lampiran).

Apa yang tidak dilaporkan dan tidak diketahui ialah aturan perjalanan beliau ke Istanbul untuk menerima anugerah tersebut.

Saya boleh mengesahkan bahawa beliau telah menaiki sebuah jet peribadi (“private jet”) ACJ319 bernombor pendaftar A6-CJE yang disewa khas dari syarikat penerbangan Emirates. Butiran mengenai jet peribadi ACJ319 A6-CJE ini disertakan di dalam Lampiran.

Saya juga telah menyemak jadual perjalanan jet peribadi ACJ319 A6-CJE ini seperti yang tunjukkan di dalam Lampiran secara terperinci dan dirumuskan seperti dibawah (berdasarkan rekod perjalanan seperti di bawah yang dipadankan dengan perjalanan jet di dalam Lampiran):

23 Mei 2016 1857 – bertolak dari UAE ke Subang
25 Mei 2016 0513 – bertolak dari Subang ke UAE
25 Mei 2016 1301 – bertolak dari UAE ke Istanbul
26 Mei 2016 1956 – bertolak dari Istanbul ke UAE
27 Mei 2016 0156 – bertolak dari UAE ke Kuala Lumpur


Oleh kerana Rosmah hadir sebagai mewakili PERMATA, maka timbul persoalan sama ada sewaan sebuah jet peribadi untuk perjalanan ke Istanbul itu menggunakan wang rakyat.

Maka, saya ingin mengajukan soalan-soalan ini kepada Rosmah dan Najib:

1.    Kenapa Rosmah tidak menggunakan penerbangan komersil untuk perjalanan ke Istanbul yang sudah tentu jauh lebih murah berbanding menyewa sebuah jet peribadi ACJ319 hanya untuk beliau?

2.    Siapa yang membuat tempahan jet peribadi tersebut dan siapa yang membayar kos sewaan tersebut?

3.    Kenapa Rosmah sebagai seorang awam diberikan pelepasan menggunakan lapangan terbang di Pengkalan Udara Subang yang sepatutnya khusus untuk kegunaan ketenteraan dan bukan penerbangan awam seperti ini?

Pada kala pelbagai peruntukan rakyat dipotong, gaya hidup yang menggunakan jet peribadi yang disewa khusus untuk satu perjalanan adalah melampau dan tidak sensitif. Saya dimaklumkan MARA telah memotong elaun makan bagi pelajar di Institut Kemahiran MARA (IKM) dari RM250 sebulan kepada RM125 sebulan; tetapi pada masa yang sama isteri Perdana Menteri bermewah dengan sebuah jet peribadi yang disewa.


RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN





-----------

AGAMA YANG MENAKUTKAN





DITAKUTKAN DENGAN AGAMA
org2 seperti isham rais takkan termakan dgn sume ni..yg akan makan adalah warga2 miskin yg setiap waktu ditakutkan dengan agama.takut dikatakan liberal atau apa saja gelaran yg org agama sendiri pun taktau hujung pangkal..perniagaan agama adalah perniagaan tertua didunia..dah diorg belajar agama, habis belajar nak jual apa?

pastinya agama.diorg mana ada belajar seni, sejarah dunia selain sejarah muhammad je.perniagaan agama yg kaya saat ini adalah ISIS..ISIS hanya bermodalkan quran dan hadis kemudian dana dtg mencurah dari benua arab iaitu arab saudi hasil penjualan minyak serta projek haji umroh.kebykkan lulusan ditimur tengah dari msia ni disponsor kerajaan saudi ini terutama dari kelantan terengganu pattani.

ketika negara islam alussunnah wal rasuah malaysia myekat biasiswa, mesti la student2 ni minta bantuan dari negara lain..pendanaan arab saudi di universiti2 dimekah, di madinah dipakistan, di mesir bukan shj menyuburkan penjualan agama malah meghasilkan pahlawan2 seakan baju on BORANG SEDEKAH PAHALA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 6:27 PM



---------

JAWAPAN RASUAH IALAH DEMO






PM RASUAH

MAHASISWA

MARAH TURUN

BERDEMO

DI JALAN RAYA

KOMENTAR
bukan sahaja di malaysia
najib rosmah terlibat rasuah
di isreal juga
nethanyahu dan isteri 
terlibat rasuah

perdana menteri papua
sedang digasak nak muda
sedang digasak pelajar
sedang digasak mahasisaw
kerana kes rasuah

empat tewas gugur sahid
menentang kezaliaman
menentang kemungkaran

dunia anak anak muda hari ini
tidak lagi mahu menerima rasuah
sebagai budaya




Four students reported dead after police fire on protest in Papua New Guinea



PNG police have reportedly killed four people after “firing directly” into a crowd of student protesters in the capital Port Moresby as long-running anti-corruption protests descended suddenly into violence.
Opposition MPs told parliament that four students had been killed and seven injured in the incident on Wednesday, but the government insisted the demonstrators were only injured and that police fired only warning shots.
Students on the campus of the University of Papua New Guinea had been protesting and boycotting classes for five weeks, demanding that the prime minister, Peter O’Neill, resign over corruption allegations that have dogged his government for two years.


------------

SELAMAT BERBUKA





SELAMAT 

BERBUKA

KITA RAYA

LAGI 28 HARI

saperti yang telah dijanjikan
hari ini kuala lumpur redup nyaman
yang maha esa dah tahu kalau terik
ramai warga kuala lumpur gagal

gua tak ada spesial hari ini
gua hanya ada  dalam frigo
sambal petai minyak zaiton

tapi:
makanan jai dan ezi dak habis
ini yang wajib gua uruskan
gua wajib ke pasar besar
beli daging tulang dan hati
jika tidak jai dan ezi  kena puasa
kesian budak dua ekor ini
kah kah kah

BERBUKALAH



------------

SILA HULUR BANTUAN



TELAH DIBETUL

TERIMA KASEH


akaun no tak cukup 1 angka lagi. Maybank kena 12 digit. on SAMA SAMA KITA MEMBANTU
Publish | Delete | Spam
Ruzita Gani
on 6/1/16



AMAL JARIAH

SAMA SAMA  

KITA MEMBANTU



CIK GU FARIZ




105038093534

MAY BANK

Mohd Fariz bin Abdul Talib @ Musa

Diabetes punca kaki Fariz Musa dipotong, Wan Azizah zahir simpati

PETALING JAYA 24 MEI: Setiausaha Pengelola KEADILAN, Fariz Musa dilaporkan menjalani pembedahan memotong kaki kirinya sehingga ke paras lutut semalam akibat komplikasi daripada penyakit kencing manis.
Presiden KEADILAN,  Dr Wan Azizah Wan Ismail menyuarakan kesedihannya ketika melawat Fariz di hospital Ahad lalu.
-----------

GEROMBOLAN LEMBU




INGAT

MACAM MANA

BACA BERITA

ARUS PERDANA?

KALAU NAFI

ERTINYA BETUL




Shahrizat nafi Wanita Umno merajuk Mastura jadi calon BN

Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menafikan dakwaan terdapat ahli-ahli Wanita yang merajuk berikutan pemilihan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon BN pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar sehingga menjejaskan gerak kerja parti.
Sebaliknya, bekas menteri wanita, keluarga dan masyarakat itu menyifatkan dakwaan tersebut sebagai 'memalukan'.

KAH KAH KAH

woit

kes ini malu

rembat $$$$ 

duit lembu

250 juta ringgit

tak rasa malu

TINO KEPAM



-------------

BERBOHONG UNTUK DAPAT UNDI





BOHONG

Rani: PAS sokong tuntutan BERSIH, mahu ganti kerajaan
Abdul Rani berkata, PAS bukan hanya mahu menyingkirkan Najib, malah mahu gantikan kerajaan.

Beliau menjawab soalan diajukan BERSIH kepada calon yang bertanding pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, sama ada mereka akan menyokong usaha untuk menyingkirkan Najib Rosmah.
Gerakan reformasi untuk pilihan raya itu juga ingin tahu sekiranya calon bertanding menyokong 10 tuntutan BERSIH untuk perubahan institusi bagi memastikan pilihan raya bebas dan adil.
Rani berkata, beliau menyokong semua tuntutan tersebut, sambil menambah tidak hanya mahu menyingkirkan Najib, malah mahu menggantikan kerajaan.

TIPU!

MALAON INI

TIPU UNTUK

DAPAT UNDI


--------

MENIAGA JUAL AGAMA





BELAJAR AGAMA TINGGI
Inilah yang dikatakan hamba Allah yang belajar agama tinggi dan mula hendak pergunakan agama apakah dosa pahala boleh dibeli dengan borang sebegini dan dengan hanya mengaku yang sesaorang itu boleh menerima wakil dari seseorang bagi mendapatkan pahala untuk seseorang 

memang tidak dinafikan dalam islam pahala itu dapat dialihkan kepada sesaorang tapi itu dilakukan dengan sukarela dan tidak perlukan imbuhan dari sesiapa tambah lagi sekarang ini kita berada dalam bulan yang mulia dari seribu bulan apakah kita sanggup menjual bulan yang mulia ini dengan meminta orang ramai memberi imbuhan untuk kita sedekah pahala kepada aruah-atuah keluarga mereka dengan mengunakan kemulian bulan yang mubarak ini ,

fikirlah belajar agama tinggi-tinggi tapi hendak menjual agama Allah untuk hanya sedikit kesenangan di dunia fana ini.KLau hendakkan wang carilah dan gunakanlah akal yang waras bukan dengan mengedar borang seperti meminda sedekah dari orang-orang yang kurang ilmu agama mereka. on BORANG SEDEKAH PAHALA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/8/16




-------------

AL-FATIHAH





AL- FATIHAH 







UNHCR: More Than 10,000 Died Trying To Cross Mediterranean Since 2014

The United Nations refugee agency says more than 10,000 people have died trying to cross the Mediterranean Sea to get into the European Union since 2014.
The UNHCR's report on June 7 came as the European Union unveiled new plans to try to slow down the flow of illegal migrants from Africa.
With hundreds of people dying in recent weeks in a series of deadly Mediterranean shipwrecks, the UNHRC said the number of migrant deaths at sea has risen sharply in 2016 -- reaching a total of 2,814 since the start of the year.



----------

WAJIB ADA POLITIK BARU








PENSEJAJARAN SEMULA

Hakikatnya ketika saya menggarap tulisan ini fakta dan kajian sedang jelas menunjukkan bahawa orang ramai makin jelak dengan Najib Rosmah. Orang ramai  - warga Malaysia anak semua bangsa - menjadi rimas dan resah. Ini terbukti dengan 52% rakyat Malaysia telah memilih Pakatan Rakyat dalam PRU13. Najib Rosmah masih terus berkuasa kendati pun tanpa ada sokongan orang ramai.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah  Tanah Melayu kebencian yang maha sangat terhadap seorang pemimpin.  Tungku, Razak, Hussein dibenci oleh musuh  politik tetapi tidak dibenci  saperti rakyat Malaysia membenci Najib Rosmah. 

Hanya Pak Lah sahaja seorang pemimpin yang tidak dibenci oleh rakyat. Ini pun kerana Pak Lah menjadi  Pelawak yang suka tidur. Ketika Pak Lah berkuasa yang dibenci oleh  rakyat bukan Pak Lah tetapi Khairy  Jamaluddin. Makhlok yang bernama Khairy ini telah berjaya  menyusup masuk ke politik kuasa kerana berkahwin dengan anak Pelawak.

Mahathir yang menendang Anwar Ibrahim ke penjara sah amat dibenci oleh rakyat. Tetapi tidak sabenci  rakyat benci dan menyampah  terhadap Najib Rosmah. Malah dari segi sejarah isteri-isteri  Perdana Menteri tidak pernah menjadi  buah mulut jauh sekali ajenda politik saperti yang dihadapai oleh Najib. 

Hari ini buka sahaja internet - layari apa sahaja portal  dan buka laman sosial dan Face Book - tanpa gagal kita akan membaca sentimen benci kepada Najib Rosmah. Ada laman secara terang-terang mengutuk. Ada yang mengutuk secara jenaka. Ada yang tanpa segan silu  ‘mengencing ‘ Najib Rosmah. Hakikatnya Najib Rosmah adalah bahan kutukkan media sosial.

Media sosial adalah mukim dan daerah  anak muda. Orang muda adalah warga asli media sosial. Justeru tidak silap jika saya katakan yang mengutuk   Najib Rosmah  secara kreatif di media sosial ini pastilah majoritinya datang dari gulungan pelajar mahsiswa yang mungkin belum mengundi atau baru sekali  dua mengundi.

Yang membaca,  yang ketawa dan yang mengaminkan kutukan itu  pastilah jenerasi berumur  - warga imigran media sosial.

Berdasarkan surah yang tidak saheh, mengikut kata sahibul hikayat pada satu ketika dahulu di Kedah ada seorang Raja yang amat zalim.  Raja  ini  suka memakan hati dan darah manusia. Mungkin kebencian rakyat  terhadap  Najib Rosmah ini sama saperti  rakyat Kedah membenci Raja Bersiong. Tetapi Raja Bersiong hanya menzalimi beberapa buah kampong disekitar Istana Raja. Wal hal kejahatan  dan jenayah yang dilakukan oleh Najib Rosmah ini amat luas.
Kini lebih dari 28 juta warga Malaysia sedang diseksa. Rakyat Malaysia sedang dipaksa tunduk dan mengikut arahan dan selera Najib Rosmah. Semua lembaga daulah kini dalam tangan Najib Rosmah. Sebutlah apa sahaja dari SPRM, SPR, PDRM, Peguam Negara, Media dan dan dan.  Sebanyak 171  ketua bahagian parti Ketuanan Melayu dibiyai oleh Najib. Semua tunduk makan dedak. Maka inilah maknanya - cash is king.

Dalam keadaan demikian semakin ramai warga tertanya-tanya. Selama mana lagi Najib Rosmah akan menginjak-injak kepala kita sebelum dua makhlok ini dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah?

Ini soalan yang paling viral hari ini. Dimana-mana sahaja ada kumpulan yang cerah otak, yang tidak buta fikrah  dan yang sedar budaya politik - pasti mereka akan membincang hal Najib Rosmah, hal  1MDB dan tentang China Tembam Jho Low.

Setiap kali muncul laporan dari The Wall Street Journal tentang Najib Rosmah atau berita 1MDB atau berita  anak tiri Najib maka satu Malaysia merasa  lega dan berharap FBI akan menangkap dua makhlok ini. 

Setiap kali ada berita 1MDB dari Swiszerland - satu Malaysia merasa lega bahawa negara kapir ini masih meneruskan siasatan walau pun negara Islam Hadari Malaysia tidak melakukan apa-apa.

Setiap kali ada berita Encik Yeo Jiawei yang kini dalam penjara di Singapura akan menggumbirakan satu Malaysia. Encik Yeo Jiawei ini adalah pegawai bank BSI milik Switzerland. Dia sedang ditahan dalam penjara kerana terlibat bersubahat dalam usaha menggelapkan duit 1MDB.

1MDB hanyalah salah satu dari jenayah Najib Rosmah. 1MDB ialah kerja jahat  yang dirancang dengan licik untuk melarikan berbilion ringgit duit rakyat Malaysia ke luar negara. Duit rompakan ini kemudian  dihalalkan dengan melabur pembikinan filem di Holywood. Atau  dengan membeli kondo dan apartment yang mahal-mahal di New York dan London.

Mengikut Mahathir Muhamad  - Najib Rosmah terlibat dalam banyak skandal dan jenayah. Kes pembunuhan Altantuya, kes pembunuhan Kevin, kes  pembunuhan Hussain Najadi - semuanya   kait mengait dengan Najib Rosmah atau pun 1MDB.

Justeru  mengikut pandangan Mahathir Muhamad untuk Malaysia diselamatkan Najib Rosmah wajib diketepikan dahulu dari memiliki kuasa.

Untuk berjaya dalam projek -  menendang Najib Rosmah - kita wajib merungkai  dan melihat babak babak sejarah yang telah menimpa suku sakat kita di Indonesia dan Pilipina. Apa yang sedang kita hadapi pada ketika ini  telah dialami oleh  rakyat Indonesia dan Pilipina. Indonesia ada Siti Hartinah yang gila projek.  Pilipina ada Imelda yang gila kasut. Malaysia ada Rosmah yang gila bek tangan Birkin. 

Perjuangan dan pertempuran  rakyat Indonesia dan Pilipina untuk menjatuhkan Marcos dan Suharto bukan satu jalan yang lurus. Ianya juga bukan satu jalan yang entang. Ianya mengambil masa. Ianya memerlukan fikrah dan perancangan.
Terimalah  hakikat bahawa kita di Malaysia bukan unik. Rosmah Mansor bukan hanya wujud di Malaysia.  Rosmah Mansor pernah wujud di Rusia, di Peranchis, di Argentina, di Tunisia. Ini pelajaran pertama yang wajib kita hafal.

Juga - ada hukum-hukum dan syarat-syarat yang  wajib kita lalui. Ada syarat  yang wajib kita  guna pakai sebelum fajar kebebasan muncul. Hukum-hukum dan syarat ini telah dilalui oleh warga Pilipina dan Indonesia. Malah hukum - dan syarat ini juga telah dilalui oleh semua negara yang berjuang untuk menegakkan keadilan.

Sekali lagi saya katakan bhawa kita bukan unik. Kita bukan bersendirian. 

Dalam tulisan ini dan saterusnya  saya akan mengajukan pensejajaran semula politik Malaysia.  Realignment/penyusunan semula  politik Malaysia pada hemat saya adalah amat amat penting untuk mencapai cita-cita menyelamatkan Malaysia.

Semua akan bertanya - menyelamatkan Malaysia dari apa? Dari serangan tentera mana? Dari serangan geruda ke? Jawabnya: pada tahap ini kita wajib menyelamatkan Malaysi dari  Najib Rosmah.

Perluanya kita mengadakan pensejajaran semula ini kerana telah berlaku beberapa babak dalam naratif politik tanah air kita.  Naratif dari babak-babak politik ini amat amat penting kerana ianya mempengaruhi arus politik tanah air. Arus politik inilah yang mewajibkan kita membuat satu pensejajaran semula.

Naratif pertama: Perginya Tok Guru Nik Aziz. Dengan wafatnya Nik Aziz parti Pas kelihatan hilang sauh. Nik Aziz bukan pentadbir yang cekap dalam istilah politik moden. Tetapi Nik Aziz adalah sauh dan ubur penyuluh untuk parti Pas. Malah Nik Aziz menjadi rujukan bukan hanya untuk Pas tetapi termasuk juga untuk DAP dan PKR - yang Islam dan yang tidak Islam.

Pada hemat dan bacaan Nik Aziz - United Malays National Organisation yang tidak mengamalkan Islam dianggap musuh. Dalam hal melihat gerombolan Ketuanan Melayu sebagai musuh, Nik Azziz tidak berdulak dalik. Tidak ada hu hah yang berbelah bagi untuk parti Pas terus memusuhi gerombolan Ketuanan Melayu.

Nik Aziz tahu, dia sedar kerana dia telah bersama  berkerja dalam saf  United Malays National ketika Pas dalam Barisan Nasional semenjak tahun 1974 hingga tahun 1978. Ini adalah ilmu politik dari pengalaman berpolitik.

Justeru, memusnah dan mengIslamkan United Malays National Organistion adalah perjuangan Nik Aziz. Justeru apabila dia wafat maka garis ini menjadi pencong, terbarai akhirnya budaya cash is king menyerap masuk.

Naratif kedua: Pemenjaraan Anwar Ibrahim untuk kali kedua. Ini adalah babak politik yang membawa implikasi yang amat mendalam ke dalam arus politik Malaysia. Anwar yang dipenjarakan adalah langkah politik bijak yang telah dilakukan oleh Najib Rosmah.

Kospirasi antara Saiful dan Najib Rosmah telah membawa pulang politik yang amat lumayan kepada Najib Rosmah.

Anwar dalam penjara telah melahirkan krisis dalam dalam PKR. Intrik individu dalam PKR semakin jelas. Anwar yang menjadi sauh PKR kini berada adalam penjara. Dia tidak dapat lagi memainkan peranan Ketua Umum untuk memberi pandangan dan nasehat.

Dalam masa yang sama - wajib diakui bahawa sosok yang bernama Anwar Ibrahim inilah yang bertanggung jawab membawa kemenangan cemerlang untuk rakyat dalam PRU12 dan PRU13.

Betul dan tepat dalam perubahan politik ombak yang penting ialah ombak rakyat. Anwar Ibrahim telah menjaya mengocak lautan politik zalim United Malays National Organisation. Dari kocakan inilah lahirnya ombak reformasi yang masih lagi belum sampai ke tujuan asal. Reformasi bertujuan mendirikan Malaysia  yang bebas dan demokratik.

Sebelum ke penjara -sosok yang bernama Anwar Ibrahim ini telah berjaya menjadi gel atau gam untuk menyatu padukan jalur jalur politik yang  melawan tapi terpencar-pencar dalam satu ikatan ombak Reformasi. Ombak ini   kemudian memenangi kerusi politik dalam pilihan raya dan memanggil diri mereka Pakatan Rakyat - kini arwah.

Kematian Nik Aziz bukan rancangan manusia. Tetapi pemenjaraan Anwar adalah kerja politkk Najib Rosmah. Justeru  Najib Rosmah yang wajib terus dijadikan sasaran sahingga mereka tergelincir dari tampok kuasa.

NOTA: 
Memberi nasehat pada orang jahat bukan ajaran mana mana agama. Juah sekali agam Islam. (TT)




NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45

------------

TAK BOLEH FIKIR KE?





LU TAK BOLEH

FIKIR KE?

FACE BOOK

Sejarah Tak Pernah Menipu..
FAKTA !!!
Bila UMNO dlm keadaan tertekan & genting, maka bermulalah pemimpin Umno & kuncu2 pemakan dedak memainkan isu2 perkauman dan menyalahkan bangsa lain utk meraih simpati sokongan Melayu..






-------------

MANA NAK DAPAT BORANG PAHALA?








RAMAI SEDANG

MENCARI

BORANG 

HANTAR PAHALA

SIAPA AJEN

BORANG INI?







--------------

MASIH TAK PERCAYA?





amanah | June 8, 2016
Perkara itu terjadi kerana terdapat salah faham antara wakil calon dan pihak Pakatan Harapan. More ››

SEKINCHAN: Ceramah AMANAH yang dijadualkan berlangsung pada 10 malam telah disekat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Setelah rundingan dilakukan, SPR membenarkan ceramah diteruskan sehingga jam 11 malam walaupun tidak memiliki permit.

KAH KAH KAH

LU TAK CAYA

GUA  BILANG

KALAU 

PILIHANRAYA

BOLEH UBAH

APA APA

PILIHANRYA

AKAN 

DIHARAMKAN


-----------

JUAL AGAMA MENJADI JADI






BULAN PUASA 

JUAL AGAMA

MENJADI JADI
0

SEMUA NAK 

BIDADARI

MAT KUPANG KELATAN MISKIN






KELANTAN MISKIN
Inilah pemimpin yang bangang dan dungu yang ada dalam PAS. Rasuah itu salah satu dosar besar dalam Islam kerana ia mengambil yang bukan hak kamu. Rasuah menyebabkan orang lain hilang hak dan peluang. negeri orang kapir ramai rakyat minum arak, dan brzina juga. Arak dihalalkan.

Tetapi pemimpin tegas dengan isu rasuah. Abduh, tolong tunjuk mana negara Islam yang stenading maju dengan negara orang kapir. Semua negara islam mundur, sebab ada pemimpin rasuah. pemimpin hidup kaya raya (lihat gaya hidup Rja-raja Arab) tetapi negara dan taraf hidup mundur. Macam di kalntan lah, pemimpin PAS sekarang dah mewah, rumah besar kereta besar, ada ramai isteri, perangai dah macam UMNO; suka cari harta dan kekayaan. Cuma bezanya PAS ni pamer agama dan nampak lebai, UMNo cuma bergaya, imeg agama kurang.

Tetapi rakyat Kelantan hidup dalam kemiskinan, masalah moral di kalngananak mudah, penyakit sex dan dadah jumlah besar di Kelantan. Rakyat kelantan ramai yang solat, tetapi kenapa Kelantan tak maju. on MAT KUPANG CASH IS KING
Publish | Delete | Spam
Terjah
on 6/7/16




--------